Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

RESEPI BERKASIH

Iman Zulaikha baru sahaja tiba di pejabat. Jam di dinding menunjukkan dah pukul 8:15 pagi. Terlewat 15 minit hari ini. Syakila menghampiri sahabat baik yang dikenali sejak zaman universiti lagi. "Amboi! Semalam EL, hari ni lambat pulak. Lain macam jek kawan aku ni." Usik Syakila. Iman tersenyum. "Apahal tiba-tiba cuti semalam? Kata BFF." "Sorrylah beb. It was unplanned." Balas Iman. Dia menunjukkan cincin di jarinya. Syakila ternganga. "Kau dah nikah ke?" Teka Syakila. "Belum lagi lah. Bertunang jek." "Serius? Dengan siapa? Abang kau carikan ke?" Tak sabar Syakila nak tau. "Kau ingat tak aku cerita dengan kau pasal classmate aku dulu tu?" "Yang kau jumpa balik after 10 years tu. Kat sini kan kau jumpa?" "Yelah, masa tu semua orang dah balik. Tinggal encik Hafiy dengan boss jek tunggu dia." "Aku balik office semula sebab nak amik handphone." Sambung Iman. "Ok, enough abou