Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

AWAK SENGAJA KAN?

  Baru sahaja meletakkan kepala di bantal, loceng pintu berbunyi.   Hai, takkan room service pulak.   Baru sahaja ‘checked in’.    Farisha Aqila menjeling jam tangannya.   Malasnya nak bangun.   Penat perjalanan yang memakan masa 4 jam tadi belum hilang lagi.   Ini mesti Firash Aqmal, adiknya. “Lambatnya buka pintu.” “Nak apa?   Kakak penatlah. 4 hours journey.” “Eleh, macamlah dia yang drive.   Kakak pun tidur jek kan tadi.” “Tidur pun kena   bersopan.   Kalau berdua jek dengan Firash tadi akak dah baring tau.” “Hahaha…”   Firash ketawa. “Yang akak pun, nak buat sesi luah perasaan jauh sangat tu kenapa?”   Ejek Firash. “Jangan banyak cakap yer.   Datang ni nak apa?   Janji nak jumpa dinner nanti kan?” “Nak ajak akak BBQ malam ni?” “BBQ?   Kita bertiga jelah.   Dinner jelah kat mana-mana restoran.   Ataupun dinner kat hotel ni jek.”   Farisha Aqilla tidak bersetuju. “Haah…nilah yang nak bagitau ni.” “Bagitau apa?”   Farisha tak faham. “Tadi abang Jo jumpa kawan