Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

PERAMPAS HATI

Nor Zahira membuat perbentangan yang sangat meyakinkan.   Pasti selepas ini ramailah yang ingin menawarkan jawatan di syarikat masing-masing.   Wow!   Itu yang dapat didengari dari tadi.   Bukan mudah anak melayu menempah nama   yang besar di lapangan antarabangsa.   Bukan kerana anak Malaysia mahupun anak melayu tidak hebat, tapi mungkin juga kerana propaganda global yang sering memandang rendah kepada masyarakat yang dianggap kerdil ini. “Congratulations!”   Ucap Dr. Rahman. “Eh, uncle!”   Zahira sedikit terkejut dengan kehadiran dr.Rahman di situ. “Tulah, asyik sangat bercakap kat atas pentas tu, sampai tak perasan uncle duduk barisan depan tadi kan?” “Sorrylah uncle.   Nervous sangat tadi.   Bila boss cabar Ira suruh buat presentation ni.   Kalau tak Ira pun tak berani.” “Nak kena cabar baru berani? “ “Memanglah uncle.   Selalunya buat presentation dalam meeting room jek.   Ni kena bagi talk pulak dalam seminar kat dalam dewan besar ni.   Lepas tu kena cakap full Engl