Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

RUMAH DASSANDRA ADRIANA

  Alhamdullllah.   Hari ini Darissa mampu tersenyum melihat kejayaan yang diraihnya.   Bukan mudah bagi dirinya untuk bangkit dari kekecewaan lalu.   Tamat pengajian suatu ketika dahulu, dia mula menapak sedikit demi sedikit.   Membantu sedikit demi sedikit rakan-rakan yang ada.   Mula bekerjasama dengan beberapa jenama.   Namun memang bukan mudah berada di kedudukan yang selesa seperti sekarang.   Kegagalan rumahtangganya sedikit sebanyak mengganggu emosi dan perjalanan hidupnya.   Darissa bangkit demi kehidupannya yang sememangnya dari dahulu lagi keseorangan.   Sejak kematian kedua orang tuanya, dia membesar di sebuah rumah besar yang didiami bersama beberapa rakan yang senasib dengannya.   Tapi…tulah….setelah sekian lama, kenapa mereka sibuk-sibuk cari.   Dah 5 tahun rasanya hubungan mereka dah terputus selepas talak padanya dijatuhkan.   Bukan seorang dua yang menjadi saksi.   Di hari kenduri 40 hari bapa mertuanya, hari itulah suami….bekas suaminya melafazakan cerai.   Biarpun