-DOA CINTA-
Alhamdulillah. Selesai sudah mengerjakan ibadah haji. Mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur. Memang itulah doa setiap insan yang pergi menunaikan haji di tanah suci kota mekah. Puan Hajah Aisyah dan suaminya sudah bersiap sedia untuk kembali semula ke tanah air. Kerinduan terhadap anak-anak yang jauh di mata. Tak putus doa dikirimkan untuk kesejahteraan mereka. Haji Firdaus tersenyum melihat isterinya yang sedang berbual-bual dengan kenalan barunya di kota Mekah. Hajah Mastura. Dia ke Mekah bersama suami Haji Hamdan dan menantunya, Hairul. Hubungan mereka sangat akrab sepanjang di Mekah dan Madinah. Pelbagai cerita yang mereka kongsikan bersama.
"Dah 4 tahun anak kami meninggal. Tapi, dia tetap anggap kami macam ibubapanya sendiri. Selama nipun, dia yang jaga kebajikan kami. Maklumlah, arwah anak tunggal." Cerita Haji Hamdan.
"Anaknya meninggal sakit ke?" Tanya Haji Firdaus.
"Sakit kanser. Arwah dah putus asa, tapi Hairul yang banyak beri semangat. Dia tetap nak kahwin dengan arwah walaupun dia tahu arwah tak punya banyak masa lagi." Bergenang sedikit air mata di kelopak mata insan tua itu.
"Puas kami pujuk suruh dia kahwin lain. Katanya, belum sampai seru." Cerita Haji Hamdan lagi.
"Insya Allah, tak lama lagi sampailah tu." Balas Haji Firdaus.
Malaysia.
Agak lama Faizul merenung lukisan di hadapannya itu. Lukisan ini, gambar siapa? Seorang lelaki yang sedang duduk di atas sejadah. Sambil membaca al-quran. Tapi, pandangan dari tepi. Siapa? Ada lelaki lain di hati Huzaifa? Siapa?
"Itu cuma lukisan sajalah. Tak ada kena mengena dengan sesiapa." Jelas Huzaifa.
"Come on lah sayang. You jangan nak tipu I. Setahu I, you lebih suka lukis gambar permandangan, haiwan, bangunan-bangunan, lautan, abstrak."
"Apa salahnya? I nak buat kelainan. I nak juga cuba-cuba melukis potret. Maybe, yang ini satu percubaan." Balas Huzaifa.
"Tapi, cantik juga lukisan ini." Puji Faizul.
"Hai, bukan ke selama ni you cakap semua lukisan I cantik?" Soal Huzaifa menyindir. Faizul tersengih.
"Kata mama dan papa nak balik dari Mekah. Bila?" Faizul beralih topik.
"Esok. Rindu kat mama."
"Yelah, anak manja." Ejek Faizul.
"Yelah, anak manja." Ejek Faizul.
"Jomlah, makan. I laparlah." Ajak Huzaifa. Faizul akur kehendak kekasih hatinya.
Huzaifa, anak bongsu dan anak tunggal perempuan hajah Aisyah dan Haji Firdaus. Anak manja. Anak yang sering memeningkan kepala. Umurnya baru mencecah 23 tahun. Tapi dia sudah berjaya mencipta kerjayanya sebagai seorang pelukis. Dia memiliki galeri lukisannya sendiri sejak 2 tahun yang lalu. Sejak kecil lagi, dia memang suka melukis. Sudah beratus lukisan yang berjaya dihasilkan dan dijual. Maka tidak hairanlah, dalam usia 21 tahun dia berjaya memiliki galeri lukisan hasil titik peluhnya sendiri.
"Ifa muda lagi lah mama. Belum fikir pasal kahwin."
"Masalahnya, mama risau. Ifa dengan Faizul tu dah wajib kahwin. Ke sana sini berdua."
"Mama, kami tak buat apa-apa yang salah. Kami cuma keluar makan, shopping, bercuti."
"Yang bercuti tu yang salah." Pintas Hajah Aisyah.
"Kami duduk bilik lain-lainlah mama." Balas Huzaifa membela diri.
"Belum masanya untuk kamu pergi bercuti berdua-duaan." Tegas Hajah Aisyah.
"Yelah mama. Ifa janji tak buat lagi." Huzaifa mengangkat tangan tanda bersumpah.
Hati ibu mana yang tak bimbang. Salahkah aku kerana terlalu memanjakan. Hinggakan nak marahpun aku kadang-kadang jadi kesian. Bila dah jadi macam ni, aku yang risau dan pening kepala. Huzaifa sering mengikut kata hati sendiri tanpa memikirkan buruk baik sesuatu perkara. Nak paksa dia kahwinpun, dengan siapa? Dengan Faizul. Entahlah, aku tak fakir dia lelaki yang sesuai untuk Huzaifa. Mungkinkah lelaki itu akan berubah dan menjadi pemimpin yang baik untuk anak aku kelak. Ya, Allah berikanlah aku petunjuk.
"Dah seminggu kita balik dari Mekah. Abang ingat nak buat kenduri doa selamat. Awak jemputlah sesiapa yang patut."
"Oh,ya! Jangan lupa jemput haji Hamdan dan keluarganya." Pesan Hajah Aisyah.
"Ifa beritahu saya tadi, dia dah dapat bangunan kedai yang dia nak beli tu." Cerita Haji Firdaus.
"Alhamdulillah. Seronoklah budak tu."
"Mahunya tak seronok. Abang ingat kita buat doa selamat untuk dia jugak. Siang malam sibuk melukis. Dah berjaya, jangan lupa pada Allah." Kata Hj Firdaus.
Hajah Mastura tersenyum mendengar makluman dari suaminya. Walaupun baru seminggu tak bertemu, telah lahir rasa rindu di dalam hati. Teringin bertemu sahabat yang dikenali di Mekah baru-baru ini. Hakikatnya, rumah mereka tidak begitu jauh. Tapi, tak pernah terserempak. Tempat mereka berkursus haji pun sama, tapi tak pernah bertemu. Allah pertemukan mereka di tanah suci mekah. Dan bermulalah persahabatan antara mereka.
"Amboi, excitednya mak! Macam nak jumpa kekasih lama." Usik Hairul. Haji Hamdan ketawa besar.
"Mak dah rindu nak jumpa mak cik Aisyah. Kau tu, dah banyak kali mak ajak pergi rumah dia, kau asyik sibuk je." Balas Hajah Mastura.
"Ampun tuanku permaisuri." Hairul menggayakan seorang hamba yang sedang mengadap permaisuri raja.
Hajah Aisyah terjengah-jengah. Manalah kawannya ini? Kata tadi dah keluar dari rumah. Kenapa tak sampai-sampai lagi? Sesat ke? Tangannya menggenggam 'handphone'. Manalah tahu kalau-kalau Hjh Mastura menghubunginya.
"Kenapa mama resah semacam je ni?" Tanya Huzaifa.
"Mama tunggu kawan mama ni. Tak sampai-sampai. Sesat ke?"
"Kawan ke kekasih lama?" Usik Huzaifa.
"Kekasih lama Ifa." Hajah Aisyah membalas usikan anaknya.
"Kekasih Ifa ada satu je." Balas Huzaifa.
"Kenapa dia tak datang?” Tanya Hjh Aisya.
"Sibuk."
"Hmmm, kalau ada kenduri doa selamat ke, yassin ke.. sibuklah dia. Tapi, kalau ada party tak pernah pulak sibuk." Sindir hajah Aisya.
"Puan hajah, tak baik tau sangka buruk kat orang." Usik Huzaifa.
"Hah, tu kawan mama dah sampai. Pergi panggil papa. Cakap haji Hamdan dah sampai." Arah Hajah Aisya. Huzaifa akur arahan ibunya. Dia mencari ayahnya. Dia terus menarik papanya tanpa memberitahu kenapa. Hj Firdaus yang sudah biasa dengan karenah anak bongsunya itu, ikutkan saja.
Mereka berpelukan. Rasa macam setahun tak jumpa. Hairul tersenyum. Dia terpandang ke satu arah. Seorang gadis sedang mendorong Hj Firdaus dan mereka menuju ke arah situ. Hairul terpaku seketika. Mereka semakin hampir.
"Assalamua'laikum." Haji Hamdan memberi salam sambil mengangkat tangan ke arah Hj Firdaus.
"Wa'alaikumussalam." Haji Firdaus menjawab salam.
"Mas, kenalkan. Ini anak bongsu aku yang aku selalu cerita tu. Huzaifa." Hjh Aisya menarik Huzaifa yang berdiri di belakang ayahnya.
"Apa khabar makcik?" Huzaifa menghulur salam. Tiba-tiba………kelam.
***
Haji Firdaus memandang isterinya. Biar betul? Dia kenal Hajah Mastura baru beberapa bulan. Takkan lah perasaan orang itu lebih penting daripada perasaan anaknya sendiri? Tapi, kata-kata isterinya ada betulnya juga. Hairul tu memang lelaki yang baik. Kalau boleh dia pun tak mahu menolak lamaran dari keluarga itu. Sayangnya, Huzaifa sudah ada kekasih hati. Takkanlah dia sanggup korbankan cintanya semata-mata untuk orang yang dia langsung tak pernah kenal.
"Dah 4 tahun anaknya meninggal dunia. Dia pengsan sebab terkejut tengok muka Huzaifa sebiji macam muka arwah anaknya tu."
"Itu saya faham. Masalahnya, anak kita tu. Dia nak ke kahwin dengan Hairul tu. Dia kan dah ada Faizul." Balas Haji Firdaus.
"Abang tahu kan. Saya tak berkenan dengan budak Faizul tu." Ungkit Hajah Aisyah.
"Saya tak berani buat keputusan. Awak kena bincang hal ni dengan Huzaifa."
Sudah tentulah Huzaifa tak bersetuju. Takkanlah dengan mudah dia nak memutuskan hubungan cinta dengan Faizul yang sudah terjalin sejak setahun lalu. Bukannya tak bersimpati dengan Hajah Mastura yang merindui arwah anaknya. Ini soal hidup. Mereka mahukan aku kerana aku mirip arwah Arnisa. Bererti mereka mahu aku jadi orang lain.
"You must do something." Huzaifa mengingatkan Faizul.
"You cakap sajalah yang you tak nak. Takkan mama you nak paksa pulak."
"Mama betul-betul serius. Kalau you tak masuk meminang dalam masa 2 bulan ni, I kena kahwin juga dengan anak kawan dia tu." Balas Huzaifa serius.
"I tak bersedia lagi." Alasan Faizul.
"Sayang, I pun tak bersedia lagi. Tapi, kalau you betul-betul nak selamatkan hubungan kita ni, you must do something." Ujar Huzaifa.
"I'll meet your parents and discuss about this, okey?" Pujuk Faizul.
"Terpulanglah pada you." Huzaifa malas nak bercakap lebih panjang lagi.
Huzaifa pulang semula ke 'Ieffa Creative & Design'. Sebuah syarikat yang menjual pelbagai lukisan serta hasil seni yang lain. Galeri yang dimiliki oleh Huzaifa hanya ada 10 orang pekerja. Dunia Huzaifa adalah lukisan-lukisannya. Samada gembira, sedih, marah atau risau pada lukisanlah tempat dia meluahkan perasaan.
"Awal bos balik dating hari ni." Usik Huzair, pembantu peribadi yang juga sepupunya. Huzaifa tak bersuara apa-apa. Matanya tertumpu pada kertas lukisan di atas mejanya. Tangannya ligat melakar sesuatu pada kertas tersebut.
"Kenapa? Faizul cakap apa?" Tanya Huzair. Huzaifa meletakkan pensel. Dia memandang Huzair.
"Selama ni, mama tak pernah paksa-paksa aku. Diapun jarang minta apa-apa dari aku. Dan aku sebenarnya taknak hampakan permintaannya. Tapi, aku dah ada Faizul. Dan masalah yang lebih utamanya, aku tak nak jadi orang lain. Aku tak boleh." Huzaifa meluahkan perasaannya.
"Apa kata kau berkenalan dulu. Kenal dulu hati budinya." Cadang Huzair.
"Itu maknanya aku berikan dia harapan. Macamana pulak dengan Faizul nanti." Huzaifa tak setuju.
"Atau kau jumpa sendiri lelaki tu. Jelaskan hal sebenar." Huzair memberi cadangan lagi.
"Entahlah." Huzaifa mengeluh pendek. Telefon di atas meja berdering. Lampu kuning yang menyalakan itu menandakan panggilan dari 'receptionist' di bawah. Ramli, suami Raihana kawan Huzaifa ada di bawah. Huzaifa turun meninggalkan pejabat.
"Seorang saja? Raihana mana?" Tanya Huzaifa.
"Aku datang dengan kawan aku. Dia tengah tengok-tengok lukisan-lukisan kau kat sana." Jawab Ramli.
"Ada hajat ke?"
"Mestilah. Kawan aku tu nak beli lukisan. Dan aku pulak nak beli hati." Seloroh Ramli. Huzaifa tertawa kecil.
"Sebenarnya aku nak minta tolong kau lukiskan sesuatu." Ramli berterus-terang.
"Lukis apa?"
"Ni. Gambar perkahwinan aku dan Rai." Ramli menghulurkan sekeping gambar di majlis perkahwinannya pada Huzaifa.
"Potret?" Huzaifa ingin kepastian. Ramli angguk.
"Aku tahu kau jarang lukis potret. Tapi, kau boleh lukis kan?"
"Boleh tu Insya Allah. Tapi, mungkin makan masa. Bila kau nak?" Balas Huzaifa.
"Aku nak hadiahkan pada Rai sempena 'first anniversary' kami. 2 minggu lagi. Sempat tak?"
"Kau dan Rai punya pasal, aku cuba yang terbaik."
"Yes! Macam nilah kawan!" Ramli bersorak kegembiraan.
"Yes! Macam nilah kawan!" Ramli bersorak kegembiraan.
Di satu sudut yang lain di galeri itu.
"Gambar ni boleh dipandang saja. Tapi tak boleh beli." Satu suara mematikan lamunannya.
Lelaki itu tersenyum.
"Dah ada yang berkenan ke?'' Tanya Huzair.
"Saya berkenan dengan gambar ni."
"Hmm nampaknya betullah boss saya cakap. Dia tak bagi saya pamerkan lukisan ni. Encik bukan orang yang pertama berkenan dengan gambar ni." Cerita Huzair. Lelaki itu tersenyum lagi.
"Cubalah pujuk bos saya. Manalah tau dia nak jual."
"Yang mana satu bosnya?" Tanya lelaki itu.
"Rul, dah ada yang berkenan?'' Ramli tiba-tiba muncul di situ.
"Hah, inilah bos saya." Huzair menunjuk ke arah Huzaifa yang datang bersama Ramli. Hairul dan Huzaifa saling berpandangan. Hampir seminit mereka saling bertentang mata.
"Kenal ke?" Huzair mencelah.
"Tak." Jawab mereka serentak. "Pernah jumpa." Serentak lagi.
"Wah, asyik cakap serentak je ni." Usik Huzair.
"Pernah jumpa. Tapi tak sempat kenal." Kata Hairul. Huzaifa hanya tersenyum.
"Dah ada 'lukisan' yang menawan hati ke?" Usik Ramli.
"Ada. Tapi hanya boleh dipandang." Jawab Hairul sambil matanya melirik ke arah sebuah lukisan potret di hadapannya. Lukisan itu menggambarkan seorang lelaki sedang duduk di atas sejadah sambil membaca al-quran. Lengkap dengan kain pelekat, baju melayu dan kopiah putih. Pandangan dari sisi kanan. Wajah lelaki itu tidak begitu jelas kelihatan.
"Ini kad bos saya. Kalau encik ada berkenan dengan mana-mana lukisan atau nak minta dia lukiskan sesuatu bolehlah hubungi dia." Huzair menghulurkan kad Huzaifa pada Hairul. Huzaifa tak terkata apa. Hairul mencapai kad itu. Ucapan terima kasih terpacul keluar dari mulutnya. Dia mengeluarkan kadnya.
"Interior Designer. Wah, dua-dua orang seni ni." Huzair mengusik lagi. Ish, Huzair ni nak kena ni. Nanti kau, tunggulah dua mamat ni balik. Rungut Huzaifa dalam hati. Kira-kira 10 minit selepas itu Ramli dan Hairul pun pergi selepas membeli sebuah lukisan permandangan di tepi pantai yang penuh dengan pelbagai bentuk istana pasir.
"Are you out of your mind? Kau buat apa tadi?" Marah Huzaifa.
"Relaxlah. Cara tengok kau terpaku je aku dah tahu."
"Jangan nak mengarut. Aku tak ada apa-apa perasaan pun kat dia."
"Bukan itu maksud aku." Balas Huzair.
"Dah tu?" Huzaifa tak faham.
"Hairul tu aku ingat. Dia tulah anak makcik yang pengsan masa kenduri doa selamat kat rumah kau tu. Maknanya, lelaki itulah yang akan jadi suami kau kalau Faizul tak masuk meminang dalam masa dua bulan ni. Aku sengaja nak dapatkan kad dia untuk kau. Kau patut bincang dengan dia sebelum buat apa-apa keputusan." Terang Huzair akan maksudnya. Dia menghulurkan kad Hairul pada Huzaifa. Huzaifa mencapai huluran itu. Dia terdiam selepas itu.
***
Haji Firdaus memandang isterinya. Hjh Aisya faham maksud renungan itu. Haji Firdaus tak jadi ke dapur. Dia duduk semula di sebelah isterinya. Tiada suara. Lama dia berfikir. Nekad sangat isterinya ini. Tidak dinafikan, dia memang berkenan nak jadikan Hairul tu menantu. Tapi, bukankah perlu difikirkan juga perasaan anak mereka? Ya, memang Faizul bukan contoh yang baik. Sekurang-kurangnya dia tidak mengubah pendirian atau sikap Huzaifa. Liat bangun solat subuh adalah tabiatnya sejak kecil lagi. Dah macam-macam usaha dibuat. Hal itu takda kena mengena dengan Faizul.
"Tak semestinya Hairul boleh ubah tabiat tu." Bidas Hj Firdaus.
"Yang penting, Hairul tu jauh lebih baik dari Faizul. Lagipun saya kesiankan Mastura tu. Dahlah arwah Arnisa tu anak tunggal. Ada sebab kenapa Allah temukan kita dengan mereka di Mekah dulu." Tegas Hjh Aisya.
"Sudahlah mama, papa! Tak payah nak gaduh-gaduh hal ni. Baiklah. Mama nak Ifa kahwin dengan Hairul tu, Ifa setuju." Tiba-tiba terdengar suara Huzaifa. Anak gadis itu berjalan menuruni tangga. Hj Firdaus dan Hjh Aisya yang sedang duduk berbincang di ruang tamu sedikit tergamam. Huzaifa duduk bertentangan dengan ibubapanya. Dia memegang tangan kedua ibubapanya. Dia mencium tangan mereka.
"Buatlah apa yang mama dan papa fikir baik untuk Ifa." Kata Huzaifa.
Dua minggu selepas itu.
"Sayang, you tak patut buat I macam ni." Faizul tak puas hati bila mendapat tahu Huzaifa ingin memutuskan hubungan mereka dan mendirikan rumahtangga dengan lelaki lain.
"You cakap I? I saw everything. Pasal tulah susah sangat bila I suruh you pinang I. Sayang konon!" Sindir Huzaifa sinis.
"I dengan perempuan tu cuma kawan saja."
"Kawan? You ingat I ni budak-budak? I saw you kissed her!" Marah Huzaifa.
"Alah, cium pipi je."
"You ingat I buta? I ikut you sampai hotel tu."
“You spy on me?” Faizul tak puas hati.
“What’s wrong with that? You sendiripun mengamuk bila I keluar dengan lelaki lain, walaupun lelaki tu client I ?” Ungkit Huzaifa.
“I lain. I lelaki. Malulah I, kalau I tak buat apa-apa girlfriend I keluar dengan lelaki lain.” Balas Faizul.
“Oh, orang lelaki boleh? Orang perempuan tak boleh. Undang-undang mana you pakai?” Bidas Huzaifa.
“Sudahlah. I dah buat keputusan muktamad. I tetap akan kahwin dengan lelaki pilihan keluarga I. Dan kalau I tak kahwin dengan dia sekalipun, I tetap takkan balik pada you.” Tegas Huzaifa. Faizul terdiam.
“Now, please leave my office.” Pinta Huzaifa dalam erti kata lain menghalau Faizul keluar dari pejabatnya. Faizul pergi biarpun hatinya berat untuk melangkah pergi.
Huzair masuk ke pejabat Huzaifa. Dia tahu jiwa Huzaifa memang tak tenang saat ini. Namun sebagai sepupu dan juga sahabat baiknya, Huzair tak mahu biarkan Huzaifa sendirian menahan perasaan. Dia perlukan seseorang untuk diluahkan perasaan.
“Kau dah nekad untuk teruskan niat kau untuk bernikah dengan Hairul?” Tanya Huzair.
“Hmmm.” Huzaifa angguk.
“Kerana marahkan Faizul?” Tafsir Huzair.
“Kalau dia curang, ada perempuan lain, aku mungkin masih mampu untuk maafkan dia dan berikan dia peluang. Apa yang dia buat tu, benar- benar mengecewakan aku. Bila dia tak sembahyang, tak puasa,sampaikan aku sendiri pernah bersubahat belikan makanan untuk dia masa bulan puasa. Tu semua aku masih boleh tahan. Aku yakin, tu semua boleh diubah. Tapi, bila dia tidur dengan perempuan tanpa ikatan sah dengan tak ada rasa bersalah langsung, aku kecewa. Aku sedar, aku bukanlah baik sangat pun. Solat pun kadang-kadang tinggal kalau dah sibuk sangat. Nak bangun subuh sampaikan ada masa mama terpaksa siram air. Sekurang-kurangnya aku tahu zina tu adalah satu dosa besar. Dan patut ada rasa bersalah. Faizul melekehkan hukum agama. Itu aku tak boleh terima.” Luah Huzaifa. Huzair tak bersuara. Dia tahu Huzaifa ingin terus berbicara.
“Aku setuju kahwin dengan Hairul kerana dia adalah pilihan mama dan papa. Dari kecil lagi mama dan papa tak pernah desak aku apa-apa. Aku diberi kebebasan untuk lakukan apa yang aku suka. Doakan aku.” Sambung Huzaifa.
“Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau.” Balas Huzair.
6 bulan berlalu.
Usia perkahwinan mereka sudah mencecah usia 5 bulan. Adakah kebahagiaan milik mereka? Mampukah kedua-duanya melupakan insan-insan yang pernah disayangi dan memupuk kebahagiaan mereka bersama? Mungkinkah keegoan akan menghalang mereka mengecapi kebahagiaan rumahtangga. Siapakah yang lebih ego.
Hairul sedang mengerjakan sesuatu pada komputer ribanya. Ramli mengetuk pintu. Hairul menyuruh masuk. Ramli duduk berhadapan temannya itu. Ramli menyerahkan fail laporan belian pada Hairul yang baru dinaikkan pangkat sebagai Purchasing Manager di Armada Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang menjual pelbagai mesin keluaran luar negara. Sebelum ini Hairul bertugas sebagai Interior Designer di salah sebuah anak syarikat Armada S/B, ‘World and Wonderful Creative’.
“Sejak dah ada bilik sendiri ni, asyik memerap je dalam bilik ni.” Usik Ramli.
“Kau bukan tak tahu. Setiap hari kena semak harga pasaran. Nak cari produk baru.” Ujar Hairul.
“Dulu, masa kita kat World and Wonderful, sibuk cari client. Sekarang, sibuk cari barang.” Ungkit Ramli. Hairul ketawa.
“Kerja aku dah settle. Aku balik dulu. Kita jumpa malam nanti.”
“Malam nanti?” Hairul tak faham.
“Yelah. Takkan kau tak datang pulak majlis malam ni?”
“Majlis apa?” Hairul masih tak faham.
“Malam ni kan majlis pelancaran dan perasmian program ‘SERIBU LUKISAN BERIBU INSAN’. Anjuran ‘Ieffa Creative&Design’. Seribu lukisan Ifa akan mula dipamerkan malam ini selama 7 hari di Persada Seni. Takkan kau tak tahu.”
“Oh, yang tu. Aku tahu. Cuma……………..”
Panggilan telefon mematikan kata-kata Hairul. Ramli meminta diri untuk pergi kerana isterinya sudah menunggu di bawah. Hairul berhenti seketika. Takkan aku nak beritahu Ramli yang aku tak tahu langsung pasal perkara tu. Huzaifa tak pernah sebut pun. Dan diapun tak jemput aku. Perlukah aku pergi? Mesti berpusu-pusu soalan dari Ramli esok kalau aku tak datang. Atau aku perlu tanya Huzaifa? Huzaifa nak aku datang ke? Buntu. Hairul terus bersiap untuk pulang ke rumah. Dia meraba-raba kocek seluarnya mencari telefon bimbitnya. Tak ada. Dia membuka laci. Pun tak ada. Baru dia perasan. Hari ini satu hari telefon bimbitnya tak berbunyi. Mungkin tertinggal di mana-mana. Hairul masuk ke dalam perut keretanya. Dia membuka ‘dashboard’. Tak ada juga. Mana telefon ni?
40 panggilan tak dijawab. 5 pesanan ringkas. Itu yang tertera pada skrin kecil telefon bimbit Hairul yang rupa-rupanya tertinggal di meja makan. 10 panggilan dari Huzaifa. Hairul cuba menghubungi Huzaifa. Tiada jawapan. Balas dendam? Atau mungkin dia sedang sibuk.
Persada Seni.
Ramai pengunjung sudah memenuhi ruang pameran. Kakitangan ‘Ieffa Creative&Design’ yang paling sibuk malam itu. Hj Firdaus adalah tetamu kehormat malam itu. Beliau yang akan merasmikan majlis malam ini. Hj Firdaus adalah Pengarah syarikat Haiqan Holdings, sebuah syarikat construction terunggul di Johor Bahru ini. Sebagai bapa, sudah pastilah beliau memberi sokongan padu atas usaha gigih anaknya yang ingin menubuhkan sebuah yayasan yang akan dinamakan ‘Satu Hati’. Satu Hati adalah satu yayasan yang akan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit kanser, buah pinggang dan beberapa penyakit kronik. Hasil jualan 1000 lukisan ini akan disalurkan 100% untuk yayasan ini.
“Alhamdulillah. Impian anak papa dah tercapai kan?”
“Tapi ini baru separuh jalan papa.” Balas Huzaifa.
“Takpe. Sekurang-kurangnya ia dah bermula.” Celah Hj Hamdan.
“Eh, Hairul mana? Tak datang ke?” Tanya Hjh Mastura.
“Ya tak ye. Tak nampak-nampak dia dari tadi.” Kata Hjh Aisya pula.
“Oh, dia….” Huzaifa tak tahu nak cakap apa.
“Kerja ke?” Teka Hj Hamdan.
“Arr..dia”
“Sorry lambat.” Tiba-tiba suara itu menyelamatkan keadaan. Huzaifa menoleh. Hairul tersenyum padanya.
“Tuan haji majlis dah nak mula. Silalah ke tempat duduk sana.” Huzair mencelah.
“Hai, formal betul anak abang Husin ni.” Usik Hjh Aisya.
“Bos dah ‘sound’ awal-awal mak Ngah.” Kata Huzair separuh berbisik. Mereka berdua tertawa kecil.
“Silakan ke ‘seat VIP’. Huzair membawa mereka pergi dari situ.
“Saya call banyak kali kenapa tak angkat?” Tanya Huzaifa separuh berbisik sebaik mereka yang lain pergi dari situ.
“Handphone tertinggal kat rumah. Awakpun kenapa tak beritahu awal-awal?” Balas Hairul.
“Saya dah letak ‘invitation card’ atas meja.”
“Kalau cakap saja kan senang.”
“Oh, cik kak! Ready cepat. Majlis nak mula dah ni.” Huzair mencelah perbalahan senyap itu.
Ucapan perasmian sudah pun berlangsung. Para pengunjung mula berjalan mengelilingi ruang pameran itu. Hajah Mastura mengajak Huzaifa duduk di satu sudut. Macam ada sesuatu yang nak ditanya. Berdebar-debar jantung. Huzaifa mencari kelibat Hairul. Apalah yang sedang dibincangkan dengan mama tu.
“Macam mana? Dah ada?” Tanya Hjh Mastura. Dah faham sangat maksud soalan itu. Memang itu soalan yang sering ditanya setiap kali mereka berjumpa.
“Belum lagi mak.” Jawab Huzaifa.
“Tak pergi buat pemeriksaan ke?”
“Awal lagilah mak. Kami kan baru kahwin 5 bulan. Lagipun Ifa sibuk sangat sekarang ni. Insya Allah lepas projek ni selesai baru kurang sikit sibuknya. Nanti Ifa ajak abang Hairul jumpa doktor.” Balas Huzaifa.
“Ifa ni memang sibuk memanjang Mas.” Tiba-tiba terdengar suara mama tersayang mencelah perbualan mereka.
“Sampaikan ‘honeymoon’ pun tak lagi.” Tambah Hjh Aisya.
“Ifa kan buat kerja amal mak, mama. Kita kena sokong dia.” Ujar Hairul.
Mereka tiba di rumah tepat pukul 1 pagi. Huzaifa begitu keletihan. Seharian dia sibuk dengan persiapan program malam tadi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Nasib baik Hairul datang tadi. Kalau dia tak datang tak tahu nak jawab apa kalau mama dan papa tanya. Sudah pasti mak dan ayah Hairul juga akan bertanyakan soalan yang sama. Dan Hairul pun muncul tepat pada waktunya. Sekilas Huzaifa memandang Hairul yang baru keluar dari bilik air. Teringat hal malam tadi. Dia nampak mamanya begitu rancak berbual dengan Hairul. Sekali sekala mereka menjeling ke arah Huzaifa. Apalah yang mereka bincangkan.
“Terima kasih sebab datang tadi.” Ucap Huzaifa. Hairul tersenyum biarpun Huzaifa tidak memandang ke arahnya.
“Apa yang awak bincang dengan mama tadi?” Tanya Huzaifa ingin tahu.
“Sama dengan apa yang mak saya bincangkan dengan awak tadi.” Jawab Hairul.
“Maksud awak?” Huzaifa tak faham.
“Pasal anak. Mama cadangkan macam-macam pada saya.” Jelas Hairul.
“Awak jawab apa?”
“Saya cakap awak sibuk. Tunggu awak lapang baru saya pergi tempat yang mama cadangkan tu.” Jawab Hairul. Huzaifa tak berkata apa lagi. Dia terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Nak mandi sikit. Badan rasa melekit. Seharian dalam bilik air-cond.
Huzaifa bangun lewat pagi minggu itu. Hairul seawal pagi lagi sudah bangun. Dia tidak tidur selepas solat subuh tadi. Dia sudah turun ke dapur menyiapkan sarapan. Begitulah dia setiap pagi minggu. Kalau hari lain bergantung keadaan. Kalau Huzaifa bangun awal dapatlah bersarapan dengan ‘pancake’ kegemarannya. Selepas sarapan, Hairul mencuci keretanya dan kereta isterinya. Kemudian dia menyiram pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Huzaifa. Tak berani nak ubah kedudukan pasu-pasu bunga itu. Nanti dibebel oleh Huzaifa yang tak suka hasil seninya diubah. Hairul menjeling jam tangannya. Hampir ke pukul 12 tengahari. Hairul masuk ke bilik untuk mengejutkan Huzaifa. Huzaifa sedang bercakap di telefon dengan seseorang. Wajahnya nampak tak manis. Mesti ada sesuatu yang tak kena.
“Awak cakap betul-betul apa yang awak cerita dengan mama semalam?” Tanya Huzaifa tegas sebaik talian telefon dimatikan.
“Macam yang saya beritahulah.” Jawab Hairul.
“ Awak mesti cakap lebih dari itu.”
“Cakap apa?” Hairul tak faham.
“Awak jangan nak tipu sayalah. Cakap betul-betul apa yang awak cakap dengan mama semalam?” Huzaifa sedikit berang. Namun, dia tetap mengawal nada suaranya agar tidak terlalu tinggi.
“Awak nak saya cakap apa sebenarnya?” Hairul masih tak faham.
“Mama baru lepas telefon tadi. Cara mama cakap tadi seolah-olah dia syak yang kita ni tak pernah bersama.”
“Apa yang awak merepek ni? Takkan saya nak cerita hal rumah tangga saya pada orang?” Hairul tak puas hati.
“Terpulanglah pada awak samada nak percaya atau tidak. Saya tak pernah sebut hal bersama atau tidak pada sesiapa pun. Samada kita pernah bersama atau tidak, itu adalah hal kita suami isteri. Ianya tak perlu dikongsi dengan orang lain. Termasuklah ibubapa saya dan ibubapa awak juga. Mungkin awak sendiri yang salah faham dengan kata-kata mama awak.” Tegas Hairul. Huzaifa terdiam. Akukah yang bersalah?
Hari Isnin, masa untuk kembali ke pejabat. Tak sabar nak tahu kutipan terkini program SERIBU LUKISAN BERIBU INSAN. Harap-harap dah mencapai target. Huzair tersenyum lebar melihat Huzaifa. Alhamdulillah. Hanya tinggal 30% lukisan yang belum terjual secara sah. Yang lainnya sudah dibeli dengan sah. Huzaifa tersenyum. Dia turun ke tingkat bawah. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Dia mencari-cari. Huzair tak faham. “Kau cari apa?” Tanya Huzair. “Mana pergi ‘Potret Mistik’ aku?” Tanya Huzaifa. Huzaifa tidak terus menjawab soalan itu. “Kau bawa pergi pameran hari tu ya?” Teka Huzaifa. Huzair diam. “Kau ni, kan aku dah cakap, lukisan tu bukan untuk dijual. Kenapa kau bawa pergi pameran tu?” Huzaifa naik berang. Huzair terkejut. Tak pernah-pernah minah ni naik angin.
“Jangan termenunglah. Tengok dalam senarai. Apa status ‘Potret Mistik’. Kod 000125.” Arah Huzaifa tegas. Huzair akur arahan itu. ‘SOLD’. Huzaifa naik angin. Marah betul bila dia tahu potret kesayangannya dah dijual. “Aku tak kira. Kau kena cari ‘buyer’ ni dan beli balik lukisan tu.”
“Dia bayar ‘cash’. Susah nak kesan. Kau juga cakap, kalau bayar ‘cash’ tak perlu ambil maklumat peribadi.” Balas Huzair.
“ I don’t care! Cari sampai dapat.” Tegas Huzaifa. Huzair menggaru kepala yang tak gatal. Apa nak buat ni? Telefon Hairul, minta bantuan.
Apalah yang dia marahkan sangat? Bukan tak boleh lukis gambar lain. Selama ni semua lukisan dia jual. Tak pernah menolak kalau ada orang berminat dengan mana-mana lukisannya. Yang dia angin satu badan ni kenapa? Biarlah Hairul yang selesaikan masalah ni. Tapi, boleh ke si minah kepala angin tu ‘dijinakkan’ oleh Hairul tu?
“Awal balik hari ni?” Sapa Hairul. Huzaifa tidak menjawab. “Huzair telefon saya tadi. Dia cakap awak marah-marah pasal lukisan awak hilang.”
“Bukan hilang. Dia jual ntah kat siapa ntah.” Kata Huzaifa geram.
“Kan awak boleh lukis gambar lain.” Balas Hairul.
“Gambar tu istimewa. Saya sayang lukisan tu.” Tegas Huzaifa.
“Kalau sayang, kenapa letak kat galeri. Simpanlah di rumah.”
“Eee, awak ni kan bukannya nak tenangkan hati saya. Buat sakit hati lagi ada. Ah, menyampah.” Huzaifa terus masuk ke bilik air.
“Salah ke aku cakap?” Tanya Hairul pada dirinya sendiri.
“Pasal satu lukisan mengamuk tak tentu hal. Pelik betul isteri aku ni.” Hairul tertawa sendiri. Dia meninggalkan bilik. Dia masuk ke bilik bacaan. Huzaifa keluar dari bilik air. Hairul tak ada. Hmmmm, mesti menatap wajah insan tersayang. Aaah, malas nak fikir. Huzaifa terus baring di atas katil. Malas nak ingat-ingat pasal ‘Potret Mistik’ tu. Sakit hati. Ikutkan hati, mati Huzair tu aku kerjakan.
Huzaifa sudah tidur lena. Hairul masuk semula ke bilik. Hairul baring di sebelah isterinya. Tidur dalam keadaan marah, geram dan sakit hati. Hairul mengusap rambut isterinya. Perkara yang jarang dilakukan selama ini. Apakah aku yang bersalah?
“Abang kejam!”
“Apa maksud Nisa?” Hairul tak faham.
“Abang dah lupa janji abang?”
“Janji?” Hairul semakin tak faham.
“Abang berjanji pada diri abang, kalau abang dah berkahwin abang akan bahagiakan isteri abang.” Nisa mengingatkan.
“Nisa tak bahagia bersama abang?”
“Bukan Nisa, tapi Huzaifa.” Tegas Nisa. Hairul tak faham.
“Di saat hatinya sedang bersedih, abang tinggalkan dia sendirian. Abang sepatutnya pujuk hati dia.” Ujar Nisa.
“Kalau Huzaifa tak bahagia, Nisa juga takkan bahagia.” Tambah Nisa.
“Jadi, apa yang perlu abang lakukan?” Tanya Hairul.
“Abang fikirlah sendiri.” Jawab Nisa. Dia berlalu meninggalkan Hairul sendirian.
“Tunggu dulu Nisa!” Jerit Hairul.
Hairul terjaga dari mimpi. Dia memandang di sebelahnya. Huzaifa terus bangun dari tempat tidurnya. Hairul serba salah. Huzaifa tidak berkata apa sepanjang pagi itu. Dia terus ke galeri tanpa sebarang kata. Dia marah ke? Marah pasal semalam atau marah kerana mimpi pagi tadi?
Huzaifa tiba di galeri jam 8:30 pagi. Huzair tak berani nak tunjuk muka. Takut ditanya pasal hal ‘Potret Mistik’ tu. Tapi, Huzaifa pula panggil masuk ke biliknya. Ish, apa nak jawab ni? Huzair masuk ke bilik Huzaifa. Hai, lain macam je muka minah ni. Gaduh dengan Hairul ke?
“Kami mungkin bukan ‘loving couple’, tapi kami tak pernah gaduh.” Jawab Huzaifa bila Huzair meneka masam wajahnya hari ini kerana bergaduh dengan Hairul.
“Dah tu, kenapa kau nampak sedih sangat ni?” Tanya Huzair prihatin.
“Pagi tadi dia mimpi arwah Nisa. Dia jerit-jerit panggil Nisa.” Cerita Huzaifa.
“Kau cemburu?” Tafsir Huzair.
“Ini bukan pasal cemburu. Masalahnya sekarang ialah, memang dah jelas terbukti yang dia masih tak boleh lupakan arwah Nisa. Di depan mata dia memang aku, tapi dalam hati dia hanya ada arwah Nisa. Dia pandang aku bukan sebagai Huzaifa, tapi arwah Nisa. Sebab muka kami seiras. Aku setuju kahwin dengan dia bukan semata-mata kerana kemahuan mama dan papa. Aku buat solat sunat istiharah, bukan 3 malam tapi 7 malam. Dan setiap malam aku mimpikan wajahnya. Aku yakin dengan petunjuk Allah. Aku tahu, kami mungkin akan bahagia. Aku hanya perlukan kesabaran untuk itu. Masalahnya sekarang, aku dah tak boleh sabar lagi. Dia mahu aku jadi arwah Nisa. Aku tak boleh jadi orang lain. Bukan aku tak pernah usaha menangi hati dia. Bila aku dapat tahu yang dia suka makan ‘pancake’, aku akan masakkan untuk dia kalau aku bangun awal. Di rumah tu kami ada bilik kerja masing-masing. Aku dengan bilik lukisan aku dan dia dengan bilik bacaan dia. Seperti dia yang tak pernah masuk bilik lukisan aku, begitu jugalah aku yang tak pernah masuk bilik bacaan dia. Satu hari tu dia minta tolong aku hantarkan fail dia yang tertinggal dalam bilik tu. Itulah pertama dan terakhir aku masuk bilik tu. Sebaik aku duduk di meja kerjanya aku terpandang satu potret besar tergantung di dinding. Gambar itu seolah-olah sumber inspirasinya. Potret arwah Nisa. Sampai bila-bila pun aku takkan mampu menjadi arwah Nisa. Dia terlalu istimewa di mata Hairul. Aku tak boleh jadi orang lain.” Luah Huzaifa sambil menahan genang air mata dari mengalir.
“Kalau kau yakin dengan petunjuk Allah, kau mesti terus bersabar. Satu hari nanti, pasti pintu hati dia terbuka untuk kau.” Pujuk Huzair.
“Entahlah. Bila aku dengar dia menjerit-jerit panggil nama Nisa pagi tadi, aku dapat rasakan yang kesabaran aku dah hilang.” Balas Huzaifa.
“Aku tak mampu jadi orang lain. Aku tak boleh jadi Nisa.”
“Pernah ke dia suruh kau berpakaian seperti arwah Nisa?” Tanya Huzair. Huzaifa menggeleng.
“Pernah ke dia suruh kau berpakaian seperti arwah Nisa?” Tanya Huzair. Huzaifa menggeleng.
“Pernah ke dia bercerita apa-apa pasal arwah Nisa?” Tanya Huzair lagi.
“Takda.”
“Pernah ke dia suruh kau buat sesuatu yang sama macam arwah Nisa?” Huzair bertanya lagi.
“Takda.”
“Kalau macam tu, di sudut mana yang menyebabkan kau rasa dia nak kau jadi macam arwah Nisa?” Soal Huzair.
“Dia memang tak pernah cakap. Tapi, aku tahu itu yang dia harapkan.” Balas Huzaifa.
“Aku tahu, bukan mudah nak bersabar. Namun, tak salahkan kalau aku minta kau bersabar sedikit lagi? Aku yakin dia akan dapat terima kau seadanya.” Pujuk Huzair.
“Entahlah.” Keluh Huzaifa.
“Kalau kau tak boleh jadi orang lain, jadilah diri sendiri yang boleh memberi kebahagiaan pada dia. Kau setuju berkahwin dengan dia, maknanya kau kena terima dia seadanya. Beri dia sedikit masa lagi.” Pujuk Huzair lagi. Huzaifa tak bersuara apa-apa lagi.
Mampukah aku bersabar lagi? Aku sebenarnya sudah tewas di pertengahan jalan. Ya Allah, berikanlah aku petunjukMU. Bagaimana aku boleh terus bersabar bersama lelaki yang tidak mencintaiku. Di matanya aku di hatinya dia. Di depannya aku, di pandangannya dia.
Telefon bimbitnya berbunyi. Huzaifa terlalu sibuk melukis hinggakan dia terus mengabaikan saja panggilan itu tanpa melihat siapakah pemanggilnya. Berulang kali telefon itu berbunyi. Huzaifa tetap tidak mahu menjawab panggilan itu. Masa terus berlalu. Huzair mengetuk pintu. Memberitahu ada seseorang ingin berjumpa. Mendengar nama Faizul, Huzaifa jadi berang. Dia tak mahu meninggalkan biliknya. Jangan-jangan telefon yang berbunyi tadi adalah panggilan darinya. Huzaifa mengambil telefon bimbit di atas meja. Hairul?
“Saya nak ajak awak ‘lunch’ sama hari ni. Saya dah ‘on the way’ ke galeri awak ni. 5 minit lagi saya sampai.” Itu jawapan Hairul bila Huzaifa bertanya kenapa dia menghubunginya. Ah, sudah. Huzaifa tak mahu Hairul terserempak dengan Faizul. Apa yang perlu aku buat supaya Faizul cepat-cepat pergi dari sini. Huzair mengetuk pintu lagi.
“Hairul nak sampai kejap lagi. Kau suruhlah dia balik cepat.” Desak Huzaifa.
“Relaxlah. Lagi senang kalau suruh Hairul yang halau dia.” Balas Huzair.
“Jangan nak main-main boleh tak?” Marah Huzaifa.
“Dia dah balikpun. Dia kirim salam. Ni bunga dari dia.”
“Bunga? Dia tu dah kenapa? Kan aku dah kahwin. Dia nak apa lagi?” Marah Huzaifa lagi.
Huzair ketawa. Apalah yang dia takut sangat mereka terserempak. Hmmm, mungkin Huzaifa nak menjaga hati Hairul. Tapi, apakah Hairul menjaga hati Huzaifa?
“Apa mimpi tiba-tiba ajak lunch hari ni?” Tanya Huzaifa.
“Hai, salah ke kalau saya nak keluar makan tengahari dengan isteri saya?” Balas Hairul tanpa menjawab soalan Huzaifa.
“Nak makan kat mana ni?”
“Restoran kegemaran saya. ‘Under One Roof’. Makanan kat situ semuanya ‘western’ tapi telah diadaptasikan dalam masakan tradisi melayu. Sedap tau.” Jawab Hairul.
“Saya dah selalu pergi. Saya tahu.” Balas Huzaifa. Hairul tersenyum.
Mereka memilih hidangan yang sama. Rupa-rupanya mereka mempunyai hidangan kegemaran yang sama. Set ‘In One Plate’. Lima jenis makanan laut yang dipanggang dicicah dengan sos istimewa. Lazat terasa.
“Saya nak minta maaf pasal semalam.”
“Pasal apa?” Huzaifa tak faham.
“Pasal apa?” Huzaifa tak faham.
“Sepatutnya, saya tenangkan kemarahan awak semalam. Tapi, saya dah tambah sakit hati awak. Pasal potret mistik awak tu…..”
“Tak payah sebut lagi pasal potret tu. Itu sudah cukup untuk tidak menyakitkan hati saya.” Pintas Huzaifa.
“Pagi tadi mama telefon. Dia bagi alamat ni. Mama dah fix tarikh untuk kita jumpa doktor ni.” Hairul menghulurkan sekeping kertas memo.
“Awak nak pergi ke?” Tanya Huzaifa tanpa memandang kertas tersebut.
“Terpulang pada awak.” Jawab Hairul.
“Awaklah buat keputusan. Awak suami.” Balas Huzaifa.
“Kalau saya suami, maknanya awak kenalah ikut cakap saya kan?”
“Awak cakap macam tu seolah saya ni selalu sangat melawan cakap awak kan?” Sindir Huzaifa. Hairul ketawa. Huzaifa berkerut dahi tak faham. Lain macam saja si Hairul ni.
“Lepas makan awak ikut saya.”
“Pergi mana?” Huzaifa ingin tahu. Hairul tersenyum.
“Pergi mana?” Huzaifa ingin tahu. Hairul tersenyum.
“Pejabat saya. My new office. Awak tak sampai situ lagi kan?”
“Nak buat apa?” Huzaifa semakin tak faham. Hanya senyuman, tiada jawapan dari Hairul. Ish, kenapa dengan Hairul ni?
Mereka tiba di Armada Sdn Bhd. Beberapa orang pekerja yang ada bertukar senyuman dengan Huzaifa. Ada juga yang datang padanya minta autograph. Hehehe, kelakar pulak. Dah macam artis popular. Ada beberapa lukisan karyanya tergantung di dinding pejabat itu. Hairul mengajak Huzaifa masuk ke biliknya. Dia menyuruh Huzaifa duduk di kerusinya. Semakin pelik perangai Hairul ni. Hairul menyuruh Huzaifa memandang ke hadapan. Huzaifa terkejut.
“Saya yang suruh Huzair rahsiakan hal ni. Tapi, bila dia beritahu awak mengamuk teruk, saya rasa bersalah. Huzair cakap awak tak pernah naik angin macam tu. Maafkan saya sebab beli ‘Potret Mistik’ kesayangan awak tu.” Bicara Hairul. Huzaifa masih terdiam.
“So, sekarang saya pulangkan balik pada awak.” Hairul memegang frame besar itu. Dia ingin menurunkannya.
“Tak payah.” Huzaifa bersuara. Gerak geri Hairul terhenti.
“Takpelah. Awak ambil jelah gambar tu.” Bicara Huzaifa.
“Tapi, bukan ke….”
“Tak payah nak tapi-tapi.” Pintas Huzaifa.
“Cepatlah hantar saya balik galeri. Saya ada banyak kerja nak buat ni.” Pinta Huzaifa.
Tak tahu nak gambarkan perasaannya yang sebenar. Marah, geram, sakit hati, risau, bimbang, tak faham, entahlah. Dia mimpi apa sebenarnya pagi tadi? Dia tahu ke aku ada cakap yang kesabaranku untuk terus bersamanya semakin pudar? Dia dapat tahu dari Huzair atau dia ada pancaindera keenam. Boleh tahu segala apa yang aku fikirkan? Kadang-kadang, bila seseorang tu tiba-tiba baik semacam je dengan kita mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dan tak mustahil apa yang ingin disampaikan itu adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Selalunya orang yang paling dekat dengan kita, orang itulah yang selalu menyakitkan hati. Dan orang itulah juga yang selalu menenangkan hati kita. Sakit hati ke?
Petang itu Hairul menghubungi Huzaifa dan memberitahu dia pulang lewat hari itu. Hairan. Selalunya dia tak pernah pun nak beritahu dia nak balik lewat atau cepat. Tahu-tahu ada saja kat rumah. Ataupun balik-balik dia takda di rumah. Ish berdebar semacam je hati ni. Dia macam nak menyatakan sesuatu pada aku.
“Tak tidur lagi? Tunggu saya ke?” Tanya Hairul sebaik tiba di rumah dan melihat Huzaifa yang sedang menonton televisyen. Huzaifa tidak menjawab. Dia bangun untuk ke dapur dan mengambilkan minuman untuk Hairul. Hairul menarik tangannya, dan meminta dia duduk. Huzaifa sedikit terkejut dengan perbuatan Hairul itu. Namun, dia akur kemahuan Hairul yang memintanya duduk. Hairul duduk di sebelah Huzaifa. Agak rapat. Jantung berdegup pantas.
“Bos hantar saya ke Korea minggu depan. 10 hari.” Beritahu Hairul.
“Hmmm. Okey.” Balas Huzaifa.
“Saya nak ajak awak sekali.”
“Buat apa?”
“Buat apa?”
“Bercutilah. Saya cuma ada urusan kerja 3 hari saja.” Jelas Hairul. Huzaifa terdiam. Betul ke Hairul ni? Dia ajak aku bercuti?
“Awak kan teringin nak pergi Pulau Nami. Nanti kita boleh ke sana.” Bicara Hairul lagi.
Pulau Nami. Hmmm. Best tu. Takkan nak tolak pulak. Cuti free ni. Boleh jumpa buah hatiku.
Huzaifa tersenyum.
“Senyum tu tanda setuju.” Kata Hairul.
“Tak boleh janji. Saya tengok dulu jadual saya.”
“Awak kan bos. Mesti awak boleh atur masa sendiri kan?”
“Tapi……………..”
“Kalau awak nak pergi, esok pagi bagi passport awak pada saya okey?”
“Kalau awak nak pergi, esok pagi bagi passport awak pada saya okey?”
"Hmmm." Huzaifa tidak memberi jawapan yang pasti. Hatinya mula sangsi. Lain benar sikap Hairul sejak dari tadi. Mesti ada kena mengena dengan mimpi pagi tadi.
Bersetuju. Betul ke tindakan aku ini. Tapi, aku pun tak sabar nak jumpa buah hati aku di sana nanti. Sudahlah, aku malas nak fikirkan lagi. Kalau hanya di sini kisah kami, mahu atau tidak aku terpaksa redha ketentuan ini. Ya ke aku redha? Takkanlah aku tak ada sedikitpun rasa sayang pada perkahwinan ini. Tidak dinafikan, Hairul seorang lelaki yang baik. Amat menitik beratkan soal agama. Dia selalu mengingatkan agar jangan lupa solat. Setiap kali nak solat Subuh, Hairul tak akan berganjak selagi Huzaifa tak bangkit untuk solat bersama. Hinggakan akhirnya Huzaifa kini tidak lagi susah untuk bangun. Dan kadang-kadang dia yang bangun dulu sebelum Hairul. Kalau Huzaifa nak puasa, dia akan berpuasa bersama. Tapi, hati aku masih sangsi. Kerana hatinya masih tidak dapat menerima aku seadanya. Dia hanya mahukan Nisa 2. Dan aku tak mampu memenuhi kehendak hatinya itu.
Korea
Subhanallah, cantiknya tempat ini. Nak tunggu Hairul lama sangat. Katanya cuma 3 hari saja urusan kerjanya di sini. Ni dah masuk hari kelima. Masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Huzaifa membuat temujanji dengan buah hatinya. Seorang pelajar di University of Incheon. Dialah yang membawa Huzaifa berjalan mengelilingi Pulau Nami yang selama ini hanya ditonton di televisyen. Di sini bukan senang nak cari makanan halal, jadi mereka lebih gemar membawa bekalan sendiri. Mereka begitu gembira kerana dah terlalu lama tak bertemu. Hairul tiba-tiba muncul di tengah-tengah kegembiraan itu. Keadaan menjadi tegang bila Hairul naik berang. Tak pernah Huzaifa melihat Hairul seperti itu. Dia terus berlalu pergi selepas meleraikan Hairul dan buah hatinya dari bertumbuk.
"Sabar dulu Hairul."
"Sabar apanya?" Marah Hairul.
"Saya Ahmad Fakhrul. Adik bongsu Hj Firdaus." Jelas Fakhrul. Hairul tak faham.
"Dah hampir 4 tahun saya belajar di sini dan tak pernah balik. Masa kamu kahwin saya tengah exam. Kami memang rapat. Beza umur kami pun cuma 6 tahun." Cerita Fakhrul. Hairul terus berlalu meninggalkan Fakhrul. Kenapa mesti dia rahsiakan hal ini dari aku? Sengaja nak sakitkan hati aku? Nak buat aku marah?
"Kenapa awak buat semua ini? Kenapa rahsiakan pasal Fakhrul?"
"Saya tak pernah nak rahsiakan pun. Memang saya nak bawa awak jumpa dia. Tapi awak yang asyik sibuk. Awak cakap cuma 3 hari saja awak ada urusan kerja. Tapi dah 5 hari saya asyik terperap kat bilik tunggu awak balik kerja." Balas Huzaifa.
"Awak sengaja 'set' nama 'buah hati' pada handphone awak. Awak sengaja nak buat saya marah?"
"Dari dulu lagi saya dah set nama Fakhrul dengan nama buah hati. Tak ada kena mengena dengan awakpun." Nafi Huzaifa.
"Saya sedar. Saya ni bukannya lelaki pilihan awak. Awak setuju kahwin dengan sayapun sebab mengikut kehendak ibubapa awak. Saya cuba ikut rentak awak. Saya tak pernah paksa-paksa awak. Saya cuba jadi suami yang baik untuk awak. Tapi, mungkin saya masih tak dapat nak gantikan tempat Faizul di hati awak."
"Apa yang awak mengarut ni?" Pintas Huzaifa.
"Saya tahu, awak dah ada kekasih masa awak kahwin dengan saya. Saya tahu awak terpaksa turut kehendak orang tua awak. Saya nak bahagiakan awak, tapi awak tak nampak semua tu. Saya tertekan dengan sikap awak."
"Awak salahkan saya?" Balas Huzaifa.
"Awak tak boleh terima saya kan?" Teka Hairul.
"Siapa yang sebenarnya lebih tertekan? Saya kahwin dengan awak bukan semata-mata kerana kehendak orang tua saya. Lepas putus dengan Faizul saya tak pernah lagi ada apa-apa perasaan terhadap dia. Saya baru 23 tahun. Saya rasa usia tu masih terlalu muda untuk saya akhiri zaman bujang saya. Tapi, saya buat solat sunat untuk minta petunjuk Allah. Saya yakin dengan petunjuk Allah. Saya hanya perlu bersabar. Awak sendiri yang tak boleh nak lupakan arwah Nisa. Depan mata awak memang saya, tapi di hati awak hanya ingatkan dia. Awak nak kahwin dengan sayapun sebab muka saya seiras arwah kan? Dalam bilik bacaan awak tu, potret siapa yang jadi sumber inspirasi awak? Bukan sehari dua awak mimpi sebut nama Nisa. Awak memang masih tak boleh lupakan dia. Dan awak memang tak boleh terima saya dalam hati awak. Saya yang sebenarnya lebih tertekan?" Kali ini Huzaifa tidak berselindung lagi. Dia meluahkan segala isi hatinya.
"Mak awak cerita macam-macam pasal arwah. Tentang sikap arwah. Mungkin dia nak saya jadi macam arwah. Tapi saya tak boleh. Saya tak mampu jadi orang lain. Saya tak mampu jadi isteri yang awak impikan. Saya adalah saya." Tambah Huzaifa lagi. Hairul terdiam seketika. Mungkin sudah termati segala kata-kata. Huzaifa tak mahu cakap apa-apa lagi. Airmatanya mula bergenang di kelopak mata. Egokah airmata itu? Ia tidak mahu mengalir membasahi pipi. Namun bila memandang Hairul yang mengambil sesuatu, airmata itu mengalir. Sampai ke sinipun Hairul bawa potret itu.
"Potret ini yang awak maksudkan?" Tanya Hairul. Huzaifa tak menjawab. Hanya airmata yang membasahi pipi.
"Masa saya nak ke Mekah dulu, mak dan ayah saya pesan pada saya. Nanti di depan ka'abah, sama-samalah berdoa agar terbuka pintu hati saya untuk kahwin lagi. Semasa di sana, hanya sekali saya berdoa., 'ya Allah, kau temukanlah aku dengan insan yang akan membahagiakan aku'. Hampir setiap malam saya mimpikan wajah seorang gadis. Tapi, saya tak pernah jumpa dia di Mekah. Bila saya balik ke Malaysia, saya asyik teringatkan wajah gadis itu. Sejak di Mekah lagi saya cuba lukis gambar gadis itu. Oleh kerana saya ni bukan pelukis, saya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lukisan itu. Satu hari, mak saya ajak ke rumah awak. Bila ternampak awak, saya terkejut. Tiba-tiba mak saya pengsan. Bila dia sedar, dia tanya pada saya. 'Muka anak makcik Aisya tu macam arwah Nisa kan?' Masa tu baru saya sedar muka awak macam arwah. Dan barulah saya faham kenapa mak dan ayah saya tak pernah tanya gambar siapa yang saya cuba lukis tu. Kali pertama saya nampak awak, bukan macam arwah Nisa. Tapi, gadis yang selalu datang dalam mimpi saya. Saya nak kahwin dengan awak kerana saya yakin, awaklah insan yang akan membahagiakan saya." Luah Hairul. Huzaifa terkedu.
"Saya cintakan awak Nurul Huzaifa Athirah bt Hj Firdaus." Ucap Hairul ikhlas.
"Kenapa awak tak pernah beritahu saya sebelum ini?"
"Awak pernah beri saya peluang ke?" Balas Hairul.
"Sebenarnya, semasa mama dan papa di Mekah dulu, setiap hari saya mimpikan awak. Cuma saya baru sedar orang dalam mimpi saya tu adalah awak bila kita dah kahwin. Sebab tulah saya tak ambil balik 'Potret Mistik' tu."
"Cinta kita adalah doa cinta di tanah suci. Allah dah tunjukkan, tapi kita yang tak tahu jalannya." Kata Hairul.
"Maafkan saya." Pinta Huzaifa sambil menitiskan airmata. Hairul menyeka airmata itu.
"Abang tak nak tengok lagi airmata sedih isteri abang. Lebih-lebih lagi airmata sedih kerana abang." Bicara Hairul ikhlas. Yakinlah dengan petunjuk Allah, kerana Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Doa cinta.
Mula: 02 Disember 2010
Selesai: 17 Januari 2011
Comments
Post a Comment