Skip to main content

Suratan atau Kebetulan

 Hidup mesti diteruskan. Nak buat apa meratap nasib hidup yang berkesudahan begini. Ada dua perut yang perlu diisi. Meneruskan kerjaya sambil memegang title ibu tunggal. Ditinggal suami yang jatuh cinta dengan orang lain. Menolak untuk bermadu, cuma berharap bekas suami tak lupa pada anak yang masih kecil dan memerlukan kasih seorang ayah. Dapat bersama dua minggu sekali,mungkin memadai.

Alhamdulillah masih ada ibu yang sentiasa ada memberi sokongan. Dan kakak yang tak putus memberi semangat. Buat masa ini janganlah disebut-sebut pasal perkahwinan. Trauma mendengarnya.

"Kalau aku belum kahwin, aku masuk meminang kau."

"Kau ni, mulut tu kalau bercakap tak jaga betul. Dengar isteri kau nanti, kecik hati dia."

"Alah, dia tahulah kita kawan baik dari kecik lagi. Dan dia pun tahu yang kau pernah 'reject' aku dulu."

" Itu tak bermakna kau boleh cakap yang bukan-bukan. Hati isteri ni kena jaga. Rizal tu dulu baik dengan isteri dia sebab kerja satu office. Last-last jatuh cinta. Bila aku tegur,cakap kawan jek, bila dah kantoi, nak salahkan aku sebab tak ambil kisah."

6 bulan berlalu.

Kedai makan yang dibuka setahun lalu nampaknya semakin maju. Darisa tangguhkan dahulu niat untuk berpindah pejabat. Marshal Art Design dah 2 tahun beroperasi di situ. Klien pun lebih berminat berbincang di situ memandangakan ianya satu bangunan dengan Restoran Marshal yang semakin popular dengan makanannya yang lazat.

"Yang kau nak pindah buat apa? Lokasi dah okey kan?" Daria tak faham.

"Aku  ingat nak buka ruang berhawa dingin kat tingkat atas tu. Alah, aku pindahpun tak jauh dari workshop kan? So, bolehlah 'spy' suami kau tu."

"Offer Mr.Sani yang nak kau jadi Graphic Designer tu kau dah terima?"

"Aku tak jawab lagi. Aku takut tak dapat nak buatlah."

"Kau tahu kan, Armstrong Advertisement tu.syarikat pengiklanan yang besar. Lagipun dia  dah janji kan? Akan beri projek papan tanda, kain rentang kat kau. At least adalah gaji tetap tiap bulan. Kau tu banyak tanggungan."

"Amboi, perli nampak."

"Betulkan aku cakap? Kau tu ibu tunggal,tapi sibuk nak sara ibu tunggal yang lain."

"Arwah Rashid tu kawan aku dari kecik lagi.   Masa aku nak buka restoran dulu pun dia ada bagi duit tau. Lagipun isteri dia kerja kat kedai kan?"

"Okeylah, pasal arwah Rashid tu aku boleh terima. Tu yang rampas laki kau dulu tu pun kau nak tolong kenapa?"

"Aku cuma bagi hak anak-anak dia je. Arwah tak tukar nama pewaris insuran. Rumahpun dia tak tukar nama. Lagipun aku bukanlah ibu tunggal yang susah sangat. Aku ada kerja masa bercerai. Dan  Rizal pun tak pernah  missed bagi nafkah anak-anak tiap bulan."

" Dua-dua lelaki yang hadir dalam hidup kau ni dah mati menyusahkan kau pulak. Mati sama waktu pulak tu. Sorang sakit jantung, sorang lagi eksiden." Keluh Daria.

"Ish, tak baik kau ni. Hidup dan mati seseorang itu Allah yang tentukan. Aku lebih fikirkan pasal anak- anak diaorang jek. Aku teringat anak aku, mereka sama- sama takder ayah."

"Aku ni bukan  apa. Aku takut kau teraniaya nanti. Kau tu.dahlah baik sangat. Arwah Rizal masih  sayangkan  kau sebab tu dia tak ingat nak tukar nama pewaris. Kesian juga isteri dia tak dapat apa-apa. Cuma aku taknak diaorang amik kesempatan."

"Kesempatan? Maksud kau?" Darisa tak faham.

"Dia nak share restoran tu." 

"Aku tak kisahlah kalau dia nak pun. Lagipun arwah Rashid dulu bagi aku duit banyak juga. Lagipun, aku kan dah ada business lain sekarang ni. Dia dah jaga kedai makan, bolehlah aku fokus pada business art design aku tu."

"Yang lagi satu tu?"

" Aku bukan bagi banyakpun. Cuma 400 sebulan. Sampai umur diorang 18 tahun."

"400 je pun macam-macam kau boleh beli tau. Aku cuma bantu bagi duit sekolah jek. Rumah aku dah bagi kan? Dahlah. Apa lagi yang diorang boleh tuntut."

"Kalau ikut atas kertas, samada isteri Rashid mahupun Rizal tak dapat apa-apapun. Tapi, kau ni baik sangat. Aku cuma harap, mereka ingat jasa kau tu. Yelah, mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang adalah atas budi bicara kau. Kalau tak kenang jasa sudahlah. Lebih-lebih lagi isteri si Rizal tu. Aku ni masih berdendam tau dengan dia." Luah Daria.  

Memang betul, kalau ikut rasa marah dan kecewa, Darisa tak mahupun berdepan dengan Marissa, isteri Rizal, wanita yang merampas kasih sayang dan juga gelaran isteri Rizal. Tapi mengenangkan anaknya, Darisa mengalah. Memilih untuk memafkan dan berdamai. Lagipun Rizal dah meninggal dunia, tiada apa yang  ingin direbutkan lagi.

"Encik Ashraf, cari cik Darisa ke?"

"Ya, saya."

"Dia turun lunch dengan kakaknya." Beritahu Nina, pembantu Darisa.

"Saya dari kedai makan dia kat bawah. Dia takder. Dia lunch ke  tempat lain ke?"

"Eh, cik Darisa jarang lunch tempat lain. Mungkin dia pergi tengok pejabat baru kot."

"Nak tukar office ke? Kenapa? Tempat ni tak okey ke?" Tanya Ashraf bertubi.

"Takdelah. Boss  cadang nak expand restoran jadi dua tingkat. So, dia nak pindahkan office dekat dgn workshop." 

Dua jam kemudian Darisa kembali ke pejabat. Pelbagai pesanan diterima. Mendengar nama Ashraf, Darisa tertarik.

"Apa lagi dia nak?"

"Dia nak tanya pasal offer tu kot?"

"Ish, Armstrong punya offer pun saya tak jawab lagi. Armstrong tu lagi well establish, boleh tunggu, takkan dia tak boleh tunggu."

"Dia takut boss terima offer  encik Sani tu. Melepaslah dia nak tengok boss hari-hari." Usik Nina.

"Hmm, tak habis-habis dengan teori awak tu. Saya ni janda anak dua, dia tu bujang. Awak ingat dia nak ke? Kalau dia nak pun, awak ingat datin Marina tu nak?"

"Kalau macam tu terima jelah lamaran encik Sani." Celah satu suara. Nina dan Darisa menoleh. Hazrul

"Encik Sani melamar boss?" Nina terkejut.

"Lamar kerjalah." Pantas Darisa membetulkan tafsiran Nina.

"Datang ni pasal offer encik Sani tu ke?" Darisa menoleh dan bertanya kepada Hazrul.

"Taklah. Saya nak ajak awak dating. Sejak putus tunang ni lama tak dating."

"Cik Elina kan ada."

"Awak ni sama macam kawan-kawan saya. Elina tu second wife seseorang. Takkan saya nak kacau pulak." Balas Hazrul.

"This weekend. Please. You can bring your children." Pujuk Hazrul.

Bezanya Hazrul dan Ashraf, Hazrul lebih nak memenangi hati Darisa, tetapi Ashraf lebih nak mendekati hati Darisa. Namun tak pasti motif sebenar, adakah kerana mahu tawaran kerja oleh syarikat mereka diterima, atau mereka ikhlas.

"Saya ni dulu 'workaholic'. Sibuk bekerja sampai abaikan orang yang saya sayang. Selfish. Tak pernah nak betulkan keadaan. Sebab tu kena tinggal. Ex- tunang saya dah kahwin, dah ada anak. Kalau saya jaga dia betul-betul dulu mungkin sekarang ni saya dah jadi ayah dah. Usia pun bukan muda, jadi saya tak kisah jadi ayah ekspress untuk anak-anak awak." Kata-kata Hazrul masih terngiang-ngiang. 

Darisa masih tidak membuat keputusan. Tawaran siapa yang patut diterima. 

"Kau lantiklah staff kau yang berpotensi untuk amik jawatan kau. Faizal atau Murad ke. Lagipun, Mr. Sani  kan dah offer kontrak sign board tu. Terima jelah." Pujuk Daria. 

"Eh, kau dengar tak semalam dia cakap apa?" Darissa tukar tajuk.

"Pasal apa?"Tanya Daria

"Pasal adik kita tulah." Jawab Darissa. 

"Kau rasa, dia hidup lagi ke?" Daria musykil.

"Tak kisahlah dia hidup ke tak? Yang penting kita tau dia kat mana."

"Dia ada cakap macam dah dekat."

"Lepas tiba-tiba pengsan hari tu, terus asyik ingat pasal adik kita tu."

"Ya, sebab tu kau bawa dia tinggal kat bandar ni. Mungkin adik kita tu ada kat bandar  ni. Sebab kata pak usu kan dia lahir kat bandar ni."

"Yelah kan. Kita pun dah dekat 10 tahun kat sini, tak pernah terfikir nak cari. Sebab mak tak pernah sebut." Bangkit Darisa.

"Dan kita pun tak tahu kita ada adik." Tambah Daria.

"Yang aku geram tu, kenapa pak ngah bawa lari adik kita tu? Lepas tu tinggalkan entah kat mana-mana entah." Ungkit Darisa geram.

"Pak usu cakap, pak ngah beritahu, sebenarnya dia nak jual. Bila dia tahu, adik kita tu buta. Dia terus tinggalkan." Cerita Daria.

"Dia yang berhutang, adik kita pulak dia nak jual." Darisa masih geram.

"Dah aku tahu kau geram. Dah 20 tahun dia kat dalam jail tu. Dia dah dapat hukuman dia."

"Dia dah dapat hukuman.Tapi kita masih tak tahu mana adik kita. Dah 30 tahun, kalau nak ikutkan umur dia sekarang. Kesian mak dan arwah ayah. Mesti dia ingat dia ditinggalkan. Sedangkan dia dicuri. Dan mak hilang ingatan, sebab terlalu sedih."

"Aku ingat kita dah patut upah P.I untuk cari adik kita tu." Cadang Darisa.

"Eh, dah pukul berapa ni? Aku nak pergi amik anak-anak aku." 

Darisa tiba di hadapan sekolah anak-anaknya. Si kembar tu dahlah baru darjah 1. Belum pandai beza apa yang boleh dan tidak.

"Hah...sampaipun  mama. Dah nak ikut pakcik Hazrul balik dah." Ngomel si kakak, Diana.

"Lepas tu kita diam-diam, jangan beritahu mama." Celah si adik Dahlia.

"Amboi, siapa ajar cakap macam ni? Mesti pakcik Hazrul ni kan?"

Hahaha..

"Bukan lambat sangatpun." Balas Darisa.

"By the way, buat apa kat sini?"

" Tadi ada pergi makan restoran kawan, dia nak pergi amik anak dia. Kereta dia tak boleh hidup, hantarkanlah dia. Masa nak balik tadi 'wife' dia pun sampai. Then, ternampak si kembar ni."

"Anak kawan pakcik Hazrul tu pun kembar tau mama. Tapi seorang lelaki, seorang perempuan." Beritahu  Dahlia.

"Itu namanya kembar tak seiras. Macam mama dengan maklong." Beritahu Darisa.

"Siapa lagi cantik? Mama ke maklong?" Hazrul mengusik nak tahu. 

"Mestilah mama. Macam anty tadi."

"Anty mana pulak kakak ni?" Tanya Darisa. 

"Mama Damia dan Damien. Anak kawan pakcik Hazrul yang kembar tu.'

"Eh, yalah. Patutlah tengok dia tadi rasa macam kenal." Kata Hazrul.

"Mereka darjah 1 juga ke?"

"Taklah, darjah 2."

"Restoran Warisan yang dekat dengan workshop awak tu, Dean tukang masak kat situ, and wife dia doktor kat klinik sebelah tu. Tadi dia ke nursery amik anak dia yang kecik, tu yang saya tolong Dean hantar dia ke sini." Cerita Hazrul.

Macam muka aku? Hmm...takpelah. Biar P.I yang buat kerja. Aku tunggu je. Malas nak fikir. Sekarang ni kena fikir nak besarkan restoran, nak pindah office, nak layan karenah Hazrul dengan Ashraf lagi. Kalau aku kerja dengan Mr. Sani, at least syarikat ada pendapatan tiap bulan. Takderlah terpaksa guna keuntungan restoran untuk cover gaji. Tapi, baru sekali jek macam tu. Itupun masa mula buka. Kalau Rashid ada, rasanya dia suruh aku pilih apa?

6 bulan berlalu.

"Aku dah cakap dah perkara akan berlaku jugak. Kalau tak isteri, mesti adik beradik dia." Luah Daria geram.

"Kalau setakat nak minta saham okeylah, ni.sampai nak tukar hak milik. Geram betul.aku. Dulu masa restoran tu keciktak sibuk. Ni bila dah besar, dah ada cawangan mulalah bangkit hak." Daria masih geram.

"Diorang cakap aku dah kaya, bagi jelah restoran tu kat diorang. Ajak settle luar courth." Cerita Darisa.

"Hazrul cakap apa?"

"Dia suruh biar je diorang tu melalak. Kalau baik hati bagi je saham sikit. Tapi bukanpada diorang, pada isteri dia. Masalahnya aku dah pernah nak bagi, wife dia yang taknak. Baru ni aku minta Hazrul buatkan dokumen perjanjian baru. Pun dia taknak."

" Manusia macam adik beradik Rashid ni tak tahu malukan. Sibuk harta orang lain. Dah macam cerita Bawang Merah,Bawang Putih versi Indonesia tu."

" Arwah pernah cerita yang masa dia bagi aku duit tu, dia pinjam abang dia. Tapi dah settle bayar balik pun sebelum dia meninggal. Dalam 500 kot. Sebab Rashid nak cukupkan 10,000 masa tu."

"Alahai, 500 macam 5juta. Dia tu, masa restoran takder orang datang, untung takde. Takder pulak dia datang tambah modal. Ni bila restoran dah maju tiba-tiba nak ungkit pulak." Daria betul-betul geram.

"Aku dah malaslah nak gaduh. Tapi, Hazrul dan Nisa tak bagi aku mengalah."

"Nisa tu, kenapa dia taknak terima jek saham tu?"

"Diapun takut dituntut pulak nanti. Hazrul cadang letak nama anak-anak dia. Tapi tunggu budak- budak tu dah 21 tahun."

"Nanti family Rizal pulak. Ntah apa pula dia nak tuntu nanti."

"Ish kau ni ke situ pulak. Duit  KWSP semua aku bagi mak dia. Aku cuma amik Tafakul dan Prudential jek. Itu pun bahagi dengan anak- anak dia. Dia nak tuntut apa pulak?" Bidas Darisa.

"Manalah tau. Orang zaman duit ni, akal diorang di luar jangkaan."

"Lagipun,family Rizal selalu lawat anak-anak, pakcik2 dia semua okey. Kiranya anak- anak aku tak kurang kasih sayang dengan diorang dari sejak arwah belum meninggal lagi." Tegas Darisa

"Aku harap begitulah. Eh, kau tak pergi amik anak-anak kau ke? Relax jek aku tengok."

"Hazrul offer nak ambil. Kebetulan dia nak jumpa kawan dia kat Restoran Warisan tu, satu arah kan." Jawab Darisa.

Restoran Warisan.

"Aku dengar tak jadi kahwin. Tiba- tiba dah ada dua anak." Usik Dean.

"Anak-anak ekspress." Balas Hazrul ketawa.

"Diana, Dahlia tadi pakcik dah call mama, nak minum cendol dulu. Lepas minum cendol pakcik hantar kat mama yer?"

"Okey." Balas Dania dan Dahlia serentak.

"Pergi duduk situ ye. Pakcik nak berbual dengan kawan pakcik sekejap."

"Hai,  macam penting jek ni."

"Aku nak tanya ni. Kau dulu kahwin dengan single mother juga kan??" Hazrul mula bermukadimah.

"Lah, mak budak-budak ni single mother jugak ke?"

"Yelah. Tu aku nak tanya macam mana kau mengurat bini kau dulu. Susah tak? Sebab mak diorang ni susah, kalau jumpa nak cakap soal kerja je. Taknak cakap hal lain."

"Bapa budak-budak ni ada lagi ke?"

"Dah meninggal. Tapi dia dah bercerai sebelum arwah meninggal lagi." Jawab Hazrul.

"Biasanya 'single mother' ni pentingkan perasaan anak-anak dia. Budak-budak ni okey tak dengan kau?"

"Budak-budak okey jek."

"Kau make sure kau betul-betul ikhlas sayang budak-budak tu. Jangan sebab mak dia jek. Nanti dah ada anak sendiri kau abaikan pulak."

"Aku kenal budak-budak ni dulu sebelum kenal mak dia. Masa diorang 5 tahun, klien aku boss taska tempat budak-budak ni. Klien aku ajak join birthday party dengan budak-budak kat situ. Masa tengok tu, aku suka cara Dania jaga adik dia Dahlia tu. Nampak matang, walaupun baru 5 tahun. Lepas dua tahun aku terjumpa dia kat office mama dia, teruja aku bila diaorang ingat lagi aku."

"Kalau anak-anak dah selesa dengan kau, kau kena buat mama dia pulak selesa dengan kau."

"Ada persaingan lagi handsome dan muda sikit dari aku. Budak dua orang tu cakap, dia masih lagi datang jumpa mama dia orang walaupun Darisa tu dah kerja dengan Mr.Sani tu."

"Dia accept kerja dgn Mr.Sani tu part-time jek. Company dia masih berpeluang."

"Darisa sibuk dengan company sendiri lagi tak mungkinlah dia nak tambah kerja lagi. Dia tu family woman tau. Sibuk macam manapun dia akan make sure balik 5pm and cuti bila weekend. Kalau kena kerja jugak, budak dua orang tu akan ikut sekali. Itu yang buat aku jatuh cinta tu." Cerita Hazrul ceria.

"Sibuk macam manapun dia tetap ingat keluarga. Itu yang aku nak belajar daripada dia." Tambah Hazrul. Serentak itu, telefon berbunyi.

"Darisa. Macam tau-tau je tengah bercerita pasal dia. Nak tanya pasal anak-anak dialah tu."

Hazrul berbicara sebentar kemudian mematikan talian. 

"Sekejap lagi dia datang amik budak-budak tu."

"Abang." Panggil satu suara. Dean menoleh kerana dia yakin benar suara yang memanggil itu adalah milik isterinya, Dania.

"Sayang balik dulu ye, budak-budak ni dah penat sangat."

"Yelah." Balas Dean. Hazrul memandang lama.

"Woi, isteri aku tu."  Tegur Dean. Hazrul ketawa.

"Betullah kata Dahlia & Dania. Muka wife  kau tu macam muka Darisa. Cuma aku rasa Darisa lagi tinggilah. Dan wife kau pakai cermin mata, tu yang nampak lain sikit."

"Doktor kan biasa pakai cermin mata. Dah macam signature diorang pulak." Dean dan Hazrul ketawa.

"Kebetulan." Kata Hazrul.

"Pakcik, kita lama lagi ke kat sini? Dah rindulah dengan mama. Tengok doktor tadi terus teringat mama." Tanya Dahlia manja.

"Mama datang sini sekejap lagi. 5 minit lagi sampai."

"Esok kami nak pergi rumah mak long. Nak jumpa nenek. Bila nenek dah pindah sini, tiap minggu dapat jumpa nenek." Cerita  Dahlia.

" Kalau pakcik Hazrul nak jumpa nenek boleh tak?" Tanya Hazrul.

"Tanyalah mama." Jawab Dahlia.

"Sabarlah dulu. Buatnya dia tak ready lagi?" Nasihat Dean. Hazrul tersengeh.

Kereta yang dipandu oleh Darisa berlalu pergi. Dania dan Dahlia sudah balik bersama mama mereka. Hazrul dan Dean masih berbual lagi.

"Dania pernah cakap dengan aku yang dia teringin sangat nak tahu siapa keluarga kandung dia. Tapi tulah, tak tahu nak mula dari mana."

"Ceritanya macam mana?" Hazrul berminat nak tahu.

" Mak angkat dia cakap, jumpa Dania kat rumah tumpangan. Budak tu ditinggal macam tu jek. Nasib baiklah yang jumpa tu beetanggungjawab, serah pada pihak berkuasa. Kalau dia jual, tak tahu apa kisah seterusnya."

"Kenapa dia ditinggalkan?" Hazrul musykil. Kalau dilihat, Dania takder cacat celanya.

"Entah. Mungkin sebab Dania tu buta masa lahir." Cerita Dean.

Dua minggu berlalu.

"Kalau saya hantar keluarga saya meminang terus, boleh?"

"Ish, awak ni! Saya setuju keluar dengan awak tak bermakna saya terima lamaran awak tu."

"Kenapa Darisa? Kenapa susah sangat awak nak terima saya? Sebab awak dah ada Hazrul ke?"

"Saya dengan Hazrul tu urusan kerjalah. Lagipun dia rapat dengan anak-anak saya."

"Jadi, apa masalahnya sekarang?"

"Banyak masalahnya  Ashraf. Awak tu muda lagi. Saya tak bersedia lagi nak kahwin. Saya dah pernah gagal dulu. Saya ditinggalkan dan diceraikan. Bekas suami saya pilih untuk ceraikan saya demi orang lain. Dan yang penting saya memang tak boleh terima awak. Saya anggap awak sebagai adik jek. Tak lebih dari itu."

"Saya janji, saya akan..."

"Bekas suami sayapun janji nak bahagiakan saya. Janji nak setia. Tapi, dia tinggalkan saya juga akhirnya." Pintas Darisa. Ashraf terdiam.

"Takde siapa yang tahu apa yang akan jadi di masa depan. Saya belum berani untuk menghadapi risiko ditinggalkan sekali lagi. I'm not ready for that." Bicara akhir Darisa sebelum berlalu meninggalkan Ashraf sendirian di restoran itu.

Darisa memandu ke rumah Daria untuk menjemput anak-anaknya. Dania dan Dahlia sedang sibuk bermain dengan sepupu mereka. 

"Mak okey ke?" Tanya Darisa pada Daria.

"Macam tulah dia. Asyik tanya pasal adik kita tulah. P.I yang kau upah tu ada cakap apa-apa tak?"Balas Daria.

"Pengusaha rumah tumpangan tu cakap, kalau 30 tahun  punya cerita dia tak tahu. Sebab masa tu pakcik  dia yang uruskan tempat tu."

"Kalau kita dapat jumpa pakcik dia tu, mungkin dia tahu sesuatu." Pendapat  Daria.

"Kita tunggu jelah perkembangan seterusnya nanti." Balas  Darisa.

"Kau ni macam tak bersungguh jek aku tengok. Ke kau takder mood ni? Ni apasal cepat sangat dating dengan Ashraf? Gaduh ye?"

"Malaslah cerita pasal dia." Rungut Darisa.

"Apa lagi dia dah buat? Kesian   tau dia. Macam-macam tau dia buat untuk menangi hati kau, tapi kau tak tersentuh langsung."

"Aku ni dah 38 tahun. Apa yang dia buat tu untuk budak-budak muda umur 20an macam dia. Aku ni bukan bujang. Ada anak dua orang." Balas Darisa. 

"Maknanya dia anggap kau muda lagi. Kalau dia muda, kenapa kau tak pilih Hazrul?"

"Hazrul tak pernahpun cakap dia suka kat aku. Dia lebih suka habiskan masa dengan budak-budak tu."

"Mungkin sebenarnya dia sukakan kau. Kau yang tak pernah beri dia peluang untuk luahkan. Lagipun dia takut akan dikecewakan sekali lagi. Romzy cakap 3  tahun lebih bertunang. Tapi, dia sikitpun tak salahkan tunang dia. Dia lebih salahkan diri. Sebab tu dia sangat berhati-hati nak cari pengganti."

"Amboi, bukan main kau berkempen untuk dia yer. Aku takder apa-apa yang istimewa untuk dia. Buat masa ni lebih baik aku fokus pada kerja dan pencarian adik kita tu." Balas Darisa penuh tekad.

"Apa kata kau cerita dengan Ashraf dan Hazrul pasal adik kita tu. Kalau salah seorang interested nak jadi P.I untuk kau, kau considerlah dia jadi partner kau." Cadang Daria.

"Dahlah, malas nak layan kau. Aku nak bawa mak jalan -jalanlah. Nak ikut tak?" Darisa segera beralih topik.

"Eh, mestilah! Nanti siapa nak tengok budak-budak tu?" Jawab Daria.

Darisa pimpin tangan ibunya. Mereka sama-sama duduk di bangku di taman itu.

"Cantik tempat ni yer. Dulu masa mak muda takder semua ni. Ingat lagi dulu. Mak dan Pak Ngah kau selalu ajak atuk datang sini." Makcik Ida mula mengingat zaman silam.

"Mak dan pakngah kau rapat sangat. Susah senang sama-sama. Tak sangka dia sanggup buat mak macam ni. Dia curi anak mak." Makcik Ida mula menangis.

"Dahlah mak. Mak sabar yer. Darisa dah janjikan. Darisa akan cari adik sampai dapat." Pujuk Darisa.

"Naluri mak ni kuat merasakan dia tu ada dekat sini." Kata makcik Ida. Kemudian dia terbatuk-batuk.

"Eh, Darisa boyfriend kau ada kat sini." Tiba-tiba Daria datang ke arah mereka.

"Siapa?"

"Hazrul." Jawab Daria.

"Dia buat apa kat sini?"

"Kau tanyalah sendiri. Tu bapa tunggal tengah jaga 6 anak tu pergilah tengok." Arah Daria.

Darisa menghampiri Hazrul yang sibuk melayan kanak - kanak di taman permainan itu bermain. Tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh. Pantas Hazrul. mendapatkannya. Dia segera memujuk sebelum kanak-kanak itu menangis.

"Dah macam bapa tunggal anak enam yer." Usik Darisa. Hazrul menoleh. Ketawa.

"Eh, ingatkan mama tadi. Muka anty macam muka mama sayalah." Kata Damia.

"Abang! Sini cepat." Damia melambai memanggil abangnya. Damien berlari ke arah mereka. 

"Nama saya Damia, dan ini abang saya Damien. Kami kembar." Kanak-kanak itu perkenalkan diri sambil menghulur tangan.

"Ini anak-anak Dean. Bosan hari cuti ni takde apa nak buat, tu pinjam anak-anak dia bawa ke sini. Terjumpa pula Dahlia dan Dania dan sepupu-sepupunya, lagilah meriah diorang bermain."

"Rajin awak layan budak- budak yer." Puji Darisa.

"Budak-budak yang rajin layan saya." Balas Hazrul.

"Eh, kami nak hidang makan ni. Jomlah join sekali. Mak sayapun ada tu. Jomlah." Ajak Darisa. 

"Hmm, okey jugak. Awak masak ke?"

"Saya masak? Tak sempatlah. Saya bawa buah dan air jek. Kakak saya yang masak mee goreng tadi." Jawab Darisa. Seiringan mereka menuju kearah Daria dan emaknya. 

Selepas sama-sama solat maghrib di masjid berhampiran mereka mula beransur pulang. Masing-masing dah keletihan. Mana tidaknya, bila Hazrul offer nak ke Forest City Water Park bukan main seronok masing-masing.

"Thanks Hazrul layankan budak-budak ni. Kalau saya dengan kak Daria jek tadi, memang taklah kami ke water park. Memang kena tunggu abang long lah jawabnya."

"Dah keletihan dah tu masing-masing. Dean pun dah call. Mama diorang dah asyik tanya je pasal anak -anak dia." 

"Hmm okeylah. Kirimsalam diaorang nanti yer."

"Insha Allah. Saya jalan dulu yee. Hati-hati drive."

"Yelah, awakpun sama." Balas Darisa tersenyum. Melambai mesra.

"Amacam mak. Okey tak calon menantu?" Usik Darisa.

"100% mak setuju." Mak Ida pun mengusik sama.

"Wah, mak pun menjadi ye. Kawan kerja jelah mak." Balas Darisa.

"Mula-mula memanglah kawan. Lama-lama hati tertawan." Usik Daria lagi.

"Mama, jomlah balik. Penatlah." 

"Okey mak balik dulu. Dahlia dah bising tu." Darisa cepat-cepat nak pergi. Dapatlah dia lari dari usikan mak dan kakaknya. Malu. Dah lama takder perasaan macam ni. Bila diusik dengan Ashraf takder pulak rasa macam ni. Sebelum ni pun takder rasa macam ni bila diusik dengan Hazrul. Tapi, kenapa hari ni rasa lain macam yer? Aku dah jatuh hati ke?

"Bukan main rancak mak sembang dengan Hazrul tadi. Mak sembang apa?" Daria sibuk nak tahu.

"Pasal adik kau tulah."

"Dia ada cakap dia suka Darisa ke?" Daria teruja nak tahu.

"Dia cakap, dia risau tengok Darisa tu kerja teruk sangat. Dengan kilangnya, workshop, restoran. Dia suruh mak nasihat Darisa tu jaga kesihatan."

"Itu je?"

" Dia ada juga cakap suka kat Dara tu, tapi tak pernah ada peluang nak cakap. Sebab Darisa tu kalau jumpa dia asyik cerita hal kerja atau Dania dan Dahlia." Tambah mak Ida. Daria kembali tersenyum. Dia meneruskan pemanduan dengan pelbagau tafsiran di kepala.

Darisa tiba di rumah dengan selamat. Entah kenapa rasa perlu pulak memberitahu pada Hazrul. Lelaki itu membalas...'al-hamdulillah. rehat yer...jangan lupa isyak dulu baru tidur."

"Eh, ya tak yalah. Asyik berangan jek, lupa belum solat isyak. Mandi dululah." Bebel Darisa sendirian.

Hazrul tiba di rumah Dean. Damia dan Damien berlari keriangan sambil masuk ke rumah.

"Mama, muka anty Darisa tu maca muka mama. Cuma dia tak pakai cermin mata jek." Cerita Damien.

"Ya betul mama. Dania dah nak peluk dia tadi sebab ingatkan mama." Cerita Dania pula.

"Nak kena jumpakan awak berdua ni." Celah Dean. 

"Mesti ni. Dah banyak kali sangat dengar." Balas Dania. 

"Manalah tau kot-kot kami ni kembar yang terpisah ke." Tambah Dania.

"Eh, tak mustahil tu. Manalah tahu kan. Dia ada bercerita juga dia tengah cari adik dia yang hilang." Hazrul bercerita. 

"Hilang?"

"30 tahun lepas. Lepas mak dia bersalin, adik dia tu pak ngah dia sendiri yang culik. Lepas tu mak dia jadi tak tentu arah sampai hilang ingatan. Bila bawa balik pindah Johor ni barulah dia ingat  banyak perkara. Lepas kahwin dulu dia tinggal di Seremban."

"Seremban?"

Dah hampir setengah jam kepala dah letak di atas bantal. Tapi mata masih tak dapat dilelapkan. Terbayang-bayang kemesraan Hazrul melayan anak-anaknya, anak-anak Daria dan juga anak-anak Dean. Macam cikgu tadika yang langsung tak merungut melayan anak -anak muridnya.

"Dia tu dah 40. Dah malas nak bercinta-cinta. Kalau boleh, nak terus kahwin. Dulu, masa bertunang, dia sibuk sangat kerja sampai tunang dia tu terabai. Nak betulkan keadaan dah terlambat, sebab perempuan tu dah jatuh cinta dengan orang lain. Sebab tu dia taknak tunggu lama-lama. Dia suruh mak tanyakan pada Darisa. Kalau dia setuju, dia nak nikah hujung tahun ni." Cerita mak Ida pada Daria.

" Wah, berani betul. Terus direct kat mak. Nampaknya dia bersungguh-sungguh mak. Apa pandangan mak?"

"Ikut dialah. Dia tu lebih pentingkan orang lain daripada diri sendiri. Nanti mak cuba cakap elok- elok dengan Darisa tu."Jawab mak Ida lembut.

Darisa cuba melelapkan mata. Macam- macam doa dibaca. Mata masih belum mahu terlena. Akhirnya Darisa bangun ke bilik air. Dia mengambil wudhuk. Dia membentang sejadah. Meminta petunjuk dari Allah, mendahulukan diri sendiri atau orang lain?

Terjaga dari tidur yang lena. Serentak dengan bunyi penggera  di telefon. Dania segera mematikannya. Diam bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik air. 10 minit lagi azan Subuh akan berkumandang. Dia segera mandi. 

"Wah, sempat sayang masak sarapan hari ni?"

"Sayang tak ke klinik pagi ni. Tengahari nanti baru Sayang masuk. Tukar dgn Dr. Mardiana. Dia nak balik kampung petang ni." Jelas Dania.

"Kalau macam tu, abangpun nak lambatlah." Kata Dean.

"Damia dan Damien pun tido lagi. Penat sangat agaknya semalam. Yelah, Hazrul bawa pergi water park."

"Cakap pasal Hazrul, dia tu pandai betul layan budak-budak ye? Macam abang."

"Itulah antara sebab ex tunang dia suka kat dia dulu.Tapi, takder jodoh kan?"

"Kenapa dia putus pulak?"

"He was a workaholick man. Very passion with his work. He' ll do anything to win his case. But he lost to win his fiance's heart. Tunang dia rasa terabai. Sampai jatuh cinta dengan orang lain. Sebab tu sekarang dia dah berubah. Dia dah tak ambil kes besar-besar. Dia pun dah banyak duit. Nak cari isteri jek sekarang ni." Cerita Dean.

"Kesian, muka handsome, banyak duit tapi kena tinggal."

"Sebab duit dan muka yang handsome bukan kunci kebahagiaan." Kata Dean. 

Darisa menghirup kopi panas yang sudah suam. Dia mentertawakan Dahlia yang comot pipinya dengan mentega kacang. Dania mengambil tisu dan tolong lapkan. Darisa tersenyum, memang dari kecil lagi Dania sangat menjaga adiknya.

"Mama nak ke office ke hari ni?"

"Kalau ya kenapa? Nak suruh pakcik Hazrul bawa jalan-jalan?"  Teka Darisa.

"Eh, mana mama tahu ni?" Dania hairan.

"Pakcik Hazrul dah mesej mama pagi tadi. Lagipun mama dengar perbualan awak dengan pakcik Hazrul semalam." Jelas Darisa.

"Jadi? Kita ada plan ke hari ni?"Dania tak sabar nak tahu.

" Mama memang nak jumpa pakcik Hazrul pasal kerja. Lepas mama dah siap berbincang dengan pakcik Hazrul, baru boleh pergi berjalan dengan pakcik Hazrul ye."

"Yeah,..."  Dahlia dan Dania bersorak keriangan. Telefon berbunyi. Darisa segera menjawab bila dilihat nama Daria yang tertera pada skrin telefonnya. 

"Mak demam ni. Penat sangat agaknya. Aku pergi klinik yang dekat dengan office kau tu sebab akupun nak jumpa kau ni."

"Aku dah ada  depan klinik ni. Kau agak2 sampai pukul berapa?"

"Aku ada appoinment dengan Hazrul pagi ni. Apa kata kau terus jelah bawa mak ke office nanti."

"Aik, semalam tak puas dating hari ni nak jumpa lagi?" Usik Daria.

"Ini hal kerjalah."

"Kerja apa? Kerja kahwin?" Daria mengusik lagi.

"Kita jumpa nanti yer." Darisa segera menamatkan perbualan.

"Kenapa pipi mama merah- merah?" Dahlia bertanya. Pipi terasa bahang. 

"Mama nak demam ke?" Tanya Dania pula.

"Dah cepat makan lepas tu bersiap. Hari ni pergi main taman dalam mall jek. Takder main-main air ye." Pesan Darisa.

Jadi ibu tunggal baru 7 tahun. Takkan nak tunggu sampai 10-20 tahun. Itu kata-kata Daria. Carilah pengganti Darisa. Carilah yang lebih baik dari anak ibu. Ibu Rizal pernah berpesan. Kalau aku mampu, aku amik kau jadi isteri no 2 aku. Itu kata-kata arwah Rashid masa nak pujuk aku selepas diceraikan. Saya akan bahagiakan awak. Itu janji saya. Janji Ashraf. Mereka memberi aku harapan,tapi aku takder apa-apa perasaan.  Untuk apa hati aku berdegup kencang untuk orang yang tidak pernah berikan aku apa-apa harapan?

Darisa tiba di pejabat. Ada seseorang menunggu di depan pintu. Mana dia aku ke pejabat pagi minggu ni. Mesti dia ada spy ni. Kalau tak Faizal, mesti Murad ni. Takpun si Nina.

"Minta maaf kalau buat awak marah semalam." Ashraf menghulurkan sejambak bunga.  Ish,dia ni tak tahu ke aku tak suka bunga. Lagi -lagi bunga hidup. Ambik jelah. Darisa mula terbersin-bersin. 

" Mama alergic bunga lah pakcik." Beritahu Dania. Dania mengambil jambangan bunga itu dari tangan mamanya.

"Kalau coklat, mama tak alergic."Dahlia mengambil kotak coklat dari tangan Ashraf.

"Saya ada meeting sekejap lagi. Ada hal penting ke?" Tanya Darisa.

"Ini. Awak tak perlu jawab sekarang. Saya tunggu 7 hari yer." Ashraf menghulur sekotak cincin. Darisa teragak - agak untuk mengambilnya. Ashraf memberikan cincin itu pada Dania.

"Saya datang semula lagi 7 hari yer." Ashraf terus berlalu. Darisa masih terdiam. Anak-anaknya memandang tak mengerti.

"Dah, jom masuk." Darisa menolak pintu. Kedua anak-anaknya masuk. Darisa menyusul masuk. Sepuluh minit selepas itu Hazrul pun datang.

"Awak yakin ke dengan keputusan awak ni?" Tanya Hazrul ingin kepastian. 

"Yakin. Anissa pun dah  setuju. Cukup.umur anak.sulung dia tu 25 tahun restoran tu akan bertukar nama. Dan saya pun dah taknak ada kena mengena lagi." Tekad Darisa.

"Awak tak  sayang ke? 80% modal awak tau."

"Biarlah.. yang penting bahagian anak-anak saya tak diusik.

" Baiklah. Nanti saya siapkan dokumen yang awak nak. Lagi dua hari saya datang balik."

'Achoo!' Darisa bersin.

"Eh, dah teruk sangat awak ni. Muka awak dah naik merah-merah."

"Awak bagi ke bunga ros ni?" Tanya Daria yang tiba-tiba muncul. 

"Pakcik yang bawa kereta merah tu." Sampuk Dania.

"Lah dia tak tahu ke kau  alergi teruk kalau bunga ros ni. Kalau bunga lain, cuma bersin-bersin jek. Kalau ros teruk sampai batuk."

" Dah jomlah saya bawa ke klinik." Hazrul mempelawa bantuan.

"Kau pergilah klinik. Aku bawa budak- budak dan mak balik."

"Bawalah cepat Hazrul, nanti pengsan pulak. Tengok budak-budak ni dah cabut kelopak-kelopak dia. Mesti banyak debunga dah tersebar  ni." Mak Ida jadi risau. Darisa ni walaupun berkembar dengan Daria, dia seorang jek yang alergi dengan bunga.

Mereka tiba di klinik bersebelahan Restoran Warisan. Kebetulan terserempak dengan Dean yang baru sampai.

"Kenapa ni?"

"Terbersin-bersin dari tadi. Hidung pulak berdarah. Alergik bunga, tak tau pulak teruk macam ni." Jawab Hazrul.

"Masuklah dulu. Dania pun baru sampai.  Nak tukar shift dengan kawan dia, ada emergency." Suruh Dean.

Darisa dan Hazrul masuk ke klinik. Menunggu tak lama dan namanya dipanggil. Rasa tak sedap hati pula biarkan Darisa masuk seorang. Hazrul masuk sama.

Dania terpana seketika. Kalau inilah wanita nya yang sering dikata seiras wajahnya, Dania tidak menafikan.

"Dia alergi bunga. Terbersin-bersin sampai muka naik merah. Ni hidung pulak berdarah, saya risau takut pengsan pulak nanti." Beritahu Hazrul.

"Bunga ros ke?" Tanya dr. Dania. Darisa angguk. 

"Kalau macam tu puan baring dulu. Encik Hazrul bolehlah tunggu kat luar dulu." Pinta dr. Dania. 

Hazrul keluar dari bilik doktor. Kebetulan Dean pun masuk. Dia menghampiri Hazrul dan bertanya keadaan Darisa.

" Dia okey. Wife kau tengah 'check' dia." Jawab Hazrul lemah.

" Wife aku pun alergik bunga jugak. Sebab tu aku selalu beli bunga plastik  je untuk dia. Kau kena  ingat, lepas ni jangan bagi bunga hidup lagi kat dia."

"Bukan aku yang bagi. Aku dah lama  tahu dia alergi bunga. Dania Dahlia beritahu aku. Ashraf  yang bagi. Aku ada nampak kotak cincin atas meja dia tadi."

"Jangan 'frust' dulu. Kau cari tahu dulu hal sebenar. Tanya dulu betul-betul." Nasihat Dean.

Sementara dalam bilik doktor.

"Akhirnya dapat juga kita berjumpa ya. Anak-anak saya excited betul bila bercerita pasal awak." Kata dr. Dania.

"Tapi, tulah jumpa dalam keadàan macam ni pulak."

"Jangan risau takder apa ni. Dalam sejam merah-merah kat muka awak tu akan berkurang. Nanti saya bagi ubat. Kalau ubat habis, masih merah lagi hidung tu, datang balik sini yer. Saya bagi ubat lain." Jelas dr.Dania.

Seiring mereka keluar dari bilik doktor. Bagaikan sepasang kembar keduanya berdiri di muka pintu. Serentak Dean dan Hazrul bangun.

"Lain kali jangan beli bunga ye." Pesan dr.Dania.

"Dia tahu saya alergi bunga. Orang lain yang bawa tadi." Beritahu Darisa.

Selepas mengambil ubat di kaunter, mereka pun mula beredar. Dania dan Dean meneruskan tugasan mereka. Hazrul memandang Darisa. Darisa tak faham.

"Awak akan kahwin dengan Ashraf ke?" Tanya Hazrul tanpa berbasa basi lagi.

"Kenapa awak cakap macam tu pulak?"

"Cincin atas meja tu."

"Ish,awak ni! Saya terima tapi tak pakai kan? Saya tak ready lagilah. Lagipun saya dah janji dengan mak yang saya nak cari adik saya dulu. Dah jumpa baru fikir nak cari jodoh."

Dania memandang bakul sampah. Tisu yang berdarah itu ditenung lama. Teringat cerita Hazrul malam tadi.

"Mak Ida tu baru baik sakit. Katanya baru pulih ingatan."

"Apa yang berlaku?" Dean tak sabar nak tahu.

"Mak Ida cakap lepas kahwin dia tinggal di Seremban. Lepas bersalin anak ketiga, baby tu kena culik. Mak Ida jadi tak tentu arah sampai hilang ingatan. Tahun lepas adik mak Ida bebas dari penjara. Dia mengaku dia yang bawa lari bayi tu. Dan dia tinggalkan di satu tempat sebab dia bayi tu sebenarnya buta."

"Buta?!" Serentak Dean dan  Dania bertanya ingin kepastian.

"Bila Daria dan Darisa bawa mak dia pindah sini, dia dapat rasakan yang dia makin dekat dengan anak dia tu. Sebab adik dia beritahu yang dia tinggalkan baby tu kat daerah sini." Tambah Hazrul.

Dania mengambil sampel darah Darisa yang diambil tadi. Dia tekad ingin mencuba.

"Terima kasih sebab hantar  saya. Tak nak singgah dulu ke?"

"Takpelah. Awak rehatla ya. Kita jumpa esok. Esok biar saya hantarkan anak-anak pergi sekolah ya."

"Buat susah awak je."

" Eh, diorang tu dah macam anak-anak saya dah. Merekalah penghibur hati saya."

"Hai, anak-anak je ke?"

"Er...hehe.." Hazrul tersengih.

"Hmmm...okeylah." Pintu kereta ditutup. Darisa masuk ke dalam pintu pagar.

"Amboi, sampai hilang. Dia tak hantar balik rumah pulak."

"Aku cakap nak ambil budak-budak. Dia memang nak hantar tadi, tapi aku cakap nak jumpa mak. Aku nak amik kereta kat office dia tak bagi drive, dia hantar aku ke sini."

"Kau nak apa lagi? Dah nampak ciri-ciri suami material tu. Takyah tunggu lama-lamalah."

"Mak buat apa? Tidur ke?" Darisa beralih tajuk. Malas nak layan usikan Daria.

Malam bertandang. Kesukaran melelapkan mata datang lagi. Kali ini hatinya  berbelah bagi. Lamaran Ashraf belum ada jawapan, Hazrul pula memberi harapan.

"Mak tak paksa. Tapi kalau ikut pandangan mak, dia tu bagus orangnya. Diapun rapat dengan anak-anak kau. Fikir-fikirkanlah yer. Kau masing-masing bukan muda lagi."

Memang betul apa yang mak cakap. Akupun bukan muda lagi. Ashraf tu 10 tahun muda dari aku. Memanglah orang cakap, usia bukan penghalang, tapi.....entahlah..

"Saya minta maaf, saya tak tahu awak alergi bunga. Patutlah saya nampak Nina yang bawa balik bunga lili hari tu. Ingatkan sebab awak tak suka lili. Tu yang saya bawa ros." Kata Ashraf.

"Belum 7 hari, kenapa awak datang hari ni?" Tanya Darisa. Tak mahu berbasa basi.

"Hari ni saya datang pasal kerja."

"Kerja?! Kan saya dah tolak offer company awak. Saya kerja dengan Mr.Sani sekarang ni."

"Saya tahu, company saya memang tak boleh lawan Armstrong Advertisement tu. Saya ada projek papan iklan nak offer awak. Ini details iklan tu. Saya nak awak design grafik yang sesuai."

"Kalau hal macam ni, awak kena jumpa Faizal atau Murad. "

"I know, saja nak go through you. Kalau tak, tak dapatlah kita jumpa."

"Nina, encik Faizal ada di office?" Melalui interkom di atas meja Darisa bertanya pada pembantunya.

"Dia keluar jumpa client. Encik Murad ada, tapi dia dengan client sekarang ni." Jawab Nina. 

"Okey, arrangekan masa untuk dia meeting dengan encik Ashraf. Cek saya dah sain, you boleh ambil ye."

Kenapa aku rasa nak mengelak daripada berlamaan dengan dia? Kalau Hazrul yang datang bukan soal kerjapun aku layan. Mungkin betul aku dah jatuh hati pada dia. Tapi, dia nak ke tunggu aku?

"Dah lama tunggu ke?"

"Hah?" Darisa tak faham.

"Kan saya jadi driver awak minggu ni?  Kan saya cakap lepas saya hantar anak-anak awak, saya hantar  awak pergi Armstrong Advertisement." Hazrul mengingatkan. Dr. Dania ada berpesan supaya Darisa untuk tidak memandu seminggu ni. Hazrul terus menawarkan diri jadi pemandu tak bergaji biarpun Darisa nak naik e-hailing.

"Hazrul awak bersungguh-sungguh ke?"

"Maksud awak?"

"Bersungguh-sungguh dengan apa yang awak cakap dengan mak saya." Terang Darisa akan maksudnya.

"Maksud awak pasal nak kahwin tu ke?" Hazrul ingin kepastian. Darisa angguk perlahan.

" Darisa saya taknak paksa kalau awak taknak. Tapi saya amat berharap. Saya dah pernah mengecewakan orang yang saya sayang. Saya taknak ulangi lagi semua tu. Saya sayangkan awak dan saya taknak kecewakan awak. Saya tak mungkin akan jatuh cinta lagi selepas ini. Kalau awak nak saya tunggu sampai jumpa adik awak tu..saya akan tunggu."

"P.I yang saya upah tu kawan awak kan? Amri tu." Pintas Darisa. Hazrul angguk.

"Dah sampai office. Petang ni saya balik dengan Daria ye. Awak amik anak-anak je. Saya turun dulu." Darisa turun dari kereta. Dan berlalu masuk ke dalam bangunan 25 tingkat itu. Telefon berbunyi. Mesej masuk. Hazrul mencapainya. Mesej daripada  Darisa. Baru seminit berpisah, dah rindu ke?

'Suruhlah si Amri tu selesaikan kerja cepat. Cepat selesai, cepatlah kita 👰🤵...'

Hazrul tersenyum. Fahamla dia maksud emoji yang dihantar itu. Maknanya.....No telefon Amri dicari. Harap-harap adalah berita gembira.

Seminggu kemudian.

"Hantar saya ke klinik dulu pagi ni." Pinta Darisa.

"Kenapa? Awak demam lagi ke?"

"Semalam dr.Dania call. Dia cakap result darah dah ada. So, dia suruh ke klinik." Jelas Darisa.

" Anak-anak mana? Tak sekolah ke?"

"Abang Long dah ambil tadi. Dia pun dah rindu dengan budak- budak tu." Jawab Darisa.

Kereta  Hazrul menyusur pergi. Kenapa rasa berdebar-debar sangat ni.  Tiba di klinik Darisa terus masuk ke bilik Dr. Dania.

"Maafkan saya. Hazrul ada cerita pasal awak cari adik awak."

"Ya. Memang betul." Balas Darisa.

"Sebenarnya Amri tu pun tengah cari keluarga saya. Jadi saya tahu serba sedikit pasal kisah adik awak tu. Saya tak tahulah ini kebetulan atau ini adalah kebenaran. Saya adalah bayi buta yang ditingggalkan di rumah tumpangan yang awak sebutkan. Mak dan ayah angkat saya adalah orang yang jumpa saya. Mereka pekerja pembersihan pada masa tu."

"Tapi, awak tak buta pun." Darisa masih ragu-ragu.

"Sebelum arwah suami pertama saya meninggal dia dah sain surat untuk dermakan matanya pada saya." Jelas Dania.

"Saya minta maaf. Sampel darah yang saya ambil minggu lepas bukan tujuan nak tahu penyakit, tapi saya..."

"Jalankan ujian  DNA?" Tafsir Darisa. Dania angguk.

"Maafkan saya. Saya dah tahu keputusan ni lebih awal, tapi saya kena siasat dulu betul-betul. Betul ke saya bayi yang keluarga awak cari." Dania menghulur sampul surat berisi keputusan ujian DNA yang dibuat minggu lepas. 

Menggigil tangan Darisa mengeluarkan keputusan makmal itu dari sampul surat tersebut. 

Dilahirkan buta. Wajah dikatakan hampir seiras. Sama-sama alergi bunga. Suratan atau kebetulan. Allah mentakdirkan sebuah pertemuan yang tidak disangkakan.  Tahulah Dania anak kembarnya tu genetik dari mana. 














Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...