Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang.
“Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.”
“Kenapa? Kenapa kau perlu buat macam tu?”
“Kau tahu kan. Aku balik Malaysia sebab keputusan medical check-up aku tu. Aku nak beritahu parents aku pasal sakit aku tu. Tiba-tiba diorang suruh aku kahwin pulak. Aku tak tahu nak cakap ‘tak’ macam mana. Macam mana aku nak bahagiakan isteri aku kalau aku hanya tinggal 3 bulan saja untuk hidup?” Luah Hakimi. Terdiam seketika. Sahabat baiknya, Raif menunggu Hakimi meneruskan ceritanya.
“Sejak balik Malaysia aku tak pernah buat apa-apa rawatan susulan. Redha je tunggu mati. Tapi, arwah yang beri aku semangat untuk teruskan hidup. Kesabaran dia yang beri aku kekuatan. Aku ke KL untuk bertemu pakar. On the way ke KL aku ada baca berita Hospital Kingdom di UK tu kena saman dan ditutup sebab salah bagi laporan pesakitnya. Hospital tulah yang sahkan aku ada kanser stage 4 tu. Lepas jumpa doktor pakar kat KL tu, baru aku tahu yang aku tak ada pun sakit tu. Aku silap, sepatutnya aku terus balik. Tapi, aku sibuk beli itu dan ini, survey tempat untuk honeymoon. Seminggu aku kat KL. Semua dah settle aku terus drive balik JB. On the way tulah aku nampak accident. Dan aku nampak kereta arwah.” Hakimi terus menangis. Terisak-isak seperti anak kecil.
“Aku menyesal. Aku sedih sangat. Aku tak sempat bahagiakan dia. Yang aku tinggalkan pada dia hanya derita hingga akhir hayatnya. Lebih-lebih lagi bila aku baca surat yang ditinggalkan untuk aku.” Menangis lagi.
Selepas 6 bulan kematian arwah Nida, sekali lagi ibubapanya ingin menjodohkan Hakimi dengan anak kawan mereka yang baru pulang dari Australia. Hakimi tidak pernah terfikir untuk berkahwin sekali lagi. Rasa bersalahnya terhadap arwah Nida masih menebal dalam jiwanya. Ibunya memujuk. Hakimi seorang anak yang tidak suka menghampakan hati orang tuanya. Lebih-lebih lagi ibunya. Dan Hakimi terfikir, mungkin dengan cara ini dia dapat menebus kesalahannya. Membahagiakan isterinya. Menyayangi dan mencintai. Melayannya umpama puteri. Memenuhi segala kehendaknya. Mengasihinya sepenuh jiwa.
Mengimbas kembali pertemuan pertama dengan Mia. Tidak dinafikan, wajah yang jelita. Manis, walaupun kurang senyuman dalam setiap bicara. Sepertinya tidak setuju dengan aturan keluarga yang ingin menjodohkan mereka. kata-katanya banyak berunsur sindiran. Lebih banyak menggunakan bahasa inggeris berbanding bahasa melayu. Dah macam mat salleh celup. Baru 5 tahun duduk oversea. Cinta memang buta. Itu tidak sedikit pun melunturkan rasa suka pada gadis itu. Tapi, kalau dia dah tak suka, redha jelah.
Hakimi terkejut bila diberitahu ibubapanya Mia setuju dengan rancangan ini. Aku salah jumpa orang ke semalam? 3 minggu selepas itu mereka disatukan. Hakimi cuba berlagak sombong pada malam pertama mereka. Namun, egonya sedikit tergugat melihat gadis yang sudah menjadi isterinya itu tanpa tudung di kepala. Rambutnya yang panjang mengurai. Jelas nampak kelembutannya. Tangannya terasa ingin membelai rambut itu. Bau harum memang menggugat keimanannya. Mia tersenyum memandangnya. Prang!... egonya jatuh pecah berderai.
Mia melayannya dengan baik. Sarapan disediakan setiap pagi. Sama seperti Nida yang tidak pernah lupa menyediakan sarapan untuknya, biarpun tak pernah sekalipun dia menyentuh hidangan di atas meja itu. Mia menghulur tangan untuk bersalam sewaktu Hakimi mahu melangkah keluar untuk ke tempat kerja. Itu jugalah yang Nida lakukan dulu. Namun, Hakimi tidak menyambut huluran salam itu. Mia mencium tangannya. Hakimi tersenyum. Lantas dahi isterinya itu dicium. Sekilas terpandang wajah sayu Nida yang menghantarnya di muka pintu. Ya, Allah. Jahatnya aku. Ampunkan aku ya Allah. Maafkan abang Nida. Abang janji, abang akan bahagiakan isteri abang. Abang takkan sia-siakan dia. Abang akan mencintai dia sepenuh hati abang. Abang takkan biarkan dia derita.
“Bila hati aku dah betul-betul cinta. Betul-betul sayang. Tiba-tiba dia buat perangai.”
“Perangai? Perangai yang macam mana?” Raif tak faham.
“Dia selalu balik lewat. Bila aku tanya, dia tak jawab. Dia akan gunakan alasan penat atau kerja. Lepas mandi dia terus tidur, dan takkan bercakap apa-apa sampai esok pagi. “ cerita Hakimi.
“Sampailah semalam. Kami bertengkar besar. Dan akhirnya dia beritahu aku dia nak tinggalkan aku. Dia tunjukkan aku sesuatu.” Tambah Hakimi.
“Tunjuk apa?” Raif masih tak faham.
“She knew everything about me and Nida.”
“Maksud kau, dia tahu apa yang kau pernah buat pada arwah Nida? So, dia marahkan kau kerana hal tu. Sebab dia takut kau akan lakukan perkara yang sama pada dia? Sebab tu dia marah dan tinggalkan kau?” Tafsir Raif. Hakimi menggeleng.
“Dah tu?” Raif masih tak faham.
“Arwah Nida tu sebenarnya kawan baik dia. Dia setuju kahwin dengan aku semata-mata kerana nak balas dendam.”
“Dendam??” Raif terkejut.
Anida menjeling jam di pergelangan tangan kirinya. Sebentar lagi matanya tertumpu pada jadual ketibaan. Mana ni? Bukan sepatutnya dah sampai ke? 5 tahun tak jumpa. Ntah-ntah dah jadi mat salleh celup kawan aku ni. Mana si Mia ni. Mata Nida liar mencari kelibat sahabatnya. Tiba-tiba satu suara menjerit memanggilnya. Nida menoleh. Dah tak kira orang keliling, dua sahabat itu berpelukan dan berlonjak keriangan seperti anak kecil.
“Finally, you’re here. In Malaysia.”
“Rindu giler kat kau.” Luah Mia.
“Ye ke rindu. 5 tahun tak pernah langsung balik.”
“Cakap aku. Yang kau tu, langsung tak melawat aku. Aku siap nak sponsor tiket lagi tau.” Ungkit Mia. Nida ketawa.
“Eh, sorang je? Husband kau mana?”
“Dia outstation. Next week kot balik. Baguslah, boleh aku ‘honeymoon’ dengan kau dulu.”
Cerita mereka tak habis di situ. Mulut tak henti bercakap. Gembira tak terkira. Pelbagai hal yang mereka bualkan. Oleh kerana suami Nida tiada di rumah, Nida mengajak tidur di rumahnya malam itu, memandangkan ibu bapa Mia masih belum pulang dari urusan kerja di Brunei.
“Tulah, nak surprise sangat kan.” Ungkit Nida.
“Alah, takperlah. Boleh kita honeymoon lama sikit. Rindu sangat kat kau.” Mia memeluk Nida. Nida ketawa.
“Kau ingat tak pertemuan pertama kita?” Mia mengungkit kisah silam.
“Mestilah. Final badminton, sekolah aku lawan sekolah kau.”
“Betapa ‘down’ aku masa tu. Masa game penentuan tu, boleh pulak aku kalah dengan kau. Over confident sebab aku kalahkan kau masa game individu.”
“Hmm…masa tu budak group kau okey jek. Kau tu yang emosi lebih. Aku juga yang kena pujuk kau masa tu. Tak pasal-pasal terkorban raket emas aku tu.” Nida mengimbas kisah zaman sekolah dulu.
“Hahahah…kau tak ikhlas eh?” Ungkit Mia. Dua sahabat itu ketawa.
“Bila ayah aku ditukarkan ke sekolah kau, aku mati-mati ingatkan aku akan satu sekolah dengan kau. Rupanya ayah aku nak aku habiskan juga sekolah kat situ.”
“Sebab coach kau tak nak lepaskan kau. Lagipun masa tu kan kita nak exam PMR. “ Mia pula teringat-ingat. Mereka tersenyum.
“Dan kau pun sanggup tukar taknak main badminton lagi. Sebab taknak lawan aku kan? Then jadi kesayangan coach squash sekolah kau.” Tambah Mia. Nida tersenyum lagi.
“Kau banyak sangat berkorban untuk aku. You can play badminton very well but you preferred to play squash.” Ungkit Mia.
“Mana ada berkorban. Aku memang dah bosan main badminton lepas coach aku tu pindah. Coach yang baru tu garang gila. Then, ada pulak kelab baru, aku masuklah kelab squash tu.” Alasan Nida. Mia tersenyum. Nida memang kawan yang baik. memang dia banyak berkorban untuk Mia. Nida lebih matang berbanding Mia walaupun mereka sebaya. Mungkin kerana dia anak sulung dari 4 beradik, dan Mia pula anak tunggal.
“Kau tahu kan, yang aku ni sayang sangat kat kau. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Dan aku tak boleh terima kalau ada orang sakitkan hati kau. Tak boleh biarkan kalau ada orang buli kau.”
“Hei, aku dah besarlah. Dah takde lagi orang nak buli-buli aku macam masa kita sekolah dulu.” Balas Nida.
“Eh, mana tahu suami kau buli kau. Kalau dia buli kau, kau beritahu aku. Aku akan kerjakan dia cukup-cukup.” Senda Mia. Nida ketawa sahaja.
Selama dua hari ber’honeymoon’, mereka asyik bercerita kenangan silam mereka. betapa akrabnya mereka. Mia mengambil keputusan tinggal di luar negara bersama ibu saudaranya gara-gara merajuk dengan keputusan ibubapanya yang memilih jalan untuk bercerai. Lima tahun merajuk. Tiba-tiba dia balik. Alasan rindu. Hmm…masa Nida kahwin tidak pula dia balik. Walaupun apa alasan Mia, Nida dapat baca hakikat yang sebenarnya. Rajuk yang tak berkesudahan itu yang membuatkan dia tak mahu pulang ke Malaysia.
“Dah dua hari kau balik. Bila nak jumpa parents kau. Diorang kan dah sampai sini semalam lagi.” Tanya Nida
“Kenapa kau tak suka habiskan masa dengan aku ke?”
“Bukan macam tu. Kau cakap kau rindu.” Ungkit Nida. Mia tersenyum. Terdiam.
“Kau ingat tak? Dulu kau pernah cakap yang kita ni ada satu ‘gift’ yang orang lain takde.” Bangkit Nida tiba-tiba. Mia memandang sahabatnya itu.
“Kau pernah cakap yang kita ni ada satu ‘gift’ baca isi hati masing-masing. Kau boleh tahu apa yang ada dalam fikiran aku, dan aku pun boleh baca apa yang ada dalam fikiran kau.” Nida menerangkan akan maksudnya. Mia diam. Dia tahu, dia memang tak boleh elak apa-apa dari Nida.
“Why are you here? I’m sure it was not about missing me or your parents. Kau sakit yer?” Soalan dan disusuli tafsiran yang memang tepat.
“Kau ingat tak yang aku pernah accident setahun lalu?” Mia mengimbas peristiwa setahun lalu. Nida angguk tanda mengingati kisah itu.
“Lately aku selalu sakit kepala. Then, bila aku dapatkan rawatan, doktor dapati ada something in my head, which is too near with my brain. I should be on operation room by now.”
“What?? Then, what are you doing here? Kau sepatutnya berehat di hospital.” Nida terkejut mendengar perkara itu.
“I know. Doktor pun nasihat aku berehat. But, anything could happen during the operation. Aku takut aku tak sempat jumpa mak dan ayah aku. Tak sempat nak jumpa kau.” Mia menyuarakan kegusarannya.
“Listen, nothing will happen. You will be okey. Trust me.” Nida memberi semangat.
“Aku larang mak usu aku beritahu mama aku hal ni. Aku dah janji yang aku sendiri akan beritahu mereka. aku ingat aku boleh. Tapi, aku tak cukup kuat.” Mia mengalirkan airmata.
“I need your help.”
“What? You want me to keep this as a secret?” Nida dah dapat agak apa yang Mia inginkan.
“At least not now. Aku tinggal dua hari saja lagi kat sini. Aku nak habiskan masa dengan mereka dengan perkara-perkara yang menggembirakan. At least, not now. Please.” Mia menatap mengharap. Nida angguk separuh rela.
Mia dan puan Ramlah berpelukan. Erat sekali pelukan mereka. lima tahun tak bertemu. Rajuk Mia yang berpanjangan. Encik Rahim tersenyum bahagia. Anak tunggal mereka kini di depan mata. Pelbagai rancangan mereka rencanakan untuk tempoh dua hari ini.
“Nida kan?”
“Ye anty.” Jawab Nida.
“Lama kita tak jumpa. Dulu selalu jumpa. Sejak anak dara ni ke oversea, dah tak pernah jumpa.” Bangkit Puan Ramlah. Nida bersalaman dengan puan Ramlah. Terpandang cincin di jari.
“Hmm…dah bercincin ni. Dah kahwin yer.” Teka puan Ramlah. Nida angguk dan tersenyum.
“Inai pun dah hujung-hujung kuku ni. Dah lama ke?”
“Dah 6 bulan anty. Dah suruh Mia jemput anty dan uncle.”
“Mia dah beritahu. Mama dan papa yang sibuk sangat kan?” segera Mia mencelah membela diri.
“Maaflah yer.”
“Takpe anty.” Balas Nida.
Seperti yang diharapkan, Mia menghabiskan masa dengan hal-hal yang menggembirakan. Mia gembira melihat keakraban ibubapanya. Tidak seperti lima tahun lalu. Asyik bertengkar kerana hal-hal yang remeh. Bukan kerana hati yang sudah tidak ada sayang. Mereka berpisah bukan kerana masing-masing ada orang lain. Tapi, kurang kesefahaman. Nida yang sudah berusia 21 tahun ketika itu kecewa dengan tindakan orang tuanya. Dia membawa diri ke Australia.
"Hahh....datangpun. Kalau kau tak datang aku cancel flight ni tau. " Kata Mia.
"Sorylah...jalan jammed kt depan rumah aku tadi." Alasan Nida.
"Mak ayah kau mana?" Tanya Nida.
"Tengah breakfast. Flight lagi sejam. Jomlah kita sembang kat situ." Mia menunjuk ke arah sebuah kafe.
"Kau ingat tak beberapa hari lepas kau cakap dengan aku yang kita berdua ni ada satu 'gift' yang orang lain takder."Bangkit Mia. Nida terdiam. Dah agak dah, mesti akan diungkit perkara ini.
"Kau ada masalah ke dengan husband kau?" Tafsir Mia.
"Mana ada." Nafi Nida. Mia tersenyum sinis.
"Kau sendiri pernah cakap pada aku, cuma ada orang je yang kau tak boleh tipu. Orang tu mesti tau. Yang pertama mak kau. Dan yang kedua aku. So kau rasa kau boleh ke tipu aku sekarang ni?" Mia begitu serius. Nida diam sahaja.
"Dia buli kau?" Tebak Mia.
"Takdelah. Dia takde buat apa-apa pun kat aku." Sekali lagi Nida menafikan tafsiran Mia.
"I can see from eyes. Aku tahu kau derita. Kau tahukan aku tak suka orang buli kau." Tegas Mia. Nida masih diam.
"Ok. Kalau kau taknak terus terang, aku tak jadi balik Australia. "
"No! Jangan macam tu. Kesihatan kau tu yang lebih penting." Nida menghalang tegas keputusan Mia.
"Since first day we met, I saw it. Dengan mata yang banyak menangis. Berat badan yang sangat susut."
"Please, Mia. I promise I'll tell you everything. But, not now. Yang penting, kau mesti operation dulu."
"Jadi betullah kau ada masalah dengan suami kau?"
Tebak Mia. Nida terjerat dengan kata-katanya.
"Apa yang dia dah buat kat kau? Please, tell me." Mia benar-benar ingin tahu.
"Mia, aku tahu kau sayangkan aku. Aku janji aku sendiri akan ke Australia dua tiga hari lagi. Kau tunggu aku. Aku janji. Kau sendiri tahu kan yang aku tak pernah mungkir janji aku pada kau." Bicara lembut Nida cuba memujuk Mia.
"Kalau kau betul-betul sayangkan aku. Kau tunggu aku kat sana. Kau jangan risau, dia tak dera aku pun." Pujuk Nida lagi.
Mia melangkah pergi walaupun dalam hati masih ada rasa tidak puas di hati. Aku tunggu kau Nida. Dan aku janji, aku takkan benarkan sesiapapun sakiti kau, termasuklah suami kau sendiri.
"Nida dah nak balik ke?" Tanya mama Mia sebaik mereka sama-sama nak meninggalkan KLIA.
"Ya anty." Jawab Nida.
"Nida ada masa tak? Anty dan uncle ada hal sikit nak tanya." Bicara wanita itu. Nida angguk dan tersenyum. Nida tahu ibu ini pasti ingin bertanyakan tentang anak tunggal mereka. Sama seperti Mia, mereka juga mahu habiskan masa yang singkat bersama dengan perkara yang menggembirakan. Jadi mereka tak tanya apa-apa biarpun naluri keibuannya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena pada anaknya.
3 minggu berlalu.
Mia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Selepas menjalani pembedahan, Mia tidak
sedarkan diri selama 3 hari. Mama dan papanya tidak putus berdoa siang dan malam. 3 minggu Mia berumah di hospital.
"Mia. Mia buat apa ni sayang? Kan doktor dah pesan Mia kena banyak berehat." Tegur puan Ramlah bila dilihat anaknya asyik ke hulu ke hilir dengan telefon
tergenggam di tangan. Puan Ramlah dapat rasakan sesuatu. Lambat laun dia
kena beritahu juga.
"Mia cuba call Nida dari semalam tak dapat. Tadi Mia buka email. Nida beritahu dia
nak datang sini. Kalau ikut tarikh email ni, dah 3 minggu." Mia nampak sangat gusar. Dia yakin ada sesuatu yang dah jadi.
"Mia duduk dulu sayang." Pinta Puan Ramlah.
"Kenapa ma? Something happened to her?" Tafsir Mia.
"Mama harap Mia terima berita ni dengan tabah yer nak." Bicara puan Ramlah
cuba menenangkan Mia.
"Kenapa dengan Nida ma?" Perasaan Mia semakin tak tentu arah.
"Nida dah takder sayang. Nida dah meninggal. Nida accident on the way ke KLIA. "
Akhirnya rahsia selama 3 minggu itu terkeluar juga. Terjelepuk Mia mendengar
khabar itu. Airmatanya mengalir laju. Tak terbendung airmata. Puan Ramlah
memeluk anaknya untuk memberi semangat.
Entah apalah yang ada dalam fikiran Mia saat ini. Sukar untuk puan Ramlah
tafsirkan. Setiap kali selepas solat subuh, Mia akan membacakan surah Yasiin
untuk arwah Nida.
"Mama jangan risau. Mia ok. Mia janji habis saja Master ni, Mia akan balik
Malaysia." Janji Mia pada mamanya. 3 bulan puan Ramlah menemani anaknya di
Australia. Dan encik Rahim akan datang selang dua minggu. Business puan
Ramlah di Malaysia dia yang tolong tengok-tengokkan.
Tak ada apa yang dapat menggembirakan Mia selain dari melihat mama dan papa
bersatu kembali. Dan dapat membalas dendam pada suami Nida. Dendam....
Khairul sedang menanti di restoran yang dijanjikan. Orang pertama yang dicari
sebaik sampai Malaysia ialah Khairul, ex-boyfriend arwah Nida. Selepas membuat
perjanjian mereka berjanji untuk bertemu di situ pada hari itu.
“Kan aku dah cakap dengan kau dulu. Jangan sakiti dia.” Mia sedikit berang.
“Aku nak buat apa? Dari awal lagi memang ayah dia tak sukakan hubungan kami.
Tapi, kami yang degil.”
“Kau sepatutnya kuat pertahankan cinta kau.” Tegas Mia.
“Ya, aku memang menyesal tentang itu. Memang aku berputih mata bila tengok
Nida kahwin dengan orang lain. Tapi aku tetap doakan kebahagiaan dia.”
“Kau kenal siapa suami dia tu?”
“Kau tak kenal ke? Bukan kau berdua kawan baik ke?” Khairul hairan.
“Aku kan tak datang masa majlis dia. Dan masa aku balik sini 6 bulan lepas,
suami dia takde. Outstation.” Jelas Mia.
“Aku Cuma tahu nama dan syarikat dia saja.”
Panggilan telefon dari puan Ramlah menamatkan perbualan mereka. Mia
segera beredar dari situ. Dia menuju ke rumah Seri Indah, rumah orang-orang tua
tempat mama dan papanya sering kunjungi. Sewaktu Mia sakit dulu, kedua orang
tuanya telah bernazar, sekiranya Mia selamat dalam pembedahan tersebut dan
sedar dari koma, mereka akan membuat kerja-kerja kebajikan setiap bulan.
“Sorry mama. Lambat sikit. Mia pergi jumpa kawan tadi. Leka berbual.
Papa mana?”
“Mia lambat sangat. Anak anty Rozi dah tolong hantar.” Beritahu puan Ramlah.
“Rozi, inilah anak dara I yang I selalu cerita tu.” Puan Ramlah memperkenalkan Mia
pada kawannya yang baru dikenali 3 bulan yang lalu.
“Anty.” Mia bersalaman dengan anty Rozi.
“So, kereta papa macam mana? Dah panggil mekanik dah?”
“Dah. Sekejap lagi dia datang amik kereta papa.” Jawab puan Ramlah.
“Eh, you kata tadi nak cepat. Takpelah, biar I tunggu jek kat sini. Sekejap lagi
sampailah Hakimi tu.” Anty Rozi mengingatkan puan Ramlah. Dia ada temujanji
dengan peguam kurang sejam dari waktu itu.
“Ya tak ya. Lupa pulak. Sorrylah, banyak susahkan you. Dahlah you temankan I, anak you pulak tolong hantarkan Rahim. Ni nak kena tunggu sorang-sorang pulak kat sini.”
“Tak pelah. I kan dah biasa kat sini.” Balas anty Rozi.
Kereta Mia meluncur pergi. Sempat mengangkat tangan pada anty Rozi.
Puan Ramlah tersenyum. Lain macam je mama ni senyum. Hmm…mesti dia nak kenenkan aku dengan anak kawan dia ni.
“Mia lambat sangat. Mama nak kenalkan Mia dengan anak anty Rozi tu.”
Bicara puan Ramlah. Kan…dah agak dah.
“Kenapa dengan anak anty Rozi tu.?” Buat-buat tak faham.
“Kesian dia tu. Dia tu baru kematian isteri. Lepas isteri dia meninggal, anty cerita dia
tu jadi murung. Banyak habiskan masa dengan kerja kebajikan macam ni.”
“Hmmm, mesti dia sayang sangat kat arwah isteri dia tu kan.” Balas Mia.
“Yelah kot.”
“Eh, mama ni. Boleh pulak main kot-kot yer.” Balas Mia. Puan Ramlah senyum.
“Anty Rozi tu nak carikan isteri baru untuk anak dia tu. So, taklah dia murung jek
macam tu.” Cerita puan Ramlah.
“Ish, mana boleh macam tu. Kalau dia tu sayang sangat kat arwah isteri dia, nanti
kesian isteri baru dia tu.” Mia tidak setuju dengan cadangan itu.
“Dia tu sebenarnya perlukan teman yang boleh beri dia semangat untuk teruskan
hidup.”
“Mia fahamlah maksud mama tu. Okey, dengan syarat, Mia nak jumpa dia dulu.” Mia malas nak berdolak dalih. Puan Ramlah tersenyum.
Seminggu sebelum majlis pernikahannya dengan Hakimi, Mia mengunjungi rumah
keluarga arwah Nida. Rindunya pada rumah yang selalu dikunjungi zaman
persekolahan dulu. Dengan izin dari orang tua Nida, Mia masuk ke dalam bilik itu. Airmatanya mengalir laju. Segala kenangan indah mereka bersama berlegar-
legar dalam fikiranya. Di penjuru bilik itu ada sebuah kotak. Mia menghampiri
kotak itu.
“Ish, bahaya tau tulis-tulis kat diari ni. Manalah tau terlepas kat tangan
orang yang tak bertanggungjawab, habis semua rahsia kau terbongkar.” Mia
pernah mengingatkan Nida hal itu.
“Yang nak baca diari aku ni, kau sorang jek.” Balas Nida. Mia ketawa.
12 Disember
Selamat tinggal cinta. Mulai esok, aku akan belajar menyayangi dan mencintai suami
aku. Ya, Allah jadikanlah aku isteri yang terbaik untuk suamiku.
Catatan sehari sebelum dia dinikahkan dengan Hakimi Darius. Airmata mengalir lagi. Album kahwin. Mia mengeluarkan sekeping gambar dari album tersebut.
Mia tersenyum sinis. Hakimi, kau akan dapat apa yang kau dah beri pada arwah Nida dulu. Aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut depan aku.
“Maaflah Mia. Makcik tak dapat nak datang majlis Mia nanti. Lagipun,
suami arwah pun akan kahwin pada hari yang sama. Pakcik takde ni, makcik
memang tak keluar rumah.” Makcik Ani memberitahu.
“Takpe makcik. Mia faham.” Balas Mia. Sebenarnya, Mia memang tak nak
mereka datangpun. Dia memang tak mahu suaminya tahu, dia sebenarnya
sahabat baik arwah isterinya.
Mia masih sangsi. Dan dalam hati ada rasa benci. Biarpun sang suami melayankan
bagai puteri. Dia masih terbayang kesengsaraan di mata Nida. Mia teringat isi email
terakhir dari Nida.
'Aku janji aku akan ceritakan pada kau. Kau tahu kan yang aku tak pernah mungkir janji aku pada kau. Kau jangan risau. Dia seorang lelaki yang baik, mungkin aku yang
tidak cukup baik untuk dia. Jadi, aku yang patut tinggalkan dia. Berikan dia kebebasan mencari apa yang dia cari.'
'Aku janji, sampai Australia nanti, aku akan jaga kau. Kau kan degil, tak suka makan
ubat, tak suka berehat. Macam masa kau demam masa kita form 5 dulu, mama kau
'terpaksa' import aku jagakan kau.'
"Sayang, termenung apa tu? Jom turun makan." Suara Hakimi yang menyapa mesra
memutuskan lamunannya. Mia memandang suaminya. Tersenyum. Entahkan ikhlas
atau tidak senyuman itu.
"Sayang nampak pucat jek. Sayang demam ke?" Tanya Hakimi lalu meletakkan tapak
tangannya ke dahi Mia.
"Taklah penat jek." Alasan Mia.
"Sayang ke mana tadi? Abang ke butik, mama cakap sayang tak de datang pun." Tanya Hakimi. Alamak, takkan nak beritahu dia yang aku sebenarnya pergi ke rumah arwah Nida. Dan bongkar semua barang peribadinya. Dan baca semua diarinya.
"Sorry, lupa nak beritahu abang. Mia jumpa geng sekolah dulu. Leka sangat
bersembang." Entah dari mana, alasan itu yang terpacul keluar dari mulutnya.
"Lelaki ke perempuan?" Tanya Hakimi. Mia dapat hidu bau cemburu dari nada suara
Hakimi. Mia tidak terus menjawab. Dia menghadiahkan senyuman yang cukup manis.
Hakimi terkedu. Memang menggoda. Terus cair. Mia faham maksud pandangan mata
itu. Dia dah lupa soalan yang belum terjawab itu.
"Dah 3 bulan kita kahwin. Masih tak sempat lagi nak pergi 'honeymoon'. Mia tu abang
ajak, ada je alasan dia." Ungkit Hakimi. Dengan nada suara yang cukup romantis.
"Sabarlah. Abang tau kan Mia baru nak set up business Mia. Banyak benda nak buat."
Alasan Mia.
"Sayang, pergi honeymoon tu seminggu jek. Bukan setahun pun. Lagipun, tak salahkan kita pergi 'happy2' dulu. Lepas 'happy2, baru pening2." Balas Hakimi. Tersenyum nakal sambil keningnya dinaikkan berulang kali. Pening-pening? Apa maksud dia ni? Pening-
pening sebab nak set up business atau pening-pening lain? Senyum lain macam jek.
No, Mia! No! Ingat balik tujuan kau kahwin dengan dia. Takkan kau nak
mengandungkan anak dia? Kau akan terikat nanti. Tapi, kau dah serahkan diri kau
pada dia. Itu semua tak mustahil. Yang penting misi pertama dah berjaya. Dia memang dah sayang giler kat kau. Mia memandang Hakimi. Lelaki itu masih tersenyum
padanya.
"Ok. Abang tak sabar sangat kan. Kita pergi lusa. And Mia tak nak pergi Jepun atau
Korea. Mia nak pergi Miami." Mia memberi kata putus setuju yang bersyarat. Hakimi
tersenyum gembira. Yes, aku suka tengok senyuman itu. Senyuman yang memberi
tanda yang dia sangat gembira. Dan aku sendiri yang akan musnahkan senyuman
gembira itu.
Kenapa? Kenapa masih nak berdendam? Kau masih tak nampak kan mana kurangnya
dia? Cemburu? Itu perkara biasa bila suami cemburu isterinya berbual dengan lelaki
lain. Dan kau sendiri ada perasaan itu kan? Aku? Cemburu? No! Aku nak dia sangka
aku cemburu. Aku nak dia ingatkan aku sayangkan dia. Hakikatnya, aku langsung tak
sayangkan dia. Aku benci dia.
"Abang, tadi masa Mia singgah butik mama, mama ada tanya pasal kondo yang nak
dijual. Kondo apa bang?" Tanya Mia. Hakimi terdiam seketika.
"Abang." Panggil Mia bila Hakimi tak ada respond.
"Kondo lama abang. Dulu, abang tinggal kat situ dengan arwah isteri abang yang
pertama." Perlahan suara Hakimi menjawab.
"Abang sayang nak jual kondo tu?" Tafsir Mia. Hakimi diam sahaja.
"Abang tak pernah pun cerita pada Mia pasal arwah." Sengaja Mia bangkitkan hal itu. Hakimi memandang isterinya. Tersenyum.
"Kalau abang sayang kondo tu, kita pindah jelah ke sana." Usul Mia.
"Kenapa? Mia tak suka rumah ni ke?" Tanya Hakimi.
"Tak salah kan kalau kita berada dekat dengan benda yang kita sayang." Mia tidak
menjawab soalan Hakimi.
"Kalau Mia nak pergi kondo tu boleh?"
"Kenapa?" Hakimi terkejut dengan permintaan itu.
"Saja. Tak boleh ke?" Balas Mia. Hakimi tak cakap apa-apa.
"Mesti abang sayang sangat pada arwah kan? Sebab tu abang sayang nak jual kondo tu. And tak nak bagi Mia ke situ. Abang takut Mia akan kacau kenangan terindah abang tu kan?" Mia bernada sayu. Seolah berjauh hati. Hakimi pula tak senang hati.
Dia memandang ke anak mata Mia dengan satu pandangan yang cukup romantis,
menggoda. Stop it Mia. Don't lose.
"Abang janji, abang akan bawa Mia ke sana satu hari nanti. Abang belum bersedia."
***
"Dia jumpa surat arwah Nida tu. Itu yang buat dia marah sangat pada aku. Aku cuba
explain. Dia tak terima alasan aku." Beritahu Hakimi.
#throwback
"Kalau abang sakit pun, so what? Orang yang dah nak mati tak berhak untuk bahagia? Dan orang yang dah nak mati berhak untuk buat orang lain derita?" Mia tak boleh
terima langsung alasan Hakimi.
Sekarang ini, Hakimi buntu. Tak tahu mana nak cari Mia. Mahu atau tidak, Hakimi
terpaksa beritahu keluarganya hal sebenar.
"Mama risau bila Kimi cakap dia pengsan. 6 bulan sebelum dia balik sini, dia ada jalani pembedahan. Memang darah beku tu dah takder, tapi kita tak tau kan..." puan Ramlah menangis risau.
"Kita tanya mak Nida. Mungkin Mia ada ke sana." Cadang en. Rahim. Hakimi terdiam. Sudah terlalu lama dia tidak melawat bekas mertuanya itu. Kerana rasa bersalah yang
teramat sangat.
"Patutlah dia nampak macam berahsia sangat tentang suaminya. Ibu tak hairan kalau
dia marah. Arwah Nida tu kawan baik dia. Susah senang dia, arwah banyak tahu. Ibu
tak salahkan sesiapa. Semuanya adalah suratan takdir. Ibu pun risaukan Mia.
Selalunya, kalau dia ada masalah, dia akan cari Nida. Tak kiralah dengan cara apa
sekalipun. Telefon, mesej atau emel. Kalau sekarang ni, ibu tak dapat nak agak." Bicara ibu arwah Nida.
"Kimi ada tanya kawan-kawan rapat dia?" Celah ayah Nida.
"Tak ramai kawan-kawan dia yang Kimi kenal." Balas Hakimi.
"Geng badminton dia. Khairul. Mereka bertiga agak rapat. Sebab...." Terdiam. Ah, salah aku ke halang percintaan mereka dulu? Aku sangka Khairul tu takde masa depan yang cerah dengan sikapnya yang kaki main, nakal dan hanya komited dalam dunia
badminton dia. Lihatlah dia sekarang, berjaya dengan kerjayanya sebagai ahli
perniagaan.
Ya, inilah lelaki yang aku pernah ternampak duduk semeja dengan isteri aku. Yang
pasti, bukan sekali. Diakah yang sembunyikan isteri aku?
"Relax bro. Jangan macam ni. Kita duduk bincang elok-elok. Ni tempat aku business
bro." Khairul cuba menenangkan Hakimi yang datangnya seperti ingin bergaduh.
Hakimi yang tersedar dengan keterlanjuran sikapnya memohon maaf.
"Kenapa kau simpan surat tu? Kau nampak tak masalahnya sekarang?" Khairul tak
faham. Kalau betul-betul Hakimi sangat menyesal dengan perbuatannya terhadap
arwah Nida dulu, untuk apa simpan surat tu.
"Sebab surat tu yang menyedarkan aku. Yang akan mengingatkan aku supaya jadi
suami yang lebih baik. Bukan sekali dua aku pernah nampak dia keluar berdua dengan kau. Aku cuba kawal perasaan cemburu aku sebab nak jaga hati dia. Walaupun dia
berahsia bila aku tanya." Jelas Hakimi.
"Sejak dia balik dari Australia memang kami selalu jumpa. We talked mostly about
Nida. Then dia ada cakap yang dia berdendam dengan kau. Aku tak berani nak cakap
apa sebab aku tak tau apa salah kau. Nida cuma beritahu, she was not good enough for
you. But as a best friend, Mia sangat yakin arwah Nida derita selama menjadi isteri
kau." Kata-kata itu menampar muka. Hakimi cukup menyesal. Hakimi meraup muka
dengan kedua tapak tangannya. Tunduk kesal.
"Tapi...."
"Tapi apa?" Pintas Hakimi lantas mengangkat mukanya.
"Aku rasa dia dah mula sayangkan kau. Dia dah mula cintakan kau. Cuma sayang dia
terhadap arwah mengatasi perasaan dia tu. Apa yang perlu kau buat sekarang ni, kau
kena yakinkan dia."
"Entahlah bro. Aku dah tak kisahlah dia nak sayang aku atau benci aku. Aku cuma
risaukan dia. Malam kami gaduh tu dia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia
marah-marah. Dia taknak ada doktor dalam rumah. Esok paginyer, dia hilang." Hakimi buntu lagi. Memegang kepala yang mula berdenyut.
"Dah berapa lama dia hilang?" Tanya Khairul.
"Dua minggu."
"Masa tu birthday dia ke?" Khairul ingin kepastian.
"Ya. Aku ingat nak buat surprise, tak sangka pulak jadi macam tu sudahnya." Sayu
sungguh suara Hakimi.
"Maknanya dia memang takder beritahu kau apa-apa?" Soal Khairul serius. Hakimi
menggeleng.
"Siang tu, kami dan geng badminton masa sekolah dulu celebrate birthday dia. Kami
'hang out' to a few places. Masa nak balik, dia macam nak pitam. We brought her to
clinic." Cerita Khairul.
"So, apa kata doktor? Serius ke?" Tanya Hakimi cemas.
"Sangat serius bro. After this, dia kena jumpa doktor every month."
"Dia sakit apa?" Hakimi tak sabar nak tahu. Khairul memegang bahu Hakimi.
"Bro, your wife is pregnant."
"What?" Hakimi terkejut.
"Sebab tu dia tak nak ada doktor malam tu. Dia tak nak kau tahu dia mengandung."
Tafsir Amir. Hakimi terkedu.
"Bro, kau kena kuat. Jangan mengalah. Mia ni seorang yang degil, keras kepala. Ego dia sangat tinggi. Baran dia bukan calang-calang orang boleh 'handle'. Arwah banyak dah
ubah sikap dia. Dan sekarang ni kau kena amik alih tugas tu. Kalau kau betul-betul
sayangkan dia. Kalau kau betul-betul menyesal dengan perbuatan kau pada arwah Nida dulu. Inilah masa kau buktikan. You have to work hard for this. Kau dah cari kat kubur arwah?"
"Aku dah pergi banyak kali." Jawab Hakimi.
"As I said, you have to work hard for this. Maybe you have to wait there for 24 hours.
Sebab aku rasa, itu je tempat yang akan dia pergi buat masa ni." Nasihat Khairul.
"She looked so happy when the doctor said she's pregnant. Means, she's happy to have a child with you. And the baby will be happier if the father work hard for this. Buatkan dia lupa dendam tu." Tambah Amir.
Assalamua'laikum, suamiku Ahmad Hakimi Darius.
Terlebih dahulu, saya Anida Raisyah, isteri abang memohon seribu keampunan andai isi surat ini akan menimbulkan perasaan kecewa, marah atau sakit hati di hati abang.
Saya sedar, saya bukan isteri pilihan abang. Saya cuba menjadi isteri yang sempurna untuk abang, ternyata saya gagal. Saya akui, saya sangat sedih dengan keadaan ini. Tertekan, dan hampir putus asa untuk teruskan hidup. Namun, saya kembali pada qada' dan qadar Allah.
6 bulan menjadi isteri abang. Abang tak mahu pandang saya, tak sambut salam saya, tak jamah makanan yang saya masak, langsung tak sentuh saya. Hina sangatkah saya di mata abang? Saya dah cuba untuk terus bersabar, tapi saya tak mampu berterusan berpura dengan ayah dan ibu saya. Terutama sekali ibu, orang yang tak pernah berjaya saya tipu.
Saya mohon, izinkan saya pergi. Tolong jangan beritahu ayah dan ibu. Saya pergi mungkin lama, atau mungkin juga untuk selamanya. Saya tahu abang takkan menangis atas pemergian saya ni. Atau memang ini yang abang harapkan.
Sebagaimana abang yang mahukan kebebasan, begitu juga saya. Sekiranya ini yang terbaik untuk kita, saya redha. Saya tak berdaya nak menunggu lagi. Saya akan email pada abang ke mana saya akan pergi. Pilihan di tangan abang.
Maafkan saya dari hujung rambut sampai kaki. Halalkan makan minum. Seandainya satu hari nanti abang beristeri lagi, jagalah dia seikhlas hati. Kasihi dia sepenuh hati. Janganlah sesekali buat dia sakit hati atau berjauh hati. Cukuplah satu hati abang sakiti.
Sekian dari isterimu yang tidak pernah sempurna ini.
****
Memang kau kejam Hakimi. Kenapalah aku bodoh sangat? Maafkan abang Nida.
Sekarang abang dapat rasa sendiri betapa tersiksanya hati disakiti insan yang amat
dicintai. Betapa deritanya hati tidak dipeduli. Kalau masa dapat diputar kembali, sudah pasti perkara ini takkan pernah terjadi. Ya, Allah berilah aku peluang kedua. Berilah
aku peluang untuk perbetulkan segalanya.
Sudah dua hari dua malam dia menanti di situ. Hakimi keluar dari keretanya. Sengaja
dia guna kereta lain agar Mia tak tahu dia di situ. Hakimi baringkan diri di pondok
wakaf di situ untuk meluruskan badan. Dia menutup muka dengan topinya. Telinganya menangkap satu bunyi enjin kereta. Matanya terlalu berat untuk di buka. Ada
seseorang yang melintasi pondok wakaf itu. Deria baunya menangkap bau minyak
wangi Hugo Orange Woman.
"Mia."
"Abang!" Mia terkejut.
"Mia, puas abang cari Mia."
"Untuk apa? Mia dah cakap kan? Mia takkan pernah maafkan abang. Mia benci abang." Tegas Mia.
"Tapi abang sayangkan Mia. Abang cintakan Mia. Abang tak boleh hidup tanpa Mia."
Luah Hakimi lantas melutut di situ. Mia terkedu seketika. Ini yang kau nak kan? Dia
dah melutut depan kau. Menagih kasih kau. Tidak cukup lagi ke? Kau nak tengok dia
menderita? Dengan rambut yang tak kemas. Nampak jelas keserabutan di wajahnya.
Nampak jelas betapa leganya dia bila nampak kau. Zaass...wajah sayu arwah Nida
melintas. Mia menarik tangannya yang tanpa disedari digenggam erat oleh Hakimi.
"Jangan ganggu Mia lagi. " Mia ingin berlalu.
"Sayang, please." Hakimi cuba merayu lagi. Mia menoleh sekilas. No! No,Mia! No!
"Mama risaukan Mia. Mia balik rumah mama." Pinta Hakimi.
Puan Ramlah memeluk erat anaknya. Hampir tiga minggu hilang khabar berita.
Sewaktu Mia tak sedarkan diri tiga hari dulu, puan Ramlah sudah cukup tertekan,
sedih, risau...
"Mama tak fikir ini yang Nida mahukan." Puan Ramlah memujuk Mia. Dia cukup kenal keras hati anaknya. Mia tak bersuara.
"Mia kena fikirkan kesihatan Mia. Emosi kena jaga. Itupun boleh effect baby dalam
kandungan Mia." Tambah puan Ramlah.
"Macam mana mama tahu?" Mia sedikit terkejut.
"Hakimi beritahu mama. Dia cari Mia merata tempat. Bermacam orang dia tanya.
Khairul yang beritahu Mia pregnant." Jawab puan Ramlah.
"Mia tak kesian anak Mia? Lahir tanpa ayah di sisi."
"We can survive without him. Dan ayah dia tak ambil kisahpun pasal dia. Dia tkder
mention apa-apapun pasal baby ni." Balas Mia.
"Sebab dia nak Mia terima dia dengan ikhlas. Bukan kerana terpaksa demi baby tu."
Jelas puan Ramlah. Mia tidak bersuara.
"Mia sedar tak, hasrat Mia dan arwah Nida dah tercapai bila Mia kahwin dengan
Hakimi?" Puan Ramlah memecah sepi. Mia memandang mamanya. Hasrat? Hasrat apa? Puan Ramlah tersenyum. Mia masih tak faham.
"Dah lewat ni. Mia tidur ye sayang. Jangan lari lagi." Puan Ramlah mencium dahi anak tunggalnya itu. Tersenyum.
"Mama turun sekejap. Nanti mama naik semula. Mama nak tidur dengan Mia malam ni. Mama takut anak mama ni lari lagi." Puan Ramlah tersenyum mengusik. Mia tertawa
kecil.
"Dia ada kat bawah ke?" Teka Mia. Puan Ramlah angguk.
Dah puas dipujuk, namun hatinya masih keras. Doa, itu saja ikhtiar yang ada buat
masa ini. Pujuk rayu paksaan bukan jalannya. Solat hajat, mohon dibukakan pintu hatinya.
Mia cuba mengingati. Apa maksud mama? Hasrat apa yang dah tercapai? Apakah aku
sebenarnya telah terperangkap dengan kata-kataku sendiri? Baru sebentar tadi Mia
menjengah ke ruang tamu. Hakimi ada terbaring di situ. Dah tiga malam macam tu.
Berapa lama dia akan sanggup tunggu? Dan aku, berapa lama aku nak mengelak dari
dia? Ya, memang aku dah terperangkap dengan kata-kataku sendiri. Aku terjerat dalam perbuatanku sendiri. Aku kata benci. Aku taknak lahirkan zuriat untuk dia. Tapi,
kenapa masa doktor cakap aku mengandung, aku terlalu gembira. Terus terbayang
wajah dia. Ego...
"Perkahwinan bukan soal main-main Mia. Aku takutlah bila cerita pasal kahwin ni."
Luah Nida.
"Kan...kita tak tau suami kita tu nanti macam mana." Balas Mia.
"Apa kata kita kahwin dengan orang yang sama jek? Mesti aku tak kena buli. Kau kan ada. Kau kan bodyguard aku." Usul Nida.
"Bagus jugak tu." Balas Mia setuju. Kemudian, kedua-duanya tergelak.
"Aku nak jadi isteri pertama tau." Celah Nida dalam tawa.
"Kau rasa hasrat kita ni akan tercapai tak?" Tanya Mia sebaik tawa mereka reda.
"Angkat tangan. Kita doa sama-sama." Arah Nida.
"Ya, Allah. Pertemukanlah jodoh kami dengan lelaki yang sama. Aamiin."
Kedua-duanya meraup muka. Tersenyum.
"Kau janji dengan aku, kau akan jaga dia, sayangi dia, cintai dia kalau aku dah takder."
"Takde? Kau nak ke mana?" Mia tak faham.
"Satu tempat yang sangat jauh. Dan kau tak boleh ikut."
"Kenapa?" Mia tak faham. Nida tak jawab. Hanya tersenyum. Tiba- tiba dia hilang.
"Nida!!" Jerit Mia. Puan Ramlah turut tersedar dari lena.
"Kenapa sayang?" Tanya puan Ramlah. Mia menangis. Puan Ramlah memeluk anaknya. Memujuk. Di akhir mimpinya, itu bukan realiti. Mungkinkah memang itu yang Nida
mahukan. Bukan hanya malam itu. 3 malam berturut Mia mimpikan perkara yang
sama. Kau masih tak sedar lagikah Mia?
Hakimi tak putus berdoa agar Mia dapat memaafkan. Setiap hari dia bersujud pada
Illahi. Solat hajat dan tahajud tak pernah tinggal. Assalamua'laikum warahmatullah. Assalamua'laikum warahmatullah. Hakimi membaca doa dengan penuh penghayatan.
Terkejut melihat Mia sedang duduk di ruang tamu itu. Melihat jam, dah pukul 2:00 pagi.
"Kenapa? Abang ingat hantu ke?" Tanya Mia.
"Taklah. Abang risau dah pukul 2 pagi Mia tak tidur lagi." Balas Hakimi.
"Untuk apa abang buat semua ni?"
"Buat apa?" Hakimi tak faham. Atau buat-buat tak faham.
"Semua ni. Tak boleh ke abang biarkan saja Mia? Lupakan Mia. Mia tak boleh nak
sayang abang." Bicara Mia. Cuba menipu perasaan sendiri.
"Mia tak perlu sayangkan abang. Cukuplah abang seorang saja yang sayang Mia. Abang nak jaga isteri abang. Sayangi isteri abang. Cintai isteri abang. Kerana itu janji abang
pada diri abang. Abang sudah cukup menyesal dengan apa yang abang dah buat pada
arwah Nida." Luah Hakimi.
"Abang dapat tengok Mia dari jauh pun tak kisah." Tambah Hakimi.
"Kalau macam tu, kenapa nak tunggu kat sini? Baliklah rumah. Selesa ke tidur atas
sofa hari-hari?" Soal Mia menguji namun bernada sindiran. Hakimi tersenyum. Dia
terus duduk di sebelah isterinya yang degil, ego dan keras hati ni. Mia tidak melawan
atau mengelak. Sesuatu yang positif.
"Mia tahu tak apa yang menyebabkan abang sayang sangat kat Mia? Apa yang buat
abang susah sangat nak lepaskan Mia?"
"Hmmm..." Mia acuh tak acuh.
"Abang tahu, hati Mia ada dendam. Tapi, Mia sayangkan abang kan?" Hakimi
memegang tangan isterinya. Mia cuba menarik tangannya, tetapi Hakimi menggenggam erat tangan itu. Mia terkedu.
"Kalau Mia tak sayang, takdelah Mia jengah abang kat sini tiap malam. Perlahankan
'aircond'. Pakaikan stoking." Ungkit Hakimi. Alamak dia sedar ke? Nampak macam
tidur mati jek.
"Mia mengaku memang Mia dah terjatuh cinta pada abang. Memang Mia dah mula
sayangkan abang. Memang Mia dah terperangkap dengan kata-kata dan perbuatan Mia sendiri. Kalau Mia terima abang, Mia rasa Mia dah khianati arwah Nida." Akhirnya
luahan hati yang terpendam sekian lama....
"Sayang, abang tahu apa yang abang buat pada arwah dulu memang salah. Dan abang
tak pernah terfikir nak cari pengganti, sehinggalah abang bertemu Mia. Mia telah
membuka ruang pada abang membetulkan segala kesilapan abang. Abang takkan jadi
suami yang sempurna, kerana kesempurnaan seorang suami terletak pada mata
isterinya." Bicara yang cukup romantis bersulamkan keikhlasan. Airmata lelaki itu
gugur seiring dengan airmata Mia. Secara spontan mereka menyeka airmata itu.
Hakimi terasa nyaman di hati apabila tangan itu menyentuh pipinya. Mia memandang wajah yang sembab, kusut, serabut, tersiksa jiwa raga, sayu, sedih, cengkung..tak selera makan...tidak cukup lagikah kau buat dia derita?
"Maafkan Mia abang." Mia mencium tangan suaminya. Hakimi tersenyum. Dah lama
dia maafkan Mia, dan hakikatnya dia tidak pernah salahkan Mia.
"Tapi, Mia tak boleh." Kata Mia lalu bangun dari sofa itu. Hakimi terkedu. Masih
adakah sisa dendam di hati isterinya?
"Sakit." Tambah Mia. Hakimi tertunduk kecewa.
"Sakit badan nanti tidur atas sofa ni. Mia nak tidur atas katil kat bilik." Sambung Mia. Hakimi mengangkat mukanya. Mia tertawa kecil.
"Mama tak tidur dengan Mia malam ni. Jangan lupa off aircond." Mia berlalu meninggalkan Hakimi di situ. Senyuman terukir di bibirnya. Sudah berakhirkah sebuah dendam? Dendam seorang isteri.

Hbs mcm tu je.. ishh
ReplyDelete