Skip to main content

Posts

RUMAH DASSANDRA ADRIANA

  Alhamdullllah.   Hari ini Darissa mampu tersenyum melihat kejayaan yang diraihnya.   Bukan mudah bagi dirinya untuk bangkit dari kekecewaan lalu.   Tamat pengajian suatu ketika dahulu, dia mula menapak sedikit demi sedikit.   Membantu sedikit demi sedikit rakan-rakan yang ada.   Mula bekerjasama dengan beberapa jenama.   Namun memang bukan mudah berada di kedudukan yang selesa seperti sekarang.   Kegagalan rumahtangganya sedikit sebanyak mengganggu emosi dan perjalanan hidupnya.   Darissa bangkit demi kehidupannya yang sememangnya dari dahulu lagi keseorangan.   Sejak kematian kedua orang tuanya, dia membesar di sebuah rumah besar yang didiami bersama beberapa rakan yang senasib dengannya.   Tapi…tulah….setelah sekian lama, kenapa mereka sibuk-sibuk cari.   Dah 5 tahun rasanya hubungan mereka dah terputus selepas talak padanya dijatuhkan.   Bukan seorang dua yang menjadi saksi.   Di hari kenduri 40 hari bapa mertu...

STOP BEING SLOW

  ADAM meneliti akaun yang dibuat oleh pembantu akauntan syarikatnya itu.   Mursyid menunggu respond dari boss aka kawannya itu.   Adam masih tidak berkata apa-apa biarpun dah hampir 30 minit dia membaca. “Kau ni baca akaun ke, baca isi hati orang yang buat akaun ni.”   Mursyid bersuara.   Adam yang hakikatnya berada di awang awangan kembali ke alam nyata.   Mursyid ketawa. “Kalau suka cakap jelah.   Nanti lama-lama diambil orang.”   Usik Mursyid. “Bagus kerja dia ni.   Bersih dan kemas.   Dah boleh ambil alih kerja kau lah lepas ni.” “Amboi!   Terus nak caras kerja aku.” “Kau pun dah malas sekarang ni aku tengok.   Semua urusan kau suruh dia.”   Balas Adam.   Mursyid ketawa. “Kerja dia bagus. Walaupun baru jek kerja kat sini.   Baru tak barulah, dah makan dua tahun jugak.” “Aku dengar dia pun ada workshop sendiri kan?” “Amboi nak korek rahsia nampak.”   Mursyid mengusik lagi. “Takdelah. ...