Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Suami Yang Dibenci

Siti terdiam.   Dia benar-benar tak sangka kebenaran ini bakal mengubah segala persepsi pemikirannya selama ini.   Lelaki yang telah berjaya memecahkan tembok keegoannya itu, lelaki yang telah berjaya mencairkan kebekuan hatinya, lelaki yang telah membuatkan dia mengenali cinta…lelaki inilah yang selama ini dibenci.   Dimaki, dihina, dicerca biarpun tak pernah bertemu. Sah!Empat orang saksi telahpun mengesahkannya.   Dan kini Siti telah sah menjadi isteri kepada Farizal.   Macam mana aku nak menempuhi hidup aku bersama selepas ini?   Kenapalah terlalu lambat aku tahu kebenaran ini?   Kenapa aku nak juga teruskan perkahwinan ini?   Kerana aku tak tergamak nak memalukan keluarga.   Melihat tangisan gembira ibuku.   Aku tak mahu dia menangis kerana terpaksa menanggung malu. “Itulah ayah kandung Zarul.   Bekas tunang kak Reen.   Dia tinggalkan kak Reen masa Kak Reen mengandungkan Zarul.   Dia hilang macam tu je.   Kesian kak Reen.”   Bagai nak gugur jantung Siti bila Rozana memberita