Skip to main content

Posts

HATIKU MILIKMU

Doktor Irdina baru sahaja sedar dari lena.   Terlewat bangun pula hari ini.   Ini semua gara-gara panggilan dan teks pesanan yang tak berhenti mengganggu tidurnya malam tadi.   Nak dimatikan handphone nya bimbang kalau-kalau ada panggilan kecemasan dari hospital.   Betul juga apa yang pernah diberitahu sahabatnya doktor Dafina, dia perlu satu lagi handphone yang digunakan khas untuk kerja.   Tapi, leceh pula nak mengkelek banyak sangat handphone. Eleh, boleh kan masukkan dua sim dalam 1 handphone.   Ahh, malaslah nak fikir semua ni.   “Peminat misteri?”   Teka dr.Dafina. “Peminat misteri okeylah.   Kalau peminat fanatik tu yang aku seram.   Tak mustahil dia boleh buat apa sahaja.” “Apa mesej dia?” “Dia tulis: Hatiku milikmu, tapi hatimu milik orang lain.” “Hahaha! Dah macam tajuk lagu Siti Nordiana, HATIKU MILIKMU.”   Dr.Dafina ketawa. “Dia miscalled aku banyak kali.   Then, dia hantar whatsapp macam tu berulangka...

PELUANG KEDUA (samb. Satu Peluang)

 Haiqal Azran pulang awal seperti yang dijanjikan. Isterinya yang tidak ke butik hari ini menanti dengan penuh kesabaran.   Suaminya dah mengingatkan jangan buat apa-apa kerja.   Duduk berehat sahaja di rumah.   Sejak disahkan hamil 5 bulan lalu, Eyra hanya akan ke butik 3 atau 4 hari sahaja dalam seminggu.   Kalau ada banyak urusan barulah dia kerap ke butik.   Maklumlah, mengandung anak pertama ni macam-macam ragam.   Bukan ragam si isteri, tapi ragam si suami yang kalau boleh mahu isterinya duduk berehat sahaja di rumah.   Memandangkan si isteri sering merungut bosan bersendirian tanpa buat apa-apa, Haiqal izinkan juga isterinya ke butik kalau dia mahu.   Dengan syarat, dia sendiri yang akan menghantar dan menjemput. “Cheese cake yang sayang nak abang dah letak dalam peti ais.   Tapi abang beli yang less-sugar.”   Begitulah Haiqal, dia akan tunaikan apa sahaja yang isterinya teringin nak makan.   Tapi, mesti ada sahaja ‘...