Skip to main content

KISAH SEMALAM, KISAH HARI INI

 

Indah suasana pagi ini. Cuaca pun sangat baik.  Dania memilih untuk berjalan kaki sahaja ke tempat kerja hari ini.  Balik nanti, pandai-pandailah suruh sesiapa hantarkan.  Takpun berjalan kaki sahaja.  Tak jauh sangatpun, hanya lebih kurang 5-7 minit berjalan kaki dah sampai.  Kadang-kadang dia memilih untuk berbasikal.  Kalau hujan sahaja dia akan memandu kereta Axia miliknya.  Anak-anak pun dah ke sekolah dengan kak Zulaikha.  Kak Zu turut menghantar anaknya ke taska yang sama.  Dia sendiripun adalah pengurus taska tersebut.

Dania bekerja sebagai pembantu di Klinik Wardah.  Bersebelahan dengan Restoran Warisan.  Di barisan rumah kedai ini ada bermacam premis perniagaan.  Atas Klinik Wardah ada pejabat peguam.  Baru-baru ini banyak kali juga Dania dan Zulaikha turun naik berjumpa pihak peguam.  Minta nasihat sebelum memanjangkan kes ke mahkamah.  Tuan Badrul Hamka banyak membantu.  Dia juga banyak memberi nasihat dan memperkenalkan beberapa orang peguam yang berpotensi untuk menangani kesnya.

“Kalau ikutkan hati Dania tu, dia taknak pun panjangkan hal ini.  Tak nak pun.  Bagi dia cukuplah dengan apa yang dia ada sekarang ni.  Insha Allah cukup untuk dia anak beranak.  Tapi,bila benda yang tak ada kena mengena dalam hidup mereka pun nak dituntut nampaknya memang aku tak bagi peluang.  Restoran dan klinik tu wujud selepas arwah meninggal.  Kenapa pula mereka nak tuntut bahagian.  Selama ni satu sen pun harta peninggalan arwah Dania tak minta.  Cukup dengan wang tunai dalam bank tu.  Dania usahakan sikit-sikit selama 5 tahun ni.  Sekarang ni dah terjerat diri sendiri.  Kalau ikutkan mereka semua tu takde hak sesen pun.  Mereka tu semua cuma adik beradik tiri.  Dania dan anak-anaknya lebih berhak.  Silap haribulan satu sen pun mereka tak dapat.  Syarikat besar tu pun hak Dania dari dulu lagi.  51% saham syarikat tu memang nama Dania.  Tapi sepanjang 5 tahun ni, mereka tak pernah pun bagi sebarang keuntungan pada Dania.”

“Biasalah tu Zu.  Manusia ni kalau dah tamak, dia bukan fikir panjang.  Dah sah-sah klinik dan restoran tu tak kaitan dengan diorang.  Sibuk nak tuntut.  Sekarang mengangalah bila Dania dah failkan tuntutan hak tu semua.  Kalau nak diikutkan, tanpa pergi mahkamah pun secara automatiknya Dania dah menang kes.  Dengar cerita mereka macam taknak sampai ke mahkamah.  Nak sangat main dengan undang-undang, last-last diri sendiri yang tersepit.”  Balas Badrul Hamka.

“Sebabkan harta nilah dulu arwah Daniel jadi tertekan sangat.  Dia sanggup tinggalkan semua kesenangan yang dia ada.  Nasib baik juga dia Cuma keluarkan surat serah kuasa bukan tukar nama. Arwah Daniel biarkan sahaja apa adik beradik tiri dia tu. Dia dah cukup bahagia dah dengan Dania.  Sayang, umurnya tak panjang.  Dania dah cukup struggle selama 5 tahun ni.  Akak pun tak tahu, apa lagi yang diorang tu tak puas hati.”

“Insha Allah Zu, Dania boleh menang kes ini.  Biar mereka tu gigit jari.  Bukan sahaja mereka bakal kehilangan syarikat tau.  Rumah, bot mewah, Menara Darwish pun mereka takde hak.  Dengan campur tangan peguam Daniel beserta bukti-bukti yang ada, Dania akan berjaya tuntut haknya.”

“Dania tu cuma fikirkan anak-anaknya sahaja.  Kalau ikutkan hati dia, dia nak serahkan sahaja semua pada mereka.  Yelah, buat apa harta bergunung, tapi hati asyik murung.”

“Amboi, rancak sembang.  Sampai tak nampak saya datang.”  Suara Dania muncul.

“Eh, dah habis shift ke?”  Zulaikha beralih topik.

“Sampai dah habis rojak mee tunggu Dania.”  Balas Badrul.

“Eh, tunggu saya ke?”

“Takdelah.  Dah nak balik ni, pekena dulu rojak legend ni.”  Jawab Badrul sambil tertawa kecil.

“Sambil tu tengah tunggu kawan saya.  Katanya nak sampai petang ni.  Tak nampak-nampak bayangnya.  Sampai habis rojak ni saya makan seorang.  Balik ni memang dah tak yah makan malam ni.”  Tambah Badrul Hamka sambil menggosok perutnya yang kekenyangan. Dania tertawa kecil.  Anak-anaknya yang sedang bermain dengan anak Zulaikha segera berlari mendapatkan mamanya.

“Kami balik dululah ya.  Dah lewat ni.  Budak-budak ni nak ke kelas mengaji lepas maghrib.”  Dania meminta diri.  Zulaikha pun nak beransur pergi.  Memandangkan hari ini Dania tidak memandu keretanya, dia menawarkan diri menjadi pemandu.

Dania seorang ibu tunggal yang kehilangan suaminya sejak 5 tahun lagi akibat kemalangan.  Waktu itu Dania sedang mengandungkan dua anak kembarnya itu 7 bulan.  Sedih memang sedih.  Namun, Dania kuatkan semangat demi anak-anak.  Kalau dia tak sayang dirinya sendiri pun, dia kena ingat akan anak-anaknya.  Itulah kata-kata semangat dari Zulaikha padanya suatu masa dulu.  Sewaktu dia seolah sudah putus asa dengan hidupnya.  Sewaktu dia menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan suaminya ditimpa kemalangan.

“Untuk apa dapat melihat, kalau saya tak dapat tengok suami saya?”

“Untuk anak-anak kau Dania.  Ingatkan anak-anak.  Bila mereka lahir nanti, kau tak nak tengok mereka ke?  Walaupun Daniel dah takde, tapi mata dia dapat melihat anak-anak tu nanti.”

Dania dilahirkan buta.  Tiada siapa yang sanggup mengambil tugas ibubapanya selepas keduanya meninggalkannya di sebuah rumah tumpangan.  Ibubapa Zulaikha yang bekerja sebagai cleaner di tempat itu yang temui mereka.  Dan dia dihantar ke rumah kebajikan.  Sungguh demikian dia tetap dijaga dengan baik.  Dan ibubapa Zulaikha sering datang melawat.  Mereka tak berani nak jaga memandangkan kehidupan mereka sendiri pun tidak begitu senang. 

Daniel.  Macam mana mereka boleh bertemu.  Suatu malam, Dania mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali.  Dia tak minta apa-apa.  Cuma minta Dania dengar luahan hatinya.  Kerana dia begitu tertekan dan memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Dania hanya jadi pendengar yang setia.  Malam pertama, Dania tak bersuara, hanya diam mendengar.  Malam kedua pun begitu juga.  Malam ketiga Dania tetap memilih untuk menjadi pendengar.  Tiba malam keempat, tiada lagi panggilan daripadanya.  Dania jadi risau dan tak tentu arah.  Sesuatu yang tak baik terjadi ke?  Selepas tiga malam berturut-turut tiada panggilan daripada Daniel, dengan bantuan Zulaikha, dia cuba menghubungi semula nombor itu.

“Awak okey ke?” Tanya Dania risau.

“Saya okey.”

“Saya risau bila awak tak call saya.  Saya takut kalau ….”

“Bunuh diri..”  Pintas Daniel.

“Eh, awak ni!  Saya takdelah fikir sampai ke situ.”  Bidas Dania.  Walaupun hakikatnya memang itu yang dia fikirkan.

“Terima kasih sebab risau pasal saya.  Pertama kali saya rasa dihargai.  Pertama kali rasa disayangi.  Saya tak dapat pun rasa itu dari keluarga saya sendiri.”

“Jangan cakap macam tu.  Papa dan mama awak kan sayangkan awak.” Pujuk Dania.

“Tapi mereka dah takde.  Masa mereka ada pun, mereka tak pernah ada untuk saya.”  Luah Daniel kecewa.  Selama 25 tahun hidup, dia lebih banyak habiskan masa dengan pembantu-pembantu di rumahnya.  Masa umurnya 15 tahun, papa kahwin baru selepas 5 tahun bercerai dengan mama.  Mama tiri pun tak pernah anggap dia macam anak.  Terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai isteri seorang dato’.  Ada adik beradik tiri pun lupa diri.  Dan mereka lah yang mencetus onar dalam hidup Daniel. 

Selepas beberapa minggu asyik berbicara di telefon, Daniel menyatakan hasrat ingin berjumpa.  Dania cuba mengelak dengan pelbagai alasan.  Setelah puas didesak, akhirnya Dania mengalah.  Sampai bila nak berahsia hal sebenarkan.  Biarlah Daniel kenal siapa Dania yang sebenarnya.

Perkenalan dengan Dania merubah segalanya.  Daniel dapat rasakan kesempurnaan bersama Dania.  Dia tidak fikir panjang untuk melamar Dania menjadi isterinya.  Biarpun masa itu Dania masih terlalu muda, Daniel nekad untuk memperisterikan gadis itu.  Dia tinggalkan segala harta dan kemewahan.  Dia memilih untuk hidup secara sederhana.  Hidupnya sudah cukup bahagia.  Dia sentiasa bekerja keras untuk kehidupannya dengan Dania.

Sungguh demikian, Daniel masih bertindak bijak dengan mengupah peguam melaksanakan apa yang perlu.  Tiba masa dia akan menuntut hak yang sememangnya hak dia.  Dia tak mahu menyusahkan mama tiri dan adik beradik tirinya.  Dan mama kandungnya tak nak masuk campur langsung.  Biarlah dulu.  Biarkan mereka bergembira dengan harta orang lain tanpa rasa bersalah.  Masa akan tiba.

HAL-HAL yang macam inilah yang kadang-kadang buatkan Dania malas nak memandu.  Kalau jadi apa-apa di pertengahan jalan memang mati kutu.  Terpaksalah call sesiapa hulurkan bantuan. Baru setahun dua sahaja nipun dia memandu.  Itupun jika terpaksa.  Selalunya nak ke mana-mana destinasi yang jauh memang Zulaikha lah yang akan jadi pemandu tidak bergajinya.

“Kenapa  ni cik Dania?”

“Tayar ni pancit pulak.”  Jawab Dania walaupun dia masih sangsi.  Macam mana mamat ni boleh tahu nama aku.  Nak kata pakai name tag, tak pulak.

“Saya Dean Ammar.  Kawan Badrul Hamka, lawyer cik Dania.”  Dean Ammar mengingatkan.  Oooh, baru teringat.  Pernah terserempak beberapa kali. Nampak lain pulak bila dia memakai topi.  Sebab tu tak cam sangat kot tadi.

“Ada tayar spare tak?  Saya tolong tukarkan.” Pelawa Dean Ammar.

“Err, ada kot.”  Dania sendiri tak pasti.  Maklum sahajalah, Dania tahu bawa jek.  Hal-hal service ni memang kerja Zulaikha.  Kalau Zulaikha takde susahlah.

“Saya check.”

Dalam masa kurang setengah jam, selesai menukar tayar.  Berkali-kali Dania ucap terima kasih.  Dan Dania pun bersungguh nak belanja minum.  Mereka singgah di restoran Mc Donalds yang memang tak berapa jauh dari situ.  Sempatlah mereka bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing.  Dean Ammar bekerja free lance.  Selain menjadi tukang masak, dia juga buat penghantaran makanan.

“Badrul cakap Restoran Warisan tengah cari tukang masak.  Betulke?”

“Ye.  Kenapa? Berminat ke?”  Jawab Dania.

“Berminat jugak.  Senang sikit.  Dekat dengan rumah.  Tempat saya kerja sekarang ni jauh sikitlah.”

“Datanglah interview dengan ketua tukang masak merangkap pengurus Restoran Warisan.  Saya ni owner jek.  Bahagian pengurusan orang lain yang handle.”

“Oh, really.  Klinik kat sebelah tu awak punya jugak kan?”

“Ish, banyak awak tahu pasal saya ni.”

“Badrul rajin bercerita.”  Jelas Dean Ammar.  Takut pula kalau-kalau Dania tak suka.

“Takpelah.  Saya okey jek.  Memang saya ada saham tinggi dekat klinik tu.  Saya sekarang masih belajar.  Nak jadi doktor.  Buat masa sekarang saya amik out campus sementara.  Dua minggu sekali saya akan masuk kelas.  Baru lagi.”

“Wow! Impressing. Bakal doktor rupanya.”

“If I’m not mistaken, Badrul cakap awak kawan seuniversiti  dengan dia.  Awak amik course apa?”

“Sama macam dia.  Actually I was a lawyer. 10 years in service.  Tapi sekarang dah penat.  Now my passion is cooking.  My favorite is masakan kampung, off course. Dalam masa yang sama juga , saya suka try resepi baru.  Kadang-kadang tu cuba cipta resepi baru.”

“Wow!  Now, you’re the one who impressing me.”  Balas Dania. Dan mereka ketawa.

Perbualan yang panjang.  Dan hubungan mereka kian akrab.  Dean Ammar pula diterima bekerja dengan Restoran Warisan.  Lagi keraplah mereka bertemu.  Selalu makan tengahari bersama.  Bila hari cuti pun Dean Ammar akan datang ke restoran.  Badrul Hamka kurang senang dengan keadaan itu.  Takkan cemburu kot.  Sejak kes tuntutan telah selesai di luar mahkamah, mereka dah jarang bertemu biarpun tempat kerja masing-masing satu bangunan berlainan tingkat.

“Aku nak tanya kau ni.”

“Tanya apa?  Tanya jelah.”  Balas Dean Ammar.  Badrul Hamka memandang tepat ke wajah Dean Ammar.

“Apasal kau tengok aku lain macam jek ni?”  Dean tak faham.

“Kau dengan Dania tu ada apa-apa ke?”  Tanpa berdolak dalih, Badrul terus bertanya.

“Kami kawan.  Kawan baik.  Kenapa?”

“Dean aku kenal kau Dean.  Kau kawan dengan dia sebab kau tahu dia ada harta kan?”  Tafsir Badrul Hamka.  Dean Ammar terdiam seketika.

“Dean, aku taknak kau main-mainkan perasaan dia tau.  Selama ni dia survive hidup sorang-sorang.  Jangan pulak kau nak buat hal.”

“Bad.  Aku ikhlas kawan dengan dia Bad.  Aku bukan Dean Ammar yang dulu.  Dah 5 tahun aku tinggalkan perangai lama aku tu.  5 tahun ni dah banyak mengajar aku.”

“Aku dah anggap dia tu macam adik aku sendiri tau.  Walaupun aku baru jek kenal dia.  Aku tahu struggle dia sebelum dia capai tahap dia hari ini.  5 years as a single mom with two kids at very young age. Dengan family husband dia yang tamak harta.  Kalau aku tahu kau buat hal, memang aku takkan lepaskan kau.  Dan kalau kau dapat lari dari aku pun, Zulaikha akan buru kau sampai lubang cacing.”  Badrul memberi amaran.

“Bad, aku dah berubah Bad.  Kau pun tahu kan.  Aku serius.  Dan kalau dia dah bersedia, aku dah bersedia untuk ambil dia jadi isteri aku.  Aku bukan muda lagi Bad.  Dah 38 tahun pun.”

“Aku harap kau betul-betul dah berubah Bad.  Aku pun nak kawan-kawan aku happy.”  Harapan Badrul Hamka.

KENAPA?  Susah pula nak pejamkan mata malam ini.  Tadi baring, sekarang duduk bersandar di kepala katil.  Teringat kata-kata Zulaikha petang tadi.  Ish, betul ke apa yang kak Zu cakap ni.  Dean?  Sukakan aku?  Kadang-kadang tu nampak macam kebetulan.  Ada masa nampak macam dirancang.  Bila ada kesulitan, tiba-tiba dia muncul. Jodoh ke?

“Awak ni kan, tiba-tiba je muncul.  Awak ikut saya yer?”  Dania jadi hairan.

“Saya ikut jodoh saya.  Awaklah kot jodoh saya.”  balas Dean Ammar.

Dania tersenyum sendiri.  Jodoh?  Aku ni ibu tunggal anak dua.  Banyak tanggungjawab pulak tu.  Nak ke dia kat aku.  Baru 6 bulan jek kot kami berkawan rapat.  Tak dinafikan dia sangat menyenangkan.  Rasa bahagia setiap kali dapat luangkan masa bersama.  Si kembar dua orang tu pun bukan main mesra lagi dengan uncle Dean. Dan Dean pun rajin melayan.  Ada ciri-ciri seorang ayah.  Yelah, budak-budak ni takde ayah sejak lahir.  Haish…..rasa rindu dah melayang-layang ni.  Asyik teringat jek.  Kak Zu cakap kalau dah angau maknanya dah wajib kahwin.  Kalau aku seorang jek yang angau, tak boleh juga kan.

ZULAIKHA memang nak tengok Dania bahagia.  Dalam masa yang sama dia tak nak Dania tersalah pilih sebagaimana dirinya sendiri.  Berkahwin dengan pilihan hati, hanya mampu bertahan 3 tahun.  Berpisah kerana sikap bekas suaminya yang curang.  Memang rasa serik nak berkahwin lagi.  Namun, soal hati dan perasaan ini sukar dijangkakan.  Begitu jugalah apa yang dia nampak pada Dania sekarang ni.  Semenjak Daniel meninggal dunia, hidup Dania hanya untuk anak-anaknya.  Jiran sebelah rumah pernah datang merisik.  Doktor yang dikenali ketika menjalani rawatan matanya pun pernah mencuba nasib.  Dania masih belum terbuka pintu hatinya.

 

“Jauhnya termenung. Kau ingat aku ke?”  satu suara menerpa masuk ke gegendang telinga.  Terkejut.

“Ish, kau ni!  Terkejut tau.” Marah Zulaikha.

“Eleh, relaxlah.  Jangan marah-marah.  Muka tu garang sangat.  Tu yang pakwe tak berani nak dekat.” Usik Badrul Hamka.

“Takde maknanya pakwe-pakwe.  Kau ingat aku ni muda remaja lagi ke?”  nada suara masih marah.

“Ni kenapa nampak moody jek ni?”  Badrul Hamka duduk berhadapan dengan Zulaikha.

“Mana ada moody.  Kau ni tak balik lagi ke?  Dah pukul 6 dah ni.”

“Cakap aku.  Kau tu, buat apa kat sini?  Setahu aku Dania cuti hari ni.  Dean pun cuti kalau kau nak makan kuetiaw tsunami dia tu.”

“Diorang memang plan cuti hari yang sama ke?” Tanya Zulaikha ingin tahu.

“Kebetulan kot.  Sebelum ni tak perasan pulak.” Jawab Badrul yang kurang pasti jawapan yang tepat.

“Kadang-kadang aku tengok Dean tu, macam someone yang aku pernah kenal.”

“Haish, aku yang depan mata kau hari-hari tak pernah kenal pulak selama ni.”  Sindir Badrul Hamka.

“Sebelum ni dia selalu kat area mana?”

“Tak pastilah.  Kita orang tak rapat sangat pun sebelum ni.  Kenal sebab satu kelas.  Dia cari aku hari tu pun sebab nak minta tolong promote business makanan dia tu.  Lepas tu, kebetulan restoran ni nak cari pekerja.”

Zulaikha diam.  Badrul Hamka tak faham.  Dia macam nak cakap sesuatu, tapi dia taknak cakap.  Memilih untuk cakap dengan diri sendiri di dalam hati.  Ish, dah kenapa dia ni?  Okey, aku tunggu 10 saat.  Dia diam lagi, aku angkat kaki.  Mungkin dia perlukan masa bersendiri.

“Okeylah.  Kalau kau tak nak cakap apa-apa aku balik dulu.”  Badrul Hamka nak bangun dari tempat duduknya.

“Eh, nanti dulu.”  Zulaikha menghalang.

“Kenapa ni?  Cakap jelah terus terang.  Ex kau datang cari ke?”

“Kau ni ke situ pulak.  Potonglah mood orang nak bercerita.”  Zulaikha marah lagi.  Badrul Hamka ketawa.  Memang pantang kalau disebut perkataan ‘ex’ tu.  Kalau tengah makan pun dia boleh berhenti.

“Okey-okey.  Sorry-sorry.  Janganlah marah.  Takut betul aku dengan kau petang ni.  Asyik nak marah jek.”  Badrul Hamka angkat tangan minta maaf.

“Dean Ammar tu okey ke?  Maksud aku, dia tu sesuai ke dengan adik aku tu?”

“Oh, pasal ini yang kau risau sangat. Okeylah tu dia dengan Dania.  Nampak sepadan.  Dean tu pun dah jauh lebih matang daripada yang aku kenal dulu.  Honestly, yes, he was a playboy.  Mungkin masa tu, muda lagi.  Kerja lawyer pulak tu.  Income banyak. Kuat berpoya.  Tapi, I promise you.  It was in the past.  Dia memang dah jauh berubah.  Walaupun dia dah tak jadi lawyer sekarang ni, dan kau tengok dia pun hidup secara bersederhana, kau boleh nampak effort dia nak majukan diri kan.  Nak cari duit lebih.  Yelah, nak tanggung anak orang kan.”

“Anak orang?  Siapa?” Soal Zulaikha panik.  Ish, dah ada orang lain ke?

“Kau ni.  Tiba-tiba lurus pulak.  Dania lah.  Siapa lagi?”

“Dia serius ke dengan Dania tu?” Bersungguh Zulaikha nak tahu.

“Aduh, susahlah nak simpan rahsia dengan kau ni.  Dengan kau ni boleh hilang kredibiliti aku sebagai peguam. Tapi kau janji jangan cerita dengan Dania atau pun Dean yang aku cerita ni kat kau.”

“Apa dia?  Cakaplah.”  Zulaikha tak sabar nak tahu.  Langsung tak hirau dengan wajah cuak Badrul Hamka.

“Alamak!  Tak sesuai nak cakap sekarang.  Kau tengok tu.”  Badrul menunjuk ke satu arah.  Zulaikha menoleh.  Sebuah ‘keluarga’ bahagia masuk ke dalam restoran.  Dari jauh lagi Dean dah angkat tangan.  Dalam keterpaksaan, Badrul angkat tangan dan tersenyum. Dean Ammar, Dania dan dua anak kembarnya berjalan ke arah mereka.

“Buat apa kat sini.  Tapaw makan ke?”  Tanya Dania pada Zulaikha.

“Hah, yelah.  Ingatkan nak makan kuetiaw tsunami.  Tak tahu plak Dean cuti hari ni.”  Alasan Zulaikha.  Sebenarnya datang nak jumpa Dean pasal hal lain.  Terjumpa Badrul, dialah yang jadi mangsa keadaan.

“Hmm…samalah dengan Dania ni.  Takper.  Korang duduk sekejap, saya ke dapur.”  Dean Ammar terus menuju ke dapur.

“Eh, aku ikut kau.”  Badrul Hamka mengikut.

“Aik, tak pernah pernah nak ikut ke dapur.” Dean hairan.

“Aku nak belajar dengan kau macammana buat kuetiaw tsunami ni. So, nanti senang aku nak buatkan untuk Zu.”  Alasan Badrul Hamka.  Terus dia mendorong Dean segera ke dapur.  Zulaikha yang mendengarnya terbeliak bijik mata dibuatnya.  Dia sengaja nak kenakan aku ke apa?

“Zharif dan Zhareed tak ikut ke?” Tanya Dania.

“Paklong datang tadi.  Dia bawa budak-budak tu pergi jalan-jalan.”

“Oh, membujanglah hari ni.” Usik Dania.

“Yelah.  Kak Zu membujang.  Awak tu pulak ber’family’.”  Usik Zulaikha kembali. 

“Eh, kita kena balik.”

“Ke mana hari ni?  Sibuk betul yer sejak-sejak dah ada ‘boyfriend’ ni.”  Zulaikha mengusik lagi.

“Eh, mana ada sibuk.  Nia ada jek kan kat klinik hari-hari.”

“Sebab hari-hari kat klinik lah boleh dating hari-hari. Kan?” Zulaikha mengusik lagi.  Dania dah tersipu malu.

“Sebenarnya, Nia ada sesuatu nak beritahu akak.”

“Apa dia?”  Zulaikha jadi tak sabar nak tahu.  Lebih-lebih lagi mendengar nada suara Dania yang lembut.

“Dean ajak kahwin.”  Ringkas dan padat.  Serta merta air muka Zulaikha berubah.  Gembira melihat wajah Dania yang nampak sungguh bahagia.  Hilang sudah segala rasa sangsi terhadap Dean Ammar.  Lelaki itu memang dah kembalikan keceriaan di wajah Dania.  Tak tergamak rasanya nak hancurkan rasa indah itu.  Zulaikha terus memeluk Dania.  Kalau kau bahagia, akak pun turut bahagia dik.

“Tapi Nia belum setuju lagi.  Nia dah beritahu Dean, Nia akan tanya akak dulu.  If your answer is yes, then it will be yes.”

“Are happy with him?  Dania bahagia?”  Tanya Zulaikha sebak.  Perlahan Dania angguk.

Badrul Hamka dan Dean Ammar datang bersama 4 pinggan kuetiaw tsunami.  Terhidang di atas meja.  Mata Dean terpandang mata Dania yang sedang mengalirkan airmata.  Segera Dania menyeka airmata itu.  Badrul tengokkan sahaja.  Tak silaplah aku lari ke dapur tadi. Kalau tak ganggu jek women talk.

“Make sure kau jaga adik aku ni betul-betul. Kau buat hal, aku cari sampai dapat.”  Zulaikha bersuara tegas.  Dean Ammar tersenyum.  Memandang Dania.

“Is it a yes?”  Tanya Dean Ammar.  Dania angguk.  Alhamdulillah.  Dean Ammar menadah tangan tanda rasa syukur.  Badrul Hamka tak tahu apa-apa, namun dia dapat agak apa sebenarnya yang berlaku.  Hmm, bujang terlajak dah laku, aku juga duda takde orang nak.  Nak try Zulaikha dahlah garang.  Garang-garang pun comel juga.  Asyik selesaikan masalah orang lain, masalah hati sendiri takde siapa nak tolong.

“Hoi, berangan apa?  Makanlah.”  Dean Ammar mencuit.  Badrul Hamka tersenyum.  Dean, aku harap kau jujur dengan Dania.  Ceritakan siapa kau sebenar.  Jangan nanti tiba nak bersanding, bersusun ex kau datang tuntut janji.  Masa tu aku tak tahulah Zulaikha jadi apa.  Confirm dah hilang kelembutannya.  Dah lama sangat kau jaga Dania.  Dah tiba masa kau jaga diri kau sendiri.  Biar aku jelah yang jaga.

“Berangan lagi ke?”  Usik Zulaikha.

“Ish, mana ada.  Diorang ni dah ada kata putus.  Kita bila pulak?” Badrul pula yang mengusik.

“Makan jelah.”  Marah Zulaikha.

6 BULAN berlalu.

Sudah tiga bulan usia perkahwinan mereka.  Mereka telah berjanji menceritakan segala kisah dalam hidup masing-masing.  Tak mahu ada rahsia antara mereka.  Yang baik dijadikan amalan, yang tidak baik dijadikan sempadan.  Dania bahagia.  Ada suami yang sentiasa mengambil berat bukan sahaja terhadap dirinya, malah anak-anaknya.  Dan mereka nampak lebih akrab sekarang ni.  Ada sahaja yang disembangkan dengan papanya.  Mungkin kerana mereka tidak pernah mempunyai ayah sendiri.

“Sayang cakap semalam saya nak pergi ziarah kubur kan?  Abang nak ikutlah.”

“Betul?”  Dania sedikit sangsi.

“Eh, betullah.  Jangan risau, abang tak jealous.” Jawab Dean Ammar.

“Nak jealous buat apa?  Nak jealous pada orang yang dah takde.” Ungkit Dania.

“Orang perempuan ni kan pelik sikit.  Imaginasi tu tinggi.” Balas Dean Ammar.

“Eh, kita pulak yang kena. Siapa yang sebut dulu pasal jealous tadi.  Abang kan?” Bidas Dania.

“Yelah, abang yang salah.”  Dean Ammar mengalah.  Dania tersenyum puas.

“Petang ni jadi tak abang main badminton dengan Badrul?” Dania beralih topik.

“Jadilah kot.  Dia tu bukan boleh percaya sangat.  Nanti kan, ada jek yang tiba-tiba tak jadi.”

“Hmm, patutlah kak Zu malas nak layan sangat.  Busy memanjang.”

“Sebab kak Zu sayang tak layanlah dia jadi macam tu.  Dia tu kena ada orang tunggu kat rumah.  Barulah dia tu tak sabar-sabar nak balik setiap hari.”

“Ada jek alasan nak back up kawan dia kan.”

“Ex lawyer kan.”

“Okeylah.  Sayang nak pergi tengok budak-budak tu.  Senyap jek.  Dah siap ke belum.  Kak Zu nak sampai dah ni.”

Carta kehidupan memang berubah sejak sudah bergelar isteri.  Dean Ammar sendiri pun tak mahu isterinya bekerja kuat sangat.  Tambahan pula doktor baru mengesahkan yang dia sudahpun hamil 4 minggu.  Keterujaan bakal menimang cahaya mata darah daging sendiri sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih terhadap anak-anak Dania.  Sungguh demikian, Dean Ammar tahu ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidupnya.  Ada sesuatu yang masih terbuku dalam hati. 

“Kau masih tak cerita dengan dia hal sebenar?  Kau biar betul Dean.  Dia dah jadi isteri kau tau.”

“Aku tahu.” Balas Dean Ammar buntu.

“Sekarang ni, Bad tahu tak hal ni?”  Tanya Romzy.

“Tak.  Aku tak beranilah nak cerita dengan Bad.  Masa aku start rapat dulu pun dia dah warning aku macam-macam.  Lagilah kalau dia tahu niat aku sebenar dekat dengan Dania dulu.”

“Itu dulu Dean.  Sekarang, Dania tu dah jadi isteri kau tau.  Mengandung anak kau lagi.  Sampai bila kau nak diamkan je?”

“Tapi, kalau dia tak tahu pun, tak jadi hal kan?”

“Memang takkan jadi hal kalau adik beradik arwah Daniel tak buka mulut pasal kau.  Rasanya nak tak nak kau kena beritahu jugak kan.  Memang niat kau lain masa kau mula kenal Dania dulu.  Orang memang suka bangkit salah kita Dean.  Orang tak suka cerita baik kita.”  Romzy mengingatkan.

“Dania ni lain tau.  Dia tak suka kalau aku cerita buruk diri aku sendiri.  Dia tak nak aku sibuk ungkit-ungkit perkara yang tak baik masa silam aku.  Dia cuma nak tahu siapa aku sekarang. Bukan aku tak pernah cuba nak buka mulut.  Tapi, tulah…”

“Tapi benda tu ganggu fikiran kau kan?”  soal Romzy serius.

Penting sangat kah berkongsi rahsia ni.  Macam Dania pernah cakap, kalau perkara itu tak mengganggu fikiran, abaikan sahaja.  Pandang ke hadapan.  Lupakan kisah silam yang tersilap.  Teruskan kehidupan dan membetulkan apa yang tersilap.  Dania cakap, dia pernah salahkan diri dia sendiri.  Menganggap diri punca Daniel kemalangan.  Pernah putus asa untuk hidup, kerana terlalu kecewa.  Dia kembali kepada fitrah Allah.  Daniel wujud dalam hidupnya selepas 20 tahun dia hidup sebagai orang yang tidak dapat melihat.  Dan pemergian Daniel memberi dia peluang untuk melihat keindahan alam.  Melihat anak-anaknya.  Melihat orang yang tak pernah putus asa memberinya semangat.

“Sayang okey?”  tanya Dean Ammar sebaik mereka masuk semula ke dalam perut kereta selepas menziarahi kubur Daniel.

“Kenapa sayang?”  Dean Ammar tahu ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran isterinya itu.

“Okey.  Cuma, sayang teringat hari kemalangan tu.  Terngiang-ngiang suaranya.  Minta orang-orang keliling tolong isteri dia.”

“Apa yang berlaku?”

“Kami duduk elok je kat kedai makan tepi jalan tu.  Ada reckless driver yang terbabas sampai ke situ.  Cuma terasa diri kena tolak.  Dah tak tahu dah apa yang berlaku.  Cuma dengar suara arwah cakap, ‘tolong isteri saya’, ‘tolong isteri saya’, berulang-ulang.” Bergenang air mata.  Kadang-kadang terfikir.  Kalaulah aku tak sibuk-sibuk nak makan cendol kat tepi jalan tu, mungkin ini semua tak berlaku.  Namun aku perlu reda qada’ dan qadar Allah.

“Sayang drive boleh.  Tiba-tiba perut abang sakit pulak ni.”

“Tulah, skip breakfast lagi.”  Bebel Dania.  Dean Ammar tersengeh sahaja.  Mereka bertukar tempat.

Kereta dipandu pulang ke rumah.  Dua anak kecilnya yang ditinggal bersama nenek mereka yang datang menziarah sejak dua hari lepas, berlompat keriangan bila melihat ibubapa mereka pulang. Menumpang kasih seorang nenek dari emak Zulaikha, Hajah Ramlah.  Nenek kandung tak tahu ke mana.  Mama Daniel pula dah lama berhijrah ke luar negara.  Dan memang tak terfikir pun nak balik Malaysia.  Dia pun memang berasal dari Australia.

“Senang hati mak tengok Nia sekarang.  Tengok tu, Dean pun layan budak-budak tu macam anak sendiri.  Nia pun mak tengok happy.  Syukur Al Hamdulillah.  Mak akan terus doakan anak mak bahagia.  Anak yang lagi sorang tu yang mak risau sekarang ni.”

“Siapa?  Kak Zu?” tebak Dania.

“Hmm siapa lagi.  Dia tu garang sangat. Orang takut nak datang minta.  Lagipun mak tengok dia tu macam dah taknak kahwin lagi.” jawab Hajah Ramlah.

“Mak jangan risaulah.  Ada orang tengah nak ‘adjust’ tu.”

“Siapa? Lawyer tu?  Siapa namanya?  Badrul yer?”  teka hajah Ramlah.

“Hah, betullah tu.”

“Nak ke dia dengan kak Zu Nia tu.  Dahlah garang.  Mamat mana berani dekat dengan dia.” Dania tersenyum.  Bukan sahaja nak dekat dengan dia, nak dekat dengan Dania pun berhati-hati.  Mujurlah suami aku berani.

“Encik Badrul tu berani mak.”  Dania tertawa kecil.  Yelah, Badrul jek yang rajin ajak dia gaduh.

“Harap-harap macam tulah.  Badrul tu bujang ke?”

“Duda mak.  Anak seorang.  Tapi, anaknya tinggal dengan ex wife dia.” Cerita Dania ringkas tentang Badrul.

“Kak Zu tu okey jek sebenarnya.  Mungkin pengalaman pahit dalam hidup dia yang buat dia jadi macam tu.” Bangkit Hajah Ramlah.

“Tulah.  Bagi Nia, what passed is passed.  Malas nak ingat-ingat mak.  Nia dah cukup bahagia sekarang.  Ada anak-anak penyejuk hati.  Ada suami yang sayangkan Nia.  Ada mak yang sangat ambil berat pasal Nia daripada Nia tak boleh melihat, sampailah Nia dah boleh tengok sekarang.  Dapat rasa kasih sayang mak dan abah yang Nia tak dapat daripada ibubapa kandung Nia sendiri.”

“Dah, jangan sedih-sedih.  Baru jek cakap ‘what passed is passed’.”  Pujuk Hajah Ramlah.

Dalam leka bermain dengan anak-anaknya, telinga Dean Ammar mendengar perbualan dua wanita itu.  What passed is passed.  Ini bukan pasal benda dah lepas.  Tapi kebenaran.  Kalaulah Dania tahu hal sebenar, dia masih akan terima aku ke?  Badrul, Zulaikha, boleh maafkan aku ke kerana dah kecewakan adik mereka.

BARU nak masuk 5 bulan usia perkahwinan mereka.  Alhamdulillah, bahagia.  Tapi kenapa Dania rasa Dean nampak sedikit berubah.  Masa mula-mula mengandung dulu, beriya tak bagi Dania drive sendiri.  Sanggup jadi driver hari-hari.  Taknak manage restoran sendiri.  Suka bekerja sebelah klinik tempat Dania kerja.  Kalau apa-apa tak jauh.  Sekarang ni bersungguh pula nak buka restoran sendiri.  Nak uruskan sendiri. Terpaksa biarkan Dania memandu sendiri memandangkan arah tempat kerja masing-masing yang tidak sama.  Dan yang paling ketara bila Dania dapat rasakan yang Dean dah taknak lagi……..

“Awal sayang balik.”

“Eh, bila abang sampai?”  Dania terkejut.

“Hmm, ke manalah tu dia melayang.  Awal sayang balik hari ni.  Selalunya pukul 6 baru sampai rumah.”

“Nia cuti hari ni. Kebetulan pulak ada tetamu datang tadi.  Terus lupa nak bagitahu abang.  Pening kepala pagi tadi.”  Terang Dania.

“Abang pergi kerja naik apa?  Kereta ada kat garaj.” Tanya Dania sebelum sempat Dean beri respond apa-apa.

“Ooh,,,abang naik grab.  Kaki abang sakit sikit.  Tak boleh nak tekan minyak.”

“Tengok jalan okey jek.”  Dania sangsi pula dengan alasan itu.

“Jalan okey.  Nak tekan minyak tu, rasa sakit.”

“Abang dah solat Asar belum?  Kalau belum, abang pergi solat dulu.  Lepas tu kita minum petang sama-sama kat luar.  Nia ada buat donut sambal.  Abang suka kan?”

“Wow!  My favorite.  Abang tukar baju jek.  Abang dah solat sebelum balik tadi.”   Dean berlalu naik ke tingkat atas, ke bilik mereka.

Dania bangkit ke dapur.  Mengalihkan hidangan yang dah tersedia itu ke halaman luar.  Rumah ini adalah hadiah dari arwah Daniel sebaik sahaja mereka nikah dulu.  Hadiah perkahwinan.  Dean pun tak kisah walaupun dia sendiri dah ada kondo mewah yang dibeli sewaktu masih menjadi peguam suatu ketika dahulu.  Sekali-sekala dia akan ke sana. Ada masa juga mereka sekeluarga bermalam di situ.

“Sayang cakap tadi ada tetamu. Siapa tetamu tu?”

“Keluarga arwah Daniel.”  Jawapan itu membuatkan Dean yang sedang menghirup kopi panas tersedak.

“Eh, abang okey tak?”  Dania mengurut belakang suaminya.

“Diorang datang untuk apa?”

“Saja ziarah.  Yelah, lepas settle kes haritu, kami dah lama tak jumpa.  And by the way, Nia baru tahu, abang yang jumpa diorang dan nasihatkan diorang settle hal luar mahkamah.  Tak cerita pun dengan Nia yang abang kenal diorang sebelum ni.”

“Eh, takdelah kenal sangat.”

“Ye ke?  Bukan abang kenal mereka dulu sebelum kenal sayang?”

“Mereka cakap macam tu?  Apa lagi yang mereka cakap?”  Dean Ammar dah tak tentu arah.

“Yang abang gelabah semacam ni kenapa?”  Dania hairan.  Dean Ammar terdiam.

“Abang tahu tak yang abang nampak pelik sikit sejak 2 bulan kebelakangan ni.  Abang dah rasa menyesal ke kahwin dengan Nia?  Yelah, kita baru hidup bersama 5 bulan je kan.  Mungkin baru nampak yang Nia ni tak sesuai dengan abang? Atau Nia yang cepat sangat jatuh cinta dengan abang.” Nada suara Dania dah lain macam.  Keluarga Daniel ada cerita apa-apa ke ni?

“Sayang, jangan cakap macam tu.  Abang sayang isteri abang.  Abang sayang keluarga kita.”  Ujar Dean Ammar bersungguh.

“Adik Daniel cakap, abang yang nasihatkan mereka selesaikan urusan luar mahkamah.  Bukan Romzy, lawyer mereka.  Kenapa, Nia tak tahu langsung pasal tu?  Then, mereka cerita yang abang yang sibuk tanya pasal Nia.”

“I can explain that.”

“Nak explain apa?  Nak explain yang abang ada perancangan lain ke sebelum ini?”  tegas Dania.

“Okey, sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap.” Pujuk Dean Ammar.

“You know, you’re the one who make me confuse.  Adam Cuma cerita yang dia kenal abang semasa berurusan dengan peguam mereka encik Romzy.  Dan abang banyak tanya pasal isteri arwah Daniel.  Itu sahaja.  Perangai abang yang buat Nia fikir bukan-bukan sekarang ni.”  Balas Dania.  Dean Ammar terdiam sekali lagi.  Memandang wajah kesayangannya itu.  It’s not about the passed, it’s about the truth. Kebenaran mungkin menyakitkan, namun itu yang terbaik buat masa ini.

“Abang pernah dipenjarakan 2 tahun.  Sebab itu abang berhenti jadi lawyer.”  Akui Dean Ammar.  Terkejut Dania mendengarnya.

“First thing yang abang buat sebaik keluar dari penjara, cari Dania. Bertahun-tahun abang usahakan.  Sampailah bila keluarga arwah Daniel cari Romzy untuk selesaikan pasal perebutan harta tu.  Masa tu abang dapat tahu yang mereka keluarga Daniel.  Dan daripada situ juga abang dapat tahu lawyer mereka tu Bad, my classmate dulu.  Abang Cuma nak dekat dengan sayang.  Takde kaitan pun dengan pasal rebut harta tu.  Sayang sendiri tahukan yang abang tak pernah sebut langsung pasal tu sepanjang kita berkawan.  I just want to be there for you. Abang nak sentiasa ada bila sayang memerlukan.  I never thought that I’ll fall in love with you.  But, it happened.  I love you so much sayang.” Luah Dean Ammar.  Dania tak pasti apa yang perlu dia rasakan sekarang ni.  Dia sendiri pernah cakap, dia tak kisah langsung kisah silam Dean Ammar.  Mereka dah bahagia sekarang.  Kenapa nak hancurkan kebahagiaan kerana sesuatu yang dah berlaku.  Tapi kenapa?  Dalam cinta tak perlukan kenapa, kerana perasaan itu hadir tanpa dipinta.  Tapi kenapa?  Badrul pernah cerita yang mereka tak rapat sangat pun semasa di university.  Hanya rakan sekelas.  Dia sendiripun hairan sewaktu Dean Ammar menghubunginya.  Tapi, kenapa Dean?

“Why?”  Dania bersuara perlahan.  Dean memandang penuh sayu.  Mungkinkah Dania akan membencinya selepas mengetahui kebenarannya.

“Untuk apa cari saya?”  soal Dania lagi.

“Abang pegang amanah arwah Daniel.  Tolong isterinya.”

“Abang kenal dia?”  Dania sedikit terkejut.  Dean Ammar menggeleng.

“I was the reckless driver.  Abang yang langgar Daniel.”

“What?”  Kali ini Dania betul-betul terkejut.

“Abang yang pangku dia masa dia cakap ‘tolong isteri saya’ berulangkali.  Dia paksa abang tinggalkan dia, tapi tolong sayang.  At that time abang dah tak mampu buat apa-apa.  Abang tak mampu.  Abang overdose masa tu, sebab taknak mengantuk.  Abang menyesal.”  Dean Ammar berterus terang.

“Sejak kita pergi kubur hari tu, peristiwa kemalangan itu menghantui abang.  Abang rasa bersalah, abang takut nak drive.  Tapi, abang perlu tunaikan janji abang.  Abang nak jaga sayang dan keluarga kita.”  Tambah Dean Ammar.  Dania hilang kata-kata.  Perlahan-lahan dia bangkit dari tempat duduknya.  Dia meninggalkan Dean Ammar di situ menangis keseorangan.

Kebenaran yang menyakitkan, atau masa silam yang memeritkan.  Kehilangan yang menyedihkan atau kebahagiaan yang menggantikan.  Satu keperitan hidup di masa silam, perlukah ianya menghantui kehidupan di masa hadapan.  Tiada sepatah kata mahupun sebaris ayat.  Di manakah sebenarnya keikhlasan?  Atas rasa bersalah atau atas rasa kasih yang sebenar. 

Waktu Maghrib dah masuk.  Dean Ammar membentangkan dua sejadah.  Dalam erti kata lain, mengundang isterinya solat berjemaah bersama seperti selalu.  Dania tidak bersuara walau sepatah sejak dari tadi.  Mandi pun di bilik air bilik anak-anaknya.  Walaupun perkara sedemikian sering berlaku jika dia terlalu lama dalam bilik air, tapi kali ini lain pula yang Dean Ammar rasakan.  Hampir 10 minit di tikar sembahyang menanti Dania.  Dia masih tidak masuk ke dalam bilik.  Dean Ammar masih menanti.  Selepas 5 minit lagi, Dania masih tak muncul.  Dean Ammar bangun dan mengangkat takbir.  Tiba-tiba terasa ada orang di sejadah satu lagi.  Dean Ammar menukar niat menjadi imam.  Selesai berdoa, Dean memandang ke arah isterinya yang masih di atas tikar sejadah.  Masih berdiam.  Tidak memandang ke anak matanya.  Masih marah, itu sudah pasti.  Tak pasti apa yang perlu dilakukan saat ini.  Dania nak bangun dari sejadah, segera Dean Ammar menarik tangan isterinya.

“Sayang , please maafkan abang.  Abang sayang sangat keluarga kita.  Abang sayang isteri abang sangat-sangat.  Abang tak boleh nak teruskan hidup dengan tenang tanpa dapatkan kemaafan dari sayang.  Please sayang.  Maafkan abang.”  Dean Ammar menangis semahu-mahunya sambil mencium tangan Dania berulang kali.

“Ish!”  Dania menarik tangannya marah.  Dean Ammar ditepuk berulang kali.

“Abang tahu sayang marah.  Sayang buatlah apa sahaja. Nak pukul pun, pukullah.”  Dean Ammar merelakan.  Dan bersedia kalau Dania nak belasah dia cukup-cukup sekalipun.

“Abang nak Nia pukul sampai cacat ke?”

“Boleh.  Abang reda.”  Balas Dean Ammar.

“Kalau abang dah cacat, siapa nak jaga abang?  Nia jugak kan?”  Balas Dania geram.  Dean Ammar terdiam.

“Abang yang sepatutnya jaga Nia.”  Tambah Dania.  Keadaan sunyi seketika.  Sekali lagi Dania nak bangun, dan sekali lagi Dean Ammar menghalang.  Kali ini dia tak mampu nak bersuara apa-apa.

“Sayang minta maaf sebab emosi tadi.”  Dania bersuara lembut.  Dean Ammar memandang isterinya.

“Sayang tahu, sayang yang selalu cakap dengan abang, tak perlu ungkit-ungkit hal yang dah lepas.  Kita dah bahagia dengan kehidupan kita hari ini, jangan biarkan apa yang berlaku dulu menghantui hidup kita.  Ya sayang tahu abang pernah cuba nak berterus terang, tapi sayang yang taknak dengar. Yes, memang sayang emosi sangat tadi.  Terkejut sangat.  I was speechless.  I’m so sorry.”  Bicara Dania ikhlas.

“Sayang tak marahkan abang?”

“Dulu sayang setuju kahwin dengan arwah Daniel, sebab sayang rasa selamat setiap kali bersamanya.  Dan sayang setuju kahwin dengan abang dulu pun sebab sayang rasa selamat.  Rasa bahagia.  Rasa lengkap.  Kenapa sayang nak rosakkan kebahagiaan itu?  Lagipun, abang adalah ‘pilihan’ arwah Daniel kan? I think he made a correct choice.”  Ujar Dania tanpa menjawab soalan Dean Ammar sebentar tadi.

“Jadi sayang tak marahlah ni?”

“Marahlah.”  Marah Dania.  Dean Ammar terkejut.

“Sayang nak bangun ambil al-quran.  Nak mengaji sementara tunggu Isya’.  Yang abang sibuk pegang tangan tu kenapa?  Dah batal wudhu’.”  Bebel Dania.  Pecah tawa Dean Ammar.  Kena pukul tadi sebab batalkan wudhu’ rupanya.

Kehidupan masa silam adakala memeritkan.  Menyedihkan.  Menyakitkan. Yang penting kehidupan diteruskan tanpa memikirkan kepahitan semalam.  Terguris perasaan kerana ditinggalkan.  Dibiarkan tanpa perkhabaran.  Ditinggalkan kerana takdir yang menentukan.

“Saya rasa kita tak payah bercinta lah.  Kita kahwin jek terus.”

“Hah?”  Zulaikha tak faham.

“Takyahlah buat-buat tak faham.  Kita sama-sama pernah kecewa dengan perkahwinan masing-masingkan.  Kita janganlah biarkan pengalaman silam nafikan kebahagiaan depan mata.  Awak tunggu yer.  Saya akan hantar keluarga saya meminang awak hujung minggu ni.”

“Eh, awak ni….”

“What passed is passed Zu.  Let’s move on.”  Pintas Badrul Hamka.  Dan Zulaikha tidak berkata TIDAK.

Apa yang berlalu, biarkan berlalu.  Jangan biarkan kepahitan semalam menutup ruang untuk kebahagiaan hari ini.

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “