Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

YANG SEBENARNYA

Tanpa kusedari airmata lelaki ini mengalir.   Kenapa mak usu buat macam tu?   Kenapa mak usu setuju kahwin dengan papa?   Mak usu kenapa mesti khianati janji mak usu pada orang yang mak usu sayang?   Mak usu tak kesian ke dengan dia? “Along nak mak usu amik ke petang ni?” “Takpelah maksu.   Nanti along naik teksi jek.   Nanti maksu nak kena patah balik pulak ke sini.”   Rayyan Irsyad menolak baik pelawaan mak usunya, yang kini sudah menjadi ibu tirinya. “Mama, cepatlah.”   Jerit si kecil dari dalam kereta.   Marissa hanya tersenyum.   Dia menghulurkan wang RM50 pada Irsyad. “Eh, takpelah maksu.   Duit semalam ada baki lagi.”   Irsyad menolak. “Semalam Along naik motor.   Hari ni kan nak kena naik teksi. Nak duit lagi kan.”   Marissa terus meletakkan wang RM50 kedalam saku anak buahnya itu.   Irsyad tersenyum. “Eh, anty!   Apa khabar anty?”   Kawan Irsyad, Hariz muncul di situ. “Alhamdulillah.” Jawab Marissa sambil tersenyum.   “ Okeylah.   Maksu pergi dulu.   Nak hant