Karmila menjeling jam tangannya. Hah! Dah pukul 12:30. Matilah aku. Pasti dimarah mama. Dah tengah malam tak balik-balik rumah lagi. Walaupun mereka tidak tinggal serumah, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghubungi mamanya setiap kali balik dari kerja. Patutlah telefon di pejabat asyik berdering-dering saja dari tadi. Ingatkan Nasha yang telefon. Handphone pula tertinggal dalam kereta. Mesti mama risau. Silap-silap papa dah dipaksa mama cari anak bongsunya itu.
“Sebab tulah tak nak duduk dengan mama. Supaya senang nak balik lewat sesuka hati.” Itu antara leteran yang diterimanya. Karmila tidak menjawab. Dia tahu, leteran itu hanyalah luaran. Dalam hati dia sangat risaukan keselamatan anaknya.
“Buatlah perangai lagi. Mama kahwinkan dengan benggali jual roti.” Ugut mama. Karmila tersenyum. Ugutan berbaur gurauan.
Siti Karmila binti Abdul Razak. Anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Mempunyai 3 orang abang dan seorang kakak. Siti Haida nama bonda tercinta. Gadis ini berusia 25 tahun. Masih ‘single’ dan hati masih kosong. Belum diisi sesiapa. Buat masa sekarang ni, keluarga lah cinta hatinya.
“Langkawi. Macam best bunyinya.” Kata Karmila sebaik kakaknya bercerita tentang perancangan bercuti ke Langkawi.
“Mestilah ‘best’. Satu family kta pergi. Papa sewa bas. Tak payah penat-penat mengadu penat memandu.”
“Sewa bas?? Bukan ke papa tu bos bas kilang.”
“Adik bukan tak tahu Along tu. Mana dia nak naik bas kilang. Dia cakap dah puas naik bas kilang dari kecik.” Balas Karina. Karmila ketawa. Ayahnya seorang pengusaha bas. Kalau dulu dia cuma ada 3 buah bas, sekarang dah ada 150 buah bas. Alhamdulillah.
“Tapi, Mila banyak job ler minggu tu. Tak boleh tukar tarikh lain ke?”
“Kau kan free-lance. Boleh adjust kan?”
“Kak, kalau adik ada ‘job’ masjlis kahwin, takkan adik nak suruh diorang postponed pulak.” Balas Karmila.
“Adik, boleh jangan lurus sangat boleh tak? Ke adik ni main-mainkan akak?” Karina mencekak pinggang. Karmila ketawa.
“Yelah boss. Nanti Mila cari ganti yer. Mila ada 3 majlis kahwin minggu depan.”
“Sibuk snap gambar majlis orang, majlis awak bila lagi?” usik Karina. Karmila mencebik.
Beza usia dua beradik ini ialah 5 tahun. Hubungan mereka sangat rapat. Mungkin kerana sama-sama perempuan. Mereka banyak berkongsi rahsia. Dan sangat memahami antara satu sama lain.
LANGKAWI
“Hmm…patutlah mama dan papa beria sangat nak ‘baby’ ikut.” Usik Kaizar.
“Along! Please ler. Mila dah besarlah. Jangan panggil ‘baby’ boleh tak?” Karmila mencubit alongnya. Kaizar ketawa.
“Hmmmm…..tak lama lagi Sofea dapat pak usu.” Kata Kaizar kepada anaknya yang berusia 3 tahun.
“Jangan nak mengarutlah Along.” Marah Karmila
“Merah padam muka ‘baby’.” Kaizar terus mengusik adiknya.
Khairudin Ahmad. Muka boleh tahan, handsome. Agak pendiam. Seorang ‘businessman’. Syarikat periklanan. Masih ‘single’. Mestilah ‘single’, kalau tak takkanlah sedang mencari calon isteri. Hanya bertukar no telefon. Tak banyak berbual dan bercerita. Mungkin kerana malu. Atau mungkin tak tahu nak bercerita topik apa. Siti Karmila tidak mahu berfikir panjang tentangnya.
Selepas dua minggu pulang dari Langkawi, inilah kali pertama mereka mengatur temujanji. Itupun selepas puas didesak keluarga. Khairudin menghubungi Siti Karmila buat kali pertama dan mengajaknya mengisi waktu bersama di petang Sabtu itu.
“Sorry, terlambat.”
“Hmm….baru ‘first-date’ dah datang lambat. Tolak 5 markah.” Gurau Siti Karmila. Khairudin ketawa.
“Banyak tu 5 markah. Satu markah sajalah.” Balas Khairudin. Siti Karmila hanya tersenyum.
“So, nak ke mana kita ni?” tanya Siti Karmila.
“Kita makan dulu boleh tak? Saya lapar ni.”
“Nak makan apa?” Memandang lelaki yang beralih duduk menghadapnya.
“Alang-alang dah duduk tepi tasik ni. Kita berkelah.” Jawab Khairudin sambil mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dibawanya.
Bawa bekal? So cute. Dah memang berkelah namanya ni. Sandwich telur dan sandwich sardine. Amboi, macam tahu jek yang aku ni hantu sardine. Mama pun dah panggil aku ni ‘hantu sardine’. Ada pula mee hoon. Melihat udang-udang yang besar dalam mee hoon itu, perut yang kenyang boleh jadi lapar semula.
“Al-Hamdulillah. Sorry, ya. Mee tawar sikit.”
“Ya ke? Saya rasa okey je.” Balas Karmila.
“Kalau okey, kenapa awak makan sikit je?” tanya Khairudin.
“Malu.” Jawab Karmila berterus terang. Khairudin ketawa.
“Saya sukalah awak ni. Sangat berterus terang.” Komen Khairudin. Karmila hanya tersenyum.
“Awak tahu kan, keluarga kita merancang nak satukan kita. Saya harap awak bersedia memberi peluang pada diri kita mengenali diri masing-masing. Awak okey, kan?” Bicara Khairudin.
“Hmmm…saya tak kisah. Kita berkawan dulu. Soal jodoh, kita serah pada Allah menentukannya.”
“Ni amik dialog drama ke lirik lagu ni?” Usik Khairudin. Siti Karmila hanya tersenyum.
“Hampir masuk waktu maghrib barulah Siti Karmila tiba di rumah. Oleh kerana dah lewat petang, Siti Karmila terus mandi untuk membersihkan diri. Selesai solat Maghrib, dia keluar dari biliknya. Dia duduk di ruang tamu apartment yang disewa bersama dua orang kawannya. Sebenarnya, kawan-kawannya itu juga adalah pekerjanya. Siti Karmila melihat semula gambar-gambar yang diambil tadi. Hmmm…memang handsome. Mesti banyak peminat.
“Hai, baru dating sehari dah jatuh hati.” Usik Nasha, teman Siti Karmila.
“Ish, kau ni. Terkejut aku.” Siti Karmila mengurut dadanya. Tiba-tiba saja Nasha muncul di belakangnya.
“So, macam mana ‘first-date’? Okey tak mamat tu?” Nasha tak sabar nak tahu.
“Kau ni sama dengan mama aku. Tak sabar-sabar.” Balas Siti Karmila.
“Cepatlah cerita.” Desak Nasha.
“Dia okey. Banyak cakap juga. Tak macam hari tu, diam je.”
“Yelah, hari tu kan depan family. Segan kot. Lagipun, kau ni kan banyak cakap. Dia ikut kaulah.” Balas Nasha sambil mengenakan kawannya.
“Rihana mana?” Siti Karmila beralih topik.
“Dia balik lambat. Dia cakap kau suruh siapkan ‘print’ gambar.” Beritahu Nasha.
“Hai, dari tengahari tak siap lagi. Bukan banyak pun. 2000 keping je.” Karmila hairan.
“Printing machine buat hal lagi kot.” Tafsir Nasha.
“Miss Accountant@Purchaser, kita baru je tukar baru minggu lepas. Habis RM10,000. Tak ingat ke? Kita pergi beli sama-sama kan. Ni, mesti pergi dating lepas kerja.”
“Ish, tak baik tau tuduh bukan-bukan.” Kata Nasha.
“Bukan nak tuduh. Kalau nak pergi dating tu, pergi jelah. Janganlah gunakan nama aku sebagai alasan. Yang kau pun dah macam kakak tiri. Asal balik lambat je, banyak soalan. Tu yang dia terpaksa buat macam-macam alasan.” Bebel Karmila. Nasha ketawa. Sekali sekala Siti Karmila membebel dah macam mak aku pulak.
“Kau bukan tak tahu budak sorang tu. Aku ni risau betul sejak dia kawan dengan si Rashid tu.” Karmila meluahkan rasa risaunya.
“Dia tahu tak yang Rashid tu pernah nak ‘tackle’ kau dulu?” Tanya Nasha. Karmila menggeleng.
“Kita doa yang baik-baik untuk kawan kita tu.” Balas Nasha.
Rutin harian sedikit berubah. Setiap pagi akan berbual di telefon sekurang-kurangnya tiga minit. Setiap pagi Khairudin akan menghantar mesej selamat pagi. Selepas mesejnya dibalas, Khairudin akan menghubungi Karmila. Bila tiba waktu tengahari, jika masing-masing kelapangan mereka akan keluar makan bersama. Karmila paling suka kalau Khairudin bawa bekal. Khairudin pandai masak. Sedap pulak tu. Hai, senanglah hidup aku kalau kahwin dengan dia ni. Oops….kahwin??!!!!
“Bila pulak saya nak rasa awak masak?” Tanya Khairudin pada satu tengahari. Karmila ketawa kecil.
“Saya masak yang biasa-biasa bolehlah. Kalau awak nak rasa, esok saya goreng telur mata lembu. Makan dengan kicap.” Jawab Karmila sambil ketawa kecil.
“Sedap tu. Lauk kegemaran saya.” Balas Khairudin.
“Eleh, yelah tu.” Karmila mencebik. Khairudin ketawa. Karmila ‘snap’ gambar.
“Awak ni suka betul ambil gambar.”
“Cari makan.” Balas Karmila.
“Awak kerja sendiri?” Tanya Khairudin.
“I’m a free-lance photographer. Dan baru tiga tahun ada ‘printing studio’ sendiri. Al-Hamdulilah, berkat ‘berlari marathon’ dulu, dapatlah buka company sendiri.” Cerita Karmila.
“Marathon?” Khairudin tak faham.
“Kamera ni kamera pertama saya. Kamera yang banyak berjasa pada saya. Sebelum ni memang kerja sorang-sorang. Pergi sana-sini ambil gambar macam-macam occasion. Kadang-kadang tu, pagi majlis nikah, malam majlis makan malam pulak. Tapi, saya puas. Syarikat saya tu kecik je. Tak macam awak. Besar syarikat awak tu, 5 kali ganda syarikat saya.” Jawab Karmila panjang. Khairudin tersenyum.
“Yang penting, awak buat apa yang awak suka.” Ulas Khairudin. Karmila tersenyum. Khairudin ‘snap’ gambar menggunakan kamera ‘handphone’nya.
“Gambar curi.”
“Buat teman tidur.” Gurau Khairudin. Satu permulaan yang baik.
Hampir 5 bulan berlalu. Hubungan kian akrab. Bibit cinta mungkin belum ada. Namun, mereka saling menyenangi antara satu sama lain. Kesibukan tidak menghalang mereka untuk saling berhubungan. Mereka sering berbalas mesej atau bercakap di talian telefon. Mereka tidak sering bertemu. Karmila yang selalu sibuk ke sana ke mari, ke pelbagai lokasi dalam rutin kerjanya. Namun, jika ada peluang mereka akan mengatur janji.
HAN’Z CAFÉ
“Good morning Miss CK.” Sapa Hazliza, tuan punya café yang sering Karmila kunjungi.
“Awal hari ni.”
“Ada janji dengan ‘client’. Alasan Karmila.
“Kenapa tak beritahu Liz? Boleh Liz ‘simpan’ tempat biasa Miss CK.”
“Last minute planning. Takpelah, kat mana-manapun boleh.” Balas Karmila.
“Okey, why don’t you sit here. Table no. 15.” Hazliza menarik kerusi untuk Karmila. Karmila duduk di situ.
“So, what’s your order?”
“You give me my usual coffee. Then, I want strawberry chocolate cake. Less sugar.” Karmila membuat pesanan. Selepas membuat catatan, Hazliza berlalu. Karmila sabar menanti di situ. Jam baru pukul 10:15. Temujanjinya pukul 11:00 pagi.
“Eh, ini tempat saya.” Ada satu suara menyapa. Karmila menoleh. Khairudin tersenyum.
“Buat apa kat sini?” Tanya Karmila.”
“Saya memang selalu ke sini.”
“Really? Saya pun selalu juga ke sini. Tapi, tak pernah pula kita terserempak.” Balas Karmila.
“Ya ke?”
“Memanglah tak terserempak. Miss CK selalu datang around 2pm. Mr. K pula selalu datang after office hour. Both of you are early today. And Miss CK selalu duduk di hujung sana. Table 5. Mr.K pula selalu duduk di sini.” Celah Hazliza yang tiba di meja itu bersama hidangan yang diminta Karmila sebentar tadi. Mereka ketawa.
“So, Mr. K, as usual?” Tanya Hazliza.
“Hmm….tukar seleralah hari ni. Saya nak yang sama dengan Miss CK ni.” Jawab Khairudin. Karmila tersenyum. Memang itulah perangai Khairudin setiap kali mereka makan di mana-mana kedai makan. Dia akan mengikut apa yang dipesan oleh Karmila. Katanya nak tahu selera Karmila ni macam mana. Selepas membuat catatan, Hazliza berlalu dari situ.
“Oh, ada nama ‘glamour’ rupanya. Miss CK.” Khairudin tersenyum mengusik.
“Eleh, diapun sama. Mr. K.” balas Karmila.
“Tadi kata dah ‘breakfast’. Tak kenyang lagi ke?” Usik Khairudin lagi.
“I’m meeting a client at 11. Kebetulan saya hantar gambar kat bangunan sana tu. So, saya ajaklah dia jumpa kat sini.” Terang Karmila.
“Sebenarnya, saya pun nak jumpa orang juga ni. Dia pun baru call ajak jumpa di sini pukul 11.”
“New client?” Teka Karmila. Khairudin angguk.
“Iklan apa?” Tanya Karmila lagi.
“Dia nak promote resort. He wants my idea but photographer dia nak orang lain. So, I’m meeting both of them.” Terang Khairudin.
“Mr. Alex ke?” Teka Karmila.
“Are you meeting him too?” Khairudin dapat mengagak. Mereka ketawa.
“So, this might be our first project together.” Kata Khairudin.
Perbincangan berjalan lancer. Mr.Alex yang sudah banyak kali berurusan dengan Karmila mengharapkan hasil yang baik dari kerjasama Karmila dan Khairudin. Untuk hasil yang baik, Karmila dan Khairudin berbincang mencari idea. Kedua-duanya petah berkata-kata. Penuh dengan idea yang menarik. Terasa semakin serasi.
“Jom singgah ‘office’ saya kejap.” Ajak Khairudin.
“Hmmm….okey juga.” Karmila setuju. Selama mereka berkawan, Karmila hanya tahu di mana pejabat Khairudin, namun tak pernah sekali pun dia menjejakkan kaki ke situ.
Mereka singgah di pejabat Khairudin yang terletak tak jauh dari situ. Patutlah Khairudin sering ke Han’z Café, hanya 5 minit berjalan kaki. Dan Karmila pula sering ke situ kerana sudah terikat dengan kelazatan dan keharuman kopi ‘Adam’s Taste’ yang sudah menjadi menu tetapnya setiap kali ke situ. Hazliza pernah cerita, resepi Adam’s Taste tu adalah ilham dari hubungan cintanya dengan suaminya Adam. Waaah….sweetnya….romantis…..
“My partner. Arief.” Khairudin memperkenalkan Arief kepada Karmila . Mereka bertukar senyuman.
“My future partner life, Siti Karmila.” Tambah Khairudin sambil memperkenalkan Karmila pada Arief. Tersenyum mengusik pada gadis di sebelahnya itu.
“Dah ‘confirm’ ke?” Tanya Arief nak tahu.
“On the way.” Karmila membalas usikan Khairudin. Mereka ketawa.
“Inilah photographer yang Mr. Alex nak sangat tu. Entah ilmu apa yang dia ‘fire’ kat Mr.Alex tu agaknya.”
“Hei, tak baik tau.” Karmila menumbuk manja. Khairudin ketawa. Arief hanya tersenyum.
“Oh, ya. Bagus juga kau dah balik ni. Tadi Armada Holdings call. Mereka tak puas hati dengan iklan tu. Big boss diorang cakap iklan tu nampak tak ‘natural’.
“Siapa ‘direct’ iklan tu?”
“Jebat. Dia kat London sekarang ni. Armada Holdings beri masa 3 hari saja untuk ‘reshoot’. “ jawab Arief.
“3 hari saja?! Mana sempat. Nak call pelakon lagi, director lagi.” Khairudin terkejut mendengar permintaan itu.
“Aku dah cakap okey. Kalau tak dia tarik balik ‘tender’ tu.” Balas Arief.
“Takkan dia nak tarik balik. Kita dah sign agreement. Call balik, minta masa paling kurang pun 7 hari.”
“Kita cubalah dulu.” Pinta Arief.
“Aduh, lecehlah. Mereka nak natural macam mana sebenarnya?” Khairudin mula tertekan. Memandang Karmila. Mengharap gadis itu bersuara dan mencadangkan sesuatu. Karmila terkesima seketika apabila sepasang mata itu merenung lama ke arahnya. Arief berdehem barulah kedua-duanya kembali ke alam nyata.
“Karmila ada cadangan?” Arief memandang Karmila.
“Kalau dia nak nampak ‘natural’, rasanya tak perlu pelakon atau pengarah. Just bring the camera and video cam.” Karmila bersuara.
“Maksud awak?” Arief berminat untuk mendengar penjelasan lanjut.
Mereka berdua bergerak ke Armada Hotel yang terletak di Melaka. Kira-kira 3 jam masa diambil untuk tiba ke destinasi. Selepas mendapat kebenaran, Karmila mula menjalankan tugasannya. Berpuluh-puluh imej sudah masuk dalam sim-memori kamera miliknya. Seketika kemudian, dia mula merakam aktiviti para penginap di situ. Dia turut ke dapur untuk melihat sendiri bagaimana hidangan-hidangan lazat disediakan.
Mereka menempah bilik untuk penginapan malam itu. Waktu malam Karmila masih sibuk dengan kamera dan perakam videonya. Jam 11 malam mereka masih di lobi hotel. Idea kreatif mereka digabungkan. Pukul 1 pagi barulah mereka balik ke bilik masing-masing. Karmila masih lagi dengan kerja-kerja editing di bilikya. Khairudin pula sudah hanyut entah ke mana. Melayari bahtera tidur tanpa mahu memikirkan apa-apa lagi.
Dua minggu berlalu.
Arief memandang sedari tadi. Khairudin asyik tersenyum. Jarinya asyik bemain telefon. Pasti sedang berbalas mesej dengan Karmila. Sebentar lagi Karmila akan datang ke sini. Apa lagilah yang dimesejkan.
“I think we will make a good couple. We have same interests.” Bicara Khairudin.
“Kau baru kenal 6 bulan. Kes lelaki yang mengaku ‘boyfriend’ dia 3 hari lepas apa citer?”
“Mengarutlah tu semua. Karmila langsung tak kenal dia.”
“Itu kata dia. Atau mungkin ada orang lain yang suka dengan dia.” Ungkit Arief.
“Kalau aku, tak syak orang lain. Aku syak kau je.”
“Eh, apasal pulak aku?” Arief terkejut dengan kata-kata Khairudin.
“Kau ingat aku tak nampak? Setiap kali Karmila datang sini, kau pandang dia lain macam. Aku tahulah bakal isteri aku tu cantik. Kau ada hati kan?” Khairudin memandang serius.
“Eh, mana ada!” nafi Arief keras. Khairudin ketawa.
“Aku gurau je. Gertak sikit je dah menggelabah.” Khairudin masih ketawa. Arief mengurut dada. Lega. Ish, Khairudin ni! Buat aku cuak je.
“Aku rasa, lepas kami kahwin nanti aku nak gabungkan syarikat.” Cadang Khairudin.
“Dia nak ke? Dia tu kan ‘free-lance’. Dah biasa uruskan diri sendiri. I’m sure dia tak suka terikat.” Arief kurang setuju. Khairudin ketawa.
“Aku cakap je.” balas Khairudin.
“So, kau betul-betul serius dengan dia?” Tanya Arief serius.
“Kalau kau tanya aku, ya. Memang aku serius sukakan dia. Aku yakin aku boleh terima dia seadanya. Tapi, perasaan dia aku tak pasti. Selama 6 bulan ni tak pernah lagi kami bincang hal tu.” Jawab Khairudin.
Karmila tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Mereka terus pada agenda utama pertemuan mereka pagi itu. Kertas kerja untuk mempromosikan sebuah resort telah siap. Hari ini mereka akan sama-sama berjumpa Mr. Alex untuk membentangkan kertas kerja tersebut. Arief asyik memerhatikan Karmila dan Khairudin. Mereka nampak serasi. Rancak bercerita hinggakan ada ketika Arief rasa tersisih.
“You should happy for him. Lepas arwah Arina meninggal dunia, dia dah macam orang yang dah putus asa dengan cinta.” Kata Jebat.
“Karmila tu cantik, baik, bijak pulak lagi. Sesuai sangatlah dengan Khairudin tu.” Tambah Jebat lagi.
“Aku cuma bimbang dia kecewa lagi. Kau juga cakap Karmila tu cantik, baik dan bijak. Tak mustahil ada orang lain sukakan dia.”
“Siapa orang lain tu? Kau?” Usik Jebat.
“Kau ni, aku serius!” Marah Arief sambil menunjuk penumbuk. Jebat ketawa.
“Kalau macam tu, suruhlah Khairudin tu ajak Karmila tu kahwin cepat.” Usul Jebat.
“Itu jalan penyelesaian yang terbaik ke?” Arief memandang Jebat.
“Kalau hati mereka dah suka sama suka, apa salahnya.” Balas Jebat. Arief terdiam. Kahwin???
“Kau tu pun patut cepat-cepat kahwin. So , tak delah orang ingat kau syok kat Karmila tu.” Jebat mengenakan Arief lagi.
“Kau.” Marah Arief. Jebat cepat-cepat lari sebelum penumbuk Arief singgah di mukanya. Ketawa puas hati kerana dapat mempermainkan kawannya itu.
Seminggu Karmila di London. Kesibukan dengan tugasan tidak membataskannya untuk saling berhubungan dengan Khairudin. Karmila mula dapat merasakan kepentingan Khairudin dalam hidupnya. Inikah yang dinamakan cinta? Hati rasa terbeban bila berjauhan. Terbeban dengan kerinduan. Dah lebih setengah tahun mereka berkenalan. Dan 3 bulan sejak kebelakangan ini mereka mula akrab dan sering bertemu.
Karmila dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Kadang-kadang dia rasa diri diekori. Namun, sering memujuk hatinya dengan mengatakan itu adalah khayalannya saja. Tapi, sejak akhir-akhir ini hatinya kuat mengiyakan tafsirannya sebelum ini. Mesej-mesej dan surat layang yang diterimanya membuatkan dia serba tak kena. Takut pun ada juga. Yang pastinya semua mesej dan surat itu ada kaitan dengan hubungan rapatnya dengan Khairudin.
“Khairudin cakap apa?” Tanya Nasha.
“Aku tak ceritapun dengan dia.” Jawab Karmila.
“At least mintalah pandangan dia.” Cadang Nasha.
“Kau rasa perlu ke aku beritahu dia? Aku cerita ni pun dengan kau je. Famili aku pun tak tahu. Aku taknak mama risau.” Karmila meminta pandangan.
“Ini bukan perkara kecik tau. Lagipun hal ini ada berkaitan dengan Khairudin. Ada orang yang tak suka hubungan baik kau dengan Khairudin. Kau lupa kes 2 bulan lepas?”
“Kes apa?” Karmila ‘blur’.
“Kes mamat yang serang Khairudin tu. Yang mengaku dia tu ‘boyfriend’ kau. Dia warning Khairudin jauhkan diri dari kau.”
“Itu kes salah orang kot.” Komen Karmila.
“Jangan ambil ringan hal ni. Kes kau ni lebih dahsyat dari kes Khairudin tu.” Nasihat Nasha serius.
“Aku rasa mesti orang ni syok habis kat Khairudin. Sebab tu sanggup hantar mesej ugutan macam ni.” Tafsir Karmila.
“Atau orang ni peminat fanatic kau.” Nasha pula membuat tanggapan. Karmila terdiam. Siapa? Takkan Rashid. Dia kan dah ada Rihana. Ada sebab kenapa susah dia nak terima Rashid dulu. Dan ada sebab kenapa dia risau bila Rihana bercinta dengan Rashid.
Karmila terdiam memikirkan kata-kata Nasha. Siapa pula yang minat fanatic sampai macam tu. Kalau yapun, ‘gentleman’ lah sikit. Ini main ugut-ugut pulak. Yang aku ni pun degil. Dah kena ugutpun buat tak tahu je. Nak juga terus berkawan dengan Khairudin. Tak mahu kehilangan kawan macam dia. Kawan? Mungkin aku sebenarnya anggap dia lebih dari seorang kawan. Apa agaknya reaksi dia nanti? Sanggupkah dia hadapi semua ini bersama-sama aku?
Pulang dari London, Khairudin sudah sedia menunggu di lapangan terbang. Dari jauh mereka sudah saling bertukar senyuman. Bagaikan sudah terlepas satu beban kerinduan. Mungkin betul kata Nasha. Mungkin dia perlu kongsikan cerita dengan Khairudin. Mungkin dia ada akal yang lebih bernas untuk menangani hal ini. Ish, kenapa dengan aku ni? Siapa dia pada aku? Penting sangatkah dia dalam hidup aku?
“Kenapa ni? Dari tadi asyik curi pandang saya je. Rindu yer?” Khairudin yang sedang memandu bersuara. Sekilas menoleh dan tersenyum.
“Saya ada hal penting nak cakap ni.” Karmila bersuara.
“Hal apa? Dah bersedia untuk dipinang ke?” Usik Khairudin.
“Khai, saya seriuslah.” Karmila merengek manja. Sesuatu yang tak pernah dilakukan selama ini.
“Alah, comelnya dia merajuk.” Ejek Khairudin.
“Ada orang ugut nak bunuh saya.” Bicara Karmila.
‘Srrrreeeeeetttt……’………………………..’tiiiiiiinnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!’
Khairudin berhenti di bahu jalan. Air muka yang gembira tadi berubah menjadi serius. Karmila mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Dia menunjukkan pada Khairudin beberapa surat layang yang diterimanya. Dia juga menunjukkan mesej yang diterima melalui ‘handphone’.
‘Putuskan hubungan dengan Khairudin kalau kau mahu terus hidup.’ Itu salah satu mesej yang diterima. Agak lama Khairudin terdiam. Karmila tak tahu apa yang ada dalam fikiran Khairudin. Khairudin cuba memikirkan siapakah yang punya angkara ini. Adakah ini ugutan serius atau main-main. Apakah orang yang sama menyerangnya dulu. Mula-mula dia ganggu Khairudin, sekarang dia ganggu Karmila pula.
“Kita lapor polis.” Khairudin bersuara memberi cadangan. Karmila tak bersuara.
“Kalau ini ugutan main-main, bukan ke kita dah menyusahkan pihak polis.” Karmila seakan tidak setuju.
“Kalau serius?” Balas Khairudin. Karmila kembali terdiam.
“Karmila, saya sayangkan awak. Saya tak nak apa-apa yang buruk berlaku pada awak.” Luah Khairudin. Karmila memandang lelaki di sebelahnya itu
“Kita jumpa polis, minta nasihat. Kita jumpa pakcik saya. Awak ingat kan, pak long saya.” Pujuk Khairudin. Karmila akhirnya setuju. Tapi, dia minta pergi esok kerana dia keletihan.
Balai Polis
“Selama ni tiga minggu ni ada apa-apa yang berlaku?” Tanya DSP Rahman selepas mendengar dan membaca surat-surat yang diterima Karmila.
“Tak ada. Cuma kadang-kadang saya rasa macam ada orang ikut saya.” Cerita Karmila.
“Pak Long akan siasat perkara ni. Walaupun ini mungkin hanya ugutan main-main, kamu tetap perlu berhati-hati. Kalau boleh elakkan jalan berseorangan.” Nasihat DSP Rahman.
“Dia ni memang pak Long. Suka jalan sorang-sorang. Pergi London pun sorang-sorang.” Komen Khairudin.
“Eh, mana pulak sorang-sorang. Saya pergi dengan Nasha.” Bidas Karmila.
“Yelah, pergi sama-sama. Dia balik awal kan?” Balas Khairudin.
“Dah sudah tu. Kahwin je cepat. Lepas tu berkepitlah 24 jam.” Celah DSP Rahman. Karmila dan Khairudin saling berpandangan. Terdiam. Kemudian, ketawa. DSP Rahman hanya menggeleng kepala.
Karmila sudah menunggu dalam kereta. Khairudin masih berbincang sesuatu dengan pak Longnya. Tak tahulah apa yang dibicarakan. Khairudin masuk ke dalam perut kereta. Tersenyum memandang Karmila. Lain macam je senyuman Khairudin ni. Khairudin mengajak Karmila singgah di Han’z Café. Karmila setuju memandangkan dia tiada tugasan waktu itu.
“Kalau awak kerja dengan saya kan senang. Depan mata saya hari-hari.”
“Hmmm…nanti lama-lama bosan.” Komen Karmila.
“Saya tak pernah bosan dengan awak.”
“Yelah tu.” Balas Karmila.
“Saya rasa kita memang patut kahwin.” Luah Khairudin tanpa selindung lagi. Karmila terkedu melihat wajah Khairudin yang serius.
“Saya sayangkan awak. Saya nak jaga awak seumur hidup saya. Kalau boleh nak sentiasa bersama awak. Dalam susah mahupun senang. Kita hadapi segalanya bersama.” Tambah Khairudin. Karmila tahu lelaki di hadapannya ini tidak bermain-main dengan kata-katanya.
“Kenapa awak diam? Awak tak suka saya ke?” Soal Khairudin bila dilihat Karmila membisu tanpa suara.
“Saya suka awak. Awak baik. Saya akui, saya selesa bersama awak. Dan sekarang ni saya rasa selamat bersama awak. Cuma…saya ni….”
“Tak pandai masak?” Pintas Khairudin mengusik.
“Awak kan ada. Awak boleh masak untuk saya hari-hari kan?” Balas Karmila.
“So, maknanya awak setujulah ni?” Soal Khairudin menguji.
“Awak perangkap saya eh?” Karmila terjerat dengan permainan kata-kata Khairudin.
“Mana ada.” Nafi Khairudin. Ketawa. Karmila mencebik. Khairudin ketawa lagi.
“Awak serius ke ni?” Soal Karmila. Kali ini dia pula yang serius.
“I’m serious. Kita sama-sama ada kekurangan. Kita baiki dan terima seadanya.” Balas Khairudin ikhlas.
“Awak sanggup ke nak jaga saya?” Tanya Karmila lagi.
“Saya sanggup apa saja. Itu janji saya.” Lafaz Khairudin ikhlas.
Mereka akhirnya membuat kata sepakat. Khairudin memandu kereta menuju ke rumah orang tua Karmila. Sudah tertulis, memang ini jodoh mereka. Hampir setahun berkenalan dan berkawan rapat. Khairudin menyampaikan hasrat hatinya yang ingin disatukan dengan Karmila. Dan dia berjanji akan meminta orang tuanya datang merisik mengikut adat. Dan mereka pun tak mahu bertunang terlalu lama.
“40 hari dari sekarang.” Tempoh dijanjikan. En. Abdul Razak dan puan Siti Haida tersenyum gembira. Anak bongsu mereka akan menjadi isteri orang tidak lama lagi.
“Tahniah.” Ucap Arief.
“Thanks.” Balas Khairudin.
“Aku doakan kau bahagia.” Tambah Arief.
“Bila dia cakap setuju, aku lah orang yang paling gembira dalam dunia ni.” Luah Khairudin gembira.
“Minggu depan kami nak menziarah kubur Arina.” Beritahu Khairudin.
“Karmila okey ke?” Arief ragu-ragu.
“Dia yang beria nak pergi. Aku pernah bercerita tentang arwah pada dia.” Jawab Khairudin.
Nasha terkedu seketika mendengar khabar itu. Karmila begitu nekad. Tidak terlalu cepatkah membuat keputusan? Dia tak takut ke si pengugut akan bertindak di luar jangkaan? Mungkin dia akan naik berang kerana kedegilan Karmila. Karmila yakin dengan keputusannya. Dia yakin demi cinta akan tersembunyi hikmahnya. Macam lirik lagu Siti Nurhaliza pulak.
“Ni ada surat. Ntah-ntah surat layang lagi.” Nasha menghulurkan sepucuk sampul surat kepada Karmila. Karmila mencapainya. Ada sekeping gambar. Agak lama Karmila merenung gambar itu.
“Eh, kenapa?” Tanya Nasha. Karmila menunjukkan kepada Nasha gambar tersebut.
“Rihana dan Rashid? Seorang ni siapa?” Nasha tak faham.
“Ini kalau tak silap aku, lelaki yang serang Khairudin. Khai sempat ‘snap’ gambar dia.” Cerita Karmila.
“Rihana!” jerit Nasha.
“Eh, tak payahlah panggil dia.” Karmila cuba menghalang Nasha.
“Karmila. Kau kena tahu hal sebenar. Kalau dia ada kaitan dengan lelaki ini. Tak mustahil dia juga yang hantar ugutan tu.” Balas Nasha geram.
“Rihana!” Jerit Nasha lagi.
“Ya! Aku datang ni.” Rihana keluar dari biliknya. Nasha menghulurkan gambar itu.
“Kau yang suruh dia serang Khairudin kan?” Soal Nasha keras.
“Nasha..” Karmila cuba menahan Nasha terus bertanya. Rihana terkedu.
“Kenapa diam? Sebab kau tahu kau salah kan? Mengaku sajalah.” Desak Nasha.
“Ya, memang betul. Tapi, kami cuma main-main.” Rihana akhirnya mengaku.
“What? Main-main? Apa motif kau?” Marah Nasha.
“Apa salah aku pada kau? Sebab aku tak suka kau kawan dengan Rashid? Sekarang kau tahu kenapa aku tak suka kau kawan dengan dia. You are not you anymore.” Luah Karmila kecewa. Lantas berlalu masuk ke biliknya. Panggilan Rihana tidak dipedulikan.
“Masa kau datang sini dulu, kau tak ada apa-apa. Dia anggap kau macam adik dia. Dia ambil kau kerja dengan dia. Dia ajar kau sampai kau ‘expert’ dengan kerja kau sekarang. Dia bagi kau tempat tinggal, bagi gaji lebih dari yang sepatutnya…macam-macam dia dah buat untuk kau. Tergamak kau buat macam ni pada dia.” Marah Nasha. Rihana menangis.
“Buat apa kau nak menangis? Jangan-jangan kes ugut tu pun kau punya kerja.”
“Ugut??” Rihana terkejut.
Rihana memecut keretanya laju. Rashid sudah tiba di tempat yang dijanjikan. Rihana mendesak Rashid untuk berjumpa. Rashid melihat Rihana berjalan menuju ke arahnya. Air mukanya tidak manis. Pasti ada sesuatu yang tak kena.
“You cakap betul-betul dengan I. Memang betul kan you suka boss I?” Tanya Rihana tiba-tiba.
“Apa you merepek ni?” Rashid tak faham.
“You cakap nak main-main je. Sebenarnya you ada motif lain. You memang sukakan boss I. You yang hantar gambar ni kan? You yang hantar ugutan-ugutan tu semua kan?” Rihana mendesak Rashid mengakuinya. Rashid terdiam.
“Dia dah lapor polis.” Beritahu Rihana. Rashid terkejut.
“I mengaku, memang I pernah sukakan dia. I jealous bila dia kawan dengan Khairudin tu. Dulu bukan main susah I nak ‘tackle’ dia. I mengaku, I cuma nak balas dendam. But, their love is too strong. I admit, I dah kalah. But, please you got to trust me. I tak pernah ugut sesiapa.” Akui Rashid.
“You used me. You used me to get her attention. But you failed. You deserved it. I yang bodoh sebab percayakan you. From now, we are finish. I hate you.”
“Rihana dengar dulu. Memang I sukakan dia, tapi itu dulu. I love you.” Rashid cuba menghalang Rihana pergi.
“Forget it. Forget about me. And forget about Karmila. She’s getting married.” Rihana terus berlalu pergi dari situ. Bersama titisan airmata yang merembes di pipi. Sedih mengenangkan kebodohan diri sendiri. Sedih kerana diia mungkin akan kehilangan sahabat yang baik seperti Karmila.
Puan Siti Haida menemankan anak bongsunya memilih barang untuk dibuat hantaran. Khairudin turut ada sama. Khairudin tersenyum ceria. Dia bahagia dengan pilihannya. Tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan dari jauh. Api cemburu kian marak. Tidak! Khairudin dan Karmila tidak boleh bersatu. Khairudin terkejut mendengar satu bunyi bising. Dia menoleh. Tong sampah jatuh bergolek. Seolah dilanggar seseorang. Namun, Khairudin tak nampak sesiapapun di situ.
Barang-barang sudah dimasukkan ke dalam booth kereta. Kereta puan Siti Haida sudah meluncur pergi. Khairudin sedang menanti dalam kereta. Karmila baru nak buka pintu…tiba-tiba…
“Rashid??” Karmila terkejut apabila Rashid tiba-tiba muncul di situ dan menghalang Karmila masuk ke dalam perut kereta. Khairudin pantas meluru keluar dari kereta.
“Kenapa ni?” Marah Khairudin sambil mendorong Rashid jauh dari Karmila.
“Please, aku nak cakap sikit.” Mohon Rashid.
“Kau nak apa?” Tanya Karmila.
“Aku mengaku memang aku salah. Tapi, tolong aku. Tolong aku pujuk Rihana maafkan aku.” Pinta Rashid.
“Sudahlah. Aku dah tak percayakan kau berdua. Kawan yang khianat kawan.” Karmila malas nak layan. Dia terus masuk ke dalam perut kereta.
“Kau pergi dari sini.” Arah Khairudin. Dia masuk semula ke dalam perut kereta. Kereta terus meluncur pergi. Rashid menjerit geram.
Tersenyum sinis. Inilah masanya. Aku akan dapatkan apa yang aku mahukan. Di kawasan yang sunyi. Khairudin dan Karmila melangkah masuk ke kawasan perkuburan itu. Langkah Karmila terhenti kerana tertinggal naskah Yassiin dalam kereta. Khairudin nak ikut berpatah balik, tapi Karmila menyuruhnya pergi dulu. Khairudin memulakan dengan al-fatihah dan beberapa surah lazim. Hatinya mula rasa tak sedap hati. Kenapa lama sangat Karmila di kereta? Tiba-tiba pandangannya kelam. Khairudin tidak sedarkan diri. Sehinggalah…..
Karmila tersedar. Matanya ditutup dengan kain. Terasa tangan diikat ke belakang. Kaki terikat di kerusi yang didudukinya. Karmila cuba mengingati apa yang berlaku. Sewaktu berpatah balik ke kereta tiba-tiba ada tangan yang menekup mulutnya. Tangan yang beralas kain itu telah menyebabkan Karmila tidak sedarkan diri. Mungkin kesan dari klorofom yang disedut baunya sebentar tadi. Kepalanya rasa berdenyut-denyut. Pening dibuatnya. Siapa pula yang punya kerja ni? Rashid ke? Memang dia nampak tak puas hati semalam bila Karmila langsung tak pedulikannya. Terdengar bunyi daun pintu terkuak. Bunyi tapak kaki menapak masuk.
“Siapa kau? Kau nak apa?” Tanya Karmila. Satu suara ketawa. Karmila yakin, dia kenal suara itu.
“Aku.” Jawab suara it lalu membuka kain yang menutup mata Karmila.
“Kau?” Karmila terkejut apabila tekaannya tepat.”
“Ya, aku!”
“Kenapa?” Karmila ingin tahu sebabnya.
“Kerana kau dah rampas hak aku. Aku dah suruh kau putuskan hubungan dengan Khairudin. Kau degil.” Jawab penculik itu.
“Aku tak faham.” Karmila tak faham.
Khairudin tersedar dari pengsan. Kepala terasa sakit yang amat sangat. Terdengar namanya dipanggil. Khairudin teringat Karmila. Bagaimana keadaan Karmila? Khairudin cuba bangun. Terasa ada seseorang membantunya.
“Jangan bimbang. Pihak polis sedang menuju ke tempat Karmila ditahan.” Beritahu lelaki itu. Dia cuba mengingati siapa lelaki itu.
“Saya Razlan. Encik upah saya dan partner saya untuk awasi encik dan tuning encik.” Razlan mengingatkan. Ya, baru Khairudin teringat. Atas nasihat pak Longnya, Khairudin mengupah dua orang penyiasat persendirian untuk mengawasi dia dan Karmila. Untuk mengetahui siapa yang asyik mengekori Karmila.
“Karmila macam mana??” Tanya Khairudin yang sudah semakin pulih ingatannya yang sedikit terganggu akibat pukulan yang amat kuat sebentar tadi.
“Saya dah beritahu polis. Kawan saya ekori orang yang culik cik Karmila.” Beritahu Razlan.
“Jom kita ke sana.” Paksa Khairudin.
“Tapi, encik tak sihat lagi ni.”
“Saya tak kisah tu semua. Saya mesti pastikan Karmila selamat.” Khairudin tidak peduli. Dia cuba bangun. Rebah sekali lagi.
Sementara itu.
“Kau dah gila ke?” Tanya Karmila keras.
“Memang aku gila. Kerana kau, dia sisihkan aku. Dia hak aku.” Marah si penculik.
“Hak apa yang kau maksudkan? Takkan kau cintakan dia kot?” Karmila mula tak faham.
“Ya, memang aku cintakan dia.” Akuinya.
“Dia tu lelakilah.” Tegas Karmila.
“Aku peduli apa?”
“Kau tak takut dosa ke?” Balas Karmila.
“Dah banyak dosa yang aku buat. Kau ingat macam mana Ariana boleh ‘accident’? Siapa yang hantar gambar pada kau. Aku yang rancang semuanya. Kau memang degil kan. Hari ni kau akan terima nasib yang sama seperti Ariana.” Lelaki itu menghampiri Karmila sambil memegang sebilah pisau yang tajam. Karmila hanya berdoa agar Allah menghantar penyelamat.
“Jangan bergerak.” Polis menyerbu masuk. Arief terkejut.
Khairudin tersedar sekali lagi. Dia membuka matanya perlahan. Karmila tersenyum. Khairudin terus duduk. Rasa macam nak peluk. Nasib baik masih waras lagi walaupun teruk juga kepalanya dipukul tadi. Dia rasa syukur sangat kerana Karmila selamat. Karmila menceritakan segala-galanya. Itupun kerana Khairudin mendesak. Ikutkan hati, Karmila mahu biarlah Khairudin betul-betul dah pulih.
“Sorry. Sebab saya awak jadi macam ni. Saya tak sangka Arief macam tu. Susah juga bila dah baik sangat dengan orang ni. Kalau macam ni saya memang kena cepat-cepat kahwin.”
“Awak masih nak kahwin dengan saya?” Tanya Karmila.
“Saya yang patut tanya awak soalan tu. Awak masih nak kahwin dengan saya? Setelah apa yang awak alami, awak masih sudi jadi isteri saya?” Soal Khairudin serius.
“Saya nak tuntut janji.” Jawab Karmila.
“Janji?” Khairudin tak faham.
“Awak janji akan jaga saya sehingga akhir hayat awak.” Jelas Karmila. Khairudin tersenyum.
“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Soal Karmila.
“Kerana cinta kita, cinta sejati. Cinta kita, cinta yang direstui. Dan hubungan cinta kita wajib dihalalkan. Dan yang paling penting, hubungan cinta kita bukan hubungan cinta yang terlarang.” Jawab Khairudin ikhlas.
“Yang terlarang itulah godaan.” Kata Karmila.
“Kita ada 10 hari lagi untuk halalkan hubungan kita. Kita hapuskan segala yang terlarang.”
Siap: 15.10.2012
Done editing: 13.02.2016
Comments
Post a Comment