Skip to main content

AWAK SENGAJA KAN?

 

Baru sahaja meletakkan kepala di bantal, loceng pintu berbunyi.  Hai, takkan room service pulak.  Baru sahaja ‘checked in’.   Farisha Aqila menjeling jam tangannya.  Malasnya nak bangun.  Penat perjalanan yang memakan masa 4 jam tadi belum hilang lagi.  Ini mesti Firash Aqmal, adiknya.

“Lambatnya buka pintu.”

“Nak apa?  Kakak penatlah. 4 hours journey.”

“Eleh, macamlah dia yang drive.  Kakak pun tidur jek kan tadi.”

“Tidur pun kena  bersopan.  Kalau berdua jek dengan Firash tadi akak dah baring tau.”

“Hahaha…”  Firash ketawa.

“Yang akak pun, nak buat sesi luah perasaan jauh sangat tu kenapa?”  Ejek Firash.

“Jangan banyak cakap yer.  Datang ni nak apa?  Janji nak jumpa dinner nanti kan?”

“Nak ajak akak BBQ malam ni?”

“BBQ?  Kita bertiga jelah.  Dinner jelah kat mana-mana restoran.  Ataupun dinner kat hotel ni jek.”  Farisha Aqilla tidak bersetuju.

“Haah…nilah yang nak bagitau ni.”

“Bagitau apa?”  Farisha tak faham.

“Tadi abang Jo jumpa kawan dia kat bawah.  Kawan lama.  Diorang nak buat BBQ malam ni.  Diorang bertiga, kita pun bertiga.  Ngam lah tu 6 orang.”

“Ish, tak malu nak join BBQ orang.”  Farisha tak mahu.

“Apa pulak?  Ni, abang Jo dengan kawan dia tu pergi beli barang.  Girlfriend kawan dia tu dah booking tempat BBQ.  Malam ni ada kosong.  Kira on jelah.  Okeylah kak.  Ada 3 pasangan tau malam ni.  Kakak dengan abang Jo.  Kawan dia tu pulak dengan GF dia.  Firash pulak dengan adik abang tu.  Cantik tau kak adik dia.”

“Oooh….itulah sebabnya yang beriya sangat nak join BBQ tu.”

Firash tersenyum. Farisha dah bersetuju.  Harap-harap menjadilah apa yang dirancang.  Tapi, dia sendiri pun tak tahu nak mula macam mana.  Dan dia sendiri pun tak pasti apa yang perlu dia lakukan.  Agak-agak apa pula reaksi kakaknya nanti.  Firash memang sangat rapat dengan kakaknya.  Yelah, mereka Cuma dua beradik sahaja.  Selepas ibubapa mereka bercerai, mereka sama-sama tinggal di UK bersama mama.  Tapi, 5 tahun lepas Farisha memilih untuk bekerja di Malaysia.  Walaupun papa ada di Malaysia, Farisha memilih untuk tinggal berdikari sendiri di Kuala Lumpur, sedangkan papa mereka berada di Johor.  18 bulan lepas, selepas 20 tahun berpisah, mama dan papa kahwin semula.  Dan sekarang papa tinggal dengan mama di UK.  Farisha meneruskan kehidupannya di Kuala Lumpur.

Malam itu.

Mata Firash tak henti memandang.  Dia faham ke tidak ye maksud pandangan aku ni? Fadlan dan Johari sibuk dengan bara apinya.  Fazlina, adik Fadlan dan Johanna pula sibuk dengan bahan-bahan yang ingin dibakar sekejap lagi.  Aku? Dok sibuk menjeling jam tangan.  Mana kakak ni?  Dia cakap dah keluar bilik. Jauh sangat ke bilik dia ni?  Kalau nak ikutkan bilik dia dengan bilik Fazlina dan Johanna bukan jauh sangat pun.  Selang 3 pintu sahaja.  Bilik aku pun dengan bilik dia selang jauh sikit jek dari bilik Fazlina dan Johanna.  Bilik abang Fadlan sahaja yang agak jauh sedikit.  Katanya last minute booking, tiba-tiba plan Fazlina nak ikut sekali ke Pangkor.

“Sha, sampai pun.  Lama tau kita orang tunggu.”  Johari teruja bila melihat insan kesayangan berada di depan mata.  Fadlan yang sedang mengipas-ngipas bara api, mengangkat kepala dan memandang.  Terlepas mangkuk minyak yang dipegang.  Mujurlah mangkuk kecil sahaja.

“Eh, kau okey tak?”

“Eh, aku okey. Licin, tu yang aku terlepas.”  Balas Fadlan.  Matanya sekilas memandang ke arah Farisha.  Farisha tak bersuara apa.  Dia sendiri terpaku seketika.

“Inilah Farisha.  Tunang aku.”  Johari memperkenalkan.

“Jo!” Farisha sedikit marah.

“Ooop!  Sorry, bakal isteri aku.”

“Johari!”  Sedikit tinggi dari mula-mula tadi.  Johari hanya ketawa.

“Saya Fazlina, adik Fadlan.  Ini kak Johanna, kawan abang Fadlan.”  Fazlina mencelah memperkenalkan diri.  Farisha tersenyum sambil menyambut huluran salam dari Fazlina.

Suasana malam itu nampak meriah.  Mereka  bercerita, ada masa mereka menyanyi.  Farisha sahaja yang nampak sedikit tidak tentu arah.  Apalah yang dia sedang fikirkan.  Mata Fadlan pula asyik mencuri pandang ke arahnya.  Ish, makwe ada kat depan mata kot.  Memang nampak ketaralah bila Fadlan banyak kali menghulur makanan yang sudah dipanggang kepada Farisha, bukan Fazlina ataupun Johanna.

Eh, Fadlan ni.  Takkan dia nak try awek aku kot.  Datang ke sini dengan girlfriend, tapi tengok cara macam nak try awek orang lain.

“So, kau dengan Hana tu serius ke?”  Johari bertanya.  Fadlan hanya tersenyum.  Farisha pasang telinga nak dengar jawapan Fadlan.

“Pandai kau nak korek rahsia aku.  Kau tu, bila pulak?”  Mata Fadlan mengerling ke arah Farisha yang segera berpaling sebaik Fadlan memandang ke arahnya.  Farisha terus bangun dari situ.  Johari hanya memandang memastikan Farisha dah jauh sedikit.

“Aku plan nak hantar keluarga aku merisik dia.  Tapi, family dia bukan kat sini.  Kat UK.  So, kena lewat sikitlah.”

“Kau pernah jumpa family dia ke?”

“Tak. Masa aku mula kenal dia dulu pun, dia baru sahaja start kerja dan business dengan kawan-kawan dia kat KL.  Dia tu kawan sepupu aku.  Lama dah aku try, baru sekarang aku dapat.”

“Dapat?  Apa maksud kau dapat?”

“Kalau kau nak tahu dia tak pernah tau bagi aku ikut kalau dia nak outstation atau ke mana-mana.  Tapi kali ini  dia siap ajak aku pergi bercuti.  Aku yakin yang pintu hati dia dah terbuka untuk aku.”  Balas Johari yakin.  Fadlan terdiam.

“Esok apa plan?”  Firash yang tersedar akan keadaan itu mencelah perbualan mereka.  Fadlan menoleh.

“Pagi kita pergi jogging.”  Cadang Johari.

“Jogging?  Taknaklah.  Kita cycling jelah.”  Fadlan menolak cadangan JOhari.

“Yelah abang Jo.  Kak Sha bukan suka jogging.  Kalau cycling mesti dia on.”

“Hah, cantiklah tu.  Kita cycling jelah.  Kita sewa basikal kat resort ni jek.  Lepas tu tengahari sikit kita lunch kat pulau.  Kita sewa bot.  Kita round pulau, petang kita main game pantai.  Malam kita rehat.”  Lancar Fadlan memberi cadangan.

Seperti yang dirancangkan, mereka berbasikal pagi esoknya itu. Sekejap mereka seperti berlumba menuju ke destinasi.  Ada masa mereka sengaja mengayuh perlahan.  Ada ketika mereka berhenti di tepi jalan menikmati keindahan alam.  Hujan yang lebat malam tadi membasahi jalan raya, jadi mereka perlu berhati-hati ketika melalui jalan yang licin.  Namun, kalau dah namanya takdir, tiba-tiba basikal yang dinaiki Farisha terlanggar batu.

“Awak okey?”  Pantas Fadlan mendapatkan Farisha yang terjatuh.  Johari yang jauh di hadapan berpatah balik.  Lututnya berdarah.  Terkoyak sedikit seluarnya.  Pantas Fadlan mengeluarkan tuala kecil dari beg sandang kecilnya.  Segera dia membersihkan luka itu.  Sebagai seorang doktor, first aid sentiasa bersamanya.  Lebih-lebih lagi sewaktu mengadakan aktiviti sebegini.

“Akak okey tak?”  Firash segera menghampiri kakaknya.

“Takde apa.  Sikit je.”

“Sikit awak kata.  Sampai dah terkoyak seluar awak tu.  Saya dah letak plaster ni.  Kita baliklah.  Awak rehat.”  Kata Fadlan.

“Betul apa Lan cakap tu.  Jomlah kita balik.  Lagipun dah lama juga kita berbasikal ni.” Johari setuju dengan Fadlan.

Disebabkan hal itu, rancangan nak bersiar-siar di pulau dibatalkan.  Walaupun Farisha dah suruh mereka pergi tanpanya, Johari tak mahu.  Tak sampai hati nak tinggalkan si buah hati.  Ini semua sebab Fadlan.  Dah cakap sikit jek, dia yang beriya tak bagi bergerak banyak

“Sorry, ganggu je akak nak rehat.  Abang Lan tu risau sangat.  Suruh tengok keadaan akak.  Maklum sajalah, doktor memang macam tu.  Risau sangat dengan keadaan ‘pesakit’ dia ni.”

“Sikit jek ni.  Abang awak tu over sangat.”  Balas Farisha tergelak.

“Sorrylah, pasal akak terpaksa batal plan kita nak ke pulau tu.”

“Eh, takpelah kak.  Esok pun boleh pergi kan.”  Balas Fazlina.  Sekilas terpandang meja kerja Farisha.  Terpandang pula beberapa buku tulisan FAQ di atas meja.  Ada beberapa buku yang sudah siap ditandatangan.  Eh, kak Farisha ni FAQ?

“Lama ke Farisha kat sini?”  Tanya Johanna mencelah.

“Plan awal mungkin 2 minggu kat sini.  Tapi, mamat dua orang tu 4 hari jek.  Ada kerja nak siapkan, diorang yang sibuk nak ikut.”

“Akak ni penulis ke?”  Celah Fazlina.

“Ye. Tapi, part time jek.”

“Akak ni FAQ ke?”  Fazlina berminat nak tahu.  Farisha angguk.  Fazlina menjerit teruja.  Tak disangka pula dapat jumpa penulis kegemarannya.

“Akak tahu, abang Lan tu peminat akak tau.  Semua buku akak dia ada.  Sekarang ni dia tengah sibuk cari buku-buku akak yang English.  Since dia dapat tahu yang aku dulu pernah tulis buku English beriya dia surf internet cari.”  Ujar Fazlina teruja.

“Fadlan pun minat baca buku-buku macam ni?”

“Abang tu memang minat membaca.  Faz minat ni pun, mengikut dialah.”  Cerita Fazlina ceria.

“Dah lama ke awak jadi penulis ni?” Tanya Johanna.

“Since 15 tahun.  Tapi sebabkan sebelum ni buku-buku saya tu untuk pasaran di UK, saya menulis buku English.  Bila saya pindah balik ke Malaysia, kawan-kawan encourage try buat buku BM.  Alhamdulillah, diterima oleh masyarakat sini.”

“Akak publish sendiri ke?”

“Ada yang akak terbitkan sendiri, ada juga yang akak sain kontrak dengan publisher.  Dengan publisher ni, leceh sikitlah.  Sebab ada due date.  Nasib baik juga kerja sendiri.  Bila akak nak siapkan buku, akak take break dalam 2 bulan.  Ni, tengah cutilah sebenarnya nak siapkan buku ni.  Tapi, tulah mamat dua orang tu sibuk nak sangat ikut.” Cerita Farisha.

“Kalau abang tahu ni, mesti dia excited.”

“Mesti tak sangkakan?  Seorang engineer boleh jadi seorang penulis.”  Sambung Johanna.

“Hebatlah akak, umur 15 tahun nak jadi penulis.”  Puji Fazlina.

“Kebetulan je Faz.  Cikgu akak suruh akak masuk satu pertandingan Writing, menang.  Then ada publisher yang nak akak panjangkan karya akak tu untuk dijadikan buku.  Dah dapat peluang tu, aku teruskan sajalah.  Alhamdulillah, sampai sekarang nilah.  Sebabkan sekarang ni sibuk dengan tugasan sebagai engineer, akak limitkan setahun 1 buku sahaja.”

Malam itu.

Selesai makan malam bersama-sama, Fazlina dan Johanna terus balik ke bilik.  Johari pun sama.  Firash nak singgah ke bilik kakaknya untuk menghantar makanan.  Farisha dah cakap dia tak lapar, tapi biasalah Johari tu.  Berkeras suruh Firash hantarkan makanan.  Takut sangat si buah hati lapar.  Firash singgah ke bilik kakaknya.  Tapi, Farisha takde di bilik.  Kemana pula dia pergi.  Tadi cakap malas nak keluar bilik.  Sebab itulah dia tak turun makan malam bersama-sama tadi.  Kebetulan Firash terserempak dengan Fadlan di lobi.

“Kata nak pergi hantar makanan.”

“Kakak takde kat bilik.”

“Eh, dah dekat pukul 10 malam ni.  Bukan ke dia tak sihat?”

“Kakak tu mana tahu duduk diam.  Kalau ilham dia datang, dia tak peduli lah orang sekeliling.”

“Mana boleh macam tu.  Kena ada orang nasihatkan dia tu.”

“Mungkin suami dia kot yang boleh nasihatkan dia.”  Balas Firash.  Fadlan terdiam.

“Hah, Firash!  Kata nak ke bilik kak Sha.”  Johari tiba-tiba muncul.

“Dia keluar kot.  Ambil angin.  Tak pun cari ilham.  Dia kan tengah nak siapkan buku dia tu.”  Jawab Firash.

“Okeylah, aku balik bilik dulu.  Penatlah, nak tidur awal. Esok pagi nak keluar ada hal kerja.”  Fadlan meminta diri.

Farisha menjeling jam tangannya.  Alamak dah pukul 11lebih.  Hmm, sibuk sangat merenung lautan, tak sedar orang ramai dah mula berkurangan.  Farisha berjalan perlahan dengan tujuan ingin menuju ke biliknya.  Sunyi pula terasa malam ini.  Tiba-tiba rasa seram sejuk.  Farisha memandang keliling.  Tak nampak sesiapa.  Diorang dah tidur, kau tu jek dah tengah malam dok merayau lagi.  Ish, kenapa rasa macam ada orang ikut ni?  Farisha da rasa lain macam.  Tiba-tiba…….

Malam berlalu pagi.  Mengundang subuh seawal 6 pagi.  Tiada panggilan si kakak mengingatkan si adik agar bangun solat subuh. Alarm yang berbunyi diabaikan.  Tahu-tahu sahaja dah pukul 6.50 pagi.  Kelam kabutlah kedua-duanya berebutkan bilik air.  Dah terlajak subuh.  Aduh, kenapa kakak tak kejut pula subuh ni.  Selalunya dah berdering-dering awal pagi.  Sebab Farisha kenal sangat adiknya itu.  Memang perlu dikejut setiap kali subuh.

“Ntah-tah kakak pun terlajak kot.”  Tafsir Johari.

“Dia tu time ‘cuti’ pun dia tetap bangun awal.”

“Jomlah turun sarapan.”  Ajak Johari.

“Saya mandi dululah.  Abang call kak Sha.”

Johari menekan lagi nombor yang sama.  Masih tiada jawapan.  Ish, betul-betul terlajak tidur ke ni?  Semalam sampai pukul 12 juga dia tunggu di lobi.  Tak nampak langsung kelibat Farisha lalu.  Ke dia ikut laluan lain.

Bila dah sampai 3 petang tak dapat hubungi Farisha, Johari dah tak tentu arah.  Nak report polis belum 24 jam.  Dan Firash pun dah minta bantuan pihak hotel.  Yelah, manalah tahu kakaknya tu pengsan ke dalam bilik.

Fazlina ke tempat yang dipinta.  Apa si Firash ni nak.  Siap pesan datang senyap-senyap.  Beriya tadi mencipta pelbagai alasan agar Johanna tak ikut sama.  Firash tersenyum melihat Fazlina datang seorang seperti yang dipinta.  Kalau boleh dia tak mahu hebohkan dulu hal kehilangan kakak dia ni.

“Kenapa awak suruh saya datang senyap-senyap ni?”  Tanya Fazlina tanpa berpusing jauh.

“Lunch tadi tak nampak pun abang awak.  Dia ke mana?”  Firash menjawab dengan soalan.

“Dia ada urusan kerja.  Pagi-pagi lagi dah keluar.  Kenapa?”

“Errr…”  Firash tak tahu nak mulakan macam mana.

“Tak nampak kak Sha pun tadi. Dia tak sihat lagi ke?  Kaki dia okey kan?”

“Haa…okey..”

“Ish, awak ni kenapa sebenarnya?  Nak cakap apa sebenarnya ni?  Tergagap-gagap dari tadi.”  Fazlina dah tak sabar nak tahu.  Apa sebenarnya yang Firash nak beritahu ni.  Nak beritahu dia suka kat aku ke?

“Sebenarnya kakak saya hilang.”

“Hah!  Hilang?  Awak ni biar betul.”  Fazlina seakan tidak percaya.

“Since malam tadi saya pergi bilik dia, dia takde.  Saya mula fikir mungkin dia ke mana-mana nak cari ilham atau sebagainya.  Then, bila dia tak kejut saya subuh tadi, saya dah rasa lain macam.  Sampailah tengahari tadi saya masih tak dapat nak hubungi dia.  Abang Jo dah sibuk nak report polis.  Tapi saya suruh sabar dulu.  Tadi pun saya dah minta tolong pihak hotel, saya check bilik kak Sha.  Barang-barang dia semua ada.  Termasuklah handphone dan handbag, laptop.  Tak mungkinlah dia pergi somewhere tanpa bawa ic, duit, handphone.  Kunci kereta dia pun ada atas meja tu.”

“Sekejap.  Awak tanya pasal abang saya.  Awak syak abang saya ada kaitan ke?”

“Eh, tak!  Saya rasa dia patut tahu yang isteri dia hilang.”

“Apa?  Isteri?”

“Yelah.  Awak tak tahu ke yang kak Sha tu isteri abang Lan?”

“Ya Allah…jadi betullah abang dah kahwin.”

“Awak tak tahu ke?” Firash terkejut.

“For your information saya sendiri baru tahu 2-3 hari sebelum trip ni.  Abang marah saya bila dia dapat tahu saya ajak kak Johanna ikut sekali trip ni.”  Cerita Fazlina.

“Please ceritakan pada saya hal sebenar. Macam mana diorang boleh kahwin, dan macam tak kenal antara satu sama lain. Dan abang ada cakap yang dia dah nikah 18 bulan yang lepas.  Please ceritakan pada saya.  Saya perlu tahu.  Tak kisahlah cerita tu panjang ke, pendek ke, complicated ke…saya perlu tahu.” Desak Fazlina.

18 bulan lalu.

Tuan Qamarul dan Fadlan terbang ke UK.  Anak bujangnya nak kahwin.  Memandangkan ayah dan ibu Fadlan masih di luar negara bersama team MercyMalaysia, mengikuti program bantuan kemanusiaan selama 2 tahun, Fadlan mewakili orang tuanya menghadiri majlis perkahwinan Firash Aqmal dan pasangannya.  Seorang gadis China yang membesar di UK.  Farisha Aqilla pula bertolak lebih awal.  Tak sabar melihat adiknya bersanding di pentas besar yang mama dah booking khas.  Mesti meriah kan.

“Tiba-tiba, tunang saya tak nak kahwin. Dia nak batalkan last minute.  It was a big shock.  Saya memang dah jadi macam orang gila sekejap.  Mama lagilah dah tahap nak meroyan dah.  Rasa macam nak saman family tunang saya pun ye.  Dengan rasa malu lagi.  At the end, mama dan papa decide nak jadikan majlis tu majlis kak Sha dan abang Lan.  They just need ‘pengantin’.  It was another shock bila kakak pun setuju dengan hal ni.  So, kiranya mereka tu pengantin bidan terjun.”  Firash mula bercerita.

“Kak Sha ni orangnya pendiam.  Tak banyak cakap.  Sometimes saya tak tahu apa yang dia nak.  Dari kecil lagi, dia memang seorang yang  obedient. Tak melawan mama dan papa.  Ikut sahaja kehendak diorang.  Masa dia nak kerja kat Malaysia pun, kawan-kawan dia yang tolong cakapkan dengan mama.  Mama setuju sebab tahu papa ada kat Malaysia.  Masa tu memang saya cuba back up kak Sha. Saya taknak dia korbankan future dia.  Rupanya kak Sha setuju dengan syarat yang papa dan mama akan nikah semula.  Then, papa decide nak stay UK dengan mama.  Kak Sha dan abang Lan balik Malaysia dulu.  Sampai KLIA diorang bawa haluan sendiri.” Sambung Firash.

“Selama 18 bulan ni papa dan mama awak tak tahu ke yang abang dan kak Sha bawa haluan sendiri.”

“Itulah yang papa kesal sangat.  2 bulan lepas abang Lan datang UK jumpa papa.  Dan dia terus terang dengan papa.  Papa kesal sebab selama 18 bulan ni, papa yakin yang kak Sha dengan abang Lan.  Papa memang ada balik Malaysia uruskan visa dan sebagainya.  Tapi papa tak jumpa kak Sha sebab masa tu kak Sha kat Sabah.  Since kerja kat Malaysia 5 tahun lepas, kak Sha memang jarang berhubung dengan mama.  Paling tidak pun dia akan call mama, once a month.  Dan masa dia call dengan papa dan mama, dia buat macam takde apa-apa berlaku.” Jawab Firash.  Dia sendiri pun kesal dengan apa yang berlaku.  Dah tahu dari dulu lagi kak Sha memang macam tu.  Suka simpan apa-apa sendiri.

“So, saya ikut abang Lan balik Malaysia.  Abang Lan janji nak selesaikan hal ini dengan kak Sha.  Pertemuan kita kat sini bukan satu kebetulan.  Saya yang beritahu abang Lan kak Sha akan ke sini.  Tapi, plan hancur bila kak Sha boleh pulak setuju bila abang Jo cakap dia nak ikut.  Dan abang Lan pula bawa Johanna. Dan kebetulan pulak yang abang Johari tu kawan abang Lan.”

“Patutlah abang marah sangat bila saya cakap saya ajak Johanna ikut sekali.”

“Sebab tu saya nak cari abang Lan.  Saya nak beritahu dia yang isteri dia tu mungkin kena culik.  Yelah, kak Sha tu suka sangat keluar sorang-sorang.”

Handphone di tangan berbunyi.  Panggilan masuk dari Johari.  Kak Sha dah balik ke ni?  Firash segera menjawab panggilan dari Johari.  Johari meminta Firash segera ke lobi.  Katanya ada hal mustahak.  Hal berkaitan dengan Farisha. Firash dan Fazlina segera ke tempat yang disuruh.

“Hah, baguslah Faz ada sekali.  Hanna mana?”

“Dia kat bilik.  Kenapa?”

“Tadi aku nampak Fadlan masuk bilik Farisha. Mana dia dapat kad bilik tu?  So, aku follow dia dari jauh.  Fadlan nak keluar dari bilik tu pun siap tengok keadaan keliling.  Aku follow dia.  Dia pergi hotel lain.  Aku dah tahu dia kat mana.  Aku taknak report polis sebab aku kenangkan dia kawan aku.  So, aku nak ajak kau kita pergi serang dia.  Tak mustahil dia yang culik Farisha.  Sejak awal lagi aku perhatikan, dia tengok Farisha lain macam je.”

Firash dan Fazlina saling berpandangan.  Alamak.  Nak cakap macam mana ni?  Tak mungkin Fadlan melakukan sesuatu yang tak baik.  Tapi kenapa perlu bersembunyi.  Nak tak nak mereka ikut juga.  Johari suruh ajak Johanna sekali, Fazlina berikan alasan yang Johanna tidak sihat.  Mereka bertiga pergi ke hotel yang Johari maksudkan.

Tiba di tempat letak kereta, Fazlina nampak kereta abangnya.  Dada dah berdebar kencang.  Betul ke abang Fadlan culik kak Sha.  Abang ni dah kenapa?  Kan boleh bincang elok-elok.  Kalau mereka pergi secara baik, kenapa keadaan bilik kak Sha seolah dia pergi dalam keadaan yang tidak bersedia.  Apa yang sebenarnya berlaku ni?

Bertalu-talu pintu diketuk.  Firash minta Johari bersabar, tetapi lelaki itu nampaknya memang dah hilang sabar.  Daun pintu terkuak.  Sebaik sahaja nampak muka Fadlan, satu penumbuk singgah di muka Fadlan.  Lelaki itu terundur ke belakang.  Farisha terkejut melihat keadaan itu.  Firash segera menahan Johari daripada bertindak lebih agresif.

“Kau kurang ajar.  Kau buat apa hah?”  Marah Johari.

“Sabar Jo.  Aku boleh explain.”

“Explain apa?  Kau tahukan Farisha girlfriend aku.  Kau dah ada Johanna kan?  Dan awak Farisha, saya tak sangka awak boleh ikut dia ni.  Selama ni saya terlanggar sikit tangan awakpun awak dah melenting.  Ni, sampai duduk sebilik dengan lelaki ni.  Bilik awak pun saya tak masuk tau, walaupun saya risau awak pengsan ke apa dalam bilik.”  Johari betul-betul berang.

“Saya marah, sebab awak takde hak.” Balas Farisha membela diri.

“Ooh, jadi Fadlan ni ada hak?” Marah Johari.

“Memang dia ada hak.  Sebab dia suami saya.” Balas Farisha.  Berang pula terasa maruahnya bagai diinjak-injak.  Ingat aku ni perempuan apa.

“Suami?” Johari terkejut.  Tak faham.

“Korang hilang sebab korang pergi nikah ke?” Tafsir Johari.

“Tak.  Kami dah nikah 18 bulan lepas.” Jawab Fadlan.

“No..korang tipu aku.  Tak mungkin.  Korang macam tak kenal je 2-3 hari lepas.  Tak mungkin.”  Johari tak percaya.  Johari terus berlalu pergi.  Firash nak kejar, tapi Farisha halang.  Biarkan dia tenang  dulu.

“Abang buat apa hah?  Abang tahu tak yang kiteorang hampir-hampir nak report polis tau.  Mati-mati kami ingat kak Sha kena culik.” Marah Fazlina.

“Hah, betul.” Tambah Firash.

“Okey, abang minta maaf. Memang abang culik kak Sha malam tadi.”

“What?” Firash dan Fazlina terlopong.

“Memang betulpun.  Tak salahpun kalau korang report polis.  Nak ajak bincang, tapi macam nak culik orang.” Celah Farisha.  Fadlan tersengih.

Malam ‘Penculikan’

“Awak ni dah kenapa hah?”

“Kenapa? Salah?”

“Memanglah salah.  Yang buat macam penculik tu kenapa?”  Marah Farisha.

“Awak tu yang kenapa? Dah tengah-tengah malam ni jalan sorang-sorang.  Nasib baik saya tau, kalau betul-betul penculik macam mana?”

“Dah, saya nak balik.”

“Saya dah culik awak.  Awak ingat senang ke awak nak lepaskan diri?” Fadlan menghadang Farisha.

“Dah tu awak nak apa?”

“Saya nak bincang.”

“Kalau nak bincang, esok sahajalah.”

“Awak nak ke bincang dengan saya?  Awak tak habis nak mengelak dari jumpa saya kan?”  Balas Fadlan.

“Awak nak bincang pasal apa?”

“Pasal kita.” Jawab Fadlan.

“Pasal apa pasal kita?”

“Awak dah lupa ke yang saya ni suami awak?” Tekan Fadlan tidak puas hati apabila Farisha seakan buat-buat tak faham.

“Saya tak pernah lupa lah saya ni isteri awak.”

“Oh, tak pernah lupa.  Habis yang awak nak kahwin dengan Johari tu apa cerita pulak?” Bidas Fadlan.

“Siapa cakap saya nak kahwin dengan dia?”

“Johari sendiri dengan bangganya cerita dengan saya yang dia nak hantar keluarga dia pergi meminang awak lepas trip ni.”

“Itu dia yang cakap.  Saya tak pernah cakap apa-apa pun.  Dan saya tak pernah beri dia apa-apa harapan pun. Saya kenal dia dah 5 tahun.  Kalau saya nak sangat kahwin dengan dia, saya takkan setujulah nikah dengan awak.  Lainlah awak tu. Awak lelaki, boleh kahwin 4.  Bila-bila je awak boleh kahwin dengan Johanna tu.”

“Hah, betullah tu.  Saya memang boleh kahwin bila-bila masa je nak.  Jadi kalau  saya nak kahwin dengan Johanna tu saya tak perlu susah-susah plan dengan Firash datang sini jumpa awak.”

“Kalau plan nak jumpa saya, kenapa bawa Johanna?”

“Faz yang ajak dia tanpa pengetahuan saya.”

“So sekarang ni awak nak apa?”

“Selesaikan hal kita.”

“Selesaikan? Esok pagi-pagi kita pergi pejabat khadi.”

“Untuk apa?”

“Selesaikanlah.  So awak bolehlah kahwin dengan Johanna tu.”

“Dan awak kahwin dengan Johari?”

“Kalau bukan dengan Johari sekalipun, kalau ditakdirkan saya jumpa lelaki lain, tak perlu kot saya susah payah cari awak.”

“Okey..  Esok kita pergi selesaikan hal ni.”

“Dah saya nak balik bilik saya.”

“Saya temankan.”

“No.”  Farisha menghalang.

“No.  Saya takkan benarkan awak balik sorang-sorang.”  Tegas Fadlan.

“Tak payahlah.”  Marah Farisha.

“You choose. Nak saya teman balik bilik awak, atau tidur sini.  Esok lepas subuh, awak balik bilik.”

“Tidur sini?  Awak dah gila ke?  Kalau kita kena tangkap basah macam mana?”

“Awak lupa ke yang kita ni suami isteri yang sah.  Ayah awak yang nikahkan kita.  Ni surat nikah ni sentiasa ada dengan saya.” Fadlan menunjukkan surat itu pada Farisha.  Farisha terdiam.  Nak balik bilik ke tak ni.  Kalau betul dia cakap yang Johari tengah tunggu kat lobi macam mana.  Takkan nak sneaking pulak.  Fadlan ni pulak mengada-ngada tiba-tiba pulak tak bagi dia balik sendiri.  Nak dilawan, suami.  Selama 18 bulan ni pun dah ala-ala isteri derhaka dah.  Takkan nak tambah dosa lagi melawan cakap suami.

“Dengan syarat.  Saya taknak tidur atas katil.  Biar saya tidur kat sofa jek.”  Farisha bersuara.

“Jangan nak mengada.  Awak tidur kat katil.  Biar saya yang tidur atas sofa.”

“Lagi satu.”

“Apa lagi?”  Tanya Fadlan.

“Jangan tutup lampu.” Farisha tambah syarat.

“Hmmm, yelah.  Gantilah baju awak tu.  Ni t-shirt.  Seluar saya besar, awak pakai kain pelikat je.” Fadlan setuju je, tak banyak soal.

“Hah?  Perlu ke tukar baju?”

“Awak tidur pakai baju cantik-cantik macam ni, tergoda pulak saya nanti.”  Usik Fadlan.

“Awak…”

“Pergilah salin kat bilik air.  Nak salin kat sini pun boleh.”  Pintas Fadlan.

Pagi esoknya Farisha tidak menunggu lama.  Dia terus mengajak Fadlan ke pejabat khadi. Segalanya perlu diselesaikan segera.  Lagi lama dibiarkan, macam-macam boleh berlaku.  Fadlan ajak bersarapan dahulu pun Farisha taknak.  Suruh balik bilik tukar baju pun Farisha mengelak.  Dia tidak mahu terserempak dengan sesiapa.

“So, sepanjang hari ni, korang berkampung kat pejabat khadi ke?”  Tanya Firash.

“Kami memang dah sampai depan pejabat khadi tadi.  Tapi, ada orang tu tak bawa ic.”

“Salah siapa?”  Bidas Farisha.

“Siapa yang tak sabar sangat tadi?”  Balas Fadlan.

“Apa pulak tak sabar?  Dah kata nak settle cepat kan?”

“Memang awak tak sabar kan tadi.  Suruh balik tukar baju pun taknak.” Tangkis Fadlan.

“Awak lah yang silap.  Nak bincang, bincanglah elok-elok.  Ni, sampai culik menculik.”  Marah Farisha.

“Saya juga yang salah?  Awak yang asyik mengelak dari saya.”  Bidas Fadlan.

“Lepas tu suruh saya yang pergi bilik awak ambil dokumen, ic, handphone.  Taknak ambil sendiri.  Takut sangat terserempak dengan Johari kan?”

“Saya dah cakap kan tunggu malam sikit.  Awak yang tak sabar sangat nak ke pejabat khadi.”  Farisha membela diri.

“Oooh…sekejap.  Korang ni dah berbaik ke bergaduh sebenarnya ni?” Firash confuse.

“Ntahnya.  Duduk sebilik, ingatkan dah berbaik.  Tapi, tengok gaya macam nak bergaduh jek dari tadi.”  Celah Fazlina.

“Macam ni sahajalah.  Apa kata korang balik dulu.  Kita dinner sama-sama.  Malam ni encik Fadlan ni akan explain semua.” 

“Saya yang kena explain?” Fadlan menuding jari ke arah mukanya sendiri.

“Memang awak yang kena explain.  Penculik.”  Balas Farisha.

“Nanti Firash tolong pujuk abang Jo join dinner malam ni okey.” Pesan Farisha pada adiknya.

“Amboi, sebut nama Johari bukan main lembut lagi.” Sindir Fadlan.

“Dah, jangan dilayan dia ni.”

“Faz, nanti ajaklah Hanna sekali.” Suruh Fadlan.  Farisha hanya menjeling sekilas.

Firash dan Fazlina dah tergaru-garu kepala.  Tak pasti samada mereka berdua ni berbaik atau bergaduh. Asyik berbalas kata, membidas bicara dan menuding antara satu sama lain.  Kalau bergaduh, kenapa pula nak tinggal sebilik.  Tukar hotel pulak tu.  Dengan alasan senang nak keluar pagi-pagi.

Fadlan menekap bungkusan air batu ke pipinya yang baru sahaja ditumbuk oleh Johari tadi.  Farisha mengambil bungkusan itu.  Dia mengambil alih tugasan itu.  Hmm, tak pasal-pasal dapat hadiah penumbuk di petang hari.  Tujuan nak ke pejabat khadi terpaksa ditangguhkan dahulu.  Masing-masing dah tak sabar nak selesaikan semua ini.  Temujanji telah dibuat pagi esok.

“Sikit jelah.  Tak payahlah menangis.”  Fadlan menyeka airmata Farisha yang mengalir perlahan.  Farisha diam sahaja.

“Awak dah banyak menangis kerana saya.  Saya taknak awak menangis lagi.  Saya janji saya akan tunaikan permintaan awak.  Saya akan turut kehendak awak.  Kita akan selesaikan semua ni.”  Bicara Fadlan memujuk.

“Ke awak menangis sebab awak nak goda saya?”  Fadlan mengusik.

“Eeeh…gatal!”  Farisha mencubit.

Kejadiannya…..

“Dah lewat ni.  Awak tak tidur lagi ke?”

“Terang.”

“Awak yang tak bagi tutup lampu tadi kan?”  Balas Fadlan.

Keadaan bisu.  Fadlan duduk. Dia memandang ke arah Farisha yang sedang berbaring memandang atas.

“Saya nak tanya boleh?”

“Tanya apa?”

“Kenapa awak tak boleh terima saya?”  Tanya Fadlan ingin tahu.  Terdengar Farisha menghela nafas pendek. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil.

“Awak dah lupa awak cakap apa masa di KLIA?”

“Saya cakap apa?”  Fadlan tak pasti dan cuba mengingati.

“Awak cakap ‘lepas ni kita bawa haluan masing-masing’.”  Farisha mengingatkan.  Fadlan terdiam.  Dia ada cakap macam tu ke?

“Memanglah saya cakap ikut haluan masing-masing.  Awak kerja KL, saya pula di JB.  Saya tunggu awak call saya.  Tapi, awak senyap je.  Saya anggap mungkin awak belum bersedia.  Lama menunggu, saya anggap awak sebenarnya tak sudi pun jadi isteri saya.  Awak nikah dengan saya kerana mama dan papa.”

“Saya tak call awak, awak tak boleh call saya ke?  Bila awak dah cakap macam tu saya dah anggap yang awak pun nikah dengan saya kerana papa dan mama.”

Keadaan bisu.  Fadlan tak tahu nak cakap apa.  Diakah yang bersalah dalam hal ini? Fadlan memandang Farisha yang masih membisu.  Dia memandang wajah isterinya dari tepi.

“Setiap hari saya sibukkan diri.  Saya tak simpan sedikitpun ruang untuk berehat.  Sebab saya nak lupakan masalah saya. Tapi….bila sendirian….”  Airmata mengalir.

“Saya tunggu awak datang jemput saya.  Tapi, awak terus diam. Pernikahan bukan benda main-main Fadlan.  Saya bukan bernikah untuk ditinggalkan.  Saya bukan bernikah untuk senangkan hati semua orang.  Saya bernikah kerana saya percaya dengan takdir Allah.  Tapi, awak tak beri peluang pada kita menjalani ibadah ni.” Wajah yang tegas, tegang, keras sebentar tadi berubah menjadi wajah insan yang polos dan kesedihan.  Dan akhirnya Farisha menangis semahu-mahunya.  Fadlan bangun dari duduknya. Ya, aku salah.  Aku suami. Aku yang patut jemput dia.  Aku yang patut call dia.  Tapi, mungkinkah aku dah terlambat.  Mungkinkah aku dapat merubah segalanya.  Atau menamatkan semuanya. Aku dah buat dia menangis selama 18 bulan ni.

Dan awal pagi lagi Farisha menggesa Fadlan agar segera meninggalkan bilik untuk ke pejabat khadi.  Segalanya perlu diselesaikan dengan segera.  Fadlan tak pasti adakah Farisha terlalu marah atas apa yang berlaku.  Farisha tak mahu berbicara apa-apa pun.  Dia diam seribu bahasa sepanjang perjalanan mereka.

“Kita dah sampai.  Tapi, awal lagi ni.  Pejabat belum buka.  Awak betul ke taknak sarapan dulu?”  Tanya Fadlan lembut.  Farisha diam tak bersuara.

“Sha, saya minta maaf.  Saya tak dapat kawal diri saya.”

“No.  Awak memang sengaja kan? Awak sengaja supaya serba salah kan?  Awak sengaja nak sakitkan hati saya.  Tak cukup ke 18 bulan awak buat saya derita.”

“Saya sayangkan awak.”

“Kalau sayang, awak dah cari 18 bulan lepas.”  Marah Farisha.

“Sha, saya tahu saya bersalah. Memang selama ni saya bersalah.  Tapi apa yang berlaku semalam bukan salah saya seorang.”

“What? So, sayalah yang bersalah?”  Farisha marah lagi.

“Kalau awak halang, mesti tak jadi apa-apa kan?”

“Kalau saya halang, saya dah jadi isteri derhaka.”  Balas Farisha membela diri.

“Dah pukul 08:30 dah pun.  Jom turun.”  Fadlan membuka pintu kereta.

Maafkan ku andai hatimu terluka.  Aku tahu ini bukanlah pilihan terbaik.  Dan kerana itulah aku tak mahu lagi kehilangan peluang untuk membahagiakan.  Biarpun dalam bahagiamu ada deritaku, biarlah aku sahaja merasakan kesakitan itu.  Biarpun dalam senyumanmu ada tangisanku, biarlah aku simpan airmata ini.

Fadlan dah lama tunggu.  Mahu tak mahu Johari turun juga.  Kalau ikut hati marahnya, memang dia dah balik KL dah.  Mujurlah Firash sempat halang. Dan Firash dah ceritakan serba sedikit hal tersebut.  Johari tak pasti samada dia harus terus mengharap atau mendoakan kedua-duanya mengambil keputusan yang bijak.  Johanna tak cakap banyak.  Fazlina minta maaf bersungguh-sungguh.  Silap dia juga yang sibuk sangat nak berkakak iparkan Johanna tanpa mengetahui yang abangnya sudah berpunya.  Namun tak pasti sejauh mana hubungan mereka.

“Kak Sha mana?”  Tanya Firash.

“Dia dah balik.”

“Balik?” Firash terkejut.

“Dia balik naik apa?”  Celah Johari.

“Naik lif.”  Jawab Fadlan.

“Hah?!” Semua terkejut dan tak faham.

“Sha balik bilik.  Dia ada dokumen penting nak kena email. Sekejap lagi dia turun.” Jelas Fadlan.  Amboi, sempat lagi nak bergurau.

Fadlan dan Farisha dah pun buat keputusan.  Esok pagi-pagi mereka akan sekali lagi ke pejabat khadi.  Dan mereka tak mahu teruskan lagi.  Cukuplah mereka habiskan masa selama 18 bulan ni.  Dia tunggu dia, dia tunggu dia. Sudahnya jadi macam ni.  Tak pasti nak salahkan siapa.  Tapi tindakan seterusnya ini akan merubah hidup kedua-duanya.

“Kami minta maaf.  Memang salah aku pun.  Aku ke sini memang aku plan nak jumpa Sha.  Nak selesaikan masalah kami sama-sama.  Tak sangka pula Sha bawa Jo, dan Faz pergi buat plan sendiri ajak Hanna.  Sorry, semua jadi kelam kabut.  And I thought Sha memang tengah in love dengan Jo, sebab tu aku terpaksa buat-buat tak kenal Sha.  Aku tak nak rosakkan hubungan dia dengan kau.”  Fadlan memandang Johari.

“Sorrylah Jo.  Mungkin nak dijadikan asbab pertemuan kita semua ni, Sha tak menolak bila Jo nak ikut hari tu.”

“Faz yang salah.  Sorry Hanna.”

“Eh, aku tak marahlah.  Baguslah kalau semua masalah dapat diselesaikan dengan baik.”  Bicara Johanna.

“Well, kami berdua dah bincang semalaman, seharian.  Kami pun dah penat  tunggu menunggu tanpa keputusan dan jawapan.  Jadi kami ambil keputusan nak tamatkan semua ni.  Kami taknak terus lagi macam ni.  Kami dah ambil keputusan, esok kami akan ke pejabat khadi dan selesaikan semuanya.  Dan mulai esok kami….”

“What?  Abang biar betul.  Buat apa kita plan nak jumpa kalau ini keputusannya?”  Firash tak setuju.

“Kau jangan main-main Lan.  Ini soal nikah kahwin tau.  Satu perjanjian seumur hidup.”  Tambah Johari.

“Yelah abang.  Abang dengan kak Sha dah berbaik kan?”

“Memanglah kami dah berbaik.  Sebab tulah kami…”

“Kalau dah berbaik kenapa nak bercerai??”  Celah Johari.

“Cerai??”  Fadlan dan Farisha saling berpandangan.  Mereka ketawa.

“Oi, nape ni?  Gila ke apa?”  Marah Johari.

“Siapa kata kami nak bercerai?”  Farisha yang lebih banyak membisu tadi bersuara.

“Yang tamat2 tu apa?”  Celah Firash pula.  Fazlina dah garu kepala.

“Memanglah kami nak tamatkan semua pernantian 18 bulan ni.  Kami nak mulakan hidup baru. Kami dah sedar yang ikatan perkahwinan ni bukan satu perkara main-main.  Once kami dah setuju nikah, means kami dah ambil satu tanggungjawab yang besar dalam hidup kami.  Kami tak anggap ini peluang kedua, tapi inilah pilihan terakhir dalam hidup kami.  Dan kami akan akhiri dengan hidup bersama.”  Jelas Fadlan.

“Laahhh…”  Tepuk dahi semuanya.  Fadlan dan Farisha tertawa kecil.

“Eh, sekejap!”  Firash tiba-tiba musykilkan sesuatu.

“Kalau tak nak cerai, buat apa nak pergi pejabat khadi?”  Tanya Firash tak faham.

“Kami dah decide nak tinggal bersama.  So, kenalah pergi pejabat khadi minta nasihat apa tindakan sewajarnya.”

“Tak faham.” Fazlina pun bingung jadinya.

“Sijil nikah kami kan dari UK.  So, kami kan kat Malaysia sekarang ni.  So, nak pergi tanyalah ada tak apa-apa yang perlu kami mohon ke apa ke…”  Jelas Farisha.

“Ooooohhh….”

“Abang ni sengaja kan buat orang confuse.”  Fazlina bengang.

“Memang pun.” Farisha menjeling manja ke arah Fadlan.  Fadlan hanya tersengih sahaja.

"Faz dan Firash pun tkyah tunggu lama-lama. Jangan ingat abang tak nampak korang main-main mata." Usik mengusik adik-adiknya. Dua-dua dah tersipu malu.

"Tadi kami dapat vc dengan ibu dan abah. Diorang sekarang dalam proses nak balik Malaysia. Papa dan mama pun nak balik minggu depan.Bolehlah kita bersanding nanti sama-sama." Usik Farisha pula.

Makan malam itu berakhir dengan baik.  Mujurlah takde insiden tumbuk-menumbuk, tarik tudung, atau nangis meraung atau merengek.  Alhamdulillah.  Perkahwinan yang tidak disengajakan namun mengharapkan kebahagiaan. Mereka tahu ada hati yang kecewa. Itu juga bukan disengaja.

“Sayang, apa yang berlaku selama ni, memang tidak disengajakan.  Tapi, ada satu benda yang memang abang sengaja.”  Fadlan memandang si isteri yang terbaring di sisi.  Farisha memandang Fadlan.  Apa pulak rahsianya ini.

“Yelah, sayang asyik cakap..’awak sengajakan?’…’awak sengajakan?’..walaupun sayang tahu abang tak ada niat pun semua tu berlaku.  Tapi, ada satu perkara yang abang memang sengaja lakukan.”

“Apa?”  Farisha tak sabar nak tahu.

“Aku terima nikahnya Farisha Aqila binti Qamarul.”  Jawab Fadlan Hakim.  Farisha tersenyum.  Di situlah sebenarnya cinta berputik tanpa sengaja.  Dan kerana itulah ketidaksengajaan itu mencetus rasa rindu dan hanya terjawab apabila dua pasang mata sekali lagi bersatu.  Dan ketidaksengajaan itulah yang mengiyakan rasa cinta dalam jiwa.  Bukan peluang kedua, tapi peluang terakhir untuk selamanya.  Biarpun tanpa sengaja.

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...