Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

DOKTOR AJAIB (kesinambungan 'Nurse Ajaib'

  100 hari dah berlalu.   Dah 100 hari dah mak tinggalkan Na.   Na rindukan mak.   Esok Na nak nikah dengan abang Mad.   Seperti yang Na dah janji, Na akan kotakan.    Betullah kata mak.   Malam hari tu, malam terakhir kita tidur bersama.   Malam terakhir Na dapat berpeluk dengan mak.   Walaupun tempoh kemesraan kita itu singkat, tapi ianya cukup bermakna untuk Na.   Kenangan yang takkan mungkin Na lupakan.   Sekejap sangat mak dapat duduk rumah baru mak tu.   Abang Aqeed rindu kat mak.   Dia nak pindah sini.   Dia nak jaga rumah mak.   Dia nak dekat dengan mak.   Dia pun dah minta ayah Aleesha carikan jodoh untuk dia.   Kami nikah sama-sama esok. Buat satu majlis sahaja. Dia nak jadi orang kampung.   Dia rasa lebih tenang di sini.   Papa?   Papa jadi pendiam.   Itu yang mama ceritakan.   Papa menyesal atas apa yang berlaku.   Dia cuba untuk maafkan diri sendiri.   Mama minta Na tolong pujukkan.   Na masih belum bersedia jumpa papa.   Katanya dia akan walikan Na esok.   Mungkin masa