Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “

MISI : P. M. I

Hafiy tersenyum. Gadis itu berjalan menuju ke arahnya yang sudah hampir setengah jam menanti di restoran itu. Erina terus duduk di hadapan Hafiy tanpa sempat lelaki itu mempelawanya. Air wajahnya tidak manis. Marah ke? Mungkin. Tak mustahil dia marah. Permintaan Hafiy mungkin keterlaluan. “Baiklah. Saya setuju kahwin dengan awak. Tapi saya ada syarat.” Kata Erina tanpa sebarang mukadimah. Hafiy terkedu seketika. Ingatkan dia datang nak marah-marah. Tapi, lain pula jadinya. “Apa syaratnya?” Tanya Hafiy. “Saya nak awak jaga maruah saya. Hormati saya sebagai isteri, bukan perempuan simpanan. Saya akan jadi tanggungjawab awak.” Jawab Erina. “Hormati aurat saya, maruah saya.” Tambah Erina. Kompang dipalu itu hanya igauan. Majlis ringkas diadakan. Selepas nikah, mereka tak tunggu lama. Selang dua hari, Hafiy membawa isterinya pindah ke rumah banglo mewah miliknya. Tak hairanlah seorang ‘ah long’ seperti Hafiy memiliki rumah yang besar dan mewah seperti ini. Deng

PELUANG KEBAHAGIAAN

Siti Nur Umaira menyerahkan surat perletakan jawatan di atas meja Muhd Nur Azlan. Pertunangan mereka telahpun putus. Siti Nur Umaira tak mahu bekerja di bawah orang yang menuduhnya curang. Membuat tuduhan dan tafsiran tanpa usul periksa. Hakikatnya cintanya sendiri yang dah beralih arah. Muhd Nur Azlan lebih tertumpu pada Diana Hamzah, anak saudara dato’ Hakimi yang baru pulang dari luar negara. Mungkin gaya manja dan seksi itu lebih menarik perhatian Muhd Nur Azlan berbanding keayuan dan kesopanan Siti Nur Umaira yang lebih gemar berbaju kurung dan bertudung kemas. Adakala dia berpakaian elegen namun ianya tetap sopan dan menutup aurat. Ciri-ciri yang pernah menjadi idaman Muhd Nur Azlan itu sudah tidak ada istimewanya lagi di mata Azlan. Hmm…kalau orang dah tak nak, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Muhd Nur Azlan jadi tak tentu arah bila dato’ Hakimi tak mahu Siti Nur Umaira letak jawatan. Dia mendesak Muhd Nur Azlan memujuk Siti Nur Umaira membatalkan niatnya untuk let