Skip to main content

Posts

PELUANG KEDUA (samb. Satu Peluang)

 Haiqal Azran pulang awal seperti yang dijanjikan. Isterinya yang tidak ke butik hari ini menanti dengan penuh kesabaran.   Suaminya dah mengingatkan jangan buat apa-apa kerja.   Duduk berehat sahaja di rumah.   Sejak disahkan hamil 5 bulan lalu, Eyra hanya akan ke butik 3 atau 4 hari sahaja dalam seminggu.   Kalau ada banyak urusan barulah dia kerap ke butik.   Maklumlah, mengandung anak pertama ni macam-macam ragam.   Bukan ragam si isteri, tapi ragam si suami yang kalau boleh mahu isterinya duduk berehat sahaja di rumah.   Memandangkan si isteri sering merungut bosan bersendirian tanpa buat apa-apa, Haiqal izinkan juga isterinya ke butik kalau dia mahu.   Dengan syarat, dia sendiri yang akan menghantar dan menjemput. “Cheese cake yang sayang nak abang dah letak dalam peti ais.   Tapi abang beli yang less-sugar.”   Begitulah Haiqal, dia akan tunaikan apa sahaja yang isterinya teringin nak makan.   Tapi, mesti ada sahaja ‘...

SATU PELUANG

Setibanya di KLIA, Haiqal dijemput oleh pemandu keluarganya, Pak Osman.   Dah bertahun-tahun pak Osman bekerja dengan keluarganya. 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia.   Sebak rasa di dada.   Tak sempat nak jumpa arwah papa.   Papa telah pergi buat selamanya sebelum sempat aku meminta maaf darinya.   Lantaran sering terasa hati dengan adik-adiknya, Haiqal akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara, dan tidak mahu pulang.   Dia tahu, papa sangat merinduinya.   Dia sendiripun sangat merindui lelaki yang sangat dihormatinya itu. Mereka bersungguh-sungguh nak Haiqal balik pun sebab pembacaan wasiat tu.   Kalau tidak, tak mungkinlah mereka beriya sangat nak aku balik.   Kalau tak kerana papa, aku tak nak balik lagi ke rumah itu.   Maafkan Along papa. “Itu syarat papa.   Along kena kahwin dengan perempuan tu.   Kalau tak, semua harta akan dibekukan.   Dan kalau bercerai sebelum ada anak, harta akan dis...