Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

DOA CINTA

-DOA CINTA- Alhamdulillah.   Selesai sudah mengerjakan ibadah haji.   Mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur.   Memang itulah doa setiap insan yang pergi menunaikan haji di tanah suci kota mekah.   Puan Hajah Aisyah dan suaminya sudah bersiap sedia untuk kembali semula ke tanah air.   Kerinduan terhadap anak-anak yang jauh di mata.   Tak putus doa dikirimkan untuk kesejahteraan mereka.   Haji Firdaus tersenyum melihat isterinya yang sedang berbual-bual dengan kenalan barunya di kota Mekah.   Hajah Mastura.   Dia ke Mekah bersama suami Haji Hamdan dan menantunya, Hairul.   Hubungan mereka sangat akrab sepanjang di Mekah dan Madinah.   Pelbagai cerita yang mereka kongsikan bersama.          "Dah 4 tahun anak kami meninggal.   Tapi, dia tetap anggap kami macam ibubapanya sendiri.   Selama nipun, dia yang jaga kebajikan kami.   Maklumlah, arwah anak tunggal."   Cerita Haji Hamdan. "Anaknya meninggal sakit ke?"   Tanya Haji Firdaus. "Sakit kanser.