Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

KISAH SEMALAM, KISAH HARI INI

  Indah suasana pagi ini. Cuaca pun sangat baik.   Dania memilih untuk berjalan kaki sahaja ke tempat kerja hari ini.   Balik nanti, pandai-pandailah suruh sesiapa hantarkan.   Takpun berjalan kaki sahaja.   Tak jauh sangatpun, hanya lebih kurang 5-7 minit berjalan kaki dah sampai.   Kadang-kadang dia memilih untuk berbasikal.   Kalau hujan sahaja dia akan memandu kereta Axia miliknya.   Anak-anak pun dah ke sekolah dengan kak Zulaikha.   Kak Zu turut menghantar anaknya ke taska yang sama.   Dia sendiripun adalah pengurus taska tersebut. Dania bekerja sebagai pembantu di Klinik Wardah.   Bersebelahan dengan Restoran Warisan.   Di barisan rumah kedai ini ada bermacam premis perniagaan.   Atas Klinik Wardah ada pejabat peguam.   Baru-baru ini banyak kali juga Dania dan Zulaikha turun naik berjumpa pihak peguam.   Minta nasihat sebelum memanjangkan kes ke mahkamah.   Tuan Badrul Hamka banyak membantu.   Dia juga banyak memberi nasihat dan memperkenalkan beberapa orang peguam yang berpot