“SAYA mengaku, hati saya masih sayangkan
awak. Tapi, rasa percaya pada awak dah hilang.
Saya bimbang saya akan kecewa lagi. Ya, awak memang boleh menabur janji
sekarang. Masalahnya hati saya tak boleh
nak percayakan awak. Saya minta
maaf. Mungkin bagi awak terlalu mudah
untuk saya jatuh cinta sekali lagi. Awak
sendiri pernah cakap kan? Cinta adalah
satu perasaan yang kita tak boleh nak tafsirkan. Dia boleh datang dalam sekelip mata. Dia juga boleh pergi dalam sesaat, kalau hati
kita tidak ikhlas menjaganya. I admit, I
accept Radhi because of Rina. Dan dia
telah buat I yakin masih ada lagi lelaki yang boleh jaga saya, jaga hati saya,
jaga perasaan saya. Dan apa yang dia
beri melebihi dari apa yang saya perlukan.
Mungkin kerana itu hati saya mudah jatuh cinta sekali lagi setelah
dikecewakan. Kalau dulu hati saya
ragu-ragu nak terima awak kerana asyik teringatkan arwah Adam, tapi hati saya
tak pernah ragu-ragu terima Radhi kerana saya tahu dia mampu memberi apa yang
hati saya mahukan. “
RHAID meraup muka dengan dengusan
kekesalan. Silap sendiri kerana gagal
menghargai apa yang dia perolehi satu ketika dulu. Ya, memang tidak mudah memancing cinta
Irdina. Memang ada rasa cemburu setiap
kali Irdina membangkit kisah cintanya bersama arwah Adam. Cemburu dengan orang yang telah tiada. Dan sekarang cintanya telah dipancing oleh
abangnya sendiri. Aku dah kecewakan
dia. Aku yang kononnya nak jadi hero,
serahkan cinta hati pada abang sendiri.
Lepas tu nak menyesal. Kau kena
‘move on’ Rhaid. Move on. Berhenti mencintai.
“Kau pernah
tak terfikir apa yang berlaku antara kau dan Dina dulu adalah ‘kunci’ untuk
buka hati kau dan dia?”
“Maksud
kau?” Rhaid tak faham.
“Sebelum kau
jatuh cinta dengan doktor Dina dulu, kau langsung taknak buka hati kau untuk
mana-mana perempuan. Ramai kot awek yang
makan hati bila kau buat tak layan je. Hati kau tu keras. Mama kau nak jodohkan kau pun, kau
taknak. Macam anti betul dengan
perkataan CINTA tu. Tapi, bila kau dah
jatuh cinta, sekarang kau tengoklah.”
“Kira hukum
karma lah. Aku tolak perempuan-perempuan
tu, dan sekarang cinta aku ditolak. Itu
maksud kau?” Ada nada tak puas hati di
hujung kata-kata itu. Haidar ketawa.
“Bukan itu
maksud aku. Dulu, 6 tahun doktor Dina
tutup pintu hati dia untuk semua lelaki.
Sebab terlalu meratapi kehilangan arwah Adam. Percintaan kau dengan dia tu dah buka ‘kunci’
hati dia tu. Percintaan yang berlaku tu
memberitahu dia yang masih ada lagi orang yang mampu menyayangi dia lebih dari
apa yang dia mahukan. Dan kau, yang tak suka
sangat perkataan cinta. Kau dah rasa
mencintai dan dicintai. Dan lepas ini
kau akan lebih menghargai cinta.” Terang
Haidar akan maksudnya.
“Masuk!” Arah Rhaid sebaik terdengar pintu biliknya
diketuk. Tak sempat nak menghadam apa
yang cuba disampaikan oleh Haidar.
“Encik
Rhaid, meeting dengan Mr.Ramesh dalam 30 minit lagi. Dia pun dah ada di kafe
bawah. Sekejap lagi dia naik. Ini failnya.
Tengahari nanti encik Kamal nak betulkan aircond di surau lelaki, jadi
nak minta izin guna bilik mesyuarat 2 untuk kegunaan nak solat zohor nanti.” Lancar sahaja Marissa memberi informasi.
“Wah! Sejak
nak bertunang ni makin berseri-seri awak ye.” Usik Haidar. Marissa hanya tersenyum.
“Awak nak
bertunang?” Rhaid seakan terkejut.
“Itulah
kau. Taknak pandang PA kau yang cantik
manis ni dari dulu. Sekarang dah
melepaslah.” Haidar mengusik lagi.
“Tahniah.” Ucap Rhaid.
Marissa hanya tersenyum.
“So, boleh
tak encik Rhaid?”
“Boleh. Takkan saya nak halang awak bertunang
pulak.” Balas Rhaid. Marissa tertawa kecil. Rhaid tak faham.
“Maksud saya
yang pasal nak guna bilik meeting 2 untuk solat zohor nanti. Boleh tak?”
“Oh….boleh
boleh….” Rhaid termalu sendiri. Haidar dah galak ketawakan sepupu yang juga
sahabat baiknya itu.
“Kalau macam
tu, saya keluar dulu encik Rhaid.”
Marissa meminta izin untuk keluar.
Rhaid angguk tanda mengizinkan.
Mata Rhaid memandang sampai Marissa hilang dari pandangan sebaik daun
pintu tertutup rapat.
“Jauh
merenung.”
“Kau ni. Tak
habis-habis.” Marah Rhaid. Haidar ketawa.
“Kenapa? Kau baru perasan yang PA kau tu cantik?”
RHAID ketawa kecil. Hmmm, kenapa aku tak perasan dia selama ni.
Rasanya dah lama dia kerja dengan aku.
Jaga jadual aku. Hidangkan kopi o
panas untuk aku setiap pagi. Siapkan
semua fail yang aku perlukan. Ingatkan
segala temujanji aku. Dia juga pernah
tolong jagakan Rina waktu aku tiba-tiba ada urgent meeting di hujung minggu. Bunyi whatsapp masuk. Dari ibunya.
Rhaid membacanya. Terlepas
handphone di tangan. Kenapa Rhaid?
TIIIIINN….satu hon panjang. Kereta yang dipandu tersasar ke bahu
jalan. Sebuah kereta berhenti
betul-betul di hadapan keretanya. Rhaid mengurut dada. Hampir sahaja keretanya dilanggar dari
belakang tadi. Cermin pintu diketuk dari
luar. Rhaid terkejut. Rhaid menurunkan cermin kereta.
“Encik
Rhaid. Encik okey tak ni?”
“Marissa?”
Rhaid tak
tahu apa yang ada dalam fikirannya saat ini.
Marissa Ariana Damia. Panjang
betul nama tu. Dia pun tak tahu kenapa
dia luahkan perasaan kecewanya pada Marissa tadi. Mungkinkah kerana hati yang terlalu
kecewa. Dia perlukan seseorang untuk
meluahkan rasa hatinya. Selagi tidak
diluahkan hatinya terasa berat. Kesian
Marissa. Tak pasal-pasal terpaksa
menjadi pendengar yang setia. Tapi, dia
juga seorang penasihat yang baik.
“Kenapa
perlu ambil tahu lagi pasal dia kalau encik Rhaid nak lupakan dia?”
“Dia dah
jadi kakak ipar saya. Apa-apa tentang
dia mesti mak dan ayah saya akan bercerita.
Saya juga yang kononnya berlagak okey.
Dah boleh terima kenyataan.
Sebenarnya dalam hati ni, Allah sahaja yang tahu.” Luah Rhaid.
“Encik Rhaid
kena move on. Kena cari pengganti. Sebab jiwa tu kosong. Perlu diisi.
Kalau tak jadi macam nilah. Asyik
teringat kat dia je. Saya faham, tak
mudah lupakan cinta yang pertama. Memang
sakit. Tapi, kita kena kuat lawan
perasaan. Barulah kita boleh jalani
hidup seperti biasa.” Nasihat Marissa.
“Terima
kasih Marissa. Saya baru dapat berita
yang dia baru bersalin anak sulung. Saya
cemburu dengar berita tu. Cemburu dengan kebahagiaan yang saya takde.”
“Jangan
cemburu. Happy untuk dia. Happy untuk orang yang encik Rhaid
sayang.” Pesan Marissa.
“Awak ada
pengalaman putus cinta ke?” Tiba-tiba
Rhaid beralih topik pada Marissa pula.
“Dah lama
saya tunggu dia. Nampaknya memang takde
harapan saya dengan dia.” Jawab Marissa
perlahan.
“Tapi, awak
dah nak bertunang kan? Awak minta cuti
sebab ada majlis pertunangan kan?”
“Amboi! Mengelat ye.
Bukan kita tengah cerita pasal encik Rhaid ke tadi?” Marissa tidak menjawab soalan Rhaid. Rhaid ketawa.
RHAID tersenyum sendiri. Melihat jam di
dinding biliknya. Dah hampir 3
pagi. Mata masih belum mahu lelap. Mencari cinta baru untuk melupakan cinta
lama. Hmmm…kalau lah semudah itu. Irdina, aku sendiri telah izinkan kau pergi
dari hati ini. Tapi kenapa perasaan aku
menarik-narik kau kembali ke hati aku.
Aku tahu, aku sudah tiada dalam hatimu.
Kalau lah aku tahu siapa perempuan dalam mimpi Irdina tu kan
senang. Mungkin memang betul dia jodoh
aku.
#throwback
“Abang, Dina
nak cakap dengan Rhaid sekejap boleh?”
Irdina meminta izin. Rhadi
angguk. Dia meninggalkan Rhaid dan Dina
di laman rumah. Radhi hanya memandang
dari jauh.
“I am
sorry.”
“No, it’s
okey. Memang salah i. No worries.
It’s may be takes time, but I am okey.”
“Good for
you.” Balas Irdina.
“So, I
doakan you jumpa jodoh dengan perempuan yang jauh lebih baik dari i. Maybe perempuan dalam mimpi I hari tu.”
“Mimpi?” Rhaid terkejut. Irdina ketawa.
“Eh,
seriuslah. You mimpi I kahwin dengan
siapa?”
“Mama!” Suara Rina memotong perbualan mereka.
Mimpi tu
mainan tidur sahaja Rhaid. Mata jadi
layu. Dah tiba masa untuk tidur. Ya Allah kau sedarkanlah aku untuk bangun
solat subuh sekejap lagi.
Allahumma……………..tak habis baca doa dia dah..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Lupakan cinta lama.
Cari cinta baru. Lupakan cinta
lama. Cari cinta baru. Bila sudah tiada tempat mengadu..Allah
sentiasa ada. Selesai solat subuh, Rhaid
membaca al-Quran. Ya betul cakap
Marissa, al-Quran adalah penawar yang terbaik ketika hati tidak tenang.
Seperti biasa, tiba sahaja di
pejabat perkara pertama yang akan dilakukan ialah menyemak jadual Rhaid untuk
hari itu. Hari ini sepanjang hari Rhaid
akan berada di pejabat. Mesyuarat pun
takde hari ini. Hmmm, ada peluang balik
awal ni. Marissa menjeling jam di
pergelangan tangan kirinya. 07:50
pagi. Pekerja yang lain ramai yang belum
sampai. Waktu pejabat bermula 08:30
pagi. Mungkin ada yang sedang bersarapan
di kafe di tingkat bawah sekali. Rhaid
seorang yang sangat menepati masa. Kalau
tiada apa-apa urusan kerja di luar, tepat jam 08:15 dah nampak kelibat
dia. jadi, jam 08:05 semua orang dah ada
dalam pejabat. Malulah kalau boss sampai
dulu. Itupun kadang-kadang ada yang
menghubunginya sebab nak tahu boss masuk cepat atau lambat. Walaupun masuk kerja jam 08:30 pagi, mereka
mesti nak berada di pejabat lebih awal.
“Good
morning Marissa.” Haidar menyapa. Marissa tersenyum. Awal betul encik Haidar pagi ni.
“Ada problem
kat site di Port Dickson. Rhaid lepas subuh tadi dah ke sana. Kalau ada apa-apa appointment hari ni saya
akan ganti. “
“Hari ni
encik Rhaid takde meeting kat luar.”
Beritahu Marissa.
“So
macammana majlis pertunangan hari tu?
Okey?”
“Al-Hamdulillah. Semuanya berjalan lancar.” Jawab Marissa sambil tersenyum.
“Hah! Dah
bunyi phone tu. Mesti encik boss kesayangan
awak yang call tu.”
Segera
Marissa menjawab panggilan itu. Tangan
kanannya sibuk mencatat pesanan dan amanat dari Rhaid. Sesekali Haidar melihat Marissa tersenyum dan
tertawa kecil. Ish, pelik. Takkan bercakap dengan Rhaid macam tu. Bukan ke mamat tu serius jek sepanjang
masa. Pelik bin ajaib ni.
“Encik Rhaid
ke tadi tu?” Tanya Haidar tak sabar nak tahu sebaik Marissa mematikan
talian. Marissa angguk tanda mengiyakan
tekaan Haidar.
“Ini
perkara-perkara yang encik Haidar kena buat hari ni.” Marissa menghulurkan sehelai kertas pada
Haidar.
“Lah, apasal
dia tak call saya jek. Whatsapp ke?”
“Encik Rhaid
cakap encik Haidar tu pelupa kena ingatkan banyak kali. Sekejap lagi dia akan mesej, whatsapp dan
telegram encik.” Balas Marissa sambil
tertawa kecil.
“Oh,
mengumpat sayalah tu tadi. Tu yang
gelak-gelak tadi tu.”
“Boss yang
cakap. Saya Cuma sampaikan je.”
Haidar hanya
mencebik. Haidar berlalu masuk ke
biliknya. Sekilas memandang ke arah
Marissa yang sudah duduk di mejanya untuk membuat kerja. Hmm, Rhaid ni buat hal pulak. Takkan nak kacau tunang orang kot. Dulu kau tak nak pandang pun Marissa tu. Tapi, kalau dia betul-betul dah jatuh hati
kat Marissa tu macam mana? Lepas tu
frust lagi. Lepas tu…. takkan aku nak
doakan Marissa putus tunang pulak.
RHAID tersenyum sendiri. Entahlah tak tahu kenapa. Bibirnya segera mengukir senyuman sebaik mendengar suara Marissa sebentar tadi. Kenapa aku tak pernah sedar kelembutan suaranya itu. Kenapa selama ini aku tak sedar lemah lembut, sopan santun dia selama ni. Tulah sibuk sangat dengan kerja. Mama pun pernah cakap…’kahwin sahajalah dengan kerja Rhaid tu’…..
Sejak
akhir-akhir ini telah menjadi rutin, mereka mesti balik dalam waktu yang
sama. Rhaid tidak membenarkan Marissa
buat kerja seorang diri di pejabat biarpun masih ada tugasan yang perlu
dilaksanakan. Kalau ianya urusan
penting, dia akan menemani.
Dan sudah
dia sudah hafal nombor pendaftaran kereta yang sering menjemput Marissa pulang
dari pejabat. Kereta itu bercermin agak
gelap. Rhaid tak nampak dengan jelas
wajah lelaki itu. Mungkin itu tunang dia
kot. Sebelum ni tak pernah nampak
pun. Bukan sebelum ini dia drive sendiri
ke?
Bila tiba
waktu tengahari, seorang demi seorang pekerja pejabat itu meninggalkan tempat
mereka. Mungkin ada yang turun makan
tengahari, atau mungkin ada yang bersolat dahulu. Biasanya Marissa akan keluar sebaik Rhaid
keluar. Dia takkan tinggalkan pejabat kalau Rhaid masih ada di biliknya. Setia betul PA aku sorang ni. Eh, mana dia? Rhaid keluar dari biliknya. Mencari kelibat Marissa. Rupa-rupanya Marissa ada di pantry.
“Kat sini
rupanya awak.”
“Eh, encik
Rhaid. Sorry. Encik Rhaid ada nak apa-apa ke?”
“Saya nak
awak.” Seloroh Rhaid lalu ketawa. Marissa pula yang tersipu malu.
“Saya nak
ajak awak makan.” Rhaid berterus terang kenapa dia mencari Marissa.
“Saya ada
bawa bekal.”
“Wah! Siapa masak?”
Rhaid teruja nak tahu.
“Ibu
sayalah.”
“Asam
pedas….” Rhaid terdiam. Ada sesuatu yang
singgah di mindanya.
“Kenapa? Asam pedas ni mengingatkan encik Rhaid pada
seseorang ke?” Teka Marissa. Rhaid terdiam.
“Mulai hari
ni, nampak sahaja asam pedas, ingat saya.
PA encik Rhaid yang memang suka makan asam pedas tak kiralah asam pedas
ayam, ikan…” Kata Marissa.
“Hmm, baik
saya ingat diri saya sendiri jek. Saya
pun suka asam pedas. Pandai masak lagi
tau.” Balas Rhaid sambil tersenyum bangga.
“Ye ke? Untunglah jadi isteri encik Rhaid. Boleh request asam pedas hari-hari.”
“Awak nak ke
kahwin dengan saya?” Soal Rhaid mengusik sambil menaikkan keningnya beberapa
kali.
“Encik Rhaid
tu, nak ke jadi suami saya? Menangis
nanti kena makan asam pedas setiap hari.”
Marissa membalas usikan Rhaid.
Mereka ketawa.
MEREKA mula akrab. Dan keakraban itu amat membimbangkan
Haidar. Aku juga yang sibuk usik-usik
dia hari tu. Ini kalau sampai si Rhaid
angau, masak aku. Bukan dia tak tahu,
sekarang ni, setiap hari dia sibuk mengintai setiap kali Marissa balik
kerja. Mungkin nak tengok muka pemandu
Hyundai hitam yang selalu menjemput Marissa pulang dari kerja.
HARI minggu yang indah. Terasa nak makan peach cake yang hanya ada di
kafe itu. Macam dah lama juga tak ke
sini. Kalau dulu, inilah tempat
kegemaran Irina. Dia suka makan mocha
ice-cream kat sini. Sebaik sahaja masuk
ke Hanz Café itu Rhaid terpandang si gadis di kaunter bayaran. Dia terus menghampiri gadis itu.
“Buat apa
kat sini? Saya bagi gaji tak cukup
ye? Sampai kena kerja part time kat
sini.” Soal Rhaid. Marissa tertawa kecil.
“Mana
ada. Encik Rhaid ni. Ini kafe family saya. Encik Rhaid tak perasan sayalah tu. Dulu selalu datang sini bawa anak encik Rhaid
kan.”
“Lah, ya
ke? Tak perasan pulak saya.” Rhaid
menggaru kepala yang tak gatal.
“Hmm, encik
Rhaid memang tak pernah pandang saya pun.”
Bicara Marissa seolah berjauh hati.
“Okey…kalau
macam tu biar saya pandang awak puas-puas hari ni.” Balas Rhaid sambil tersenyum nakal.
“Jangan nak
mengada. Pergilah duduk meja 7 tu. Nanti ada orang ambil. Encik Rhaid nak peach cake kan? With Adam’s Coffee. Betul?”
Rhaid
tersenyum sorang-sorang. Kenapa aku tak
perasan dia sebelum ni? Memang sahlah
dia memang ada kat sini. Semua yang aku
selalu minta dia tahu. Sengaja duduk
sambil mengarah ke kaunter. Saja nak
tengok gadis itu dari jauh.
“Woi…Rhaid!”
“Eh,
Miezal!” Termati pandangan pada Marissa. Tiba-tiba sahaja kawan sekolahnya itu
muncul depan mata.
“Lama tak
jumpa kau. Dengar cerita kau dah
bertunang.”
“Tu, Minah
baju merah kat kaunter tu. Itulah tunang
aku.” Beritahu Miezal sambil jari
menunjuk ke arah kaunter.
Aduh! Rasa macam nak jadi Anjali dalam Kuch Kuch
Hota Hai…berlari-lari dalam hujan.
Menangis sambil menyanyi. Tunang
kawan kau sendiri. Ada hati nak caras ke
bro? Dahlah mak aku dengan mak dia best
friend. Rasa nak meraung jek ni.
RASA RINDUKU
MELAYANG-LAYANG MENGINGATKAN ENGKAU SEORANG, MENGHARAP KASIH DI DAHAN
CINTA………….SITI NORDIANA
Kenapa
rasa sedih ni?
“Dah jom!”
“Jom? Jom ke mana?”
Rhaid tiba-tiba jadi bingung.
“Bukan ke
tadi ajak saya pergi main boling?” Tanya
Marissa balik. Rhaid tersengih. Relaks
bro. Kau Cuma nak kawan dengan dia jek. Tak lebih dari itu.
“Miezal tak
ikut sekali?” Tanya Rhaid.
"Eh, dia ada kat sini ke tadi? Wah, laju dia menghilang ye? Taknak jaga kaunter lah tu."
"Taknak ajak dia sekali?"
"Eh, dia ada kat sini ke tadi? Wah, laju dia menghilang ye? Taknak jaga kaunter lah tu."
"Taknak ajak dia sekali?"
“Miezal? Main boling?
Memang tak mungkinlah. Dia takut
jari dia patah.” Marissa ketawa kecil.
“Dia tak
marah ke kita keluar berdua ni?”
“Dia mana pernah marah tuan puteri dia ni. Jomlah. Saya sanggup pecut tukar baju saya ni.”
“Eh, tak
perasan awak dah tukar baju. Okeylah
kalau macam tu. Saya bayar ni dulu.”
“Takpe. Hari ni saya belanja encik Rhaid. Encik Rhaid
pun dah selalu sangat belanja saya kan.”
Terima kasih
untuk kenangan ini Marissa. Apakah aku
akan terus mencintai atau membiarkan rasa hati ini terus tersimpan dalam
perasaan. Terus terasa nak menyanyi ni lagu
SITI NORDIANA ni. Mengapa rindumu
padaku tak sebesar rasa sayangku padamu.
Kenapa ia
perlu berakhir sedangkan ianya belum bermula?
Tenang Rhaid. Belum sampai lagi
jodoh tu. Dua bulan lagi.
“Adik yakin
ke?”
“Ikut jelah
kalau mama dah buat keputusan macam tu?”
Jawab Marissa.
“Taknak
tunggu dia?”
“Dia dah
buat keputusan kan?” Balas Marissa.
“Nikah terus
je kan senang. Takyah
tunang-tunang. Kita bersanding sekali
terus. 4 pengantin satu pelamin.”
Marissa tersenyum sendiri.
Tak apalah. Dah memang itu
suratannya. Rhaid dah sebulan tak masuk
pejabat. Sibuk menguruskan projek di
Port Dickson. Rindu ke? Memang
rindu. Sebelum ni pernah juga dia buat
macam ni. Kalau tak silap selepas abangnya bertunang
dengan doktor Irdina. Taulah aku kenapa. Dia sengaja nak jauhkan diri. Kali ni kenapa
pula? Siapa pula yang dah mencuri dan
melepaskan hatinya ni?
Rhaid segera
meninggalkan Port Dickson. Pesanan emel
yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkan. Kenapa tiba-tiba Marissa nak letak jawatan? Dia nak ke mana? Ish, apa pula masalahnya ni? Dia marahkan aku ke? Marah kenapa?
Rasanya aku tak ada buat salah apa-apa.
Ya, kecuali jatuh cinta pada dia. Tu jek. Dan aku pun tak pernah beritahu dia hal
ini. Atau dia yang dah jatuh cinta pada
aku. Perasanlah kau Rhaid. Dia kan dah bertunang dengan Miezal. Dua hari lepas dia terserempak dengan Miezal
yang kebetulan berada di Port Dickson atas urusan kerja. Miezal menghulurkan kad jemputan. Kalau ikutkan tarikh nikahnya minggu
depan. Marissa nak berhenti kerja sebab nak
kahwin ke? Rhaid mencapai kad jemputan
yang terletak di atas board keretanya.
Sambil menunggu lampu merah bertukar hijau, dia membuka sampul kad itu. Ingin memastikan tarikh majlis Miezal.
Miezal ketawa besar bila Rhaid tanya kenapa nama pengantin perempuan dalam kad jemputan perkahwinan itu Shahmimi Arshad, bukan Marissa.
“Bro, nama
penuh Marissa apa?”
“Marissa
Ariana Damia binti Nazree.”
“Nama aku?”
“Muhammad
Shamiezal bin….” Rhaid terhenti. Tak mungkin.
“Habis tu
kau cakap awek kat kaunter baju merah….”
“Encik
Rhaid, semua staff Hanz Café pakai baju merah.”
Jelas Miezal. Rhaid terkedu
“Jadi
betullah cakap adik aku. Yang kau selama
ni tak pernah pandang dia pun.” Bicara Miezal sebaik tawanya reda.
“Maksud
kau?” Rhaid tak faham.
“Marissa dah
lama suka kat kau bro. Dari zaman sekolah lagi. Habis sekolah kita dengan hal masing-masing. Patutlah dia happy dapat kerja syarikat tu. Aku tahu kau boss dia pun masa kita jumpa kat kafe hari tu. Tapi, dia selalu
cakap dengan aku kau tak pernah pandang dia pun. Dah 4 tahun dia kerja dengan kau. Dan selama 4 tahun tu jugak aku yang jadi
driver hantar dan jemput dia dari tempat kerja.
Kalau ada yang dia drive sendiri tu, aku outstation.” Jelas Miezal.
“Kalaulah
dia tahu kau pun suka kat dia, mesti dia menyesal bertunang dengan pilihan mak
aku tu. Tapi kau masih ada masa lagi
bro. Kau masih sempat lagi nak halang.”
“Kau nak
suruh aku rosakkan hubungan dia dengan tunang dia.” Rhaid terkejut dengan
cadangan itu.
“Dia belum
bertunanglah. Baru nak bertunang hujung
minggu ni.”
“Yang dia
cuti tu? Katanya ada majlis
pertunangan.”
“Tu majlis
aku. Dia memang excited sangat aku nak bertunang. Sebab tunang aku tu best friend dia.” Terang MIezal.
“Kalau kau
betul sayangkan adik aku. Kau datang
rumah aku hujung minggu ni. Halang
pertunangan adik aku tu.” Cabar Miezal. Kalau mama tahu ni, mesti dia marah. Sanggup ke aku rosakkan majlis kawan baik
mama?
Sebaik tiba
di rumah, kelihatan sebuah kereta yang cukup dikenali diparkir di luar
rumah. Kereta doktor Irdina. Abang Radhi
balik ke? Terdengar suara riuh kanak-kanak berlari mengejar entah apa. Pasti Rina.
Rhaid tak sabar nak masuk rumah.
Wah! Meriah. Ramainya tetamu. Datang nak tengok baby baru. Rina yang leka bermain dengan saudara mara
yang sebaya dengannya tidak sedar kepulangan papanya. Abang Radhi nipun tak cakap nak balik. Tiba-tiba je muncul.
“Hujung
minggu ni Rhaid ikut sekali tau. Nak
pergi kenduri rumah anty Rosemilla.
Kawan Rhaid kan Miezal tu? Kita
pergi hari Sabtu. Pagi tu adiknya
bertunang, lepas tu Miezal nikah. Majlis
resepsi pula hari Ahad.” Mama dah beri
arahan. Aduh!
KALAU betul kau sayang dia, halang majlis
pertunangan tu. Gila! Habislah aku kena marah dengan mama
nanti. Kalau marah sahaja okey lagi. Buatnya mak Marissa taknak terima aku macam
mana? Sia-sia sahaja merosakkan majlis
orang kalau kesudahannya aku tetap tak dapat bersama Marissa. Dan Marissa ni pun memang dah betul-betul
berjauh hati dengan aku ke? Kenapa dia
tak hubungi aku semula setelah berkali-kali aku cuba menghubunginya namun
gagal. Takkan dia tak nampak
berpuluh-puluh miscalls pada skrin handphone miliknya.
Rhaid keluar
dari biliknya. Pagi-pagi lagi mama dah
sibuk kejutkan dia. Mengingatkan agar
datang ke majlis nikah Miezal. Suasana
yang hingar-bingar dengan saudara mara yang datang yang mengalahkan rombongan
pengantin itu tiba-tiba senyap. Terdengar deruan suara kereta meluncur pergi.
Eh, diorang tinggalkan aku ke?
“Lambatlah
papa ni.” Suara Irina memecah
sunyi. Rhaid tersenyum. Keluarga abangnya masih ada di rumah. Amboi,
masing-masing berpakaian sedondon. Siap
berbaju melayu bersamping. Songkok
hitam. Irdina pula memakai baju kurung
modern dengan corak baju yang menarik berwarna biru. Sama dengan Irina. Mama ni tak beritahu pun nak kena pakai baju
melayu. Aku dengan t-shirt berkolar dan
seluar slack sahaja. Bolehlah. Bukan aku yang nak bernikah.
Radhi
memandu kereta milik Rhaid kerana Rhaid tak pasti arah tuju mereka. Irina dan Irdina duduk di tempat duduk
belakang. Rhaid tak banyak berbicara. Termenung sahaja. Mengingati kembali mimpinya sebelum Subuh
tadi. Malam tadi tergerak hatinya untuk solat
hajat dan solat sunat isiharah, mohon petunjuk dari Allah. Hati dan perasaannya berbelah bahagi saat
ini. Dulu dia kehilangan Irdina. Perlukah dia kehilangan Marissa pula. Tapi, betul ke apa yang Miezal cakap. Entah-entah dia sengaja nak provoke aku. Tapi, perasaan aku pada Marissa bukan atas
dasar provokasi. Aku memang dapat
rasakan dia adalah untuk aku.
“Okey, dah
sampai.” Tiba-tiba terdengar suara Radhi.
Jauh sangat berfikir sampai tak sedar kereta sudah meluncur masuk ke perkarangan
rumah banglo mewah itu. Rhaid tak
faham. Ini bukan rumah Miezal ke? Takkan Miezal nikah kat sini pula. Kalau tak silap katanya nak nikah di masjid.
“Kenapa kita
ke sini? Miezal nikah kat sini ke?”
“Miezal nikah
lepas zohor nanti. Kita ke sini
dulu. Marissa kan nak bertunang pagi ni.” Jelas Radhi.
Rhaid terus menanggalkan tali pinggang keselamatan. Dia segera membuka
pintu.
“Eh,
nanti! Kau nak ke mana ni?” Radhi menghalang Rhaid keluar.
“Pergi majlis
lah.” Jawab Rhaid.
“Kau jangan
buat hal.”
“Hal apa?”
Rhaid tak faham.
“Miezal dah
call aku pagi tadi. Dia call kau tak dapat. Dia dah beritahu aku
pasal kau dan Marissa. Kau jangan buat
hal. Mama dan papa ada kat dalam tu.”
“Miezal
cakap apa?” Rhaid dan tahu.
“Kau nak
halang majlis pertunangan Marissa kan?”
“Apa lagi
dia cakap?” Tanya Rhaid tegas.
“Abang! Rhaid!
Bertenang dulu boleh tak?” Celah
Irdina.
Sementara
itu di dalam rumah Marissa.
“Nak ikat
berapa tahun ni?” Tanya pihak lelaki.
“Kalau ikut
saya malas nak tunggu lama-lama. Kalau
boleh biar sekali dengan abang dia lepas zohor nanti.” Balas ayah Marissa, Haji Khairul.
“Mama!” Tiba-tiba ada satu suara menerpa masuk. Semua
orang memandang ke arah dari mana suara itu datang.
“Maaf, kalau
saya mengganggu majlis ni.”
“Rhaid. Kenapa ni?”
Tanya datin Radhiah.
“Pakcik,
makcik..saya minta maaf.” Rhaid berjalan
menuju ke arah mak dan ayah Marissa.
Marissa yang ada di atas pelamin kecil di ruang tamu itu turut terkejut
dengan kehadiran Rhaid yang meluru itu.
“Saya tak
tahu langsung perancangan mama dan papa saya yang mahu tunangkan saya dengan
Marissa. Sejujurnya saya tak pernah
berniat untuk bertunang dengan Marissa.”
Suasana
hingar seketika. Seisi rumah terkejut.
“Rhaid.” Lirih suara datin Radhiah mendengar pengakuan
anaknya itu.
“Pakcik.” Rhaid duduk berhadapan dengan haji Khairul. Dia memegang tangan orang tua itu.
“Saya memang tak mahu bertunang dengan Marissa. Tapi..... Izinkan saya
nikah dengan anak pakcik. Saya taknak
tunang-tunang ni pakcik. Saya tak kuat
nak hadapi apa-apa dugaan lagi.” Luah
Rhaid. Sekali lagi seisi rumah hingar
bingar. Mereka semua melepas nafas
lega. Haji Khairul mengurut dada.
“Boleh tak
pakcik?” Tanya Rhaid sekali lagi.
“Pakcik rasa
baik Rhaid tanya sendiri dengan Marissa.”
Haji Khairul memberi laluan kepada Rhaid bercakap dengan Marissa yang
sudah pun jatuh airmatanya sebentar tadi.
Rhaid menghampiri Marissa.
“Marissa. Saya tahu saya dah banyak sakitkan hati
awak. Dah banyak buat awak sedih. Dan hari ni buat awak hampir pengsan kan? Saya sayangkan awak. Izinkan saya membahagiakan awak. Kesudian awak sudah cukup untuk membuatkan
saya bahagia. Maafkan saya Marissa. Sudi tak awak menjadi isteri saya? Izinkan saya untuk terus mencintai awak.”
Marissa tak
tahu nak cakap apa. Semua mata tertumpu
ke arahnya. Pastinya mereka ingin
mendengar sendiri jawapan dari mulut Marissa.
Marissa memandang ayahnya yang tidak jauh darinya. Ayahnya tersenyum. Marissa memandang ibunya. Ibunya juga tersenyum. Ternampak pula abang Miezal yang tengah
tersengih di celah-celah saudara mara yang ada di ruang tamu itu. Dengan perlahan Marissa menanggguk. Terdengar suara nafas lega.
Wali sah dah
ada, saksi pun lebih dari cukup. Miezal
meletakkan songkoknya ke kepala Rhaid.
Lalu, akad nikah pun dilafazkan.
Tanpa sebarang persediaan dan latihan, Rhaid dapat menjawab akad dengan
sekali sahaja. Doa diaminkan. Dan sama seperti apa yang dia mimpikan
sebelum subuh tadi, 4 pengantin bersanding di atas pelamin.
“ENCIK
Rhaid, kalau hati kita tak mampu beri jawapan, kita tanyalah pada Allah. Buatlah solat sunat istiharah. Mohon petunjuk dari Allah. Insha Allah, akan ada jawapannya nanti.” Kata-kata Marissa yang pernah mencecah ke
pendengarannya itu terngiang-ngiang malam tadi.
Dan betul, Allah bagi jawapan.
Memang Rhaid dah tekad nak beritahu hal itu pada Marissa tentang
mimpinya. Tidak berniat menghalang
pertunangan sesiapapun. Hanya sekadar
nak memberitahu Marissa perasaannya.
“KAU tak
perlu halang majlis tu. Papa dan mama
datang sini sebab nak merisik Marissa untuk kau dan terus bertunang. Dan Miezal
sendiri pun baru tahu pagi tadi yang adiknya akan ditunangkan dengan kau. Sebab tu dia call aku bila dia tak dapat call kau. Suruh beritahu kau jangan halang majlis ni.” Bicara Radhi sewaktu Rhaid sudah tidak sabar
nak masuk ke rumah Marissa.
Untuk ‘move
on’ kena cari cinta baru. Dan aku dah
jumpa cinta baru. Pengalaman yang lalu
telah mengajar aku untuk lebih menyayangi dan menghargai orang yang aku sayang. I love you my wife. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa
untukku. Aku akan terus
mencintaimu. Cinta lama silakan pergi,
cinta baru kekal lah kau dalam hati.
Kerana HATIKU MILIKMU dan aku akan TERUS MENCINTAI.
21 OGOS 2019
Comments
Post a Comment