Hafiy tersenyum. Gadis itu berjalan menuju ke arahnya yang sudah hampir setengah jam menanti di restoran itu. Erina terus duduk di hadapan Hafiy tanpa sempat lelaki itu mempelawanya. Air wajahnya tidak manis. Marah ke? Mungkin. Tak mustahil dia marah. Permintaan Hafiy mungkin keterlaluan.
“Baiklah. Saya setuju kahwin dengan awak. Tapi saya ada syarat.” Kata Erina tanpa sebarang mukadimah. Hafiy terkedu seketika. Ingatkan dia datang nak marah-marah. Tapi, lain pula jadinya.
“Apa syaratnya?” Tanya Hafiy.
“Saya nak awak jaga maruah saya. Hormati saya sebagai isteri, bukan perempuan simpanan. Saya akan jadi tanggungjawab awak.” Jawab Erina.
“Hormati aurat saya, maruah saya.” Tambah Erina.
Kompang dipalu itu hanya igauan. Majlis ringkas diadakan. Selepas nikah, mereka tak tunggu lama. Selang dua hari, Hafiy membawa isterinya pindah ke rumah banglo mewah miliknya. Tak hairanlah seorang ‘ah long’ seperti Hafiy memiliki rumah yang besar dan mewah seperti ini. Dengan kolam renang di luar dan dalam rumah. Di tingkat atas sekali pun ada satu lagi kolam renang. Dah macam pusat renang pula rumahnya. Ada sebuah bilik yang penuh dengan peralatan untuk ‘workout’. Patutlah sado semacam je suami aku ni. Apalah nasib aku selepas ini.
“Kakak dah gila ke? Kan ayah suruh kakak lari. Kenapa kakak degil sangat?”
“Ayah sepatutnya kumpul duit untuk bayar hutang tu. Bukannya kumpul duit untuk kakak lari. Lepas kakak lari, apa pula nasib ibu dan ayah nanti?” Balas Erina. Pak Adam terdiam.
“Kenapa ayah tak cakap dengan kakak hal ni? Kakak boleh cuba usahakan cari duit nak bayar hutang-hutang tu. Ni, dah terlambat.”
“Kakak sanggup ke nak kahwin dengan orang macam tu?” Celah Mak Senah.
“Kakak lakukan ini semua untuk ibu dan ayah. Untuk keluarga kita. Kakak taknak, kalau kakak lari, mereka datang ganggu keluarga kita. Doakan kakak yer.” Erina menggenggam tangan ibunya. Mak Senah dah mengalirkan airmatanya.
Erina segera menyeka airmatanya. Si Hafiy ni boleh tahan ‘six senth’ dia. Tahu jek apa yang Erina fikirkan dalam hati. Ni kalau nampak dia menangis, ada je soalan yang akan ditanya. Selagi tak dapat jawapan, dia takkan berhenti bertanya. Rimas dibuatnya. Hmmm….peliklah. Kenapalah dia nak sangat nak kahwin dengan aku. Bukan kami pernah kenal pun. Tak dinafikan, layanannya memang first-class. Senyuman dia tu memang boleh buatkan mana-mana gadis cair. Aku jek yang belum cair.
“Jauhnya termenung. Dah siap masak ke?” Tegur Hafiy. Erina tersintak dari satu lamunan yang panjang.
“Dah.” Ringkas saja jawapan Erina. Hafiy tersenyum.
“Saya dah hidang. Tunggu awak turun je.” tambah Erina. Baru je nak tarik kerusi, terdengar bunyi deruan kereta memasuki perkarangan rumah. Dua buah kereta sport berwarna merah dan hijau ‘parking’ di garaj luas di luar rumah. 5 orang lelaki keluar dari kereta itu.
“Awak…” Eh, dah hilang. Tak sempat Hafiy nak cakap apa-apa, Erina dah berlari masuk bilik. Hafiy melangkah ke luar rumah. Orang-orang suruhannya menyapa boss mereka.
“Wah, boss makan sorang-sorang jek.”
“Apahal korang datang ni?” Tanya Hafiy agak serius.
“Boss ni sejak dah kahwin, sombong betul dengan kami.” Usik Rashid.
“Pengantin baru kan.” Usik Hanafi pula.
“Korang ni fahamlah sikit. Aku ni bukan bujang lagi. Suka-suka korang nak serbu jek rumah. Nak datang rumah beritahu dulu. Lagipun sekarang ni, dalam rumah ni ada isteri aku. Kalau nak lepak-lepak dah tak boleh lah.” Bicara Hanafi serius.
“Sorrylah boss. Dah terbiasalah boss. Ok, kami janji tak buat lagi. Sebenarnya kitorang bosan ni boss. Dah seminggu boss tutup office. Kami pun tak tahu nak pergi kutip hutang kat siapa.” Kata Darius pula.
“Alah, biarlah dia orang tu. Ada duit nanti mereka bayarlah. Kau macam tak tahu konsep kita.” Balas Hafiy.
“Tapi, kenapa dengan Pak Adam tu…”
“Shh…” Pantas Hafiy menahan Hanafi dari meneruskan kata-katanya.
“Boss, sedap bau. Isteri boss masak ke?”
“Dah, jom makan. Lepas makan korang semua balik. Apa-apa hal kita bincang kat office nanti. Esok aku datang office. Aku pun nak pergi Jepun seminggu nanti. Banyak benda yang aku nak suruh korang buat.”
Erina duduk di atas katil sambil bermain aplikasi game di handphone nya. Hafiy masuk ke dalam bilik. Hafiy duduk di hujung katil. Matanya memandang isterinya yang tidak berbicara apa-apa sedari tadi.
“Sorry pasal tadi. Budak-budak tu datang main serbu jek. Diorang dah terbiasa macam tu. Diorang ingat saya ni bujang lagi agaknya.”
“Hmm….” Hanya itu respond dari Erina.
“Awak, saya betul-betul minta maaf ni. Saya janji diorang takkan buat macam tu lagi.”
“Yelah.” Balas Erina acuh tak acuh.
“Sorry yer. Makanan yang awak masak tadi tu dah habis. Awak mesti lapar kan? Awak siap-siap, kita makan luar kejap lagi. Tapi, sementara tu….” Hafiy menarik lembut tangan isterinya.
“Nak ke mana ni?” Erina tak faham. Hafiy membawanya ke ruang makan.
“Saya ada goreng telur mata lembu yang tak berapa nak jadi untuk awak. Awak makan tu dulu yer buat alas perut.”
Erina menahan senyum. Ini bukan tak berapa nak jadi. Memang tak jadi pun. Nak kata telur dadar pun bukan. Erina memandang Hafiy yang nampak bersungguh menyuruhnya makan. Sayang juga dia kat aku. Mestilah sayang, kalau tak takkan dia beria sangat nak kahwin dengan aku. Hmmmm…
“Kenapa awak tenung je telur tu? Takde selera yer?” tanya Hafiy.
“Taklah. Saya makan. Kalau kita tak payah keluar boleh tak? Saya penatlah. Dah seminggu ke sana sini. Barang-barang nak ke Jepun pun tak siap pack lagi.” Pinta Erina.
“Tapi, kenyang ke awak makan ni je?”
“ Bolehlah. Lagipun sebelum awak turun tadi saya dah makan sikit dulu tadi.”
“Oooh….mengelat yer.”
“Dah awak tu lambat sangat.” Balas Erina. Hafiy ketawa.
“Okeylah. Suka hati awak ler. Malam nanti je kita keluar. Awak tak payah masak.” Hafiy tak membantah pintaan Erina.
“Awak tak nak makan ke ni? Penat saya masak ni. Sampai terpercik-percik kena minyak panas.”
“Yelah, saya makan. Tak ikut kata, nanti jadi isteri derhaka pulak.” Balas Erina selamba. Hafiy ketawa besar. Erina hanya berkerut dahi. Teruk betul suami aku ni ketawa.
“Awak, saya ada lagi satu permintaan ni.”
“Apa dia?” Erina memandang meminta jawapan.
“Saya nak awak berhenti kerja.” Pinta Hafiy. Erina terdiam.
“Kenapa? Awak tak setuju ke?”
“Bukan macam tu. Saya ni anak sulung. Adik-adik saya semua masih belajar. Saya kena bantu keluarga saya.” Alasan Erina.
“Tentang tu awak jangan risau. Saya akan uruskan semua.”
JEPUN
Teruja melihat bunga sakura yang cantik. Kalau sebelum ini hanya melihat di dalam gambar atau kaca tv. Kini kakinya menjejaki bumi Jepun. Hmm…macam mana dia tahu aku teringin nak ke Jepun yer. Macam stalker pun ada juga suami aku ni. Ke memang dia ‘stalk’ aku selama ni.
“Kenapa termenung ni?” Tegur Hafiy.
“Boleh saya tanya awak sesuatu?” Tanya Erina tanpa menjawab soalan Hafiy.
“Awak nak tanya apa?”
“About you. Siapa awak sebenarnya. Dan kenapa awak beria sangat nak kahwin dengan saya?”
“Because I love you.” Jawab Hafiy pantas.
“Mengarutlah. Bila awak jatuh cinta dengan saya?” Erina tak percaya dengan jawapan Hafiy. Hafiy tertawa kecil.
“Atau awak sebenarnya ada motif lain?”
“Motif lain? Motif apa?” Hafiy tak faham tafsiran Erina.
“Manalah tahu, pasal harta ke? Awak kena kahwin kalau nak dapatkan harta keluarga awak. Dan awak gunakan ayah saya sebab ayah saya berhutang dengan awak. Sebab tu awak ….”
“Stop…stop…awak ni dramatis sungguhlah.” Hafiy ketawa.
“Ini bukan pasal dramatis. Saya cuma nak tahu.”
“Okey, biar saya cerita pasal diri saya dulu. Ibubapa saya meninggal dunia semasa saya sedang belajar di USA. Mereka kemalangan. Dan adik-adik saya turut terkorban sama dalam kemalangan tu. Dan saya satu-satunya waris Dato’ Nasrul yang tinggal. Saya tak perlu apa-apa syarat untuk dapatkan harta tu.” Cerita Hafiy.
“Oooh…dato’ Nasrul. Rasanya saya pernah dengar pasal kemalangan tu. 5 tahun lalu kan? Dan kalau betul awak warisnya, bukan ke arwah ada empayar perniagaan yang sangat besar. Kenapa awak pilih untuk jadi ‘ah long’ pulak?” Erina tak faham. Atau mungkin masih ragu-ragu dengan cerita Hafiy. Hafiy terdiam seketika. Memandang Erina. Dia isteri aku. Kenalah beritahu kan.
“Selepas kemalangan tu, saya rasa ‘down’ sangat. Tak boleh fokus belajar. Saya balik Malaysia. Semua business ada orang jalankan. Dan saya tak bersedia untuk take over syarikat. Saya banyak habiskan masa, baca masalah negara. Then, timbul idea untuk jadi ‘ah long’ yang baik hati.”
“Ah long baik hati?” Erina tak faham. Atau menyindir sebenarnya.
“Saya cuma nak tolong orang melayu kita. Jangan sampai tertindas dengan orang cina. Saya tak kisahpun bila diorang nak bayar.”
“Wait…tapi, dengan ayah saya…” Erina semakin tak percaya dengan cerita Hafiy.
Pak Adam datang ke syarikat kewangan Hafiy dengan harapan dapat meminjam sejumlah wang bagi menampung kos pembedahan anaknya. Gara-gara ditipu syarikat insurans yang tidak bertanggungjawab itu, Pak Adam tiada jalan lain. Lagipun beberapa kenalannya memberitahu syarikat Hafiy tidak mengenakan bunga dan tidak ada tempoh bayaran. Sayangnya, pak Adam tidak ada apa-apa untuk dicagarkan. Kereta pun dah kena tarik minggu lepas.
“Ayah awak merayu nak pinjam duit. Saya ikut dia ke hospital. Masa tu saya nampak awak dalam keadaan tak sedarkan diri. Masa tu saya rasa lain macam.”
“Lain macam?” Erina tak faham lagi.
“Saya rasa tulang rusuk kiri saya bergetar.” Jelas Hafiy. Erina terkedu.
“Saya beritahu ayah awak yang saya akan tanggung segala kos rawatan dan pembedahan. Dengan syarat, awak akan jadi isteri saya lepas awak keluar dari hospital. Dan ayah awak setuju dengan syarat tu.”
“Maksud awak? Ayah saya ‘cagarkan’ saya?”
“Erina, saya taknak awak salah anggap dengan tindakan ayah awak tu. Mungkin dia terpaksa bersetuju kerana dia lebih pentingkan nyawa awak waktu tu. Walaupun hakikatnya saya akan tetap bantu awak kalau dia tak setuju dengan syarat saya tu.” Luah Hafiy.
“Tapi, saya rindukan awak. Bila ayah awak cuba nak bawa awak lari…saya jadi takut. Takut kehilangan orang yang saya sayang.” Tambah Hafiy.
“Kalau betul awak sayang saya. Kalau betul awak cintakan saya. Kenapa awak tak guna cara yang lebih ‘gentleman’? Bukan dengan cara paksa macam ni.”
“Awak rasa terpaksa?”
“Awak rasa?” Balas Erina.
“Jadi awak tak boleh terima saya?”
“Saya dah terima awak sebagai suami saya. Cuma, untuk menyayangi dan mencintai awak, saya perlukan masa.” Jawab Erina.
Alamak, salah ke aku luahkan perasaan aku macam tu kat dia. Asyik termenung saja sejak aku cakap ‘paksa’ tadi. Dia terasa hati ke? Hmm… Memang betul kan? Memang cara dia tu dia paksa aku kahwin dengan dia.
MALAYSIA
Selepas seminggu bercuti di negara Jepun, mereka kembali ke Malaysia. Erina tertidur keletihan. Lagipun dia tidak sihat sejak hari terakhir mereka di Jepun lagi. Perubahan cuaca kot. Tapi, apa yang Hafiy tahu Erina gembira berada di bumi Jepun. Dia tahu, itu salah satu impian isterinya itu. Sejak hari pertama bertemu, Hafiy sudah mula mencari maklumat tentang gadis itu. Jadi apa saja tentang gadis itu sudah ada dalam koceknya.
Erina tersedar dari lena yang panjang. Kepala rasa berat sangat. Terasa ada sesuatu yang melekat di dahinya. Ada tuala basah. Badan pula rasa kesejukan. Sah, mesti aku demam ni. Hmm…selalunya kalau demam, ibu akan letakkan tuala basah di dahi. Dan ibu akan tertidur di sisi katil. Erina membuka matanya. Bukan ibunya, tetapi Hafiy. Alamak, touching plak.
“Awak…” Panggil Erina lembut. Hafiy tersedar.
“Ya, kenapa? Awak nak apa-apa ke?” Tanya Hafiy terkebil-kebil matanya. Hafiy yang terlelap di sisi katil tadi tersedar sebaik terdengar suara Erina memanggilnya.
“Awak baringlah atas katil. Sakit badan awak tidur macam tu.” Suruh Erina. Hafiy tersenyum.
“Kenapa awak tak kejut saya? Dah lama sangat saya tidur ni.”
“Awak tertidur dah macam orang pengsan tadi. Bila nak kejut, saya rasa badan awak panas sangat.” Jelas Hafiy.
“Saya tak solat lagi ni.”
“Jom, saya tolong awak.” Hafiy membantu Erina bangun.
Hafiy memandang isterinya yang baru saja selesai membaca doa selepas solat. Hafiy membantu isterinya meletakkan semula telekung di tempat pergantungannya. Ya, Allah malunya aku. Dalam keadaan yang tidak sihat, isteri aku masih ingat untuk menunaikan solat. Aku yang sihat walafiat ni….
“Awak, esok saya ada urusan kat Melaka dalam 2-3 hari. Awak balik rumah mak ayah awak ye. Saya risaulah nak tinggal awak sorang-sorang kat rumah ni.”
“Hmmm..” Erina mengangguk lemah.
“Lagipun awak pun tak sihat ni.” Tambah Hafiy.
Erina masih merajuk ke? Mak Senah mengetuk pintu bilik. Terdengar suara Erina memanggil masuk. Mak Senah masuk. Dilihat Erina sedang duduk berteleku di atas katil. Dia menyeka airmata. Pasti baru lepas menangis. Sekeras-keras anak sulungnya ini, kalau bertekak dengan ayahnya, memang ego airmatanya. Tapi, masuk bilik, menangis.
“Kakak tak suka ayah buat macam tu.” Alasan Erina bila ibunya bertanya kenapa dia bertekak dengan ayahnya sebentar tadi.
“Walau apapun, Hafiy tu dah jadi suami kakak. Kakak sendiri sedang belajar nak terima dia. Tak boleh ke ayah buat benda yang sama?” Erina meluah rasa tidak puas hatinya kerana ayahnya melayan Hafiy acuh tak acuh. Dan tidak menyambut salam yang dihulurkan kepadanya. Mak Senah tak tahu nak cakap apa. Hakikatnya, dia juga tak setuju dengan tindakan suaminya itu. Perkara ini pun berpunca dari dia juga. Dia sendiri yang ‘cagarkan’ anaknya itu pada Hafiy dulu.
“Mustahil pak Adam. Setahu saya encik Hafiy tu baik orangnya. Sebab tu saya cadangkan syarikat dia pada pak Adam dulu.” Roslan tak percaya bila pak Adam memberitahu Hafiy memaksanya mengahwinkan anaknya dengan dia kerana pak Adam tak dapat melunaskan hutang sebanyak RM100,00.
“Hafiy tu kaya pak Adam. Dia tulah waris tunggal Dato’ Nasrul yang meninggal sekeluarga dalam kemalangan 5 tahun dulu tu.” Celah Hamdan.
“Tak rugi pak Adam bermenantukan dia.” Tambah Hamdan lagi.
Pak Adam meraup wajahnya. Salah ke dia? Inilah yang dia tak suka. Kalau lepas bertekak dengan anak sulungnya itu, dia akan berasa bersalah. Rasa bersalah kerana marah-marah. Rasa bersalah kerana pasti akan membuat anak sulungnya itu menangis. Walaupun Erina tidak pernah menangis depannya, dia tahu, masuk saja bilik pasti dia akan menangis.
***
Turun dari kereta dan Erina mula memandang keliling. Hafiy tersenyum bila dia dapat melihat wajah ceria isterinya. Berada dalam suasana kampung. Itu antara perkara yang Erina suka.
“Cantik tak tempat ni?”
“Cantik. Ini kampung awak ke?” Tanya Erina. Hafiy angguk.
“Arwah mak dan ayah saya berasal di sini. Mereka merantau sana-sini kerja cari duit. Dan bina empayar perniagaan di Johor Bahru.” Cerita Hafiy.
“Jom, pergi rumah kita.” Ajak Hafiy
“Rumah?!”
“Yelah. Takkan kita nak tidur kat kaki bukit ni pulak.” Senda Hafiy. Erina tersenyum.
Lima minit memandu dari tempat itu, mereka tiba di sebuah rumah. Rumah kampung yang diperbuat dari papan berkualiti tinggi. Bolehlah, janji rumah kampung. Erina tersenyum. Memang ini rumah idamannya. Itupun Hafiy tahu.
“Awak, kita mungkin akan lama kat sini. Mungkin sebulan, dua bulan, atau mungkin setahun. Awak tak kisahkan?” Beritahu Hafiy.
“Setahun?” Erina sedikit terkejut.
“Saya ada projek besar kat sini. Kalau projek siap cepat, cepatlah kita balik.” Jelas Hafiy.
“Hmmm…ingatkan kat sini nak bercuti. Rupanya ada kerja.” Rungut Erina manja. Eh, dah kenapa aku ni? Hafiy tertawa kecil.
“Kerja apa pulak?”
“Awak yang cakap ada projek tadi kan?” Ungkit Erina. Hafiy ketawa lagi.
“Habis tu syarikat awak kat JB tu macam mana?”
“Sebenarnya saya dah tutup syarikat kewangan tu.”
“Ooh…ye ke? Habis budak lima orang tu macam mana?”
“Kenapa dengan diorang?” Hafiy tak faham.
“Yelah, diorang kan dah takde kerja.”
“Awak jangan risaulah. Saya dah bagi seorang RM100 ribu. Suruh diorang set up business sendiri.” Jelas Hafiy.
“Marah-marah, sayang juga awak kat diorang ye.” Hafiy tersenyum mengusik.
“Mana ada saya marah.” Nafi Erina. Hafiy ketawa. Eh, suami aku ni. Aku cakap sikit, ketawa. Aku cakap sikit, ketawa.
“Jomlah masuk. Takkan kita nak diri je kat luar ni. Saya dah lapar ni.”
“Asyik lapar je awak ni kan? Kan kita baru makan kat sempadan nak masuk kampung ni tadi.” Erina menggeleng kepala.
“Saya lapar awak.” Gurau Hafiy.
“Jangan nak mengada yer. Saya penat ni.” Balas Erina. Hafiy ketawa besar. Erina berkerut dahi. Ish, ketawa tak ingat dunia.
Kata ada projek besar, tapi dah seminggu asyik memerap kat rumah jek. Ada tak adapun, keluar pergi masjid. Takpun ke Bandar cari barang keperluan. Dia nak buat resort ke kat kampung ni. Ok, jugak. Ada sungai. Rasa macam nak mandi sungai jek.
“Tak bersiap lagi ke?”
“Awak, hari ni saya tak ikutlah. Saya cuti.” Erina memberitahu dia tidak dapat ikut sama ke masjid untuk solat Jemaah maghrib dan isya’ seperti selalu.
“Yelah.” Hafiy tersenyum. Lah, dia nak pergi juga. Ingatkan nak teman aku kat rumah ni. Kau ni Erina, muka saja brutal, tapi penakut juga. Nasib baiklah rumah ni tak jauh dari rumah jiran-jiran. Kalau tak, pasti dia sanggup tunggu Hafiy dalam kereta. Setiap waktu solat, Hafiy mesti akan ke masjid. Tak pernah solat di rumah. Waktu subuh pun dia akan ke masjid.
“Kenapa awak tak pernah nak imamkan saya?” Soal Erina pada suatu hari. Hafiy tersenyum.
“Setiap langkah ke masjid, ada pahala tau.” Jawab Hafiy tanpa menjawab soalan sebenar Erina.
“Tadi, Julia datang. Mereka sekeluarga jemput kita ke majlis tahlil kat rumah dia lepas isya’ malam ni.” Beritahu Erina.
“Awak nak pergi ke?” Tanya Hafiy.
“Ish awak ni! Awak juga yang suruh saya ni bergaul dengan orang kampung. Orang dah jemput, takkan tak nak datang pulak. Bukan jauh sangat pun.”
“Saya hantar awak jelah yer. Saya ada kerja sikit nak buat malam ni.” Hafiy memandang Erina. Erina berkerut dahi. Siang-siang duduk melepak kat rumah, malam-malam ada pulak kerja. Ish, projek apalah agaknya.
“Suka hati awaklah.” Erina tidak membantah.
“Balik takyah amiklah. Nanti saya jalan kaki jek dengan Siti.”
“Suka hati awaklah.” Hafiy mengajuk kata-kata Erina. Erina mencebik. Hafiy ketawa.
“Jangan balik lambat-lambat tau. Orang perempuan ni pantang jumpa kawan, panjang sembangnya nanti.” Pesan Hafiy.
“Ewah, pandai mengata orang perempuan. Awak pun sama eh.” Balas Erina. Hafiy ketawa lagi. Nampaknya Erina dah banyak membalas kata-katanya. Kalau mula-mula dulu, sepatah ditanya, sepatah dijawab.
Erina tak tunggu lama selepas majlis selesai. Dia dah pesan kat Siti tadi, nak balik terus. Taknak singgah bersembang. Hafiy dah pesan suruh balik awal tadi. Siti tak membantah. Siti dan Julia nilah yang jadi kawan baik Erina selama 3 bulan dia di sini. Dari merekalah Erina tahu hal kampung ni.
“Akak lama lagi ke kat kampung ni kak?”
“Kenapa tanya? Tak suka akak kat sini?” tanya Erina tanpa menjawab Siti.
“Ish, akak ni. Ke situ pulak. Best apa akak ada kat sini. Macam-macam budak kampung macam saya ni belajar dari akak. Yelah, saya ni dulu belajar pun setakat SPM jek.”
“Eh, dia pulak yang mengarut ke situ. Tak kisahlah kita belajar sampai manapun. Kalau kita ada niat nak belajar, itu dah cukup baik.”
“Tulah, lepas kita promo produk kampung kita ni kat media sosial, dah banyak tempahan dari luar datang.” Ujar Siti bangga.
“Eh, akak tak jawab lagi soalan Siti.” Ungkit Siti.
“Entahlah Siti, abang Hafiy cakap tunggu projek dia siap. Cepat siap projek, cepatlah kami balik. Kalau lambat, lambatlah kami balik JB.”
“Minta-minta lambatlah projek tu siap.” Siti mengangkat tangan seakan berdoa.
“Hei,…” Erina mencubit. Siti ketawa.
“Abang Hafiy tengah buat projek apa kak?”
“Entahlah. Akak tak pernah tanya pulak.” Erina tak dapat menjawab soalan Siti.
“Ish, akak ni. Ada ke patut dia tak tanya. Buatnya abang Hafiy tengah buat projek nak ‘tambah cawangan’.” Usik Siti.
“Hei, mulut dia!” Marah Erina. Siti ketawa.
“Oooh,,,sayang jugak kata abang Hafiy tu.” Siti mengusik lagi. Gila tak sayang? Suami aku tu. Sayang ke?
“Siti suka tau tengok abang dengan akak. Nampak comel jek. Abang Hafiy tu dah lah caring. Suka buat surprise. Sanggup pulak belajar masak lauk kegemaran akak. Sweet pulak tu. Silap-silap akak boleh dapat diabetis tau.” Komen Siti. Erina tertawa kecil. Memang pun. Sweetest talker.
“Yang paling comel, orang lain husband and wife biasanya, ‘abang-sayang’, ‘you-I’, tapi akak ‘saya-awak’. Comel sangat.” Tambah Siti.
“Kalau dapat suami macam tu, kena paksa pun boleh jadi rela tau.” Siti menambah lagi. Eh, dia ni, macam tau-tau jek.
“Hai, kak…macam takde orang jek rumah akak ni. Abang Hafiy belum balik kot.” Mereka sudah sampai depan rumah. Motor Hafiy takder. Tak balik lagi lah tu.
“Akak nak Siti teman tak?” Siti menawarkan diri untuk menemankan Erina. Bukan dia tak tahu yang Erina ni bukannya pemberani sangat.
“Hmm…takperlah. Mungkin sekejap lagi dia baliklah tu. Nanti, Siti nak balik dah lewat sangat.”
“ Alah setapak jek.” Gurau Siti. Rumah Siti memang tak jauh pun dari rumah Erina. Sepelaung jek.
“Takperlah. Awak tu anak dara. Tak elok keluar malam lama-lama sangat. Pergilah balik.” Erina menghalau. Siti ketawa.
“Yelah Siti balik dulu. Apa-apa hal akak jerit jek.”
“Jangan nak takut-takutkan akak eh?” Marah Erina. Siti ketawa sahaja.
Hampir jam 12 barulah Hafiy balik. Erina sudah terlelap di ruang tamu. Ada secawan kopi terhidang di atas meja. Pasti Erina dah siapkan untuknya. Hafiy duduk mencangkung di hadapan isterinya. Merenung wajah isterinya yang sedang tidur. Erina rasa macam ada tak kena. Dia membuka mata. Aaah…Erina terjerit kecil. Hafiy ditumbuknya geram. Buat terkejut orang jek. Hafiy ketawa.
“Kenapa lambat balik?” Tanya Erina.
“Sorrylah. Tadi singgah minum kopi kat warong Sudin. Lepas tu….”
“Bersembang kan?” Pintas Erina. Hafiy ketawa lagi.
“Pandai kan tadi mengata orang perempuan. Dia pun sama.” Bangkit Erina.
“Awak ni kan. Membebel pun nampak comel.” Usik Hafiy.
“Jangan nak tukar topik yer.” Marah Erina. Hafiy ketawa lagi.
“Janganlah marah. Sebenarnya saya terserempak dengan Harun tadi. Dia nak balik KL dah. Cuma dia risau kedai runcit arwah ayahnya tu. Dia nak jual kedai runcit tu. Tok ketua cadangkan saya yang beli. Ok jugak cadangan tu. Awak pun selalu ngomel bising cakap bosan duduk rumah jek. So, awak bolehlah jaga kedai. Ajak Siti dan Julia kerja dengan awak.”
“Awak serius ke ni?” Erina sudah nampak teruja. Hafiy angguk.
“Oh, ya! Projek besar awak tu apa cerita?” Erina pula bertukar tajuk.
“Ok. Good progress. Perkembangan yang positif.” Jawab Hafiy.
“Awak ni buat projek apa sebenarnya?”
“Adalah.” Hafiy berahsia.
“Projek tambah cawangan ke?”
“Ish, mana ada. Cawangan yang satu ni pun susah nak mengayat tau.” Balas Hafiy. Erina pula yang ketawa. Hafiy memandang pelik.
“Apa?”
“Susah nak nampak awak ketawa macam ni.” Balas Hafiy. Merenung ke anak mata Erina.
“Eh, minum kopi ni. Dah sejuk pun awak kena minum jugak. Pesan kat kita jangan balik lambat, dia yang lambat.” Erina pantas lari dari renungan itu.
“Awak nak ke mana?”
“Pergi tandas. Nak ikut ke?”
“Boleh ke?” Hafiy tersenyum nakal sambil mengangkat kening.
“Jangan nak mengada.” Erina terus berlalu. Ish, tersalah cakap pulak.
Hafiy masuk ke bilik. Erina baru selesai membaca surah al-Mulk. Memang itu amalan Erina setiap kali sebelum tidur. Dan dia dah hafal pun surah tu. Hafiy duduk di sebelah isterinya. Macam nak cakap sesuatu jek. Ke betul dia nak minta izin kahwin lagi satu ni? Dag dig dug jantung dibuatnya.
“Awak ada nak cakap apa-apa ke?” tanya Erina.
“Ingat tak, siang tadi awak ada tanya saya. Kenapa saya tak pernah nak imamkan awak. Dan kalau awak perasan, setiap kali ada majlis tahlil, saya selalu mengelak nak ikut.” Mukadimah Hafiy membuka bicara. Erina setia mendengar.
“Saya pernah beritahu awak kan? Selepas keluarga saya meninggal dunia, saya rasa ‘down’ sangat. Banyak perkara yang saya tinggalkan. Termasuklah solat dan al-quran. Saya merasa syukur sangat awak jadi isteri saya. Awak banyak menyedarkan saya. Masa awak demam, tak larat nak bangun, awak masih ingat untuk solat. Sedangkan saya ni, sihat, tegap, buat tak tahu jek bila masuk waktu solat. Mendengar kemerduan suara awak mengaji, saya jadi malu sangat. Dah terlalu lama saya tinggalkan tu semua. Tolong, ajar saya.” Airmata lelaki itu mengalir. Erina terharu.
“Kita belajar sama-sama yer.” Pujuk Erina. Menyentuh pipi suaminya dengan lembut. Hafiy tersenyum. Sentuhan lembut dari Erina memberinya semangat.
Dah tiga bulan tak dengar khabar berita dari Erina. Dia betul-betul merajuk dengan kata-kata aku ke? Ke rumah tak ada. Ke pejabat pun, rupa-rupanya dah 3 bulan tutup. Pejabat itu dah jadi kedai photostate.
“Itulah abang. Dah tiga bulan baru terfikir nak pujuk budak tu.” Ungkit Mak Senah.
“Tak sangka pulak sampai begitu sekali rajuknya. Dia takde beritahu awak apa-apa ke?”
“Dia cuma beritahu yang dia nak balik kampung Hafiy. Itupun 3 bulan lepas.” Jawab Mak Senah.
“Dia pun nak kemana-mana bukan nak beritahu kita.”
“Dia kan dah ada suami. Mestilah dia kena pentingkan suami dia.” Mak Senah mengingatkan.
“Kakak takder cerita apa-apa ke pasal suami dia tu?” pak Adam ingin tahu.
“Dia ada cakap yang Hafiy ada luahkan perasaan cinta pada dia. Dia cakap yang Hafiy layan dia baik sangat. Cuma dia perlukan masa untuk terima Hafiy tu.” Cerita Mak Senah.
“Dan Kakak dah tahu yang abang sebenarnya ‘cagarkan’ dia untuk dapatkan pinjaman dari Hafiy dulu. Abang sedar tak yang semua ni berpunca dari abang. Abang yang mungkir janji. Hafiy tu cuma nak tuntut janji saja. Mungkin cara dia tu yang nampak memaksa. Mereka dah nikah pun. Sebagai ibubapa kita doa yang baik-baik untuk anak menantu kita.” Sambung mak Senah. Dan pak Adam terus terdiam tanpa apa-apa bicara.
Rutin harian sedikit berubah sejak menjadi ‘boss’ di kedai runcit kampung itu. Hafiy memasang system wifi di kedai itu bagi memudahkan Julia dan Siti menjalankan business on-line mereka. Dua gadis kampung itu sangat teruja bila Erina mengajak mereka bekerja bersamanya. Banyak pembaharuan yang Hafiy dan Erina wujudkan di kedai runcit tersebut. Suasana tempat kerja yang lebih selesa.
“Akak tak balik masak ke hari ni?” Tanya Siti bila dilihat Erina masih di kedai walaupun jam dah pukul 12:30 tengahari. Biasanya seawal 12 tengahari dia dah balik rumah untuk masak, makan dan solat zohor bersama suaminya. Jam dua petang barulah dia akan datang ke kedai. Dan Siti dan Julia pula akan berehat secara bergilir. Hafiy dan Erina pun ada menyediakan bilik rehat yang selesa untuk mereka berehat dan menunaikan solat. Mereka bertiga hanya bertugas di waktu siang sahaja. Bila malam, ada pekerja lain yang akan menjaganya sehingga 11 malam.
“Abang Hafiy takde. Dia ke Bandar. Dia dah cakap tak balik makan tengahari. Dia takde, malaslah akak nak balik. Cuma dia pesan akak balik awal sikit hari ni. Nanti kamu berdua tunggu 3R tu sampai baru balik ye.”
“3R?” Siti tak faham.
“3R tu, budak 3 beradik tulah. Rahim, Rashid and Razlan.” Celah Julia.
“Oooh…pandai akak gelar diorang eh?” Kata Siti.
“Bukan akak yang bagi gelaran tu. Diorang yang gelar diri mereka macam tu.” Nafi Erina.
Sampai saja di rumah, azan asar pun berkumandang. Hmm…motor takder pun. Suruh kita balik awal, tapi dia takde. Mesti sibuk dengan projek besar dia tulah. Erina tidak menunggu masa. Dia terus menunaikan solat asar. Kemudian dia terus menuju ke dapur. Nak masak untuk makan malam nanti. Ada satu nota tertampal di peti ais.
‘TAK PAYAH MASAK TAU HARI INI. KITA MAKAN DI SATU TEMPAT YANG SPECIAL. AWAK SIAP-SIAP, PUKUL 8:00 MALAM NANTI SAYA BALIK JEMPUT AWAK. AWAK TAK PERLU PAKAI CANTIK-CANTIK SANGAT PUN, SEBAB AWAK MEMANG DAH CANTIK.’
Erina tersenyum sendiri membaca nota itu. Tak perlu cantik-cantik yer…pakai kain pelikat jek nanti, baru tahu…Hmmmm…macam dah lama pula tak jumpa suami aku ni. Baru 10 jam kot. Last tadi jumpa 7:30 pagi. Masa sama-sama buka kedai. Alamak, rindu ke?
Suasana yang sangat romantis. Hmm…sempena apa pula ni? Erina tetap tersenyum walaupun dia masih ragu-ragu dengan apa yang Hafiy buat ni. Seharian tak berjumpa, ini ke projek dia.
“Happy anniversary.” Ucap Hafiy. Erina tak faham. Yang ke berapa?
“Happy anniversary yang ke 159 hari.”
“Why 159?” Erina tak faham. Hafiy ketawa.
“Saja nak buat lain dari yang lain. Biasa orang pilih 100 hari. 3 bulan. Tapi, saya nak lain sikit.”
“Okey, tapi mesti ada sebab kan kenapa awak pilih 159 tu.”
“Awak ni memang bijak kan. Tak sia-sia saya paksa awak kahwin dengan saya dulu.” Hafiy tertawa kecil.
“1, 5 dan 9. 1 tu sebab kita ni sama-sama anak no. 1. 5 tu, saya nak 5 orang anak. Dan 9 tu, hari ini tepat 9 bulan saya kenal awak.” Jelas Hafiy. Hmm…nak kata sweet ke tak ni? Kenapalah 9 bulan dulu tak datang mengurat betul-betul? Boleh pulak mention word ‘paksa’. Kacau jek suasana romantis malam ni.
“Thank you for this surprise. Actually, saya pun ada surprise untuk awak.”
“Oh, ye ke? Apa dia?” Hafiy teruja nak tahu. Tiba-tiba wajah Erina berkerut seolah menahan sakit. Dia memegang dadanya di sebelah kiri.
“Eh, kenapa ni?” Hafiy cemas.
“Tak ada apa. Gurau je.” Erina ketawa. Eh, boleh pulak dia main-main.
“Itulah surprise nya.” Erina masih ketawa. Ish, takkan aku nak beritahu dia yang aku kerap sakit dada sejak akhir-akhir ni. Potonglah suasana romantik malam ni. Dah ler dia dah ‘spoil’ dengan perkataan ‘paksa’ tadi.
Erina nampak ‘happy’ sangat malam ni. Dan banyak pula bergurau dan mempersendakan Hafiy, perkara yang jarang berlaku. Biasanya Hafiy yang akan mengusik Erina sampai Erina mengambil tindakan malas nak layan. Dia betul-betul happy atau dia sembunyikan sesuatu dari aku ni.
“Awak nak kopi tak?” Tanya Erina sebaik mereka tiba di rumah. Memang rutin Hafiy minum kopi o panas setiap malam.
“Takperlah. Biar saya buat sendiri. Awak nak minum apa-apa tak?”
“Taknaklah.” Jawab Erina.
“Kalau awak dah mengantuk, tidurlah dulu.”
“Nak tengok tv dulu kejap.” Balas Erina lalu mencapai ‘remote control’ tv.
Lima minit kemudian, Hafiy tiba bersama secawan kopi o panas. Haruman kopi memenuhi ruang tamu rumah itu.
“Tengok cerita masak-masak malam ni.” Ejek Hafiy.
“Resepi Memikat Suami lah.” Balas Erina yang memang sangat meminati Jihan Muse.
“Awak tak payah susah-susah cari rahsia memikat suami. Saya dah lama dah terpikat dengan awak.”
“Sweet talker awak ni eh?” Ejek Erina.
“Dengan awak je.” Kata Hafiy.
“Beranilah awak buat dengan orang lain.” Kata-kata berbaur ugutan.
“Marah? Jealous?”
“Gila tak jealous.” Kata Erina perlahan.
“Hah? Apa dia?” Hafiy tak dengar.
“Minumlah kopi tu.” Suruh Erina. Sengaja beralih topik. Hafiy ketawa. Diapun menghirup kopi yang dibancuh sendiri sebentar tadi.
“Ahh..” Hafiy terjerit kecil.
“Dah kenapa?” Erina tak faham.
“Pahit.”
“Hmm…tak letak gula ke?”
“Awak kan dah manis, ingatkan tengok awak je, kopi ni boleh jadi manis.” Balas Hafiy.
“Mengada eh. Dah, biar saya buatkan yang baru.” Erina bangun dari tempat duduknya.
“Eh, tak payahlah.” Hafiy menarik tangan Erina.
“Dah lewat malam ni. Nanti saya tak boleh tidur. Kalau saya tak boleh tidur, awak yang susah nanti.” Hafiy tersenyum mengusik.
“Gatal eh.” Erina mencubit. Hafiy ketawa.
“Jomlah, tidur.” Erina menarik tangannya dari Hafiy. Hafiy tersenyum lagi.
Gara-gara gurauan yang berpanjangan sehingga lewat pagi, hampir saja mereka terlajak subuh pagi itu. Terlewat sedikit buka kedai pagi itu. Erina tidak pula membebel. Hakikatnya Erina memang sukar nak dengar dia membebel. Suka memendam. Itu yang Hafiy risaukan.
“Mana kak Erina?” Tanya Hafiy bila dilihat isterinya tiada di kaunter sewaktu dia singgah di kedai jam 11 pagi itu.
“Ada rehat kat dalam. Katanya sakit dada.”
“Dah, tu? Kenapa tak beritahu abang?” Tanya Hafiy sedikit cemas. Julia dan Siti ketawa. Hafiy tak faham.
“Kak Erina cakap, tak payah beritahu abang. Dia cakap, nanti abang membebel macam mak nenek.” Jawab Siti. Hafiy tersenyum sambil menggeleng kepala.
“Dah, tu tak reti-reti nak balik berehat kat rumah?”
“Abang Hafiy…kalau abang tahu dia sakit abang dah membebel macam mak nenek. Kalau dia drive dalam keadaan tak sihat tu, agak-agak abang akan membebel tahap apa pulak eh?” Celah Julia.
“Lain kali jangan dengar cakap kakak korang tu.” Pesan Hafiy lalu masuk ke dalam bilik rehat di kedai itu. Erina yang sedang terlena, terasa ada orang sedang memerhatikannya. Dia membuka mata. Terkejut. Mengurut dadanya.
“Jom, kita pergi klinik.”
“Nak buat apa? Sakit sikit jelah.” Erina tak mahu.
“Awak ingat saya tak perasan ya? Saya perasan yang awak selalu sakit dada. Sebelah kiri. Dan sebenarnya semalam awak memang sakit kan? Awak sengaja tahan sakit awak tu.” Ujar Hafiy. Aduai, macam nak tercair pulak ni. Lama Erina terdiam. Memandang suaminya.
“Awak tahu tak kenapa saya kena operation dulu?”
“Saya cuma tahu awak sakit. Tapi, saya tak tahu sakit apa. Ayah awak ada cakap, tapi saya tak fokus pun masa tu. Dah fokus tengok awak je.”
“Stalker apa ni?” Balas Erina mencebik. Hafiy ketawa.
“Saya ada kanser hati. Memang lepas operation tu semua dah okey. Tapi, awak pernah dengar tak yang kanser ni boleh datang balik? Sejak akhir-akhir ni memang saya rasa sakit di bahagian kiri ni. Tempat saya dibedah dulu.”
“Kita ke hospital dulu. Buat pemeriksaan dulu.” Pujuk Hafiy.
“Sebenarnya, ada satu perkara lagi yang saya nak beritahu awak.”
“Apa dia? Cakap je.”
“Dua hari lepas, masa saya pergi melawat kak Ina yang baru lepas bersalin tu, mak bidan Esah tu ada sekali kat situ. Dia offer nak periksa peranakan saya okey ke tak? Lepas tu……”
“Lepas tu apa?” Hafiy tak sabar nak tahu.
“Dia cakap saya dah pregnant. Mungkin dalam dua bulan.”
“This is happy news, kenapa awak tak beritahu saya?”
“Saya memang nak beritahu awak semalam. Tapi, tiba-tiba dada saya sakit. Then, bila fikir-fikir balik, saya takut kalau rawatan kanser tu boleh effect baby kita.” Tiba-tiba airmata rasa nak mengalir.
“Dengar sini sayang. Nyawa awak lebih penting.”
“Tapi, anak kita juga berhak untuk hidup.” Bangkang Erina.
“Kita ke hospital dulu. Please sayang. Saya tak nak tengok awak sakit, sedih macam ni.”
Erina meneliti dokumen tersebut. Memang sah, itu adalah tandatangan ayahnya. Ayahnya mengaku menerima pinjaman sebanyak RM100, 000 dari syarikat kewangan tersebut. Dan ada juga isi perjanjian yang berbunyi bayaran RM100, 000 tersebut akan digandakan sebanyak 500% sekiranya gagal menjelaskan sekurang-kurangnya 50% dalam tempoh 6 bulan.
“Berikan saya masa. Saya akan cuba selesaikan hutang ni secepat mungkin.” Mohon Erina.
“Masa? Dah terlewat cik Erina. Ayah encik cuba langgar perjanjian. Dan saya dapat tahu ada cubaan nak melarikan diri kan?” Tegas Hafiy.
“Jadi, encik nak saya buat apa? Saya sendiri pun baru tahu hal ini. Kalau encik nak saya bayar sekarang, memang saya takde wang sebanyak itu. Paling banyak pun yang ada dalam tangan saya cuma 5000. Itu je yang saya mampu.”
“Macam ni sajalah. Saya ada cadangan yang lebih mudah. Kalau cik Erina setuju, masalah hutang ni boleh selesai dengan sekelip mata saja. Cik Erina senang, keluarga cik Erina pun selamat.” Bicara Hafiy tenang.
“Maksud encik?” Erina tak faham. Takkan dia nak aku jual diri kot.
“Jadi isteri saya.” Jawab Hafiy.
“Encik nak suruh saya jual diri saya?” Erina dah naik berang.
“Jangan salah faham. Saya sebut tadi, isteri. Bukan perempuan simpanan. Isteri, satu ikatan yang sah.”
“Memanglah. Bila saya dah jadi hak awak, awak bolehlah buat apa saja kan?” Erina masih berang.
“Dengar sini. Saya hanya beri cadangan. Kalau cik Erina tak setuju, saya akan teruskan dengan perjanjian yang tertulis dalam dokumen yang saya tunjukkan ni.”
Erina pulang semula ke pejabat selepas bertemu dengan Hafiy sebentar tadi. Mamat sado yang berwajah tampan, hitam manis dengan sedikt kumis dan janggut sejemput itu menghadiahkan senyuman sebaik Erina berdepan dengannya. Terusik jugalah naluri keperempuanannya melihat senyuman yang agak manis itu. Tapi, isi perbincangan mereka yang membuatkan Erina lupa itu semua.
“Jauh termenung. Ingat apa?” Tanya Hakim, teman sepejabat. Erina senyum sahaja.
“Kau ada ‘affair’ yer dengan encik Hafiy tu? Aku nampak kau lunch dengan dia tadi.”
“Kau kenal dia?” Erina terkejut.
“Kenal ler. Aku pernah buat pinjaman dengan dengan syarikat dia. Baik dia tu. Memang niat nak tolong orang melayu.” Cerita Hakim.
“Ya ke?” Erina kurang percaya.
“Aku pinjam RM10,000. Takde cagaran apa-apa pun.” Cerita Hakim lagi.
“So, apa urusan kau dengan dia tadi? Kau nak buat pinjaman ke?” Hakim sibuk nak tahu.
“Taklah. Dia ajak aku kahwin.”…….ish terlepas pulak. Erina menepuk perlahan mulutnya.
“Wah, tahniah!” Ucap Hakim.
“Eh, aku belum setuju lagi ler.” Tegas Erina.
“Kenapa pulak? Bukan kau memang ada hubungan dengan dia ke?”
“Mana ada. Itulah first time kami jumpa. Dia kenalan ayah aku.” Jelas Erina.
“Kau juga selalu pesan kat aku, kalau confuse, minta petunjuk dari Allah. Buatlah solat sunat istikharah. Minta petunjuk. Dan kau juga pernah cakap, pilihan mak ayah ni, berkat.” Balas Hakim.
Aku yakin dengan petunjukMu ya Allah. Sekiranya memang dialah jodoh yang terbaik untukku. Aku redha. Seandainya dia bukan yang terbaik, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik. Selesai solat sunat, Erina melelapkan mata.
Erina membuka matanya perlahan. Hafiy tersenyum. Membantu isterinya yang ingin duduk. Hafiy memanggil doktor. Doktor Rayqal masuk ke dalam bilik kelas VIP itu.
“Semuanya ok. Puan jangan bimbang. Kami dah buat pemeriksaan menyeluruh, dan tidak ada tanda-tanda kanser itu datang balik.” Terang doktor Rayqal.
“Macam mana dengan kandungan saya?” Erina tak sabar nak tahu.
“Alhamdulillah, rawatan tadi tidak ‘effect’ apa-apa pada ‘baby’ puan.” Jawab doktor Rayqal.
“Jadi, kenapa saya selalu sakit dada? Di sebelah hati saya ni.” Tanya Erina.
“Perkara itu saya dah bincangkan dengan suami puan. Nanti, dia akan bantu puan untuk selesaikan masalah itu.” Jawab doktor Rayqal, sedikit berahsia.
Selepas dua hari berehat di hospital, Erina dibenarkan pulang ke rumah. Aaah…rindunya kat katil sendiri. Dengan suami di sisi. Bukan dengan melihat suami yang terpaksa baring di atas sofa. Atau kadang-kadang duduk di atas kerusi di sebelah katilnya.
“Rindunya kat katil ni.” Erina terus baring ke atas katil. Mencium harum bau bantalnya. Hafiy ketawa. Dia duduk di birai katil. Erina memandang suaminya.
“Terima kasih sebab jaga saya kat hospital.” Ucap Erina.
“Buat apa nak berterima kasih. Dah memang tanggungjawab saya kan.” Balas Hafiy.
“Awak, awak tak beritahu lagi apa yang doktor cakap kenapa saya selalu sakit dada.” Ungkit Erina. Hafiy tersenyum. Dia bangun dari birai katil dan duduk di sebelah isterinya.
“Doktor cakap, awak ni banyak sangat pendam perasaan dalam hati awak ni. Mungkin rasa sakit hati, atau mungkin juga rasa rindu yang sangat ‘deep’.” Beritahu Hafiy. Erina terdiam.
“Dah hampir 6 bulan awak jadi isteri saya. Awak masih simpan rasa sakit hati ke? Awak masih marah saya paksa awak kahwin dengan saya?” Hafiy memandang tepat ke anak mata isterinya.
“Saya tak pernah marah pun awak paksa saya kahwin dengan awak. Dan saya sendiri pun rela jadi isteri awak. Allah dah beri petunjuk, awaklah jodoh saya.” Nafi Erina.
“Saya cuma marah bila awak tak gunakan cara yang lebih gentleman untuk dapatkan saya.” Tambah Erina.
“Kalau awak takde simpan rasa sakit hati. Awak rindukan siapa?” Hafiy ingin tahu. Erina diam sahaja.
“Please sayang. Lagi awak simpan, nanti dada awak makin sakit. Saya suami awak. Please, share with me. Kalau ada apa-apa yang awak tak suka, awak beritahu saya.” Hafiy menatap mengharap.
“Saya rindukan keluarga saya. Saya rindukan kereta saya. Saya rindukan kawan-kawan saya. Saya rindukan Johor Bahru. Rindukan rumah saya. Dan yang paling saya rindu…………” Luahan Erina terhenti. Hafiy menanti Erina meneruskannya.
“Kan awak pernah cakap, selagi projek awak tu tak selesai, awak takkan tinggalkan Melaka ni. Saya taknaklah susahkan awak nak kena hantar saya balik. Sebagai isteri awak, saya memilih untuk sentiasa berada bersama awak, kerana itu memang tanggungjawab saya.” Tambah Erina. Hafiy memandang terharu. Kerana terlalu menjaga hatinya, Erina memendam rasa rindu yang mendalam.
“Esok kita balik JB yer.”
“Tapi, projek awak macam mana?” Tanya Erina.
“Tak apa, yang itu lambat-lambat pun tak per. Saya tak nak tengok awak sakit. Saya tak tidur malam fikirkan hal ni.”
Hmm…tak sabarnya nak jumpa ayah dan ibu. Mesti ibu risau kan. Aku pun selama di sini tak pernah pun hubungi mereka. Berdesing sedikit telinga mendengar bebelan Hafiy bila dapat tahu Erina langsung tak menghubungi keluarganya. Gara-gara merajuk. Rasa macam dia pulak puncanya.
“Kak Erina!” Terdengar satu suara menjerit dari luar rumah. Macam suara Siti. Hai, kan dah kata aku tak masuk kedai hari ini. Erina menyarung tudung yang tersangkut di dinding. Menjengah ke tingkap.
“Kenapa kau ni?” Erina pelik. Cemas semacam jek Siti ni.
“Abang Hafiy accident.” Beritahu Siti.
Nak gugur jantung mendengar berita itu. Tak mungkin. Erina hampir nak pitam. Segera Siti berlari masuk ke dalam rumah Erina. Mujurlah pintu tak berkunci.
Hafiy terdengar ada satu tangisan di sebelah telinganya. Hafiy membuka matanya. Erina sedang menangis. Alahai, sayang aku ni.
“Erina, kenapa ni?”
“Takde apa.” Erina segera menyeka airmatanya.
“Eih,,,kan saya dah cakap. Jangan pendam apa-apa pun dari saya.” Hafiy mengingatkan.
“Saya sedih.” Luah Erina.
“Sedih kenapa?”
“Sedihlah. Bila saya sakit, awak jaga saya. Tapi, bila awak sakit, saya tak tahu nak buat apa.” Erina menangis juga.
“Luka sikit je ni. Sayang juga awak kat saya yer.”
“Mestilah sayang. Awak tu suami saya. Ayah kepada bakal anak kita ni.”
“Okey, saya janji saya akan jaga diri saya. Saya taknak tengok awak sedih-sedih macam ni.”
“Jangan awak nak sorok-sorok kalau awak sakit yer.” Erina memberi amaran. Hafiy angkat tangan tanda berjanji.
“Saya rasa kita dah boleh balik JB lah.”
“Kenapa? Awak taknak teruskan projek besar awak tu?”
“Jom tidur.” Hafiy tidak menjawab soalan Erina.
Erina melangkah masuk ke rumah itu. Rumah yang amat dirinduinya. Teringat telur mata tak berapa nak jadi yang pernah dibuat oleh Hafiy untuknya. Erina tersenyum. Hafiy tiba-tiba memeluk dari belakang.
“Ayat awak tergantung. Apa lagi yang awak rindukan sebenarnya?” Tanya Hafiy. Erina tersenyum. Memusingkan badannya mengadap Hafiy.
“Rumah ini. Rumah kita.” Jawab Erina jujur.
“Sebab di rumah inilah saya jatuh cinta pada awak.” Luah Erina ikhlas. Hafiy tersenyum bahagia.
“Ya ke? Sejak bila?” tanya Hafiy ingin tahu.
“Entahlah. Mungkin masa awak masakkan telur yang tak jadi tu. Atau mungkin masa awak jaga saya sakit. Mungkin juga masa awak terasa hati, bila saya cakap awak paksa saya kahwin dengan awak. Atau mungkin masa awak tunaikan janji awak untuk jaga kebajikan keluarga saya. Atau mungkin perasaan tu sebenarnya memang dah ada sejak saya setuju bernikah dengan awak.” Luah Erina sambil tersenyum bahagia.
“Kenapa awak tak pernah beritahu saya?”
“Eih, awak ingat orang lelaki je ada ego. Orang perempuan pun ada ego jugak.” Balas Erina. Hafiy tersenyum lagi.
“Bila awak nangis-nangis dua malam lepas, saya tahu misi saya dah berjaya. Projek saya dah menjadi.” Bicara Hafiy pula.
“Misi? Projek apa tu?” Erina tak faham.
“Misi P.M.I.” Jawab Hafiy.
“Apa maksud P.M.I tu?”
“Projek memikat isteri.” Jawab Hafiy. Erina tertawa kecil. Bahagia.
31.05.2016
Comments
Post a Comment