Skip to main content

Posts

MENDUNG BERLALU

Azharin Laily berjalan mundar-mandir di luar wad kecemasan itu. Baru sebentar tadi dia memberi maklumat tentang kemalangan itu pada Inspektor Rashid, anak Tan Sri Hussien, boss Armada Hotel, cawangan Johor Bahru. Azaharin Laily adalah pengurus Khidmat Pelanggan di ibu pejabat Seri Armada Hotel yang berpusat di Kuala Lumpur. “Jangan risau Elly. Nothing serious. Elly tak langgar dia pun. Dia pengsan sebab terlalu lemah. Mungkin dua tiga hari mogok lapar.” Jelas inspektor Rashid tentang keadaan lelaki yang tiba-tiba sahaja menerpa ke arah kereta Elly yang sedang bergerak perlahan mencari jalan. “Elly baliklah dulu. Kalau ada apa-apa maklumat nanti, Rashid call Elly.” “Hmm, takpelah. Elly tunggu sekejap lagi. Nak tahu jugak apa laporan doktor.” Lelaki itu sudahpun di hantar ke wad. Elly dan inspektor Rashid masih menanti khabar tentang lelaki yang hanya diketahui namanya Ahmad Shahril bin Affendi. Pihak polis masih cuba mengesan ahli keluarganya untuk dihubungi. “Do...

I LOVE YOU

Semua orang mengucapkan tahniah. Syakira Nabila hanya tersenyum. Memang ini yang dia impikan selama ini. Surat tawaran menjawat jawatan pensyarah di UIA itu ditatap lama. Dan panggilan telefon dari ibunya dua hari lepas masih terngiang- ngiang lagi isi perbualannya. Kahwin. Dia tahulah umurnya memang bukan muda lagi. Dan dia sendiri tak pernah kisah soal jodoh. Dia juga menyerahkan hal ini pada ibunya. Tak pernah letakkan ciri-ciri pilihan. Tapi, kenapa ibunya pilih Shahril Haiqal? Sepupunya sendiri. Lebih muda pulak tu. Anak mak uda. Aduhai...ibu saudara bermulut 'laser'. Kalau nak mengata, dia tak kira siapa. Kakak sendiri pun laju dia mengata. Ibu mungkin tak terasa apa, dah biasa. Berpuluh tahun kenal adiknya itu. Ibu selalu cakap, mulut dia je macam tu, tapi hatinya baik. Ayat klise kan?? "Apa salahnya? Haiqal tu baik budaknya. Sebab tu mak berani lepaskan Syahira ikut dia kerja di London." Bicara ibunya. "Angah tak biasa tinggal di luar ...