Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

JOM! KITA NIKAH.

Semester baru dah bermula. Nadia sedang sibuk menyusun buku di rak. Haleeda masuk ke dalam bilik. Tersenyum melihat sahabatnya yang sering dilabel sebagai ‘minah study’. Nadia cukup jaga buku-bukunya. Dapat sahaja buku, perkara pertama yang akan dilakukan sebelum menggunakannya ialah menyampul kemas buku itu. Buku-bukunya dah macam baru dibeli di kedai. Nak pinjam pun takut-takut. Takut ter’rosak’ tanpa sengaja. “Hmm, kau ni mesti lebih sayang buku-buku kau dari pakwe kau kan?” Usik Haleeda. Nadia tertawa kecil. “Mestilah. Jangan kata kau, dia nak sentuh pun kena minta izin dulu tau.” Balas Nadia. “Uish, kesianlah pakwe kau. Eleh, kau tu bercakap macam ada pakwe.” Usik Haleeda. Saja jek nak mengusik, mana tau tetiba orang tu nak pecah rahsia pasal boyfriend dia. Kalau ditanya, jawabnya takde. Tapi ada masa tengok dia bermesej boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi kalau lepas exam atau test, tersenyum sorang-sorang depan handphone. Laju jari membalas mesej dari mamat