Skip to main content

PELUANG KEBAHAGIAAN


Siti Nur Umaira menyerahkan surat perletakan jawatan di atas meja Muhd Nur Azlan. Pertunangan mereka telahpun putus. Siti Nur Umaira tak mahu bekerja di bawah orang yang menuduhnya curang. Membuat tuduhan dan tafsiran tanpa usul periksa. Hakikatnya cintanya sendiri yang dah beralih arah. Muhd Nur Azlan lebih tertumpu pada Diana Hamzah, anak saudara dato’ Hakimi yang baru pulang dari luar negara. Mungkin gaya manja dan seksi itu lebih menarik perhatian Muhd Nur Azlan berbanding keayuan dan kesopanan Siti Nur Umaira yang lebih gemar berbaju kurung dan bertudung kemas. Adakala dia berpakaian elegen namun ianya tetap sopan dan menutup aurat. Ciri-ciri yang pernah menjadi idaman Muhd Nur Azlan itu sudah tidak ada istimewanya lagi di mata Azlan. Hmm…kalau orang dah tak nak, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi.
Muhd Nur Azlan jadi tak tentu arah bila dato’ Hakimi tak mahu Siti Nur Umaira letak jawatan. Dia mendesak Muhd Nur Azlan memujuk Siti Nur Umaira membatalkan niatnya untuk letak jawatan. Siti Nur Umaira tetap dengan pendiriannya walaupun ada yang mengatakan dia tidak professional. Dia tak peduli itu semua. Hatinya lebih tenang jika tidak berdepan dengan lelaki yang pernah dicintainya. Dan lelaki ini jugalah yang mengecewakan hatinya.
“You must do something. Dia adalah aset penting syarikat. Kalau saingan kita tahu dia dah keluar dari syarikat ni, berlumba-lumba pesaing akan cuba dapatkan dia. Saya tak nak syarikat lain dapatkan dia.” Tegas dato’ Hakimi. Boss besar syarikat periklanan World Advertising.
“Tapi, dia dah tetap dengan pendirian dia. Dah tetap dengan keputusan dia. Dia tak nak kerja dengan saya.” Balas Azlan dato’ Hakimi mendengus geram. Memang salah Azlan pun. Dapat gadis yang bijak, cantik dan baik, disia-siakan. Pertunangan bukan satu ikatan biasa. Ia menunjukkan mereka dah bersedia untuk hidup bersama.
“Just met her for the last time. Pujuk dia sekali lagi.” Desak dato’ Hakimi. Azlan tak tahu nak cakap apa lagi. Panggilan telefon pun dia tak jawab, apa lagi nak ajak bertemu.
Berkali-kali cuba hubungi, namun gagal. Takkan nak ke rumah pula. Dah pasti Siti Nur Umaira takkan layan. Sedangkan semasa mereka masih bertunang pun, Azlan tak pernah jejak kaki ke kondo Umaira. Kalau nak ke rumah pun, mereka akan bertemu di rumah orang tua Umaira. Nak telefon rumah keluarga Umaira, takut diperli pula. Dulu masa nakkan Umairah pelbagai cara dibuat untuk mengambil hati. Kalau ada kenduri, peluhnya sebaldi. Kini, bila dah tak ada hati, rela pusing jalan jauh agar tidak terserempak. Rumah Azlan dan rumah keluarga Umaira hanya selang 5 pintu. Setiap hari nak pergi kerja singgah bersarapan di rumah Umairah. Memang setiap pagi, sebelum ke pejabat, Umairah akan singgah bersarapan di rumah keluarganya. Itu syarat ibunya sewaktu Umairah meminta izin untuk tinggal di kondo yang dihadiahkan padanya oleh syarikat setahun yang lalu. Selepas sarapan bersama, mereka akan ke pejabat bersama. Adakala, Umairah tidak memandu keretanya. Sekarang itu semua hanya tinggal kenangan.
“Cinta itu buta. Kalau betul kau cintakan Diana, teruskan. Mungkin kau tak pernah terlintas untuk jatuh cinta lagi, tapi ini semua takdir. Diapun dah cakap, dia tak salahkan kau jatuh cinta lagi. Dia marah sebab kau tuduh dia curang.” Komen Azrul bila adiknya meminta pandangan : salahkah dia putuskan hubungan dengan Umairah?
“Tapi, lelaki tu…”
“Kau tahu kan Rahman tu abang tiri dia.” PIntas Azrul. Azlan terdiam.
“Mungkin kau patut minta maaf sebab tuduh dia yang curang. Lebih baik kau akui pada dia yang hati kau yang dah berubah. Jangan cari salah orang lain untuk tutup kesilapan sendiri.” Tambah Azrul. Azlan masih membisu.
Sejak awal lagi memang Azlan tak suka Umaira rapat dengan mana-mana lelaki. Setiap kali kalau Umaira ada urusan di luar, dia akan pastikan Umaira ditemani seseorang yang dipercayainya atau dia sendiri yang akan pergi bersama Umaira. Azlan kini telah dibutakan oeh cinta Diana.
Yang penting sekarang Azlan perlu bertemu dengan Umaira. Kenapa dato’ Hakimi tak pergi pujuk sendiri? Atau sekurang-kurangnya pergi sama jumpa Umaira. Dia seolah sengaja nak kenakan aku. Aku tahulah Umaira tu pekerja kesayangan. Kalau dia singgah di World Advertising, Umaira yang dicari dulu.
“Encik Azlan nak apa lagi cari saya ni? Kan saya dah bayar notis sebulan tu.” Kata Umaira dengan nada tak puas hati. Puas memujuk melalui orang tengah, akhirnya Umaira setuju juga bertemu dengan Azlan.
“Dato’ Hakimi nak you balik semula kerja di World Advertising.” Jelas Azlan akan niat dia ajak bertemu.
“And my answer still the same. The answer still NO. End of discussion.” Balas Umaira tegas. Dia bangun.
“Nanti dulu.” Azlan menghalang Umaira pergi.
“Ok, I mengaku salah. Memang I yang dah berubah hati. I tak patut tuduh you bukan-bukan untuk tutup salah I.” Luah Azlan.
“Okey, I maafkan you. But, I’m stil not coming back to World Advertising.” Tegas Umaira dan ingin pergi.
“Come on lah Umaira. Profesionallah sikit. Janganlah ikut emosi je.” Marah Azlan yang tidak puas hati dengan jawapan Umaira. Langkah Umaira terhenti. Dan dia berpatah balik dan duduk kembali berdepan dengan lelaki yang dianggap perasan bagus ni.
“Yes. I memang tak professional. I buat semua kerja you dulu, bukan pasal you boss I. Tapi, pasal you boyfriend i. I buat dua proposal dalam satu masa pun sebab you boyfriend I. I memang tak profesional sebab I biarkan saja proposal yang I buat dapat pujian atas nama you. I tak fikir dato’ Hakimi perlukan orang macam I. Dato’ Hakimi dah ada orang sangat profesional macam you. Mungkin you sendiri yang nak I balik ke World Advertising tu supaya ada orang yang boleh buat semua kerja you.” Hujah Umaira keras dan tegas. Jauh berbeza dari Umaira yang Azlan kenal selama ini.
“So, sekarang you nak ungkit semua tu?” balas Azlan sinis.
“Siapa yang mulakan? You said, I’m not profesional. Now, you tell me. What about you? Are you being profesional?” Balas Umaira lalu berlalu pergi. Kali ini dia tidak berpaling lagi walau sekilaspun. Azlan hanya memandang dari jauh hinggalah kereta Umaira menderu pergi.
“So, how was your discussion?” dato’ Hakimi tiba-tiba muncul. Azlan terkejut. Dato’ Hakimi mengambil tempat duduk Umaira sebentar tadi. Azlan masih terkedu. Dato’ Hakimi tersenyum sinis. Sebenarnya dia dah dengar segala-galanya. Dia ada duduk tak jauh dari Azlan dan Umaira tadi. Dan dia memang sengaja memasang telinga.
Memang teruk Azlan kena ‘basuh’ dengan dato’ Hakimi petang itu. Azlan bukan tak boleh buat semua kerja tu, tapi dia mengambil kesempatan atas hubungannya dengan dengan Umaira. Dah ‘termanja’ dengan sikap Umaira yang tidak pernah merungut bila disuruh buat banyak kerja. Umaira yang sudah dibutakan oleh cinta tidak menolak apabila dipinta. Biarpun adakala tidurnya tidak cukup. Inilah cinta. Cinta boleh membahagiakan. Cinta juga boleh membutakan. Hanya kerana sayang, apa jua pasti dikorbankan. Namun, yang penting maruah agama dan keluarga mesti terus dipertahankan.
Dato’ Hakimi mengetuk pintu. Menekan loceng. Memberi salam. Tiada jawapan. Sekilas menjeling ke arah Dania yang turut menemaninya ke kondo Umaira. Umaira sangat menitik beratkan batasannya. Dia takkan menerima sebarang tetamu lelaki ke kondonya. Sebab itulah Dato’ Hakimi mendesak anak saudaranya itu menemaninya. Dato’ Hakimi mengetuk lagi. Masih tiada jawapan. Loceng ditekan bertalu-talu. Namun, pintu kondo itu masih tidak dibuka. Jangan-jangan Umaira sudah tidak tinggal di sini lagi. Kondo ini adalah hadiah dari syarikat setahun yang lalu. Hadiah atas kejayaan Umaira menghasilkan sebuah iklan hebat sehingga memenangi Anugerah Iklan TV Terbaik Asia. Kondo ini hak dia, untuk apa dia berpindah.
“Cari cik Siti ke?” tanya seseorang. Mungkin jiran Umaira.
“Ya. Saya cari cik Siti Nur Umaira.” Jawab Dato’ Hakimi.
“Cik Siti ke Australia. Katanya dua minggu. Tapi, ni dah lebih dua minggu. Kalau takde kat sini, bukan di rumah family dia.” Beritahu jiran itu.
“Oh, ye ke? Terima kasih beritahu.” Ucap dato’ Hakimi.
“Encik ni siapa?”
“Dato’ Hakimil. Ex-boss cik Siti Nur Umaira.” Diana yang tolong jawab soalan itu.
Dato’ Hakimi lebih tegas kali ini. Dia mahu kertas kerja itu siap pada waktu yang telah ditetapkan. Kali ini Azlan tak boleh goyang kaki lagi. Terpaksa mengerah otak untuk menghasilkan hasil kerja yang terbaik. Dia mesti buktikan pada dato’ Hakimi dia boleh lakukan lebih baik dari Umaira. Kalau tak masakan dia yang dapat jawatannya sekarang, bukan Umaira.
Hampir dua bulan dato’ Hakimi cuba mencari dan menunggu masa untuk bertemu Siti Nur Umaira. Ke mana dia pergi? Dia betul-betul merajuk ke? Atau dia tak anggap aku serius mahu dia terus berkhidmat untuk World Advertising. Dato’ Hakimi bingung. Jiran Umaira asyik memberi jawapan yang sama. Umaira masih belum balik lagi. Dan keluarga Umaira pun tetap memberi jawapan yang sama.
“Macam ni sajalah dato’. Sebenarnya, Umaira memang nak jauh dari KL buat masa ni. Tapi, bila dato’ bersungguh sangat ni, tak sampai hati pula saya.” Akhirnya ibu Umaira membuka rahsia.
“Ini alamat kampungnya di Kedah. Dia ada di sana. Saya akan beritahu dia dato’ cari dia. Tapi, kalau dato’ sampai sana dia dah takde, maknanya dia memang tak nak jumpa sesiapa. Saya harap dato’ faham.” Ibu Umaira menghulurkan sekeping kertas nota kecil tertulis satu alamat di Kedah.
Daun nyiur melambai. Segarnya angin dan udara di kampung. Melintasi kawasan sawah padi yang sedang tumbuh menghijau. Belum masa lagi untuk menuai. Dato’ Hakimi memberhentikan keretanya di tebing jalan. Berdepan sebuah warong. Tekak rasa dahaga. Alangkah enaknya kalau dapat membasahi tekak dengan segelas sirap limau ais. Pasti segar terasa.
Dato’ Hakimi mengambil tempat di sebuah meja kosong yang terletak di bawah sebuah pohon rendang. Redup. Sejuk dan tenang. Seorang gadis datang menghampirinya dari belakang. Menyapa selamat petang lalu bertanya hidangan yang ingin dipinta. Dato’ Hakimi menoleh.
“Eh, dato’!” Siti Nur Umaira terkejut. Dato’ Hakimi tersenyum. Hmm…memang mama ada bercerita pasal dato’ cari aku. Tapi, tak sangka pulak dia akan sampai juga ke sini.
“Di sini rupanya awak. Dua bulan saya cari awak.” Kata dato’ Hakimi. Umaira tersenyum.
“Hmm…dato’ mesti nak sirap limau ais kan? Mee hoon goreng. Saya buatkan special untuk dato’. Lepas tu kita sambung cerita.”
“Okey, saya tunggu.” Balas Dato’ Hakimi. Lega rasa bila akhirnya dapat jumpa Umaira. Tersenyum gembira. Siti Nur Umaira terus ke dapur. Dia menyiapkan hidangan untuk dato’ Hakimi.
“Saya sengaja curi dengar perbualan awak berdua. Saya tak nak apa yang disampaikan tak sama dengan hal sebenar.”
“Dato’ macam tak percayakan dia saja.” Ungkit Umaira.
“Sebab dia awak berhenti. Jadi, tak salah kan saya ada prasangka terhadap dia.” Balas dato’ Hakimi.
“Kenapa dato’ tak bincang sendiri dengan saya.” Ungkit Umaira lagi.
“Saya tahu, pasti ada perkara yang awak selindungkan. Awak takkan beritahu hal sebenar.” Balas Dato’ Hakimi.
“Itu memang silap saya. Saya yang bodoh sebab ikut saja kehendak dia.”
“Awak tak bodoh. Awak cuma dibutakan oleh cinta.” Kata dato’ Hakimi. Siti Nur Umaira tertawa kecil.
“Jom ikut saya balik KL. Kerja semula dengan saya.” Ajak Dato’ Hakimi.
“Entahlah.” Siti Nur Umaira tidak dapat memberi jawapan pasti.
“Saya tahu. Awak tak nak berkerja dengan Azlan kan?” Tafsir dato’ Hakimi. Siti Nur Umaira tidak menjawab.
“Assalamua’laikum.” Tiba-tiba ada satu suara garau memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Serentak dato’ Hakimi dan Siti Nur Umaira menjawab salam.
“Ayah saya.” Siti Nur Umaira memperkenalkan. Dato’ Hakimi tak faham.
“Ayah kandung saya. Yang di KL tu ayah tiri.” Jelas Siti Nur Umaira.
“Ini dato’ Hakimi. Boss along di KL dulu.” Siti Nur Umaira memperkenalkan pula dato’ Hakimi pada ayahnya.
“Eh, rasa macam pernah jumpa.” Ayah Siti Nur Umaira cuba mengingati lelaki di hadapannya ini.
“Oh, ye! Kita satu Jemaah ke Mekah 3 tahun lepas.” Dato’ Hakimi mengingatikan.
“Ya, baru saya ingat. Yang pinjamkan selipar masa kasut saya hilang tu.” Ayah Siti Nur Umaira dapat mengingat kembali.
“Abang Razif kan?”
“Hakimi. Dato’ rupanya kau ni.” Mereka berpelukan. Siti Nur Umaira hanya tersenyum.
Malam itu.
“Ayah ni. Takkanlah nak biar dato’ Hakimi tu berkhemah di luar rumah tu. Suruhlah dato’ tidur dalam rumah.” Kata SIti Nur Umaira risau dan sedikit tak tentu arah.
“Ayah dah ajak. Dia yang tak nak. Lagipun Razlan ada sama tu.” Balas Hj Razif.
“Hmm…risau semacam je.” Hj Razif tersenyum mengusik.
“Apa?” Siti Nur Umaira tak faham.
“Hakimi dah cerita pada ayah. Dia nak Along kerja semula dengan dia. Dua tiga bulan dia cari Along. Sampai sanggup berkhemah depan rumah tu. Takkan along masih nak keras hati lagi? Bukan dia yang salah.” Haji Razif menerangkan akan maksudnya. Siti Nur Umaira diam sahaja.
“Pasti ada sebab khusus kenapa dia nak along kerja semula dengan dia. Along sendiri tahu kan? Sawah bendang, warong tepi jalan tu, bukan tempat along. Di sini bukan dunia along. Ayah bukan tak suka anak ayah ada di sini. Ayah gembira along tolong ayah di bendang. Tolong ibu di warong. Tapi, ayah tahu, jiwa along di Kuala Lumpur.” Tambah Haji Razif. Sekilas Siti Nur Umaira melihat dato’ Hakimi dan adiknya Razlan di luar khemah. Entah apalah yang dibualkan oleh mereka. Cerita pasal aku ke? Eh, terperasan pulak. Dato’ Hakimi bersungguh-sungguh mahu dia kembali ke World Advertising. Tak sampai hati nak kecewakan permintaan itu.
3 bulan berlalu.
Muhd Nur Azlan garu kepala. Dateline tinggal dua hari lagi. Lusa, Mr. Alex dari Jepun akan sampai. Mr. Alex adalah wakil syarikat syampu ‘Zainteein’. Sebuah jenama syampu yang terkenal di negara Jepun. Mereka ingin memasarkan produk tersebut di Asia. Malaysia khususnya. Dan sudah pasti mereka ingin menghasilkan sebuah iklan tv yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan. World Advertising antara syarikat yang terpilih untuk menghasilkan iklan tersebut. Namun, mereka perlu bersaing dengan 10 syarikat periklanan yang lain.
“Sayang, you tolonglah I.” Pinta Azlan.
“Sorrylah. I sendiripun ada proposal yang perlu dibuat. Dateline ada 4 hari je lagi.” Balas Diana.
“Iklan kopi tu. I boleh adjust dateline untuk you. Yang penting you tolong I buat iklan syampu ni dulu.” Azlan mengharap.
“Jangan desak I boleh tak?” Diana sedikit berang.
“You ada masa dua minggu. Kenapa you tak prepare awal? Dah 3 kali I siapkan kerja you. Tapi, you sedap-sedap enjoy dengan kawan-kawan you. I tak ada masa nak buat kerja orang lain. Kerja I pun tak settle lagi. Nanti pak usu bisingkan I. Bukan you.” Marah Diana.
“Eh, you dah lupa ke yang I ni boss you. You kena dengar cakap i.” Tegas Azlan.
“So, what? Mentang-mentang you boss, you boleh buat sesuka hati you. You ada ramai staff lain, kenapa suruh I yang buat kerja you. Kalau you sibuk sangat nak enjoy, buat apa you offer diri nak buat iklan ni. Suruh ajelah staff you yang lain. Sebab you nak tunjuk depan dato’ Hakimi yang you tu lagi bagus dari Umaira kan? But, at the same time you tak buat pun kerja you. You nak gunakan I macam mana you gunakan Umaira dulu kan?” Ungkit Diana geram.
“Her works were far away better than yours.”
“So, take her back to be your girlfriend. Senang hidup you.” Bentak Diana.
“Yang you nak melenting tak tentu pasal ni kenapa?” Azlan tak puas hati.
“I dah bosan dengan perangai you. I hairan macam mana Umaira boleh tahan dengan you selama 3 tahun dulu. Yes, she is far away better than me. You yang rugi sebab lepaskan dia dulu.” Tambah Diana geram.
“So, you nak apa sekarang?”
“Break off.” Jawab Diana ringkas.
“I putus tunang pasal you. How could you do this to me?” Azlan terkejut dengan keputusan Diana.
Dato’ Hakimi tak kata apa. Dia malas nak masuk campur urusan peribadi anak saudaranya itu. Anak kedua abang sulungnya ini memang unpredictable. Tak tahu apa sebenarnya yang ingin dia buktikan. Tapi, inilah anak saudara kesayangan. Sering menjadi kecemburuan anak-anak dan anak-anak saudaranya yang lain. Tapi, tak apa. Biar Azlan sedar betapa ruginya dia melepaskan Siti Nur Umaira dulu. Seorang gadis yang baik dan bijak, lemah lembut dan bersopan santun. Mampu bekerja dengan baik. Maka tak hairanlah kenapa dato’ Hakimi begitu berat melepaskan pekerja seperti Siti Nur Umaira.
Muhd Nur Azlan termenung jauh. Ya, memang aku bodoh melepaskan Siti Nur Umaira dulu. Aku sukakan dia kerana dia seorang gadis yang baik. Lemah lembut dan bersopan. Setiap kali melihat dia bercakap aku akan terpana. Dia tidak seperti gadis lain yang pernah aku kenali. Dunianya hanya keluarga dan kerjaya. Aku yang mengambil kesempatan. Menggunakan cinta untuk kepentingan peribadi.
Siti Nur Umaira tidak komen apa-apa sebaik mendengar khabar putusnya hubungan Azlan dan Diana. Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri tidak mahu memikirkan soal cinta. Walaupun usianya sudah mencecah 27 tahun, dia tidak mahu berbincang soal cinta dan perkahwinan. Mama ada berkata, cinta itu memang buta. Cinta itu membutakan banyak perkara. Bila hati dah kata tidak, cinta akhirnya tewas apabila sudah tiada keserasian.
“Dari kecil mama sudah dibesarkan di Bandar. Tinggal di rumah batu. Membesar dengan melihat bangunan-bangunan tinggi yang giat membangun dari satu abad ke satu abad yang lain. Pertemuan dengan ayah adalah satu takdir. Mama di Kuala Lumpur dan ayah pula anak jati Kedah. Sawah padi dan bendang adalah taman permainannya. Bertemu, bercinta dan berkahwin. Namun, berpisah selepas dua tahun berkahwin. Masa bercinta, jarak tidak menjadi masalah. Penat memandu tidak ada dalam kamus. Jarak yang memisahkan menerbitkan kerinduan. Untuk kerohanian rumah tangga, salah seorang perlu berkorban. Takkan selamanya hidup berjauhan. Mama tak dapat serasikan diri di kampung. Dan ayah pula tak betah hidup di Bandar yang hiruk pikuk dan penuh dengan bangunan tinggi. KLCC dan sawah padi memang jauh berbeza. Mama dan ayah tidak salahkan sesiapa memang kami tak mampu teruskan hubungan kami. Semasa bercinta kami tak fikir itu semua. Sebab itulah mama cakap, cinta itu buta dan boleh membutakan. Terpulang pada diri kita sendiri untuk menilai sebuah cinta tu. Kalau Umaira rasa Azlan cinta hati Umaira, inilah masanya untuk dapatkan dia semula.” Nasihat puan Siti Aisyah sewaktu anaknya itu meminta pandangan selepas Azlan menghubunginya semula selepas 6 bulan mereka putus tunang. Azlan mulakan dengan dengan sesi meminta maaf. Bila dah dapat kemaafan, dia cuba naik peringkat seterusnya, iaitu menjadi kawan. Bila mendapat persetujuan, Azlan ingin naik lagi ke peringkat seterusnya iaitu menyambung semula ikatan yang terputus 6 bulan lalu.
Azlan. Gayanya yang macho. Romantik dan menawan hati. Kalau bab memujuk memang no. 1. Atau mungkin kerana hati yang sayang membuatkan hati begitu memudah termakan pujukannya. Kalau merajuk pasti dia akan memujuk. Pandai mengambil hati sangat menghormati. Itu antara alasan Umaira terpikat dengan Azlan. Atau mungkin kerana cinta itu buta, semuanya nampak indah belaka. Entahlah. Masihkah ada cinta dalam hati? Takkan nak lari lagi. Itu takkan menyelesaikan masalah. Nanti apa pula kata dato’ Hakimi. Mungkinkah dia akan mencari aku lagi? Betul cakap ayah. Jangan paksa diri berada di sesuatu tempat yang kita tak serasi berada di situ. Dua minggu mengikut abang Rahman ke Australia. Rasa tak selesa hidup di negara orang yang berbeza bangsa dan budaya. Cuba tinggal di kampung, jiwa memang tenang, namun minda sering melayang jauh ke ibu kota. Mulut kata benci, mungkinkah dalam hati masih ada sisa kasih. Dan sisa itu kembali menjadi benih. Hanya siram semula dengan limpahan cinta suci, maka mekarlah kembali sebuah cinta. Mungkinkah hati dapat memaafkan? Mungkinkah?
**
Muhd Nur Azlan terkejut. Kegagalannya menghasilkan iklan terbaik untuk ‘Zainteen’ tidak dijadikan isu dalam mesyuarat pagi itu. Dato’ Hakimi memaklumkan syarikat Wonderful Advertising yang mendapat kontrak itu sebenarnya adalah anak syarikat World Advertising. Semua ahli mesyuarat terkejut mendengar pengumuman itu. Hari ini pengarah syarikat tersebut akan turut bermesyuarat. Semua ternganga apabila mendengar nama Siti Nur Umaira yang diumumkan.
“Tahniah.” Ucap Azlan. Umaira hanya tersenyum.
“Cik Siti, tahniah. 6 bulan tak jumpa, tiba-tiba you dah jadi boss sekarang.” Ucap Aida, PA Siti Nur Umaira dulu.
“Saya masih makan gaji lagi.” Balas Siti Nur Umaira.
“Wah, dato’. Pandailah dato’ sembunyikan cik Siti ni.” Celah Hamidi, orang kanan Azlan. Dato’ Hakimi tersenyum.
“Kau ni macam buah cempedak tau.” Kata Hamidi.
“Cempedak?” Yang lain tak faham.
“Kau tak ada kat sini, tapi aura tetap ada. Macam buah cempedak, tak nampak, tapi bau tu tetap ada.” Jelas Hamidi akan maksudnya. Yang lain ketawa.

Siti Nur Umaira menjadi tumpuan hari itu. Muhd Nur Azlan bagaikan tersisih dari rakan-rakan yang lain. Walaupun di situ dia adalah boss, tapi hari ini dia bagaikan orang yang begitu kerdil. Dalam kesibukan melayan tumpuan orang terhadapnya, sempat juga dia mencuri pandang ke arah Muhd Nur Azlan.
“Otak kita ni macam enjin kereta juga. Kereta canggih, mahal macam manapun, kalau dibiar tidur saja, lama-lama rosak juga. Enjin tak dicuci. Bila nak start balik, problem jugak. Otak kalau dah lama sangat tak berfikir, macam tulah.” Kata Hamidi separuh berbisik pada Siti Nur Umaira sambil mengerling ke arah Muhd Nur Azlan.
“Tak baik kau mengata boss kau macam tu.” Balas Siti Nur Umaira. Hamidi ketawa.
“Aku nak request pada dato’. Aku nak kerja dengan kau.” Kata Hamidi.
“Eh, tak boleh. Aku yang patut ikut cik Siti. I was her PA.” celah Aida.
“Dah…dah… you two tak usah gaduh-gaduh okey. For your information, I work ‘freelance’. Ada projek, baru ada gaji. Kat sini, gaji you dah stabil. Dah ada gaji bulanan.” Kata Siti Nur Umaira.
Dato’ Hakimi dapat lihat, beberapa kali Siti Nur Umaira mencuri pandang ke arah Muhd Nur Azlan yang tidak beralih pandangan memandang Siti Nur Umaira. Mungkin tidak selesa asyik diperhatikan, atau hati berdebar-debar bila berdepan semula dengan kekasih lama. Muhd Nur Azlan memang lebih banyak membisu hari itu. Dato’ Hakimi tersenyum. Mungkin masih ada sayang. Ego yang menghalang. Atau masih ada marah yang terpendam.
“Kenapa pula Umaira nak rasa bersalah. Simpati atau sayang?” Usik Rahman.
“What do you think?” Tanya Siti Nur Umaira tanpa menjawab soalan abangnya.
“Don’t misjudge your feeling.” Balas Rahman.
“He’s nice man.”
“But he hurt you before.” Balas Rahman lagi.
“Mungkin masa dah merubah dia.”
“Are you sure?” Tanya Rahman.
“Abang tak suka kalau kami sambung balik? Tak salahkan kalau beri dia peluang sekali lagi?” Siti Nur Umaira tidak menjawab soalan abangnya.
“Pertunangan tu satu peluang. Dia dah sia-siakan peluang itu.” Jawab Rahman.
“Mungkin kebahagiaan Umaira bersama orang lain.” Tambah Rahman.
“Who?”
“Someone near to you.” Jawab Rahman.
“Azlan maybe your first love. But, first love is not everything. Anyway, as a brother, abang terima saja pilihan adik abang. Asalkan adik abang happy. You are my sister. I always want the best for you. I will always pray for your happiness.” Sambung Rahman ikhlas.
Selepas menamatkan perbualan, talian internet dimatikan. Thanks bro. Mama Siti Nur Umaira berkahwin dengan ayah Rahman 20 tahun yang lalu. Ketika itu Siti Nur Umaira berusisa 7 tahun dan Rahman 10 tahun. Hubungan mereka memang sangat akrab. 10 tahun yang lalu Rahman mengikut uminya berpindah ke Australia. Biarpun jarang bertemu, jalinan antara mereka tetap utuh. Rahman tempat Siti Nur Umaira meluahkan perasaan dan meminta pendapat. Sebagai abang, Rahman sentiasa sedia dan setia mendengar luahan hati adiknya. Dan pada Umaira jugalah dia luahkan perasaan dan pinta pandangan. Hakikatnya antara dua beradik ini saling memerlukan antara satu sama lain.
Sudah 5 kali Azlan ajak keluar makan malam. Siti Nur Umaira menolak. Sangsi atau benci? Atau ego yang menguasai? Sekiranya diberi peluang sekali lagi, apakah ada janji bahagia? Tidak takutkah untuk kecewa sekali lagi. Takkanlah nak terjatuh kali kedua di tempat yang sama. Cinta pertama tetap indah walaupun akhirnya ada perpisahan. Pertama kali disayangi dan dikasihi oleh seorang insan yang bernama kekasih. Ya, ia memang indah.
Minta maaf sudah. Dahpun dimaafkan. Minta sambung semula, sampai hari ini masih tiada jawapan. Bila ajak keluar pelbagai alasan diberikan. Mungkin dalam hati masih ada sayang, namun hati juga masih ada marah. Atau mungkin dia dah ada orang lain.
“Dah dapat?” Tanya dato’ Hakimi pada anaknya. Hazmira yang berusia 15 tahun itu tersenyum.
“Dah. Kak Siti yang pilihkan. Cantik tak?” Hazmira menunjukkan tudung yang baru dibelinya. Dia ingin menghadiahkan tudung itu untuk mamanya.
“Cantik. Pandai kak Siti pilih. Ini memang warna kegemaran mama ni.” Komen dato’ Hakimi.
“Mira dah cakap. Kak Siti mesti pandai pilih.” Balas Hazmira.
“Sebab tulah beria-ia paksa saya ajak awak keluar.” Kata dato’ Hakimi. Siti Nur Umaira hanya tersenyum.
“Hazmir kenapa tak ikut sekali?” Siti Nur Umaira bertanya tentang kembar Hazmira.
“Dia keluar dengan kak Diana. Cari hadiah untuk papa.” Bisik Hazmira ke telinga SIti Nur Umaira. Mereka berdua tertawa kecil.
“Amboi, berbisik segala. Rahsia apa ni?” Dato’ Hakimi tak puas hati.
“Eh, mama dah mesej. Jom kak Siti, mama ajak lunch sama” Hazmira terus menarik tangan Siti Nur Umaira dan mereka segera berlalu dari situ.
Siti Nur Umaira baru saja nak masuk ke dalam perut keretanya. Terdengar namanya dipanggil seseorang. Siti Nur Umaira menoleh. Diana. Siti Nur Umaira menutup semula pintu keretanya. Apa pula anak saudara dato’ Hakimi aka ex-girlfreind Azlan nak ni?
“Kenapa tak joint kami lunch?”
“Sorry, saya ada hal.” Alasan Siti Nur Umaira.
“Atau awak sebenarnya tak selesa saya ada sama?”
“Awak tak perlu fikir macam tu. Saya memang ada hal. Sorry, I’ve to go.” Balas Siti Nur Umaira.
“Wait! I need to talk with you.” Diana cuba menghalang Siti Nur Umaira untuk pergi.
“Sorry, I really have to go. Maybe some other time.” Siti Nur Umaira membuka semula pintu keretanya.
“Saya cuma nak tahu apa perasaan awak bila awak tahu saya dah putus dengan Azlan?” Diana terus bertanya tanpa mempedulikan Siti Nur Umaira yang sudah bersedia untuk beredar dari situ. Soalan itu membuatkan Siti Nur Umaira tidak jadi masuk ke dalam perut kereta.
“Saya perlu ada perasaan apa-apa ke? Why should i?” balas Siti Nur Umaira.
“Siti, please. We really need to talk.” Pinta Diana.
“Okey, we do it here.” Siti Nur Umaira akhirnya mengalah.
“Saya mengaku, memang dulu saya sengaja goda Azlan. I just wanted to prove something.”
“Prove what? And for what?” Siti Nur Umaira tak faham.
“My uncle, he adores you so much. You are apple of his eyes. You know how close we are, right? He likes to talk about you. Mungkin I yang bodoh try to prove something to my uncle bila dia cakap, a good girl like you deserve better man. Saya yang konon nak buktikan pada uncle saya yang Azlan tu yang terbaik untuk awak. Saya goda dia. And saya tak sangka yang dia akan tergoda and sampai putuskan pertunangan dengan awak. Saya rasa sangat bersalah. Tapi, at least I’ve proved something. Saya dapat buktikan yang cinta Azlan tu tak setia. Kalau dia betul-betul cintakan awak, dia takkan tergoda dengan mana-mana cinta pun. But, I still feel guilty. Saya rasa bersalah juga pada Azlan. Dia sanggup putuskan hubungan dengan awak kerana saya. I’ve tried to be with him. But, I can’t stand him. I wonder, how can you stand with him for three years. At the end, I terpaksa akur. Love is blind. Saya memang rasa bersalah sangat. Kalau tak kerana sikap bodoh saya yang sibuk nak ‘prove’ itu, ‘prove’ ini, mungkin sekarang ni awak dah berbahagia dengan Azlan. Mungkin Azlan bersalah, tapi, dia sayangkan awak. Kalau awak betul-betul sayang kan dia, inilah masanya. This is the time for you to grab him back. Tapi, kalau awak ada orang yang lebih baik, pergilah pada dia.”
“Thank you. Thank you for everything you have done for me.” Ucap Siti Nur Umaira sebelum berlalu dari situ. Diana terdiam tanpa sebarang bicara. Matanya membiarkan saja kereta Siti Nur Umaira yang sudah berlalu pergi.
Tak tahulah apa yang ada dalam fikiran Siti Nur Umaira pada waktu ini. Perlukah Azlan dipersalahkan? Ya memang bersalah. Kalau dia betul-betul setia, dia takkan tergoda dengan cinta lain. Diana betul di situ. Tapi, kalau Diana tak goda dia, dia takkan mudah beralih kasih. Hmm…siapa pesalah sebenarnya ini? Telefon berbunyi. Satu mesej masuk. Dari dato’ Hakimi. Dia mengajak keluar makan malam bersama. Siti Nur Umaira tidak fikir panjang. Terus bersetuju dengan masa dan tempat yang dicadangkan. Ada sesuatu yang ingin dibicarakan. Atau mungkinkah Siti Nur Umaira mahu lari lagi.
“Why are you here?” Siti Nur Umaira terkejut bila yang ada di restoran Smoke House Restaurant itu adalah Muhd Nur Azlan, bukan dato’ Hakimi.
“Ooh,… I get it. A blind-date. Sorry, I’m not interesting.” Siti Nur Umaira ingin segera pergi dari situ.
“Umaira, please. Have a sit first.” Pinta Muhd Nur Azlan. Siti Nur Umaira mengalah.
“I am sorry. I terpaksa minta tolong dato’. Kenapa setiap kali I ajak you mesti bagi macam-macam alasan. Tapi, dato’ ajak sekali, pantas you setuju.”
“Excuse me…he is my boss okey.” Tegas Siti Nur Umaira.
“Please Umaira, kita sambung balik. Kita tak payah bertunang. Kita nikah terus.” Muhd Nur Azlan bersungguh-sungguh melamar. Mungkinkah Siti Nur Umaira akan menerimanya.
“I tahu Diana ada jumpa you semalam. And I’m sure dia cakap yang buruk-buruk pasal I. But you have to trust me. I am not that bad. Semua tu fitnah.” Bicara Muhd Nur Azlan lagi. Siti Nur Umaira mendengus geram.
“You know what? I hate you so much. Because you always put the blame on other people just to cover you mistake.” Ujar Siti Nur Umaira geram.
“Apa maksud you ni?” Muhd Nur Azlan tak faham.
“Yes. Memang Diana ada jumpa I semalam. Dia suruh I balik semula pada you. Dia mengaku silap dia. Not like you. You tuduh I curang, sebab you tak nak nampak you tu bersalah. You yang dah berubah hati, you fitnah I. You tuduh I curang. Dan you tahu yang I takkan pernah curang pada you. I benci you, sebab you tuduh I curang, sedangkan you tahu Rahman tu abang I. You salahkan Diana goda you, tapi, kalau you betul-betul setia dengan I, you takkan jatuh cinta pada orang lain. I hate you Azlan. You should change you attitude. Itu yang boleh bahagiakan you. Not me.” Siti Nur Umaira terus berlalu di situ. Muhd Nur Azlan sudah termati kata-kata di situ.
Dato’ Hakimi terkejut mendapat mesej dari Siti Nur Umaira. Takkanlah dia nak lari lagi. Apa yang Muhd Nur Azlan dah buat kali ni? Kenapa selepas keluar makan malam bersama, Siti Nur Umaira menghantar mesej mengatakan dia ingin berhenti kerja. Sekali lagi? Apa yang dah jadi ni?
“Kenapa ni dato’? Macam ada hal penting je.” Tanya mama Umaira. Hairan, kenapa dato’ Hakimi datang mencari Umaira waktu malam-malam begini. Dah pukul 10 malam.
“Siti hantar mesej yang mengatakan dia nak berhenti kerja. Saya call dia tak jawab. Saya tak nak dia menghilang lagi. Sebab tu saya datang malam ni juga.” Jawab dato’ Hakimi.
“Masuk dulu dato’.” Jemput papa Umaira. Sementara mama Umaira sudahpun naik ke tingkat atas untuk memanggil Umaira.
“Takper. Saya tunggu kat luar ni saja.” Dato’ Hakimi menolak baik pelawaan itu. Mama Umaira turun sendirian.
“Maaf dato’. Umaira taknak turun.” Mama Umaira tiba kembali di laman rumah mereka dengan membawa khabar itu.
“Takpelah. Mungkin dia penat kot. Minta izin, saya tunggu dia di luar. Saya tunggu kat kereta.” Dato’ Hakimi duduk menunggu dalam keretanya.
“Awak pergilah pujuk Along tu. Kesian pulak dato’ tu tunggu along kat dalam kereta tu. Lagipun, nanti apa pula kata jiran-jiran.” Suruh papa Umaira.
“Yelah.” Akur mama Umaira.
Mama Umaira naik ke tingkat atas. Belum sempat dia mengetuk pintu bilik, Siti Nur Umaira dah membuka pintu. Di tangannya memegang handphone. Mama Umaira tak faham.
“Dato’ ada kat luar lagi ke mama?” Tanya Umaira.
“Ada. Along pergi tunggu kat ruang tamu. Nanti, papa panggilkan dia masuk.” Mama Umaira terus turun semula ke tingkat bawah.
Dato’ Hakimi masuk. Siti Nur Umaira duduk di sebelah mamanya. Papa Umaira turut ada di ruang tamu itu. Apa yang akan berlaku?
“Boleh dato’ baca balik apa yang dato’ baru mesejkan pada saya tadi?” Pinta Siti Nur Umaira. Dato’ Hakimi menarik nafas panjang. Mungkin mencari kekuatan.
“Awak masih sayangkan Azlan kan?” kata dato’ Hakimi.
“Dato’ faham maksud saya kan? Dato’ tahu, bukan mesej itu yang saya maksudkan. Mesej yang dato’ baru saja hantar pada saya.” Balas Siti Nur Umaira. Fahamlah mama Umaira, sebab tulah tiba-tiba saja anaknya berubah hati untuk keluar dari bilik.
“Saya nak mama dan papa saya jadi saksi.”
“Pertama kali jumpa awak, saya tahu awak lain dari yang lain. Saya memang sukakan awak. Tapi, saya sedar saya terlalu tua untuk awak.” Luah dato’ Hakimi.
“Saya ni duda. Anak-anak pun dah besar. Saya memang tak layak untuk awak. Tapi, saya nak yang terbaik untuk awak.” Tambah Dato’ Hakimi.
“Dato’ sendiri pernah cakap dengan Diana, Azlan bukan yang terbaik untuk saya. Jadi, kenapa dato’ nak satukan saya dengan dia lagi?” Soal Siti Nur Umaira serius. Papa dan mamanya diam sahaja. Dia tahu apa yang sedang anak mereka lakukan. Siti Nur Umaira menggenggam tangan mamanya.
“Bila kawan-kawan cakap saya ni kesayangan dato’, saya anggap itu adalah penghargaan dato’ atas kerja keras saya. Tapi, bila dato’ sanggup habiskan masa dua bulan cari saya, sanggup berkhemah depan rumah saya, perasaan saya dah jadi lain. Tambah pula malam ni, dato’ sanggup nak tunggu dalam kereta sebab takut saya lari lagi. Kalau kita saling menyayangi dan mencintai, usia itu bukan penghalang.” Luah Siti Nur Umaira. Semakin erat genggaman tangannya. Memandang mamanya. Mungkin meminta restu.
“Siapapun pilihan along, mama restu.” Mama Umaira bersuara.
You deserve better man. Itu yang pernah Diana bisikkan padanya sewaktu dia baru saja putus tunang dengan Azlan. Masa tu memang terasa sakit sangat. Tapi, hari ini Siti Nur Umaira mengiyakan kata-kata itu. Pertunangan adalalah satu peluang yang telah disia-siakan oleh Azlan. Peluang bersama insan yang menyayangi takkan Siti Nur Umaira sia-siakan. Kerana cinta itu buta. Kerana cinta itu tak mengenal usia. Kerana cinta itu tak mengenal rupa paras berbeza. Yang penting bahagia. Inilah peluang kebahagiaan.

Siap : 29.05.2011
Edit: 18.04.2016

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...