Skip to main content

KAU TERISTIMEWA

-KAU TERISTIMEWA-

Jari-jemari Zulkarnain masih lagi laju menekan papan kekunci komputer di hadapannya. Telefon di atas meja berbunyi. Lampu hijau menyala tanda panggilan dari setiausahanya. Zulkarnain menekan butang ‘speaker’. Amira memberitahu tetamu yang dinanti sudah tiba. Zulkarnain mengarahkan Amira mengiringi tetamu-tetamunya itu masuk. Amira akur arahan Zulkarnain. Diana, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama Faizal, wakil dari Rumah Seri Kenangan. Dua orang tetamu yang sudah dikenali. Hmm…siapa pulak seorang lagi ni? Cantik….
“Encik Zul..” Panggilan Faizal menyintak lamunan Zulkarnain yang entah ke mana perginya sebentar tadi. Terpaku menatap wajah gadis yang masih tidak diketahui namanya. Dan kenapa dia di sini.
“Amboi, lamanya merenung.” Usik Diana. Zulkarnain tersengih. Gadis itu hanya mengukir senyuman di bibir. Manisnya. Alamak, dah kenapa dengan perasaan aku ni? Zulkarnain sedikit tidak tentu arah.
“Inilah cik Zulaikha” Beritahu Faizal sambil memperkenalkan nama gadis itu.
“Ooooh….inilah cik Zulaikha. Selalu dengar nama saja. Hari ni baru dapat jumpa orangnya.” Balas Zulkarnain.
“Cik Zu janganlah salah faham ya. Saya tengok muka cik Zu ni saya teringat seseorang. Maksud saya seolah kita pernah berjumpa sebelum ni. Sebab tulah lama saya merenung. Cuba nak ingat-ingat balik siapa cik Zu ni.” Jelas Zulkarnain tanpa dipinta. Hmmm…..tiba-tiba je alasan tu terkeluar dari mulut Zulkarnain. Diana dan Faizal tersenyum mengusik. Zulaikha hanya tersenyum. Aaaah…cair lagi.
“Berbalik pada urusan kita. Saya serahkan pada Zulaikha untuk jelaskan.” Faizal memandang Zulaikha.
“Untuk RM50,000 yang en.Zulkarnain sumbangkan tu saya dah buat renovation di rumah Seri Kenangan tu. Tempat tinggal lebih selesa dan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik dari sebelum ni. Dan sumbangan RM200,000 tu saya dah buat proposal untuk membina rumah kebajikan kanak-kanak seperti yang encik mahukan. Lokasi, saya ada tiga pilihan. Ini proposalnya. Encik boelh baca sambil saya berikan penerangan lebih terperinci.”
Zulaikha petah berbicara. Zulkarnain mendengar dengan penuh teliti. Dalam diam Zulkarnain mula meminati gadis itu. Walaupun wajahnya tidak secantik ratu dunia, mahupun seindah ratu Malaysia..hihihihi…tapi menatap wajahnya, hati jadi tenang. Seolah satu pencarian sudah bertemu kesudahan…entahlah, Zulaikha terlalu istimewa di matanya. Dalam usia yang sudah mencecah 32 tahun ini, inilah kali pertama Zulkarnain merasakan satu perasaan yang amat berbeza.
“First of all, please yer Zulaikha, janganlah berencik-encik dengan saya. Rasa formal sangat. Panggil saja saya Zul. Atau abang Zul lagi bagus.” Zulkarnain tersenyum mengusik. Zulaikha tersenyum sedikit.
“Saya suka dengan proposal awak ni. It’s perfect. Saya rasa takda apa yang perlu saya ubah atau tambah. Saya pilih lokasi 1. Sesuai sangat tempat tu.” Komen Zulkarnain. Diana dan Faizal tersenyum. Zulaikha turut tersenyum. Zulkarnain cair lagi.
6 bulan berlalu.
“Assalamua’laikum, Zu. Good morning sis.” Sapa Zulkarnain.
“Wa’alaikumussalam. Good morning. Awal abang Zul sampai.”
“Abang takut terlambat.” Alasan Zulkarnain. Walhal dalam hatinya berkata, ‘tak sabar nak jumpa Zu’
“Ada apa-apa yang boleh abang tolong?”
“Hmmm…rasanya semua dah settle. Tinggal tunggu para tetamu datang jek.” Jawab Zulaikha. Mereka duduk bersebelahan. Zulkarnain memandang kearah Zulaikha yang masih tajam matanya mengadap computer riba di hadapannya. Masih mengemaskini ‘slide-show’ yang akan ditayangkan semasa majlis pelancaran Rumah Anak-Anak Yatim sebentar lagi.
“Boleh abang Zul tanya sesuatu?” Zulkarnain membuka bicara.
“Tanya jelah, Zu tak minta bayaran pun.” Balas Zulaikha. Zulkarnain tersenyum.
“Abang tengok Zu banyak habiskan masa untuk kerja-kerja kebajikan ni. Zu ni kerja apa sebenarnya?” Tanya Zulkarnain ingin tahu.
“Inilah kerja Zu sepenuh masa.”
“Setahu abang, kerja-kerja ni bukannya ada gaji pun.”
“Kenapa? Abang ingat Zu seleweng ke?
“Eh, bukan macam tu maksud abang?” nafi Zulkarnain. Zulaikha tersenyum.
“Zu ada family business. Kami ada 5 restoran mewah. Itu yang menampung kehidupan Zu dan mak.” Jelas Zulaikha.
“5?!....wah, mesti Zu ni anak orang kaya kan?”
“Hmmm….mungkin kot. Tapi, yang kaya pun ‘parents’ Zu. Bukan Zu.” Balas Zulaikha.
Semakin hari semakin saying. Zulkarnain benar-benar menyukai Zulaikha. Mungkin sudah benar-benar jatuh cinta. Namun lidahnya masih kelu untuk meluahkannya. Isi hati yang terpendam ini membuatkan hatinya sering merindu. Zukarnain takut kalau-kalau cintanya ditolak. Zulaikha pernah berkata yang Zulkarnain dah macam abangnya. Mungkin kerana itu dia melayan Zulkarnain dengan baik. Zulkarnain tak mahu begitu cepat mentafsir.
Orang tuanya pun dah sibuk bertanyakan soal jodoh. Bukan Zulkarnain tak pernah bercinta. Namun, perbezaan taraf yang sering ibubapanya jadikan alas an. Jodoh yang dipilih orang tuanya takda seorangpun yang berkenan di hati. Dengan memiliki lima restoran mewah, mungkin itu boleh dijadikan tiket untuk memancing hati orang tuanya menerima Zulaikha.
“Cinta? Mana ada. Zu anggapa dia abang sajalah mak.” Nafi Zulaikah bila emaknya membangkit soal percintaan anak tunggalnya itu.
“Mak tengok cara dia tu macam lebih dari itu.” Kata puan Azura.
“Kalau betulpun, itu hak dia. Zu tak boleh nak halang kehendak perasaan orang lain.” Balas Zulaikha.
“Kalau bukan dengan Zulkarnain tu Zu takda perasaan cinta, macam mana pulak dengan orang lain. Tak ada ke mana-mana jejaka yang dah mencuri hati anak mak ni?” Puan Azura merisik ingin tahu.
“Buat masa sekarang ni, cinta tu tak penting mak. Yang penting, Zu puas dengan apa yang Zu ada sekarang ni. Dan yang paling penting, mak ada dengan Zu. Itu saja sudah cukup membahagiakan Zul.” Jawab Zulaikha lalu memeluk ibunya. Puan Azura terharu. Pantas Zulaikha mencium pipi ibunya. Insan yang telah menjaga dan membesarkannya. Kalaulah ayah masih ada…………..
Begitulah Zulaikha. Baginya cinta itu tidak penting. Atau mungkin egonya yang menafikan perasaannya untuk menerima sebarang cinta. Yang pastinya, Zulaikha ada alasannya sendiri.
* * *
Zulaikha tiba di tempat yang dijanjikan tepat pada waktunya. Zulkarnain sudah sedia menanti dengan penuh setia. Mereka bertukar senyuman. Zulaikha membuat pesanan minuman yang sama seperti pilihan Zulkarnain. Kebetulan, selera mereka banyak yang sama. Mungkinkah ini dinamakan jodoh? Air kegemaran mereka ialah air kelapa muda.
“Apa hal penting sangat yang abang nak beritahu?” Zulaikha membangkitkan tujuan asal pertemuan mereka petang ini.
“Zu. Abang nak berterus-terang dengan Zu. Abang Zul harap Zu dengar dulu dengan tenang apa yang abang nak cakapkan ni.” Zulkarnain mula bicara. Zulaikha diam sahaja. Zulaikha seakan dapat membaca apa yang ada di dalam hati Zulkarnain. Takper, berikan dia masa. Zulaikha hanya mendengar dengan tenang.
“Sejak kali pertama kita berjumpa, perasaan abang jadi lain sangat. Abang tak boleh nak lupakan senyuman Zu. Selama kita berkawan hampir setahun ni, abang rasa lain. Zu istimewa di hati abang. Abang sebenarnya dah jatuh cinta. Abang harap sangat Zu dapat terima abang. Abang….”
“Cukup abang Zul.” Pintas Zulaikha. Zulkarnain terhenti.
“Zu faham maksud abang Zul. Macam Zu pernah cakap dulu, Zu anggap abang Zul macam abang . dan perasaan tu tak pernah berubah. Kasih sayang Zu pada abang, tak lebih dari perasaan seorang adik. Terima kasih kerana mencintai Zu. Tapi, Zu minta maaf. Zu tak bersedia lagi untuk semua itu.” Luah Zulaikha. Zulkarnain terkedu.
“Bukan kerana abang Zul. Tapi, Zu yang tak bersedia lagi untuk bercinta. Ya, 28 tahun memang bukan usia yang muda lagi. Cuma, Zu tak perlukan cinta buat masa ni. Cukuplah kita sebagai kawan. Sebagai adik beradik.” Tambah Zulaikha. Zulkarnain masih terdiam.
“Bukannya Zu tak nak beri peluang pada abang ataupun diri sendiri. It’s just not the time yet.” Sambung Zulaikha. Kedua-duanya membisu sesudah itu. Hati rasa sebak. Zulkarnain tak tahu kenapa airmatanya bagai nak keluar. Egonya kuat mempertahankan airmata itu dari gugur. Zulkarnain menghela nafas panjang.
“Zu…Abang Zul takkan paksa Zu. Abang cuma luahkan apa yang abang rasa. Memang abang Zul kecewa. Tapi, hubungan akrab kita harapnya berterusan. Zulkarnain memecah kesunyian.
“Terima kasih abang Zul kerana memahami Zu. Abang memang seorang lelaki yang baik.
“Abang Zul harap, bila hati Zu dah terbuka untuk bercinta nanti, abang Zul orang pilihan Zu.” Zulkarnain masih berharap.
“Zu tak boleh janji apa-apa. Biar masa yang menentukan segalanya.” Balas Zulaikha.
Zulkarnain memandu pulang ke rumah. Kali ini egonya tiada lagi. Airmatanya mengalir laju. Dia sedar, Zulaikha itu terlalu istimewa di hatinya. Zulkarnain rasa begitu kecewa. Kecewa kali ini tidak sama seperti kecewa putus cinta berkali-kali sebelum ini. Kali ini bukan halangan ibubapa yang menjadi kegagalannya, tapi hati Zulaikha. Hatinya tidak bersedia menerima sebarang cinta. Zulaikha tidak mahu memberitahu lelaki yang bagaimana yang menjadi impian Zulaikha. Dia tak mahu Zulkarnain memaksa diri untuk berubah.
“Kenapa dengan anak mama ni? Sejak akhir-akhir ni asyiklah termenung. Ada sesuatu yang tak kena ke?’ tegur datin Maznah.
“Frust bercintalah tu.” Celah dato’ Zaidi.
“Zul kecewa sangat. Kenapa Zul gagal?” Luah Zulkarnain, anak tunggal dato’ Zaidi dan datin Maznah. Datin Maznah tak faham. Memandang suaminya, dalam erti kata lain meminta pandangan.
“Dengan siapa pulak kali ni?” Tanya dato’ Zaidi.
“Pengarah Projek yang Zul pernah cerita dengan papa dan mama tu. Zulaikha. Dia tolak cinta anak mama ni.” Jelas Zulkarnain.
“ Dia ni istimewa sangat. Apa yang Zul impikan ada pada dia.” Tambah Zulkarnain.
“Jangan jadi bodoh Zul. Banyak lagi perempuan lain kat luar sana yang berebut-rebut nakkan Zul. Siapa dia yang tinggi sangat harga cinta dia tu. Ayah boleh carikan.” Bicara angkuh dato’ Zaidi.
“Papa dah lupa? Kerana pangkatlah anak papa ni tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Dulu, Khadijah tu ‘lawyer’. Papa reject sebab ayah dia pemandu teksi. Aida, papa tolak mentah-mentah sebab dia tu anak orang gaji kenalan papa. Papa reject setiausaha saya, Suzana. Walaupun Zulaikha tu bukan dari keluarga berpangkat seperti yang papa harap-harapkan, dia tu yang paling istimewa di hati anak papa ni. Emak dia telah mendidiknya menjadi seorang anak yang sempurna di mata Zul.” Tegas Zulkarnain.
“Baiklah. Papa cabar Zul. Kalau Zul berjaya lamar dia jadi isteri Zul, papa akan berikan apa saja yang Zul mahukan.” Cabar dato’ Zaidi.
“Zul sahut cabaran papa.” Tekad Zulkarnain.
* * *
Zulkarnain membantu puan Azura mengangkat barang-barang yang baru dibeli di pasaraya itu. Bila semua sudah dimasukkan dalam booth kereta, Zulkarnain menghantar puan Azura pulang ke Rumah Seri Kenangan. Di situlah puan Azura sering habiskan masa memandangkan Zulaikha sibuk dengan tugasan hariannya. Nak tinggal di rumah, bosan pula.
“Makan apa tengahari ni makcik?” Zulkarnain memulakan perbualan.
“Nasi ayam.” Jawab puan Azura.
“Wah, hebatlah makcik ni. Macam-macam makcik pandai masak.” Puji Zulkarnain.
“Makcik tukang beli barang saja. Orang lain yang masak.” Balas Puan Azura.
“Tapi, makcik memang pandai masak kan?” Tafsir Zulkarnain.
“Bolehlah sikit-sikit.”
“Bos restoran kan. Mestilah pandai masak.” Tambah Zulkarnain. Puan Azura tersenyum.
“Restoran-restoran tu hasil kerja Zulaikha dan arwah suami makcik. Sebelum pencen, makcik sibuk kat hospital.” Jawab puan Azura.
“Ya tak ya. Zu ada cerita yang makcik ni dulu ‘nurse’ di wad bersalin. Jangan-jangan masa saya lahir dulu makcik yang sambut. Saya lahir di hospital yang sama tempat makcik kerja tu.” Cerita Zulkarnain, menambah rancak perbualan mereka.
Mereka terus berbual. Zulkarnain menghabiskan masa seharian di situ untuk membantu puan Azura. Tugasan di pejabat diserahkan pada pembantunya. Berbual-bual dengan emak Zulaikha. Ingin mengenali gadis itu melalui kaca mata insan yang menjaganya sejak masih merah lagi.
“Untung Zu. Walaupun makcik bukan ibu kandung dia, makcik jaga dia dengan baik. Dah macam anak sendiri.” Puji Zulkarnain. Puan Azura terdiam. Seolah tidak setuju dengan pujian itu. Zulkarnain tak faham kenapa.
“Makcik malu dipuji begitu Zul. Makcik ni taklah sebaik yang Zul sangkakan. Zulaikha tu dilahirkan buta. Kerana itulah ibubapa kandung dia tak mahu dia. Makcik setuju jaga dia dulu sebab makcik ditawarkan wang RM50,000.”
“Buta?!” Zulkarnain terkejut.
“Arwah suami makcik yang banyak menjaga dia. Masa arwah suami makcik meninggal dunia, Zulaikha berusia 15 tahun. Dan mata Zulaikha sekarang ni adalah mata suami makcik. Itulah antara bukti betapa sayangnya suami makcik pada Zulaikha. Masa tulah baru makcik sedar, kasih sayang yang terjalin antara kami.” Terhenti. Airmata puan Azura mengalir.
“Duit RM50,000 tu suami makcik laburkan sedikit demi sedikit. Dari situlah kami dapat keuntungan dan buka restoran. Alhamdulillah, kerana keikhlasan arwah suami makcik, satu demi satu restoran mewah dibuka. Makcik ni Cuma menumpang tuah je.” Tambah puan Azura.
“Emak, kenapa cakap macam tu.” Tiba-tiba sahaja Zulaikha muncul di situ. Menyeka airmata ibunya.
“Hati mak sebenarnya lebih mulia. Bermula dengan kerana wang, diikuti simpati dan akhirnya lahir kasih saying. Itu lebih mulia daripada ibubapa kandung yang sanggup biarkan anaknya semata-mata kerana kecacatan anaknya. “ Balas Zulaikha.
“Betul tu kata Zu tu makcik. Kalau saya, saya pun malu nak mengaku mereka ibubapa saya.” Celah Zulkarnain. Zulaikha memandang Zulkarnain. Mereka bertukar senyuman.
“Jadi, kerana itu Zu tolak cinta abang? Kerana sejarah silam Zu?” tafsir Zulkarnain.
“Zu memang belum bersedia. Tak ada alasan lain. Kalau kita betul-betul cintakan seseorang tu, kita takkan peduli apa pun kisah silam dia kan? So, itu sedikit pun tak mengganggu Zu. Zu sentiasa sedar diri Zu.”
“Zu nak cari mereka?” Tanya Zulkarnain lagi.
“Kalau difikirkan, buat apalah Zu nak cari mereka. Mereka dah buang Zu. Tapi, lambat laun Zu kena cari juga. Tapi, mak pernah cakap…dia boleh tolong dapatkan maklumat untuk cari mereka. Zu cakap pada mak tunggulah Zu nak kahwin nanti. Bila Zu perlukan seorang wali nanti. Mungkin sebab itulah Zu malas nak fikir soal cinta, kahwin apatah lagi. Apa yang penting, tujuan hidup Zu sekarang ni nak membahagiakan emak Zu.”
“Tapi, mak Zu mesti teringin kan tengok anak dia ni bersanding. Teringin juga nak bermenantu dan bercucu. Itupun akan membahagiakan dia.” Usik Zulkarnain. Zulaikha hanya tersenyum.
Zulkarnain pulang dengan hati ceria. Dia begitu yakin, Zulaikha akan menerimanya juga suatu hari nanti. Segala masalah boleh diselesaikan. Zulkarnain yakin dia akan menang dalam menyahut cabaran papanya.
***
Zulkarnain sudah bersedia dengan sejambak bunga mawar merah. Dia menunggu zulaikha di hadapan salah sebuah restoran milik Zulaikha. Sengaja tidak diberitahu kedatangannya nak buat kejutan kononnya. Dia mendapat tahu Zulaikha di situ selepas mendapatkan info dari puan Azura. Puan Azura yang tidak tahu tujuan Zulkarnain tidak banyak cakap, terus sahaja memberitahu Zulkarnain di restoran mana Zulaikha hari itu. Hari ini ulangtahun kelahiran Zulaikha. Zulkarnain menunggu di dalam keretanya. Mempraktiskan beberapa susunan ayat. Tersenyum bila ternampak Zulaikha. Senyumannya termati. Seorang lelaki yang kacak bergaya datang menghampiri Zulaikha bersama sejambak bunga yang sangat cantik. Memang kalah dengan jambangan bunga di tangannya sekarang ini. Zulaikha tersenyum. Nampak bahagia. Mereka berlalu dari situ. Zulkarnain tidak puas hati. Dia mengekori mereka.
“Thanks for the flowers. Hmmm…ntah dapat lagi entah tidak tahun depan.” Ungkap Zulaikha sambil menghidu harum bunga mawar merah itu.
“Janganlah cakap macam tu.” Balas dr.Rashid. Zulaikha tersenyum.
“So, Ika nak makan kat mana?” Dr. Rashid beralih topik.
“I’ll cook something for you today. Sedap ke tak sedap, Ash kena habiskan juga. Hadiah birthday Ika. Kita ke restoran pertama arwah ayah Ika.”
“Yelah, cik adik sayang. For your birthday.” Balas Dr. Rashid dengan nada redha. Zulaikha tersenyum bahagia.
Zulkarnain mengeluh geram, marah dan kecewa. Terlalu istimewakah lelaki itu pada Zulaikha? Zulaikha nampak begitu gembira. Siapa dia tu? Kenapa Zulaikha merahsiakan kebenaran ini? Kalau dia sudah ada kekasih hati, kenapa mesti rahsiakan kebenaran ini? Kenapa mesti memberi alasan belum bersedia menerima sebarang cinta? Apakah permainan Zulaikha? Kenapa insan istimewa di hatinya itu perlu menipu. Kenapa?
“Zu!” panggil Zulkarnain. Zulaikha yang baru sahaja mahu masuk ke dalam perut kereta menoleh. Dr.Rashid memandang tak mengerti. Siapa pulak lelaki ini? Mungkinkah ni Zulkarnain. Lelaki yang pernah Zulaikha ceritakan padanya sebelum ini.
“Siapa ni Ika?” Tanya dr.Rashid.
“Aku Zulkarnain.” Jawab Zulkarnain keras.
“Kenapa ni abang Zul? Kenapa nak marah-marah?” Tanya Zulaikha lembut.
“Kenapa Zu tak terus-terang saja dengan abang? Kenapa Zu mesti nak tipu abang? Kenapa tak cakap je yang Zu sebenarnya dah ada kekasih hati? Alasan Zu sebelum ni sebenarnya dah memberi abang harapan. Abang Zul kecewa. Zu terlalu istimewa di hati abang. Tergamak Zu buat abang macam ni.” Luah Zulkarnain kecewa.
“Abang jangan mengarut boleh tak. Dr. Rashid ni bukan kekasih Zu. Abang boleh tanya dia sendiri.” Zulaikha masih berlembut.
“Ya, betul.” Jawab dr. Rashid tanpa sempat menunggu Zulkarnain cakap apa-apa.
“Mak tak pernah cerita pun pasal Dr. Rashid . siapa sebenarnya dia ni? “ Zulkarnain tidak puas hati dengan jawapan itu.
“Abang Zul, tak semestinya abang baik dengan emak Zu, abang boleh tahu semua benda tentang Zu. Still, there will something that we can’t share.” Tegas Zulaikha.
“Abang Zul rasa, abang berhak tahu.” Tegas Zulkarnain.
“Ash, send me home please. Dah takde mood nak makan.” Zulaikha terus masuk ke dalam kereta. Panggilan Zulkarnain tidak dipedulikan. Dr. Rashid hanya akur pintaan Zulaikha.
Zulkarnain tak mengerti. Sebelum berlalu pergi tadi, Dr.Rashid ada berpesan sesuatu.
“Mak Zulaikha memang tak tahu pasal saya. Tapi, janganlah encik tanya apa-apa pasal saya pada makcik. Zulaikha tak suka.”
Kenapa? Mesti ada sebab kenapa Zulaikha rahsiakan hubungannya dengan dr.Rashid. siapa sebenarnya lelaki ini? Zulkarnain perlukan jawapan. Macam mana ni? Tentu waktu ini Zulaikha sedang marah. Tak pernah nampak Zulaikha marah macam tu. Zulkarnain tak senang duduk. Banyak perkara yang sedang bermain di fikirannya. Adakah mungkin kerana percintaan mereka terhalang. Zulkarnain bertekad, dia mahu bahagiakan Zulaikha. Walaupun mungkin kebahagiaan itu tidak bersamanya. Rasa kasih di dalam hatinya untuk Zulaikha sangat dalam. Kebahagiaan Zulaikha sudah menjadi kepentingan dalam hidupnya.
Zulkarnain tersenyum. Zulaikha setuju untuk bertemu mata dengannya. Puas Zulkarnain minta maaf melalui pesanan ringkas melalui ‘handphone’. Zulaikha pun tak tahu, kenapa hatinya mudah untuk memaafkan. Hakikatnya, Zulaikha bukanlah seorang yang pendendam. Dia sayangkan hubungannya dengan Zulkarnain. Zulkarnain sangat istimewa di hatinya. Seorang abang yang sangat mengambil berat perihalnya dan ibunya. Namun, Zulaikha tahu. Ini bukan perasaan cinta. Hanya perasaan kasih seorang adik untuk abangnya. Dia tak mahu Zulkarnain menaruh harapan. Atau mungkinkah hatinya terlalu ego untuk menerima sebarang cinta.
“Kenapa Zu tak terus-terang saja dengan abang?” soalan pertama Zulkarnain sebaik mereka bertemu.
“Kan Zu dah cakap. Antara Zu dan doctor Rashid tak ada apa-apa hubungan cinta pun. Kami hanya berkawan.” Balas Zulaikha tenang.
“Zu, please. Abang tahu Zu ada rahsiakan sesuatu dari abang. Kalau Zu anggap abang Zul ni abang Zu, beritahu abang.”
“Tak ada rahsianya.” Zulaikha masih menafikannya.
“Zu selalu cakap abang ni macam abang Zu sendiri. Sebagai abang, apa salahnya kalau Zu ceritakan masalah Zu pada abang Zul.” Zulkarnain tetap mahukan jawapan dari Zulaikha. Zulaikha terdiam.
“Zu. Bagi abang Zul, Zu adalah insan yang istimewa dalam hidup abang. Hati abang Zul takkan tenang selagi abang Zul tak tahu apa masalah Zu.” Luah Zulkarnain. Mata saling berpandangan. Zulaikha kalah dengan renungan redup itu.
“Doktor Rashid tu sebenarnya doctor yang sedang merawat Zu. Dia pakar kanser.” Akhirnya Zulaikha berterus-terang. Zulkarnain terkedu. Dia hilang kata-kata mendengar pengakuan itu. Susah nak percaya. Zulaikha nampak sihat. Tak mungkin. Namun, itulah hakikatnya.
“Mungkin abang Zul nampak Zu sihat je kan. Ye, memang Zu tahan sakit Zu. Zu tak nak mak susah hati. Sebenarnya Zu dah tak ada banyak masa. Zu ada impian abang Zul. Zu nak jumpa keluarga kandung Zu. Tapi, Zu taknak mak tahu. Zu tak nak mahu mak risau. Dr. Rashid yang sama-sama bantu cari keluarga Zu. Zu tak mahu apa-apa pun dari mereka. Cuma Zu nak beritahu mereka yang Zu dah nak mati.” Airmata Zulaikha mengalir.
“Manalah tahu kan. Tiba-tiba terbuka pintu hati mereka nak cari anak mereka yang dah dibuang ni dulu. Kalau masa tu Zu dah tak ada, kan dah tak berguna lagi. Biarlah Zu mengalah. Zu ni anak. Zu cuma nak mereka tahu keadaan Zu. Kalau mereka taknak mengaku Zu ni anak mereka pun Zu tak kisah. Yang penting mereka tahu keanaan Zu.” Airmata Zulaikha semakin laju mengalir. Zulkarnain terharu.
“Zu tak nak mak tahu Zu sakit. Zu tak nak tengok mak menangis. Sebenarnya Zu boleh nak cari mereka dengan mudah. Mak pernah cakap, kalau Zu dah bersedia nak jumpa mereka, tahu macam mana nak cari mereka. Mak tak pernah lupa wajah mereka. Dan mak cakap mak pernah jumpa mereka beberapa kali semasa emak masih jadi jururawat dulu. Mereka jugalah yang bertanggungjawab mak ditukarkan hospital tempat tugas.” Tambah Zulaikha.
“Zu, biar abang Zul tolong Zu.” Zulkarnain akhirnya bersuara setelah beberapa ketika dia hanya membisu mendengar luahan hati Zulaikha.
“Kalau abang Zul nak tolong Zu, cuma satu saja yang Zu minta.”
“Apa dia Zu?” Tanya Zulkarnain.
“Bila Zu dah taka da nanti, tolong jaga emak Zu.” Pinta Zulaikha. Zulkarnain angguk tanpa berfikir panjang, walaupun dalam hatinya tak mahu Zulaikha pergi. Airmata Zulkarnain tiba-tiba mengalir tanpa sedikit pun ego.
***
“Ika.” Panggil dr.Rashid lembut. Zulaikha menoleh.
“Kita kahwin.” Dr. Rashid melamar. Zulaikha ketawa mendengarnya.
“Ika. Ash serius ni.” Dr. Rashid bersungguh.’
“Ika akan mati dalam masa terdekat ni.” Balas Zulaikha.
“Ika. Ajal maut tu di tangan Allah. Dari segi bidang kedoktoran, yes , you have three months left. Tapi, Zu kena ingat. Dalam surah yaasiin, ayat 82 ada menyebut: Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendak sesuatu, hanyalah ia berfirman , ‘jadi, maka jadilah’. Tidak semestinya kalau Ika sakit kanser, kanser itu akan bunuh Ika.” Ujar dr.Rashid.
“Amboi, sejak bila doctor dah jadi ustaz ni?” Seloroh Zulaikha. Biarpun hakikatnya dia tak menafikan apa yang dr.Rashid katakan.
“Ika, I’m serious.” Tegas dr.Rashid.
“Ika, kita tak patut nafikan perasaan kita. You know we love each other.” Tambah dr. Rashid.
“Ash, dalam tempoh hayat Ika yang singkat ni, Ika cuma fikirkan kebahagiaan emak. Tak perlulah Ika fikirkan masa depan. Soal cinta dan perkahwinan dalam kamus hidup Ika sekarang ni.” Luah Zulaikha.
“Mak Ika teringin nak tengok anak dia bersanding. Bukankah perkahwinan Ika juga adalah kebahagiaan emak Ika. Sekurang-kurangnnya, kalau kita dah kahwin, emak Ika dah jadi emak Ash. Please,Ika. I just want to make you happy.” Dr. Rashid bersungguh-sungguh. Zulaikha terdiam. Memikirkan kebenaran kata-kata dr.Rashid. Lelaki yang dikenali sejak setahun lalu. Lelaki yang amat mengambil berat tentang dirinya. Tempoh perkenalan mereka lebih kurang sama dengan Zulkarnain. Dua-dua lelaki ini amat disayangi. Perlukah Zulaikha membuat pilihan? Atau sememangnya dia tak perlu membuat apa-apa pilihan. Hanya menunggu maut dating menyapa. Macam mana dengan emak nanti. Tidak adilkah kalau aku tak beritahu emak tentang ini. Ya, Allah, andainya aku perlu pergi secepat ini, kau hantarkan seseorang yang boleh menjaga ibuku. Biarpun dia bukan ibu kandungku, dialah insan yang menghadiahkan kasih seorang ibu padaku selama hayatku. Zulaikha berdoa dalam hati. Sekali imbas, Zulaikha teringat arwah ayahnya.
“Orang buta macam Zu ni takkan ada orang nak buat isteri.” Kata Zulaikha bila ayahnya mengusik tentang jodoh.
“Ayah akan pastikan Zu akan dapat melihat suatu hari nanti.” Balas en. Zainal.
“Ayah, kan doctor pakar tu dah cakap. Orang yang buta dari lahir, susah nak rawat.” Bangkit Zulaikha.
“Doktor tu main-main je. Sebab kita tak ada cukup duit lagi. Nanti, bila kita dah banyak duit, semua benda tak ada yang mustahil.” Bohong encik Zainal dalam niat menjaga hati anaknya.
“Tak baik ayah cakap macam tu.” Balas Zulaikha. Encik Zainal ketawa.
“Zu, doctor cuma mentafsir. Yang menentukan segalanya ialah Allah. Kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita.” Ujar encik Zainal.
“Insan istimewa seperti anak ayah ni sudah pasti ramai yang berkenaan nak buat isteri.” Encik Zainal kembali mengusik anaknya.
“Apalah ayah ni. Zu ni baru 11 tahun.” Bidas Zulaikha. Encik Zainal ketawa lagi.
“Ayah ni bukan apa. Ayah cuma takut ayah tak sempat berbicara dengan anak ayah soal jodoh.”
“Apa ayah cakap ni. Kan ayah janji nak jaga Zu.” Zulaikha jadi syahdu bila ayahnya cakap macam tu.
“Emak kan ada.”
“Zu ni buta. Selalu menyusahkan mak.” Kata Zulaikha sayu.
“Zu, ayah tahu kadang-kadang Zu kecil hati dengan emak tu. Tapi, ayah harap sangat Zu faham. Emak Zu sayangkan Zu. Mak tu penat. Hari-hari mengadap pesakit-pesakit yang bermacam karenah. Zu kena faham. “ Pujuk encik Zainal. Dia tahu, isterinya sedikit tertekan bila dia ditukarkan ke hospital yang lebih jauh dari rumahnya. Ini adalah kerana dia sering terserempak dengan pasangan suami isteri yang menyerahkan Zulaikha padanya suatu ketika dulu. Mungkin dia tak mahu rahsianya terbongkar.
“Ayah. Zu taka da sesiapa dalam dunia ni. Zu Cuma ada mak dan ayah saja. Dunia Zu yang dah gelap ni akan bertambah gelap tanpa emak dan ayah.” Ungkap Zulaikha sayu.
***
“Ada perkara yang abang nak bincang dengan Zura.”
“Please, bang. Zura penat ni.” Puan Azura.
“Zura selalu mengelak bila abang ajak berbincang pasal Zulaikha kan?” Bangkit encik Zainal. Puan Azura mengeluh. Dia diam tak bersuara.
“Zulaikha tu anak kita. Tak boleh ke Zura layan dia dengan baik.” Encik Zainal kesal dengan sikap isterinya yang begitu dingin terhadap Zulaikha.
“Zura ingat tak macamana kehidupan kita 11 tahun lalu. Abang kemalangan. Abang diberhentikan kerja. Rumah kita kena lelong. Kereta kita kena tarik. Bil api dan air kita tak mampu nak bayar. Dan akhirnya kita terpaksa menyewa bilik. Dan Zura pula kena tanggung adik beradik Zura belajar. Masa tulah Allah hantar Zulaikha pada kita. Ya, memang abang setuju Zura ambil Zulaikha kerana RM50,000 tu. Dalam masa yang sama, kita telah diamanahkan untuk jaga anak yang tak berdosa tu. Abang minta satu saja dari Zura. Andainya antara kita abang yang pergi dulu, Zura jagalah anak ini dengan baik. Walaupun dia bukan anak kandung kita, dia tetap anak kita. Dia adalah amanah Allah untuk kita. Jaga dia dengan baik.” Bicara encik Zainal panjang. Azura terdiam.
“Mak! Ayah!” Zulaikha tiba-tiba muncul di ruang tamu itu. Pasangan suami isteri itu terkejut. Serentak mereka memandang Zulaikha yang berdiri tak jauh dari mereka.
“Betul ke Zu ni bukan anak kandung mak dan ayah?” tanya Zulaikha.
‘Tiiinnnnn!!!!!!!!!!!!!’ Satu jon panjang dari kenderaan di belakang. Zulaikha kembali ke hari ini. Lampu hijau sudah menyala. Zulaikha menyeka airmatanya yang mengalir. Zulaikha terus memandu keretanya menuju ke tempat di mana arwah ayahnya disemadikan. Memang di situlah tempat Zulaikha sering meluahkan perasaan. Biarpun tidak mendapat sebarang jawapan, sekurang-kurangnya beban fikiran menjadi ringan. Fikirannya masih tak menentu. Masih memikirkan kata-kata Zulkarnain. Masih memikirkan lamaran dr. Rashid. Zulaikha melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Dato’ Zaidi tak sempat mengelak. Dato’ Zaidi dan Zulkarnain meluru keluar.
“Zu!” jerit Zulkarnain. Langsung tak sangka orang yang dilanggar papanya itu adalah Zulaikha. Dato’ Zaidi terkedu. Zulkarnain memangku tubuh yang tidak bermaya itu. Wajahnya berlumuran darah. Zulkarnain segera mengangkat Zulaikha dan membawanya masuk ke dalam kereta. Dato’ Zaidi memandu menuju hospital berhampiran. Dalam kereta, Zulkarnain memangku Zulaikha. Entah kenapa, begitu laju airmatanya mengalir melihat keadaan Zulaikha begitu.
“Abang, jaga emak Zu ya.” Pinta Zulaikha dalam menahan kesakitan.
“Zu. Zu takkan apa-apa. Zu, bertahan ya.” Kata Zulkarnain sambil menangis.
“Abang Zul, beritahu mak, Zu sayangkan dia. Terima kasih sebab jaga Zu dengan baik. Beritahu Rashid, Zu…Zu cintakan dia.” Luah Zulaikha tersekat-sekat.
“Bertahanlah dik.” Zulkarnain masih menangis.
“Betul kata Rashid. Tak semestinya kanser yang akan membunuh Zu.” Tambah Zulaikha.
“Sabar Zu. Tunggu Zu.” Zulkarnain masih menangis.
“Abang…Zu nampak ayah. Dia lambai Zu. Zu nak ikut dia.” Kata Zulaikha.
“Zu, sabar Zu. Kita dah nak sampai ni. Sabar ye dik. Bertahan dik.”
“Terima kasih kerana panggil Zu ‘adik’.” Ucap Zulaikha. Zulkarnain tak dapat menahan esak tangisnya. Laju airmatanya mengalir.
“Kalau satu hari nanti abang Zul jumpa ibubapa kandung Zu, sampaikan salam pada mereka. Sampaikan ucapan terima kasih sebab berikan Zu pada insan-insan yang sangat baik menjaga Zu. Beritahu, Zu tak pernah marah mereka. Zu tetap sayangkan mereka.” Tambah Zulaikha.
“Zu akan jumpa mereka. Percaya cakap abang Zul ya. Zu belum boleh pergi lagi dik. Zu mesti bertahan. Simpan tenaga Zu.”
“Belum tentu Zu berpeluang bercakap lagi lepas ni. Please, biar Zu cakap.” Rayu Zulaikha. Zulkarnain terpaksa akur pintaan itu.
“Zu masih istimewa di mata abang?” Tanya Zulaikha.
“Zu tetap istimewa di mata dan hati abang.” Jawab Zulkarnain ikhlas.
“Walaupun bila Zu dah tak bernyawa?” Tanya Zulaikha. Zulkarnain menangis lagi. Esaknya semakin kuat hingga menarik perhatian dato’ Zaidi menoleh sekilas. Betapa sayangnya anaknya pada gadis ini. Pasti gadis ini terlalu istimewa di hati Zulkarnain. Amat kesal dengan sikapnya yang memandu terlalu laju kerana tak sabar nak sampai rumah. Sudahnya, satu nyawa kini di ambang maut. Datin Maznah yang ada di sebelah dato’ Zaidi tidak bersuara apa-apa sedari tadi. Matanya asyik memandang gadis itu.
Zulaikha dikejarkan ke wad pembedahan. Pendarahan yang sangat kritikal di bahagian kepala. Dan di situlah kansernya berhuni. Pasti kerumitan akan berlaku. Mereka bertiga menunggu di luar dewan pembedahan. Dr. Rashid turut terlibat sama. Puan Azura dalam perjalanan. Dato’ Zaidi disoal siasat oleh pihak polis. Datin Maznah duduk di sebelah Zulkarnain yang begitu cemas, risau, bimbang…..
“Zul…macam mana Zulaikha?” tanya puan Azura sebaik saja tiba di situ.
“Apa yang berlaku?” tanya Azura lagi. Zulkarnain tak dapat menjawab.
“Suami saya tak sengaja. Tiba-tiba sahaja Zulaikha melintas. Suami saya tak sempat elak.” Datin Maznah bersuara. Puan Azura menoleh ke arah suara itu. Lama dia memandang wanita itu.
“Saya datin Maznah. Mama Zulkarnain.” Datin Maznah memperkenalkan diri. Menghulur tangan untuk bersalam. Puan Azura tiada respond. Matanya mencari mana lelaki yang melanggar anaknya itu.
“Mana suami kau?” tanya puan Azura keras.
“Sabar makcik.” Zulkarnain cuba menenangkan puan Azura.
“Mana papa Zul? Makcik nak jumpa dia?” tegas puan Azura.
“Saya puan. Saya yang langgar Zulaikha. Tapi, percayalah. Saya tak sengaja.” Dato’ Zaidi muncul dari arah belakang puan Azura. Puan Azura menoleh. Mata mereka bertentang.
“Kau Zaidi kan?” Teka puan Azura.
“Ya, saya.” Jawab dato’ Zaidi.
“Dan kau Maznah?” Puan Azura menoleh ke arah datin Maznah pula.
“Makcik. Kenapa ni?” Zulkarnain jadi tak faham. Puan Azura kenal ke mama dan papanya. Tapi, nampak macam marah. Musuh? Zulkarnain semakin tak faham.

“Aku cuma beritahu kau satu hal saja.” Puan Azura memandang tepat ke mata dato’ Zaidi.
“Anak aku yang kau langgar tu…….namanya Zulaikha. Nama yang kau pilih kan? Zulaikha tu anak kandung kau.” Beritahu puan Azura. Dato’ Zaidi terjelepuk di situ. Zaaaass…….kenangan 28 tahun singgah di fikirannya.
“Awak gila ke? Malu saya kalau orang tahu yang anak kita ni buta. Saya dah ‘deal’ dengan seorang ‘nurse’ kat sini. Dia setuju nak ambil budak ni. Ingat, keluarga kita yang lain tak perlu tahu hal ni. Lepas ni kita terbang ke France. Lepas 10 tahun baru kita balik sini.”
Datin Maznah rebah tidak sedarkan diri. Zulkarnain tidak berkata apa-apa. Dia terkedu di situ. Langsung tak disangka orang yang dicari-cari Zulaikha selama ini ada di depan matanya setiap hari. Ini bermakna, insan istimewa itu adalah adik kandungnya. Zulkarnain tak tahu nak cakap apa lagi. Dia berlalu jauh dari mama dan papanya. Memandang puan Azura. Kalau dia sedih, yang pasti insan tua ini lebih sedih. “Abang, jaga emak Zu.” Zulkarnain teringat pesanan Zulaikha.

“Zulaikha adik saya makcik.” Luah Zulkarnain sedih.
“Sabar Zul. Kalau Zul sedih, makcik lagi sedih.”
“Saya malu makcik. Malu nak mengaku mereka sebagai mama dan papa saya.” Zulkarnain menangis lagi.”
Jangan begitu nak. Zulaikha dah maafkan mereka. Jadi, kita juga maafkanlah mereka.” Pujuk puan Azura.
“Papa Zul perlukan Zul. Pergilah.” Puan Azura memujuk lagi.
“Saya dah janji dengan Zu saya akan jaga makcik. Saya perlukan masa untuk terima hakikat ini.” Balas Zulkarnain. Sekilas memandang wajah papa dan mamanya yang penuh dengan kekesalan. Lebih-lebih lagi dato’ Zaidi yang telah melanggar anaknya sendiri.

Lampu sudah terpadam. Semua tak sabar mengetahui keadaan Zulaikha. Seorang demi seorang keluar dari dewan bedah itu. Dr. Micheal yang mengetuai pembedahan itu menghampiri ahli keluarga yang sedang menanti. Zulkarnain tak nampak kelibat Rashid. Apa yang berlaku.

“I’m sorry. We tried our best to save her.” Ucapan yang tak pernah dibayangkan akan terkeluar dari mulut doctor itu. Zulkarnain meluru masuk. Dr. Rashid terduduk di situ. Menahan kesedihan atas pemergian insan kesayangan. Zulkarnain menghampirinya.

“Zu. Walaupuan Zu dah taka da. Zu tetap istimewa di hati abang Zul.” Zulkarnain mencium dahi adiknya. Menangis.

Siap: 19.11.2005
Edit: 12 Februari 2016


Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Suratan atau Kebetulan

 Hidup mesti diteruskan. Nak buat apa meratap nasib hidup yang berkesudahan begini. Ada dua perut yang perlu diisi. Meneruskan kerjaya sambil memegang title ibu tunggal. Ditinggal suami yang jatuh cinta dengan orang lain. Menolak untuk bermadu, cuma berharap bekas suami tak lupa pada anak yang masih kecil dan memerlukan kasih seorang ayah. Dapat bersama dua minggu sekali,mungkin memadai. Alhamdulillah masih ada ibu yang sentiasa ada memberi sokongan. Dan kakak yang tak putus memberi semangat. Buat masa ini janganlah disebut-sebut pasal perkahwinan. Trauma mendengarnya. "Kalau aku belum kahwin, aku masuk meminang kau." "Kau ni, mulut tu kalau bercakap tak jaga betul. Dengar isteri kau nanti, kecik hati dia." "Alah, dia tahulah kita kawan baik dari kecik lagi. Dan dia pun tahu yang kau pernah 'reject' aku dulu." " Itu tak bermakna kau boleh cakap yang bukan-bukan. Hati isteri ni kena jaga. Rizal tu dulu baik dengan isteri dia sebab kerja satu of...