Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

MENDUNG BERLALU

Azharin Laily berjalan mundar-mandir di luar wad kecemasan itu. Baru sebentar tadi dia memberi maklumat tentang kemalangan itu pada Inspektor Rashid, anak Tan Sri Hussien, boss Armada Hotel, cawangan Johor Bahru. Azaharin Laily adalah pengurus Khidmat Pelanggan di ibu pejabat Seri Armada Hotel yang berpusat di Kuala Lumpur. “Jangan risau Elly. Nothing serious. Elly tak langgar dia pun. Dia pengsan sebab terlalu lemah. Mungkin dua tiga hari mogok lapar.” Jelas inspektor Rashid tentang keadaan lelaki yang tiba-tiba sahaja menerpa ke arah kereta Elly yang sedang bergerak perlahan mencari jalan. “Elly baliklah dulu. Kalau ada apa-apa maklumat nanti, Rashid call Elly.” “Hmm, takpelah. Elly tunggu sekejap lagi. Nak tahu jugak apa laporan doktor.” Lelaki itu sudahpun di hantar ke wad. Elly dan inspektor Rashid masih menanti khabar tentang lelaki yang hanya diketahui namanya Ahmad Shahril bin Affendi. Pihak polis masih cuba mengesan ahli keluarganya untuk dihubungi. “Do