Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

'NURSE AJAIB'

  Hampir 15minit menanti, barulah tiba orang yang dinanti.   Dah kenal sangat dengan teman baiknya itu.   Memang jarang tepati masa.   Lambat 15 minit sahaja ni pun dah bagaikan satu anugerah terindah.   Sebab tulah kadang-kadang Areeana Sofea sengaja datang lewat.   Jadi, tak perlulah tunggu lebih lama.   Aleesha Aqeela tersengeh-sengeh sahaja melihat Areeana yang dah setia menunggu. “Kau serius ke?   Dia nak ke ikut kau tinggal kat bandar ni.   Jauh pulak tu dari kampung kita.”   Aleesha tak yakin dengan keputusan Areeana yang mahu bawa mak tirinya tinggal bersama. “Betullah.   Dia kat kampung pun sorang-sorang kan.   Walaupun kat sini aku sibuk kerja, tetapi tiap-tiap hari aku akan pastikan aku akan balik rumah.” “Kau ni kan aku tak faham jugak kadang-kadang.   Aku kenal kau bukan baru sehari dua tau.   Dari kita satu tadika lagi.   Mak tiri kau tu punyalah garang.   Pukul kau separuh mati pun pernah.   Tak pernah pun belai kau macam anak sendiri.   Tapi, hari ini, umur kau da