Skip to main content

RESTUMU ILLAHI

SUATU MASA DULU AKU PUJAAN
KINI AKU TERPAKSA MENJADI KEBENCIAN
SUATU MASA DULU AKU YANG TERINDAH
KINI AKU TERPAKSA MENJADI SAMPAH
SUATU MASA DULU AKU KAU KEJAR
KINI AKU TERPAKSA KAU HINDAR
SUATU MASA DULU AKU PENYERI
KINI AKU TERPAKSA DIBENCI
SUATU MASA DULU AKU BIDADARI
KINI AKU TERPAKSA DIKEJI
CINTA DAN KASIH TERBANG
SAYANG DAN RINDU HILANG
TIADA LAGI RINDU DENDAM
YANG TINGGAL CINTA TERPADAM
YANG TINGGAL DERITA TERPENDAM
JANJI TERPATERI TIADA LAGI
JANJI SETIA TIADA LAGI
TERPISAH BUKAN KEHENDAK HATI
TERPISAH BUKAN PILIHAN HATI
TERPISAH BUKAN IMPIAN HATI
TERPISAH BUKAN KERANA HATI
TERPISAH KERANA MEREKA
TERPISAH KERANA KEHENDAK SIAPA
TERSEPIT ANTARA DUA INSAN
DUA INSAN YANG MELAHIRKAN
DUA INSAN YANG MEMBESARKAN
DUA INSAN YANG SUATU MASA DULU MENYATUKAN
DUA INSAN ITU JUGA YANG MEMISAHKAN
DUA INSAN YANG MENENTUKAN PERPISAHAN
KORBAN CINTA DEMI ORANG TUA
KORBAN CINTA DEMI KELUARGA
KORBAN CINTA KERANA TERPAKSA
KORBAN CINTA TERKORBAN DI PERSADA JIWA
KORBAN CINTA TERKORBAN DI PERTENGAHAN
SEMOGA KEBAHAGIAAN MILIK ABADI
BIARPUN TERLALU SAKIT DI HATI
SEMOGA RESTU ALLAH MENYEBELAHI

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

Suratan atau Kebetulan

 Hidup mesti diteruskan. Nak buat apa meratap nasib hidup yang berkesudahan begini. Ada dua perut yang perlu diisi. Meneruskan kerjaya sambil memegang title ibu tunggal. Ditinggal suami yang jatuh cinta dengan orang lain. Menolak untuk bermadu, cuma berharap bekas suami tak lupa pada anak yang masih kecil dan memerlukan kasih seorang ayah. Dapat bersama dua minggu sekali,mungkin memadai. Alhamdulillah masih ada ibu yang sentiasa ada memberi sokongan. Dan kakak yang tak putus memberi semangat. Buat masa ini janganlah disebut-sebut pasal perkahwinan. Trauma mendengarnya. "Kalau aku belum kahwin, aku masuk meminang kau." "Kau ni, mulut tu kalau bercakap tak jaga betul. Dengar isteri kau nanti, kecik hati dia." "Alah, dia tahulah kita kawan baik dari kecik lagi. Dan dia pun tahu yang kau pernah 'reject' aku dulu." " Itu tak bermakna kau boleh cakap yang bukan-bukan. Hati isteri ni kena jaga. Rizal tu dulu baik dengan isteri dia sebab kerja satu of...

Terus Mencintai (Bab 8)

 Adam menghirup cawan kopi di atas meja. Alamak, dah habis pulak. Adam menekan interkom di atas meja.  "Sari, minta Maya buatkan secawan lagi black coffee untuk saya." "Maya dah balik encik Adam. Kan dah pukul 6." Beritahu Sari, pembantu peribadinya. Adam menjeling jam tangannya. Dah pukul 6?. " Kalau macam tu awak jelah buat. Lepas tu awak boleh balik. Nanti letak je kopi tu atas meja, saya nak solat asar jap." Arah Adam. Sari akur. Dia terus ke pantry untuk bancuhkan air untuk boss. Ariq masuk. "Tak balik lagi Sari? Boss tak balik lagi ke?" "Sekejap lagi. Encik Adam minta buatkan air dulu." "Takpe awak buat je. Nanti biar saya yang hantar ke bilik dia. Lepas tu awak baliklah yer." "Encik Adam suruh letak je atas meja, sebab dia nak solat asar." "Yelah." Pintu diketuk perlahan. Ariq masuk bersama mug air kopi. Diletak atas meja. Menanti Adam yang sudah di tahiyyat akhir. Adam memberi salam lalu membaca doa...