Skip to main content

Posts

DNA

  Alhamdulillah.   Pembedahan pemindahan buah pinggang itu berjalan dengan lancar.   Bersyukur ke hadrat Illahi. Biarpun ada beberapa persoalan yang timbul sebelum pembedahan pemindahan itu, ianya dibiarkan dahulu.   Papa dan mama banyak membisu sejak pulang dari hospital.   Mungkin kerana mereka keletihan bergilir menunggu di hospital.   Biarpun anak sulung menawarkan diri untuk mengganti tempat mereka, tapi mereka menolak.   Biarlah mereka sahaja yang jagakan anak bongsu mereka Haikal Hazree. Dah 30 tahun usia perkahwinan Hazrul dan Hareena.   Dikurniakan 4 orang anak lelaki.   Yang sulung sudah 28 tahun dan yang bongsu berusia 15 tahun.   Haikal Hazree disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan memerlukan buah pinggang yang baru untuk membantunya meneruskan hidup.   Haikal Hadree, anak sulung mereka menawarkan diri.   Namun, papa mereka tidak mengizinkan.   Biar dia sahaja yang lakukannya.   Mama pula tidak set...

GOLD DIGGER

  TERSERGAM indah hotel bertaraf 5 bintang ini di tengah ibukota yang sibuk ini.   Dua beradik yang sememangnya terlewat gara-gara terpaksa berdepan dengan kesesakan lalulintas sebentar tadi membuatkan keduanya kelam kabut.   Badrul Amin dan adiknya Raif Amir dah sampai di tingkat 15, Raif dah meluru keluar.   Tiba-tiba…… Maaf encik.   Itulah ucapan yang terkeluar dari bibir seorang gadis yang sedang berdiri bersama troli house keeping betul-betul di depan bilik 15-09.   Badrul Amin geleng kepala.   Masa nilah dia nak terjatuhlah, itulah, inilah.. “Eh, kita silap tingkatlah.   Office tingkat 09, bilik 15. Dah! Jom cepat!” Tak tahulah kenapa.   Bayangan gadis itu asyik berlegar-legar dalam fikirannya.   Terngiang-ngiang di telinga suara gadis itu meminta maaf. Raif Amir seakan dah gila bayang.   Aku mesti cari dia kat hotel esok. Itu tekad Raif Amir.   Badrul Amin dah pening kepala.   Ish!   Takkan lah adik bongs...