Skip to main content

Posts

BERKONGSI HIKMAH

Hikma menampal plaster pada luka kecil di tapak tangannya. Radhia membantu menyimpan semula kotak ‘first-aids’ di tempatnya. Masih terdengar suara Ustaz Hairul yang membebel. Bersungguh dia nak bawa hal ini ke pengetahuan ibubapa Hakim, biarpun cikgu Hikma dah cakap, dia tak mahu panjangkan hal ini. Biarpun dia perlu akur dengan tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap Hakim, seboleh mungkin dia tak mahu perkara ini dipanjangkan. Pengetua masih belum pulang dari seminar di Kuala Lumpur. Penolong Kanan menghalang Ustaz Hairul mengganggu pengetua dengan mengadu hal ini. Tunggulah dia balik nanti. “Takpe puan. Saya harap kita tutup sahaja kes ini. Cukuplah tindakan disiplin sahaja. Dia pun dah tahun akhir kat sekolah ni. SPM pun dah tinggal tiga bulan sahaja lagi.” Pinta Hikma. “Janganlah gantung dia.” Tambah Hikma. “Cikgu Hikma, dia dah cederakan awak. Ini bukan kes kecil.” Bidas Ustaz Hairul. “Dia tak sentuh sayapun. Saya yang terjatuh sendiri.” Balas Hikma. ...

CINTA MILO O AIS

Akashah hanya memandang dari jauh. Ariana sudah pun masuk ke dalam perut kereta Proton Waja berwarna hitam itu. Kereta yang sering kelihatan menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja. Akmal masuk ke dalam kereta. Akashah masih tidak bergerak. Akmal memandang kearah mata Akashah tertumpu. Kereta proton Waja itu sudah berlalu pergi. “Hmmm, rasanya tak jatuh maruah seorang boss minta maaf pada pekerjanya. Kau rasa bersalah kan marah-marah dia tadi?” Akmal bersuara. Akashah kembali ke alam nyata. Dia mula memandu keluar dari kawasan itu. Akmal menggeleng kepala. Memang ego. Akashah tak macam ni pun dulu. Sejak kematian tunang tercinta dia berubah menjadi seorang yang ‘beku’. Marah-marah tu dah jadi geng rapat dia. “Mana fail Armada Hotel yang saya minta?” Tanya Akashah tegas. “Saya dah serah pada encik Akashah pagi tadi.” Jawab Ariana tenang. “Kalau dah serah, mana failnya?” Herdik Akashah. Ariana tersintak. “Saya memang dah serah pagi tadi. Lepas encik minta s...

RESEPI BERKASIH

Iman Zulaikha baru sahaja tiba di pejabat. Jam di dinding menunjukkan dah pukul 8:15 pagi. Terlewat 15 minit hari ini. Syakila menghampiri sahabat baik yang dikenali sejak zaman universiti lagi. "Amboi! Semalam EL, hari ni lambat pulak. Lain macam jek kawan aku ni." Usik Syakila. Iman tersenyum. "Apahal tiba-tiba cuti semalam? Kata BFF." "Sorrylah beb. It was unplanned." Balas Iman. Dia menunjukkan cincin di jarinya. Syakila ternganga. "Kau dah nikah ke?" Teka Syakila. "Belum lagi lah. Bertunang jek." "Serius? Dengan siapa? Abang kau carikan ke?" Tak sabar Syakila nak tau. "Kau ingat tak aku cerita dengan kau pasal classmate aku dulu tu?" "Yang kau jumpa balik after 10 years tu. Kat sini kan kau jumpa?" "Yelah, masa tu semua orang dah balik. Tinggal encik Hafiy dengan boss jek tunggu dia." "Aku balik office semula sebab nak amik handphone." Sambung Iman. "Ok, enough abou...