Skip to main content

ISTERI BOSS


Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung.

“Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari.
“Macam serius je bunyinya.”
“Memang serius pun.” Balas Nadia.
“Pasal apa?”
“Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan…..
“Kau nampak lain.”
“Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku.
“Muka kau ni dah macam muka orang kena paksa kahwin.” Seloroh Nadia.
“Mana kau tahu?” Tanya Balqis serius. Ah, sudah! Betullah ni dah bertukar cerita ni.
“Kau memang kena paksa kahwin ke?” Nadia serius nak tahu. Lah, minah ni dia tahu ke tak tahu sebenarnya.
“Taklah kena paksa. Aku redha je. Cuma aku rasa masanya tak sesuai lagi. Aku tinggal setahun saja nak habis belajar. Semester depan nak praktikal pulak 6 bulan.”
“Kau bincanglah elok-elok dengan orang tua kau.” Cadang Nadia.
“Nak bincang apa lagi. Kami dah nikah pun.”
“What?!” Terkejut beruk Nadia mendengarnya.
“Bila?” Tanya Nadia.
“Cuti baru-baru ni.” Beritahu Balqis.
“Teruklah kau ni. Tak jemput aku pun.”
“Nak jemput kau? Kau tahu tak yang aku ni tak tahu apa-apa. Mula-mula ‘parents’ dia datang rumah. My parents’ childhood friend. Ingatkan nak jumpa kawan lama je. Tiba-tiba telinga aku ni terdengar pasal isu berbesan. Sebagai anak yang memang tak suka melawan cakap mak ayah ni, aku setuju jelah, kalau itu yang menggembirakan hati mereka.” Balqis mula bercerita.
“Lepas tu, ntah mana datang idea diorang nak nikahkan kami dua hari lepas tu. Nak gugur jantung aku dibuatnya. Hal ni berlaku dengan pantas. Oleh kerana aku tengah cuti dan suami aku tu akan berkursus di Langkawi selama sebulan. Then, majlis akan dibuat lepas aku konvo. Hasrat mak dan ayah aku yang nak kami nikah sebelum mereka ke Mekah. Lama lagi kot diorang nak ke Mekah tu. 4 bulan lagi.” Tambah Balqis.
“So, kalau kau rasa tak terpaksa, apa masalahnya sekarang ni?”
“Suami aku tulah.”
“Kenapa? Dia tak handsome macam abang library tu ke?” Tanya Nadia berseloroh.
“Handsome sangat. Kalah abang library sado tu. Tu yang aku risau.” Balqis pun tak serius. Ketawa kecil. Nadia baling dengan bantal. Eleh, dia main-main boleh. Aku gurau sikit nak marah. Balqis tertawa kecil.
“Seriuslah.” Desak Nadia. Balqis tahu Nadia takkan puas hati selagi dia tak dapat jawapan yang sebenar. Dah 8 tahun mereka berkawan. Sejak dari sekolah menengah lagi. Antara mereka memang tak ada rahsia. Balqis pun menceritakan hal sebenar.
“Betullah apa yang dia cakap. Kau teruskan belajar. Dia teruskan kerja dia. Lagipun seorang di KL, seorang lagi di Selangor.” Ulas Nadia bila Balqis mengulang dialog suaminya, Haiqal: “Kita buat hal masing-masing. Awak teruskan belajar, dan saya kerja macam biasa.
“Habis tu kenapa nak suruh dirahsiakan?” Bangkit Balqis.
“Dia cakap hal pernikahan ni tak perlu ramai yang tahu.” Tambah Balqis. Nadia terdiam. Berfikir sejenak.
“Mungkin dia ada maksud lain.” Tafsir Nadia.
“Ntahlah Nadia. Aku malas nak fikir. Sekarang ni aku nak fokus pada pelajaran aku. Aku kena lebih gigih berusaha. Aku kena buktikan pada dia yang aku mampu hidup berdikari. Tapi….”
“Kenapa?” Nadia tahu masih ada yang mengganggu fikiran kawan baiknya itu.
“Aku risau juga. Buatnya mak dan ayah aku tak bayarkan duit kereta. Duit belanja lagi. Akupun nak kerja ‘part-time’ jugalah macam ni.”
“Ish, kau ni! Jangan risau-risau sangat okey. Aku memang tak banyak duit. Tapi kalau setakat duit sewa rumah ni, aku boleh cover. Kalau kau nak sangat kerja, kau buat tuisyen jek. Puan Ramlah tu dah banyak kali minta tolong kau bagi tuisyen kat anak-anak dia kan. Lepas tu eksperimen ‘scrub’ kau dengan professor Amanina tu dah lulus kan? So, bolehlah tambah pendapatan sikit-sikit jual ‘scrub’ tu. Kau jangan risau, aku ada. Selama ni pun kau tak pernah berkira dengan aku. Lagipun orang yang suka tolong orang macam kau ni, insha Allah, Allah akan permudahkan untuk kau.”
“Thanks Nadia. Bila dah ceritakan pada kau ni, barulah rasa ringan sikit kepala aku ni.” Luah Balqis.
“Tulah kau. Lain kali jangan nak berahsia-rahsia sangat dengan aku.”
“Aku cuma nak jadi isteri yang ikut perintah je. Kan dia cakap tak perlu ramai yang tahu.” Ungkit Balqis.
“Dia kata tak ramai, bukan tak boleh langsung.” Balas Nadia. Balqis tersenyum. Mereka berpelukan. Hmmm….aku mesti tahu siapa suami Balqis ni. Kau jangan macam-macam. Aku takkan biarkan Balqis sakit hati macam ni. Janji Nadia dalam hati.

3 bulan berlalu.
Balqis dan Nadia baru lepas bersahur. Jam di dinding baru menunjukkan 5:05 pagi. Lebih kurang setengah jam lagi baru masuk waktu Subuh. Dua sahabat itu duduk di ruang tamu sambil menonton tv.
“Kau fikir apa?” Nadia memecah kesunyian. Balqis memandang tak mengerti.
“Aku tahu. Kau fikirkan pasal si Haiqal tu kan?” Teka Nadia. Ish, dia ni ada ilmu ke? Macam mana dia boleh tahu apa yang dalam fikiran aku ni? Bicara Balqis dalam hati.
“Aku tak ada ilmu apa-apa. Tengok muka je dah tahu.” Sambung Nadia. Balqis tersenyum. Uish, dahsyat ilmu Nadia ni. Tengok muka je dah tahu. Kalah nujum pak Belalang.
“Dah hampir dua minggu kita puasa. Selalunya kalau bulan puasa, tiap-tiap minggu sanggup drive 4 jam balik Johor. Dah 3 bulan kau tak balik kampong kan?” Ungkit Nadia. Balqis terdiam.
“Aku tahu. Kau risau mak kau tanya pasal Haiqal. Dan aku tahu, dalam dunia ni ada seorang insan yang kau memang tak pernah berjaya tipu. Iaitu mak kau. Sebab tu kau mengelak tak nak balik kampong. Sengaja sibukkan diri. Aku susah hati tengok kau macam ni. Mula-mula aku tengok dah okey. Bila ‘start’ puasa ni, emosi kau datang balik. Kau ‘call’ dia. Minta kerjasama. Raya nanti, takkanlah nak balik rumah asing-asing. Kau berdua bukan kena kahwin paksa pun. Mak dan ayah kau mesti tak jangka perkara ni.” Nasihat Nadia. Balqis memandang Nadia dengan satu pandangan yang mentafsirkan ada sesuatu yang tak kena’ dalam fikirian Nadia. Nadia mengangkat kening dua kali sebagai ganti soalan ‘apa?’
“Kalau aku cakap ni, kau jangan terkejut tau. Dan jangan marah.”
“Apa dia?” Nadia tak sabar nak tahu.
“Sebenarnya….” Terhenti. Nadia tak faham.
“Sebenarnya apa?” Nadia semakin tak sabar melihat riak ‘lain macam’ pada wajah Balqis.
“Sebenarnya aku tak ada nombor phone dia.” Akhirnya Balqis berterus-terang.
“Hah?!” Ternganga Nadia mendengarnya. Balqis menggaru kepala yang tak gatal.
“Tak payah digaru kepala yang tak gatal tu.” Kata Nadia. Balqis tersengih.
“Dia ada bagi ‘business card’ dia. Tapi, aku rasa aku tertinggal kat kampung.” Sambung Balqis.
“Dia ada no phone kau?” Tanya Nadia lagi.
“Ntah. Seingat aku, aku tak ada bagi pun.” Jawab Balqis. Nadia menepuk dahi.
“Kau ni kan, namanya je best student. Dean list every semester. Tapi, hal macam ni ‘blurr’.” Komen Nadia. Balqis tersengih lagi.
“Kau ingat nama syarikat dia?”
“Tak.” Jawab Balqis ringkas
“Agaknya sebab tulah dia langsung tak ‘call’ kau. Dia harap kau yang ‘call’ dia.”
“Tapi, dia tahu aku belajar kat sini. Kalau dia nak cari aku, dia boleh datang sini kan?” Balas Balqis membela diri.
“Tu macam bunyi handphone kau je. Jangan-jangan si Haiqal.” Usik Nadia sebaik terdengar handphone Balqis berbunyi.
“Tak mungkinlah.”
“Mungkin tak mungkin jawab jelah.” Arah Nadia. Balqis tersengih lagi. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu mengambil handphone yang diletak di atas meja makan. Siapa ni? Tak kenal pun nombor ni.
“Assalamua’laikum.” Satu suara memberi salam. Suara lelaki yang membuat jantung tiba-tiba bergetar. Siapa ni? Balqis masih tertanya-tanya.
“Dah sahur?” Tanya suara itu lagi.
“Siapa ni?” Tanya Balqis tanpa menjawab soalan.
“Haiqal.” Jawab lelaki itu. Balqis terkesima seketika.
“Balqis. Awak tertidur ke?” panggil Haiqal.
“Eh, taklah.” Jawab Balqis yang seolah baru tersedar dari tidur.
“Janganlah tidur. Saya nak cakap ni.”
“Nak cakap apa?” Tanya Balqis.
“Hari ni kelas sampai pukul berapa?”
“Sampai tengahari jek.”
“Sabtu dan Ahad cuti kan?”
“Ya.” Jawab Balqis ringkas.
“Kita jumpa petang ni. Saya jemput awak kat kampus pukul 2 nanti.”
“Kenapa?”
“Hai, tak boleh ke saya nak jumpa awak?”
“Boleh.” Jawab Balqis jujur. Haiqal tertawa kecil.
“Nanti jangan lupa bawa baju lebih ya.” Pesan Haiqal.
“Hah?!”
“Saya nak ajak awak mandi-manda kat Morib.”
“Hah!” Terkejut lagi. Terdengar suara Haiqal ketawa lagi. Balqis jadi ‘blurr’ lagi.
“Kita jumpa petang ni ya.”
“Haah…yelah.”
“Lagi satu. Kereta awak ada orang boleh bawa balik tak? Atau boleh tinggal kat kampus je?”
“Kenapa?” Balqis ‘blurr’ sekali lagi.
“Ish, awak ni.” Haiqal ketawa lagi. Kenapa dia ketawa pulak? Salah ke soalan aku?
“Tak apalah. Kita jumpa nanti ya.”
Talian dimatikan. Balqis terdiam seketika. Berkerut dahi. Nadia datang menghampirinya pun dia tak sedar.
“Siapa tadi tu?”
“Hah!” Balqis terkejut. Nadia ketawa.
“Siapa?” Tanya Nadia sekali lagi.
“Haiqal.” Jawab Balqis tanpa berselindung.
“Haiqal? Masin mulut aku. Patutlah muka ‘confuse’ and ‘blurr’. Dia nak apa?”
“Dia ajak jumpa petang ni.” Jujur Balqis menjawab soalan Nadia.
“So, kenapa muka kau tak excited?” Tanya Nadia.
“Perlu ke?” Balas Balqis. Nadia ketawa.
“Dah azan. Jom solat.” Ajak Balqis. Nadia masih ketawa. Dah kenapa dengan kawan aku ni? Salah ke soalan aku tadi? Dia ni dengan Haiqal sama je. Suka sangat ketawakan aku.
Nadia memandang dari jauh. Oooh….ini rupanya Haiqal. Handsome juga. Drive BMW, orang berada juga dia ni. Ke kereta boss? Hehehehe….sempat pulak mengutuk suami kawan sendiri. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Aku taknaklah tengok kawan aku tu susah hati. Kalau Balqis balik dan meluahkan rasa sakit hati, siaplah kau Haiqal. Ini Nadia tau. Gangster paling cun di Malaysia ni. Bicara Nadia dalam hati. Lepas tu ketawa sendiri. Ya, Allah semoga sahabatku berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Aamiin…..
Balqis masuk ke dalam perut kereta. Eh, betul ke lelaki ni Haiqal? Macam handsome sangat je. Macam lain je.
“Kenapa tengok saya macam tu? Saya handsome sangat eh?” Tanya Haiqal. Balqis beralih pandangan. Kurang asam. Dia perasan pula aku tengok dia semacam.
“Awak sihat?” Tanya Haiqal.
“Sihat.” Jawab Balqis ringkas.
“Eh, sorry. Lupa nak salam.” Balqis menghulur tangan untuk bersalam. Haiqal tersenyum lalu menyambut huluran salam itu.
“Puasa tak hari ni?” Tanya Haiqal lagi.
“Puasalah.”
“Yelah, mana tahu. Orang perempuan kan ada cuti bulanan….”
“Eh, awak tak nak gerak ke?” Pintas Balqis dalam erti kata lain beralih topik. Haiqal ketawa.
“Beg baju awak mana?”
“Beg baju?” Balqis tak faham.
“Kan saya dah pesan bawa baju.”
“Saya ingat awak main-main. Bulan puasa nak mandi laut.” Balas Balqis. Haiqal menepuk dahi. Lepas tu ketawa. Eee…sama macam Nadia. Suka ketawakan aku.
“Kita pergi shopping dulu ya.” Kata Haiqal lalu mula menggerakkan kereta dan memandu keluar dari kawasan kampus.
“Hari ni kita pergi shopping baju awak dulu. Esok baru kita ‘shopping’ raya.”
“Shopping raya?”
“Cik adik, puasa dah tinggal dua minggu je lagi. Lepas tu kan nak raya. Awak suka warna apa?”
“Biru.” Jawab Balqis ringkas.
“Lagi?” soal Haiqal lagi.
“Merah.”
“Kalau macam tu, raya pertama kita pakai baju warna biru. Raya kedua warna merah.” Usul Haiqal.
“Kita?” Balqis ‘blurr’ lagi.
“Yelah. Tak best lah kalau tak sedondon. Nanti mama dan papa ingat kita ni gaduh pulak.” Seloroh Haiqal.
“Raya ketiga dan keempat ikut warna saya pulak. Hijau dan purple.” Tambah Haiqal.
“Awak start cuti bila?” tanya Haiqal lagi.
“15hb.”
“Okey, nanti last day kelas tu saya jemput awak kat rumah. Kita balik kampung sama-sama. Raya pertama dan kedua kat rumah awak. Raya ketiga dan keempat rumah saya pulak.
Balqis tersenyum lebar. Hmmm….anak tunggal kesayangan en. Badrul dan Pn.Qistina gembira mendengar rancangan Haiqal. Namapun suami isteri. Takkan nak balik kampung asing-asing pulak.
“Hmm…dari tadi asyik buat muka ‘blurr’. Dengar saja balik kampung dia dulu barulah nak tersenyum lebar.” Usik Haiqal. Balqis tersengih. Haiqal ketawa. Eh, mamat ni. Tak pasal-pasal ketawa. Balqis berkerut dahi tak faham.
“Apa-apa hal pun, kita fikirkan perasaan orang tua kita dulu.” Bicara Haiqal. Balqis diam sahaja.
“3 bulan tak jumpa. Last kita jumpa lepas nikah hari tu. Awak nampak susut. Rindu saya eh?”
Haiqal mengusik lagi. Memecah kesunyian.
“Mana ada. Bulan puasa ni kan?”
“Awak salah kan bulan puasa.”
“Maksud saya, bulan puasa kan kurang makan.”
“Oh, maksudnya kalau bulan tak puasa awak kuat makanlah ya?” Haiqal mengenakan Balqis lagi. Ketawa. Mamat ni, tujuan dia jumpa aku untuk kenakan aku je ke? Balqis mendengus geram. Haiqal ketawa lagi. Balqis mencebik.
“So, kereta awak tinggal kat kampus ke?”
“Taklah. Housemate saya bawa balik.” Jawab Balqis.
“Awak tak beritahu lagi awak nak bawa saya ke mana ni?” Ungkit Balqis.
“Kan saya dah beritahu pagi tadi.”
“Morib?” Balqis ingin kepastian. Haiqal angguk.
“Saya ingatkan awak main-main. Tapi, kenapa Morib. Kalau setakat nak shopping raya, KL lagi banyak pilihan.”
“Saya ada meeting pagi esok. Tak lama, dalam 2-3 jam. Lepas tu baru kita pergi shopping. Kat Morib pun ada banyak pilihan yang menarik. Boleh cari kerepek sekali.”
“Kat BP banyak kerepek.”
“Itu air tangan orang Johor. Sekali-sekala kita rasa pulak air tangan orang Selangor. Menyokong industri IKS.” Alasan Haiqal.
“Hmm…yelah.” Balas Balqis. Haiqal ketawa. Ketawa lagi? Salah ke aku cakap? Atau aku kahwin dengan orang tak betul?
“Hah, mengumpat saya dalam hati ye?” Haiqal bersuara. Ish, mana dia tahu ni? Jangan-jangan dia dengan Nadia ni satu sekolah menuntut ilmu baca isi hati orang kot.
“Saya tak ada ilmu apa-apa. Tengok reaksi muka awak je saya dah tahu.” Kata Haiqal lagi. Sah! Memang satu sekolah dengan Nadia. Tengok muka aku dah boleh baca apa yang ada dalam hati aku. Bagus jumpakan dia dua orang ni. Lepas tu tu ‘test’ power masing-masing. Aduhai! Ke mana pulak aku mengarut ni.
Hmmm…dia buat macam biasa je. Seolah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Cara di bercakap dia lebih kepada nak menjaga hati orang tua kami. Hmm…sampai bila nak macam ni? Boleh ke aku terus hidup macam ni? Takkan selamanya nak berpura. Tapi, kami ada berpura ke? Aku harus berikan dia masa untuk terima perkahwinan ini. Dan aku sendiri perlu redah dengan keadaan ini. Ya, Allah berilah aku kekuatan.

Dua bulan berlalu.
“Kau kenapa? Dari tadi merenung handphone tu. Kau tunggu siapa ‘call’?” Tanya Nadia. Balqis menggeleng sahaja.
“Kalau dia tak call, kaulah call dia.” Kata Nadia. Ish, dia ni tahu ke aku tunggu Haiqal call. Yang Haiqal ni pun satu. Lepas raya hari tu telefon aku sekali saja. Itupun sebab nak hantar mak dan ayah ke ‘airport’ sama-sama. Ego betullah.
“Kalau dua-dua ego,susahlah.” Tambah Nadia. Balqis mencebik. Tanda tak setuju bila dikatakan dirinya ego. Nadia ketawa. Dah lama tak tengok minah ni mencebik. Hmm…si Haiqal ni pun….Ntah-ntah minah ni dia yang dah ‘warning’ orang tu jangan call selalu. Nak final exam. Minah ni kalau dah sibuk study semua benda dia tak layan.
Hakikatnya Balqis dah banyak berubah sejak jadi isteri orang ni. Sejak 5 bulan kebelakangan ni. Dah kurang sikit manjanya. Lebih berdikari. Duitpun dah pandai nak berjimat walaupun setiap bulan ada wang dimasukkan ke akaunnya. Dah tetap dengan sikap keras hati takkan minta apa-apa dari Haiqal biarpun itu memang sudah menjadi tanggungjawab Haiqal sebagai suami untuk memenuhi keperluan isteri. Senang cerita, Balqis kini mampu untuk menjaga dirinya sendiri.
“Eh, ayah dah habiskan bayar duit keretalah.” Balqis sedikit terkejut membaca ‘statement’ bank yang baru dibacanya.
“Yelah, dia kan nak ke Mekah. Mestilah dia nak langsaikan semua hutang dulu.” Tafsir Nadia.
“Ya juga kan.” Balqis terangguk-angguk tanda setuju dengan tafsiran Nadia.
“Kau dah dapat tempat praktikal?” Nadia beralih topik.
“Bulan lepas prof Adam cakap dapat kat JB. Aku dah nak melompat dah. Tiba-tiba semalam dia jumpa aku, and beritahu ada ‘company’ request nak aku praktikal kat situ.”
“Company apa? Wah, ini peluang baik ni. Syarikat apa, and di mana? Dan macam mana pulak dia tahu pasal kau?” Nadia pula yang terlebih teruja.
“Amboi, banyaknya soalan. Kau nak aku jawab yang mana dulu ni?”
“Hee…tumpang excited.” Balas Nadia.
“Kawan prof. Adam. Dia ada tengok assignment aku. Interested lah kononnya.” Cerita Balqis.
“Baguslah macam tu. Silap-silap belum konvo dah dapat kerja.”
“Jauhlah. KL.” Rungut Balqis.
“KL je. Aku ingat sampai ke Amerika ke London ke?” balas Nadia.
“Nak cari rumah sewa lagi. Takkan nak berulang pulak dari sini.”
“Haiqal kan ada.” Bangkit Nadia.
“Takpelah. Aku cuba cari bilik sewa atau rumah sewa je nanti.” Balas Balqis.
Hmm….ego betul minah ni.
Hmmmm….memang ego. Tapi tak salah kan? Ini yang dia nak. Aku buat hal aku, dia buat hal dia. Aku boleh uruskan diri aku sendiri. Sebelum ni pun tanpa dia aku okey jek. Haish, satu kerja nak cari rumah sewa pulak. Sewa KL lagilah mahal. Harga sewa bilik, boleh dapat sewa rumah kalau di Johor. Ye ke? Hehehehe….pandai jek aku ni. Tapi, tak apa. Tak lama pun. Wang yang aku jimatkan selama ni dah mencecah dua ribu lebih. Mak dan ayahpun tak pernah putus bagi aku duit. Malah lebih dari yang sebelum ni. Kalau dapat rumah sewa RM500(budget paling mampu), lepaslah untuk 4 bulan. Prof pun ada cakap nannti dapat elaun. Boleh lah buat duit makan dan minyak kereta. Kalau dapat rumah sewa yang dekat dengan tempat praktikal tu lagi bagus, jalan kaki ke. Naik basikal ke. Balqis berkira-kira sendiri.

Balqis melangkah masuk ke bangunan 5 tingkat itu. Wow, besarnya syarikat ni. Hmmm…kalau dapat kerja sini ‘best’ juga. Ish, apalah aku ni! Belum apa-apa dah berangan. Berbekalkan sekeping surat tawaran praktikal dari syarikat Haiqan Permula itu, Balqis melangkah masuk dan menuju ke meja receptionis.
Balqis naik ke tingkat 3. Di luar pintu lif ada seseorang sedang menantinya. Seorang wanita muda yang boleh tahan cantiknya. Setiausaha Eksekutif. Bagus betul layanan syarikat ini. One good point to be here. Balqis tertawa sendiri dalam hati. Jauhnya aku berangan.
Puan Umairah memberitahu HR Manager ada urusan di luar. Jadi Balqis parlu jumpa ‘big boss’ terlebih dahulu. Managing Director aka tuan punya syarikat. Aduhai berdebar-debar pulak jantung aku ni. Macam masa….
“Boss, inilah student practical tu.” Puan Umairah memberitahu MD yang sedang asyik memandang laptop sambil duduk membelakangkan mereka berdua. Degupan jantung semakin pantas. Lelaki itu berpaling. Dam! Dam! Dam! Jantung rasa nak jatuh. Lelaki itu tersenyum.
“Nur Balqistina Ariana.” Haiqal berpura membaca nama pada surat yang baru diambil dari tangan Puan Umairah.
“En. Malik keluar kan?”
“Ya, boss.” Jawab puan Umairah.
“Takpe, awak keluar dulu. Saya nak interview dulu dulu student ni. After 15 minutes awak suruh Eiman masuk.” Arah Haiqal.
“Baik boss.” Puan Umairah akur arahan bossnya itu. Dia terus keluar tanpa menoleh lagi. Haiqal menyuruh Balqis duduk.
“Kenapa? Tak habis lagi terkejut?” Tanya Haiqal.
“Saya pun terkejut.” Tambah Haiqal. Balqis berkerut dahi. Ye ke? Boleh percaya ke mamat ni?
“Hah, tu mesti mengumpat saya dalam hati tu.” Usik Haiqal. Ish, dia ni! Aku tumbuk baru tahu.
“Mesti ada niat nak tumbuk saya ni.” Bicara Haiqal lagi. Ish, lupa pulak mamat ni ada ilmu.
“Tu, tangan tu dah kepal penumbuk. Saya boleh agak apa dalam hati awak. Tak ada apa-apa ilmu pun.” Tambah Haiqal. Aduhai, betullah dia ni…….
“Duduklah dulu. Kita bincang soal yang penting dulu. Pasal kerja nanti en. Malik atau Eiman akan terangkan pada awak.”
“Soal apa?” Balqis akhirnya bersuara. Blurr datang lagi.
“First, petang ni awak kemas barang-barang awak kat rumah sewa awak tu. Saya nak awak tinggal dengan saya.”
“Hah?!” Balqis terkejut. Haiqal ketawa melihat reaksi Balqis. Suka hati dia saja ketawakan aku. Nak kena mamat ni. Mak ai, tajamnya renungan.
Eee….geram betullah. Dia dah tahu yang aku akan praktikal di syarikat dia. Beritahulah awal-awal yang aku kena tinggal dengan dia. Tak payahlah aku susah-susah cari rumah sewa murah. Redah hujan panas. Hampir kena tipu lagi. Deposit dah bayar 3 bulan. Kalau aku cakap mesti dia akan cakap, ‘saya akan bayar balik’. Tahulah duit banyak. Eee….geram sangat ni.
“Awak janganlah marah. Sekarang ni orang tua kita dah tahu awak akan praktikal di syarikat saya. Kalaulah tiba-tiba mereka datang rumah saya, awak tak ada. Apa saya nak jawab. Mama dan papa tu selalu datang KL. Ayah dan ibu pun bila-bila masa je boleh sampai. Saya minta maaf tak beritahu awak awal.-awal. Saya ingatkan awak dah perasan tandatangan saya kat surat tawaran praktikal ni.”
“Macam mana mereka tahu? Awak beritahulah tu.”
“Eh, bukan saya yang beritahu.” Nafi Haiqal. Yelah tu.
“Awak yang beritahu mak awak yang awak praktikal di Haiqan Permula. Mak awak bercerita dengan mama saya. So….” Haiqal tidak meneruskan kata-katanya dalam erti kata lain mahu Balqis faham sendiri. Adush! Mak ni tahu pulak yang Haiqan Permula tu syarikat Haiqal. Mesti dia ada terjumpa kad Haiqal ni. Aku sendiripun tak tahu nama syarikat suami aku sendiri.
“Tinggal dengan saya ye.” Suara Haiqal memujuk. Balqis memandang lelaki itu. Dalam paksa rela, dia mengangguk tanda setuju.
Balqis diperkenalkan kepada en. Malik dan En. Eiman. Balqis akan menjalani latihan praktikal di bawah penyeliaan Eiman, ketua jurutera syarikat. Dan akan dipantau oleh encik Malik, Human Resource Manager. Dua-dua masih muda dan handsome. Bujang pulak tu. Berani pula dia suruh isteri dia bekerja di bawah dua mamat handsome ni. Hmm…jangan-jangan dia sengaja nak ‘test’ aku. Agaknya keegoan ni memang mainan orang lelaki kot.
“Mesti awak ni ‘best student’ kan?”
“Hah?” Balqis kembali kea lam nyata.
“Kenapa encik Eiman cakap macam tu?” Balqis tak faham.
“Yelah, company ni tak pernah pun ambil student praktikal kat sini. Bila boss beritahu ada student nak praktikal, terkejut juga saya.” Jelas Eiman akan maksudnya. Oh, ye ke? Hmmm…mamat ni tengok aku lain macam je…apahal pulak?
“Awak ada ‘boyfriend’?” Soal Eiman merisik ingin tahu. Balqis tersenyum.
“Saya dah kahwin.”
“Kahwin?” Eiman ketawa. Ini lagi seorang. Tak pasal-pasal ketawakan orang.
Petang itu.
Rumah besar macam ni duduk seorang-seorang je? Tahulah orang kaya. Fully furnished pulak tu. Tak macam rumah bujang pun. Eh, memang dia bukan bujang pun. Eh, nak ke bilik mana ni? Yang mamat ni pun satu, terus naik jek. Tak cakap apa-apapun.
“Lah, awak buat apa lagi kat bawah ni? Jomlah naik. Bilik kat atas.”
“Hah..” Balqis blurr lagi.
“Esok mama dan papa nak datang. Mak dan ayah awak pun nak datang.” Beritahu Haiqal.
“Kenapa saya tak tahu?” Balqis tak puas hati.
“Dia orang nak buat ‘surprise’. Nasib baik saya ada ‘spy’. Mereka tu excited sangat nak datang.”
“Kenapa?” Balqis tak faham. Haiqal tersenyum.
“Dah, jom naik. Saya tunjukkan bilik. Lepas kemas barang, mandi, solat lepas tu kita keluar.”
“Keluar ke mana?” Tanya Balqis.
“Makanler. Awak tak lapar ke? Perut saya dah bergendang ni.” Balas Haiqal. Balqis ketawa. Hmmm…comel bila ketawa.
Seminggu berlalu.
“Selamat pagi boss.” Sapa Umairah
“Balqis mana?” Tanya Haiqal tanpa menjawab sapaan Umairah.
“En. Eiman baru je bawa dia keluar.” Jawab Umairah.
“Asyik keluar je. Di pejabat ni tak ada kerja?” Haiqal tak puas hati.
“En. Eiman cakap ada ‘problem’ nak settle.”
“Ada masalah dia pergilah settle sendiri. Tak payah bawak budak tu sekali.” Haiqal tak puas hati. Ish, boss ni. Biarlah Balqis tu belajar.
“Belajar-belajar juga. Tapi, tak perlulah sampai setiap kali ada masalah, bawa budak tu. Nanti- lama-lama dia takut nak kerja. Yelah, asyik berdepan dengan masalah jek.” Sambung Haiqal. Umairah diam sahaja. Macam mana boss tahu apa yang dalam fikiran aku ni.
“Bila mereka dah balik, suruh Balqis masuk bilik saya.” Arah Haiqal sebelum masuk ke biliknya.
Dua jam kemudian barulah Eiman dan Balqis muncul semula di Haiqan Permula. Cepat-cepat Umairah memberitahu boss nak jumpa Balqis. Dengan langkah malas Balqis pergi ke bilik Haiqal. Haiqal memanggil masuk sebaik terdengar pintu diketuk. Dengan perasaan yang berkecamuk Balqis melangkah masuk. Akur arahan Haiqal yang menyuruhnya duduk di kerusi sofa dalam bilik itu.
“Kenapa drive sendiri hari ni?”
“Mak dan ayah kan dah balik.” Alasan Balqis.
“Kenapa? Tak suka naik kereta saya?” Soal Haiqal lagi.
“Awak sendiri yang tak nak staff awak tahu hubungan kita. So, daripada saya naik kereta awak, dan turun kat belakang bangunan, lepas tu jalan sorang-sorang ke depan…lebih baik ‘drive’ sendiri. Dahlah awak tu selalu balik lambat. Sekurang-kurangnya kalau saya balik awal boleh lah saya masak masakan yang tak sedap untuk awak.” Bebel Balqis geram. Haiqal ketawa.
“Jadi, sebenarnya marah pasal semalam lah ni…” Sindir Haiqal sambil ketawa. Geram betul aku dengan mamat ni.
“Saya ni memang jarang masak. Nak kata ‘expert’ jauh sekali. Dan saya pun tak harap yang masakan saya semalam tu sedap. Tapi, kalau yapun tak sedap, tak payahlah berpakat tiga orang kutuk saya kaw-kaw!” Luah Balqis geram. Haiqal masih ketawa. Balqis dah bangun.
“Okey, okey! Saya minta maaf. Kami bergurau je semalam. Masakan awak tu taklah teruk sangat macam yang kami cakap tu. Kira okeylah. Sedap juga. Lepas awak merajuk masuk bilik tu, mak awak dah ‘warning’ saya. Dia cakap awak kalau merajuk boleh bawa berbulan.” Haiqal mengusik lagi.
“Encik Haiqal selalu cakap dengan saya bilik di pejabat kita kena professional. Tapi, dari tadi encik Haiqal tak ada cakap apa-apa pasal kerja pun. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya encik Haiqal.” Balqis terus bergerak ke pintu.
“Nanti dulu cik Balqis….eh, silap. Puan Balqis.” Haiqal menahan. Balqis yang sudah memegang tombol pintu menoleh.
“Kita ni duduk serumah, sebilik dan sekatil lagi. So,…” Terhenti.
“So?” Balqis mahu Haiqal meneruskan.
“Kalau ada apa-apa nak cakap, ‘face to face’ jelah. Jangan guna mesej. Membazir bil.”
“Saya guna kredit.” Celah Balqis. Haiqal ketawa.
“Saya keluar dulu.”
“Lagi satu soalan.” Haiqal menahan. Balqis mendengus geram. Ni apa lagi dia nak kenakan aku ni. Balqis memandang Haiqal. Cuba memaniskan mukanya.
“Apa dia encik Haiqal?” tanya Balqis dengan suara yang paling lembut.
“Kenapa parking kat tempat saya?” soal Haiqal sambil mengangkat keningnya. Balqis memberi satu senyuman yang kurang ikhlas.
“Maaf yer encik Haiqal. Saya alihkan sekarang juga.” Jawab Balqis lalu terus keluar. Lambat-lambat nanti ada je yang dia nak kenakan aku.
Keluar dari bilik Haiqal, Balqis terus berjalan menuju ke mejanya. Eiman tak sabar nak tahu kenapa Balqis dipanggil Haiqal. Balqis mengambil kunci keretanya dari dalam laci.
“Bos nak apa?” Tanya Eiman tak sabar nak tahu.
“Tak ada apa. Dia tanya kenapa saya parking kat tempat dia.” Jawab Balqis.
“Oooh….Myvi biru tu kereta Balqis. Ingatkan boss bawa kereta kecik hari ni.” Eiman ketawa. Eh, tak kelakarlah. Tak payah nak ketawa beriya sangat. Sabar Balqis, sabar. Pujuk diri sendiri.
“Balqis.” Suara Umairah mencelah perbualan Eiman dan Balqis.
“Boss cakap tak payah alih. Cuma dia pesan esok jangan salah lagi.” Umairah menyampaikan pesanan Haiqal.
“Tapi…” Ada lagi? Confirm nak kenakan aku ni.
“Tapi apa kak Mai?” Celah Eiman.
“Boss cakap, kalau nak alih juga, alihkan kereta dia sekali.” Sambung Umairah sambil menghulurkan kunci kereta Vios Haiqal pada Balqis. Nak suruh aku alihkan tu, cakap jelah. Sajakan nak kenakan aku. Siap kau. Aku buat kopi letak garam nanti untuk kau.
“Jom, saya tolong.” Eiman menawarkan bantuan. Balqis tersenyum.
Petang itu.
Secawan kopi sudah tersedia di atas meja. Haruman sang kopi meresap masuk ke rongga deria bau. Haiqal yang baru tiba di rumah tersenyum. Kena hati-hati ni. Buatnya dia letak garam dalam kopi ni, naya je aku. Tapi, kopi ni untuk aku ke? Haiqal mencapai cawan kopi itu. Dihidu baunya beberapa kali. Yakin tak yakin jek nak minum.
“Apasal cium-cium macam tu?” Entah dari mana Balqis tiba-tiba muncul.
“Eh, mak kau!” Haiqal melatah. Balqis ketawa.
“Mak saya dah balik kampung.” Balas Balqis.
“Apasal awak cium bau kopi tu banyak kali?” Tanya Balqis lagi.
“Hidulah, bukan cium. Kalau cium macam ni hah!”
“Hei!” Balqis segera mengelak bila Haiqal mengusik ingin menciumnya. Haiqal ketawa. Cawan kopi diletak semula atas meja.
“Saya takut awak letak garam dalam kopi ni.” Kata Haiqal. Eh, dia macam tahu je aku niat macam tu tadi. Balqis ketawa. Haiqal memandang tak faham.
“Apa? Dia ketawa boleh. Orang ketawa dia nak buat muka pelik pulak. Minumlah kopi tu. Jangan risau, saya tak letak garam pun.” Kata Balqis.
“Dah masak?” Tanya Haiqal.
“Tak. Malas nak dengar kutukan dari awak.” Jawab Balqis selamba. Haiqal ketawa lagi.
“Yelah cik adik. Pergi mandi dan bersiap-siap. Lepas maghrib kita keluar makan ye.” Bicara Haiqal seolah memujuk.
“Yelah cik abang. Saya pergi mandi dulu. Minumlah kopi tu. Jangan risau, saya tak letak garam.” Balas Balqis berlalu naik ke tingkat atas. Haiqal mencapai cawan kopi itu. Haiqal menghirup kopi itu. Tersedak dan terbatuk. Terkenal jugak aku. Memanglah tak ada garam. Gula pun takde. Yang ada kopi saja.
Kehidupan baru bermula. Selepas 6 bulan menjadi suami isteri baru kini mereka setinggal serumah. Mula belajar menserasikan antara satu sama lain. Hmmm….Cuma tak faham. Kenapa dia suruh aku rahsiakan hubungan kami. Kalau mereka tahu yang aku ni isteri dia kan senang. Takdelah si Eiman tu sibuk ajak aku dating hari-hari. Aku cakap aku ni isteri orangpun dia tak percaya. Takkan aku nak tunjuk surat nikah kot baru nak percaya.
“Qis, lunch dengan kak Mai hari ni. Husband akak ada meetinglah.” Ajak Umairah.
“Oooh…husband dia takde baru ingat kita.” Usik Balqis. Umairah ketawa saja.
“Alah, jomlah. Akak belanja hari ni.” Umairah menarik tangan Balqis.
“Yelah, sabarlah. Nak inform boyfriend kejap.” Balqis mengambil handphone nye.
“Sambil makan nanti boleh mesej kan. Jom.” Umairah terus menarik tangan Balqis. Balqis akurkan saja.
Turun di tingkat bawah sekali. Kafe penuh orang. Umairah mengajak Balqis ke restoran yang terletak tak jauh dari bangunan pejabat mereka itu. Mereka memilih nasi campur hari ini. Selepas mengambil lauk mereka mencari tempat duduk. Memesan minuman masing-masing lalu mula menjamu selera.
“Selalunya Qis lunch dengan siapa?” Tanya Umairah.
“Tak tentu kak Mai. Qis ikut je sesiapa yang ajak. Kadang-kadang tu kalau dah keluar kerja dengan encik Eiman, lunch dengan dialah.” Jawab Balqis.
“Hmm..encik Eiman tu handsome. Tak berkenan ke?” usik Umairah. Balqis ketawa.
“DIa single, Qis pun single. Dah sesuai sangatlah tu.”
“Qis dah kahwinlah kak Mai.” Ujar Balqis jujur.
“Yelah tu.” Umairah tak percaya.
“Seriuslah kak. Qis memang dah kahwin. Encik Eiman tu je yang susah nak percaya.” Hmm…. Bagus juga cerita dengan kak Mai ni. Dia kan rapat dengan encik Eiman.
“Qis tahu mesti akak tak percaya dan mungkin hairan. Yelah, Qis kan masih belajar lagi. Tapi, inilah yand dikatakan jodoh.” Bicara Balqis bersungguh-sungguh.
“Sama-sama belajar ke?” Umairah merisik nak tahu.
“Taklah. Dia businessman. Kami nikah je dulu. Majlisnya tunggu lepas Qis konvo.” Cerita Balqis.
“Kira nikah gantunglah ni.”
“Lebih kuranglah.” Balas Balqis.
Hmmmm…..harap-harap kak Umairah percayalah cerita aku ni. Dan mudah-mudahan dia berjaya meyakinkan encik Eiman tu. So, takdelah mamat tu asyik ayat aku jek. Dahlah tak percaya aku cakap dah kahwin. Yang si Haiqal ni pun satu. Tengok gaya macam okey jek dengan perkahwinan ni. Tapi, apa motif dia nak rahsiakan perkahwinan ni pun aku tak tahu. Tak faham betullah.
“Nampak tak perempuan ala-ala mat salleh tadi?” Umairah beralih topik.
“Yang seksi tu?” Balqis ingin kepastian.
“Hmmm…sekejap je dah 6 bulan. Dah balik dah dia dari Australia.”
“Siapa dia tu?” hmmm nak tahu juga siapa dia perempuan yang datang-datang saja di pejabat terus memaut lengan Haiqal. Haiqal yang terkejut sedikit berang dengan tindakan itu. Memang dia tak suka atau sebab aku ada depan dia tadi?
“Miss Reena. Anak Tan Sri Aziz. One of our investors untuk projek di Bangi tu.” Cerita Umairah.
“Dia tu syok kat boss kita.” Tambah Umairah.
“So, boss pun suka jugalah?”
“Hmm….tak ada maknyanya. Kalau boss suka dia, dah lama dah diorang tu menikah. Miss Reena tu dah lama try ayat boss kita tu. Taste boss kita tu perempuan melayu terakhir. Macam Qis ler kot. Boss layan Miss Reena tu atas urusan kerja je.”
Hmm…jangan-jangan pasal ni dia beriya suruh aku rahsiakan perkahwinan kami. Ish, tak baik aku ni buruk sangka dengan suami sendiri. Tapi, tak mustahil kan? Hmm…sampai bila nak berahsia macam ni.
Mungkin dia ada alasan yang tersendiri. Kalau staff tahu yang Balqis ini isteri boss, mesti mereka tak berani nak bergaul. Dan tak berani nak tegur kalau Balqis ada membuat silap. Itu tafsiran Nadia. Ye ke? Yang si Nadia ni pun satu. Sebelum ni kalau cakap pasal Haiqal selalunya sokong aku. Sekarang ni asyik sokong Haiqal jek. Tapi, betul juga apa yang Nadia cakap tu. Takperlah, tinggal 2 bulan je lagi nak habis praktikal ni. Kalau Reena tu ‘girlfriend’ dia, buat apa dia ‘plan’ aku praktikal kat sini. Ish, misteri betullah suami aku ni.
6:30 petang barulah Haiqal keluar dari pejabat. Selalunya 6:30 dah sampai rumah. Apalah Balqis buat kat rumah sekarang ni. Dia minta izin balik tengahari tadi. Rasa-rasanya dia marah tak? Kalau dia marah, maknanya dia cemburu. Kalau dia cemburu, maknanya dia sayangkan aku. Haiqal tersenyum sendiri. Tapi, bila ingat balik peristiwa tengahari tadi….
“Bila you nak masuk meminang I ni?” Rengek Reena.
“Reena…please. You datang sini sebab kita nak bincang hal kerja kan?” Haiqal rimas bila jari-jemarinya dicuit-cuit oleh Reena. Umairah yang diarah turut ada dalam bilik tu pun naik rimas melihat kegedikan Reena.
“Relaxlah.” Reena berbisik pula. Haiqal kegelian..dia berpaling…cup! Satu ciuman hinggap di pipinya tanpa sengaja.
Ish, nak cerita tak pada dia ni? Tapi, Umairah ada sebagai saksi tadi. Yang Reena ni pun satu, menggedik satu badan. Apalah yang dia nampak pada aku ni. Nak kata kaya, bapak dia lagi kaya kot. Agaknya pasal aku handsome kot. Haiqal tersenyum sendiri. Ish, asyik nak perasan jek. Kalaulah dia tahu hal ni dari mulut Umairah, apa pulak kata dia nanti.
Haiqal tiba di rumah. Deria baunya menangkap bau enak makanan. Hmmm…macam bau sambal udang ni. Balqis masak ke? Tadi dia cakap nak keluar dengan Nadia. Sempat pula dia masak. Sekarang ni dah rajin ke dapur. Sejak kena puji melambung tinggi. Heeee….hakikatnya memang masakan Balqis jauh lebih baik dari yang sebelum ni. Dia rajin ‘google’ cari resepi. Dan rajin mencuba. Eh, mana pula Balqis ni. Selalunya dia akan turun sambut aku balik. Oh, ye! Tadi dia ada cakap nak keluar jumpa kawan. Nadia ler tu.
Haiqal masuk ke dapur. Balqis takde. Hidangan sudah terhidang di atas meja di bawah tudung saji. Dah maghrib ni, solat dululah. Haiqal masuk ke dalam bilik. Laah…tertido rupanya. Jarang Balqis tertidur waktu-waktu begini. Penat sangat kot. Hari ni dia ‘half-day’ kan. Hmm…kejutlah. Nanti maghrib habis waktu pulak.
Kenapa diam saja dari tadi? Ada sesuatu yang tak kena ke? Semua soalan aku dari tadi dijawab acuh tak acuh. Atau dia marah aku balik lambat. Haish! Melayan Reena lah ni tadi. Tak pasal-pasal balik lambat hari ni. Nak bincang itulah, bincang inilah. Balqis ni kenapa sebenarnya? Makan pun tak nak.
Sekeping nota dalam tudung saji. Balqis meninggalkan pesanan agar makan banyak sikit. Nanti malam-malam buta gastrik. Satu hal nak bawa ke klinik. Hmm…sayang juga dia kat aku. Ye ke dia sayangkan aku?
“Qis,dah dua hari awak diam jek. Awak marah saya ke? Saya ada buat apa-apa salah ke?” Tanya Haiqal. Balqis memandang Haiqal. Nak beritahu ke tak? Masalahnya sekarang ni memang aku geram sangat dengan Haiqal ni. Sabarlah Balqis, tinggal sikit je lagi. Balqis diam tak bersuara apa-apa.
“Umairah ada cerita apa-apa ke pada awak? Pasal Reena?” Haiqal ingin tahu.
“Kenapa? Ada apa-apa yang perlu diceritakan?” Balqis tidak menjawab soalan Haiqal, sebaliknya dia yang memberi soalan.
Haiqal meraup mukanya. Teringat perbualannya dengan Balqis pagi tadi. Balqis nampak lain sangat. Eiman masih mengurat dia lagi ke? Atau dia dah jatuh cinta pada Eiman. Eiman tu dahlah handsome, baik pulak tu. Ish, aku ni! Ke situ pulak fikiran aku. Jangan nak ego sangatlah. Kalau dua-dua ego, memang takkan ada kesudahan.
Balqis tahu dia perlu beritahu juga pada Haiqal hal ni. Tapi,macam mana nak cakap ni. Mesej jelah. Balqis mengambil handphone dari dalam lacinya. Dia menaip sesuatu pada skrin mesej handphone nya itu. Balqis masih berkira-kira untuk menekan skrin send. Okey tak cara ni. Haiqal selalu pesan, kalau ada apa-apa ‘face to face.’ Balqis memandang pintu bilik Haiqal yang tertutup. Balqis baru nak bangun. Tiba-tiba pulak datang minah ni. Balqis memandang jam dinding. Alamak.
Mendengar nama Reena, Haiqal bertambah serabut. Reena masuk ke bilik Haiqal. Cuba memaut lengan Haiqal. Pantas Haiqal mengelak perkara dari berlaku.
“My architect dah siapkan pelan bangunan tu.” Haiqal malas nak fikir yang lain selain kerja. Dia terus mengambil pelan bangunan yang dimaksudkan. Dia membentangkan di atas sebuah meja khas di dalam biliknya itu. Telefon di atas meja berbunyi. Tak sempat Haiqal nak jawab pantas Reena menekan butang ‘off’. Haiqal hampir hilang sabar. Handphone Haiqal pula berbunyi. Satu mesej masuk. Reena mencapainya.
“This is too much Reena.” Haiqal tiba-tiba naik berang.
“Eh, relaxlah. I Cuma nak tolong ambilkan je.”
“That’s it! I had enough with you. I’m sick of you. I nak tarik diri dari projek ni. Please get out from my office!” Haiqal betul-betul marah.
“You ni dah kenapa?” Reena tak puas hati.
“I dah tak kisahlah. I don’t care. Biarlah I hilang projek juta-juta ni. I dah tak tahan dengan p erangai you.” Haiqal masih marah.
“I’ll tell my father about this.” Ugut Reena.
“I don’t care. Now, you go.” Haiqal membukakan pintu. Reena melangkah keluar. Haiqal menghempas pintu dengan kuat. Seisi pejabat terkejut. Haiqal teringat handphonenya yang berbunyi tadi. Haiqal membaca mesej. Pantas Haiqal berlari keluar. Menuju ke meja Balqis. Tiada. Melihat ke meja Eiman, pun takde. Eiman pun takde di situ. Haiqal terus berlari keluar. Para pekerja yang melihat situasi itu tak faham.
“Kenapa dengan boss tu? Dia cari apa? Cari siapa?” Tanya Eiman yang sedang berdiri di meja pembantunya, Razak.
“Entah. Macam cari seseorang. Cari kau kot. Mungkin dia tak perasan kau diri kat sini.” Tafsir Razak.
Ke mana Balqis pergi? Turun saja ke tempat letak kereta,kereta Balqis dah takde. Haiqal naik semula ke pejabat. Umairah memberitahu Balqis mohon balik awal kerana ada urusan penting. Dan tadi tak sempat nak beritahu sebab Reena dah meluru masuk dulu. Sekali lagi Haiqal menoleh ke meja Eiman. Lelaki itu takde di mejanya. Jam baru 3:30pm.
Belum pukul 5 Haiqal sudah meninggalkan pejabat. Sesuatu yang amat jarang berlaku. Sempat berpesan pada Umairah untuk membatalkan semua temujanjinya untuk seminggu. Haiqal terus memandu pulang ke rumah. Harap-harap Balqis ada di rumah. Segala masalah perlu diselesaikan hari ini.
Haiqal tidak tentu arah. Dari tadi asyik mundar-mandir di ruang tamu. Dah pukul 8:00 malam. Kenapa Balqis masih belum sampai rumah? Atau dia tak balik rumah? Dia ke mana? Dia keluar dengan Eiman? Tak mungkinlah. Dah kenapa aku ni? Kenapa nak syak yang bukan-bukan? Balqis keluar dulu tadi. Kenapa dia masih tak sampai lagi. Urusan apa ? adakah dia…… tak mungkin. Balqis takkan buat macam tu.
“Awak ke mana? Awak keluar pejabat pukul 3 lebih tadi. Pukul 9 malam baru awak sampai rumah. Awak tak pandai nak telefon ke?” serang Haiqal dengan soalan bertubi-tubi. Balqis diam tak bersuara.
“Boleh tak awak jawab soalan saya?” Tegas Haiqal. Balqis masih membisu.
“Awak keluar dengan Eiman?” Teka Haiqal. Balqis memandang Haiqal.
“Handphone awak mana?” Tanya Balqis tanpa menjawab soalan Haiqal.
“Hah?”
“Saya tanya, handphone awak mana?” soal Balqis sekali lagi. Haiqal memandang sekeliling mencari handphonenya.
“Kereta saya rosak tengah jalan. Saya telefon awak banyak kali. Awak tak jawab. Saya call office, awak dah keluar. Saya telefon rumah pun takde jawapan. Saya minta tolong kak Umairah, encik Eiman yang sampai. Dia nak tolong hantar balik rumah, tapi berkeras tak mahu. Saya sanggup tunggu 3 jam kat bengkel kereta tu. Saya balik lambat awak tak terfikir ke nak call saya? Ntah apa-apa berlaku pada saya. Ada awak fikir semua tu? Apa yang awak fikir, saya keluar dengan lelaki lain. Awak ingat saya ni perempuan apa?” Airmata Balqis mengalir laju. Haiqal terkedu. Pertama kali dia melihat airmata Balqis. Balqis ingin berlalu, Haiqal menarik tangan Balqis.
“Saya minta maaf. Saya risau sangat bila awak tiba-tiba hilang tadi. Saya tak boleh nak berfikir dengan waras.”
“Senang kan nak minta maaf. Hati saya yang dah hancur ni awak pernah fikirkan?” Balas Balqis. Haiqal terdiam.
“Awak tak perlu risau. Kalau saya ada niat nak ada lelaki lain, dah lama saya buat. Saya sedar siapa diri saya. Saya sedar status saya sebagai isteri orang. Awak tak perlu nak cemburu tak tentu pasal.” Tambah Balqis.
“Tapi, saya berhak untuk cemburu. Awak isteri saya.” Balas Haiqal.
“Jadi, awak mengakulah yang saya ni isteri awak.” Sinis bunyi soalan itu.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Haiqal tak faham. Balqis memandang wajah lelaki yang bergelar suaminya itu. Baiklah, malam ni aku akan luahkan segalanya. Dan aku mahu dia lakukan perkara yang sama. Hanya dua kemungkinan saja yang akan berlaku selepas ini. Takpe, sekurang-kurangnya kami dah luahkan segalanya.
“Sehari lepas kita nikah, awak suruh saya buat hal saya dan awak buat hal awak. Dan awak cakap dengan saya hal pernikahan ni tak perlu ramai yang tahu. Maknanya awak nak saya rahsiahkan hal pernikahan kita. Selepas 3 bulan awak hubungi saya. Saya ingat lepas tu hubungan kita akan bertambah baik. tapi, tidak. Awak biarkan saya macam tu saja. Setiap hari saya tunggu awak call saya. Sampai saya keliru dengan perasaan saya. Tiba-tiba saya kenal praktikal di syarikat awak. Bila awak suruh saya tinggal dengan awak, saya yakinn yang awak memang nak baiki hubungan kita. Memang selama beberapa bulan ni awak layan saya dengan baik. Cuma saya masih tak faham, kenapa awak masih nak hal perkahwinan ni dirahsiakan. Awak tahu tak, saya tertekan bila Eiman desak saya terima dia. Puas saya cakap saya dah kahwin. Dia nak bukti. Tapi, saya respect kehendak awak yang nak saya rahsiakan hal perkahwinan ni. Kenapa susah sangat awak nak mengaku yang saya ni isteri awak? Dan sekarang boleh pula awak nak cakap yang awak cemburu sebab saya ni isteri awak.” Luah Balqis panjang. Airmata Balqis mengalir laju. Haiqal memegang tangan isterinya. Dia mengajak isterinya duduk. Haiqal menyeka airmata isterinya.
“Ini semua silap saya. Mungkin permulaan saya yang silap dan menyebabkan semua ini. Saya yang memang tak pandai nak berterus terang. Saya buat keputusan untuk awak. Saya mengharap awak faham tindakan saya tu.”
“Apa maksud awak?” Balqis tak faham.
“Awak ingat tak, malam lepas kita nikah? Saya tanya awak samada awak betul-betul setuju dengan perkahwinan ni. Awak jawab, awak sebenarnya tak bersedia lagi. Sebab awak masih belajar. Awak bimbang awak tak dapat nak tunaikan tanggungjawab awak sebagai isteri. Dan kalau tiba-tiba awak mengandung ke, awak tak nak tangguh semester. Dah tinggal setahun je. Kita setuju nikah kerana orang tua kita. Dan awak sendiri yang minta majlis kita dibuat lepas awak konvo. So, saya ingat awak yang tak mahu hal ini dihebohkan. Saya suruh awak buat hal awak, maksud saya, biarlah awak lupa sekejap yang awak tu isteri saya. Saya tak nak awak fikir tanggungjawab sebagai isteri. Saya nak awak belajar macam biasa. Setahun saja kan? Saya rasa saya boleh sabar. 3 bulan saya tahan diri saya. Bila saya nak call awak, baru saya sedar yang saya takde no phone awak. Tapi, seingat saya saya ada bagi kad pada awak.” Dan panjang lebar lagi luahan Haiqal. Dia menceritakan bagaimana dia berlakon semata-mata nak dapatkan nombor telefon Balqis. Dan bagaimana tak tentu arahnya dia bila mengetahui ada lelaki cuba nak mengurat isterinya. Gembira bila Balqis banyak berubah dan mampu berdikari. Tapi, dia takut bila…
“Saya tak nak awak ada perasaan macam tu. Saya tak nak awak rasa yang awak boleh hidup tanpa saya. Saya nak awak rasa saya ni penting dalam hidup awak. Semua ni berlaku kerana saya ego. Taknak berterus-terang tentang perasaan saya. Masa ‘first-time’ saya telefon awak, dengar saja suara awak, jantung saya rasa bergetar. Masa tu, saya tahu yang saya dah jatuh cinta dengan isteri saya.” Luah Haiqal lagi. Alamak, macam aku je.
“Saya bukan sengaja tak nak call awak lepas. Saya tahu awak sibuk study untuk exam dan siapkan banyak assignment. Sorry, mungkin saya sepatutnya call awak lebih kerap untuk beri semangat. Tapi,awak kan minah study. Kalau dah belajar, semua benda awak lupa.” Bicara Haiqal lagi. Eh, mana dia tahu ni.
“Saya ingat bila awak kena praktikal tempat saya, awak akan hubungi saya. Tak sangka pulak awak cari rumah sewa. Masa tu perasaan saya dah jadi lain. Saya rasakan yang awak cuba jauhkan diri dari saya. Bila saya dapat tahu yang awak sebenarnya tak tahu Haiqan Permula tu syarikat saya, hati saya lega. Maknanya saya masih ada harapan.” Sambung Haiqal lagi. Kali ini Balqis tak mahu bersuara. Biarlah Haiqal pula yang meluahkan segala-galanya yang tersimpan dalam hatinya selama ini.
Tapi, macam ada sesuatu yang pelik dalam cerita Haiqal ni. Dia memang ada deria keenam atau dia memang ada ‘spy’. Dan ‘spy’ dia tu mesti seseorang yang dekat dengan aku. Siapa? Nadia? Hmmm….tak mustahil. Sejak akhir-akhir ni asyik ‘back-up’ Haiqal je. Tak boleh jadi ni. Kalau betul Nadia, dua-dua ni aku ketuk. Tapi, bila masa pula dioarang ni berkenalan.? Jangan-jangan betul tekaan aku. Mereka berdua ni sat sekolah masa menuntut ilmu baca isi hati orang. Ish, dah mengarut aku ni.
“Awak ingat tak? Malam lepas saya hantar awak balik lepas cuti raya tu. Tak lama lepas tu Nadia kan?”
“Hmmmm….” Balqis cuba mengingati kembali peristiwa beberapa bulan yang lalu.
“Sebenarnya saya terserempak dengan Nadia. Cara dia pandang saya tu memang lain macam. Saya rasa tak sedap hati. Saya tak nak dia syak yang bukan-bukan pasal awak. Nasib baiklah, masa tunggu awak kat kampus sebelum tu saya terserempak dengan prof Adam. Dia tu kawan saya. Dari dialah saya dapat hubungi Nadia. Dan kami ada berjumpa.” Haiqal mula membuka cerita. Amboi, makin menarik cerita suami aku ni. Dalam dia ‘date’ dengan ‘housemate’ aka ‘bestfriend’ aku. Power apa yang dia guna sampaikan minah gangster ni setuju berkomplot dengan Haiqal.
“Hah, ada apa nak jumpa saya?” Tanya Nadia tidak mesra.
“Saya Haiqal. Saya….”
“Ya, aku tahu. Kau suami Balqis kan?” Pintas Nadia.
“Awak tahu?”
“Kenapa? Aku tak boleh tahu.” Soal Nadia sinis. Haiqal tak tahu nak mulakan macam mana. Kalau tersilap cakap ni, ada jugak yang tiba-tiba dapat penumbuk dari minah gangster ni.
“Untuk pengetahuan kau, Balqis tu kawan baik aku. Dah 8 tahun aku kawan dengan dia. Dan dia tak pernah menyusahkan aku. Dan setahu aku dia memang tak suka susahkan sesiapa. Orang baik macam tu sepatutnya kau layan dengan baik. bukannya macam…..”
“Okey, stop! Sabar dulu Nadia.” Pintas Haiqal.
“Saya datang ni dengan niat baik. saya tak berniat nak susahkan siapa. Saya tahu awak sayangkan Balqis. Percayalah saya ada sebab kenapa saya buat ni semua.” Sambung Haiqal.
“Awak nak apa sebenarnya?” Nadia mula berlembut. Dan dia pun sudah tidak beraku kau dengan Haiqal. Mungkin dia dapat lihat dengan jelas kesungguhan di wajah Haiqal.
“Saya nak minta tolong.” Jawab Haiqal.
“Tolong apa?”
“Tolong jaga dia untuk saya. Kalau dia ada apa-apa masalah, cepat-cepat beritahu saya. Sebab, saya tahu, kalau dia ada masalah, dia takkan cari saya.” Jelas Haiqal akan maksud permintaannya. Nadia berfikir sejenak. Hmmm…mungkin dengan cara ini aku boleh uji lelaki ini.
Macam-macam Nadia buat untuk menguji sejauh mana ikhlasnya Haiqal dalam menjaga hubungannya dengan Balqis. Hakikatnya Haiqal amat berterima kasih dengan Nadia. Kalau tidak diuji sebegitu, dia takkan tahu sedalam mana cinta, kasih dan ikhlasnya dia terhadap Balqis.
“Jadi, hutang kereta tu awak yang langsaikan? Dan duit saya yang lebih banyak dari yang sepatutnya tupun dari awak juga?” Tafsir Balqis. Haiqal angguk.
“Nur Balqistina Ariana, tolong jangan tinggalkan saya. Tolong jangan pernah ada niat untuk tinggalkan saya. Saya cintakan awak. I love you sayang.”
“Tuan Haiqal Tuan Ibrahim, saya tak pernah ada niat untuk tinggalkan awak. You are my husband and I love you. Saya minta maaf sebab saya pun ego juga. Awak maafkan saya tak?” balas Balqis. Haiqal tersenyum.
“Sorry ya sayang. Saya tak nak staff Haiqan Permula tu tahu awak isteri saya sebab kalau mereka tahu awak isteri saya, mesti mereka tak berani nak tegur kalau ada salah atau silap.” Alasan Haiqal. Hmm…memang sah berpakat dengan Nadia. Dialog pun lebih kurang sama je. Cukuplah 6 bulan berahsia. Hakikatnya, perkahwinan sewajarnya diwar-warkan bagi mengelakkan fitnah. Dalam menjaga hubungan suami isteri seharusnya ada perbincangan, bukan membuat tafsiran sendiri.
“Pasal SMS tadi tu, betul ke?” Ungkit Haiqal tiba-tiba. Balqis angguk mengganti jawapan ‘ya’.
“Awak okey ke? Manalah tahu awak tak sedia lagi.” Tanya Balqis. Haiqal tersenyum.
“Saya ni dah 32 tahun. Awak tu baru 23 tahun. Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu.” Balas Haiqal. Balqis tersenyum.
“By the way, Qis pergi mana petang tadi. Lepas je baca mesej tu abang terus cari sayang. Abang risau tau. Ingatkan sayang buat yang bukan-bukan.”
“Tulah abang tu. Qis dah beritahu abang dari minggu lepas yang road tax kereta nak mati. Abang janji nak pergi pukul 3. Tepat pukul 3 Reena sampai. Confirm abang lupa kan. So, Qis pergilah sendiri.” Jelas Balqis. Haiqal ketawa.
“Sorry, sayang.”
“Sayang?” Ejek Balqis.
“Mulai hari ni, sayang kena panggil abang. Dan abang akan panggil sayang.” Balas Haiqal.
Egokah sang cinta kerana tak mahu berkata-kata? Namun, jiwa yang menyayangi menggambarkan perasaan yang indah. Mereka sudah lama jatuh cinta. Dan kini cinta itu bersatu. Dan kasih kian bercambah hari demi hari. Biarpun berkahwin bukan atas dasar cinta, dua insan ini sentiasa mencari cinta dalam hubungan mereka. dan kini mereka temui bahagia setelah diluahkan segala yang terpendam dalam jiwa.
“Bila?” tanya Umairah bila Balqis menjemput ke majlis perkahwinannya.
“Dua minggu lagi.” Jawab Balqis.
“Kata nak tunggu lepas konvo.”
“Dah ada isi kak. Nanti kalau tunggu lepas konvo, baju pengantin takde saiz pulak.” Jelas Balqis.
“Ya ke? Tahniah. Berapa bulan dah?
“Baru lima minggu.” Jawab Balqis.
“So, mana kad jemputannya?” Umairah tak sabar nak tahu siapakah suami Balqis.
“Yang itu, akak kena tanya boss akak.” Balas Balqis.
“Boss akak?” Umairah tak faham.
“Enick Haiqal?” Umairah ingin kepastian. Balqis angguk.
“Encik Haiqal tu suami Balqis?” Umairah terus dapat meneka. Balqis angguk.
“Isteri boss rupanya.”…. Balqis tersenyum.
“Kak Mai jangan marah Qis. Marah boss akak. Dia yang suruh rahsiakan.” Kata Balqis.
“Mana boleh marah boss. Dapat memo nanti.” Seloroh Umairah. Mereka ketawa.
“Ish, patut syak dari dulu lagi.”
“Kenapa pulak?” Tanya Balqis ingin tahu.
“Yelah. Setiap kali Eiman bawa Qis keluar boss tu tak tentu arah. Asyik tanya je kamu berdua dah balik ke belum. Cemburulah tu.” Cerita Umairah. Balqis ketawa.
“Alah, Qis pun sama.”
“Sama apa pulak?” Balqis tak faham. Nampak sangat ke? Ish, kak Mai ni.
“Setiap kali Miss Reena tu datang sini, mulalah panas kerusi tu. Mulalah awak tu ke sana ke sini. Qis dah tak senang duduk. Ada je tempat Qis nak merayau.” Ungkit Umairah.
“Eh, mana ada.” Balqis cuba menafikan.
“Eleh, merah muka tu. Malulah tu.” Usik Umairah.
“Mestilah cemburu. Tu tanda saya sayangkan dia.” Akui Balqis.
“Tahniah kerana berjaya mengurat boss. Boss tu susah tak nak ‘tackle’.” Ucap Umairah.
“Dan tahniah jugalah pada boss akak sebab dia berjaya mengurat saya.” Balas Balqis. Dan mereka ketawa lagi.
“So, today will be your last day. Eiman macam mana? Dah beritahu dia pasal encik Haiqal?”
Umairah beralih topik.
“Abang Haiqal cakap, dia sendiri yang akan terangkan pada encik Eiman.”
“Tulah, akak cakap tak nak dengar. Degil.” Rungut Umairah. Balqis diam sahaja.
“Oh, ya. Semalam Tan Sri Aziz datang. Dia minta maaf dari boss pasal perangai anak dia. Dia nak company ni teruskan juga projek tu.”
“Ya ke? Alhamdulillah.” Fuh, lega. Haiqal ada cerita pasal dia halau Reena tempoh hari.
“Akak doakan Qis dan boss bahagia. Bahagia hingga hujung nyawa.” Doa Umairah.
“Aamiin. Terima kasih kak.” Ucap Balqis.
“Sama-sama isteri boss.” Balas Umairah. Mereka ketawa. Isteri boss.

20112013
30032016

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...