Skip to main content

PELUANG KEDUA (samb. Satu Peluang)


 Haiqal Azran pulang awal seperti yang dijanjikan. Isterinya yang tidak ke butik hari ini menanti dengan penuh kesabaran.  Suaminya dah mengingatkan jangan buat apa-apa kerja.  Duduk berehat sahaja di rumah.  Sejak disahkan hamil 5 bulan lalu, Eyra hanya akan ke butik 3 atau 4 hari sahaja dalam seminggu.  Kalau ada banyak urusan barulah dia kerap ke butik.  Maklumlah, mengandung anak pertama ni macam-macam ragam.  Bukan ragam si isteri, tapi ragam si suami yang kalau boleh mahu isterinya duduk berehat sahaja di rumah.  Memandangkan si isteri sering merungut bosan bersendirian tanpa buat apa-apa, Haiqal izinkan juga isterinya ke butik kalau dia mahu.  Dengan syarat, dia sendiri yang akan menghantar dan menjemput.
“Cheese cake yang sayang nak abang dah letak dalam peti ais.  Tapi abang beli yang less-sugar.”  Begitulah Haiqal, dia akan tunaikan apa sahaja yang isterinya teringin nak makan.  Tapi, mesti ada sahaja ‘tapi’nya.

Alhamdulillah, selepas ‘bertarung’ dengan keegoaan masing-masing, pasangan suami isteri ini sentiasa ditemani ceria, bahagia, tawa gembira, dan usikan manja.  Letih melayan si suami yang memang hakikat sebenarnya seorang yang sangat manja dan mengada-ngada. Eyra sabar sahaja melayan karenah suaminya.
“Sayang, tadi mama datang office.”  Haiqal membuka cerita malam itu.  Eyra diam sahaja.  Hanya menunggu suaminya meneruskan bicara.
“Abang tahu, sayang masih tak bersedia lagi kan nak jumpa keluarga abang. Tapi, tak salah kan kalau kita mengalah.  Kita bagi peluang pada mama.  Walau macam manapun, dia tetap mama abang.”  Bicara Haiqal perlahan. Eyra terdiam lagi.  Hakikatnya dia tidak pernah menghalang suaminya itu bertemu keluarganya. 

Mama cakap….
“Maaf mama. Abang Long sibuk sikit uruskan syarikat papa.  Bukan niat Abang Long nak abaikan keluarga.”
“Mama tahu.  Along banyak kecik hati dengan mama dan adik-adik kan?”  Balas datin Raudhah.
“Along, mungkin selama ni mama tak pernah berikan kasih sayang sebagai mama pada Along.  Tapi mama hormat keputusan arwah papa.  Mama tahu yang papa sebenarnya tak pernah kahwin pun dengan Eyra tu kan?”
“Mama tahu?”  Haiqal terkejut.
“Mama memang dah agak.  Tapi, mama malas nak bangkitkan hal ini.  Mama kenal suami mama.  Cuma mama gagal jadi isteri yang baik untuk dia dulu.”  Datin Raudhah mengalirkan airmata.
“Along.  Mama nak jumpa menantu mama.  Mama nak berterima kasih padanya kerana dah tolong jaga papa.  Mama banyak abaikan papa. Mama gagal didik anak-anak mama.  Mama harap sangat dapat jumpa Eyra.”  Sambung datin Raudhah.

Eyra masih lagi tidak memberi jawapan.  Tak tahu nak cakap macam mana.  Ibu pernah cakap, kalau kita rasa teraniaya, kita jangan aniaya orang tu balik.  Orang buat baik, kita balas dengan baik.  Orang buat jahat pun, kita balas dengan baik.  Tak.  Aku tak cakap pun mama jahat.  Mama sangat menghormati aku sebagai seorang perempuan.  Dia yang beriya nak juga adakan majlis resepsi kami di pihak keluarganya biarpun anak-anaknya yang lain menentang keras.  Perkahwinan adalah satu perkara yang perlu diwar-warkan bagi mengelak fitnah.

“Eyra takut.”  Eyra akhirnya bersuara.
“Takut kenapa?”  Haiqal tak faham.
“Takut kalau-kalau mama tak boleh terima Eyra.  Ibu pun dah tanya banyak kali, dah pergi belum rumah mertua.  Dan dah banyak kali Eyra tipu ibu.  Tapi, ibu tahu.  Sebab ibu dah faham sangat getaran suara Eyra kalau Eyra menipu.”  Luah Eyra Syadira.
“Kita jumpa mama ya?”  Pujuk Haiqal.
“Boleh tak kalau kita tak jumpa di rumah mama? Please.  Eyra tak ready lagi nak berdepan dengan adik-adik abang. Kita bawa mama ke rumah lama Eyra tu.  Kan dah siap renovation.  Lepas kita pindah.  Boleh?”
“Baiklah sayang.”  Haiqal akur kehendak isteri.
Eyra Syadira ke butik pada hari berikutnya.  Menurut Najwa ada orang penting yang nak jumpa. Nak tempah pakej pakaian pengantin.  Pelik juga, butik Eyra bukannya butik pengantin.  Eyra hanya akan buatkan ‘design’ dan sekiranya pelanggan setuju dengan rekaan itu barulah dia akan membuat pakaian pengantin.  Pendek kata, pakaian pengantin bukanlah produk utama butiknya.

“Tak baik kau buat mak mertua kau macam tu.  Kesian dia.”  Komen Najwa sebaik Eyra menceritakan tentang niat datin Raudhah yang ingin bertemu dengannya.  Bukannya Eyra tak mahu jumpa.  Dia cuma menangguhkan waktu sahaja.
“So, bila pelanggan penting yang kau cakap tu nak datang?  Aku sempatlah juga buat beberapa design baju pengantin muslimah yang kau cakap tu.”  Eyra terus menukar topik.  Dia mengeluarkan sketch book dari beg kerjanya.
"Sekejap lagi kot sampai. Kenapa? Tak sabar nak balik rumah ea?"
"Hmm..memangpun."
"Kata bosan duduk rumah sorang-sorang." Ungkit Najwa.
"Haha!" Eyra ketawa.
Terdengar pintu bilik diketuk. Najwa memanggil masuk. Noreen memberitahu tetamu yang dinanti telah sampai. Najwa mengarahkan Noreen membawa tetamu itu ke bilik perbincangan.

"Puan Qaisarah!" Eyra terjerit kecil. Teruja menerima kunjungan 'sifu'nya itu. Inilah orang pertama yang menyedari bakatnya dalam bidang fesyen. Wanita inilah yang memberinya semangat untuk melibatkan diri dengan dunia fesyen secara serius.

"Saya tak ajar awak apa-apapun Eyra. Ini adalah bakat semulajadi awak." Antara kata-kata yang pernah diungkapkan padanya. Eyra memang sangat teruja.
Eyra Syadira sangat minat melukis. Bila ada masa lapang, atau waktu rehat dia akan melukis atas sketch book yang sentiasa ada dalam beg sandangnya. Lepas SPM dulu, pelbagai kerja Eyra buat. Part time di hotel, part time di butik, kerja di stesen minyak. Namun, dia tidak pernah abaikan rutinnya yang akan menjadi sukarelawan di rumah-rumah kebajikan setiap selang dua minggu. Dan di situlah Eyra mengenali dato Amri dengan lebih dekat lagi.

"Bila kahwin ni? Tahu-tahu dah berisi dah."
"Masa tu puan pergi umrah. Lagipun last minute plan." Alasan Eyra.

"Mesti Eyra dah ready design baju pengantin tu kan?"  Tebak puan Qaisarah. Dia faham cara Eyra bekerja. Pantas dan efisyen.
"Bakal pengantin tak datang ke?" Tanya Eyra sambil membuka sketch book miliknya.
"Wow! Cantiknya." Puan Qaisara sangat teruja.
"Memang tak salah pilihan saya. Sekejap lagi bakal menantu saya tu sampai. Saya sebut saja nama butik ni bukan main happy lagi dia tau. Dia tu peminat tegar Syadira Collections."
"Dia selalu ke sini ke?"
"Dia selalu ke cawangan Shah Alam. Dia baru tahu yang founder Syadira Collections tu kat sini. Tu yang dia teruja sangat bila saya beritahu yang saya kenal Eyra." Cerita puan Qaisara.
Eyra tersenyum. Tak sangka pula ada peminat.
Ayshah Afrina. Eyra terkedu seketika. Rupa-rupanya bakal menantu puan Qaisarah tu adalah adik iparnya sendiri.

"Apa khabar kak Long?" Sapa Ayshah. Masih terkedu, apatah lagi mendengar panggilan 'kak Long'. Tidak dinafikan cara Ayshah memang tak sama dengan adik dan kakaknya.
"Ayshah kenal ke?"
"Mestilah kenal anty. Inilah isteri abang Haiqal."
"Patutlah masa tengok gambar pengantin hari tu rasa macam kenal. Masa wedding Eyra saya di Mekah. Eyra pun tau-tau je dah pregnant. Kalau kakak ipar sendiri, takkan tak tau yang Eyra ni founder Syadira Collections?" Puan Qaisarah hairan.
"Seganlah anty. Belum setahun pun jadi adik ipar. Ayshah tak tau pulak yang kak Long ada pakej pakaian pengantin."
"Tu bukan produk utama kami. Kalau ada request, baru puan Eyra buat design baju pengantin. Dan kat sini memang kena terus beli." Celah Najwa yang tahu kawan baiknya itu masih terkedu dengan kehadiran adik iparnya itu. Ini pasti yang no.3. Eyra pernah cerita, yang dia ni sahaja yang cakap baik-baik sewaktu meminta dia berkahwin dengan Haiqal dulu.

Setelah mendapat keizinan suaminya, Eyra setuju untuk makan tengahari bersama puan Qaisarah, Ayshah dan Rushdee, anak puan Qaisarah.
"Eyra, sorry. I've to go. Lori yang bawa barang saya dari airport accident. Saya nak kena ke lokasi sekarang."
"Rushdee teman mama. Ayshah teman kak Long ya." Rushdee bangun dan mengikut mamanya.

Keadaan bisu seketika. Tak tahu nak mulakan macam mana. Makanan telah terhidang di hadapan mata. Mereka masih membisu. Perlukah aku yang memulakan. Inilah peluang kau berbaik dengan keluarga suami kau.
"Kak Long masih marahkan kami ke?" Ayshah akhirnya memulakan bicara.
"Kak Long kecik hati kan dengan kata-kata adik beradik Ayshah?" Soal Ayshah lagi.
"Mama teringin sangat nak jumpa kak Long. Tapi along cakap, kena tunggu kak Long betul-betul dah bersedia." Sambung Ayshah.
"Akak tak boleh maafkan kami ke? Tak boleh ke kak Long berikan kami peluang kedua?"
 Peluang kedua? Sewaktu hari pembacaan wasiat, teruk aku dihina, dimaki dan dicaci. Dituduh sebagai, perampas, pemusnah dan pisau cukur. Aaahhh...berat tuduhan tu. Aku telan demi Dato' Amri. Tak cukup hari itu, hampir setiap hari mereka akan hubungi aku dan memaksa aku kahwin.

"Sayang kenapa ni? Dari butik tadi sayang diam je." Tegur si suami yang risau melihat isterinya yang langsung tidak tersenyum sejak dijemput dari butik lagi.
"Takde apa." Jawab Eyra ringkas.
"Sayang, jangan macam ni. Abang risaulah sayang. Ayshah ada cakap apa-apa yang sakitkan hati sayang ke?" Haiqal sudah membuat andaian yang bukan-bukan. Eyra menggeleng. Entah mengapa mudah sangat dia mengalirkan airmata. Eyra terus memeluk suaminya, dan dia tak mahu bicara apa-apa.
"Eyra rindu ibu. Kita balik kampung." Pinta Eyra. Haiqal angguk setuju.
Selain Najwa, ibulah orang yang paling banyak menyimpan rahsianya. Orang yang mampu buatkan hatinya yang gundah kembali berbunga. Sejak umurnya 5 tahun lagi ibu dah jaga dia. Masa tu ibu sedang mengandungkan anak sulungnya. Pada ibulah Eyra menumpang kasih.

"Alhamdulillah. Diam-diam je ye. Tau-tau dah memboyot dah anak ibu ni. Nampak sangat kan dah lama tak balik kan?"
"Sorrylah ibu. Menantu ibu ni yang sibuk sangat." Eyra mengerling ke arah si suami.
"Ni pun kena merajuk dulu ibu baru dapat balik kampung."
"Dah pandai merajuk anak ibu ni." Usik ibunya, Hajah Ruziah.
"Pembawaan lah tu. Haiqal yang pening ibu." Celah Haiqal.
"Ibu, Eyra nak ke dapur sekejap. Nak buatkan abang air."
"Eh, tak payah susah-susah sayang. Kita dah minum tadi kan? Takpe, kalau abang nak minum, abang ambil sendiri. Kan ibu dah cakap, buat macam rumah sendiri." Pantas Haiqal menghalang isterinya bangun.
"Abang tak nak, Eyra nak."
"Biar abang ambilkan." Pelawa Haiqal.
"Taknaklah. Nanti entah apa air abang ambil. Abang kan suka main-mainkan Eyra." Eyra tidak peduli pelawaan suaminya. Terus dia bangun dan bergerak ke dapur. Haiqal nak mengikut tapi Eyra menghalang.
"Biarlah dia Qal. Dah katanya kuat lagi. Orang pregnant macam tulah. Kena tahan sikit kalau nak jadi suami ni. Perangai tak menentu. Eyra tu jarang macam tu."
"Risau Haiqal ibu. Kuat sangat merajuk. Kadang-kadang tu, Haiqal tak tahu dia rajuk apa. Bila dipujuk, mulalah mengalir airmata. Tapi, tak juga dia cakap kenapa."
 "Takde apalah tu. Saja je tu nak bermanja. Dia tu suka memanjakan adik-adik dia. Dan tidak pulak memanjakan diri dengan sesiapa walaupun dia sangat rapat dengan ibu. Jadi, sekarang ni dah ada suami, dia naklah dimanjakan. Tambah-tambah lagi tengah mengandung ni kan." Hujah ibu Eyra. Eyra dari kecil lagi dah pandai berdikari. Umur 6 tahun dah pandai jaga adik. Tak pernah merengek nak itu ini. Ibu kandungnya meninggal dunia bersama adiknya yang ada dalam kandungan. Masih ingat lagi bagaimana ibu & ibu kandung Eyra berjanji nak letak nama pada anak masing-masing.

"Dah fikirkan nama untuk baby?" Tanya ibu, sekaligus beralih topik perbualan.
"Tak lagi ibu. Eyra cakap nak letak nama arwah adiknya. Nak tunaikan hasrat arwah ibu kandungnya. Itupun kalau dapat baby lelaki." Jawab Haiqal. Ibu Eyra tersenyum.
"Rumah lama Eyra tu macam mana? Dah siap renovate dah?"
"Dah ibu. Insha Allah, kalau takder apa, seminggu dua lagi dah boleh pindah. Tapi, mama bising, dia cakap nanti kesian Eyra. Dahlah mengandung, nak pindah rumah ni bukan sehari dua penatnya. Barang-barang Eyra tu dahlah banyak."
 Alhamdulillah kak Zah. Anak akak dah bahagia sekarang. Saya yakin Haiqal mampu menjaga Eyra dengan baik. Walaupun dah bersuami dia tak pernah lupa kami sekeluarga. Adik-adik dia takut kalau kakaknya lupakan keluarga ni.

"Ayah dan ibu dah beri peluang pada kak Long merasa hidup berkeluarga. Tak mungkin Kak Long lupa semua tu."

 Jauh datin Raudhah termenung. Teringatkan arwah suami yang sudah setahun lebih meninggalkannya. Rasa sedih mengenangkan silap sendiri yang mudah sangat melepaskan tanggungjawab. Rasa bersalah kerana membiarkan sahaja anak-anak menganiaya Eyra. Sekurang-kurangnya ketegasannya mengadakan majlis resepsi mereka adalah satu-satunya kebaikan yang dia lakukan.

Sewaktu datang merisik bermanis wajah, biarpun dalam hati memberontak marah. Eyra. Eyra masih marahkan mama? Cepat betul mama tinggalkan majlis di kampung hampir setahun yang lalu. Mesti Eyra tak tahu nak jawab apa pada ayah dan ibu.

 "Mama nak kamu pindah rumah sendiri."
"Kenapa pulak ni mama? Tiba-tiba je?" Azra tak faham.
 "Dah 4 tahun korang kahwin. Bila lagi nak berdikari? Masak untuk anak-anak dan suami." Ungkit datin Raudhah.
"Mesti pasal kak Long kan sebenarnya?" Tebak Azra.
"Kalau tak kerana itupun memang dah patut pun kamu berdua pindah. Ayshah pun dah nak kahwin. Dia pun dah mula berdikari."
“Kalau kami ada kat sini, kak Long takkan datang sini kan? Itu yang mama fikirkan kan?”  Tafsir Aqma.
“Aqma memang takde rasa bersalah ke?”  Tegas datin Raudhah tanpa menjawab soalan anaknya itu.
“Selepas dia tunaikan apa yang kita nak, Angah masih lagi ganggu dia.  Ugut dan gertak dia macam-macam.  Sampaikan dia nak tinggalkan abang Haiqal.”  Ungkit datin Raudhah.  Aqma terdiam.
“Kami dah cuba jumpa dia di butik.  Kami tak dibenarkan masuk.”  Azra bersuara.
“Mesti ada sebab kan dia buat macam tu.  Cuba kamu berdua cerita dengan mama, apa yang kau orang dah buat?”  Datin Raudhah memandang tepat ke wajah Aqma dan Azra yang duduk berhadapan dengannnya.  Azra dah tunduk.  Aqma tiada jawapan.
“Kalau kamu berdua bersungguh, kena ada usaha.  Kalau mama jadi Eyra pun, mungkin mama akan buat hal yang sama.”  Sambung datin Raudhah.
“Kalau tak dapat masuk butik, jumpa kat rumah.  Datang masa Along ada di rumah.”  Saran datin Raudhah.

Sejak kejadian serangan 6 bulan lepas, memang Najwa telah mengeluarkan arahan kepada dua orang pengawal keselamatan di butik dua tingkat itu tidak membenarkan Aqma dan Azra masuk ke premis perniagaan mereka. Eyra akur kehendak itu, lagipun dia sendiripun tak bersedia lagi berhadapan dengan mereka. 

Bila ditanya, dia tak jawab.  Jika didesak, nanti merajuk.  Bila dipujuk, dia mengalirkan airmata.  Ditanya kenapa, pasti tiada jawapan.  Sudahnya Haiqal biarkan sahaja insan kesayangannya itu menangis dalam pelukannya.  Sebab itulah Haiqal tak mahu bertanya lebih-lebih.  Dia tak mahu isterinya bersedih. Namun dalam masa yang sama dia mahu menjernihkan suasana.  Memang mereka sangat menyesal setelah mengetahui hal sebenarnya.  Malu dengan diri sendiri pun ya juga.  Termasuklah dirinya sendiri.

“Sayang.  Dah makan?”  Soalan pertama Haiqal sebaik balik dari pejabat.
“Belum.  Tunggu abanglah.  Tak beritahu pun balik lambat hari ni.” Terdengar nada rajuk pada suara itu.
“Sorry sayang.  Abang dah nak balik tadi, Amir call.  Katanya ada problem kat port Klang.  Abang terus pecut ke sana?”
“Pecut?! So, masalah tu lebih penting dari nyawa abang ke?”
“Sayang, bukan tu maksud abang.  Maksud abang, abang terus gerak ke sana.”  Haiqal segera menafikan tanggapan isterinya itu.
“Dah, jom kita makan.”  Haiqal menarik lembut tangan isterinya yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu itu.
“Hai, baby!  Meragam tak hari ni?”  Haiqal melekapkan telinganya ke perut Eyra. Eyra tergelak kecil.  Haiqal tersenyum melihat isterinya gembira.  Teringat perbualan dengan ibu Eyra dua minggu lepas sewaktu pulang ke kampung.

Mungkin sebab dia sedang mengandung.  Yalah, setiap orang lain ragamnya.  Mungkin si Eyra ni sikapnya berubah dari seorang yang sangat lembut hati menjadi seorang yang sangat sensitif.  Dan mungkin juga keras hati.  Perahsia itu memang sikapnya.  Tak suka bercerita tentang susah dia.
"Jaga anak ibu baik-baik ye. Haiqal kena banyak sabar. Jangan paksa-paksa dia. Tunggu je. Insha Allah lembutlah hati dia tu nanti. Eyra ni ada sikap 'over protective'. Mungkin dia terlalu menjaga diri dia, tu yang dia ada perasaan rasa tak selamat. Insha Allah, lepas bersalin nanti okeylah tu."

Haiqal mengusik si isteri yang sedang menyuap makanan. Sengaja membuka mulut seluasnya minta 
disuap. Mujurlah Eyra nak melayan kemanjaannya itu. Tapi mesti ada ungkapan 'mengada-ngada'. Haiqal tak kisahpun. Pada siapa lagi nak bermanja dan mengada-ngada kalau bukan dengan isteri sendiri. Eyra setuju memberinya satu peluang lagi, dan tak mungkin Haiqal mahu mempersia-siakannya. Sekarang ni dia hanya mengharap isterinya memberi keluarganya satu peluang untuk memperbaiki segala kesilapan lalu.

 "Angah, kau rasa kalau kita pindah sekalipun, kak Long nak ke datang sini jumpa mama?" Tanya Azra.
"Entahlah." Jawab Aqma ringkas.
"Bila ingat-ingat balik kata-kata kita masa kat pejabat peguam tu, malu sangat. Macam-macam Angah mengata dia. Dia diam sahaja. Semata-mata nak jaga amanat arwah papa."
"Adik pun sama. Suami adik dah tegur masa tu, tapi adik degil. Sekarang ni tahan jelah kena sindir hari-hari. Selagi adik tak pergi jumpa kak Long minta maaf, hadap jelah."

#throwback
"Wah! Hebat kau ya! Dah kau rampas papa kami, harta pun kau bolot." Antara ayat yang keluar dari mulut Azra.
"Perempuan tak tahu malu. Diam-diam kau hasut papa ubah wasiat macam ni kan?" Hambur Aqma pula.
"Senanglah hati kau kan? Kau senang lenang, kami yang susah." Bentak Azra pula.
"Sayang, apa ni? Tak baik marah-marah macam ni." Tegur suami Azra.
"Abang nak bela pemusnah ni?" Marah Azra.
"Jangan marah-marah. Kita bincang elok-elok." Ayshah akhirnya bersuara. Datin Raudhah masih membisu. Mungkin terkejut dengan berita perkahwinan kedua suaminya.

Jam 10 pagi Eyra tiba di butik. Hari ni puan Umairah nak jumpa. Nak berbincang tentang fashion show di Singapura. Biasanya puan Umairah yang akan bawa pakaian rekaannya ke pentas peragaan.
"Saya dah dapat dah photographer perempuan. Eyra kenal siapa."
"Oh, ya ke? Siapa?" Tanya Eyra ingin tahu.
"Adik ipar you."
"Adik ipar? Siapa?" Eyra tak dapat nak agak siapa.
"Ayshah." Jawab puan Umairah.
"Dia kan dah nak kahwin. Dia tak busy ke nanti? Kita ada projek berpanjangan kan dua bulan ni."
"Don't worry. During her wedding kita takder show. You pun mestilah busy jugak kan. Kan adik ipar you nak kahwin." Jawab puan Umairah.

Mungkin hati sejuk sedikit bila berdepan dengan Ayshah. Memang dia jauh berbeza dengan Aqma dan Azra sewaktu pertemuan mereka di pejabat peguam setahun yang lalu.  Mungkin rasa lebih selamat.  Ayshah pula tidak suka mendesak, Cuma dia akan mencuri peluang berbicara tentang keluarganya.

“Kak Long mesti datang tau masa Ayshah nikah nanti.”  Pinta Ayshah.
“Insha Allah. Nikah di mana nanti?”
“Kat rumah jek.  Arwah papa dah pesan, nikah mesti di rumah.  Kat rumah tu papa ada buat satu bilik yang dah macam surau.  Dulu masa kecil-kecil rajinlah kami adik beradik berjemaah bersama.  Bila dah besar, masing-masing dah buat hal sendiri.  Kesian papa.  Harapkan Along jelah yang rajin ikut dia ke sana ke mari.”  Cerita Ayshah.
“Kak Long datang ye nanti.”  Ayshah memegang tangan Eyra.  Eyra terkejut dengan tindakan itu.
“Ayshah tahu, kak Long masih marah dengan perbuatan angah dan adik tu.  Berikan kami peluang untuk perbaiki kesilapan kami.”  Pinta Ayshah.
“Angah tu sebenarnya cemburu dengan Along sejak kecil lagi.  Mereka sebenarnya sebaya.   Beza bulan sahaja.  Mereka belajar dalam kelas yang sama.  Along tu pulak lebih pandai dari dia.  Kat sekolah cikgu puji, kat rumah papa puji. Perasaan cemburu tu yang buat dia jadi macam tu.  Terbawa-bawa sampai dewasa.  Tapi, dia dah sedar silap dia.  Adik tu biasalah, terikut-ikut Angah.  Sebab mereka berdua tu rapat sejak kecil lagi.  Ayshah je yang lain sikit.  Degil lain macam.”  Cerita Ayshah. Tertawa kecil.
“Abang cakap, Ayshah tak suka bercakap dengan dia.  Mesti ada sebab kan?”  Eyra pula cuba mencungkil rahsia.  Ayshah ketawa.
“Yang itu sebabnya macam remeh sikit.  Tapi, kak Long kena janji jangan ketawakan Ayshah.”  Belum cerita Ayshah dah minta Eyra berjanji.
“Along masuk dalam keluarga kami selepas ayahnya meninggal.  Dan papa suruh kami ubah panggilan masing-masing. Ayshah tak setuju kena tukar panggilan dari Angah kepada Uda.  Memberontaklah senang cerita. Walhal sebelum tu baik je dengan Along.  Sebab tulah Ayshah sorang jek yang takde gelaran.  Degil punya pasal.  Perangai memberontak tu terbawa-bawa sampai besar.  Sebenarnya, lepas Along pergi oversea tu, rindu jugak.  Tak nampak lagi dia cuci kereta tiap pagi.  Tak nampak lagi dia berjemaah dengan papa tiap hari.  Tak dengar lagi bunyi motor dia menderu tiap pagi.  Rindulah jugak.  Tapi, ego.” Cerita Ayshah sambil tergelak kecil mengingatkan kembali sikap keanak-anakannya itu.  Eyra tergelak kecil.  Ayshah tersenyum.
“Ayshah ada beritahu Along hal ni dua bulan lepas.  Teruk tau Ayshah kena gelak dengan dia. Yalah, Ayshah tak nak bercakap dengan dia semata-mata tak puas hati tak boleh jadi ‘angah’.  Honestly, perkahwinan Along dengan kak Long ni yang menginsafkan Ayshah.  Bagaimana Along dan Kak Long sanggup menjalankan amanah arwah papa, biarpun hakikatnya abang dan kak Long boleh biarkan sahaja kami.  Papa tak silap memilih Along dan Kak Long untuk memimpin kami.  Papa kenal hati budi Along dan Kak Long.  Terima kasih kak Long.”  Ayshah terus memeluk Eyra.  Eyra terkedu.
“Ayshah harap satu hari nanti kak Long dapat terima kami.  Berikan kami satu peluang.”
Keras sangatkah hatiku ini?  Kenapa susah sangat aku nak beralah?  Mampukah mereka memahami apa yang aku rasakan sekarang?  Di manakah Eyra yang dahulu.  Seorang yang mudah memaafkan.  Seorang yang tiada dendam di dalam hati.  Seorang yang sentiasa menjaga hati orang lain,dan membiarkan hati sendiri derita.

“Sayang.”  Haiqal memanggil.  Eyra tersedar dari satu lamunan.  Suaminya duduk di sebelah isterinya yang sedang duduk di atas katil sambil memegang sesuatu di tangannya.
“Sayang tengok apa tu?”  Tanya Haiqal lalu duduk di sebelah isterinya.
“Cantik tak?”  Eyra menunjukkan rekaan terbarunya.
“Baju pengantin? Siapa yang nak kahwin?”
“Hai, adik sendiri nak kahwin takkan tak tahu?”  Sindir Eyra.  Haiqal ketawa sahaja.  Saja buat-buat tak tahu.
“Warna purple muda okey kan?  Tema family abang purple kan?”
“Hmmm.”  Haiqal angguk.
“Sayang..”  Nada yang lain macam sikit.
“Sayang ada ke mana-mana ke tadi?”
“Hai, tiba-tiba tanya soalan ni kenapa?  Bukan ke tengahari tadi abang call tanya.  Dan bila pula Eyra keluar rumah tak beritahu abang?”  Eyra tidak terus menjawab soalan suaminya.
“Tadi, Angah dan Adik ada datang.  Tapi, dia cakap Eyra takde kat rumah.”
“So, abang nak cakap Eyra keluar rumah tak beritahu abanglah ni.” Eyra terus bangkit dari duduknya.
“Bukan macam tu maksud abang.”  Haiqal menafikan.
“Habis tu, abang nak cakap Eyra sengaja  tak nak buka pintu diorang datang?” 
“Sayang, janganlah fikir macam tu.”  Haiqal menghampiri isterinya.
“Habis tu abang nak Eyra fikir apa?”  Balas Eyra.
“Eyra sakit kepala. Eyra tidur je dari tadi.  Bangun untuk solat jek.  Lepas tu tidur balik.  Puas hati.  Mungkin Eyra tak dengar masa adik-adik abang tu datang.”
“Sayang.  Sayang pernah beritahu ‘guard’ ke tak benarkan diorang masuk butik?”
“Itu arahan Najwa lepas mereka datang butik dan buat bising dulu.”  Jelas Eyra.
“But you can do something about it right?”
“Okey, esok Eyra beritahu Najwa.”  Balas Eyra tegas.
“Sayang, please sayang.”
“Abang nak cakap apa lagi?  Abang ingat Eyra ni jahat sangat ke?  Sampaikan tetamu datang, Eyra taknak buka pintu.”
“Bukan macam tu.”  Haiqal memeluk isterinya.  Eyra meronta minta dilepaskan.
“Sayang, jangan macam ni.”  Haiqal terus memujuk isterinya.

Eyra menangis lagi.  Haiqal tidak mahu melepaskan pelukannya.  Kerana dia tahu itu yang isterinya perlukan.  Dia cuba untuk tidak mendesak, namun dia tak mahu biarkan isterinya memendam segalanya.  Dia telah berjanji untuk membahagiakan isterinya.  Dia tak mahu kehilangan kepercayaan isterinya.  Dia mahu meminjamkan bahunya untuk Eyra melepaskan tangisan.

“Sayang, cuba sayang berterus terang dengan abang.  Kalau diam sahaja taknak cakap, abang tak tahu apa yang perlu abang buat.  Abang sayangkan isteri abang.  Dalam masa yang sama, abang sayangkan keluarga abang. Mereka nak jumpa sayang sebab mereka nak minta maaf pada sayang.  Sayang tak percayakan mereka?  Atau sayang sebenarnya masih tak percayakan abang?”
“Abang tak faham.”
“Sayang fahamkan abang.”

Eyra terdiam. Dia terdiam tanpa sebarang suara mahupun reaksi.  Dia hanya merenung lantai biarpun dia masih lagi dalam dakapan suaminya.  Perlahan-lahan Haiqal meleraikan pelukannya.  Betulkah tekaannya?  Eyra masih belum percayakan dirinya?  Mungkin Eyra terima dia sebab anak dalam kandungannya.  Mungkinkah Eyra akan tinggalkan dia selepas anak mereka lahir nanti.  Tidak.

“Sayang, abang cintakan sayang ikhlas.  Abang tak sanggup kehilangan sayang.  Abang takkan paksa sayang kalau sayang tak nak terima keluarga abang.”  Airmata lelaki itu mengalir. Ahh!  Airmata inilah yang mencairkan hati ku suatu masa dulu.  Yang meyakinkan aku keikhlasannya.
“Abang, please.  Eyra minta maaf.”  Eyra mencium tangan suaminya.
“Eyra trauma bang. Eyra takut.  Eyra teringat-ingat kata-kata mereka.  Eyra takut, kalau ianya berulang, Eyra jadi stress dan ianya akan effect baby kita.  Kerana merekalah Eyra ambil keputusan nak tinggalkan abang dulu.”  Eyra akhirnya berterus terang. 
“Maafkan abang sayang.  Abang takkan paksa sayang lagi. Dulu arwah mak abang meninggal selepas lahirkan abang.  Bila dengar cerita tu dari ayah, abang jadi trauma setiap kali tengok orang mengandung.  Abang akan menangis tiba-tiba.  Perasaan tu hilang bila abang meningkat dewasa. Bila isteri abang sendiri yang mengandung, trauma tu datang balik. Tapi, abang kuatkan semangat.  Abang banyak berdoa, berzikir dan berfikiran positif.  Sayang adalah kekuatan abang, dan abang akan jadi kekuatan sayang.” Itu janji Haiqal dan terus memeluk isterinya.

“Kau memang perempuan tak guna kan? Kau kahwin jelah dengan abang aku tu.”  Marah Aqma.
“Kau ni, tak faham-faham lagi ke?  Nak aku bawa tok kadhi terus pergi rumah kau?”  Herdik Azra.

“Kalau Eyra tak kahwin dengan Haiqal, semua jadi huru-hara.  Syarikat tak bertuan, harta semua kena sita.”  Dato’ Hairul mengingatkan.

“Tahniah puan! Puan hamil.  Kalau ikut dari perkiraan hari terakhir puan period, kandungan puan dah masuk 7 minggu.”  Dr. Fazurina memberi khabar gembira.
“Jaga ya puan. Bukan sahaja  pemakanan, emosi pun kena jaga.  Saya faham puan sibuk di butik, tapi buat kerja tu jangan stress-stress sangat tau.”  Pesan Dr.Fazurina lagi.

“Kau tak boleh macam ni Eyra.  Kau kena kuat lawan mereka.  Ingat baby kau.”  Nasihat Najwa.

“Haiqal kan ada. Ibu yakin dia dapat jaga anak ibu dengan baik.  Orang buat jahat dengan kita, kita janga balas jahat juga.  Kalau orang dah minta maaf, kita beri dia peluang.  Kalau dia ulang lagi, kita beri dia peluang kedua.  Jangan pernah bosan untuk memaafkan.  Lama-lama nanti dia sendiri bosan bila asyik nak kena minta maaf.”  Pesan ibu di kampung.

Haiqal sudah lengkap berpakaian baju melayu, lengkap bersongkok dan bersamping. Dia tak mahu memaksa kalau isterinya tak mahu ikut sama. Semalam pun, sewaktu Ayshah datang ke butik untuk mengambil baju nikahnya, dia berpesan sekali lagi agar Eyra datang ke majlisnya.  Melihat isterinya yang masih lagi berbaju tidur, Haiqal tahu isterinya takkan turut serta ke majlis pernikahan Ayshah yang akan berlangsung jam 11 pagi nanti.  Haiqal menjeling jam di dinding. Dah pukul 08:30 pagi.  Mama dah pesan, mesti ada di rumah seawal jam 09:00 pagi.

“Abang, nanti dalam pukul 09:00 Najwa nak datang.  Nanti, Eyra keluar dengan dia ya.”  Eyra meminta izin.  Haiqal angguk.
“Abang pergi dulu.  Mama dah pesan, datang pukul 09:00.”
“Cameraman datang pukul berapa?”  Tanya Eyra.
“Entah, pukul 10 agaknya.  Jurusolek datang sekali dengan dia rasanya.  Sepakej katanya.”
“Okeylah, Eyra nak mandi ni.  Nanti Najwa dah sampai, Eyra tak siap lagi.”

Rumah Pengantin.
“Seorang je Haiqal?”  Tegur dato’ Amri.
“Eyra ada kerja sikit. Insha Allah majlis esok dia datang.”  jawab Haiqal membuat alasan palsu.
“Along, jom tolong mama.”  Datin Raudhah mencelah perbualan dua lelaki itu.  Haiqal menghampiri mamanya.  Dia tahu mamanya kecewa melihat dia datang seorang diri.  Keras sangat ke hati Eyra?

“Mama tengok rumah dia ni. Bukan main mewah lagi kan?”  Aqma menunjukkan gambar dia ambil sewaktu berkunjung ke rumah Eyra.  Kisah setahun yang lalu.
“Senang-senang je papa bagi dia apartment mewah macam ni.  Mustahillah kalau dia tak bagi apa-apa.”
“Diam Angah!  Jaga sikit mulut kau tu.”  Marah Haiqal.
“Amboi, belum jadi bini lagi bukan main kau back-up perempuan ni.  Ntah-ntah kaupun berpakat dengan dia tak.”  Balas Aqma.

Ya, Allah teruk sekali penghinaan itu.  Tak mungkinlah dengan mudah Eyra dapat melupakannya.  Bila dapat tahu hal sebenar, malu sangat.  Tambahan pula Eyra yang selama ini dituduh mengikis harta dato’ Amri sebenarnya bukan begitu.
“Apartement tu hadiah dari puan Qaisarah untuk Eyra dan dua orang lagi designer.  Puan Qasairah 
kena sabotaj. Habis kedai dia kena pecah masuk. So, dia lancarkan projek 100 fesyen dalam masa tiga puluh hari.  Kejayaan tiga designer tu berjaya selamatkan dia dari disaman sebuah syarikat yang dijanjikan untuk dapatkan 100 fesyen tu.  Dan kebetulan semasa Eyra muncul dalam keluarga ni, dua orang kawannya tu baru je pindah keluar sebaik mereka berkahwin.” Kebenaran yang diungkapkan oleh dato’ Hairul bila Aqma dan Azra yang sangat tidak berpuas hati dengan Eyra tu mula mempertikaikan hak Eyra terhadap rumah yang sudah diduduki Eyra sejak 3 tahun yang lalu.

“Marah betul Eyra dengan kita.  Dia betul-betul tak datang hari ni.  Angah nampak along datang seorang je tadi.”
“Apa lagi yang perlu kita buat?”  Balas Azra.
“Dah, tolong jangan sedih-sedih.  Hari ni hari Ayshah nak nikah.  Be happy please.”  Pujuk Ayshah.  Sekaligus memujuk hatinya sendiri.  Betullah kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Aqma, cameraman dah sampai.  Eh, silap! Camerawoman. Ayshah minta perempuan kan? Jurusoleknya pun ada sekali tu.”  Beritahu Haziq, suami Aqma.
“Abang dah suruh dia naik ke?”
“Dia jumpa mama sekejap kat bawah tu.”  Jawab  Haziq.  Aqma menjengah dari atas.  Aqma tersenyum. Azra tak faham.  Dia pula yang menjengah.

Macam-macam kerja Eyra Syadira buat asalkan mendatangkan hasil.  Dalam masa yang sama dia dia sentiasa belajar benda yang baru.  Walaupun cita-cita asalnya nak jadi doktor, dia kini berkesudahan menjadi seorang fashion designer, pemilik jenama pakaian, dan juga jurusolek muslimah.

Alhamdulillah, terbuka juga pintu hati Eyra untuk menjejakkan kaki ke rumah ini.  Tanpa sempat Eyra membuka bicara, datin Raudhah terus memeluknya.  Ada tangisan dalam pertemuan itu.  Eyra memandang suaminya.  Abanglah kekuatan Eyra.  Abang kena tahu tu.  Kerana abang, Eyra datang hari ni.  Aqma dan Azra berlari ke tingkat bawah.  Doa Ayshah dimakbulkan.  Hari ini bukan sahaja hari bahagia untuknya, tetapi untuk seluruh ahli keluarganya.

Kerana Allah memberi peluang aku memiliki kebahagiaan, kenapa tidak aku memberi peluang pada diriku sendiri memberi peluang kebahagiaan kepada orang lain.  Yang hakikatnya adalah kebahagiaan suamiku.  Demi cinta kita yang baru berputik ini, akan kubiarkan ia kembang mekar dan terus mekar. Kerana bunga yang layu masih boleh berkembang kalau diberi peluang.  Tanam semula dan siramilah air dan baja.  Dan kebahagiaan itu disirami kasih sayang dan peluang kemaafan.

“Thanks for the surprise sayang.”  Haiqal mengucup dahi isterinya.
“Semua orang berhak mendapatkan peluang kedua.”





Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Suratan atau Kebetulan

 Hidup mesti diteruskan. Nak buat apa meratap nasib hidup yang berkesudahan begini. Ada dua perut yang perlu diisi. Meneruskan kerjaya sambil memegang title ibu tunggal. Ditinggal suami yang jatuh cinta dengan orang lain. Menolak untuk bermadu, cuma berharap bekas suami tak lupa pada anak yang masih kecil dan memerlukan kasih seorang ayah. Dapat bersama dua minggu sekali,mungkin memadai. Alhamdulillah masih ada ibu yang sentiasa ada memberi sokongan. Dan kakak yang tak putus memberi semangat. Buat masa ini janganlah disebut-sebut pasal perkahwinan. Trauma mendengarnya. "Kalau aku belum kahwin, aku masuk meminang kau." "Kau ni, mulut tu kalau bercakap tak jaga betul. Dengar isteri kau nanti, kecik hati dia." "Alah, dia tahulah kita kawan baik dari kecik lagi. Dan dia pun tahu yang kau pernah 'reject' aku dulu." " Itu tak bermakna kau boleh cakap yang bukan-bukan. Hati isteri ni kena jaga. Rizal tu dulu baik dengan isteri dia sebab kerja satu of...