Skip to main content

Posts

MISI : P. M. I

Hafiy tersenyum. Gadis itu berjalan menuju ke arahnya yang sudah hampir setengah jam menanti di restoran itu. Erina terus duduk di hadapan Hafiy tanpa sempat lelaki itu mempelawanya. Air wajahnya tidak manis. Marah ke? Mungkin. Tak mustahil dia marah. Permintaan Hafiy mungkin keterlaluan. “Baiklah. Saya setuju kahwin dengan awak. Tapi saya ada syarat.” Kata Erina tanpa sebarang mukadimah. Hafiy terkedu seketika. Ingatkan dia datang nak marah-marah. Tapi, lain pula jadinya. “Apa syaratnya?” Tanya Hafiy. “Saya nak awak jaga maruah saya. Hormati saya sebagai isteri, bukan perempuan simpanan. Saya akan jadi tanggungjawab awak.” Jawab Erina. “Hormati aurat saya, maruah saya.” Tambah Erina. Kompang dipalu itu hanya igauan. Majlis ringkas diadakan. Selepas nikah, mereka tak tunggu lama. Selang dua hari, Hafiy membawa isterinya pindah ke rumah banglo mewah miliknya. Tak hairanlah seorang ‘ah long’ seperti Hafiy memiliki rumah yang besar dan mewah seperti ini. Deng...

PELUANG KEBAHAGIAAN

Siti Nur Umaira menyerahkan surat perletakan jawatan di atas meja Muhd Nur Azlan. Pertunangan mereka telahpun putus. Siti Nur Umaira tak mahu bekerja di bawah orang yang menuduhnya curang. Membuat tuduhan dan tafsiran tanpa usul periksa. Hakikatnya cintanya sendiri yang dah beralih arah. Muhd Nur Azlan lebih tertumpu pada Diana Hamzah, anak saudara dato’ Hakimi yang baru pulang dari luar negara. Mungkin gaya manja dan seksi itu lebih menarik perhatian Muhd Nur Azlan berbanding keayuan dan kesopanan Siti Nur Umaira yang lebih gemar berbaju kurung dan bertudung kemas. Adakala dia berpakaian elegen namun ianya tetap sopan dan menutup aurat. Ciri-ciri yang pernah menjadi idaman Muhd Nur Azlan itu sudah tidak ada istimewanya lagi di mata Azlan. Hmm…kalau orang dah tak nak, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Muhd Nur Azlan jadi tak tentu arah bila dato’ Hakimi tak mahu Siti Nur Umaira letak jawatan. Dia mendesak Muhd Nur Azlan memujuk Siti Nur Umaira membatalkan niatnya untuk let...

HEBATNYA DOA

Mereka berjabat tangan. Satu perjanjian telah termeterai. Haiqal setuju bersyarat. Haji Nazmi setuju dengan syarat diminta. Haji Nazmi gembira. Bolehlah dia pulang ke kampung dengan tenang. Tiada bebanan tanggungjawab yang ditinggalkan. Pasti isterinya turut gembira mendengar khabar ini. Cuma tak pasti lagi bagaimana dengan anak bongsunya. Dia tahu Ayra Umaira pasti tidak menghalang. Tapi….. *** Nurul berkerut dahi. Tak faham. Kenapa Ayra Umaira, teman serumahnya ini nampak serabut semacam. Takkan pasal kerja kot. Sebelum ni selamba jek buat dua kerja, bidang yang jauh berbeza, muka tenang saja. Pegang ‘handphone’ dari tadi. Macam nak menghubungi seseorang. Jadi tak jadi. Mundar-mundar pulak. “Ok, stop!” Nurul akhirnya bersuara. Ayra terhenti. “Kau ni kenapa sebenarnya?” Tanya Nurul. Ayra duduk di sebelah Nurul. “Ibu aku ‘call’ tadi. Semalam ada orang datang merisik. Dan ayah aku dah setuju.” Cerita Ayra. Nurul ketawa. “So, kau ni sebenarnya ‘nervous’ p...