Mereka berjabat tangan. Satu perjanjian telah termeterai. Haiqal setuju bersyarat. Haji Nazmi setuju dengan syarat diminta. Haji Nazmi gembira. Bolehlah dia pulang ke kampung dengan tenang. Tiada bebanan tanggungjawab yang ditinggalkan. Pasti isterinya turut gembira mendengar khabar ini. Cuma tak pasti lagi bagaimana dengan anak bongsunya. Dia tahu Ayra Umaira pasti tidak menghalang. Tapi…..
***
Nurul berkerut dahi. Tak faham. Kenapa Ayra Umaira, teman serumahnya ini nampak serabut semacam. Takkan pasal kerja kot. Sebelum ni selamba jek buat dua kerja, bidang yang jauh berbeza, muka tenang saja. Pegang ‘handphone’ dari tadi. Macam nak menghubungi seseorang. Jadi tak jadi. Mundar-mundar pulak.
“Ok, stop!” Nurul akhirnya bersuara. Ayra terhenti.
“Kau ni kenapa sebenarnya?” Tanya Nurul. Ayra duduk di sebelah Nurul.
“Ibu aku ‘call’ tadi. Semalam ada orang datang merisik. Dan ayah aku dah setuju.” Cerita Ayra. Nurul ketawa.
“So, kau ni sebenarnya ‘nervous’ pasal nak kena kahwin ler ni.” Tebak Nurul. K
“Masalahnya sekarang bukan pasal ‘nervous’ nak kena kahwin.
“Dah tu? Pasal kau tak kenal bakal suami kau tu.” Nurul meneka lagi. Ayra menggeleng.
“Siapa? Farhan ke?” Nurul membuat tekaan lagi.
“Ish, kau ni! Takkanlah ayah aku dah ‘reject’ dia dulu, tetiba nak ‘accept’ pulak sekarang.” Marah Ayra. Nurul ketawa.
“Kau ingat tak, last month kita pergi Malay Entrepreneur Conference?”
“Ya, aku ingat. Baru dua minggu lepas je kot.” Jawab Nurul.
“Ingat tak ‘mamat’ handsome yang bagi speech tajuk ‘Kalau Dah Jatuh’ tu?”
“Encik Haiqal Adrian. Mestilah aku ingat. Kenapa dengan dia?” Nurul mula jadi tak faham. Apa pulak kaitan Haiqal Adrian dalam cerita Ayra kena risik ni? Ayra menghulurkan majalah yang dipegangnya sedari tadi. Majalah ‘Best Man’. Haiqal Adrian penghias muka depan majalah itu. Highlight-HAIQAL ADRIAN, USAHAWAN MUDA YANG BERJAYA.
“Ibu aku cakap, kalau nak tahu siapa bakal suami aku beli majalah ‘Best Man’ keluaran Jun. Penghias muka depan itulah bakal suami aku.” Jelas Ayra. Nurul ternganga
“Haiqal Adrian merisik kau?” Nurul terkejut. Ayra angguk.
“Wow! Tahniah!” Nurul memegang tangan Ayra.
“Eh, tahniah apa pulak. Aku confuse ni.” Ayra menarik tangannya.
“Kenapa pulak? Kau sendiri pernah cakap yang kau hanya akan kahwin dengan lelaki pilihan ibubapa kau. Dan kau juga yang cakap yang kau nak bercinta maut gila-gila lepas kahwin.” Ungkit Nurul.
“Ya, itu aku ingat. Aku tak lupa semua tu. Yang buat aku confuse, mana datang idea dia tiba-tiba nak merisik aku pulak. Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Masa conference hari tu pun, bukan kita duduk depan pun. Ntah-ntah dia ni ada motif lain kot.”
“Hahahaha! Kau ni kelakarlah.” Nurul ketawa berdekah-dekah. Ayra menepuk kuat. Nurul masih ketawa.
“Kalau aku jumpa dia dulu okey tak?” Soalan Ayra membuatkan Nurul berhenti ketawa.
“Serius ke? Bila?”
“Hmmm…lepas bertunanglah. Aku kena pastikan dulu dialah orangnya. Buatnya aku tiba-tiba pergi kat dia, lepas tu salah orang. Buat malu je.” jawab Ayra. Nurul sambung ketawa.
Haji Nazmi duduk di sebelah isterinya. Hajah Ramlah tersenyum. Mmm….senyum ada maknanya. Hajah Ramlah sedang menggubah sehelai tuala untuk dijadikan bentuk masjid. Warna biru dan pink warna tema pilihan. Hujung minggu anak bongsu dan satu-satunya anak perempuannya akan bertunang.
“Ayra cakap apa pasal warna ni?” Tanya Haji Nazmi.
“Abang bukan tak tahu Ayra tu. Dia mana pernah membantah apa yang kita cakap.” Jawab Hajah Ramlah.
“Itulah yang kadang-kadang buat abang risau.” Keluh Haji Nazmi.
“Kenapa pulak?” Hajah Ramlah tak faham.
“Yelah, kalau dia tak pernah membantah , kita tak tahu apa sebenarnya yang dia nak.” Luah Haji Nazmi. Tangan Hajah Ramlah berhenti bekerja. Terdiam sejenak.
“Ya jugak kan bang. Dulu kita ingat dia tu memang nak jadi ‘nurse’. Rupa-rupanya dia jadi ‘nurse’ sebab arwah mak yang teringin sangat nak tengok dia jadi ‘nurse’. Cita-cita dia sebenarnya nak jadi arkitek.” Bangkit Hajah Ramlah.
“Dah besar dah anak dara kita tu. Dah 26 tahun. Insha Allah, Haiqal akan membahagiakan dia. Dan memimpin anak kita ke pintu syurga. Kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk anak kita tu.”
“Insha Allah, amiin.” Hajah Ramlah meraup muka dengan kedua belah tapak tangannya. Haji Nazmi tersenyum.
Cincin tersarung di jari manis. Kini sah Ayra Umaira sudah menjadi tunangan Haiqal Adrian. Macam tak percaya. Memang dia orangnya. Sekilas mengintai di celah langsir.
“Hah! Mengintai?” Sergah Nurul. Ayra terkejut. Ditepuk bahu kawannya. Nurul ketawa.
“Majlis dah selesai. Bakal mertua nak jumpa. Jom keluar.” Nurul menarik tangan Ayra.
“Yang mana satu mama Haiqal?” Ayra berbisik bertanya.
“Entah. Dengar tadi macam dia takde. Ada urusan penting di luar negara.” Jawab Nurul. Juga berbisik.
Hmm…boleh pulak ke luar negara masa hari anaknya bertunang. Mulalah kepala Ayra Umaira yang penuh drama itu membuat pelbagai tafsiran. Jangan-jangan mama dia dah ada pilihan lain. Dan Haiqal Adrian ni pula tak berkenan dengan pilihan mama dia. Jadi nak elak dari kena kahwin dengan orang yang dia tak suka, dia pun pilihlah sesiapa untuk dijadikan isteri. So….
“Sudahlah tu. Sakit perut aku ketawa. Kau ingat ni drama tv ke?” Nurul menekan perutnya kerana senak akibat ketawa tanpa henti. Memang tak boleh diterima akal tafsiran Ayra Umaira tentang Haiqal Adrian.
“Tak mustahil kan?” Balas Ayra Umaira tak puas hati.
“Dia tak kenal aku dan aku tak kenal dia. Nanti tak pasal-pasal aku kena tidur atas sofa pulak.” Tambah Ayra Umaira. Bertambah galak Nurul ketawa.
“Tulah, aku dah cakap jangan banyak sangat tengok drama.” Ejek Nurul. Ayra mencebik. Nurul berhenti ketawa. Kesian pulak tengok kawannya seorang ni. Orang tu minta pandangan, aku sibuk ketawakan dia.
“Ayra, think positive okey. Kau kenal bapa kau kan. Kenapa dia terima pinangan Haiqal yang dia baru kenal tak sampai sebulan. Dan kenapa dia tolak pinangan Farhan yang kau dah kenal bertahun-tahun? Sebab ayah kau tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Itu yang kau selalu cakap. You father knows what’s the best for her daughter. Kalau kau masih ragu-ragu dengan Haiqal, kau yakin dengan ayah kau.” Nasihat Nurul bila tawanya sudah reda.
“Kau dah jumpa dia?” Tanya Nurul. Ayra geleng.
“Kau nak aku temankan?” Tanya Nurul lagi.
“Aku ada chat dengan dia.”
AYRA : SAYA JUST NAK TAHU.
HAIQAL: KAN SAYA DAH JAWAB.
AYRA: MUSTAHIL. AWAK TAK KENAL SAYA, DAN SAYA TAK KENAL AWAK.
HAIQAL: SIAPA CAKAP SAYA TAK KENAL AWAK. SAYA DAH LAMA KENAL AWAK.
AYRA: AWAK ‘STALK’ SAYA YE?
HAIQAL : HAHAHAHA!
AYRA: BETULLAH NI KAN?
HAIQAL: AWAK RASA?
AYRA : BETULLAH.
HAIQAL: AYRA, SAYA NAK JADIKAN AWAK ISTERI SAYA KERANA
SAYA MEMANG DAH JATUH HATI PADA AWAK
AYRA : SEJAK BILA?
HAIQAL: DAH LAMA SANGAT. SAYA PUN TAK INGAT BILA.
HAIQAL : APA KATA KALAU SAYA BERITAHU AWAK BILA KITA DAH
NIKAH NANTI
AYRA: KENAPA TAK NAK BERITAHU SEKARANG?
AWAK TAKUT SAYA UBAH FIKIRAN KALAU SAYA TAHU?
JANGAN RISAU, SAYA BUKAN ANAK YANG MAHU MEMALUKAN
IBUBAPA
HAIQAL: KALAU MACAM TU TAKDE BEZA KAN AWAK TAHU HARI
INI ATAU NANTI?
AYRA: HMM….YALAH.
HAIQAL: TUNGGU 40 HARI LAGI YE.
DAN 40 HARI BERLALU DENGAN PANTAS.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Segalanya berjalan dengan lancer. Dengan sekali lafaz, Haiqal Adrian kini sah menjadi suami kepada Ayra Umaira. Doa diaminkan. Berdebar-debar rasa jiwa saat Haiqal Adrian mengucup dahinya. Ayra terdiam seribu bahasa. Senyuman terukir di bibir.
Ayra Umaira duduk diam di birai katil. Haiqal Adrian masuk ke dalam bilik. Tiada reaksi dari Ayra. Seolah-olah dia berada di awang-awangan. Haiqal duduk di sebelahnya. Ayra tersintak. Dia baru tersedar kehadiran Haiqal di situ. Haiqal Adrian tersenyum. Ya , Allah, handsomenya suami aku ni. Dag dig dug jantungku dibuatnya.
“Jauhnya termenung.” Usik Haiqal.
“Boleh saya tanya?”
“Tanyalah.” Balas Haiqal.
“Kenapa mama dan kakak kembar awak tak ada hari ni?” Soal Ayra serius. Haiqal mengeluh perlahan.
“Mesti mereka tak suka saya kan? Mereka dah ada pilihan lain. Sebab tu awak nak cepat-cepat kahwin. Sebab….”
“Ayra…awak ni mesti kaki drama kan?” Pintas Haiqal. Ketawa. Ayra mencebik.
“Comelnya buat muka macam tu.” Haiqal mengusik.
“Awak tak jawab lagi soalan saya, kan?” Ungkit Ayra Umaira. Haiqal Adrian tersenyum.
“Saya pilih awak sebab saya cintakan awak. Dah lama sangat. Ayra je yang tak ingat abang kan?”
“Nak ingat apanya? Saya memang tak kenal awak pun. Jangan nak cakap awak ni ‘childhood friend’ saya. Saya kenal semua kawan-kawan saya tau.” Balas Ayra yakin.
“Ya ke? Cuba bagi contoh.”
“Eh, jangan nak tukar topik ye.” Kata Ayra. Haiqal ketawa lagi.
“Saya ni ada daya ingatan yang kuat tau. Haah…..jangan-jangan awak ni abang botak bulat yang selalu kacau saya masa saya balik dari mengaji dulu.”
“Hah? Abang botak bulat?” Terbeliak mata Haiqal mendengarnya.
“Tapi, tak mungkinlah. Abang tu dahlah botak, bulat pulak tu. Suami saya ni ‘handsome’.”
“Handsome? Wah! Ayra nak cakap abang handsome ler ni.” Haiqal Adrian tersengih. Ayra mencebik. Haiqal ketawa.
Haiqal duduk berhadapan dengan isterinya. Tersenyum. Ayra jadi malu bila direnung sebegitu. Dengan perlahan Ayra mengangkat mukanya bila jari Haiqal menyentuh dagunya.
“Assalamua’laikum.” Haiqal memberi salam.
“Waa’laikumussalam.”
“Nama saya Haiqal Adrian. Umur saya 32 tahun. Saya lelaki yang berjabat dengan ayah awak, haji Nazmi lepas zuhur tadi. Sayalah lelaki yang menjawab akad yang dilafazkan oleh ayah awak tadi. Sayalah lelaki yang menikahi awak. Mulai hari ini, saya sebagai suami kepada Ayra Umaira, akan mencintai, menyayangi, mengasihi dan menjaga isteri saya.” Ungkap Haiqal Adrian dengan penuh keikhlasan.
“So, saya pun kena kenalkan diri jugalah ya.” Balas Ayra Umaira.
“Yelah, tadi cakap ‘saya tak kenal awak, awak tak kenal saya.” Ajuk Haiqal Adrian. Ayra tertawa kecil.
“Saya Ayra Umaira. Umur 25 tahun.”
“Eh, bukan 26 ke?” Celah Haiqal Adrian.
“Belum lagi. Lagi 3 hari birthday saya. Saya nak hadiah special tau.”
“Kalau nak hadiah special tak payah tunggu 3 hari lagi. Sekarangpun boleh.” Usik Haiqal..
“Awak ni asyik menyampuk je tau. Saya tak habis-habis lagi nak cakap.” Rengek Ayra Umaira. Eh, apasal aku menggedik pulak ni. Alah, bukan dengan orang lain. Dengan suami sendiri kan.
Masa berlalu tanpa disedari. Biarpun ada persoalan yang bermain di fikiran, Ayra Umaira tidak mahu membangkitkan. Hidupnya bahagia bersama suami tersayang. Kasih sayang Haiqal memang tidak dinafikan. Suami yang sangat memahami. Biarlah, suatu hari nanti segala persoalan akan terjawab juga.
“Hmm…sedapnya bau. Abang masak apa ni?”
“Sambal udang.” Jawab Haiqal.
“Awal abang balik.”
“Tadi, isteri abang ‘called’. Dia cakap dia ada banyak kerja nak buat. Takut tak sempat masak. So, sebagai suami yang sangat menyayangi isterinya…”
“Amboi, perli ke apa ni?” Pintas Ayra. Haiqal ketawa.
“Mana ada perli sayang. Abang ganggu sayang kerja ke? Awalnya turun.”
“Bau sambal abang ni yang ganggu sayang.” Balas Ayra. Haiqal ketawa.
“Appoinment abang cancel last minute. Abang malas nak balik office. So, sementara tunggu sayang abang ni siap kerja, abang masaklah lauk kegemaran isteri tersayang abang ni. Sayang mesti leka buat kerja sampai tak dengar bunyi kereta abang masuk kan?” Haiqal tersenyum. Ayra turut tersenyum. Menggoda. Senyuman yang paling menggoda, senyuman isteri sendiri.
“Abang pergilah mandi. Biar sayang kemaskan semua ni. Dah nak maghrib ni.” Suruh Ayra.
“Abang solat kat rumah jelah. Kita Jemaah sama.” Balas Haiqal.
Usai solat isya’, Ayra melipat dan meletakkan telekungnya di atas rak seperti biasa. Songkok Haiqal di letak bersebelahan telekungnya. Seperti biasa, Haiqal akan membaca satu muka surat al-quran selepas solat Isya’. Di waktu itu Ayra akan ke dapur dan menyediakan kopi panas untuk Haiqal. Sejuk hati melihat suaminya yang tidak pernah tinggal solat dan tak pernah tinggal walau sehari membaca al-quran. Teringat pesan arwah nenek dulu. Nak cari suami cari yang beriman. Tak tinggal solat dan rajin mengaji. Al-hamdulillah. Nenek, Ayra dah dapat suami macam tu.
“Abang.” Panggil Ayra lembut. Haiqal memandang isterinya yang baru selesai menggosok pakaian kerja mereka berdua untuk esok hari.
“Kalau sayang tanya, boleh tak?”
“Apa dia sayang?” Balas Haiqal lembut.
“Dah tiga bulan kita kahwin kan?” Muqadimahnya.
“Ya.” Haiqal angguk. Apa sebenarnya yang Ayra nak cakap ni. Haiqal seolah dapat mengagak sesuatu.
“Kenapa abang tak pernah bawa sayang pergi rumah keluarga abang?” Tanya Ayra. Haiqal terdiam. Memang dah agak dah. Pasti hal ini yang ingin dibangkitkan.
“Abang merajuk dengan mama abang sebab dia tak ada masa majlis kita?” Tafsir Ayra. Haiqal masih tak menjawab.
“Ayra ni kan bukan menantu pilihan. Jadi, Ayra tak naklah……….”
“Sayang, please.” Pintas Haiqal. Dia tahu, kalau sebutan ‘sayang’ bertukar kepada ‘Ayra’ itu tandanya isterinya itu berjauh hati.
“Kan abang dah cakap. Sayang jangan fikir macam tu.” Bicara Haiqal lembut.
“Esok kita lawat mama ye.” Pujuk Ayra.
“Lawat?” Haiqal rasa ada sesuatu yang tak kena bila Ayra menggunakan perkataan itu.
“Papa call tadi. Mama tak sihat. Rindu abang.”
“Papa suruh sayang pujuk abang?” Tafsir Haiqal.
“Abang, janganlah merajuk lama-lama. Itu kan mama abang. Sayang tak kisah kalau mama abang tak suka sayang. Tapi, sayang tak nak abang buat mama macam ni.” Bicara Ayra memujuk.
“Sayang, jangan cakap macam tu. Mama sayang kita….Cuma..” Terdiam.
“Kalau abang tak nak pergi esok, biar sayang pergi sendiri.” Tekad Ayra. Haiqal Adrian memandang Ayra Umaira. Dia tahu, Ayra Umaira seorang yang sangat berpegang kuat dengan kata-katanya.
***
Adriana Syakila mencebik bila ternampak kereta adiknya memasuki perkarangan rumah. Ada perasaan tidak puas hati di hatinya. Suaminya mencuit. Mengingatkannya agar tidak lakukan perkara yang tidak elok. Dato’ Rashid tersenyum. Berjaya suga Ayra Umaira memujuk Haiqal Adrian. Haiqal kalau merajuk makan bulan nak pujuk. Anak manja mama. Dato’ Rashid sendiri tak tahu mana nak letak muka bila isterinya tak ada semasa majlis perkahwinan anaknya. Namun, dia faham tindakan isterinya.
Ayra Umaira faham bila melihat reaksi kakak iparnya itu. Suka hati dialah. Aku datang nak menziarahi ibu mertuaku. Tak kisahlah dia suka atau tidak. Sebenarnya, inilah kali pertama mereka akan bertemu. Yang penting aku dah berjaya bawa Haiqal Adrian balik ke rumah ini. Bayangkanlah, 3 bulan merajuknya. Mujurlah dengan aku dia tak pernah merajuk. Aku je yang selalu minta dipujuk.
“Hmmmm…ingat dah lupa jalan ke rumah ni.” Sindir Adriana.
“Kakak ni dah kenapa? Sengaja nak cari pasal?” Marah Haiqal.
“Yang kau bawa isteri kau tu kenapa? Mama tu sakit. Nanti, bertambah sakit pulak.”
“Tau pun yang mama tu sakit. Yang kakak duduk sini kenapa? Siapa yang teman mama?” Balas Haiqal sinis.
“Lijah ada.” Jawab Adriana selamba.
“Ooooh…bagus sangatlah tu. Suruh orang gaji.” Sindir Haiqal geram.
“Bagus! Bergaduhlah lagi. Memang ini yang mama dan papa suka tengok.” Celah dato’ Rashid menyindir. Dua beradik itu terdiam.
Ayra mengetuk pintu perlahan. Ada suara memanggil masuk. Mendengar suara yang agak cemas itu, Ayra segera masuk. Kak Lijah sedang cuba mengangkat datin Kalsum yang terjelepuk di atas lantai. Dia terjatuh ketika nak keluar dari bilik air, kata kak Lijah. Ayra segera membantu memapah mamanya ke atas katil. Ayra melakukan perkara yang biasa dilakukannya tak lama dulu. Mengurut kaki mamanya yang terseliuh sedikit. Menyapu ubat pada lebam di lutut. Rambut yang panjang disisir rapi lalu disiput tinggi. Ayra membaca deskripsi ubat.
“Terima kasih Ayra.” Ucapan pertama yang terkeluar dari mulut datin Kalsum. Ayra tersenyum.
“Ayra yang patut berterima kasih pada mama.”
“Kenapa pula?” Datin Kalsum tak faham.
“Sebab izinkan Ayra tolong mama.” Jawab Ayra. Bergenang air mata datin Kalsum. Dia memegang tangan Ayra. Ayra terkejut.
“Mesti Ayra ingat mama tak suka Ayra kan? Sebab tu mama ke luar negara masa majlis Ayra dan Haiqal.” Tafsir datin Kalsum. Ayra terdiam sahaja. Tangan yang memegang tangannya sebentar tadi beralih ke pipinya.
“Haiqal tu anak mama. Siapa pun pilihan dia, itulah pilihan mama. Percayalah, mama sayangkan anak-anak mama.” Luah datin Kalsum. Ayra tersenyum.
“Laah…kat sini rupanya. Puas abang cari sayang. Satu rumah abang ‘explore’.” Haiqal tiba-tiba muncul.
“Apalah abang ni. Kita datang sini nak jumpa mama. Bukannya nak buat ‘explore race’.” Balas Ayra.
“Yelah, sekurang-kurangnya beritahulah abang. Ingatkan sayang merajuk balik jalan kaki ke.”
“Mengarutlah abang ni. Ni, salam mama.” Ayra menarik tangan suaminya. Haiqal duduk berhadapan dengan mamanya. Datin Kalsum tersenyum. Haiqal Adrian terus memeluk mamanya. Rindu. Mengalir airmata datin Kalsum.
“Merajuk lagi tak ni?” Tanya datin Kalsum.
“Mana ada. Kalau merajuk lagi, Ayra suruh tidur ruang tamu.”
“Eh, mana ada!” Ayra menepuk bahu Haiqal. Haiqal ketawa.
“Abang, mama ni lemah lagi tau. Tak boleh biar sorang-sorang. Tadi pun dah terjatuh tau.” Adu Ayra.
“Ya ke? Takpelah, nanti abang carikan ‘nurse’ peribadi untuk mama. Nak harap kak Lijah kesian dia. Dahlah semua kerja dia nak buat. Kakak tu bukan boleh harap.”
“Abang ni tak baik cakap kakak abang macam tu.” Tegur Ayra.
“Tak payah susah-susahlah. Papa kan ada.” Celah datin Kalsum.
“Papa kerja, mana ada masa. Kalau malam bolehlah. Siang-siang, siapa yang nak tengokkan mama?” Haiqal tidak setuju dengan bicara mamanya.
“Lagipun, papa bukan pandai jaga orang sakit pun.” Tambah Haiqal. Ketawa kecil.
“Tak apalah. Nanti sayang carikan ya. Ayra ni mama, dulu nurse tau.” Sambung Haiqal lagi.
“Amboi, dalam diam sempat mengata papa.” Dato’ Rashid tiba-tiba muncul. Haiqal ketawa. Ayra tersenyum. Datin Kalsum rasa bahagia, biarpun seorang lagi menjauh diri.
“Kalau abang izinkan. Dan kalau mama dan papa tak kisah, Ayra boleh tolong jaga mama. Memang Ayra tak ambil apa-apa ‘job’ sebulan dua ni. Tadi hantar ‘paper work’ dah ok.” Ayra Umaira menawarkan diri. Haiqal Adrian sedikit terkejut. Biar betul sayang aku ni? Datin Kalsum tersenyum.
“Kalau Ayra tak kisah, papa dan mama tak ada masalah. Yang cik abang ni, senyap je. Boleh tak nak pinjam isteri awak ni?” dato’ Rashid bersuara.
“Boleh tu memang boleh. Tapi, siang saja tau.” Haiqal setuju bersyarat. Semua orang dalam bilik itu ketawa. Adriana yang mencuri dengar sedari tadi dari luar bilik mencebik.
Betul ke keputusan aku ni? Tak kisahlah. Ayra rasa bertanggungjawab membantu keluarga ini. Buat apa nak upah orang luar kalau dia sendiri mampu melakukannya. 3 tahun dia jadi jururawat sepenuh masa sebelum ini. Insha Allah, lebih dari ini pun Ayra pernah buat. Biarpun itu bukan cita-citanya, dia masih merindui tugasannya itu.
Dua minggu berlalu.
Datin Kalsum tersenyum bahagia. Memang tidak salah pilihan Haiqal Adrian. Banyak kelebihan yang dapat dilihat dengan jelas. Seorang yang sangat berdikari. Sangat komited dengan apa yang sedang dilakukan. Sangat pemaaf dan bukan seorang yang pendendam. Pernah datin Kalsum terdengar Adriana mengherdik dan menyindir Ayra. Ayra sangat penyabar. Langsung tak ambil hati. Pastinya dia sangat istimewa di mata Haiqal.
“Masa Haiqal beritahu yang Ayra ni dulu ‘nurse’, mama ingat dia main-main. Tak sangka pula betul rupanya. Setahu mama, Ayra ni arkitek kan?”
“Memang betullah tu mama. Ayra dari kecil lagi memang bercita-cita nak jadi arkitek. Tapi, arwah nenek nak sangat Ayra jadi ‘nurse’. Sambil-sambil jadi ‘nurse’, Ayra belajar ‘architecture’. Lepas tu, Ayra kerja ‘free-lance’ jadi arkitek. Ambil projek kecil-kecil je mama. Rumah banglo ke, pent-house.” Cerita Ayra.
“Ayra ni kena pergi hospital tau.”
“Kenapa pula mama?” Ayra tak faham.
“Yelah, kena tengok betul-betul dalam otak Ayra ni. Otak manusia ke otak komputer. Boleh pula Ayra buat dua bidang kerja yang jauh berbeza.” Jawab datin Kalsum seraya berseloroh. Ayra ketawa.
“Semua orang pun boleh buat macam tu mama. Yang penting niat kita.”
“Ya, niat Ayra nak senangkan hati arwah nenek Ayra kan?” Tafsir datin Kalsum. Ayra tersenyum. Suasana sunyi tiba-tiba seketika.
“Ayra.” Panggil datin Kalsum lembut. Ayra tersenyum. Memandang wajah wanita tua itu. Teringat ibu di kampong. Tersenyum.
“Mama nak minta maaf.”
“Eh, minta maaf kenapa pula? Mama tak ada buat apa salah pun.” Balas Ayra lembut.
“Mama tahu Adriana selalu sindir-sindir Ayra. Marah Ayra.”
“Tak apalah mama. Ayra tak ambil hati pun. Ayra anggap tu hanya teguran dari seorang kakak je.” Hakikatnya Ayra malas nak berpanjang cerita. Mungkin ini ‘bayaran’ yang perlu dilunaskan sebelum peroleh kebahagiaan kelak.
“Adriana tu sibuk nak jodohkan kawan baik dia dengan Haiqal. Adriana tu jauh berbeza dengan Haiqal. Degilnya tu lain macam. Macam mama muda-muda dulu.” Datin Kalsum membuka cerita.
“Mama terpaksa ikut dia ke luar negara masa majlis Ayra dengan Haiqal dulu. Dua-dua hati mama nak jaga. Dua-dua anak mama.” Sambung datin Kalsum. Ayra diam sahaja.
“Sebenarnya mama malu sangat dengan keluarga Ayra. Papa dah banyak kali suruh mama ‘call’ ibu Ayra. Tapi, mama segan cakap kat telefon je. Kalau boleh, mama nak berdepan terus. Mama ni teringin sangat nak balik kampong. Kampong Ayra tu sebenarnya kampong mama juga tau.”
“Ye ke mama?” Ayra terkejut.
“Mama dilahirkan dan dibesarkan di kampong tu. Masa umur mama 16 tahun, ayah mama meninggal dunia. Lepas tu mama sekeluarga pindah semula ke KL. Ibu mama orang KL. Lepas arwah ayah meninggal tu adalah sedikit hal pasal perebutan harta. Itu yang kami langsung tak balik kampong lepas tu. Ibu mama merajuk dengan adik beradik arwah ayah. 20 tahun mama tak balik kampong.” Datin Kalsum bercerita.
“Lama tu.”
“Memang pun. Sempat mama kahwin dan dapat anak kembar dua orang tu. Masa balik tu ada jugalah cari kawan-kawan lama. Ramai yang dah pindah. Kahwin dan tak tinggal kat kampong tu lagi. Kawan baik mama pun takde kat kampong tu. Rindu sangat kat dia. Masa balik kampong tu, kalau tak silap mama dia ikut suaminya ke luar negara.”
“Siapa nama kawan baik mama tu? Manalah tahu kalau-kalau Ayra kenal ke. Ayra pun lama juga duduk kampong tu. Mana tau ibu Ayra kenal ke?”
“Hmmm…itulah masalahnya.” Datin Kalsum tertawa kecil. Ayra tak faham.
“Dah 40 tahun Ayra. Mama pun dah lupa nama sebenarnya. Yang mama ingat, kami berdua ni ‘tomboy’ paling gangster kat kampong tu. Jangan berani-berani kacau. Nanti kena hentam dengan cik Tam atau cik Tom.” Datin Kalsum ketawa lagi. Bergenang sedikit airmata. Rindu sangat pada cik Tam.
“Nanti, kalau Ayra balik kampong, Ayra ajak mama sekali ya. Manalah tau boleh jumpa kawan mama tu. Siapa namanya tadi?”
“Cik Tam. Mama cik Tom.” Jawab datin Kalsum. Mereka ketawa.
Melihatkan keadaan datin Kalsum yang sudah pulih dan sihat seperti sediakala, Haiqal tak sabar-sabar nak mengajak Ayra pulang ke rumah mereka sendiri. Bukannya tidak suka tinggal di situ, tapi Haiqal tak mahu melihat aksi Adriana yang sentiasa dingin dengan isterinya, Ayra.
Kopi o panas sudah terhidang di atas meja. Haiqal tersenyum. Dua minggu rasa seolah diabaikan. Apalah, dengan mama sendiripun nak cemburu. Haiqal tersenyum lagi. Ayra duduk di sebelah Haiqal. Haiqal terus baring di atas ribaan Ayra.
“Rindulah.” Luah Haiqal.
“Kan kita hari-hari jumpa.” Balas Ayra.
“Rindu nak manja-manja macam ni.” Ujar Haiqal. Ayra tersenyum sambil membelai rambut suaminya.
“Sayang penat tak?” Tanya Haiqal sambil mengambil tangan Ayra yang sedang membelai rambutnya itu diletakkan ke dadanya.
“Tak adalah. Sayang okey je.” jawab Ayra ikhlas.
“Boleh tolong abang?”
“Oooohhh….manja-manja ni ada permintaan rupanya.” Ayra mencubit manja pipi Haiqal. Haiqal tersengih.
“Nak minta tolong apa?” Tanya Ayra.
“Abang ada projek baru ni. Tapi, arkitek-arkitek abang tengah sibuk sekarang ni. Nak minta tolong sayang.” Jelas Haiqal.
“Projek apa?”
“Kompleks Sukan.” Jawab Haiqal.
“Amboi, besarnya projek. Abang kan tahu, isteri abang ni tak buat projek besar-besar. Tak beranilah abang.”
“Alah sayang, bolehlah. Nanti abang beri sayang dua orang assistant.” Pujuk Haiqal sambil buat muka kesian.
“Abang cakap lambatlah. Sayang baru je dapat call dari Tan Sri Husaini petang tadi. Dia nak ‘offer’ satu job.”
“Rumah banglo lagi ke?” Tafsir Haiqal.
“Rumah sekolah.” Jawab Ayra. Haiqal berkerut dahi. Tak faham. Ayra ketawa.
“Bila Ayra nak jumpa dia?” Haiqal ingin tahu.
“Esok. Pukul 11:00 pagi.”
“Mestilah pagi. Takkan dia nak jumpa isteri abang pukul 11:00 malam pulak.” Balas Haiqal berseloroh. Ayra mencubit manja. Haiqal ketawa.
“So, jawapan untuk permintaan abang tu bergantung pada keputusan mesyuarat esok.” Ujar Ayra.
***
Ayra bersalaman dan berpelukan dengan ibunya. Haiqal tersenyum. Hampir 3 bulan juga tak balik kampong. Hmm….salah aku jugak. Sibuk memanjang. Ayra nak ‘drive’ sendiri aku yang tak bagi. Walhal sebelum ini sana-sini beratus-ratus KM drive sendiri. Dulu lain, sekarang lain. Sekarang Ayra dah jadi tanggungjawab abang. Itu alasan Haiqal.
“Hmm….ingatkan balik rindukan ibu. Rupanya sibuk nak siapkan kerja.”
“Alah ibu, sorrylah. Bukan Ayra tak nak balik selalu. Ayra kan dah jadi isteri orang. Kena ikut jadual suami.” Alasan Ayra sekilas memandang Haiqal.
“Biasalah, Haiqal kan sibuk.” Celah Haji Nazmi.
“Alah, saja mengusik anak kita ni.” Balas Hajah Ramlah.
“Ayah, ibu, Haiqal tak boleh lama ni. Insha Allah petang ke, malam ke..Haiqal datang balik.”
“Kalau dah lewat sangat tidur je sini nanti.” Pesan Haji Nazmi.
“Memang nak tidur sini pun ayah. Ni pagi tadi dapat panggilan. Last minute appointment. Siap kerja ni, Haiqal balik ke sini.” Balas Haiqal.
Sambil menyiapkan hidangan tengahari itu, Ayra berbual dengan ibunya di dapur. Hmm…biasalah…soalan untuk pengantin baru. Dah ada isi ke? Ayra tersenyum sambil menggeleng. Fahamlah maksudnya.
“Mama kirim salam.”
“Waalaikumussalam. Bila dia nak ke sini?”
“Dia memang nak ikut, tapi papa pula ada kerja di Korea. Papa, kalau ke luar negara, wajib bawa mama.” Jelas Ayra.
“Dah dekat 5 bulan berbesan tak pernah sekali pun berjumpa. Bila berbual kat telefon tu, rasa macam kawan dah lama.” Luah hajah Ramlah ceria. Walhal baru sekali berbual. Datin Kalsum mohon maaf kerana tak dapat hadirkan diri dalam majlis perkahwinan anak mereka.
“Kalau macam tu, apa kata ibu ke JB.” Usul Ayra.
“Ibu ni isteri orang. Kena ikut jadual suami.” Hajah Ramlah mengajuk.
“Amboi, itu dialog Ayra.”
“Pinjam.” Balas hajah Ramlah. Dua beranak itu ketawa.
“Wah, gembiranya orang dua beranak ni.” Haji Nazmi muncul di dapur.
“Ibu ni kenakan Ayra.” Adu Ayra.
“Hmm…ibu ni memang. Kalau tak kenakan anak dia yang manja ni memang tak sah.” Kata Haji Nazmi.
“Alah, bukan selalu dapat jumpa macam ni.” Balas hajah Ramlah sambil mengusap lembut pipi Ayra. Ayra tersenyum.
Pelbagai cerita yang dikisahkan dalam perbualan mereka sekeluarga. Betul cakap ibu, mereka memang jarang dapat bertemu. Ayra pun membesar dijaga dan diasuh oleh arwah datuk dan neneknya. Sungguhpun mereka berjauhan, haji Nazmi dan Hajah Ramlah sentiasa mengambil tahu perkembangan anaknya itu. Sewaktu mereka suami isteri ingin meninggalkan kampong untuk mempertingkat taraf kehidupan mereka, nenek Ayra meminta supaya Ayra tidak dibawa bersama. Sebab itulah Ayra seorang saja yang dibesarkan di kampong. Tidak seperti dua orang abangnya yang mengikut ibubapa mereka.
“Ibu kenal tak cik Tam dan cik Tom?” Ayra membuka cerita.
“Hah?!” Hajah Ramlah tersintak mendengar soalan itu.
“Hmmm…siapa budak kampong ni yang tak kenal budak tomboy dua orang tu. Gangster kampong tu. Mengalahkan budak lelaki.” Haji Nazmi yang menjawab soalan itu.
“Ayah kenal ke?” Ayra teruja ingin tahu.
“Mestilah kenal. Ni, pipi ni pernah kena tampar. Ni perut ni pun pernah kena tendang dengan cik Tam.” Cerita Haji Nazmi.
“Waah, dahsyat tu. Betul-betul gangster ni.” Ayra semakin teruja nak tahu kisah selanjutnya.
“Memang patut pun ayah Ayra kena tumbuk. Siapa suruh mengintai budak perempuan mandi sungai.” Celah Hajah Ramlah.
“Eh, apa pulak mengintai. Itu kan tempat terbuka.” Nafi Haji Nazmi.
“Nakal rupanya ayah ni.” Usik Ayra.
“Senakal-nakal ayah, takdelah sampai tumbuk orang. Cuma nakal minta penumbuk orang yelah.” Balas Haji Nazmi ketawa. Hajah Ramlah mencebik.
***
Entah apa mimpi, hari itu Adriana datang ke pejabat. Golden Holdings, syarikat milik dato’ Rashid. Biarpun Adriana Syakila dinamakan sebagai Pengarah Urusan, semua urusan digalas oleh dato’ Rashid sendiri. Haiqal Adrian yang memiliki syarikat sendiri, ada kalanya datang membantu ayahnya. Kalau tiba-tiba munculni, pasti ada sesuatu.
“Projek Indah Handal tu, bukan kita tak dapat ke dulu?” Tanya Adriana hairan pada setiausaha Dato’ Rashid.
“Memang tak dapat pun puan. Projek tu kalau tak silap saya syarikat Hj Nazmi yang dapat. Ayah mertua encik Haiqal.” Jawab Sarina, orang kanan Adriana di Golden Holdings.
“So, apa kaitannya dengan Golden Holdings?” Adriana tak faham.
“Kenapa dalam diari dato’ Rashid selalu ke situ?” Adriana cuba mengorek rahsia lagi.
“Maaf puan, hal tu puan kena tanya dato’ sendiri. Dato’ cuma inform dia ke sana. Dia tak maklum pada saya tujuan dato’ ke tapak projek tu.”
“Takkan nak jumpa besan pun nak tulis dalam diari kerja.” Adriana mula dah berfikir yang bukan-bukan.
“Apa nama syarikat mertua Haiqal tu?”
“Hebat Holdings.”
“Eh, bukan ke syarikat tu hampir muflis dulu. Macam mana boleh bernyawa pulak ni.” Adriana terkejut mendengar jawapan Sarina.
“Hampir je puan. Ada individu yang tolong syarikat tu.” Jelas Sarina.
Ini mesti Haiqal. Wah, bukan main lagi kau ya. Patutlah tiba-tiba saja nak kahwin. Sebab nakkan projek besar tu. Cinta konon. Kau nak tipu aku. Ayra Umaira, kau dengan bapa kau sama saja. Sebab kau adik aku tak nak kahwin dengan Zahira. Dan disebabkan kau jugalah Haiqal dan aku dah macam musuh sekarang.
“You better ask your father about this. Don’t jump into conclusion easily. Jangan buat tuduhan melulu.” Nasihat Zahira.
“Tak payah tanya. Aku dah tahu sangat dah permainan diorang ni. Haiqal nak sangat projek Indah Handal tu. Ni kes guna anaklah ni. Dia suruh anak dia goda Haiqal, lepas tu bila dah jadi menantu senanglah nak minta itu ini.”
“Adriana. Tak baik kau cakap macam tu.” Marah Zahira. Adriana mencebik.
“Perempuan tu memang menyusahkan.”
“Please, stop it. Can’t you see they are happy?” Zahira tak puas hati dengan tuduhan Adriana.
“Riana, kau boleh fikir sendiri. Macam mana Hebat Holdings boleh dapat projek tu kalau dah muflis? Kalau Haiqal nak projek tu, buat apa dia tolong Hebat Hodings?” Bicara Zahira. Cuba mengajak Adriana berfikir secara logik.
“Trust me. Ayra tu perempuan baik.” Tambah Zahira. Adriana diam. Bukan tanda dia setuju dengan kata-kata Zahira, tapi tanda protes dalam hati. Baginya Zahira terlalu polos. Mudah sangat kesiankan orang. Zahira pernah berkahwin sebelum ini. Dia ditinggalkan suaminya ketika hamil anak sulung. Hakikatnya sejak awal lagi Adriana memang tak percayakan Izmeer, bekas suami Zahira itu. Barang yang lepas memang tak guna dikenang lagi.
Mereka berdua berkawan sejak kecil lagi. Sikap Adriana sedikit mengongkong, namun dialah sahabat yang terbaik. Sewaktu ditinggalkan Izmeer dulu, Haiqal dan Adriana yang menjaganya yang sudah jadi seperti orang gila waktu itu. Ibubapanya di luar negara. Adriana ingin menjodohkan sahabat baiknya dengan adiknya. Zahira akur kerana susah nak percaya pada mana-mana lelaki lagi. Namun, dalam masa yang sama dia tahu Haiqal dan dia hanya ada perasaan sayang adik beradik sahaja.
Tengahari itu Haiqal dan Ayra berjanji untuk makan bersama. Haiqal Adrian tiba awal. Segera memesan makanan yang dipinta Ayra. Jadi, bila Ayra sampai sudah tidak perlu menunggu lagi. Terus ‘ngap’. Itu kata Ayra. Haiqal tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata isterinya. Seawal pertemuan Ayra seorang yang nampak garang dan serius. Bila dah jadi isteri, romantisnya boleh cair hati dan perasaan. Seorang yang sangat selamba. Itulah Ayra Umaira, wanita yang amat dicintainya. Projek Indah Handal yang menjadi asbab penyatuan mereka.
“Senyum sorang-sorang. Ingat ‘girlfriend’ ya.” Ayra Umaira muncul di situ.
“Memang pun.” Balas Haiqal Adrian. Ayra tersenyum lalu duduk di sebelah Haiqal. Salam dan cium tangan.
“Tak nak tanya ke siapa ‘girlfriend’ abang?” Soal Haiqal.
“Tak payah tanya. Sayang dah tahu siapa.” Balas Ayra Umaira.
“Ya? Siapa?” Konon nak tahu.
“Siapa lagi kalau bukan cinta hati abang ni, Ayra Umaira binti Haji Nazmi.” Jawab Ayra penuh yakin. Haiqal Adrian ketawa. Bahagia.
“Dah, jom makan.” Haiqal Adrian mengangkat tangan untuk membaca doa. Ayra membuat perkara yang sama.
“Kalau sayang makan sambil main handphone bebel. Abang boleh pulak.” Sindir Ayra bila dilihat Haiqal sibuk berbalas mesej. Tak tahu dengan siapa. Hehehehe….cemburu sebenarnya.
“Sorrylah sayang. Sarina ni assistant Adriana. Selalunya kalau ada apa-apa masalah, kalau papa takde, dia akan cari abang. Kakak tu jarang-jarang ada kat office.”
“Ada problem ke?” Tanya Ayra.
“SIkit je.” Haiqal tidak mahu bercerita panjang. Sarina beritahu tentang Adriana yang tiba-tiba muncul di pejabat. Sarina jadi tak sedap hati. Adriana tanya macam-macam tentang projek Indah Handal. Walhal hal projek itu tak ada kena mengena dengan dia pun.
“Abang tengok sayang ni pucat je. sayang tak sihat ke?” Haiqal beralih topik.
“Pening sikit.” Jawab Ayra.
“Tidur lambat lagi.” Haiqal mula nak membebel.
“Mana ada.” Nafi Ayra.
“Abang nak ke office papa lepas ni. Sayang nak ikut?”
“Sayang nak balik rumah. Nak rehat.” Ayra menolak ajakan Haiqal.
“Sayang boleh ‘drive’ tak? Nak abang hantarkan?” Haiqal begiitu prihatin.
“Okey, sayang penat je. Lagipun kalau abang hantar, nanti kereta Ayra macam mana.” Ayra menolak baik tawaran itu.
“Janji dengan abang.” Haiqal menghulur jari kelingkingnya.
“Janji apa?”
“Balik rehat. Jangan masuk ‘office’ sayang.” Balas Haiqal.
“Yelah sayang.” Ayra menyambut huluran jari kelingking itu dengan jari kelingkingnya juga. Jari mereka bertaut.
Ayra memang tiada pejabat khas. Pejabatnya adalah rumahnya sendiri. Ada sebuah bilik khas untuk dia jalankan kerja-kerjanya. Maklumlah, kerja ‘freelance’. Sebarang perbincangan atau pertemuan akan diadakan di pejabat pelanggannya atau mana-mana tempat yang sesuai. 3 tahun menjadi jururawat sepenuh masa. Dalam masa yang sama dia juga belajar dan membuat kerja-kerja arkitek separuh masa. Tan Sri Husaini yang sangat sukakan cara Ayra bekerja telah menawarkannya kerja sepenuh masa setahun yang lalu. Masa tulah dia letak jawatan sebagai jururawat. Cukup setahun, Ayra dipinang Haiqal Adrian. 2 bulan menjadi isteri Haiqal Adrian, Ayra Umaira meletak jawatan lagi. Kali ini demi memenuhi kehendak suami tersayang.
***
Pagi itu badan terasa lemah sangat. Memang hari itu Ayra Umaira tiada sebarang urusan di luar. Haiqal Adrian risau nak tinggalkan Ayra sendirian di rumah. Tapi, pagi itu dia ada mesyuarat penting.
“Kita pergi klinik dulu. Meeting abang pukul 10:00. Sempat lagi ni.” Ajak Haiqal.
“Takpelah. Nanti sayang pergi sendiri.”
“Takkanlah sayang nak ‘drive’ dengan keadaan sayang macam ni.” Haiqal Adrian tak setuju.
“Kalau mcam tu, sayang tunggu abang balik sajalah.” Balas Ayra perlahan.
“Jangan macam ni sayang. Kita pergi klinik dulu. Nanti lepas dah makan ubat, sayang rehat.” Pujuk Haiqal. Ayra memandang Haiqal. Renungan redup dari Haiqal mencairkan. Ayra akhirnya setuju.
Alamak, ramai pula orang di klinik pagi ini. Ayra mendapat nombor giliran ke 15. Lebih kurang 10 orang lagi di hadapannya. Haiqal pula yang tak tentu arah. Ayra yang cukup memahami keadaan itu menyuruh Haiqal pergi dulu. Haiqal jadi serba salah. Macam mana Ayra nak balik nanti.
“Takpe. Sayang naik teksi saja nanti.” Jawab Ayra.
“Kalau dah siap, sayang call abang. Kalau abang tak jawab, sayang call office. Kalau abang belum habis meeting, abang suruh driver pejabat ambil sayang.” Usul Haiqal.
“Suka hati abanglah. Cepatlah pergi.”
“Halau abang?”
“Ya.” Jawab Ayra sambil tertawa kecil.
Hampir sejam barulah selesai urusan di klinik. Senyuman bahagia terukir di bibir. Berkali-kali mencuba namun gagal menghubungi suaminya. Mungkin masih bermesyuarat. Baru selangkah keluar dari klinik Dr. Haleeda itu terdengar namanya dipanggil. Ayra menoleh ke arah suara itu. Tersenyum. Dato’ Rashid menghampiri menantunya itu. Ayra menghulur tangan untuk bersalam.
“Sorang saja? Haiqal mana? Dia tak teman?” Tanya dato’ Rashid.
“Abang yang hantar tadi. Tapi, dia ada urgent meeting. Dia pesan tadi kalau dah siap call dia.”
“Dah dapat call?” Tanya dato’ Rashid lagi. Ayra menggeleng. Mungkin Haiqal masih bermesyuarat.
“Ayra nak balik naik apa ni?”
“Ntahlah papa. Tadi Ayra beritahu nak naik teksi, abang tak bagi. Ni call tak dapat-dapat.” Ayra pun tiada jawapan pasti.
“Jom teman papa sarapan. Lepas tu papa hantar Ayra balik.”
“Eh, tak susahkan papa ke? Takpelah papa.” Ayra cuba menolak baik tawaran dato’ Rashid.
“Ayra ni menantu papa. Apa pula yang susahnya. Patutlah tekak papa tiba-tiba nak makan roti sardine restoran Ahmad sebelah klinik ni. Rupa-rupanya nak jumpa menantu ayah ni. Dah sebulan lebih tak jumpa.”
“Maaflah papa. Sibuk sikit.” Alasan Ayra.
“Hmmm…bukan papa tak tahu. Haiqal tu dia tak nak Ayra disindir, diherdik Adriana kan?” Tafsir dato’ Rashid.
“Eh, takdelah papa. Mana ada kakak buat macam tu.” Nafi Ayra Umaira. Dato’ Rashid tersenyum. Dua minggu Ayra duduk di rumahnya. Dua minggu itu sudah cukup untuk dia mengenali hati budi Ayra Umaira.
Kereta Zahira berhenti di seberang jalan. Cermin kereta sebelah penumpang diturunkan. Adriana memandang ke arah rumah itu. Dia yakin inilah rumahnya. Ada sebuah kereta di garaj. Kereta Haiqal takde. Mesti dia dah keluar ke tempat kerja. Mesti perempuan tu ada di dalam. BMW berwarna perak berhenti di hadapan rumah itu. Adriana kenal sangat kereta itu. Apahal pulak perempuan ni naik kereta papa? Adriana semakin bersangka buruk. Adik aku kau dah dapat. Hati mama aku kau dah beli. Sekarang papa aku pulak.
Tak sempat melabuhkan punggung ke atas sofa, loceng pagar berbunyi. Ayra melihat melalui pada skrin CCTV yang dipasang di pintu pagar masuk. Adriana? Apa pulak dia nak ni? Hmm…yang lagi seorang tu kalau tak silap Zahira. Ayra mencapai handphone. ‘Abang, kakak abang datang rumah ni.’ Mesej dihantar. Terdengar bunyi suara burung. Nada dering mesej masuk handphone Haiqal. Patutlah. Handphone tertinggal rupanya.
***
Ayra memandu dengan tenang. Dia tak mahu berfirkiran negative. Namun kata-kata Adriana tadi tetap terngiang-ngiang di telinganya. Hati memang terasa berbahang. Cukuplah aku seorang yang diherdik dan dihina. Tak perlulah kaitkan ayah dan ibu aku. Sabar Ayra. Ingat apa kata-kata Zahira tadi.
“Stop it Riana.” Marah Zahira. Adriana terkejut dengan tindakan Zahira.
“I think we should go.” Zahira menarik tangan Adriana.
“But, I’m not finish.” Adriana tidak puas hati.
“No! we must go now.” Zahira meninggi suara.
“Ayra, trust me. Haiqal is a nice man. He loves you.” Kata-kata akhir Zahira sebelum menarik Adriana keluar dari situ. Sebelum Adriana menyambung kata-kata hina dan nista terhadapnya.
Perjalanan yang biasanya memakan masa tidak sampai 2 jam itu terasa terlalu lama. Jiwa meronta-ronta. Tak sabar nak sampai ke rumah orang tuanya. Jawapan apa yang ingin dicari, dia sendiri tak pasti.
“Dah berapa banyak duit adik aku kau habiskan?” Soalan itu terngiang-ngiang di telinga Ayra.
“Dia ingat aku ni takde duit ke? Nak aku tunjuk buku bank aku ke? Tak ada maknanya. Nanti dia cakap tu duit adik dia.” Ayra mengomel sendirian sambil memandu.
“Dia kahwin dengan kau pasal nakkan projek Indah Handal tu je.” Adriana cuba menyakitkan hati Ayra lagi. Waktu itu Zahira sudah mencelah. Namun tidak dipedulikan oleh Adiriana.
“Kau ingat aku tak tahu. Syarikat ayah kau tu hampir muflis. So your father sent you to seduce my brother.”
“Adriana! That’s enough.” Zahira naik berang.
“Betul kan apa aku cakap?” Balas Adriana tanpa pedulikan kemarahan Zahira.
“Stop Adriana.” Pinta Zahira. Adriana tak peduli.
“Kau satu keluarga ……..”
“Stop it Riana!” Tengkingan itu membuatkan Adriana tersintak.
Ish, tak pasal-pasal bertekak pula dua sahabat tu. Zahira tu nampak sangat baik dan lembut. Kenapa abang tak nak kahwin dengan dia? Apalah aku ni? Suami aku tu. Geram pula bila teringatkan Haiqal. Sengaja Ayra tidak menjawab panggilan Haiqal yang bertalu-talu masuk. Biarlah dia. Alamak, derhaka tak kalau macam tu?
Datin Kalsum memerhatikan agak lama. Kenapa Adriana tu? Sejak balik dari keluar dengan Zahira tadi dia asyik termenung. Pasti ada kaitan dengan tindakan Zahira yang memecut pergi tadi. Tak pernah Zahira tak singgah selepas hantar Adriana. Dan tak pernah-pernah Zahira memecut kereta macam tadi. Kata-kata Zahira terngiang-ngiang di telinga Adriana.
“What were you trying to do?”
“I was telling the truth.”
“Macam mana kau yakin semua yang kau cakap tu betul?” Balas Zahira keras.
“Apa yang kau nak sebenarnya? Kau nak mereka bercerai-berai? Then, what? You expect your brother to marry me?” Zahira bersuara lagi tanda tidak puas hati.
“You said you’re my best friend. Tapi, kau sedar tak yang kau dah letak maruah aku macam tu jek. Stop dreaming Adriana. Kalau Haiqal nak kahwin dengan aku, dia takkan kahwin dengan Ayra. Can’t you see? They are happy. Very happy.” Zahira masih marah. Ini bukan Zahira yang sebenarnya. Zahira seorang yang sangat lembut dan penyabar.
“Kau bukan benci Ayra. Tapi, kau sebenarnya benci bila kemahuan kau tak diturut. Kau pentingkan diri sendiri. Sampai sanggup nak hancurkan kebahagiaan adik sendiri.” Sambung Ayra . Adriana terdiam. Tak pernah-pernah Zahira marah-marah macam ni.
Ayra tiba di kampong. Ayah dan ibunya yang sedang bersembang di ruang tamu agak terkejut. Tak pernah Ayra balik kampong tak beritahu. Dan sejak kahwin tak pernah Ayra ‘drive’ sendiri balik kampong.
Ayra duduk berhadapan dengan ayahnya. Tak pasti apa jawapan yang dia cari. Rasa cinta yang membuatkan hatinya yakin dengan cinta Haiqal. Tapi, apa yang bawa dia ke sini? Jawapan apa yang dia cari? Haiqal? Kenapa Haiqal? Kenapa ayah setuju dan terima Haiqal? Kenapa ayah ‘reject’ Farhan? Kenapa pulak nama Farhan yang aku heret ke sini?
“Arwah isterinya tu kawan baik Ayra kan? Ayra memang baik dan rapat dengan anak-anak mereka. Farhan nak kahwin dengan Ayra kerana budak-budak tu. Betul, cinta boleh dipupuk selepas berkahwin. Tapi, Ayra sendiri tak sanggup kan nak ‘rampas’ suami kawan baik Ayra sendiri?” Alasan Haji Nazmi kenapa dia tolak pinangan Farhan.
“Ayah kenal Haiqal kerana projek Indah Handal. Betul. Dia setuju tolong ayah tapi bersyarat.” Haji Nazmi mula cerita.
“Apa syaratnya?” Ayra tak sabar nak tahu.
“Dia nak bina masjid.”
“Masjid? Jadi ayah setuju?”
“Ni bukan masjid ‘kahwin’. Masjid betul-betul masjid.” Jelas Hj Nazmi.
“Maksud ayah?” Ayra masih ‘blurrr.’
“Dia tak nak upah yang ayah tawarkan tu. Dia cuma suruh ayah gunakan duit yang ayah tawarkan untuk bina masjid besar kat kampong kita ni.”
“Masjid kampong kita ni?” Ayra terkejut.
“Katanya itu hasrat arwah atuk dia. Mama dia pernah cakap yang arwah atuk dia teringin sangat bina sebuah masjid besar kat kampong ni. Niat dia tu ikhlas. Niat dia sangat baik. Bila ayah dengar dia cakap macam tu, ayah dapat rasakan sesuatu. Haiqal ni istimewa. Macam sesuai je dijadikan menantu. Dua minggu kami selalu berurusan bersama. Masa tu ayah cuba mengenali Haiqal. Ayah tanya-tanya ciri gadis pilihan dia. Ayah jadikanlah usia 32 tahun dia tu sebagai alasan nak cerita kisah isteri.” Sambung Haji Nazmi. Ayra tak sabar nak tahu ni. Macam mana tiba pasal jadi kahwin pulak ni? Takkan ayah yang pinang dia pulak. Sejak kahwin dengan Haiqal, Ayra rasa cukup bahagia. Tak pernah terfikir nak tahu kenapa ayah setuju. Kata-kata Adriana yang mempengaruhi emosi Ayra masa ini.
“Mungkin kerana memang dah jodoh, Haiqal langsung tak berselindung menceritakan tentang gadis idamannya. 3 tahun dia ‘stalk’ Ayra. Kami sama-sama terkejut. Bila dapat tahu Ayra Umairah tu anak ayah.”
“Apa reaksi dia?” Ayra ingin tahu.
“Cinta dalam hati dia tu cukup kuat. Dia akui, dia selalu berdoa agar kamu dipertemukan jodoh. Dia minta maaf dari ayah. Dan dia minta izin untuk masuk meminang. Doa ayah dimakbulkan. Macam ayah cakap, ayah rasakan Haiqal ni istimewa. Dan ayah berharap dia ni jadi menantu ayah.” Cerita Haji Nazmi lagi. Ayra Umaira terdiam.
“Ni, ibu nak tanya ni. Dah 6 bulan, kenapa baru hari ini Ayra datang tanya? Kenapa tak tanya Haiqal sendiri? Ada sesuatu yang berlaku ke? Balik kampong sorang-sorang ni. Ini mesti ada dengar cerita yang bukan-bukan ni.” Hajah Ramlah datang mencelah. Ayra tersengih. Merajuk? Kalau aku merajuk dengan Haiqal pun bukan kerana hal ni. Nak call tak ni? Tapi, kan aku tengah merajuk ni. Pandai-pandailah dia pujuk.
Sebaik saja membaca nota di atas meja, Haiqal terus berlari keluar. Memecut kereta menuju ke rumah orang tuanya. Dia yakin Adriana ada di rumah. Haiqal sangat tertekan saat ini. Dahlah Ayra tu tak sihat pagi tadi. Apa pula Adriana dah buat sampai Ayra merajuk macam ni. Sampai sahaja di rumah Dato’ Rashid, laungan suara memanggil nama Adriana bergema di ruang tamu.
“Kenapa ni Haiqal?” Tegur Datin Kalsum lembut. Cuba menenangkan anaknya. Adriana turun ke ruang tamu. Wajah bengis jelas di wajah Haiqal.
“Apa yang kau cakap dengan Ayra? Apa yang kau dah buat?” Tanya Haiqal keras. Datin Kalsum memeluk kemas anaknya. Tak mahu Haiqal bertindak di luar batasan. Tak mahu Haiqal membuat tindakan drastic. Haiqal yang marah-marah macam ni pun dah cukup drastik.
“Kenapa ni Haiqal?” dato’ Rashid muncul. Dia yang balik untuk makan tengahari segera masuk ke rumah bila terdengar keadaan yang kecoh itu.
“Saya balik tengahari tadi saya jumpa nota ni atas meja. Ayra ada hantar mesej beritahu Adriana ada datang. Untuk apa kau datang kalau bukan untuk sakitkan hati dia?? Ayra tak pernah balik kampong sorang-sorang sejak kami kahwin.” Luah Haiqal geram.
“Ayra balik kampong? Mana Haiqal tahu?” Tanya dato’ Rashid.
“Ni dia bagi nota ni.” Haiqal menunjukkan nota dari Ayra.”
“Kalau macam tu, Haiqal buat apa kat sini. Pergilah balik kampong.”
“Haiqal nak tahu apa yang dia cakap pada Ayra.” Balas Haiqal.
“Pergi pujuk Ayra dulu. Hal kakak, biar papa dan mama uruskan. Pergi pujuk Ayra cepat.” Arah datin Kalsum.
“ Dia tu dahlah tak sihat kan? Kami terserempak di luar klinik. Papa yang hantar dia balik. Memang nampak pucat sangat dia tadi.” Tambah dato’ Rashid. Haiqal terus berlalu pergi. Dato’ Rashid dan datin Kalsum memandang Adriana. Isyarat mata dato’ Rashid menyuruh Adriana turun dan duduk di ruang tamu. Sesi soal siasat bermula. Adriana tahu dia sudah tidak boleh lari lagi. Nasib baik suaminya ada urusan di luar negara. Alangkah malunya kalau dilihat dia sebegini. Dato’ Rashid mahukan jawapan dari mulut Adriana sendiri. Adriana tahu, dia akan boleh menipu. Dato’ Rashid cukup kenal anaknya. Dato’ Rashid menggeleng kepala selepas mendengar apa yang Adriana ceritakan.
“Malu papa. Papa malu dengan perbuatan kakak ni. Mana papa nak letak muka ni kalau apa yang kakak cakap ni sampai ke pengetahuan Hj Nazmi dan Hjh Ramlah?” Luah dato’ Rashid kecewa.
“Papa hantar kakak belajar tinggi-tinggi, supaya kakak jadi orang yang bijak. Kakak sepatutnya boleh fikir sendiri. Takkanlah syarikat USA tu nak serahkan tender pada syarikat Hebat Holdings tu kalau syarikat tu dah hampir muflis?” Tegas dato’ Rashid.
“Papa dah ajar anak-anak papa. Jangan terlalu bangga dengan harta yang kita ada. Kita ni tak selamanya di atas. Tiba masa kita akan ke bawah juga. Sebab tu, papa selalu pesan ingat satu je, hanya Allah yang Maha Kaya, bukan manusia. Jangan hina orang kerana harta. Kakak dah lupa itu semua? Papa tahu, kakak bukan tak suka Ayra. Kakak cemburu. Kakak sakit hati sebab Zahira dan Haiqal tak ikut cakap kakak. Kakak salahkan Ayra. Kakak babitkan pula ayah Ayra. Nasib baik kakak bercakap dengan Ayra. Seorang yang penyabar. Kalau ayah, ayah takkan berdiam bila orang cakap bukan-bukan pasal ayah dan ibu papa.” Sambung dato’ Rashid kesal.
“Kakak nak tahu siapa sebenarnya ayah dan ibu Ayra tu?” dato’ Rashid memandang tepat ke anak mata Adriana. Adriana masih terdiam.
“Mereka berdua tu ada empayar perniagaan yang besar di Australia. 20 tahun mereka di sana. Mereka balik Malaysia kerana Ayra. Sebab Ayra seorang saja yang tak ikut mereka berhijrah ke Australia dulu. Betul, memang Hebat Holdings tu hampir muflis. Tapi mereka ada tenaga kerja yang bagus. Ayah Ayra yang suntik modal dan bangkitkan semula syarikat tu. Baru mereka masuk tender dan menang. Tak ada kaitan dengan Haiqal sedikit pun. Apa yang kita ada ni, tak sampai suku pun dari apa yang mereka ada. Dan kalau kakak nak tahu, Hebat Holdings bukan satu-satunya syarikat yang dinaikkan semula oleh ayah dan ibu Ayra. Termasuklah syarikat suami kakak sendiri.” Cerita dato’ Rashid. Adriana tersintak apabila mendengar nama suaminya turut terbabit dalam ini.
“Sekarang suami kakak di Australia kan? Dia ke sana jumpa abang Ayra untuk dapatkan projek di sana. Dengan bantuan keluarga Ayra.” Tambah dato’ Rashid lagi. Adriana terdiam. Terasa malu sangat.
“Dan untuk pengetahuan kakak, ayah Ayra tidak suruh Haiqal ‘observe’ perjalanan projek tu secara percuma. Haiqal dibayar RM100 ribu. Bukan sedikit duit kakak.” Tambah dato’ Rashid.
“Cara mereka sangat sederhana. Tak siapa tahu mereka tu sebenarnya jutawan. Sebab mereka mengekalkan sikap merendah diri. Kalau tak kerana Haiqal jadi menantu, papa pun tak kenal siapa mereka yang sebenarnya.” Nada suara dato’ Rashid mula turun. Adriana masih membisu.
“Kakak…sampai hati kakak buat Haiqal macam tu. Dia sayangkan kakak. Tergamak kakak nak hancurkan kebahagiaan dia.” Datin Kalsum bersuara lemah.
Haiqal Adrian tak sabar nak sampai. Haiqal Adrian bersikap tenang dalam pemanduannya. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital. Haiqal menarik nafas lega bila dilihat kereta Ayra ada di halaman rumah orang tuanya. Ternampak Ayra yang sedang melangkah masuk ke rumah. Haiqal segera keluar dari perut kereta. Memanggil nama Ayra. Isterinya menoleh sekilas. Hati berbunga ceria, namun bibir tidak terukir sebarang senyuman. Tengah merajuk ni.
“Sayang…abang..”
“Kita balik sekarang.” Ajak Ayra.
“Eh, abang belum pujuk lagi.” Haiqal hairan.
“Pujuk tetap kena pujuk. Sekarang ni kena balik JB.”
“Abang tak faham.” Haiqal menggaru kepala yang tak gatal.
“Handphone abang mana?” Tanya Ayra. Haiqal meraba koceknya.
“Tertinggal lagilah tu.” Sindir Ayra. Haiqal tersengih.
“Papa baru call. Mama pengsan.” Jelas Ayra.
“Hah?! Ya ke? Jom cepat!” Haiqal menarik tangan Ayra.
“Eh, sabarlah! Ayra nak beritahu ayah dan ibu dulu.” Ayra menarik tangannya yang dipegang Haiqal. ‘Ayra’? Marah lagilah tu. Marah ke merajuk isteri aku ni?
Adriana tidak dapat menahan airmatanya. Sebak usah cerita. Pasti mama kecewa dengan sikapnya. Adriana bagaikan terkena satu tamparan yang sangat kuat. Telinga berdesing mendengar amarah Zahira. Perasaan berkecamuk disebat dengan kata-kata dato’ Rashid. Jiwa penuh kesal bila datin Kalsum pula tiba-tiba pengsan. Bimbang kalau-kalau Ayra tidak mahu memaafkannya. Apa akan jadi dengan rumahtangga Haiqal? Datin Kalsum diserang gangguan emosi.
Haiqal Adrian dan Ayra Umaira tiba bersama Haji Nazmi dan Hajah Ramlah. Haiqal masih panas hati dengan Adriana. Apatah lagi bila ternampak dia di situ. Pasti kerana dia mama pengsan.
“Apa lagi yang kakak dah buat? Macam mana mama boleh pengsan?” Marah Haiqal.
“Abang. Apa ni?” Ayra memaut lengan Haiqal. Menghentikan langkah kaki suaminya itu.
“Kita kan kat hospital ni.” Ayra mengingatkan.
“Tapi…” “Abang.” Pintas Ayra.
“Abang duduk dulu.” Ayra menarik lembut suaminya. Haiqal duduk tak jauh dari situ. Ayra ingin mengikut sama.
“Ayra.” Suara Adriana memanggil lembut. Ayra menoleh tanpa ada sedikitpun rasa marah mahupun dendam terhadap Adriana.
“Kakak minta maaf.” Mohon Adriana. Ayra tersenyum. Pesan nenek selalu diingat, jangan kedekut dengan senyuman kerana semua orang berhak menerima senyuman kita.
“Tak ada apa yang perlu saya maafkan.” Balas Ayra.
“Tapi, kakak dah cakap macam-macam pada Ayra. Cakap yang tak baik pasal……..”
“Dahlah kak. Saya tak ambil hatipun.” Pintas Ayra.
“Walaupun saya tidak dibesarkan oleh ayah dan ibu saya, saya tetap kenal mereka. Saya kenal ayah saya. Kakak jangan risau yer. Saya dah lupa pun apa yang kakak cakap tadi.” Sekuntum senyuman yang melunturkan segala keegoan di hati Adriana. Mulianya hati Ayra ini. Kenapalah aku tak pernah nampak sebelum ini. Adriana tidak dapat menahan sebak bila Ayra sudi untuk memeluknya. Haiqal memandang sambil tersenyum. Lembutnya hati isteriku ini. Mudahnya dia memaafkan orang.
“Eh, Farhan!” haji Nazmi terkejut bila yang dilihat keluar dari bilik rawatan datin Kalsum itu adalah Dr. Farhan, kenalan Ayra. Dr. Farhan tersenyum. Bersalaman.
“Ayra Umaira dah sampai ke?” tanya Dr. Farhan. Haiqal bangun dari tempat duduknya. Apahal pulak doktor ni nak cari isteri aku.
“Ayra ada kat sini.” Ayra yang berdiri di belakang Farhan bersuara. Dr. Farhan tersenyum.
“Datin Kalsum nak jumpa Ayra.” Beritahu Dr. Farhan.
“Yang lain tunggu dulu ya. Dato’ Rashid, sila ikut saya.”
Ayra Umaira melangkah masuk. Datin Kalsum tersenyum . pucat wajahnya. Ayra rasa bersalah. Kerana risaukan tentang dirinya, datin Kalsum jadi tertekan dan pengsan. Arwah nenek selalu pesan, biar orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang. Sakit hati macam manapun, jadilah insan pemaaf. Api kalau berlawan dengan api, terbakar. Api lawannya air. Barulah amarah akan terpadam. Biarpun kata-kata Adriana amat menyakitkan, Ayra tak mahu memanjangkan cerita. Kalau orang dah minta maaf, maafkan sajalah. Tapi, mama tak bersalah. Kesian mama.
“Mama.” Ayra bersalaman dengan datin Kalsum. Datin Kalsum menangis.
“Mama, kenapa ni?”
“Mama minta maaf.” Mohon datin Kalsum.
“Mama takde salah apapun dengan Ayra.” Balas Ayra.
“Adriana…”
“Tak apalah mama. Kami dah okey. Dah peluk-peluk dah kat luar tadi.” Pintas Ayra. Tersenyum.
“Ayra merajuk ke?” tanya datin Kalsum.
“Merajuk?” Ayra tak faham.
“Merajuk dengan Haiqal.” Jelas datin Kalsum akan maksudnya.
“Mana ada Ayra merajuk. Abang tu je fikir yang bukan-bukan.” Ayra menafikan hal sebenar. Memang tengah merajuk ni. Dosa tipu mak mertua.
“Mama jangan risau. Ayra tak ambil hatipun dengan apa yang kakak Adriana cakap. Ayra faham situasi dia.” Ayra cuba menenangkan datin Kalsum. Ayra tahu, melihat air muka datin Kalsum yang masih tidak ceria itu dia masih memikirkan hal Adriana.
“Mama. Ayra ada surprise tau untuk mama.” Ayra beralih cerita. Cuba mewujudkan suasana gembira.
“Kenapa? Ayra mengandung ke?” Tafsri datin Kalsum.
“Eh, mana mama tahu? Abang pun Ayra tak beritahu lagi.” Ayra terkejut.
“Lah, kata tak merajuk. Kenapa tak beritahu Haiqal lagi?” Datin Kalsum hairan.
“Memanglah tak merajuk. Tapi, Ayra geram dengan dia tu. Pagi tadi beriya nak hantar pergi klinik. Kalau dah siap suruh call. Lepas tu, handphone dia tertinggal kat rumah. Nasib baik terjumpa papa kat luar klinik tadi. Papa yang hantar balik.” Ngomel Ayra Umaira. Datin Kalsum tertawa kecil. Becgitulah Ayra kalau bercerita. Siap dengan gaya yang tersendiri.
“Tapi kan mama. Bukan itu surprise yang Ayra maksudkan.”
“Apa dia sebenarnya?” datin Kalsum tak sabar nak tahu. Ayra meminta izin keluar sebentar. Dia masuk semula 2 minit kemudian. Dia tidak keseorangan. Ayra masuk bersama hajah Ramlah.
“Mama, inilah ibu Ayra. Hajah Ramlah. Ibu, ini mama Ayra. Datin Kalsum.” Ayra memperkenalkan dua insan itu. Datin Kalsum yang sebentar tadi duduk bersandar mula duduk menegak. Hajah Ramlah semakin menghampiri.
“Cik Tam?”
“Kau ingat aku lagi cik Tom?” Mereka berpelukan. Memang tak silap tafsiran datin Kalsum. Sewaktu membelek album perkahwinan Ayra dan Haiqal, dia dapat rasakan yang Hajah Ramlah tu sebenarnya cik Tam.
“40 tahun kita terpisah. Akhirnya kita jumpa juga.” Air mata hajah Ramlah mengalir laju. Datin Kalsum pun begitu. Ayra turut menitiskan airmata. Terharu.
“Mama ingat tak, mama pernah cerita pasal ‘cik Tam’ dan ‘cik Tom’ tu. Ayra balik kampong tanya-tanya ibu. Tapi, ibu tak nak cerita apa-apa pun. Ibu malulah tu nak beritahu dia tu nakal dulu. Ayra korek rahsia dari ayah. Ayah tak sebut nama, tapi cara ayah cerita tu Ayra dah dapat agak siapa….” Terhenti.
“Jadi?” Tanya datin Kalsum dan Hjah Ramlah tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. Macam mana Ayra betul-betul yakin.
“Ayra kena pastikan abang Haiqal tu lah abang botak bulat yang selalu kacau ayra tu. Sebab Ayra ingat mama dia tu kawan ibu.” Sambung Ayra.
“Jadi, Ayra nilah si comel tu?”
“Ini gambar ni Ayra ambil dari album kat rumah mama.” Ayra menunjukkan sekeping gambar. Datin Kalsum dan Hajah Ramlah saling berpandangan. Ketawa.
“Kau ingat tak masa anak cikgu Hasnah dengan anak cikgu Amna nikah. Kita cakap….” Datin Kalsum mengimbas kenangan silam.
“Kawan baik berbesan. Nanti kita pun samalah.” Sambung hajah Ramlah.
“Habis saja kita cakap, orang pun cakap ‘aamiin’. Kebetulan tok khadi habis baca doa.” Tambah datin Kalsum
“Doa kita betul-betul dimakbulkan. Tengok, dah berbesan pun kita.” Kata hajah Ramlah.
“Doa yang baik kan.” Datin Kalsum tersenyum ceria. Hilang dah rasa pening tadi. Ternampak Haiqal mengintai di balik pintu.
“Haiqal, apa yang terintai-intai tu? Masuklah.” Datin Kalsum melambai ke arah Haiqal. Haiqal tersengih. Melangkah masuk dan terus berdiri di sebelah Ayra. Terpandang sekeping gambar di tangan Ayra.
“ Buah hati tengah merajuk. Dah pujuk?” tanya datin Kalsum.
“Lambat-lambat pujuk, susah nanti nak pujuk.” Celah Hajah Ramlah.
“Belum sempat lagi.” Jawab Haiqal perlahan.
“Mama dan ibu berbuallah ya. Ayra tunggu kat luar. Ayra segera meminta diri. Terus keluar. Haiqal hanya memandang. Apabila pandangannya beralih kepada mama dan ibunya, dua insan itu tersenyum sambil menggeleng kepala.
“Pergilah pujuk.” Arah datin Kalsum dan hajah Ramlah serentak.
Ayra duduk jauh di hujung seorang diri. Haiqal segera menghampiri Ayra. Duduk di sebelah isterinya. Ayra masih memegang sekeping gambar di tangannya. Nak mula macam mana ni. Nak minta maaf? Minta maaf pasal apa? Ish, diam saja suami aku ni. Nak pujuk ke tak ni? Ayra mengomel sendiri dalam hati.
“Kenapa abang tak beritahu Ayra pasal ni?” Akhirnya Ayra yang bersuara dulu.
“Memang abang nak beritahu sayang masa malam pertama kita dulu. Tapi, sayanglah punya pasal.”
“Apasal pulak?” Ayra tak puas hati dia dipersalahkan.
“Sayang cakap abang ni ‘abang botak bulat’….sakit hati tau.”
“Dah memang betul kan?”
“Tapi, kana bang dah ‘handsome’.” Balas Haiqal.
“Perasan.” Ayra mencebik.
“Sayang juga yang cakap abang ni handsome kan?’’Ungkit Haiqal.
“Yelah, takkan nak kutuk suami sendiri. Nanti jadi isteri derhaka pulak.” Balas Ayra selamba. Haiqal menepuk dahi. Memang kalah kalau berdebat dengan Ayra ni.
“Sayang. Dahlah jangan merajuk lagi. Abang minta maaf okey sayang.” Haiqal mula memujuk. Ayra diam sahaja.
“Sayang tahu tak? Setiap kali ada perempuan yang abang macam suka, atau ada perempuan cuba dekati abang, abang akan mimpi zaman kanak-kanak kita. Abang akan jumpa sayang dalam mimpi abang tu. Itu sudah cukup meyakinkan abang bahawa sayanglah jodoh abang. Abang berdoa pada Allah agar abang dipertemukan semula dengan sayang. Ditakdirkan Shahril datang minta kerja di tempat abang. Ingat kan Shahril anak Haji Yasiin yang ajar budak-budak mengaji tu. Dari dialah abang tahu pasal sayang.” Haiqal mula bercerita.
“Kenapa abang tunggu sampai tiga tahun?”
“Sebab masa tu abang ingat sayang dah ada doctor Farhan.”
“Kenapa abang tak pernah balik kampong cari sayang?” soalan ujian seterusnya.
“Kebetulan, setiap kali abang balik sayang mesti takde. Last abang datang sayang baru je pindah ke JB lepas arwah nenek meninggal dunia. Lepas tu berkenalan pula dengan ayah. Masa tu, setiap malam abang mimpi jumpa sayang . abang dapat rasakan yang jodoh abang dah dekat sangat. Bila dapat tahu ayah tu ayah Ayra, abang beranikan diri demi cinta abang. Inilah yang abang nak ceritakan pada sayang malam pertama kita tu. Tapi, ‘abang botak bulat’ tulah yang buat ‘spoil.’” Cerita Haiqal lagi. Ayra cuba menahan tawa bila Haiqal menyebut ‘abang bota bulat’.
Allah telah kabulkan doa seorang ayah yang mahu jodoh yang baik untuk anak gadisnya. Allah telah kabulkan doa dua sahabat baik yang ingin berbesan. Allah kabulkan doa Haiqal yang mahukan Ayra sebagai jodohnya. Dan Allah kabulkan doa Ayra yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan. Mungkin Ayra tidak pernah jatuh cinta sebelum ini. Setelah bergelar isteri kepada lelaki bernama Haiqal Adrian ini, hati ini telah dicuri. Ayra tersenyum sendiri.
“Sayang. Sayang masih marah lagi ke?” Haiqal memecah kesunyian. Ayra memandang suaminya.
“Sayang, tadi doctor cakap apa? Sayang sakit apa?” Tanya Haiqal prihatin.
“Oooh….ingatpun yang abang hantar isteri pergi klinik pagi tadi.” Sindir Ayra. Haiqal tersengih.
“Boleh tak, lain kali handphone tu jangan tinggal.” Marah Ayra. Haiqal tersengih lagi.
“Abang minta maaf ya sayang.” Rayu Haiqal. Tersenyum. Cair. Terharu. Haiqal memegang tangan Ayra. Lalu dikucupnya.
“Sayang pun nak minta maaf dengan abang. Sayang balik kampong seorang-sorang. Sayang tak jawab call abang. Mesti abang risau kan. Sayang tarik muka masam depan abang.” Suara Ayra berubah lembut. Kali ini Ayra pula yang mengucup tangan suaminya. Airmata bergenang, segera diseka kerana tak mahu ianya mengalir membasahi pipi. Tak mahu buatkan Haiqal susah hati.
“Selama 20 tahun ni, memang sayang tak pernah ingatkan abang. Sayang akui, lepas abang balik JB dulu adalah teringat-ingat juga. Masa tu pun sayang baru 6 tahun. Apalah yang sayang tahu. Yang sayang tahu, lega takde lagi abang botak bulat kacau sayang balik dari mengaji. Bila abang dah jadi suami sayang…dalam hati memang ada abang. Memang dah prinsip sayang, tak mahu bercinta sebelum kahwin. Jadi, kena kahwin dululah baru boleh bercinta. Sayang yakin dengan pilihan ayah. Sayang tahu ayah akan pilih yang terbaik untuk anaknya.” Luah Ayra ikhlas. Haiqal tersenyum.
“Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran, abang dah dapat apa yang abang harapkan selama ini.” Balas Haiqal. Tersenyum bahagia.
“Jom kita masuk balik. Tengok mama.” Haiqal menarik lembut tangan isterinya.
“Eh, abang! Sekejap.” Ayra menarik Haiqal duduk semula.
“Kenapa ni sayang?” tanya Haiqal cemas.
“Abang ni, tak payahlah cemas sangat.”
“Sayang tarik abang macam tu. Macam ada hal penting.”
“Penting, bukan cemas.” Balas Ayra. Haiqal tersengih. Tak usahlah berdebat, mesti kalah punya.
“Okeylah. So, sayang nak cakap apa?” Tanya Haiqal.
“Abang memang tak nak tahu ye doktor Haleeda cakap apa pagi tadi?”
“Eh, lupa pulak abang. Haleeda cakap apa? Sayang okey kan? Takde yang serius kan? Ada kena ambil further treatment ke?” tanya Haiqal bertubi.
“Abang, tanya satu-satu boleh tak?” Ayra mencubit manja. Haiqal ketawa.
“Doktor cakap apa?” mengulang soalan yang belum ada jawapannya.
“Nothing serious. Doktor Haleeda cakap, Ayra dah ‘pregnant’ 6 minggu.” Ayra memberitahu dengan ceria.
“Ooh…pregnant. Ingat apa tadi.” Balas Haiqal selamba.
“Abang…”Ayra mencubit lagi.
“Eh, sayang sebut ‘pregnant’ tadi kan? Pregnant tu mengandung kan?”
“Yang abang tiba-tiba ‘blurr’ ni kenapa?” Kali ni Ayra mencubit geram. Haiqal ketawa.
“Ouch! Sedapnya sayang. Cubit lagi.”
“Abang…” Ayra menjengil mata. Haiqal tersengih.
“Alhamdulillah. Terima kasih sayang.” Ucap Haiqal Adrian. Ayra Umaira tersenyum. Haiqal terus memeluk isterinya.
“Abang. Tempat awam ni.” Bisik Ayra. Haiqal ketawa. Terlupa pulak.
Alhamdulillah. Hebatnya rancangan Allah. 20 tahun tak bersua, akhirnya bertemu jodoh jua. 40 tahun terpisah, akhirnya bertemu kembali. Doa seorang ayah yang mahukan yang terbaik untuk anak gadisnya. Cinta yang hebat ciptaan Allah. Hebatnya kuasa doa. Hebatnya rasa cinta. Hebatnya……
Siap : 22 Oktober 2015
Edit : 24 Mac 2016
Comments
Post a Comment