Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

PELUANG KEBAHAGIAAN

Siti Nur Umaira menyerahkan surat perletakan jawatan di atas meja Muhd Nur Azlan. Pertunangan mereka telahpun putus. Siti Nur Umaira tak mahu bekerja di bawah orang yang menuduhnya curang. Membuat tuduhan dan tafsiran tanpa usul periksa. Hakikatnya cintanya sendiri yang dah beralih arah. Muhd Nur Azlan lebih tertumpu pada Diana Hamzah, anak saudara dato’ Hakimi yang baru pulang dari luar negara. Mungkin gaya manja dan seksi itu lebih menarik perhatian Muhd Nur Azlan berbanding keayuan dan kesopanan Siti Nur Umaira yang lebih gemar berbaju kurung dan bertudung kemas. Adakala dia berpakaian elegen namun ianya tetap sopan dan menutup aurat. Ciri-ciri yang pernah menjadi idaman Muhd Nur Azlan itu sudah tidak ada istimewanya lagi di mata Azlan. Hmm…kalau orang dah tak nak, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Muhd Nur Azlan jadi tak tentu arah bila dato’ Hakimi tak mahu Siti Nur Umaira letak jawatan. Dia mendesak Muhd Nur Azlan memujuk Siti Nur Umaira membatalkan niatnya untuk let

HEBATNYA DOA

Mereka berjabat tangan. Satu perjanjian telah termeterai. Haiqal setuju bersyarat. Haji Nazmi setuju dengan syarat diminta. Haji Nazmi gembira. Bolehlah dia pulang ke kampung dengan tenang. Tiada bebanan tanggungjawab yang ditinggalkan. Pasti isterinya turut gembira mendengar khabar ini. Cuma tak pasti lagi bagaimana dengan anak bongsunya. Dia tahu Ayra Umaira pasti tidak menghalang. Tapi….. *** Nurul berkerut dahi. Tak faham. Kenapa Ayra Umaira, teman serumahnya ini nampak serabut semacam. Takkan pasal kerja kot. Sebelum ni selamba jek buat dua kerja, bidang yang jauh berbeza, muka tenang saja. Pegang ‘handphone’ dari tadi. Macam nak menghubungi seseorang. Jadi tak jadi. Mundar-mundar pulak. “Ok, stop!” Nurul akhirnya bersuara. Ayra terhenti. “Kau ni kenapa sebenarnya?” Tanya Nurul. Ayra duduk di sebelah Nurul. “Ibu aku ‘call’ tadi. Semalam ada orang datang merisik. Dan ayah aku dah setuju.” Cerita Ayra. Nurul ketawa. “So, kau ni sebenarnya ‘nervous’ p