Setibanya di KLIA, Haiqal dijemput oleh pemandu keluarganya, Pak Osman. Dah bertahun-tahun pak Osman bekerja dengan keluarganya. 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Sebak rasa di dada. Tak sempat nak jumpa arwah papa. Papa telah pergi buat selamanya sebelum sempat aku meminta maaf darinya. Lantaran sering terasa hati dengan adik-adiknya, Haiqal akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara, dan tidak mahu pulang. Dia tahu, papa sangat merinduinya. Dia sendiripun sangat merindui lelaki yang sangat dihormatinya itu. Mereka bersungguh-sungguh nak Haiqal balik pun sebab pembacaan wasiat tu. Kalau tidak, tak mungkinlah mereka beriya sangat nak aku balik. Kalau tak kerana papa, aku tak nak balik lagi ke rumah itu. Maafkan Along papa. “Itu syarat papa. Along kena kahwin dengan perempuan tu. Kalau tak, semua harta akan dibekukan. Dan kalau bercerai sebelum ada anak, harta akan disita.” What? Kenapa pula arwah papa buat syarat macam tu? H