Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

PELUANG KEDUA (samb. Satu Peluang)

 Haiqal Azran pulang awal seperti yang dijanjikan. Isterinya yang tidak ke butik hari ini menanti dengan penuh kesabaran.   Suaminya dah mengingatkan jangan buat apa-apa kerja.   Duduk berehat sahaja di rumah.   Sejak disahkan hamil 5 bulan lalu, Eyra hanya akan ke butik 3 atau 4 hari sahaja dalam seminggu.   Kalau ada banyak urusan barulah dia kerap ke butik.   Maklumlah, mengandung anak pertama ni macam-macam ragam.   Bukan ragam si isteri, tapi ragam si suami yang kalau boleh mahu isterinya duduk berehat sahaja di rumah.   Memandangkan si isteri sering merungut bosan bersendirian tanpa buat apa-apa, Haiqal izinkan juga isterinya ke butik kalau dia mahu.   Dengan syarat, dia sendiri yang akan menghantar dan menjemput. “Cheese cake yang sayang nak abang dah letak dalam peti ais.   Tapi abang beli yang less-sugar.”   Begitulah Haiqal, dia akan tunaikan apa sahaja yang isterinya teringin nak makan.   Tapi, mesti ada sahaja ‘tapi’nya. Alhamdulillah, selepas ‘bertarung’ dengan kee