Skip to main content

KISAH CINTA

- KISAH CINTA -
Geramnya. Rasa nak telan saja mamat dua orang ni. Itulah, berlagak pandai sangat. Kalaulah Tan Sri Azman tarik balik tender, teruk aku. Jatuhlah ‘saham’ aku. Dahlah ini projek pertama dengan RMM Holdings. Fazli benar-benar tertekan. Mungkin terpaksa minta bantuan dri Aleeya Maisara. Nak tak nak kena juga pujuk dia.
“So, macam mana ni boss? Apa keputusannya?” Khalil bersuara.
“Kau yang cari masalah. Kaulah settle sendiri.” Balas Fazli geram. Khalil, salah seorang pengarah projek syarikat Fazli Construction itu terdiam.
“Kena jumpa Tan Sri dulu. Dan minta tangguh.” Keputusan Fazli.
“Tan Sri akan setuju ke boss?” Khalil ragu-ragu.
“Kau ada cadangan lain?” Soal Fazli sinis. Khalil tersengih. Walaupun hubungan mereka ini adalah pekerja dan majikan, adakala perbualan mereka dah macam kawan. Khalil selalu jadi penasihatnya kalau Fazli minta pandangan hal kerja mahupun peribadi.
“Yang penting, kita cuba dulu.” Khalil angguk tanda setuju. Ahmad, pembantu Khalil langsung tak berani bersuara.
“Kau berdua keluar dulu. Panggil Maisara masuk.” Arah Fazli. Khalil dan Ahmad akur arahan Fazli. Tak sampai 3 minit selepas mereka keluar, Maisara pun masuk.
“Tulah, I dah cakap tak nak dengar cakap pekerja you ni. Jangan guna orang tengah. Kan dah kena tipu.” Ungkit Maisara selepas mendengar cerita dari Fazli.
“I need you help.”
“Apa dia?” Tanya Maisara.
“Jumpa Tan Sri Azman. Minta tangguh.” Jawab Fazli. Maisara diam saja.
“I tahu you tak suka cara ni. But, I’ve no choise. Kalau Tan Sri tarik balik projek ni, teruk kita. And ‘saham’ I pun jatuh nanti.”
“Dah ada new location?” Tanya Maisara serius.
“I’m working on that.” Jawab Fazli.
“Kita dah rugi RM250,000. Ada duit ke nak ‘cover’ balik?”
“Sebab tu I nak minta tangguh. Kita ada beberapa projek yang sedang dalam proses. Bila projek-projek tu siap, kita boleh ‘cover’ balik kerugian kita tu.”
“For how long?” Maisara masih serius.
“5 months.”
“Lama tu. Tan Seri setuju ke?”
“Sebab tulah I nak you yang jumpa dia. Pujuk dia.” Balas Fazli.
3 jam kemudian.
Maisara pulang semula ke pejabat. Wajahnya nampak tak ceria. Gagal pujuk Tan Sri ke? Tafsir Khalil dalam hati. Maisara masuk ke dalam bilik Fazli. Dah lebih 20 minit mereka berbincang. Khalil berdebar-debar. Kenapa dia tak panggil aku sekali? Maisara keluar dari bilik Fazli. Seriusnya muka dia. Macam baru lepas gaduh dengan ‘boyfreind’. Macam orang yang merajuk minta dipujuk. Aku pujuk nak?
“Khalil. Masuk.” Panggilan itu mematikan lamunan pendek Khalil. Dia yang sedang berdiri di meja pembantunya, Ahmad, segera pergi ke bilik Fazli.
“Tan Sri setuju?” Khalil terkejut mendengar maklumat terbaru tu.
“Tapi, kenapa Sara muka tension je boss?” Khalil tak faham. Air muka Maisara tadi langsung tidak menggambarkan berita yang baru saja diterima ini.
“Kau punya pasallah. Dia dah pernah cakap yang dia tak nak kerja dengan Tan Sri. Sekarang ni, tan sri dah bagi syarat. Dia setuju, tapi Maisara yang kena jadi pengarah projeknya.”
“Hah, ye ke boss? Habis saya macam mana?” Khalil terkejut dengan apa yang didengar.
“Sara nak kau tolong dia. Itu syarat Sara.” Balas Fazli. Khalil tersenyum.
“Kenapa Sara tak nak kerja dengan Tan Sri? Tan Sri mengurat dia ke?” Tanya Khalil mengalahkan wartawan.
“Kau ni dah kenapa? Tan Sri Azman tu bapak dia.” Balas Fazli.
“Masa dia minta kerja sini dulu, memang dia elak betul tak nak orang tahu yang dia ni anak Tan Sri Azman, bos besar KKM Holdings tu. Dah 3-4 bulan dia kerja kat sini, barulah aku tahu. Sengaja aku cerita dengan kau ni supaya kau tak buat tafsiran yang aku ‘hired’ dia sebab dia tu anak Tan Sri. Dia nak berdikari. Nak mula dari bawah. Kalau kerja dengan RMM Holdings, orang dah kenal dia tu anak Tan Sri Azman.” Cerita Fazli lagi. Khalil angguk-angguk.
“Dah, tak payah nak terangguk-angguk kat sini macam burung belatuk.” Marah Fazli.
“Ambil fail ni. Nanti, pandai-pandailah kau bincang dengan Maisara.” Fazli menyerahkan fail projek pada Khalil.
“Relakslah boss. Jangan marah-marah je. Dah macam orang baru lepas gaduh dengan ‘girlfreind’ dah saya tengok.”
“Memang pun. Semuanya pasal kau.” Balas Fazli.
“Dah, keluar cepat.” Arah Fazli. Khalil akur. Khalil tersenyum sambil keluar dari bilik Fazli. Angin tak baiklah tu. Walaupun Fazli seorang yang tegas, dia sebenarnya sangat rapat dengan semua pekerjanya.
“Kesiannya kau. Setahu aku, kau ni ‘best freind’ boss. Tapi, macam mana kau boleh tak tahu yang boss dengan Maisara tu tengah bercinta.” Arniza, setiausaha Fazli mentertawakan Khalil.
“Lah, itu ke aweknya…dia ada cerita yang dia tengah ‘ayat’ satu awek ni. Tapi, tak tahulah pulak staff sini rupanya. Melepas aku nak ‘ayat’ pengarah projek yang cun tu. Aku suka tengok kalau dia merajuk. Comel je.”
“Huh,,,mesti kalau dia jadi awek kau, hari-hari kau buat dia merajuk.” Kata Arniza. Khalil ketawa. Dalam hatinya: tak guna punya boss. Hari tu bukan main minta pandangan aku. Aku pun ye jugak. Tak pernah tanya awek mana yang dia nak ‘ayat’. Kalau macam tu dah lama jugalah sebenarnya diorang ni ‘couple’. Kenapa aku tak tahu ni? Mungkin sebab aku lama tak ada sini kot. Sebelum ini Khalil berada di Jakarta, mengetuai projek usahasama di sana selama 6 bulan.
Malam itu.
Masih merajuk? Fazli tahu Maisara tak suka di bawah pengaruh ayahnya. Kalau tidak, bagaimana dia nak tahu samada kerjanya betul-betul bagus atau ianya dikatakan bagus atas sebab dia tu anak boss RMM Holdings tu. Sebab itulah dia memilih berkerja dengan orang lain. Memilih syarikat yang tidak begitu besar. Nak cari pengalaman dulu.
Hmmm….cinta itu buta. Terjatuh cinta pula dengan bos sendiri. Seboleh mungkin mereka berlaku profesional dalam waktu kerja. Sebab itulah ada yang tak tahupun mereka ni sebenarnya pasangan yang sedang bercinta. Biarpun hakikatnya, mereka tak pernah pun merahsiakan hal itu. Gossip bermula bila ada salah seorang kakitangan Fazli Construction terserempak dengan mereka yang keluar bersama di hari minggu.
“Papa nak teruskan juga. Tapi, bersyarat.” Beritahu Maisara.
“Apa dia?” Tanya Fazli.
“Dia nak Sara yang ‘handle’ projek ni.”
“Okey, I tak kisah. Nanti I beritahu Khalil.” Balas Fazli.
“No, I nak dia ‘handle’ projek ni. I assist dia je.” Maisara tak setuju.
“I dah cakap dengan papa. And he agreed.” Tambah Maisara.
“Sayang, kenapa ni?” tanya Fazli. Dia tahu ada sesuatu yang menyebabkan Maisara masih tak mahu senyum sedari tadi.
“You tahu kan I tak nak kerja dengan papa. I just want to be myself.”
“Mungkin inilah masanya you buktikan pada papa you yang you ni bagus. You dah kerja dengan I dah 3 tahun tau. And you’re good. This is our first project with RMM Holdings. Ini masanya you buktikan yang you boleh.” Fazli cuba memujuk.
“You kena yakin dengan diri sendiri. Selama 3 tahun ni your progress was very good. Apa yang I cakap ni memang betul. Tak ada kaitan pun dengan relationship kita. I berani bagi you apa-apa projek pun, sebab I yakin dengan you.” Tambah Fazli.
“Tapi, you suruh I jumpa Tan Sri Azman sebab dia papa I kan?” Ungkit Maisara.
“Sayang, that’s not what I mean.”
“Then, what? Kenapa tak suruh Khalil je yang pergi? Atau you sendiri yang pergi jumpa papa?” Ungkit Maisara lagi.
“Please sayang. Jangan marah-marah macam ni.” Fazli bangun untuk menghampiri dan memujuk. Maisara terus bangun dan keluar dari bilik Fazli. Bilik dah merajuk, sampai lupa yang dia tu pekerja dan Fazli tu boss.
Eee…ego sangat ke aku ni? Atau memang aku yang tak yakin dengan diri sendiri. Bila papa cakap dia setuju sebab aku, terasa yang diri ni tak ada kelebihan. Hanya kerana aku ni anak papa. Atau papa sebenarnya memang cari alasan nak aku kerja dengan dia. Sengaja kan cari peluang nak ‘hentam’ aku. Biasalah, papa memang suka ‘hentam’ aku. Selalu tak sependapat. Namun, hubungan kami sangat rapat. Papa dan boyfriend sama je. Sama-sama nak memeningkan kepala.
Khalil akur bila projek itu diserahkan pada Maisara. Itu lebih baik daripada projek ini dibatalkan. Atas permintaan Maisara, Khalil akan membantunya dalam projek ini. Lagipun, semua kertas kerja sebelum ni, Khalil dan Ahmad yang buat. Mereka lebih faham perjalanan projek ni.
Tak tahulah hatinya masih marah atau tidak. Dah beberapa kali ajak ‘date’ ada je alasannya. Sibuk. Sejak bercinta, memang mereka tak pernah keluar malam. Pertama kali mereka keluar dinner ialah sewaktu Fazli ingin meluahkan rasa cintanya. Dan selepas itu mereka tidak pernah keluar malam. Itu janji mereka pada Tan Sri Azman yang tidak mahu anaknya terlalu bebas keluar malam sejak dulu lagi. Dua tahun memikat, akhirnya kini sudah setahun bercinta. Inilah insan yang dikasihi.
“Dah 3 tahun kerja dengan Fazli tu. Bila nak kerja dengan RMM?” Tanya Tan Sri Azman.
“Kalau dah tak boleh jauh sangat dengan Fazli tu, kahwin je cepat-cepat. Sara pun dah 28 tahun.” Tambah Tan Sri. Papa ni, bincang apa sajapun, mesti akan selitkan hal nikah kahwin.
“Sekarangpun Sara kerja dengan papa kan?” Ungkit Maisara.
“Sara faham maksud papa kan. Sara anak sulung. Papa perlukan Sara untuk ‘handle’ syarikat.” Bangkit TS Azman.
“Ameer kan ada.” Balas Maisara.
“Ameer tu 2-3 tahun lagi baru habis belajar. Nak ‘train’ dia lagi. Papa ni dah 50 tahun tau. Dah tak larat dah nak ‘handle’ semua tu. Papa nak waris papa yang sambung usaha papa selama 20 tahun ni.” Bangkit TS Azman. Maisara terdiam.
“Sara pun dah hampir 28 tahun. Dah tiba masa berumahtangga. Lepas kahwin, Fazli Construction boleh joint-venture dengan RMM. Sara dan Fazli ‘handle’ company. Papa dah boleh bersara.” Tambah TS Azman.
“Sara tak ready lagi nak kahwin.” Alasan Maisara. TS Azman tersenyum. Bila diungkit hal kahwin, itulah jawapannya. Kalau ditanya lebih-lebih, boleh jadi gaduh. Nak jatuh cinta pun payah. Nasib baik ada Fazli yang berjaya mencairkan hati anaknya ini.
Projek berjalan dengan lancar. Sibuk memanjang. Fazli banyak bersabar demi orang yang tersayang. Fazli tak banyak merungut. Mungkin ini yang menambat hati Maisara menerima cinta lelaki ini. Dan ini yang meyakinkan TS Azman setuju pilihan Maisara.
Dalam dunia percintaan pasti ada pelbagai dugaan. Mampukah Maisara dan Fazli menghadapinya dengan tabah? Mungkinkah hati salah seorang dari mereka akan berubah. Atau mungkin mengalah dan berputus asa dalam mempertahankan cinta mereka. masing-masing ada kelebihan dari segi paras rupa, kerjaya dan kedudukan. Tak hairanlah kalau ada hati-hati lain yang cemburu atau impikan kebahagiaan bersama mereka.
“Sara ingat tak Nora? Akauntan RMM dulu.”
“Anty Nora. Ingatlah. Kenapa?”
“Badrul, anak anty Nora tu kerja dengan RMM sekarang. Baru mula kerja hari ni. Papa hantar Mazlan ke Korea atas urusan kerja. Jadi, Badrul yang akan wakilkan RMM untuk projek ‘Mega Sakti’ tu.” Jelas TS Azman.
“Hmmm…okey. Nanti, Sara akan inform Khalil.” Balas Maisara.
15 tahun lalu adalah kali terakhir mereka bertemu. Masa tu mereka belajar di sekolah yang sama. Badrul dilahirkan awal setahun dari Maisara. Zaman sekolah adalah zaman yang amat menggembirakan. Bermain adalah tema utama pertemuan mereka. Bila Badrul tamat tahun 6, keluarga Badrul berpindah ke luar negara. Dan hubungan mereka terhenti di situ.
“Cantiknya kau sekarang. Macam tuan puteri.” Puji Badrul.
“Ya ke? Kau saja mengejek aku kan?” balas Maisara.
“Ferrero Rochel untuk sahabat lama dan bakal ‘girlfriend’ aku.” Kata Badrul sambil menghulurkan sekotak coklat kegemaran Maisara sejak zaman kanak-kanak lagi. Maisara tertawa dan sedikit terharu kerana Badrul masih ingat lagi cokelat kegemarannya. Fazli sendiripun tak pernah hadiahkan cokelat. Bunga pun tak pernah.
“Aku excited sangat bila beritahu yang kami akan balik ke Malaysia. Lepas tu dapat pulak kerja dengan papa kau. Tak sabar nak jumpa kau. Aku terkejut bila papa kau cakap kau tak kerja dengan dia. Orang nak berdikari.”
“Bukan saja berdikari. Tapi, mencipta nama sendiri. Aku lebih suka berkerja di bawah orang lain. Aku nak cari pengalaman seluas-luasnya. Bila aku dah yakin aku mampu berdiri dengan nama aku sendiri, barulah aku akan kembali pada RMM. Projek Mega Sakti ni pun boss aku yang beriya-iya nak masuk tender.” Cerita Maisara lebar.
Pulang ke pejabat kira-kira 6 petang. Ramai pekerja yang sudah beransur pulang. Fazli masih di biliknya mengerjakan sesuatu di komputer riba di atas mejanya. Khalil mengetuk pintu. Fazli memanggil masuk. Sebaik Khalil masuk, Fazli beralih pandangan.
“Lambat balik hari ni.”
“Awek boss ler punya pasal.” Rungut Khalil.
“Kenapa pulak?” Fazli tak faham.
“En Badrul yang ganti en. Mazlan tu rupa-rupanya ‘childhood friend’ Maisara. Bersembang punyalah panjang. Penat saya tunggu.” Komen Khalil.
“Alah, sekali-sekala dia menyusahkan kau. Selalunya kau yang buat dia susah.” Fazli mentertawakan Khalil.
“Eh, dia ada mengadu dengan boss ke?” Tanya Khalil. Fazli ketawa.
“Oh, jadi memang kau selalu susahkan dia?” Soal Fazli. Khalil terperangkap dengan soalannya sendiri. Fazli ketawa.
“Satu sebab kenapa dia tu awek idaman aku, dia tu bukan kaki merungut, kaki mengadu atau kaki merengek. Kalau dia marah pun nampak ‘cool’.” Luah Fazli bangga.
“Yelah tu boss. Sebab dia awek boss. Tu yang bos puji melambung tu.” Balas Khalil. Fazli hanya ketawa saja.
“Eh, boss tak cemburu ke?” Khalil kembali ke topik asal. Badrul dan Maisara.
“Nak cemburu kenapa pulak? Tu kan kawan lama dia.”
“Badrul tu dahlah handsome. Romantik pulak tu. Siap hadiahkan cokelat pada awek boss tu.” Cerita Khalil. Fazli hanya tersenyum.
“Dahlah. Pergilah balik. Semak betullah kau ni.” Fazli menyuruh Khalil balik. Serentak itu terdengar daun pintu terkuak. Maisara berdiri di depan muka pintu.
“Eh, Khalil tak balik lagi? Ingatkan terus balik tadi.”
“Amik barang sekejap. Lepas tu jumpa boss kejap.” Balas Khalil.
“Okey, boss saya balik dulu. Bos pun dah halau tadi.” Khalil bangkit dari tempat duduknya. Maisara masuk dan duduk di tempat Khalil duduk sebentar tadi. Berhadapan dengan Fazli.
“You belum nak balik lagi ke?” Tanya Maisara.
“I tunggu you. Kenapa lambat hari ni? Selalunya pukul 4 lebih dah sampai. Dah solat asar dah?”
“Dah. Baru je. I jumpa kawan lama tadi. Leka bersembang.” Jawab Maisara.
“Kita pergi minum dulu. Lapar sangat ni. Tadi you tak beritahu tak balik ‘lunch’. I tunggu sampai pukul 3 tau.” Adu Fazli.
“Ya ke? Kesiannya ‘boyfreind’ saya ni. Habis tu you makan apa? Curi biskut I lagi?”
“Lapar.” Balas Fazli.
“Menceroboh ya.” Maisara mencubit. Fazli ketawa.
“Tak sempatlah cik abang sayang. Dah pukul 6 lebih ni. Nanti sampai rumah lambat mama bising. You makan cokelat je ye. You drive, I suapkan.”
“Suap? Wah, romantiknya kekasih hati saya hari ni.” Fazli tersenyum sampai ke telinga.
“Jomlah cepat. I dah penat ni. Nak rehat. Nanti, I suap you satu kotak dengan kotak-kotaknya sekali.”
Di dalam kereta.
“Banyaknya beli cokelat sayang.”
“Orang bagi.” Beritahu Maisara.
“Siapa?” Tanya Fazli. Berpura tak tahu. Padahal dah tahu.
“Badrul.”
“Yang ganti en. Mazlan tu ke?” Fazli ingin kepastian. Maisara angguk.
“Kawan lama.” Tambah Maisara. Fazli tersenyum.
“Dah kenyang?” Maisara beralih topik.
“Al-Hamdulillah.” Jawab Fazli. Hampir 12 biji cokelat ‘Ferrero Roche’ masuk ke dalam perutnya.
“Nah, minum air kosong je.” Maisara menghulurkan botol mineral yang sudah diletakkan straw. Fazli menyedut air itu. Tersenyum lagi.
“Tinggal 3 je cokelat untuk you. Nanti I ganti ya.”
“Tak payah. Kalau I rasa tak cukup tadi, I tak bagi you makan.” Balas Maisara. Fazli ketawa.
Malam itu, sesudah makan malam bersama keluarga, Maisara duduk bersantai bersama keluarganya sambil menonton drama klasik P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Berderai ketawa mereka sekeluarga sewaktu menonton scene screen test. Biarpun filem ini sudah beratus kali ditonton, mereka tak pernah rasa jemu. Telefon rumah berdering. Semuanya bertolak-tolak tak mahu bangun. Maisara juga yang mengalah.
“Sibuk ke?”
“Taklah sibuk sangat. Tengok TV je.” Jawab Maisara.
“Esok pukul 11 kan?” Badrul inginkan kepastian.
“Ya. Kenapa?” balas Maisara.
“So, bolehlah kita lunch sama-sama lagi esok.”
“Insha Allah.” Jawab Maisara.
“Hari minggu ni kita pergi jalan-jalan nak? Boringlah duduk kat rumah sorang-sorang.” Ajak Badrul.
“Dah 3 bulan kau kat sini. Takkanlah tak ada kawan-kawan lagi?”
“Ada. Tapi aku nak ajak kau. Takkan tak boleh?” Balas Badrul.
“Kita bincang nantilah.” Maisara tidak terus memberi jawapan.
“Dah ‘dinner’?” Badrul beralih topik.
“Dah.”
“Jom kita pergi ‘supper’ kejap.” Ajak Badrul.
“Malaslah. Lagipun papa bising nanti keluar malam-malam.” Maisara menolak baik ajakan Badrul.
“Hmmm…okeylah. Kita jumpa esok.”
“Okey.” Balas Maisara ringkas.
“Assalamua’laikum.” Badrul memberi salam.
“Wa’alaikumussalam.” Maisara menjawab salam dan talian dimatikan. Kembali ke ruang tamu untuk kembali menonton tv bersama keluarganya.
“Fazli ke?” Tanya TS Azman.
“Taklah. Badrul.” Jawab Maisara.
“Fazli telefon ‘good night call’ je nak tidur nanti.” Usik PS Azmira. TS Azman tersenyum mengusik. Lagipun, kalau Fazli yang telefon, dah tentulah tak nampak dah bayang Maisara di situ. Kalau handphone ditinggalkan di bilik, Fazli akan telefon rumah, dan berlarilah Maisara ke bilik untuk menjawab panggilan di bilik.
“Badrul nak apa?” Tanya TS Azman.
“Ingatkan pasal temujanji esok.”
“Hai, Mazlan dulu tak pernah pun call mengingatkan temujanji.” Ungkit TS Azman.
“Alasan je tu. Sebenarnya dia nak dengar suara kak Sara sebelum tidur.” Usik adik bongsu Maisara, Zamri.
“Jangan-jangan dia nak mengurat.” Celah Hakeem pula, adik ke tiga Maisara.
“Hmm…dah berkenanlah tu. Dah jatuh cinta.” Usik Zamri pula.
“Kena beritahu abang Fazli ni. Ada orang nak ‘curik’ awek dia. Habislah, buah hati diintai orang.” Usik Hakeem lagi.
“Hei, kau berdua tak payah nak jadi batu api ya.” Marah Maisara pada adik-adiknya. Mereka berdua ketawa saja.
* * *
3 bulan berlalu.
Khalil memandang tak senang. Rasanya dia ni dah tahu yang Maisara tu kekasih orang. Tapi, caranya macam nak mengurat je. Aku ni sanggup tahan perasaan bila dapat tahu yang Maisara tu dah ada kekasih. Bukan kerana Maisara tu kekasih bossnya, tapi bagi Khalil dia sangat menghormati hubungan itu. Dia bukan orang yang sanggup berebut kasih. Kalaupun kasih akan beralih arah, biarlah ianya terjadi dengan sendirinya, bukan kerana paksaan atau desakan. Perlukah jadi seorang yang terlalu berani seperti Badrul? Berani mengurat awek orang.
“Boss ni macam tak ada perasaan saja. Nanti, awek boss tu dikebas orang baru tahu.” Khalil memberi peringatan.
“Mereka berkawan sajalah.” Balas Fazli.
“Itu yang boss nampak. Sara tu saya tengok ‘happy’ saja kalau berbual dengan Badrul tu. Selalunya, kalau masa kerja, serius saja.” Ungkit Khalil.
“ Badrul tu kan kawan dia. Dia selesa bekerja dengan orang tu.” Bangkit Fazli.
“Boss ni memang tak ada perasaan cemburu langsung ke?”
Tak cemburu tu tak bermakna tak sayang. Bagi Fazli dia yakin dengan cinta dan kesetiaan Maisara. Maisara bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Takkanlah dengan mudah cintanya akan beralih arah. Lagipun Fazli tak mahu terlalu mengongkong. Dia mahu berikan kebebasan pada Maisara.
“I tak balik ‘lunch’ hari ni. You makan sendiri ya.” Beritahu Maisara.
“Hmmm…I pun mungkin tak boleh keluar ni. Mr. Fuji dari Jepun nak datang sekejap lagi ni.”
“Jangan sampai tak makan langsung. Kek tadi ada lagi atas meja I. You makan tau.” Pesan Maisara prihatin.
“Yelah, cik adik sayang.” Balas Fazli.
Mungkinkah cinta Maisara akan kekal setia? Atau ianya akan tergugat dengan layanan luar biasa dari Badrul. Tidak tergugatkah walau sedikit rasa cintanya terhadap Fazli dengan kehadiran Badrul. Seorang lelaki yang kacak, ‘macho’, romantic, ‘caring’, ‘loving’, kelakar dan sentiasa menceriakan suasana. Apatah lagi dia sanggup lakukan pelbagai cara untuk memikat hati rakan sepermainannya 15 tahun lalu.
“Aku dah 28 tahunlah. Dah tak main ‘teddy bear’ lagi.” Kata Maisara sewaktu menerima hadiah ‘teddy bear’ dari Badrul.
“Teddy bear ni bukan untuk budah-budak saja. Ada lambang ‘love’ di dadanya. Hadiah tanda sayang aku pada kau.” Balas Badrul. Maisara ketawa saja.
“Setiap kali bagi hadiah mesti ada cokelat Ferrero Roche”
“Kenapa? Kau dah tak suka cokelat ni ke?” Tanya Badrul.
“Tak semestinya benda yang kita suka tu kita kena makan selalu. Nanti kenikmatan tu dah tak terasa lagi. Samalah macam orang yang bercinta. Tak semestinya bila kita cintakan seseorang tu kita kena hadap muka dia 24 jam. Sekurang-kurangnya mesti ada sedikit jarak masa yang memisahkan. Barulah ada rasa rindu. Bila ada rindu, barulah ada rasa indahnya pertemuan,dan indahnya bercinta.”
“Wah, jiwang karat juga kau ni ya.” Badrul tersenyum mengusik. Maisara ketawa.
“Mesti Fazli pun jiwang orangnya kan?” Tafsir Badrul.
“Fazli? Jiwang? Tak ada maknanya.” Maisara ketawa lagi.
“So, apa yang memikat hati kau untuk terima cinta dia?” Badrul merisik ingin tahu. Maisara tersenyum.
“Rahsia.” Jawab Maisara berahsia.
“Kenapa nak berahsia pulak?” Badrul tak puas hati dengan jawapan itu. Maisara hanya tersenyum.
Cinta. Perlukah ada alasan untuk jatuh cinta? Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu kenapa kita jatuh cinta pada seseorang itu. Cinta itu kan buta. Di mana kelebihan Fazli? Apa yang membuatkan Maisara mahu menerimanya cintanya. Atau kerana Fazli tu boss dia?
“Takkanlah dia tak cemburu langsung.” Badrul kurang yakin dengan jawapan bila ditanya tentang sikap Fazli.
“Buat apa dia nak cemburu? Dia tahu aku setia pada dia. Dia yakin dengan aku.” Balas Maisara.
“Takkanlah dia tak rasa apa-apa bila ada lelaki lain cuba ayat awek dia?” Badrul masih tak puas hati.
“Tak ada siapa yang nak ayat aku.” Balas Maisar a selamba.
“Ada.”
“Siapa?”
“Aku.” Jawab Badrul. Maisara ketawa.
“Kau ingat aku bergurau?” Tanya Badrul serius. Maisara masih ketawa.
“Aku serius Sara. Aku memang dah jatuh cinta sejak hari pertama kita jumpa balik 3 bulan lepas.” Luah Badrul serius. Maisara berhenti ketawa.
“Aku akan jadi lelaki yang terbaik untuk kau.”
“Sudahlah Bad. I have one, and it’s enough.” Maisara kembali bersuara.
“Beri aku peluang.” Pinta Badrul.
“Bad, please. Jangan paksa aku. Aku tak nak kerana hal ini persahabatan kita hancur.”
“Kau sayangkan aku?” Soal Badrul menguji.
“Ya, memang aku sayangkan kau. Sayang seorang sahabat.” Jawab Maisara ikhlas.
“Baiklah. Aku takkan paksa kau. Aku sanggup jadi pilihan kedua. Biar masa yang menentukan.”
Ya, biar masa yang menentukan. Betulkah Maisara tak ada perasaan langsung terhadap Badrul? Mungkin Maisara cuba menafikannya kerana Fazli. Selama 3 bulan ni macam-macam ‘surprise’ yang Badrul buat. Kalau dibuka booth kereta Hyundai berwarna hitam milik Maisara itu, penuh dengan pelbagai hadiah dan bunga-bunga yang sudah kering. Teddy bear, jam tangan, pen berjenama, baju, perhiasan, kad-kad ucapan dan macam-macam lagi. Semuanya terbiar tersadai di situ. Maklum sajalah, kereta ini hanya tersimpan di parking tempat kerja. Hanya digunakan kalau Maisara perlu kemana-mana dalam waktu kerja. Pergi dan balik kerja, Fazli yang jadi pemandu tidak bergajinya.
“Khalil, hari ni awak pergi seorang ya.” Pinta Maisara.
“Rasanya kalau tak pergi pun tak apa Sara. Projek pun dah siap 85%. Lebih cepat dari yang kita jangkakan. Rasanya, sekarang ni kalau kita pergi seminggu sekali pun tak pa. Kesian encik Fazli. Projek baru dah ada tiga.” Jawab Khalil.
“Yelah. Dia ada beritahu juga semalam. Dia cakap ada setiausaha baru hari ni. Tak nampak pun.”
“Tu.” Khalil menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke bilik Fazli bersama secawan minuman panas.
“Aida namanya. Fresh graduate, Uitm student. Baru 23 tahun. Bujang.” Beritahu Khalil sambil tersenyum meleret.
“Eleh, nak buat saya ‘jealous’lah tu.” Maisara dapat agak motif Khalil.
“Menjadi kan?” Balas Khalil ketawa.
“Tak ada maknanya.” Jawab Maisara lantas berlalu meninggalkan Khalil. Dia menuju ke meja setiausaha baru Fazli. Aida baru saja duduk semula di tempatnya selepas menghantar secawan minuman kepada Fazli.
“Maisara.” Maisara memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
“Haida Rina. Panggil saja Aida.” Aida menyambut baik salam perkenalan itu dengan baik.
“Sara.” Satu suara memanggil. Fazli terjengul di muka pintu.
“You tak pergi ‘site’ ke?” Tanya Fazli.
“Tak. I suruh Khalil pergi sorang.” Jawab Maisara. Fazli tersenyum. Melambai mengajak Maisara masuk ke pejabatnya. Maisara berlalu meninggalkan meja Aida. Aida meneruskan kerjanya.
“Hai, tak pernah-pernah minta buatkan air. Tiba-tiba hari ni lain pulak.” Sindir Maisara sambil menjeling cawan air milo panas di atas meja Fazli.
“I tak minta. Dia yang buat.” Jawab Fazli.
“You dah minum?” Tanya Maisara. Fazli menggeleng.
“Biar I minum dulu. Kalau ada racun, biar I yang mati dulu.”
“Sayang, kenapa cakap macam tu? Tak baik tau.”
“Lebih baik mati dari makan hati.” Balas Maisara sinis.
“Kenapa ni sayang? Pagi-pagi dah ‘bad mood’. Khalil buat hal lagi?” Tanya Fazli lembut.
“Saja nak sakitkan hati you.” Jawab Maisara selamba.
“Kalau yapun you nak sakitkan hati I, janganlah sebut-sebut pasal mati. Sedih hati I tau.”
“Itu yang I suka.” Balas Maisara. Ketawa. Fazli tersenyum.
“Secretary baru you tu orang mana?” Maisara beralih topik.
“Orang sini jugak.”
“Fresh graduate ke? Nampak muda je.” Maisara mengorek maklumat lagi.
“Tak juga. Dah dua tahun dia habis belajar. Best student.”
“Best student doesn’t mean she’s the best worker.” Celah Maisara.
“Tapi, tak salahkan kita beri dia peluang?” Balas Fazli.
“Suka hati you. You are the boss.” Maisara malas nak berjela. Namun ada nada tidak puas hati dalam kata-katanya. Terdiam.
“You, jealous ya?” Teka Fazli.
“Kalau yapun I jealous, I berhak kan. You boyfriend I.” Tegas Maisara.
“Come on lah sayang. Kalau you kerja dengan lelaki lain, I tak jealous pun.” Bangkit Fazli.
“Mungkin sebab I sorang je yang lebih-lebih sayangkan you.” Balas Maisara.
“Jangan cakap macam tu. I betul-betul sayangkan you.”
“Yelah tu. Bila I beritahu you pasal Badrul, apa tindakan you? Nothing. Kalau macam nilah perangai you, tak mustahil satu hari nanti I boleh berubah hati.” Luah Maisara geram.
“Perangai yang macam mana?” Fazli tak faham.
“You fikirlah sendiri.” Jawab Maisara lalu bangkit dari situ. Panggilan Fazli terbiar begitu saja. Maisara terus berlalu tanpa menoleh sedikitpun. Fazli memicit kepala yang tiba-tiba pening. Tak faham. Tak faham. Tak faham. Kenapa dengan Maisara hari ini? Apa yang Maisara maksudkan. Fazli menyuruh Khalil masuk ke biliknya. Kebetulan dia pun tidak ke ‘site’ hari itu.
“Itulah boss. Hired secretary baru cantik sangat. Dia jealouslah. Dia pulak selalu tak ada kat pejabat. Yang boss pulak berdua dengan Aida kat pejabat.”
“Mengarutlah kau ni. Kan ramai lagi orang kat office besar ni.” Fazli tak puas hati dengan tafsiran Khalil.
“Boss ni, orang bercinta, boss pun nak bercinta. Tapi tak faham-faham hati perempuan.”
“Kau tu pandai sangatlah. Kahwin belum, awek pun tak ada.” Balas Fazli sinis.
“Itulah boss tak tahu. Tak semestinya pengalaman saja yang boleh beri pengetahuan. Dari pembacaan, pemerhatian dan penelitian pun boleh dapat pengetahuan. Nak jaga hati perempuan bukan mudah boss. Kadang-kadang boss tak tahu apa yang dia nak. Kena banyak sabar.” Khalil berhujah lebar.
“Tambahan pula bos ada saingan sekarang ni. Saingan boss tu pulak boleh tahan hebatnya.” Tambah Khalil.
“Hebat sangat ke dia?” Fazli memandang tak puas hati.
“Boss, saya malas nak cerita dengan boss. Nanti boss cakap saya ni nak mengadu domba boss dengan Sara. Macam nilah, cuba boss intai kereta Sara tu. Dalam booth kereta tu ada macam-macam hadiah dari Badrul.”
“Kau bongkar kereta dia?” Fazli terkejut.
“Tak payah buat muka terkejut macam tu boleh tak? Boss ni, kan saya selalu naik kereta dia kalau kami ada urusan kerja di RMM pasal projek ‘Mega Sakti’ tu. Apa yang saya boleh cakap, Badrul tu memang bersungguh-sungguh nak mengurat awek boss tu. Kalau boss taknak kehilangan Maisara, dan tak nak hati Maisara berubah, you have to do something. Boss kena jaga awek boss betul-betul.”
“Aku nak buat apa?” Fazli ‘blurr’. Khalil menggeleng kepala.
“Boss tak rasa tergugat langsung ke?” Tanya Khalil.
“Maisara yang saya kenal adalah seorang yang susah untuk jatuh cinta. Bukan senang saya nak dapatkan cinta dia. Kedegilan dia. Kekerasan hati dia. Saya tak fikir dia akan dengan mudah jatuh cinta pada orang lain. Saya yakin dengan kesetiaan cinta Maisara.”
“Ini soal hati boss. Kalau boss tak jaga hati dia baik-baik, boss akan kehilangan dia. Kena terima dia seadannya.” Nasihat Khalil lagi. Fazli diam sahaja.
“Boss, bercinta saja, cukup ke?” Tambah Khalil. Fazli tiada jawapan.
Hampir dua tahun bercinta. Adakah aku masih tidak memahami Maisara? Terlalu rapatkah aku dengan Aida? Baru sehari kot dia bekerja di sini. Sebelum ni dia tak pernah pun menunjukkan kecemburuannya. Semakin lama bercinta semakin banyak ujian yang akan tiba. Apa sebenarnya yang harus dilakukan. Fazli kebingungan. Bingung memikirkan perihal cintanya. Apa yang perlu dilakukan?
***
“Ada date ke esok?” Tanya Khalil pada Maisara sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke pejabat.
“Hai, tiba-tiba tanya soalan tu.” Maisara hairan.
“Tak adalah. Kalau awak takde date esok, saya nak ajak Sara date.” Balas Khalil selamba.
“Berani awak ajak ‘girlfriend’ boss awak date?” Sindir Maisara. Khalil ketawa.
“Sejak akhir-akhir ni asyik bermasam muka saja. Gaduh ya?”
“Pandai jelah awak ni.” Balas Maisara. Khalil ketawa lagi.
“Sara cemburu? Cemburu dengan Aida tu?” Teka Khalil.
“Tak ada maknanya.” Balas Maisara menafikan. Khalil ketawa lagi.
“Apasal asyik ketawa saja?” Maisara tidak puas hati. Maisara ni bila dia marah tetap cantik. Ish, apalah aku ni.
“Nasib baiklah awak ni ‘girlfriend’ boss. Kalau tak, dah lama dah saya mengurat.” Khalil beralih topik.
“Yalah tu.” Maisara tidak percaya.
“Dan encik Badrul tu takkan ada peluang langsung nak mengurat awak.” Tambah Khalil.
“Mana awak tahu Badrul nak mengurat saya?”
“Hari-hari saya ikut awak Sara. Tengok cara pun dah tahu. Seorang yang tak faham bahasa. Walaupun awak cakap awak dah ada encik Fazli, dia tetap juga nak ayat awak. Tapi, tak dinafikan dia juga seorang lelaki yang berani. Dia sanggup risikokan persahabatan dia dan awak demi mendapatkan cinta awak.” Bicara Khalil panjang.
“Awak ni ‘spy’ Fazli atau P.I yang tak bergaji?”
“Saya bercakap ikut naluri dan realiti. Kalau saya dah jatuh cinta saya akan sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan cinta saya. Tapi takkan mungkin jadi perampas. Buat apa saya nak bersusah payah cuba pancing cinta awak, kalau awak memang betul-betul dah jumpa ‘soul-mate’ awak. Daripada saya buang masa memburu sesuatu yang tidak mungkin menjadi milik saya, lebih saya cari cinta lain. Saya bukan nak jadi hero selamatkan cinta orang. Boss tu dah macam abang saya. Walaupun dia selalu marah saya, hubungan kami sebenarnya sangat rapat. Dan awak ni dah macam adik saya. Saya suka tengok orang yang dekat dengan saya bahagia. Kalau kita cintakan seseorang tu, kita terima dia seadanya. Betul tak?” jawab Khalil panjang sambil sekilas memandang Maisara yang sedang memandu.
“Tapi, kadang-kadang kita kena pentingkan diri sendiri demi kebahagiaan diri sendiri.” Maisara bersuara.
Apakah maksudnya? Hati Maisara dah berubah? Mungkinkah Fazli akan kehilangan cintanya? Bukan mudah mempertahankan cinta. Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Hati dan perasaan menjadi taruhan. Ada orang yang akan kecewa. Tapi, siapa ? Fazli? Seorang lelaki yang terlalu setia cintanya. Seorang lelaki yang tidak melakukan apa-apa walaupun kekasih hati cuba dirampas orang. Takkanlah tak ada sedikitpun rasa cemburu di hati lelaki ini? Perlukah ada cemburu dalam sesebuah percintaan. Ujian dan dugaan akan datang setiap hari.
Mereka tiba di bangunan pejabat Fazli Construction. Tadi Badrul ajak makan tengahari bersama. Maisara menolak dengan alasan banyak urusan. Khalil perlu balik segera ke pejabat. Takkan nak suruh dia naik teksi pulak. Datang sama-sama, balik pun mestilah sama-sama. Tak tahu kenapa, lepas berbual panjang dengan Khalil sepanjang perjalanan pulang tadi, hati rasa lain macam. Pagi tadi berulang kali Fazli tanya balik ‘lunch’ ke tidak. Dan berulang kali juga Maisara beritahu tak dapat memberi jawapan pasti. Tiba di pejabat….
“Boss mana?” Tanya Maisara pada Ahmad.
“Dia keluar dengan Aida tadi. Lebih kurang setengah jam lepas.” Beritahu Ahmad.
“Keluar ‘lunch’ kot.” Celah Khalil. Macam sengaja nak membangkitkan kemarahan dan kecemburuan. Mungkin dia ingin melihat sejauh mana kasihnya Maisara terhadap Fazli. Maisara terus masuk ke biliknya.
“Kau ni saja cari pasal.” Kata Ahmad pada Khalil.
“Marah pun, manis je muka dia kan?” Balas Khalil tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh Ahmad sebentar tadi.
“Hai, ada hati lagi ke? Kata dah give up. Tak berani kacau awek boss.” Sindir Ahmad. Khalil ketawa.
“Kau ingat senang nak dapat Maisara tu? Tak nampak pandangan mata dia bila kau cakap boss keluar dengan Aida. Pandangan mata orang cemburu tu. Cemburu yang melambangkan rasa kasih yang mendalam. Kalau aku ‘try’ pun belum tentu dapat.”
“Amboi, bahasa kau. Jiwang betul. Nak kata ‘romeo’, seorang awek pun takde kau ni.” Balas Ahmad sambil ketawa.
“Tapi aku perasan jugak. Sejak akhir-akhir ni Sara tu asyik merajuk jek dengan boss. Adalah yang tak kena tu. Aku ni dah tak sabar nak makan nasi minyak ‘boss’.” Kata Ahmad lagi. Khalil ketawa.
“Kita tunggu sajalah.” Bicara Khalil lalu balik ke biliknya.
Sejam berlalu.
Maisara keluar dari biliknya. Terpandang Aida dan Fazli yang baru balik. Fazli berjalan menuju ke arah Maisara. Tersenyum. Namun, tiada balasan dari Maisara.
“Kenapa tak call you balik cepat? Dah ‘lunch’?” Tanya Fazli.
“Dah kenyang makan hati.” Jawab Maisara lalu berpaling ingin pergi.
“Nak ke mana tu?” Tanya Fazli lembut.
“Dah pukul 2.” Jawab Maisara tanpa menoleh walau sekilas.
“Nak ke surau ya. Kita pergi sama-sama ya.” Fazli terus jalan seiringan Maisara. Maisara tak bersuara mahupun membantah.
“Kenapa ni? Janganlah buat muka macam tu.” Tanya Fazli sebaik mereka berdua masuk ke dalam perut lif untuk ke tingkat bawah.
“You dari mana tadi?” Tanya Maisara serius.
“I keluar lunch….”
“Selalunya sanggup tak makan kalau I tak balik ‘lunch’.” PIntas Maisara.
“Sayang. I tak….”
‘Ting!’ Pintu lif terbuka. Mereka dah sampai ke tingkat yang dituju. Maisara terus keluar. Fazli mengikut Maisara. Langkah Maisara terhenti.
“Tengok tu.” Maisara menunjuk ke satu arah. ‘WANITA SAHAJA’. Fazli mengundur pergi.
Sengaja Maisara keluar lambat dari surau. Setengah jam jugalah Fazli menanti. Maisara keluar juga kerana ada banyak kerja lagi nak diuruskan. Dia terhendap-hendap, tak mahu terserempak dengan Fazli. Dia masuk ke dalam biliknya.
“Hah, curi tulang ya! Sampai satu jam pergi solat.”
“Hah!” Maisara terkejut. Rupa-rupanya Fazli sudah berada di dalam biliknya.
“You buat apa kat sini?” Maisara sedikit marah. Fazli tersenyum. Ish, awek aku ni lupa ke yang aku ni boss dia?
“Tadi, I ada ‘lunch-appointment’ dengan Mr. Lim dari Singapura. I call you banyak kali, you tak jawab. Mesej pun you tak reply. Cuba tengok handphone you”
“Yelah tu.” Balas Maisara lalu mencapai tas tangannya. Tak adapun. Dia membuka laci.
“Oooohh….handphone tertinggal rupanya.” Sindir Fazli. Ada 28 misscalled dan 5 mesej.
“Marah lagi?” Tanya Fazli.
“Alah, alasan. You boleh call Khalil kan?” Balas Maisara. Masih tak mahu mengalah.
“Okey! Okey! I memang salah. Belum ‘lunch’ kan? Jom I teman you makan.” Fazli mengalah.
“Tak payah. I makan biskut jek.” Maisara menolak ajakan Fazli.
“I suruh Aida buatkan air milo ya.”
“Tak nak.” Tegas Maisara.
“Okeylah. I buatkan. Milo tanpa susu. Milo lebih, kurang gula. Jangan terlalu panas. Betul kan?”
“Suka hatilah.” Balas Maisara. Dalam hati, tersenyum…tahu pun apa yang aku suka.
“Alah, manjanya. I buat sekarang ya.” Fazli tersenyum. Dia bangun dari situ.
Di pantry.
“Hai, boss buat air sendiri ke?” Tanya Khalil yang kebetulan ada di situ.
“Aida buat air tak sedap ke boss?” Tanya Khalil lagi bila Fazli tidak menjawab soalannya.
“Sibuklah kau ni.” Marah Fazli. Khalil ketawa.
“Ini untuk buah hati yang sedang merajuk.” Beritahu Fazli.
“Hai, untungnya Maisara. Sayang betul boss pada dia.”
“Gila tak sayang. Susah tau nak dapat dia dulu.” Balas Fazli.
“Kalau sayang janganlah buat dia marah.” Balas Khalil.
“Alah, dia merajuk sikit je tu.” Kata Fazli.
“Boss tahu tak, tadi si Badrul tu beriya-iya ajak dia lunch. Dia seboleh-boleh taknak. Siap jual nama saya cakap yang saya ni kena balik pejabat cepat. Sampai-sampai bos takda. Terus memerap dalam bilik tak keluar-keluar. Marahlah tu.” Cerita Khalil. Fazli terdiam.
“Tadi, saya ada terdengar Badrul ajak dia ‘dinner’ malam ni. Selama 6 bulan ni tak pernah lagi kan diaorang tu berjumpa selain urusan kerja. Kalau Maisara setuju keluar dinner dengan Badrul, boss dalam bahaya.”
“Bahaya?” Fazli tak faham.
“Fikir-fikirkanlah ya boss. Dalam bercinta ni jangan lurus sangat.” Nasihat Khalil.
“Maksud kau?”
“Jangan fikir cara kita saja. Boss kena juga fikir cara Maisara berfikir.” Jelas Khalil.
“Kau rasa dia betul-betul cemburu atau dia memang marahkan aku?” Tanya Fazli serius.
“Kalau dia memang marah tak apa boss. Kalau dia cuba cari kesalahan, itu yang bahaya. Maisara cemburu sebab dia sayang. Dan itu cara dia luahkan perasaan.” Khalil memberi pandangannya.
Cuba berfikir cara dia berfikir. Kenapa dia terima cinta aku? Kerana aku boss dia? Atau aku ni sebenarnya adalah pilihan terakhir? Atau dia kesiankan aku yang beria-ia sangat nakkan dia. Apa istimewanya aku di mata dia? Handsome? Boleh tahan. Kaya dan berharta? Biasa je. TS Azman jauh lebih kaya dari aku. Selama ini aku tidak pernah rasa bosan memiliki kekasih seperti Maisara. Kalau dia marah, dia akan marah saja. Kalau dia tak puas hati, dia cakap saja.
Malam itu.
“Assalamua’laikum.”
“Wa’alaikumussalam.” Jawab Maisara.
“Masih marah lagi ke?” Tanya Fazli lembut. Maisara diam sahaja.
“I datang rumah ya sekejap lagi.” Kata Fazli
“I dah nak keluar ni.” Maisara memberi alasan agar Fazli tidak datang ke rumahnya.
“Pergi mana? Pukul berapa? Dengan siapa?” Tanya Fazli bertubi-tubi. Maisara diam sahaja.
“I ikut.” Kata Fazli bila Maisara tidak menjawab satu pun soalannya.
“Tak payah.” Balas Maisara.
Fazli memandu keretanya menyusur di atas jalan raya. Dia mencari kelibat kereta Maisara. Fazli tahu Maisara masih marah. Petang tadi seboleh-boleh dia nak balik sendiri. Mata Fazli melilau mencari.
Sreet….Fazli menekal pedal brek. Tinnn!!!!!!! Satu hon panjang dari kedengaran dari kenderaan di belakang. Fazli mengangkat tangan tanda minta maaf. Fazli mengurut dada tanda lega. Alhamdulillah tiada apa-apa yang buruk berlaku. ‘Sweet Moment Restaurant’. Sebuah restoran yang sering menjadi pilihan pasangan yang sedang hangat berkasih. Hidangan-hidangannya dihiasi dengan hiasan yang bertemakan keromantisan. Pernah sekali pergi bersama Maisara. Dan itulah yang terakhir.
“Romantik betul tempat ni. Tapi, I taknak datang selalu sangat. Bila kita rindu kita datang lagi. Dan I hanya akan datang ke sini lagi dengan lelaki yang I cintai.” Itu bicara Maisara lebih setahun yang lalu.
“Kita pergi lepas kita kahwin.” Balas Fazli.
“I baru je terima cinta you. I belum cakap I nak kahwin dengan you.” Kata Maisara. Fazli ketawa kecil. Di restoran inilah kisah cinta mereka bermula. Di sinilah Maisara menyatakan dia menerima cinta Fazli.
Hari ini Fazli ternampak kereta Maisara berada di tempat letak kereta berhadapan dengan ‘Sweet Moments Restaurant’. Apa Maisara buat di sini? Dengan siapa? Hati Fazli berdebar-debar. Dia terus berlari masuk ke restoran itu. Dia mencari-cari kelibat Maisara. Aku salah nampak kereta ke tadi? Fazli berlari semula ke luar. Dia berdiri betul-betul di hadapan kereta itu. Dia melihat nombor pendaftaran. Sah, memang ini kereta Maisara. Tiba-tiba lampu menyala. Maisara.
“You buat apa kat sini?” Tanya Maisara.
“Cari you.” Jawab Fazli.
“Untuk apa?”
“I tak nak kehilangan you.” Jawab Fazli lagi.
“Kenapa you fikir macam tu?” Maisara menyoal lagi. Dah macam polis di kaunter aduan pulak.
“Sara sayang. I tahu, I memang tak ada ciri-ciri lelaki idaman you. I tak romantik, tak loving dan caring. Mungkin you terima I dulupun sebab kesiankan I. Seorang lelaki yang degil. Buat bukan-bukan untuk pikat you. Jadi mascot semata-mata nak bagi you hadiah. Tak faham bahasa. Orang dah kata tak nak, I paksa jugak. Tak pernah bagi you bunga atau coklat….”
“Tapi, you pernah beli semangkuk aiskrim dan kita kongsi berdua. Dan you makan sikit saja sebab nak bagi I makan banyak.” Pintas Maisara. Mengungkit memori indah mereka. Fazli tersenyum.
“Sara, I tak mampu jadi macam Badrul. I ……”
“Antara I dan Badrul cuma kawan. I tak cintakan dia dan takkan cintakan dia. Kalau you tinggalkan I sekalipun, I takkan terima dia. He is like a brother to me. Takkan mungkin I akan bercinta dengan abang I sendiri.” Maisara memintas lagi.
“I tak pernah fikirkan ciri-ciri lelaki idaman I. I cintakan you sebab hati I yang cakap macam tu. Cinta tak memerlukan alasan.” Tambah Maisara.
“Ya, memang I marah bila you tak buat apa-apa bila dapat tahu Badrul tu nak mengurat I. I geram. I tahu you memang tak ada apa-apa dengan Aida. Cemburu tu memang lahir dari perasaan I dan itu cara I luahkan perasaan I.” sambung Maisara.
“Siapa kata I tak kisah? I cemburu. Tapi I nak jaga hati you. Kalau ikutkan hati I dah teruk Badrul tu kena belasah dengan I. Dia ingat senang ke I nak dapatkan cinta you? Tapi, I fikirkan you. I nak jaga air muka you. I tak boleh paksa you berhenti jumpa Badrul. You professional. You tak suka kaitkan soal kerja dengan hal peribadi. I tahu pasal hadiah-hadiah yang Badrul bagi you. I tak nak desak atau paksa you pulang atau buang. I nak berikan you kebebasan. Biar you buat keputusan sendiri apa yang you nak buat dengan benda-benda tu semua. I pendam perasaan cemburu, marah, kecil hati dan sedih dalam hati. I tak nak you susah hati. I sayangkan you. I nak you buat apa yang you suka. I mungkin terlalu lurus. I tak sedar yang cara I buatkan you rasa I tak pedulikan you. I’m so sorry.” Luah Fazli panjang. Maisara terdiam tanpa suara.
“Dah lama I nak ajak you kahwin. Hakikatnya dari sejak you cakap you terima cinta I lagi. Tapi, I tahu. You belum bersedia lagi. You nak mantapkan kerjaya you. I dah lama bersedia jadi suami you. I cuma nak bagi you masa. “ tambah Fazli.
“Tapi, you tak pernah tanya I kan?” Pintas Maisara.
“Tanya apa?” Fazli tak faham.
“Tanya I bila I dah bersedia.” Balas Maisara.
“Maksud you?” Fazli masih tak faham.
“You ni memang tak faham atau buat-buat tak faham?” Maisara geram. Terus berpaling. Malas nak memandang wajah lelaki yang dicintainya itu.
“Janganlah tarik muka. Soalan apa yang you nak I tanya ni?” Fazli jadi buntu.
“Dahlah. I nak balik.” Maisara bangun.
“Soalan ini ke?” Tanya Fazli. Maisara berpaling. Fazli sedang memang sebentuk cincin.
“You nak kahwin dengan I tak?” Fazli melamar. Walaupun caranya tak romantik langsung, ianya tetap meninggalkan kesan. Maisara terkedu seketika.
“Sayang…” Panggil Fazli lembut.
“Kita bukan mat salleh. Kalau nak ajak I kahwin, buatlah dengan cara yang betul.”
“Kalau you terima lamaran I, I jumpa TS Azman esok. Then, I’ll arrange my parents to meet you family.” Balas Fazli sambil tersenyum. Mengharap senyuman terukir di bibir Maisara. Inikah orangnya? Inikah lelaki yang tepat untukku? Ya, memang aku nantikan lamaran ini. Tapi, kenapa lidahku kelu untuk memberi jawapan.
“Maisara.” Fazli memanggil dengan nada suara yang cukup lembut dan ianya membuatkan Maisara beralih pandangan ke anak mata lelaki itu. Memandang lelaki yang sangat sabar dengan sikap barannya. Tak dinafikan, kesabaran lelaki ini yang telah berjaya membuatkan dia dapat mengawal barannya sebelum ini.
“You tak kisah ke kahwin dengan orang yang kepala angin?”
“Kepala angin saja?” Fazli tidak terus menjawab soalan Maisara.
“Ada banyak lagi ke?” Soal Maisara balik. Fazli tersenyum.
“Sara, dalam diri I pun banyak kekurangan. I tak sempurna. Apapun kelebihan dan kekurangan you, I terima. I terima you seadanya. Dan begitulah yang I harapkan dari you. Apa yang kita boleh ubah, kita ubah.” Bicara Fazli sambil tersenyum. Maisara mengukir senyuman. Akhirnya Maisara angguk tanda setuju. Dalam hati dia berdoa dia telah membuat pilihan yang tepat.
“Okey.”
“Okey? Apa yang okey?” Fazli tak faham.
“You ni mengada-ngada kan? Kan I tarik balik ‘okey’ tu baru tahu.” Marah Maisara geram.
“Faham sayang. Saja nak usik-usik you.” Fazli tersenyum mengusik.
Esoknya.
TS Azman ketawa besar. Tak mungkin. Mesti Fazli bergurau. Baru saja beberapa minggu lepas bila dibangkitkan soal kahwin lagi, Maisara menarik muncung sedepa. Langsung tak ada respond. Tidak seperti selalu, dia akan menjadikan memantapkan kerjayanya terlebih dahulu.
“Saya dah lamar dia semalam dan dia dah setuju uncle. Dia dah setuju.” Beritahu Fazli bersungguh-sungguh cuba meyakinkan TS Azman di hadapannya ini. TS Azman berhenti ketawa.
“Saya beritahu uncle ni sebab nak beritahu yang keluarga saya nak datang merisik dalam 2 minggu lagi. Sebab nak tunggu ayah saya balik dari Sarawak.” Beritahu Fazli lagi.
“Alhamdulillah.” TS Azman meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Akhirnya anak gadisnya itu setuju untuk berkahwin.
30 hari tempoh pertunangan. Berbakul pesanan orang tua mereka yang tidak mahu mereka kerap sangat berjumpa. Darah manis katanya. Tapi, nak buat macam mana, dah mereka bekerja satu pejabat. Fazli bersetuju membenarkan Maisara cuti awal. Namun, projek Mega Sakti yang sudah hampir ke penghujungnya itu perlu diuruskan sampai habis. Tarikh telah dipilih. Hanya menunggu hari berlangsungnya. Keluarga kedua belah pihak sibuk dengan persiapan perkahwinan. Fazli benar-benar yakin Maisara akan menjadi miliknya. Bagaimana dengan Maisara?
“Dah dua hari takkanlah tak ada hadiah lagi? Atau kau tak nak share dengan aku hadiah apa yang dia beri kau untuk birthday kau 2 hari lepas.” Badrul sibuk nak tahu.
“Bad. Aku datang sini nak kerja tau. Bukan nak bincang pasal hadiah ‘birthday’ aku. Aku dah bertunang kan?” Maisara meningatkan.
“Baru bertunang.” Balas Badrul selamba.
“Kalau sayalah, saya tak nak mengharap lagi kekasih orang, tunang orang atau isteri orang. Itu maknanya saya mendoakan orang yang bercinta putus kasih, yang bertunang putus tunang, dan yang dah bersuami bercerai berai. Tak baik doakan keburukan orang lain encik Badrul.” Celah Khalil. Badrul memandang tak puas hati. Selama ni Khalil tak pernah bersuara apa-apa walaupun dia tak berkenan langsung dengan sikap Badrul yang degil ni. Kalau sampai orang dah bertunang pun kacau lagi, memang nak minta diajar mamat ni.
“Encik Fazli beritahu majlis pelancaran dua hari lagi. Dia akan uruskan segalanya. So, urusan kita di sini dah selesai.” Ujar Khalil.
“Okey, awak drive kereta saya balik office yer. Saya balik dengan ayah saya. Fazli dah tunggu kat pejabat Tan Sri.” Maisara menyerahkan kunci keretanya pada Khalil. Maisara berlalu dari situ.
“Aku rasa aku berhak mencintai sesiapa saja.” Badrul bernada sinis. Khalil memandang lelaki itu. Hmmm, memang minta diajar ni.
“Kau berhak mencintai, tapi kau tak berhak menghancurkan kebahagiaan orang lain.” Tegas Khalil.
“Kau ingat hadiah-hadiah tu penting sangat ke? Kau yang jadikan ia penting. Yang penting adalah ingatan.” Tambah Khalil.
“Fazli hantar kau untuk ‘warning’ aku?” Teka Badrul.
“Encik Fazli tu boss aku. Maisara tu pulak assistant aku. Kalau diaorang bergaduh, aku yang susah. Mereka bahagia. Kenapa kau nak kacau lagi. Kalau betul kau sayangkan Maisara tu, doakan kebaikan.” Jawab Khalil serius.
“Kau nak jadi hero? Selamatkan cinta orang.” Sindir Badrul.
“Aku bukan hero. Apa kata kita jadi ‘wonderpets’. Kita tak kuat. Dan kita tak besar. Tapi, bila bekerjasama semua jadi mudah.”
“Macam budak-budak.” Rungut Badrul. Khalil ketawa.
“Lupakanlah Maisara. Kita sama-sama cari orang lain. Tak semestinya sama, tapi yang terbaik bagi kita. Jangan desak cinta Maisara. Dia dah ada yang dia cintai.” Kata Khalil.
“Dalam bercinta jangan lurus sangat. Jangan fikir diri sendiri saja. Fikirkan juga orang yang kita cintai.” Nasihat Khalil.
“Kau ni bercakap macam pakar cinta. Kau sendiri kahwin pun belum.” Sindir Badrul.
“Jangan jadi lurus sangat. Nak cari ilmu tak semestinya berdasarkan pengalaman. Doctor pakar puan ada jek yang lelaki. Mereka tak perlu jadi perempuan untuk pakar dalam bidang mereka. cabangkan akal fikiran kita. Jangan ikut jalan lurus tapi tak tahu apa yang ada di kiri kanan kau.” Balas Khalil.
“Maksud kau, aku kena luaskan pencarian. Jangan hanya pandang Maisara saja.”
“Tengok. Otak kau dah mula berfungsi dengan baik.” Balas Khalil sambil ketawa. Badrul tersenyum sedikit.
Kembali ke Fazli Constructions.
“Kenapa tak bawa kereta baru?” Tanya Fazli.
“Kereta baru?” Maisara tak faham.
“Kereta baru.” Fazli menekankan.
“Kereta baru mana?” Maisara masih tak faham.
“You tak buka lagi?”
“Buka apa?” Maisara semakin tak faham. Fazli cakap pasal apa ni?
“Dalam laci you.”
“Laci mana?” Tanya Maisara.
“Laci no. 2.” Beritahu Fazli.
“Biskut adalah.”
“Dah tengok betul-betul?” Tanya Fazli
“Apa dia?” Maisara semakin buntu.
“Bukalah.” Suruh Fazli. Maisara menarik lacinya.
“Kotak biskut adalah.” Kata Maisara.
“Mari sini I tengok.” Fazli bangun dari tempat duduknya. Dia membuka laci dan membelek.
“Kotak-kotak biskut yang kosong ni nak buat koleksi peribadi ke?” Sindir Fazli.
“Selalunya kan you yang tolong kemas. Sebab you yang tukang habiskan.” Balas Maisara. Fazli ketawa. Tetap nak menang juga. Dia mengeluarkan kotak-kotak biskut satu persatu.
“Abang sengaja tak kemas. Nak suruh Sara kemas sendiri. Kalau dikeluarkan kotak-kotak ni …..jumpalah…” Fazli menghulurkan sebungkus hadiah . sebuah kotak kecil yang berbalut dengan kertas hadiah tertulis ‘Happy Birthday’.
“Dah seminggu abang letak situ. Siap tulis pesanan..’buka masa birthday you’. Rupa-rupanya dia tak jumpa.” Kata Fazli sambil menggeleng kepala. Maisara tersenyum.
“Kenapa beli kereta? Kereta Sara kan okey lagi?”
“Booth belakang tu kan dah penuh.” Seloroh Fazli. Maisara mencebik.
“Abang kumpul duit 2 tahun tau nak beli kereta ni. Sebab tulah tak pernah bagi hadiah birthday sebelum ni.”
“Abang ingat Sara harap sangat ke hadiah-hadiah ni semua? Sara cuma nak keikhlasan abang menyayangi Sara je.” Balas Maisara. Lembut dan romantis.
“Eh, sejak bila pulak panggil ‘abang’ ni?” Fazli tersenyum mengusik.
“Eleh, dia yang mula dulu.” Maisara mencebik. Fazli ketawa. Sekejap ‘cool’, sekejap ‘hot’, sekejap manja, sekejap garang. Itulah Maisara. Gadis yang amat dicintainya. Kuterima seadanya. Dan ku berharap dirimu pun begitu jua.
“Jom, ‘test’ kereta baru.” Ajak Maisara manja.
“Okey. Jom intan payung.” Fazli menurut.
Kereta menyusur di atas jalan raya. Maisara memandu sambil Fazli duduk di sebelahnya. Selepas ini mereka berdua akan memandu lebih jauh dalam kehidupan mereka. semakin jauh perjalanan semakin luas pemandangan. Semakin jauh perjalanan hidup, semakin banyak ranjau dan duri. Dan mereka akan sama-sama mengharungi. Perjalanan sebuah percintaan tiada jalan lurus, pasti ada simpang siurnya. Dalam kehidupan tiada jalan mudah, pasti ada ranjaunya. Maisara dah bertemu dengan jalannya. Dan Fazli yang akan memimpin cinta ini. Eh, dah habis ke cerita ini? Kisah cinta tiada akhirnya. Kisah cinta.

Siap : 28.09.2010
Done editing : 03.03.2016

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...