Skip to main content

Posts

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes,
Recent posts

KISAH SEMALAM, KISAH HARI INI

  Indah suasana pagi ini. Cuaca pun sangat baik.   Dania memilih untuk berjalan kaki sahaja ke tempat kerja hari ini.   Balik nanti, pandai-pandailah suruh sesiapa hantarkan.   Takpun berjalan kaki sahaja.   Tak jauh sangatpun, hanya lebih kurang 5-7 minit berjalan kaki dah sampai.   Kadang-kadang dia memilih untuk berbasikal.   Kalau hujan sahaja dia akan memandu kereta Axia miliknya.   Anak-anak pun dah ke sekolah dengan kak Zulaikha.   Kak Zu turut menghantar anaknya ke taska yang sama.   Dia sendiripun adalah pengurus taska tersebut. Dania bekerja sebagai pembantu di Klinik Wardah.   Bersebelahan dengan Restoran Warisan.   Di barisan rumah kedai ini ada bermacam premis perniagaan.   Atas Klinik Wardah ada pejabat peguam.   Baru-baru ini banyak kali juga Dania dan Zulaikha turun naik berjumpa pihak peguam.   Minta nasihat sebelum memanjangkan kes ke mahkamah.   Tuan Badrul Hamka banyak membantu.   Dia juga banyak memberi nasihat dan memperkenalkan beberapa orang peguam yang berpot