Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

PERTEMUAN INI

-PERTEMUAN INI-                 Hasyim termenung sambil merenung ke luar jendela.  Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan telefon dari salah seorang pegawai kanannya.  Azmi memberitahu syarikatnya berjaya merebut satu projek yang bernilai jutaan ringgit.  Ya, Hasyim sudah tersenyum untuk kejayaan itu.  Namun, dia sering teringatkan seseorang.  Sudah 20 tahun dia tak bertemu insan itu.  Kadang-kadang dia rasa menyesal kerana memilih untuk pergi ke London 20 tahun lalu.  Sungguh demikian, Hasyim sedar.  Dia tidak boleh lari dari suratan takdir.  Pasti setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang Allah ingin berikan.  Di manakah agaknya Nurul Ain sekarang? 20 tahun lalu.                 “Apa?  Tapi, kenapa?”  Hasyim terkejut mendengar cadangan abang sulungnya yang ingin meletakkan Nurul Ain di bawah jagaan rumah anak-anak yatim. “Along rasa itu yang sebaik-baiknya.”  Tambah Hamzah, abang sulungnya. “Kenapa along atau angah tak nak ambil Ain?  Dia bukan orang lain.  Anak saudara kita.