Skip to main content

Posts

I LOVE YOU

Semua orang mengucapkan tahniah. Syakira Nabila hanya tersenyum. Memang ini yang dia impikan selama ini. Surat tawaran menjawat jawatan pensyarah di UIA itu ditatap lama. Dan panggilan telefon dari ibunya dua hari lepas masih terngiang- ngiang lagi isi perbualannya. Kahwin. Dia tahulah umurnya memang bukan muda lagi. Dan dia sendiri tak pernah kisah soal jodoh. Dia juga menyerahkan hal ini pada ibunya. Tak pernah letakkan ciri-ciri pilihan. Tapi, kenapa ibunya pilih Shahril Haiqal? Sepupunya sendiri. Lebih muda pulak tu. Anak mak uda. Aduhai...ibu saudara bermulut 'laser'. Kalau nak mengata, dia tak kira siapa. Kakak sendiri pun laju dia mengata. Ibu mungkin tak terasa apa, dah biasa. Berpuluh tahun kenal adiknya itu. Ibu selalu cakap, mulut dia je macam tu, tapi hatinya baik. Ayat klise kan?? "Apa salahnya? Haiqal tu baik budaknya. Sebab tu mak berani lepaskan Syahira ikut dia kerja di London." Bicara ibunya. "Angah tak biasa tinggal di luar ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

MISI : P. M. I

Hafiy tersenyum. Gadis itu berjalan menuju ke arahnya yang sudah hampir setengah jam menanti di restoran itu. Erina terus duduk di hadapan Hafiy tanpa sempat lelaki itu mempelawanya. Air wajahnya tidak manis. Marah ke? Mungkin. Tak mustahil dia marah. Permintaan Hafiy mungkin keterlaluan. “Baiklah. Saya setuju kahwin dengan awak. Tapi saya ada syarat.” Kata Erina tanpa sebarang mukadimah. Hafiy terkedu seketika. Ingatkan dia datang nak marah-marah. Tapi, lain pula jadinya. “Apa syaratnya?” Tanya Hafiy. “Saya nak awak jaga maruah saya. Hormati saya sebagai isteri, bukan perempuan simpanan. Saya akan jadi tanggungjawab awak.” Jawab Erina. “Hormati aurat saya, maruah saya.” Tambah Erina. Kompang dipalu itu hanya igauan. Majlis ringkas diadakan. Selepas nikah, mereka tak tunggu lama. Selang dua hari, Hafiy membawa isterinya pindah ke rumah banglo mewah miliknya. Tak hairanlah seorang ‘ah long’ seperti Hafiy memiliki rumah yang besar dan mewah seperti ini. Deng...