Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

SATU PELUANG

Setibanya di KLIA, Haiqal dijemput oleh pemandu keluarganya, Pak Osman.   Dah bertahun-tahun pak Osman bekerja dengan keluarganya. 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia.   Sebak rasa di dada.   Tak sempat nak jumpa arwah papa.   Papa telah pergi buat selamanya sebelum sempat aku meminta maaf darinya.   Lantaran sering terasa hati dengan adik-adiknya, Haiqal akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara, dan tidak mahu pulang.   Dia tahu, papa sangat merinduinya.   Dia sendiripun sangat merindui lelaki yang sangat dihormatinya itu. Mereka bersungguh-sungguh nak Haiqal balik pun sebab pembacaan wasiat tu.   Kalau tidak, tak mungkinlah mereka beriya sangat nak aku balik.   Kalau tak kerana papa, aku tak nak balik lagi ke rumah itu.   Maafkan Along papa. “Itu syarat papa.   Along kena kahwin dengan perempuan tu.   Kalau tak, semua harta akan dibekukan.   Dan kalau bercerai sebelum ada anak, harta akan disita.” What?   Kenapa pula arwah papa buat syarat macam tu?   H

CINTA NASI LEMAK, KARIPAP TELUR

Seperti biasa, seawal 06:30 pagi Fahrin sudah menghidupkan enjin keretanya. Kemudian, kereta itu meluncur pergi ke beberapa destinasi. Dan yang pastinya, Restoran Farhana adalah destinasinya yang terakhir. Sambil bersembang dengan pakcik yang selalu menyambutnya sejak dua tahun lalu itu, dia membantu menyusun kuih-kuih dan nasi lemak di meja khas di restoran itu.   Kalau di tempat lain dia hanya hantar sahaja. “Assalamua’laikum abangku!” Jerit satu suara yang memang dah biasa sangat menangkap deria pendengaran Fahrin. Dia menoleh. Farah Akira tuan punya restoran.   Dah hampir 5 tahun Fahrin berurusan dengan anak gadis ini.   Mereka berdua memang rapat.   Mempunyai minat yang sama, walaupun sama-sama belajar bidang yang berbeza dengan apa yang mereka buat sekarang ni. “Okeylah tu mama.   Jual kuih pun business jugak.”   Itu alasan Fahrin apabila mamanya bertanya kenapa dia tidak mahu memohon pekerjaan yang bersesuaian dengan bidangnya iaitu Business Administration.   Akira junio