Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

TERUS MENCINTAI (sambungan Hatiku Milikmu)

“SAYA mengaku, hati saya masih sayangkan awak.   Tapi, rasa percaya pada awak   dah hilang.   Saya bimbang saya akan kecewa lagi. Ya, awak memang boleh menabur janji sekarang.   Masalahnya hati saya tak boleh nak percayakan awak.   Saya minta maaf.   Mungkin bagi awak terlalu mudah untuk saya jatuh cinta sekali lagi.   Awak sendiri pernah cakap kan?   Cinta adalah satu perasaan yang kita tak boleh nak tafsirkan.   Dia boleh datang dalam sekelip mata.   Dia juga boleh pergi dalam sesaat, kalau hati kita tidak ikhlas menjaganya.   I admit, I accept Radhi because of Rina.   Dan dia telah buat I yakin masih ada lagi lelaki yang boleh jaga saya, jaga hati saya, jaga perasaan saya.   Dan apa yang dia beri melebihi dari apa yang saya perlukan.   Mungkin kerana itu hati saya mudah jatuh cinta sekali lagi setelah dikecewakan.   Kalau dulu hati saya ragu-ragu nak terima awak kerana asyik teringatkan arwah Adam, tapi hati saya tak pernah ragu-ragu terima Radhi kerana saya tahu dia mampu member