Iman Zulaikha baru sahaja tiba di pejabat. Jam di dinding menunjukkan dah pukul 8:15 pagi. Terlewat 15 minit hari ini. Syakila menghampiri sahabat baik yang dikenali sejak zaman universiti lagi.
"Amboi! Semalam EL, hari ni lambat pulak. Lain macam jek kawan aku ni." Usik Syakila. Iman tersenyum.
"Apahal tiba-tiba cuti semalam? Kata BFF."
"Sorrylah beb. It was unplanned." Balas Iman. Dia menunjukkan cincin di jarinya. Syakila ternganga.
"Kau dah nikah ke?" Teka Syakila.
"Belum lagi lah. Bertunang jek."
"Serius? Dengan siapa? Abang kau carikan ke?" Tak sabar Syakila nak tau.
"Kau ingat tak aku cerita dengan kau pasal classmate aku dulu tu?"
"Yang kau jumpa balik after 10 years tu. Kat sini kan kau jumpa?"
"Yelah, masa tu semua orang dah balik. Tinggal encik Hafiy dengan boss jek tunggu dia."
"Aku balik office semula sebab nak amik handphone." Sambung Iman.
"Ok, enough about your ex-classmate kau tu. Kita ni nak cerita pasal tunang kau."
"Aku bertunang dengan dialah." Terang Iman.
"Wait. Kau jumpa balik dengan dia baru 3-4 bulan kan? So, tell me. Apa yang dah berlaku dalam 3-4 bulan ni yang aku tak tahu?"
"Since aku jumpa dia tu, dia selalu jugak call and mesej2 aku. Dan kami pernah jugak 'dating' beberapa kali. Dua minggu lepas dia bincang pasal future. Abang aku 'on' jek. Sebenarnya weekend baru ni family dia datang rumah abang aku nak berkenalan jek. Ntah apa yang diorang bincang, terus decide bertunang. Tu yang aku EL semalam. Buat majlis ringkas jek. Ini pun cincin emak dia."
"Wow! Sweet betul bakal mak mertua." Syakila senyum teruja.
"Eh, boss baru datang tak semalam?" Iman beralih topik.
"Takde pun. Encik Hafiy cakap dia lambat. Tau-tau dah pukul 5 pun tak sampai. Tapi, dia datang jugak. Terserempak dengan dia kat lobi. Masa kita orang nak balik, barulah dia sampai. Sempatlah aku cuci mata. Handsome." Cerita Syakila.
"Amboi, handsome sangat ke?"
"Buat cuci mata je ok. Aku dah kahwin. Kau tu pulak dah bertunang." Balas Syakila.
"Aku nak pergi toilet jap. Nanti sambung." Iman segera berlalu. Tak sampai seminit Iman berlalu, en Hafiy masuk ke dalam pejabat. Seiring dengan boss baru mereka.
Encik Hafiy memperkenalkan encik Faisal kepada semua kakitangan di situ. Mereka berhenti di meja Iman Zulaikha. Encik Hafiy membuat isyarat mata pada Zulaikha, bertanyakan tentang Iman.
"Dah sampai encik Hafiy, dia ke ladies jap." Terang Syakila yang faham maksud isyarat mata encik Hafiy.
"Saya ingat EL lagi."
Mereka bergerak ke meja staff lain. Encik Faisal diperkenalkan kepada semua kakitangan seorang demi seorang.
"Lamanya ke tandas. Sakit perut ke?" Usik Syakila.
"Hai, aku pergi toilet sekejap je dah rindu?"
"Tu, boss baru tengah melawat kawasan." Syakila menunjuk ke arah encik Faisal yang masih lagi dalam rangka lawatannya.
"Itu ke?" Iman terkejut melihat encik Faisal yang dikhabarkan sebagai boss baru mereka.
"Kenapa? Kau kenal ke?"
"Beb, itulah tunang aku."
"Hah!" Syakila ternganga.
"Dia ada cakap yang dia dah pindah tempat kerja. Tapi tak beritahu yang dia akan ke sini. Patutlah bila aku tanya berahsia sangat."
"Yang ini Iman Zulaikha. Account Executive." Encik Hafiy memperkenalkan. Encik Faisal tersenyum.
"Kalau yang ini tak payah nak kenalkan. Dah kenal sangat dah."
"Oh, ye ke?"
"Takkanlah saya tak kenal tunang saya sendiri. Kami baru je bertunang semalam." Cerita Faisal. Iman dah tersenyum segan.
"Oooh, patutlah tiba-tiba nak cuti semalam. Kalau encik Faisal nak tahu, sepanjang 5 tahun kerja kat sini, tunang encik ni tak pernah ambil EL.” Cerita encik Hafiy.
“Jangan kata EL, dapat MC pun tetap nak datang kerja juga.” Sampuk Syakila.
“Hah, betul tu.” Tambah Encik Hafiy.
“Oh, tak nak MC yer. Takper, kerja bawah saya dia tak boleh degil. Sakit duduk jek rehat kat rumah.” Usik Faisal. Iman mencebik.
“Syakila, tengahari ni saya ‘culik’ kawan ‘lunch’ awak yer.” Faisal memandang Syakila.
“Ok, boss!” Syakila memberi tabik hormat.
Tengahari itu.
“Sengaja kan taknak beritahu yang awak tu jadi boss saya.”
“Eleh, rahsia sehari je. Saja nak surprise.” Balas Faisal. Iman tersenyum.
“So, suka ke tak satu office dengan saya?” Tanya Faisal.
“Hmm, tak tahu nak cakap macam mana. Awak pulak dah canang satu office yang saya ni tunang awak. Nanti kawan-kawan saya segan pulak dengan saya. Bakal isteri boss.”
“Mestilah kena beritahu. Saya taknak ada orang kacau-kacau awak. Mengurat ke.” Tegas Faisal. Nampak sangat cemburunya. Cemburu kan tandanya sayang. Serius ke mamat ni sayang aku?
#throwback
Adush! Tertinggal pulak handphone dalam laci. Malasnya nak naik balik. Mesti semua orang dah takde. Hari Sabtu kan half day. Awal-awal semua dah cabut lari. Syakila MC hari ini. Tapi, tadi encik Hafiy belum turun lagi. Kan dia ada tetamu tadi. Encik Bukhari pun ada lagi tadi. Cepat-cepat naik, cepat-cepat turun.
“Tak balik lagi ke?”
“Ish, encik Hafiy ni! Terkejut saya.” Terkejut Iman bila tiba-tiba ada suara yang menegurnya.
“Tertinggal handphone.” Jelas Iman.
“Oh, ingatkan tertinggal hati awak.” Usik encik Hafiy.
“Tetamu tadi tak balik lagi ke encik Hafiy?”
“Belum. Panjang betul berbincang dengan boss. Saya kenalah tunggu boss balik. Dia tak drive hari ni. Driver pula tadi pergi hantar Mr. Shanti ke ‘airport’. Terpaksalah tunggu juga ni.” Jawab encik Hafiy. Iman hanya tersenyum.
“Ni, silap-silap kena hantar orang tu sekali. Sebab dia tu tadi dari KL. Ke sini tadi naik cab dari airport.” Tambah Encik Hafiy.
“Eh, Iman. Awak tunggu sekejap. Saya nak ke toilet ni. Kalau boss keluar dari bilik dia dan tanya pasal saya, awak cakap saya ke toilet sekejap. Tunggu sekejap tau!” encik Hafiy terus berlari ke tandas. Tak sampai seminit, daun pintu bilik boss pun terkuak. Encik Bukhari dan tetamunya itu keluar dari bilik boss.
“Iman. Tak balik lagi?”
“Nak baliklah ni boss. Encik Hafiy ni suruh saya jadi ‘guard’ sekejap kat sini. Dia ke tandas.” Jawab Iman. Encik Bukhari ketawa.
“Iman?” Tanya tetamu boss itu.
“Ya saya.” Jawab Iman.
“Awak tak ingat saya ke?” tanya lelaki itu lagi.
“Ahmad Faisal. Ex-classmate awak.” Lelaki itu mengingatkan.
“Oh, Faisal! Sorry tak perasan pulak tadi. Maklumlah, zaman sekolah dulu kurus jek. Sekarang dah sado.”
“Eh, awak nak balik dah ke ni?” Tanya Faisal.
“Balik rumah abang.” Jawab Iman.
“Abang awak tinggal kat mana?” Tanya Faisal lagi.
“Rumah saya yang dulu tu. Sekarang abang yang tinggal situ.” Cerita Iman.
“Wah, seronok betul korang ‘jejak kasih’ ni.” Celah Encik Bukhari. Iman dan Faisal ketawa.
“Sorrylah boss. Dah lebih 10 tahun tak jumpa ni.” Kata Iman.
“Bolehlah awak tumpangkan saya ya. Takyahlah naik teksi. Saya nak balik rumah mak saya ni.”
“Oh, rumah besar hujung kampung tu?” Teka Iman.
“Rumah tu dah takde orang tinggal sekarang. Dah tiga tahun. Sekali sekala jek balik jengah.” Cerita Faisal.
“Eh, kita ni rancak sangat bersembang. Takpelah encik Bukhari, Iman ada ni. Bolehlah saya tumpang dia ni. Dah lama tak jumpa ni. Panjang nak sembang ni.”
Iman tersenyum sendiri. Walhal masa zaman sekolah dulu boleh dikira berapa kali mereka berkomunikasi. Dulu, seawal tingkatan satu, Faisal berpacaran dengan Maslina. Semasa mereka di tingkatan 3, Maslina berpindah ke luar negara mengikut keluarga. Tup-tup dia berpasangan pula dengan Lailasari, kawan baik Maslina. Hal terakhir yang Iman tahu tentang mereka, kedua-duanya melanjutkan pelajaran ke university yang sama. Itulah yang Iman tahu. Dah tak ingatpun kisah mereka. Mereka tak rapat mana pun.
Iman tersenyum sendiri. Mata memandang cincin di jari manisnya. Bahagia sangat. Faisal sangat mengambil berat, penyayang, tegas dan sangat kuat cemburu. Tapi, Iman rasa bahagia. Dia sendiri pun tak sempurna mana. Jadi, mereka sama-sama belajar menerima kekurangan masing-masing. Sama-sama mengatasi segalanya bersama.
Hmm, lama tak buka facebook. Sejak dah ada buah hati ni, semua media social dipandang sepi. Data internet lebih banyak dihabiskan dengan berbalas ‘whatsapp’, berbalas ‘voice mail’, berbalas video. Faisal memang pandai mengambil hati. Sweet pun ya juga. Lebih-lebih lagi sejak bertunang ni. Ayat-ayat dia memang boleh cair. Ya,memang Iman rasa bahagia.
Iman tersenyum membaca status ‘instagram’ Faisal. #lost in ten years. #winmyheartinthreemonths. Faisal memuatnaik gambar sebentuk cincin. Memang dia ada berjanji nak belikan cincin tunang. Yelah, majlis tunang tempoh hari tidak dirancang, cincin memang tidak disediakan pada waktu itu.
Hai, encik tunang ni. Tadi dalam facebook, lepas tu instagram. Ni dalam tweeter pun dia sibuk beritahu yang dia tu dah bertunang. Nasib baik tak share gambar tunang dia sekali. Sengaja nak suruh orang tertanya lah kononnya. Iman tersenyum lagi. Bahagia.
Plink! Satu notifikasi dari akaun Facebook. Iman klik pada ikon notifikasi itu. Ada ‘friend request’. Siapa ni? Tengok dulu siapa orangnya. Rushdee? Macam familiar jek dia ni. Owner butik Seri Andaman Pengantin. Hmm, ini mesti nak promote butik dialah ni. Tapi, seriuslah. Macam familiar jek muka mamat ni. Stalk sekejap.
Iman tersenyum lagi. Ini mamat lembut yang selalu usik aku ni. Suka kacau aku. Sampai satu sekolah kecoh cakap aku ‘couple’ dengan dia. Hai, tercapai juga cita-cita dia ni nak buka butik pengantin. Ingat lagi. Selalu dipaksa jadi ‘pengantin’ untuk dia. kononnya dia nak soleklah. Itu tabiat dia masa kami sekolah rendah. Dah sekolah menengah aku tunjuk penumbuk kat dia. Nak ‘accept’ ke tak ye? Nak tanya Faisal dulu ke? Alah, kawan kat facebook je kan. Lagipun, kami baru bertunang.
“Yes!”
“Dah kenapa kau?” Maslina terkejut bila tiba-tiba mamat lembut depan dia ni menjerit macam tu.
“Kekasih lama aku dah ‘approved’ friend request aku.” Rushdee teruja.
“Siapa?” Maslina tak faham.
“Ish, kau ni! Kau dah lupa siapa yang aku suka usik-usik dulu?”
“Siapa?” Maslina tak dapat nak ingat siapa yang dimaksudkan.
“Sudahlah. Malas nak cakap dengan kau. Kau tu cuma ingat si Faisal tu jek.” Rushdee mencebik.
“Eh, aku blah dululah. Aku nak amik anak aku kat sekolah ni. Petang nanti kau singgahlah agency aku. Model-model aku datang petang ni. So, kau pilihlah kau nak siapa.” Maslina segera berlalu dari situ.
Rushdee tersenyum. Hai, makin comel pulak aku tengok Iman ni. Eee, rasa nak cubit je pipi dia ni. Oops! Haram. Mati aku kena belasah dengan minah ni. Nampak je lemah lembut. Tapi, dalam hati ada harimau kau! Status: engaged to him
“Hah, dah bertunang! Melepas aku. Tapi, takper. Kan baru bertunang. Tak ada pula gambar tunang dia ke. Tag tunang dia ke. Takpe sayang. Nanti abang Rushdee kau siasat. Abang ni nampak je lembut tau, dalam hati sado tau.” Rushdee mengomel sendirian.
Iman sudah bersiap-siap untuk balik. Syakila sedang membetulkan tudung yang dah tentu arah rasanya lepas berhempas pulas membersihkan bilik dokumen. Abang boss bising, kenapa susunan fail dalam tu tak strategik. Strategik yang macam mana dia nak entah. Hai, nasiblah badan. Iman melihat jam di dinding. Ish, mamat ni tak keluar lagi dari bilik dia. Nak balik pukul berapa ni. Nak balik sendiri tak bagi.
“Penatnya beb. Abang kau ni kan, bagilah tempoh dua tiga hari ke. Ni nak settle hari ni jugak.” Rungut Syakila. Iman ketawa sahaja.
“Ni kau bila nak balik?” Tanya Syakila.
“Tunggu mamat tu lah.” Jawab Iman.
“Beb, aku happy tengok kau sekarang ni tau. Dah ada orang jaga kau. Dah ada orang paksa kau pergi makan. Dah ada orang yang paksa kau rehat kalau sakit.”
“Aku memang rasa happy sangat ni. Tapi aku takut jugak.” Luah Iman.
“Takut apa?” Syakila tak faham.
“Entahlah. Kadang-kadang aku rasa macam mudah sangat je semua ni berlaku. Aku jumpa dia balik, lepas tiga bulan terus buat keputusan dan kahwin.”
“Kenapa? Takkan kau tak happy kot. Kau jangan risau, ada orang yang boleh ganti kau kalau kau cuti panjang nanti.” Pujuk Syakila.
“Kenapa pula aku nak cuti panjang?” Iman blurr sekejap. Syakila ketawa.
“Yalah, kau tu kan kalau nak cuti fikir 100 kali. Takut sangat nak susahkan orang lain buat kerja kau. Padahal kau tu eksekutif. Bawah kau ada 5-6 orang anak buah yang boleh ‘handle’ kerja kau. Tapi, kau punya gila kerja tu, sanggup simpan cuti bertahun-tahun tak habis. Nanti, bila kau nak kahwin for sure lah kau kena cuti panjang kan. And dah tentulah boss tu nak bawa kau tu pergi honeymoon.” Hujah Syakila. Iman mencebik. Syakila ketawa.
“Beb, seriuslah. Aku suka betul tengok kau dengan encik Faisal tu. Dia tu caring betul tau. Senang hati aku tengok ada orang jaga kau tau. Ada orang boleh paksa kau tu berehat. Kebahagiaan yang datang ni adalah satu anugerah tau. Kau kena bersyukur. Banyak berdoa perkara yang baik-baik.” Nasihat Syakila.
“Kalau kita baca novel kan, bila tengah-tengah cerita je dah happy, mesti kita rasa suspend kan. Yalah, cepat sangat happy. Cerita panjang lagi. So, mulalah kita dah fikir kemungkinan yang akan berlaku sebelum cerita tu betul-betul happy ending. Macam tulah yang aku rasakan sekarang. Cepat sangat aku rasa bahagia. Padahal aku betul-betul kenal Faisal tu baru 5-6 bulan ni saja.” Luah Iman.
“Jangan drama sangat ok. Macam aku cakap tadi. Banyak berdoa.” Pesan Syakila sekali lagi.
“Eh, siapa Rushdee? Aku nampak kat FB ‘Rushdee now is friend with Iman Zulaikha’.” Syakila beralih topik.
“Kau memang kan. Suka ‘stalk’ fb aku.”
“Bukan ‘stalk’ lah. Naik kat wall aku. Dia tu ke mamat lembut yang suka solekkan kau dulu. yang kau pernah cerita masa kita kat U dulu.” Teka Syakila. Iman ketawa. Kuat betul ingatan Syakila ni.
“Yalah. Nampak macam dah sado tu. Tak tahulah tu lembut lagi ke tidak.” Jawab Iman.
“Encik Faisal kenal tak dia tu?”
“Mestilah kenal. Kami satu sekolah kot. Si Rushdee ni kawan aku dari sekolah rendah. Dia selalu tumpang motor sepupu aku. Memang selalu bergaduh dengan dia ni dulu. Sampai wujud gossip yang dia tu couple dengan aku. Tu yang Faisal bebelkan aku sebab ‘accept’ friend request dari Rushdee tu.” Cerita Iman. Syakila ketawa. Amboi, encik Faisal ni! Cemburu betul. Tapi, lelaki mana yang tak cemburu bila tunangnya diintai lelaki lain kan?
“Aku ajak dia pergi butik Rushdee ni. Nak tengoklah pakej yang butik dia tawarkan. Dia cakap, biar dia pergi seorang dulu. Kalau Rushdee tu masih lembut macam dulu, dia akan ajak aku ke situ nanti. Dia ingat mamat lembut takde perasaan kat perempuan agaknya.” Cerita Iman lagi. Ketawa.
Rushdee sedang memerhatikan para pekerjanya membuat kerja. Yang sedang susun pakaian. Ada yang sedang berbincang dengan pelanggan. Ada juga yang sedang menyusun kain yang baru sampai. Ada juga yang sedang sibuk menjahit. Loceng di pintu berbunyi. Rushdee memandang ke arah pintu masuk. Seorang lelaki yang bertubuh sasa, dengan pakaian yang kemas. Berkemeja biru muda, dengan butang atas yang terbuka sedikit. Mungkin baru pulang dari pejabat. Rushdee menyambut kedatangan lelaki kacak itu. Lelaki itu tersenyum. Lelaki itu terus memeluknya. Rushdee terjerit kecil.
“Woi, kau tak kenal aku ke?”
“Siapa kau?” marah Rushdee.
“Aku Faisal lah. Mamat handsome yang selalu tolong kau cari model solekan kau dulu tu.” Terang Faisal. Bergegar satu butik mendengar jeritan Rushdee.
“Kau ni kan teruk betullah. Dari dulu tak ubah perangai. Suka peluk-peluk aku kan. Makwe kau yang keliling pinggang tu taknak pula kau peluk.” Marah Rushdee lagi. Kali ini marah-marah sayang katanya.
“Eh, mana ada keliling pinggang. Pandai ke buat cerita.” Balas Faisal.
“Kau ni, badan dah macam badang. Tapi, lembut kau tak hilang lagi kan?”
“Lembut di luar saja tau. Di dalam ni….” Rushdee tersenyum nakal.
“Siut eh kau!” marah Faisal. Rushdee ketawa.
“Eh, kau apa citer ni? Tiba-tiba muncul kat butik ni. Nak kahwin ke? Atau kau dah kahwin? Takkanlah semata-mata nak melawat aku kot.” Tanya Rushdee laju. Faisal ketawa.
“Aku nak tengok pakejlah ni. Tunang aku suggest tempat ni. Aku tengok fb butik ni. Tu yang aku nampak nama kau.” Jelas Faisal.
“Datang sorang jek? Tunang kau mana?”
“Nanti lain kali aku bawalah dia. kebetulan ni tadi aku ada meeting kat area ni. Tu yang aku singgah ni.” Jelas Faisal.
“Lawan orang mana?”
“Orang sini juga. Kau mesti terkejut. Kau kenal dia. Ni kalau dia tahu aku datang sini tak beritahu dia ni, mahu membebel dia. Dari hari tu dia ajak aku ke sini.”
“Hah, siapa? Lailasari ke?” Teka Rushdee.
“Ish, kau ni! Dia kan dah kahwin. Takkan dengan dia pulak. Lagipun dah lama gila kot aku tak jumpa dia.” Nafi Faisal.
“Lah, kau tak tahu ke? Husband dia dah 3-4 tahun juga meninggal. Maslina yang cerita dengan aku. Husband dia meninggal sebab cancer. Heavy smoker. Sebab tulah aku ni memang taknak langsung sentuh rokok. Nak dekat dengan orang merokok pun mak tak sanggup kau.” Cerita Rushdee.
“Aku dah lama tak jumpa dia . Last aku jumpa masa majlis kahwin dia. Itupun nampak dari jauh jek. Tadi kau ada sebut Maslina. Maslina yang mana?”
“Hai, Maslina ex kau tulah. Dia dah lama dah balik dari oversea. Since kiteorang terjumpa kat fashion show tahun lepas, selalu jugaklah dia lepak kat butik aku ni. Dia ada modeling agency. Kalau aku nak guna model ke, aku carilah dia. Senang kerja dengan kawan-kawan ni.” Cerita Rushdee teruja.
“So, jangan nak tukar topik. So, siapa tunang kau yang aku kenal tu. Nak tahu juga taste kau sejak dah jadi boss-boss ni macam mana.” Rushdee beralih topik. Nak tahu juga siapa tunang dia.
“Aku janji, next week aku akan bawa dia datang sini.” Janji Faisal.
“Eh, jomlah! Kita lepak-lepak sekejap. Banyak rahsia aku nak korek dari kau ni.” Ajak Rushdee. Faisal tak banyak alasan. Dia setuju dengan ajakan Rushdee.
Maslina mendengus geram. Suara anak-anaknya yang sibuk bermain sudah tidak kedengaran lagi. Selepas dimarahi, dua kanak-kanak berusia 6 dan 7 tahun itu terus masuk ke dalam bilik. Haish! Suara mengeluh. Macam tak boleh terima pulak. Kenapa? Suka hati dialah kan. Maslina teringat perbualannya dengan Rushdee petang tadi.
“Mas!”
“Ish, kau ni! Datang menyerbu macam kena kejar anjing ni kenapa?” Marah Maslina. Rushdee yang datang ke butiknya it uterus melulu.
“Kenapa? Model aku buat hal ke?” Tanya Maslina.
“Mana ada. Ini takde kaitan dengan model kau. Budak-budak tu okey jek.”
“Dah tu. Yang kau ni datang sini macam orang kena sampuk ni apahal?” Maslina masih tak faham kenapa si Rushdee ni dah macam orang hilang bini jadinya.
“Aku jumpa ex kau tadi. Ex kau yang juga schoolmate aku.”
“Siapa?”
“Hai, banyak sangat ke ex kau kat sekolah kita dulu?”
“Faisal?” Teka Maslina.
“Hah! Dialah.”
“Apa khabar dia? Macam mana dia sekarang? Masih handsome macam dulu ke? Dah kahwin ke?” Tanya Maslina excited.
“Dah. Kau tak payah nak excited sangat. Dia memang makin handsome. Dah jadi boss pun sekarang. Belum kahwin. Tapi on the way. Dia dah bertunang.” Cerita Rushdee.
“Bertunang?” Macam kecewa sahaja. Tapi baru bertunang kot.
“Dah tu. Apa masalahnya?” Tanya Maslina cuba melindungi perasaannya.
“Dia bertunang dengan buah hati akulah.” Jawab Rushdee dengan nada yang sangat kecewa.
“Buah hati kau? Siapa ni? Jangan bagi ‘hint’ saja boleh tak? Aku tak faham. Siapa sebenarnya ni?” Maslina tak sabar nak tahu.
“Iman Zulaikha.” Jelas Rushdee.
“Iman? Iman Zulaikha.” Maslina masih tak ingat.
“Takkanlah kau tak ingat. Budak yang selalu kau tiru buku mathematic dan science dia tulah. Budak yang selalu selesaikan masalah subjek Prinsip Akaun kau tu.” Ungkit Rushdee.
“Oooh, Iman tu! Baru aku ingat. Girlfriend kau tu kan? Serius ke dia yang bertunang dengan Faisal?” Maslina ingin kepastian.
“Seriuslah. Faisal datang butik aku tadi. Nak tengok pakej yang butik aku tawarkan. Dia cakap hasrat aku nak solekkan Iman tu akan tercapai kalau Iman setuju ambil pakej dengan aku.”
“Kau ni serius ke sukakan si Iman tu? Kau ingat kalau Iman tengok kau yang lembut ni dia akan berkenan ke?” Maslina sengaja nak buat provokasi.
“Eh! Aku ni luar je lembut tau. Kalau dia nak aku jadi lelaki gagah perkasa, anytime jek.” Balas Rushdee.
Iman Zulaikha? Memang dia tu rakan sekelas kiteorang. Tapi, tak pernah pulak aku nampak si Faisal tu bercakap dengan dia. Ada takde pun kalau dia nak minta tolong. Biasanya minta pass keluar. Iman Zulaikha penolong ketua kelas. Biasanya pass keluar dia yang pegang. Ketua Kelas bukan boleh harap. Asyik lesap sahaja. Maslina memandang kad Faisal yang diberi Rushdee tadi. Dia mendail no telefon Faisal. Jarinya ingin menekan butang dail. Tak jadi. Dia hanya menekan butang ‘save’. No telefon Faisal kini tersimpan dalam memori handphone nya.
Telefon pintar berjenama Lenovo itu berbunyi. Segera Faisal mencapainya. Faisal berdengus. Ingatkan dapat mesej dari buah hati. Hai, betul-betul merajuk ke Iman ni? Dari tadi tak balas mesej. Call pun tak jawab. Atau dia tak dengar. Iman selalunya kalau dia ‘charge’ telefon dalam bilik, memang takkan keluar dari bilik. Sebab dia tahu buah hati pengarang jantungnya ini akan menghubunginya.
“Iman, aku rasa tunang kau kat luar tu.” Beritahu Janna yang baru balik dari rumah jiran menghantar juadah petang yang dibuat sendiri tadi.
“Ya ke?” Iman menjengah melalui tingkap. Alamak betullah. Dia ada mesej tadi, kalau Iman taknak jawab juga abang datang rumah. Iman dah tersengih. Dia buat betullah. Ingatkan dia main-main. Saja je nak test mamat ni. Ini first time ni merajuk macam ni.
“Kan abang dah cakap. Abang nak make sure dulu itu betul-betul Rushdee kawan sekolah kita dulu. Dah confirm barulah abang bawa Iman ke situ. Kita ajak abang Iman. Mama abang sekali.”
“Yelah tu.” Merajuk lagi kononnya.
“Hah, buat lagi muncung macam tu. Abang paksa nikah sekarang nanti.”
“Ait! Apa kaitan paksa nikah dengan muncung?” Iman tak faham.
“Dah halal bolehlah abang tarikh muncung tu.” Balas Faisal. Iman mencebik. Faisal ketawa.
“So, bila abang nak bawa Iman ke butik Rushdee tu?” Tanya Iman teruja.
“Amboi! Ni nak tengok pakej atau nak tengok Rushdee ni. Tahulah dia tu skandal lama Iman.” Usik Faisal.
“Nak tengok dua-dua. Boleh kan?” jawab Iman.
“Tengok saja tau. Jangan lebih-lebih. Dia tu walaupun lembut, badan tegap jugak tu. Lembut nampak di luar je.” Faisal mengingatkan. Iman tersenyum.
Tarikh pernikahan yang telah ditetapkan ialah 5 bulan dari sekarang. Dah tak lama pun. Segalanya berjalan dengan pantas. Hmm, tak macam cepat sangat ke aku buat keputusan. Tapi, aku tak buat keputusan terburu-buru. Kami sama-sama buat solat sunat istiharah. Kebahagiaan yang datang secara tiba-tiba. Kebahagiaan yang datang dengan segera. Tak mustahil ada pelbagai dugaan. Syakila pun pernah berpesan, banyakkan berdoa.
BENARKAH CINTA MEMBAWA BAHAGIA
CERIAKAN HIDUP INSAN
BENARKAH KATAMU HIDUPKAN DERITA
JIKA TIADA RASA SAYANG TIADA KEKASIH
CINTA YANG SEJATI MEMBAWA CAHAYA
MENYINARI HIDUP KITA
TUNJUKKAN SETIA KARAMKAN DI JIWA
TANDA BAHAGIA
DAH LAMA KUTANAM KASIH MENGAPA ORANG TAK SETIA
SABARLAH SABARLAH SAYANG
PASTIKAN BERSEMI JUA
DUGAAN PASTI KAN MENDATANG
WALAUPUN BUKAN DIUNDANG
HILANGLAH NIKMATNYA BERCINTA
ITU MAINAN BERCINTA
RAYU MERAYU PUJUK MEMUJUK
AKU TAK TAHU AKU JEMU
BUKAN KUMAHU GAGAL BERCINTA
TIDAK KU MAHU HIDUP MELARA
SALING PERCAYA SALING MENGERTI
HINDARILAH CEMBURU BUTA
USAH PRASANGKA HILANGKAN RAJUK
MOGA TERCAPAI SAAT BAHAGIA
AKANKU CUBA HIDUP BAHAGIA
AKAN KUTEMPUH LUMRAHNYA BERCINTA
AKAN KU CUBA HIDUP BAHAGIA
AKAN KUTEMPUH LUMRAHNYA BERCINTA
Resepi Berkasih. Achik & Nana. Lagu yang menjadi siulan Faisal sejak akhir-akhir ini. Sejak hati telah dicuri si pencuri hati. Baru-baru ini dia ada mendapat panggilan dari seseorang yang membawa pertemuan hari ini. Faisal setia menanti biarpun si pembuat janji dah 10 minit lewat. Masih tak berubah. Tak pernah menepati masa setiap kali berjanji. Sambil menanti, dia berbalas ‘whatsaap’ dengan Iman. Rindu pula dengan si buah hati yang dah dua hari MC. Dia juga yang melarang si buah hati tu datang kerja.
“Faisal.”
“Eh, Mas. Duduklah.” Pelawa Faisal. Maslina mengambil tempat duduk berhadapan dengan Faisal. Memang dah lama tak jumpa. Faisal ada terdengar yang Maslina dah balik Malaysia 10 tahun lalu. Tapi, masa tu dia tak ambil kisah langsung. Pasal Maslina dah kahwin pun dia tak ambil tahu. Semuanya dia dengar dari mulut kawan-kawan. Dan dia sendiri pun ke London sebaik tamat belajar. Membantu abangnya menguruskan perniagaan di sana. Tak sampai setahun dia balik ke Malaysia ni. Mengambilalih syarikat encik Bukhari yang sudah pulang ke negara asalnya Indonesia.
“Mas ada terdengar yang Faisal dah bertunang dengan Iman. Betul ke?” Maslina mula membuka topik itu selepas beberapa minit mereka banyak bercerita tentang kerjaya masing-masing.
“Rushdee lah yang beritahu ni kan?” teka Faisal. Maslina hanya tersenyum.
“Ya. Memang aku dah bertunang dengan Iman Zulaikha. Penolong Ketua Kelas yang taknak dilantik jadi Ketua Kelas. Dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5.” Jawab Faisal ceria.
“Sebenarnya, Mas terkejut jugak bila Rushdee cerita. Dulu Faisal bukan rapat sangat pun dengan dia kan.”
“Itu zaman sekolah. Since I met her 6 months ago. Perasaan tu dah lain. I see my future with her.” Balas Faisal.
“Laila?”
“Kenapa dengan Laila?” Soal Faisal semula.
Iman Zulaikha merenung lama gambar yang baru sahaja diterima melalui aplikasi ‘whatsapp’ dari nombor yang tidak dikenali. Kenapa perasaan aku rasa lain macam saja ni? Cemburu? Tak salah kan? Nak marah? Untuk apa? Hmm….
Seminggu. Dah seminggu. Kenapa dengan buah hati aku ni? Lain macam saja. Ada sesuatu yang tak kena ke? Hari tu tak sabar sangat nak ke butik Rushdee. Ni dah dua tiga kali ajak, asyik menolak saja. Penatlah. Sibuklah. Banyak kerjalah. Ini mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Atau dia dah pergi sendiri butik ni tanpa pengetahuan aku. Hari tu aku bebelkan dia sebab accept friend request dari Rushdee dia punya muncung boleh digantung hanger. Katanya aku ni dah ganggu privacy dia. Berilah dia kebebasan sedikit sebelum kahwin. Dah kahwin nanti dia akan tutup akaun facebook dia tu. Itu janji dia.
“Iman, boss suruh kau hantar fail Semarak Holdings.” Beritahu Adira, setiausaha Faisal. Hai, tetiba pulak minta aku hantar fail. Fail yang bukan bawah observation aku pulak tu.
“Balik lambat lagi ke hari ini?” Tanya Faisal. Iman angguk sahaja.
“Takpe. Hari ini takde siapa pun boleh balik lambat. Pukul 5:00 petang abang sendiri yang akan kunci office.” Tegas Faisal. Iman diam sahaja.
Memang takde alasan lagi. Iman naik juga kereta Faisal petang itu. Memang seperti apa yang dia janjikan. Tepat pukul 5:00 petang, Faisal sendiri yang kunci pejabat. Pekerja yang lain tak berani nak tanya kenapa.
“Abang nak tanya sikit boleh?” Faisal mula bicara sebaik kereta mula meluncur di atas jalan raya.
“Tanya apa?”
“Iman okey ke?” Tanya Faisal.
“Okey jek. Kenapa pulak nak tak okey?” Balas Iman Zulaikha berselindung.
“Sayang. Dah seminggu sayang seakan mengelak dari abang. Taknak balik dengan abang. Taknak abang jemput kat rumah.”
“Kan Iman dah cakap. Iman banyak kerja nak buat.” Alasan Iman.
“Sayang. Abang boss syarikat tu. Abang tahu pekerja abang banyak kerja atau tidak. Sekarang ni bukan hujung bulan akaun department nak busy sangat.” Bidas Faisal. Iman diam sahaja.
“Iman nak cakap apa-apa ke dengan abang? Abang ada buat salah dengan Iman? Beritahu abang please. Jangan buat abang tak tentu arah macam ni.” Faisal mendesak nak tahu. Iman masih membisu.
“Sayang. Please jangan macam ni.” Faisal tetap berlembut.
“Abang ada jumpa Maslina ke?” Akhirnya soalan itu terpacul keluar dari mulut Iman. Faisal terdiam seketika.
“Kenapa tak jawab?” Tanya Iman serius.
“Yes, memang abang ada jumpa dia.” Faisal membuat pengakuan.
“Tak cerita dengan Iman pun.”
“Abang nak cerita dengan Iman? Iman perasan tak yang Iman dah seminggu tak layan abang. Jauhkan diri dari abang. Sampai abang terpaksa kunci pejabat hari ini sebab nak Iman balik dengan abang hari ni.” Bangkit Faisal. Iman terdiam sekali lagi.
“Iman accept friend request Rushdee abang membebel. Tapi, abang tu jumpa ex tak beritahu Iman boleh pulak.” Ungkit Iman.
“So, ni pasal cemburu ke apa ni?” Tafsir Faisal.
“Takde maknanya nak cemburu.” Balas Iman. Faisal senyum.
“So, abang dah tahulah pasal Laila tu?”
“Laila? Kenapa dengan dia?” Faisal tak faham kenapa tiba-tiba nama Laila disebut-sebut pula.
“Dia dah single sekarang ni kan? She lost her husband three years ago.”
“Mana sayang tahu?” tanya Faisal. Ini mesti Rushdee yang cerita ni.
“Abang tak kesian ke kat dia?” Tanya Iman tanpa menjawab soalan Faisal.
“Hmmm..”
“Don’t you think she deserves a second chance?” Iman memandang Faisal.
“What do you mean ‘second chance’?” Faisal tak faham.
“Abang tak terfikir ke yang kita ni buat keputusan terburu-buru?”
“Terburu-buru apanya?” Faisal masih tak faham.
“10 tahun dulu, masa kat sekolah kita bukan baik sangat pun. Masing-masing buat hal sendiri. Dan bila kita jumpa balik, lepas tiga bulan kita terus decide nak kahwin. Don’t you think it was a bit rushing?”
“So what? Untuk jatuh cinta, kita perlu sesaat je.” Balas Faisal.
“You should give her a chance.”
“No!” Tegas Faisal. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Iman cakap apa ni? Abang takkan kahwin dengan orang lain kecuali Iman. Muktamad.” Nekad Faisal.
“Abang tak kesian ke kat dia?”
“So Iman nak abang buat apa? Abang boleh offer dia kerja. Bagi bantuan kewangan. Tapi, abang takkan kahwin dengan dia.” Faisal sangat tegas dengan keputusannya.
“Abang.”
“Iman.” Pintas Faisal keras. Iman terdiam.
“Please, jangan cakap lagi hal ni. Abang tak suka nak marah-marah. Iman tahu abang macam mana kan? Apa yang abang tahu, kita akan kahwin 5 bulan lagi.” Bicara Faisal lembut.
“Kita bungkus je makanan. Abang hantar Iman balik. Iman rehat. Tenangkan fikiran.” Tambah Faisal. Iman tetap membisu.
Iman tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Banyak sangat perkara yang dia fikirkan. Entahlah. Mungkin memang betul apa yang dia risaukan selama ni. Kebahagiaan yang tiba-tiba datang ini mungkin hanya sementara. Tapi, betul ke aku sanggup tinggalkan semua ini demi kepentingan orang lain. Mungkin Faisal sendiri serba salah dengan keputusan yang dia dah ambil. Mungkin dia takut dengan abang Aman.
“Syakila. Boss panggil.” Beritahu setiausaha Faisal. Syakila bangkit dari tempat duduknya. Alamak, laporan belum siap lagi. Semalam cakap pukul 3 petang. Ni baru 10 pagi kot. Syakila mengetuk pintu. Faisal memanggil masuk. Syakila memusingkan tombol. Daun pintu terkuak. Syakila masuk. Faisal menyuruhnya duduk.
“Sorry Syakila. Saya nak tanya awak sesuatu ni. Pasal Iman.”
“Kenapa dengan Iman encik Faisal?” Syakila mengurut dada. Ingatkan nak tanya pasal laporan yang belum siap tu.
“Sejak akhir-akhir ni saya tengok dia lain macam lah. Awak perasan tak perubahan tu?” Tanya Faisal tanpa berselindung.
“Maksud boss?” Syakila kurang faham.
“Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa dia macam banyak berahsia dengan saya.” Terang Faisal akan maksudnya.
“Boss, Iman tu tak pernah bercinta. This is her first time being loved by someone. Banyak benda yang dia tak faham. Banyak benda yang dia tak tahu. Boss kena faham dia. And one more thing yang boss kena tahu, dia ni lurus sikit orangnya. Nampak jek macam garang. Macam gangster kampung. Tapi, hati dia lembut sangat. Mudah sangat kesian kat orang.” Lebar penerangan Syakila.
“Tapi, sebenarnya saya perasan jugak. Sejak akhir-akhir ni dia memang selalu jumpa seseorang. And selalu answer call jauh dari saya. This is something weird. Dia jarang berahsia dengan saya.” Tambah Syakila.
“Saya rasa macam ada seseorang yang dah racun fikiran dialah. Saya Cuma syak dua orang ni jek. Tak Maslina, si Rushdee tu. Rushdee tu memang betul-betul suka kat Iman. Iman jek yang selama ni ingat dia main-main. Sebab tulah saya bebelkan dia accept friend request Rushdee tu.”
“Takpelah. Nanti saya cuba risik-risik dari dia untuk boss. Saya pun nak kawan saya happy. Saya percaya boss boleh bahagiakan dia. Sebab tu saya sanggup tolong boss.” Janji Syakila.
“Terima kasih Syakila.”
“Err, boss tak pernah terfikir ke nak awalkan lagi perkahwinan boss?” Tanya Syakila.
“Memang itu yang ada dalam fikiran saya sekarang ni. Kalau boleh hari ni juga saya nak nikah. Tapi, awak faham kan best friend awak tu macam mana. Saya kena pujuk dia elok-elok.” Jawab Faisal.
Iman teringat perbualannya dengan Rushdee tengahari tadi. Mungkin ada betulnya kata-kata Rushdee tu. Tapi, kesian pula kat Lailasari. Syakila mesti marah kalau aku beritahu dia hal ni. Mungkin aku patut undur diri. Faisal tu nak jaga hati aku je. Sebab dia dah berjanji.
Mungkin inilah jalan yang terbaik. Aman tak menghalang. Kalau itu yang terbaik. Tapi, macam mana dengan Iman. Setuju ke dia kalau tarikh pernikahan dipercepatkan. Sebulan sahaja lagi pulak tu. Tolak campur itu ini, tinggal 25 hari sahaja lagi.
“Abang patut bincang dengan Iman dulu.”…. ayat itu yang terngiang-ngiang di telinga Faisal. Banyak kali dia cuba menghubungi Iman. Tapi gadis itu sudah mematikan handphonenya. Faisal nekad. Dia mencari lokasi rumah Syakila.
“Sorry. Saya risau. Saya call tak dapat. Saya dah call abang Aman. Dia pun tak tahu Iman pergi mana. Maybe awak tahu tempat-tempat yang dia akan pergi bila dia stress atau ada masalah.”
“Err, saya ada beberapa tempat yang dia mungkin akan pergi. Boss boleh cuba cari…”
“Takper. Kita pergi sekali. Encik Faisal follow kami.” Suami Syakila mencelah.
“Betul ke ni? Tak menyusahkan ke?”
“Takpe. Iman tupun kawan saya juga. Kami sama-sama belajar kat universiti dulu.” jawab Syaiful, suami Syakila.
Kereta meluncur atas jalan raya. Dah tiga lokasi mereka pergi. Namun tak nampak langsung bayang Iman. Ini tempat yang terakhir. Kalau kat sini pun takde, Syakila kehabisan idea. Sebaik sahaja mereka tiba di situ, Syakila tersenyum. Dah nampak kereta Myvi berwarna oren milik Iman. Namun, Syakila risau juga. Kalau dah sampai ke sini, memang besar betul masalah Iman ni.
“Kalau dia susah hati sangat, dia akan ziarah kubur arwah mak dia.” beritahu Syakila.
Iman menutup naskah yasiin itu. Tiba-tiba ada seseorang berdiri di hadapannya. Lelaki itu membacakan surah al-Fatihah untuk penghuni kubur itu.
“Kenapa Iman buat abang macam ni? Iman tahu tak abang risau? Merata abang cari Iman. Telefon Iman matikan pula.” Faisal masih lagi berlembut. Menghormati penghuni kubur di situ. Iman melangkah keluar dari perkarangan kubur itu.
“Iman. Abang cakap dengan Iman ni. Kenapa diam saja?” Faisal segera mendapatkan Iman yang sudah membuka pintu kereta.
“Abang, Iman dah buat keputusan.” Iman berbicara.
“Keputusan apa?”
“Iman nak putuskan pertunangan kita.” Nekad Iman.
“What? But why?”
“Laila lebih layak untuk abang.” Alasan Iman.
“Iman abang sayangkan Iman. Abang nak kahwin dengan Iman. Bukan Laila. Kalau Iman nak abang bantu dia abang akan bantu. Tapi abang nak kahwin dengan Iman.” Tegas Faisal.
“Abang, dia perlukan abang.”
“Tapi abang perlukan Iman.” Bidas Faisal.
“Sekejap…” Syakila terpaksa mencelah.
“Encik Faisal, izinkan saya cakap dengan Iman sekejap.” Syakila terus menarik Iman jauh sedikit dari Faisal.
“What’s wrong with you Iman?” Tanya Syakila.
“Laila perlukan dia. Maslina cakap…”
“So, Maslina lah yang racun fikiran kau selama ni?” tebak Syakila. Iman terdiam.
“Iman, please. At least, for once, think about yourself. Selama ni diorang tu tak pernah concern pasal kau pun. Silap-silap ingat kau pun tak pernah. Kenapa mesti kau nak fikir pasal diorang? Boss tu dah macam orang gila bila tak dapat contact kau. Kalau tak kerana kesungguhan dia, aku tak fikir Syaiful sanggup ikut aku sama-sama cari kau. Kau tengok boss tu. Kau tak kesian ke? Betul ke kau sanggup lepaskan dia pada orang lain. Dia sayang sangat kat kau.” Bicara Syakila lebar.
“Dah ada orang sayang, jangan sia-siakan. Kau lepaskan dia hari ini, belum tentu kau akan dapat dia balik.”Tambah Syakila. Sekilas Iman memandang Faisal yang setia menanti. Iman bergerak menuju ke tempat di mana Faisal berdiri.
“Iman, kita tak pernah terburu-buru sayang. Masa abang ajak Iman kahwin, Iman ajak abang buat solat istiharah. Allah dah beri petunjuk pada kita. Takkan Iman tak percaya dengan petunjuk Allah tu. Abang sayang sangat kat Iman. Betul, abang pernah sayangkan Maslina. Abang pernah sayangkan Laila. Tapi, sayang pada mereka tak sama dengan sayang abang pada Iman. Dengan Iman abang nampak masa depan abang. Masa depan abang adalah bersama Iman.” Luah Faisal.
"Iman sayang. Please jangan buat macam ni lagi. Memang betul abang pernah sayang Maslina, Laila. Tapi itu semua dulu. Masa dengan mereka, abang tak nampak apa-apa. Dengan Iman abang nampak masa depan. Sebelum abang jumpa abang Aman, sebelum abang ajak Iman kahwin lagi abang dah solat istiharah minta petunjuk Allah. Dan kita sama minta petunjuk dari Allah sebelum kita bersetuju nak kahwin. Iman tak yakin lagi ke?" Tambah Faisal. Iman memandang Syakila. Dia tahu Syakila takkan berganjak dari situ. Mesti dia nak dengar apa kawan dia yang agak buta pasal cinta dan kasih sayang ni nak cakap apa. Niat nak ketuk kepala si Iman memang ada.
"Encik boss, encik tunang, encik Ahmad Faisal bin Ismail....cik Iman Zulaikha binti Zulhairi minta maaf. Sorry sangat-sangat. Selama ni tunang awak ni tak pernah tahu hal cinta cintan ni. Sebab tu Iman tak pandai nak hargai abang. Sorry.." Iman buat muka comel. Buatlah muka macam manapun, hati Faisal dah lama cair.
"Iman janji Iman takkan buat hal yang bukan-bukan lagi. Tapi, abang pun kena janji akan ajar Iman."
"Ajar apa sayang?" Tanya Faisal lembut.
"Ajar Iman ni bercinta. Ajar Iman ni menghargai kasih sayang boss kat dia." Celah Syakila yang sedari mendengar jek sahabatnya yang lemau sangat bab-bab cinta ni.
Iman teringat kata-kata Rushdee.
#throwback sekejap
“Seriuslah. Kau ingat aku main-main. Memang aku pernah simpan impian nak kahwin dengan kau. Tapi, tulah. Lambat sangat jumpa kau balik. Tau-tahu dah bertunang dengan si poyo tu.”
“Wei, jangan kutuk lebih-lebih! Tunang aku tu.” Balas Iman.
“Honestly, aku nampak kejujuran dia. Insha Allah dia akan jaga kau dengan baik. Tapi, kalau dia dah tak nak kau, kau cari aku. ” sambung Rushdee. Ketawa.
“Kau rasa dia serius ke dengan aku?”
“Gila kau tak serius. Dia tu siap gaduh bagai dengan si Maslina tu tau. Siap warning Maslina jangan ganggu hubungan kau dengan dia.”
“Gaduh??” Iman terkejut.
“Kau ni aku main-main jelah. Sebenarnya si Maslina tu nampak gaya macam ada hati lagi dengan si poyo kau tu. Tapi, Faisal tu memang dah angau gila dengan kau. Aku pun dah kena warning, jangan nak usha-usha kau. Ni dia tahu tak kau datang jumpa aku ni? Nanti tak pasal-pasal mak kena bebel.”
“Dia yang hantar aku ke sini tadi kan? Kau hilang ingatan ke?” balas Iman.
##
10 hari je lagi tinggal. 10 hari macam 10 tahun. Hari ni last Iman kerja. Esok dah mula cuti. Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum mula bercuti. Walaupun si buah hati dah bagi green light suruh cuti awal dan serahkan sahaja semua kerja pada orang lain, Iman memilih untuk menyelesaikan sendiri tanggungjawabnya. Taknaklah nanti dia dikatakan cuba mengambil kesempatan. Mentang-mentanglah bakal isteri boss. Dah bincang dengan Syakila, mereka bercadang buka butik sendiri tak lama lagi. Rushdee pun dah bersetuju nak turunkan ilmu. Taknaklah bekerja dengan suami sendiri di bawah satu bumbung. Nanti tak sempat nak rindu.
Tok! Tok! Tok!
Syakila masuk sebaik sahaja mendengar suara Faisal memanggil masuk. Syakila masuk bersama fail yang diminta. Faisal berkerut dahi. Syakila dah agak dah. Bukan dia nak fail pun. Mesti nak suruh buah hati dia masuk office sebenarnya.
“Iman belum naik lagilah boss. Di ada jumpa seseorang kat bawah.” Beritahu Syakila sebelum sempat Faisal bertanya apa-apa.
“Dia jumpa siapa?” Faisal dah kalut. Syakila tersenyum. Sekarang ni aku tengok boss yang ‘paranoid’. Selagi diorang ni belum nikah, memang macam nilah jadinya.
“Don’t worry, bukan Maslina. Dah tanya dah tadi.” Beritahu Syakila. Tersenyum.
“Saya tahu awak nak ketawakan saya. Saya tak kisah pun. Memang saya sedikit paranoid. Awak sendiri tahu kan, sebabkan Maslina dia nyaris tak jadi kahwin dengan saya. Selagi dia belum sah jadi isteri saya, selagi itulah hati ni tak tenang tau.” Adu Faisal.
“Saya faham boss. Saya tengok dia dah okey tu. Dah bijak buat keputusan. Yang penting boss kena banyak berdoa.” Balas Syakila. Hal berkaitan Iman memang menjadi salah satu keutamaannya. Mereka berkawan baik bukan sehari dua.
“Tapi kan boss. Yang tadi tu memang bukan Maslina. Dia beritahu saya itu classmate lama dia. Matanya agak sepet, macam cina.”
“Laila.” Pintas Faisal. Dia terus berlari keluar dari biliknya. Syakila terkedu seketika.
Faisal pantas menaiki lif. Turun ke tingkat bawah sekali. Laila baru sahaja menaiki keretanya dan Iman pula melambai mesra. Faisal segera mendapatkan Iman. Iman berpaling dan terpandang si buah hati yang sedang berlari menuju ke arahnya. Menggeleng kepala. Faisal semakin tak tentu arah. Apa pula kali ini.
“Abang jumpa Laila tak beritahu Iman kan?”
“Err…” Faisal termati kata.
“Pandai, tak bagi kita jumpa ex dia. Tapi, dia boleh pulak.” Tambah Iman.
“Abang Cuma jumpa nak offer pertolongan jek. Iman juga yang sibuk suruh abang bersimpati dengan dia kan.”
“Nak tolong tu tak salah. Tapi, abang cakap apa dengan dia? Abang ‘warning’ apa?” tanya Iman tegas. Faisal menggaru kepala yang tak gatal.
“Tak baik tau abang ni. Kesian dia. Dari jauh dia datang sini semata-mata nak jumpa abang.” Suara Iman kembali mendatar.
“Iman cakap apa ni? Kenapa pula dia nak jumpa abang?” Faisal tak faham.
“Abang ‘warning’ dia kan jangan ganggu hubungan kita?”
“Ya. Abang tak nak dia racun fikiran Iman. Abang …..”
“Okey, dah cukup.” Pintas Iman.
“Laila datang tadi memang nak jumpa abang. Tapi, kami terserempak kat bawah tadi. So, sebelum mengizinkan ex-girlfreind bakal suamiku berjumpa dengan bakal suamiku itu, Iman rasa lebih baik Iman yang jumpa dia dulu.”
“Kenapa?”
“Eh, mestilah.” Balas Iman.
“Abang, sebenarnya Laila tak bersalah pun. Dia tak tahu apa-apa pun pasal hubungan kita sampailah abang datang jumpa dia.”
“Maksud Iman?”
#throwback lagi/
“Congratulation to both of you. Sure I will come to the wedding.” Ucap Lailasari.
“So, kenapa kau nak jumpa Faisal? Ada urusan business ke?” Tanya Iman serius.
“No, actually memang aku nak jumpa dia. Tak sangka pula kau kerja dengan dia.”
“Dia baru je ambilalih syarikat ni 3 bulan lepas. Aku kat sini dah lebih 5 tahun dah.” Cerita Iman.
“Iman, I’m sorry. Aku tahu mesti kau rasa tak sedap hati kan bila aku datang nak jumpa tunang kau tu. But, please let me explain.” Lailasari dapat rasakan aroma cemburu. Fuh, Iman dah pandai cemburu.
“Beberapa hari lepas Faisal ada datang KL cari aku. Memang aku terkejut sangat. Dia offer aku kerja, offer bantuan kewangan and dia beri aku kad undangan perkahwinan. I was happy to meet an old friend. But, bila dia cakap, ‘please stay away from Iman. Jangan ganggu hubungan kami. And ask Maslina to stop poisoning Iman’s mind.’ Terus terang Iman, aku tak faham. And aku memang tak sedap hati.” Cerita Lailasari. Iman setia mendengar cerita selanjutnya.
“Cukuplah sekali dulu aku dituduh cuba rampas suami orang. Dituduh ganggu rumah tangga kawan baik aku sendiri. Aku tak nak lagi dituduh sebagai penghancur kebahagiaan orang. Aku nak tahu apa yang Maslina cakap, sampai akupun terheret sama dalam hal ni.” Sambung Lailasari.
“Rampas suami orang?” Iman agak terkejut mendengarnya.
“Arwah suami aku tu kawan baik suami Maslina. Aku kahwin dengan arwah pun, dia juga yang beria satukan kami. Alhamdulillah, kami bahagia. Tapi, semua tu tak lama. Dua tahun selepas kahwin, arwah suami aku jatuh sakit. Suami Maslina yang banyak bantu aku dan suami aku. Setahun lebih suami aku sakit. Rupa-rupanya Maslina tak suka keadaan itu. Dia tuduh aku cuba nak goda suami dia sebab suami aku sakit masa tu. Sedangkan suami dia bantu aku sebab arwah suami aku dengan suami Maslina tu kawan baik dah macam adik beradik. Selepas suami aku meninggal, Hisyam suami Maslina tu tak putus bantu aku. Bertambah beranglah Maslina dengan aku. Dia tuduh aku macam-macam. Aku kecewa bila kawan baik aku sendiri tuduh aku macam tu. Sebab tulah aku bawa diri pergi KL. Bina kerjaya kat sana. Lagipun keluarga aku banyak memberi bantuan dan semangat. Alhamdulillah, aku okey. Aku boleh survive. Aku sedih kawan baik aku sendiri tuduh aku macam tu. Bila Faisal pun tuduh aku macam tu, aku tak sedap hati. Aku mesti nak tahu. Aku dah 4 tahun tak jumpa Maslina. Last aku dengar dia dah bercerai dengan suami dia. Aku balik JB, aku cari dia. tapi, dia mengelak taknak jumpa aku. Aku jumpa Rushdee. Dia yang ceritakan pada aku apa yang berlaku. Apa yang aku dapat katakan, dia sebenarnya nakkan Faisal balik. Dia nak kau putus bukan untuk aku, tapi untuk diri dia sendiri. Aku tak berani nak cakap lebih. Sebagai kawan, sama-samalah kita doakan untuk dia. Kau jangan risau. Aku tak pernah terlintas pun nak balik pada Faisal. I don’t deserve a second chance from him. Dulu, aku yang tak pedulikan dia. mungkin sebenarnya dulu antara kami tak pernah ada apa-apa pun. Aku couple dengan dia sebab Mas cakap dia suka kat aku, dan begitulah sebaliknya, dia beritahu Faisal yang aku suka kat dia. Bila aku tahu hal sebenar, memang aku malu gila. Sebab tu, awal semester pertama di university aku langsung tak pedulikan Faisal. Dan dia pun buat tak tahu sahaja. Itu maknanya, dia pun tak kisah pasal hubungan kami. Aku tak salahkan dia. kami sama-sama mangsa keadaan. Mungkin Maslina niat baik untuk orang yang dia sayang. Tapi, kita semua tahu, cinta tak boleh dipaksa. Kalau hati dah kata tidak, memang akan tidaklah jawapannya. Aku minta maaf kalau kedatangan aku ni menyusahkan kau dan Faisal. Aku doakan kau dan Faisal bahagia sampai syurga. Aku rasa aku dah luahkan pada kau ni, tak payahlah aku jumpa Faisal lagi. Kita jumpa ye masa wedding kau nanti. Ke, kau tak nak aku datang?”
“Eh, jangan cakap macam tu! Datanglah. Bawa family kau sekali ya. Pasal Maslina tu, aku pun silap juga. Percaya sahaja apa yang dia cakap. Rushdee ada beritahu aku pasal penceraian dia tu. Macam kau cakap tadilah, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia.” Iman kembali berbicara.
“Aku minta maaf kalau layanan aku tadi agak dingin. Aku ni baru sahaja nak belajar bercinta, baru nak belajar cemburu, macam-macam lah aku baru nak belajar. Ikut Faisal lah ni, kuat cemburu.” Iman tertawa kecil. Lailasari tersenyum.
“Takpe Iman. Aku faham. Insha Allah, kalau nak menu bahagia, kenalah pandai cari resepi berkasih, barulah terhidang hidangan sebuah hubungan cinta setia sepanjang hayat. Insha Allah. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau.”
“Insha Allah, aaminn. By the way, kau kerja apa kat KL?”
“Nah! My 12th book. I’m journalist. And I’m also a novelist. Tapi, novel terbaru belum keluar. Nanti aku bagi kau novel free. Kau minat novel kan? Walaupun kita bukan best friend masa sekolah dulu, tapi aku tahu kau tu kaki novel. Sebab selalu jadi mangsa Rushdee carikan novel untuk kau.” Jawab Lailasari. Iman tersenyum.
“By the way, pasal Maslina tu kau jangan risau. Rushdee dah janji dia akan ‘settle’ kan.”
“Settle? Dia nak buat apa?” Iman teringin nak tahu. Jangan buat yang bukan-bukan sudah.
“Dia nak ajak Maslina kahwin.” Jawab Lailasari.
“Mas nak ke?”
“He said, at lease I’ll try.” Jawab Lailasari sambil membuat gaya lembut si Rushdee.
Alhamdulillah. Doa diaminkan. Kini sudah sah Iman Zulaikha binti Zulhairi menjadi isteri kepada Ahmad Faisal bin Ismail. Dua rakan sekelas yang bertemu semula selepas 10 tahun. Mengikat pertunangan selepas 3 bulan. Belajar menyayangi, mencintai, merindui, menghargai, mengasihi antara satu sama lain. Doa dipanjatkan dalam setiap solat agar Allah merestui hubungan yang sudah halal kini.
“Ni amalkan doa ni. Insha Allah, rumah tangga diberkati Allah. Ini 'main dish'. Menu utama. Kalau nak lagi sedap, amalkan resepi berkasih ni.”
“Resepi berkasih?” Iman memandang abangnya.
“Segenggam tekad, sekuat semangat, adunkan dengan sekukuh kasih, secubit senda gurauan, secukup rasa tolak ansur, ego hanya bila perlu, yang penting rasa cinta jangan pernah diabaikan, doa jangan pernah ditinggalkan. Usik mengusik, senda gurauan, romantis, itu semua penambah perisa. Kalau pandai cari resepi berkasih, insha Allah menu yang sama takkan pernah jemu di mata.” Iman Zulaikha tersenyum. Resepi Berkasih.
Comments
Post a Comment