Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

CINTA MILO O AIS

Akashah hanya memandang dari jauh. Ariana sudah pun masuk ke dalam perut kereta Proton Waja berwarna hitam itu. Kereta yang sering kelihatan menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja. Akmal masuk ke dalam kereta. Akashah masih tidak bergerak. Akmal memandang kearah mata Akashah tertumpu. Kereta proton Waja itu sudah berlalu pergi. “Hmmm, rasanya tak jatuh maruah seorang boss minta maaf pada pekerjanya. Kau rasa bersalah kan marah-marah dia tadi?” Akmal bersuara. Akashah kembali ke alam nyata. Dia mula memandu keluar dari kawasan itu. Akmal menggeleng kepala. Memang ego. Akashah tak macam ni pun dulu. Sejak kematian tunang tercinta dia berubah menjadi seorang yang ‘beku’. Marah-marah tu dah jadi geng rapat dia. “Mana fail Armada Hotel yang saya minta?” Tanya Akashah tegas. “Saya dah serah pada encik Akashah pagi tadi.” Jawab Ariana tenang. “Kalau dah serah, mana failnya?” Herdik Akashah. Ariana tersintak. “Saya memang dah serah pagi tadi. Lepas encik minta s

RESEPI BERKASIH

Iman Zulaikha baru sahaja tiba di pejabat. Jam di dinding menunjukkan dah pukul 8:15 pagi. Terlewat 15 minit hari ini. Syakila menghampiri sahabat baik yang dikenali sejak zaman universiti lagi. "Amboi! Semalam EL, hari ni lambat pulak. Lain macam jek kawan aku ni." Usik Syakila. Iman tersenyum. "Apahal tiba-tiba cuti semalam? Kata BFF." "Sorrylah beb. It was unplanned." Balas Iman. Dia menunjukkan cincin di jarinya. Syakila ternganga. "Kau dah nikah ke?" Teka Syakila. "Belum lagi lah. Bertunang jek." "Serius? Dengan siapa? Abang kau carikan ke?" Tak sabar Syakila nak tau. "Kau ingat tak aku cerita dengan kau pasal classmate aku dulu tu?" "Yang kau jumpa balik after 10 years tu. Kat sini kan kau jumpa?" "Yelah, masa tu semua orang dah balik. Tinggal encik Hafiy dengan boss jek tunggu dia." "Aku balik office semula sebab nak amik handphone." Sambung Iman. "Ok, enough abou

JOM! KITA NIKAH.

Semester baru dah bermula. Nadia sedang sibuk menyusun buku di rak. Haleeda masuk ke dalam bilik. Tersenyum melihat sahabatnya yang sering dilabel sebagai ‘minah study’. Nadia cukup jaga buku-bukunya. Dapat sahaja buku, perkara pertama yang akan dilakukan sebelum menggunakannya ialah menyampul kemas buku itu. Buku-bukunya dah macam baru dibeli di kedai. Nak pinjam pun takut-takut. Takut ter’rosak’ tanpa sengaja. “Hmm, kau ni mesti lebih sayang buku-buku kau dari pakwe kau kan?” Usik Haleeda. Nadia tertawa kecil. “Mestilah. Jangan kata kau, dia nak sentuh pun kena minta izin dulu tau.” Balas Nadia. “Uish, kesianlah pakwe kau. Eleh, kau tu bercakap macam ada pakwe.” Usik Haleeda. Saja jek nak mengusik, mana tau tetiba orang tu nak pecah rahsia pasal boyfriend dia. Kalau ditanya, jawabnya takde. Tapi ada masa tengok dia bermesej boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi kalau lepas exam atau test, tersenyum sorang-sorang depan handphone. Laju jari membalas mesej dari mamat