Skip to main content

DNA

 

Alhamdulillah.  Pembedahan pemindahan buah pinggang itu berjalan dengan lancar.  Bersyukur ke hadrat Illahi. Biarpun ada beberapa persoalan yang timbul sebelum pembedahan pemindahan itu, ianya dibiarkan dahulu.  Papa dan mama banyak membisu sejak pulang dari hospital.  Mungkin kerana mereka keletihan bergilir menunggu di hospital.  Biarpun anak sulung menawarkan diri untuk mengganti tempat mereka, tapi mereka menolak.  Biarlah mereka sahaja yang jagakan anak bongsu mereka Haikal Hazree.

Dah 30 tahun usia perkahwinan Hazrul dan Hareena.  Dikurniakan 4 orang anak lelaki.  Yang sulung sudah 28 tahun dan yang bongsu berusia 15 tahun.  Haikal Hazree disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan memerlukan buah pinggang yang baru untuk membantunya meneruskan hidup.  Haikal Hadree, anak sulung mereka menawarkan diri.  Namun, papa mereka tidak mengizinkan.  Biar dia sahaja yang lakukannya.  Mama pula tidak setuju.  Dan mulalah berlaku sedikit perbalahan.  Dan memang memeranjatkan apabila tiada seorang pun di antara mereka mempunyai padanan darah yang sama dengan Hazree.

Dan perkara inilah yang menjadi tanda tanya.  Mama dan papa tak berkata apa-apa.  Apakah sebenarnya yang mereka rahsiakan dari anak-anak mereka?  Darwish muncul dalam keluarga ini dua tahun lepas.  Dia bekerja sebagai pemandu peribadi mama.  Papa yang carikan.  Hubungan mereka sekeluarga memang rapat.  Dan Darwish yang menjadi penderma yang sesuai untuk Hazree.

Selepas sebulan tiada siapa yang berani bangkitkan lagi persoalan itu.  Yang menjadikan ianya diungkit semula apabila, mama mereka tiba-tiba menghilangkan diri.  Papa dah tak keruan mencari mama ke sana ke sini.  Kenapa perlu mama menghilangkan diri?  Adakah kerana…..

“Jangan jadi bodoh.  Tak mungkinlah mama buat benda tak baik.”  Marah Hadree pada adik-adiknya, Hazlee dan Hazmee.  Hazree tidak mahu cakap apa-apa.  Along memang sangat rapat dengan mama.  Dia cukup berang kalau adik-adiknya melawan cakap mama.  Apa lagi kalau tuduh mama yang bukan-bukan.

“Kalau mama tak salah, kenapa mama tiba-tiba hilang?”  bangkit Hazlee.

“Darwish tu takde kena -mengena pun dengan kita.  Tup-tup dia yang ‘match’ untuk pemindahan buah pinggang tu.”  Tambah Hazlee.

“Habis tu?   Kau nak cakap yang Darwish tu ada hubungan sulit dengan mama?”

“Tak mustahil.”  Celah Hazlee.  Buk!  Satu penumbuk hinggap di pipinya.

“Sebab tu aku cakap.  Nak cakap guna otak dulu.  Darwish tu 26 tahun.  Masa Hazree lahir, umur dia baru 11 tahun.”

“Dah lah tak guna kita bergaduh sesama sendiri macam ni.  Yang penting sekarang ni kita kena cari mama.  Papa tu dah macam orang gila tau cari mama.”  Hazree akhirnya bersuara.

Dah hampir dua minggu Hareena hilang entah kemana.  Handphone dimatikan.  Hazrul ditemani Darwish mencari isterinya. Ke mana agaknya Hareena pergi?  Dia marah aku ke?  Ya, Allah pertemukanlah kami semula.

HAREENA termenung jauh.  Ini semua salah aku.  Kenapa senang sangat aku percaya kata-katanya?  Selama ini aku tertipu dengan kata-katanya.  Selepas 16 tahun baru aku tahu hal sebenarnya.  Apa yang aku nak cakap dengan suami aku?  Bila dia berdiam diri macam tu, aku tahu, ada sesuatu di fikirannya.  Abang, Reen minta ampun dan maaf.  Memang sepatutnya Reen cerita dengan abang hal ini 16 tahun dahulu.  Sebelum Hazree lahir lagi.  Hareena memejamkan matanya.  Peristiwa 16 tahun lalu berlegar-legar dalam fikirannya.  Apa yang dia ingat malam itu dia dan rakan pejabatnya dan anak dato’ Mukhriz ada sama. Sedang berbincang soal kerja di sebuah bilik di sebuah hotel.  Dan bila dia sedar dia berada di atas katil, dan Masdee, anak dato’ Mukhriz hanya bertuala dan baru keluar dari bilik mandi.

Ini semua salah kau Masdee.  Kenapa aku senang sangat percaya dengan kata-kata kau?  Tak buat apa-apa konon.  Kau penipu.  Jangan-jangan kau berkomplot dengan Zeela dan Jenny.  Kenapa aku tak syak apa-apa?  Dua bulan lepas peristiwa itu aku disahkan mengandungkan Hazree.

“Kau dah tertido macam orang pengsan.  Puas kiteorang kejut.  Kau taknak bangun.  Aku dah nak call doktor.  Tapi, encik Masdee cakap mungkin kau penat sangat.  So dia tak bagi kacau.  Dia suruh kita tidur jek kat bilik dia tu.  Dia cakap nak cari bilik lain.  Tau-tau bilik takde kosong. So, dia tidur kat lobi sahaja. Kesian dia tau.  Kau janganlah fikir yang bukan-bukan.” Jelas Zeela.

“Yelah Reena.”  Jenny cuba meyakinkan.

Mudah sangat aku percaya kata-kata mereka.  Selepas 16 tahun aku rasa aku ni bodoh sangat.  Dah hilang segala bukti kalau ada sekalipun.  Menyesalnya aku tak berterus terang dengan suami aku dulu.  Aku cuma tak mahu mencetuskan pergaduhan.  Hazrul sangat sayangkan isterinya, tak mungkin dia berdiam diri kalau isterinya diperlakukan sedemikian rupa.  Bila difikirkan semula, mustahil pula aku tertidur sampai tak sedar macam tu.  Takkan mereka tak rasa pelik.  Yelah, Zeela cakap dia kejut solat subuh pun aku tak nak bangun.  Dah beberapa jam tak sedar diri.  Mestilah nak kena panggil doktor kan?  Kepala aku dah mula fikir yang bukan-bukan saat ini.  Kenapalah dari dulu lagi aku tak fikirkan hal ini semua.

Zeela dah ikut suaminya berpindah ke Sarawak.  Jenny pula dah lama pindah oversea.  Nak sahaja aku cari balik mereka berdua ni.  Mesti ada sesuatu yang mereka rahsiakan ni.  Sampai hati mereka buat aku macam ni.  Masdee.  Kau tunggu.  Aku akan cari kau.

 

Hazrul diam membisu.  Kemana lagi arah hendak dituju.  Sayang, kenapa buat abang macam ni?  Baliklah.  Sayang tak sayangkan abang dan anak-anak ke?  Majlis Hadree dah tak lama sahaja lagi.  Dia takkan berdiam diri.  Itu abang sudah pasti.  Baliklah, kita selesaikan segala-galanya dengan baik. 

“Tuan, kita dah sampai.”  Suara Darwish mematikan lamunan Hazrul.  Hazrul keluar dari perut kereta.  Tanpa suara, tanpa bicara, dia melangkah masuk ke dalam rumah.  Sapaan Hadree hanya dijawab dengan pandangan sayu.  Dan Darwish, sebaik sahaja kereta diparking di tempatnya, dia melangkah untuk ke sebuah bilik yang telah dikhaskan untuknya. 

“Darwish, tunggu sekejap.”  Panggil Hadree.  Langkah Darwish terhenti.  Dia berjalan menuju ke arah Hadree yang telahpun duduk di gazebo yang terletak di halaman rumahnya.

“Ya encik Hadree? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

“Macam mana papa hari ni?  Dia makan tak?  Bercakap?”

“Masih sama encik Hadree.  Dia makan pun untuk alas perut sahaja.  Bercakap pun sepatah dua sahaja.  Dah macam-macam tempat kami pergi.  Tapi, masih takde apa-apa klu.”  Jawab Darwish lancar.

“Risau saya ni bila teringat pasal papa dan mama.  Lebih-lebih lagi mama. Saya tak nampak dia depan mata.  Janganlah ada apa-apa berlaku kat dia.  Kalau papa tu saya nampak depan mata.  Awak pun ada untuk tengok-tengokkan papa.  Awak lah harapan saya buat masa ni.  Saya tak boleh nak harap adik-adik saya tu.”  Kerisauan sebagai anak sulung.

“Insha Allah encik Hadree. Saya rasa puan tak pergi jauh.  Mungkin masih lagi dalam Kuala Lumpur ni.” 

“Saya pun fikir macam tu juga.  Mama seolah-olah nak tutup jejak dia.  Sebelum dia hilang, dia buat satu transaksi pengeluaran cash yang banyak.  Dan gps pada keretanya pun dia dah matikan.  Dia sengaja tak gunakan kad kredit dia.  Sebab mama memang tak mahu dijejak.  Itu yang buat saya risau sangat.  Saya ada juga minta tolong kawan-kawan polis saya.  Saya harap adalah yang nampak mama saya.”

MASDEE Dato’ Mukhriz berjalan sendirian menuju ke kereta yang diparking di tingkat 5 itu.  Kenderaan dah makin berkurangan.  Jam pun dah melebihi 6 petang. Kalau yang ada ni pun entah pukul berapa mereka balik malam nanti.  Dia tiba di keretanya yang agak jauh dari yang lain-lain.  Rasa semacam pula tiba-tiba.  Seolah diekori oleh seseorang.  Masdee menoleh belakang.  Tak ada sesiapa.  Dia menoleh kembali ke hadapan.  Terkeluar suara jantannya menjerit sebab terkejut.

“Uish kau ni!  Terkejut aku.”  Masdee mengurut dada.

“Sorrylah boss.  Ada orang nak jumpa boss.  Dia ada tunggu kat parking tingkat dua.”

“Siapa?”

“Hareena.”  Jawab pembantunya ringkas.

“Hareena?  Ex staff kita tu.  Project Manager tu ke?”  Masdee ingin kepastian.

“Betul boss.”

Masdee tersenyum.  Dia akui dia pernah menyimpan perasaan pada wanita itu.  Namun sedikit kecewa apabila mengetahui yang wanita yang cantik itu sudah menjadi milik orang.  Dah ada tiga anak pula tu.  Dan dia memang ada perasaan bersalah pada Hareena.  Lebih-lebih lagi apabila Hareena meletak jawatan tak lama selepas dia disahkan mengandungkan anaknya yang keempat.  Alasan suaminya, emosi Hareena yang tak stabil, dan dia sendiri ingin berehat sepanjang mengandungkan anak keempatnya itu.  Itulah last mereka bertemu.  Hakikatnya aku tahu dia marah atas apa yang terjadi semasa di Port Dickson 16 tahun lalu.  Haish!  Rasa bodoh sangat bila diingat-ingatkan balik.  Agaknya kalau dia tahu hal sebenar, matilah aku.  Nak jawab dengan dia, suami dia, anak-anak dia, papa aku lagi.

“Sekarang ni aku nak kau terus terang dengan aku.  Apa sebenarnya yang berlaku masa kita kat PD hari tu?”  tanya Hareena tegas.

"Eh,sabarlah.  Kau ni tak tanya apa khabar ke apa, terus terjah macam ni.”

“Aku takde masalah nak bermukadimah bagai.  Kau jawab soalan aku.”  Marah Hareena.

“Kan aku dah beritahu kau.  Malam tu kau dah tertidur.  Bukan kiteorang tak kejut.  Dah kejut, kau yang taknak bangun.  Takkan nak suruh aku angkat kau ke bilik kau pulak.  Mesti kau marah aku.  So, aku suruhlah kau bertiga tidur bilik aku.”

“Kalau kau dah tahu aku tidur kat bilik kau, buat apa kau ada dalam bilik tu?”

“Reena, aku dah explain kan?  Aku call Jenny, dia cakap dia dah balik bilik.  So, aku anggap kau pun dah balik bilik juga.  Handphone aku pulak mati. Masa aku masuk bilik, aku langsung tak perasan kau atas katil.  Selimut dah lah tebal, kau pun kurus sangat, aku nampak rata jek atas katil tu.”

“Habis kau nak kata aku tak kuruslah sekarang?”  ungkit Hareena.  Orang perempuan ni sensitive kalau bab saiz badan. Haha..

“Memanglah.  Dulu anak tiga pun macam anak dara.  Sampai akupun jatuh cinta.”

“Apa?” Hareena kurang dengar kerana Masdee memperlahankan suaranya.

“Err..takde….takde apa-apa.”

“Kau jangan main-main boleh tak?  Aku nak tahu apa yang kau buat pada aku malam tu?”  Hareena masih bertegas.

“Aku dah cakap dengan kau dulu.  Aku memang tak buat apa-apa pun kat kau.  Aku balik bilik sebab aku nak mandi sahaja.  Aku takde niat lain.  Aku memang betul-betul tak tahu kau ada dalam bilik tu.  Aku langsung tak perasan kau atas katil.  Kenapa kau masih tak percayakan aku?  Jadi memang betullah kau berhenti dulu sebab aku?”

“Yes.  Memang aku berhenti sebab kau.  Aku dah hilang percaya kat kau, Jenny dan Zeela.  Aku takkan boleh nak bekerja dengan kau.  Aku tahu kau bertiga bersubahat nak kenakan aku kan?”  Luah Hareena kesal.

“Please, jangan macam ni.  Jenny dan Zeela tak bersalahpun.  Kalau kau nak marah, marahlah aku.”

“Kenapa?  Kenapa aku perlu marah kau?  Apa kesalahan kau?”  tanya Hareena tegas.  Kali ini Masdee tak tahu nak cakap apa.

“Kerana kau, aku mungkin akan hilang keluarga aku.  Mungkin itu yang kau nak berlaku dalam keluarga aku.  Kalau 16 tahun dulu, mungkin aku termakan sedikit dengan kata-kata kau dan mereka.  Tapi, hari ini aku takkan percaya lagi.”  Bicara Hareena kecewa sambil berlalu pergi.

“Reena, nanti dulu.”  Panggil Masdee.  Langkah Hareena terhenti, tapi dia tidak menoleh.

“Kenapa selepas 16 tahun?  Kenapa tidak sedari dulu lagi kau datang cari aku?  Apa sebenarnya yang telah berlaku?”  Soal Masdee ingin tahu.  Hareena tidak menjawab.  Dia terus pergi dari situ.

Sekarang ini fikiran Masdee pula yang terganggu.  Selepas 16 tahun Hareena datang cari.  Hanya kerana dia inginkan penjelasan.  Ish, tak fahamlah.  Masdee kembali dibayangi kesilapannya yang lalu.  Mungkin juga ini kifarah yang dia dapat.  Selama ini pun dia rahsiakan hal sebenar.  Zeela dan Jenny pula tak pasal-pasal dipersalahkan.  Memang nampak macam salah, sebab aku minta mereka bersubahat.  Dan mereka pun termakan dengan janji-janji aku yang mereka tidak dipecat.  Bukan janji, mungkin lebih kepada ugutan.

Okey, mungkin dah sampai masa kot aku beritahu hal sebenar.  Sampai bila aku nak rahsiakan kan.  Mesti ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan tiba-tiba sahaja Hareena tu datang cari aku.  Cari cara macam mana nak hubungi Zeela dan Jenny.  Dah tiba masa mereka ceritakan hal yang sebenar.  Memang semua salah aku.  Aku juga puncanya.  Kurang matang waktu itu.  Sampai sanggup buat kerja bodoh tu.

 

Maafkan aku Hareena.  Kalau kerana akulah keluarga kau akan hancur.  Aku mesti lakukan sesuatu untuk jernihkan keadaan.  Tapi, macam mana aku nak cari kau.  Kalau aku pergi jumpa suami kau, mungkin ianya akan mengeruhkan lagi keadaan.  Dalam masa yang sama aku perlu perbaiki keadaan.  Aku tahu kau dah lama tak percayakan aku.  Justeru itu, kebenaran harus terungkai.

 

Dan Hazrul masih lagi mengharap kepulangan isterinya.  Makan tak kenyang, tidur terlena.  Setiap malam akan tersedar.  Tak putus berdoa.  Mengharap insan yang disayangi segera kembali.  Berulang kali dia mengajak Darwish singgah di situ.  Hanya Darwish sahaja yang tahu kenapa dia kesini.  Dan Darwish sahajalah temannya buat masa ini.  Hadree tak pernah berputus asa mencari mamanya.  Itu janji pada papanya. Dia takkan balik rumah selagi dia tak jumpa mama.

Hadree seakan tidak percaya melihat gambar yang dihantar daripada salah seorang rakan sejawatannya.  Betullah tekaannya. Mama memang tak jauh dari sini.  Dalam Kuala Lumpur ni juga.  Siapa lelaki ini?  Menurut rakannya, Masdee dato’ Mukhriz ni  agak terkenal orangnya.  Seorang ahli perniagaan.  Menyambung warisan Dato’ Mukhriz.  Dato’ Mukhriz?  Kalau tak silap ini nama boss mama dulu. It must have been something.

Hareena hanya memerhatikan dari jauh.  Anak bongsunya itu dihantar oleh Hazlee ke sekolah.  Mana perginya Darwish?  Dah berhenti ke?  Yalah, selama ini pun dia bekerja sebagai pemandu Hareena.  Bila Hareena hilang ni, mungkinkah Hazrul berhentikan dia?  Al Hamdulillah.  Hazree nampak sihat. Dia dah boleh kembali ke sekolah.  Menitis air mata seorang ibu.  Anak itu menjadi mangsa keadaan.  Maafkan mama sayang.  Nanti, mama balik yer sayang.  Mama masih mencari jawapan, biarpun orang yang ada jawapan itu berkeras menafikan.

Hazree dapat rasakan aura ibunya.  Dia menoleh kebelakang.  Ada sebuah kereta berhenti di hadapan sekolah.  Orang tu turunkan anak ke?  Hazree menunggu, melihat siapa yang turun.  Tapi, kereta itu terus pergi.  Kecewa.  Dia mengharap itu adalah mama.  Dialah orang yang paling rindukan mama.  Biarlah apa orang nak cakap pasal mama.  Walaupun orang itu abangnya sendiri.  Walaupun dua orang abangnya itu adakala ragu tentangnya.  Yang penting aku tahu aku anak mama.  Setiap titisan air susunya dah jadi darah daging aku sekarang.  Mama balik yer.  Hazree rindu mama.

Kalau tadi hanya mengalir sedikit, kali ini ianya mengalir laju.  Tak dapat menahan rasa rindu dan simpati pada anak bongsunya itu.  Tak mustahil dia akan dipinggirkan keluarga apabila mereka tahu hal sebenar. Takpe sayang.  Kalau mereka tak terima Hazree, mama akan bawa Hazree pergi dengan mama.  Dalam kekalutan dan rasa yang berbelah bagi itu, tanpa sedar keretanya terus memecut melanggar lampu merah.

“IC dan lessen puan.”  Minta polis terbabit.

“Maaf, tak sengaja tadi.”  Pinta Hareena sambil menghulurkan kad pengenalan dan lesennya.

“Bahaya puan.  Nasib baik kereta sebelah sana belum bergerak lagi.  Lori-lori besar tu.” Bicara polis trafik itu tegas.

“Maaf tuan.”  Hareena meminta maaf sekali lagi.

“Puan tunggu sekejap yer.”  Polis itu mencatat sesuatu.  Seorang lagi rakan setugasnya menghampiri.  Mengambil alih tugasan polis yang menahannya sebentar tadi.

“Takpe puan.  Kali ni saya lepaskan.  Lain kali hati-hati yer.”  Pesan polis itu.

Allahuakhbar!  Allah masih nak panjangkan nyawanya.  Memang betul kata polis itu, dua buah lori besar dah standby nak jalan.  Kalau aku terus leka tadi…nau’zubillah….

Hareena terus memandu ke hotel penginapannya.  Dah sebulan lebih dia menginap di sini.  Duit di tangan pun dah nak habis.  Kalau buat pengeluaran di bank, nanti dia pasti akan dapat dikesan.  Bukan dia takt ahu Hadree tu kalau buat kerja. Dalam diam Hareena menghubungi pembantu peribadinya, Nurul.  Mereka merancang satu pertemuan di satu tempat yang agak jauh dari pejabatnya.  Nurul tak banyak bicara.  Hanya mengikut arahan dan menurut permintaan Hareena yang mahukan pertemuan itu dirahsiakan.  Sebelum Hareena menghilangkan diripun dia ada memberitahu Nurul dia akan bercuti panjang.

“Suami puan ada datang office cari puan.  Saya terkejut juga.  Yalah, puan cakap puan nak bercuti.  Saya ingatkan puan pergi bercuti bersama keluarga.”

“Nurul, saya percayakan awak.  Sebab tu saya hubungi awak.  Office macam mana?  Semua okey?”

“Al Hamdulillah puan.  Semuanya berjalan dengan baik.  Bonus 50% yang puan arahkan tu saya dah masukkan dalam gaji bulan lepas.”  Nurul melaporkan.

“Baguslah kalau macam tu.  Tujuan saya panggil awak ni sebab ada beberapa dokumen yang saya nak serah pada awak.  Awak mungkin akan lama lagi uruskan syarikat.  Saya nak ke luar negara dalam satu jangkamasa yang lama.”

“Puan, kenapa ni?  Kalau puan percayakan saya, ceritakanlah pada saya.  Saya risaulah puan.” Nurul sedikit tak tentu arah mendengar kata-kata Hareena.

“Ntahlah Nurul.  Saya rasa down sangat sekarang ni.  Saya taknak balik rumah.  Saya taknak balik office.  Tapi, dalam masa yang sama, saya risaukan awak semua.  Staff saya bukan seorang dua.  Saya tak boleh nak tinggalkan macam tu sahaja.  Sebab tu saya serahkan urusan syarikat pada awak.  Ini surat lawyer.  Surat serah kuasa.”

“Insha Allah puan.  Saya akan jalankan amanah puan ini sebaik mungkin.  Cuma satu je saya nak cakap.  Harap puan tak marah.  Saya memang tak tahu apa masalah puan.  Dan saya yakin, ianya bukan sesuatu untuk dikongsi.  Walau apapun masalah puan, selesaikanlah secara baik.  Saya sayangkan puan.  Dan saya dah anggap puan macam mak saya sendiri.  Saya mungkin tak dapat bantu puan selesaikan masalah puan, tapi yakinlah yang saya akan sentiasa ada jika puan memerlukan.”  Luah Nurul yang sudah lama bekerja dengan Hareena.  Sejak syarikatnya itu ditubuhkan 10 tahun lalu.

Nurul kembali semula ke pejabat.  Ada dua orang tetamu sedang menunggu.  Seorang wanita melayu yang mungkin seusia puan Hareena.  Nurul cuba mengingati wanita ini.  Macam pernah bertemu.  Atau pernah melihat gambarnya.  Kalau tak silap dia ni kawan puan Hareena. Ya, memang betul.  Puan Hareena pernah bercerita tentang pengalamannya menguruskan banyak projek syarikat tempat dia bekerja dahulu.   Dan dia ada dua orang pembantu yang akan sentiasa bersamanya.

“Awak tahu dia ke mana?”

“Puan Hareena tak beritahu.  Dia cuma beritahu dia nak cuti panjang.  Itu sahaja.”  Nurul jawab jujur.  Hakikatnya memang dia tak tahupun.  Lepas dia serah dokumen tadi, Hareena pun tak tunggu lama.  Handphone pun dah dimatikan.

Kenapa ya? Seorang demi seorang datang cari puan Hareena.  Tengok wajah puan Hareena yang sangat down tadi, aku dah rasa nak  nangis.  Dah 10 tahun aku ikut dia.  Dari seorang kerana biasa yang banyak tak tahu dari tahu.  Tetap setia biarpun pekerja datang dan pergi seawal perniagaan ini dijalankan.  Secekalnya puan Hareena, itulah yang memberi semangat pada Nurul meneruskan kehidupan dan kerjayanya.  Jasa puan Hareena yang membenarkan dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja.  Ada masa jadi cikgu tuisyen yang tak bergaji bila ada assignment yang perlu disiapkan.  Menjadi orang yang pertama memeluknya sewaktu kematian ibunya.  Mengganti tempat orang tuanya sewaktu dia diakad nikah.  Ya, Allah jagalah dia untukku.

Sesungguhnya hati tewas menghadapi semua ini apabila rindu menguasai.  Siapa tak rindu pada suami yang dikasihi.  Anak-anak yang disayangi.  Pulang dan berterus terang.  Adakah itu jalan yang sebenar.  Kenapa cepat sangat aku mengalah? Terus menghukum diri dan mengaku diri adalah pesalah.  Bila handphone dihidupkan sekali sekala, banyak whatssapp, pesanan suara, mesej yang masuk.  Tak semua dibaca.  Tak semua didengar.

“Mama.” Satu suara memanggil.  Rasa rindu yang mengganggu.  Memang selalu sangat suara anak-anak terngiang di telinganya.

“Mama.”  Suara itu seolah semakin dekat.  Hareena tidak mempedulikannya.  Dia mencucuh anak kunci ke tombol pintu.  Tiba-tiba terasa dia dipeluk dari belakang.  Hareena terkejut.

“Mama.  Along rindu mama.”

“Hadree?”  Hareena terkejut.

“Macam mana Hadree tahu mama kat sini?”

“Polis trafik yang tahan mama tu kawan along.  Dia bagi no plat kereta mama.  So, along jejaklah kereta mama tu.”  Jelas Hadree.

“Kita balik ma.  Papa risau sangat.”

“Kita masuk dulu.”  Hareena membuka pintu.  Daun pintu biliknya terkuak.

“Mama, along tak datang seorang.”

“Along dengan siapa?”  Hareena harap sangat bukan suaminya.

“Someone you know?”

“Assalamua’laikum Reena.”  Satu suara memberi salam.  Hareena menoleh ke arah dari mana datangnya suara itu.

“Zeela?!”  Hareena terkejut dengan kemunculan teman lamanya itu.  Ya mungkin juga dia adalah orang yang akan menceritakan hal sebenar.

“Kau buat apa kat sini?  Maksud aku kat KL ni.  Kau dah lama pindah ke Sarawak kan?”

“Ye memang aku dah pindah Sarawak.  Tapi, encik Masdee call aku.  Sampai KL ni aku terus cari kau, tapi anak kau cakap kau dah sebulan hilang.”  Jawab Zeela.

“Masdee tu lelaki ini kan mama?”  Hadree menunjukkan pada mamanya skrin handphone.  Gambar dia dan Masdee sedang berbicara di sebuah restoran.  Hareena terdiam.

“Mama.  Along sayangkan mama dan along taknak fikir yang bukan-bukan pasal mama.  But you need to explain this.”

Selang beberapa jam kemudian.

Hareena tidak banyak bicara.  Dia ikut kata anak sulungnya yang mahu dia pulang ke rumah.  Menerima pandangan Zeela yang mencadangkan dia pulang ke rumah untuk mendapat kebenaran.

“Memang betul.  Ada perkara yang aku dan Jenny rahsiakan dari kau.  Aku betul-betul minta maaf.  Sebenarnya malam tu…..”

“Mama okey?”  suara Hadree mematikan lamunannya.  Hareena hanya mengangguk perlahan.

“Along.”  Panggil Hareena.  Hadree memandang mamanya sekilas.  Kembali fokus memandu.  Namun, telinganya sedia mendengar.

“Kalau betullah apa yang Zeela cakap tu….Hazree tu….”  Terhenti.

“Mama, dia tetap anak mama.  Walau apapun yang terjadi.  Dia dah jadi adik beradik susuan kami.  Dia tetap adik Along, angah dan Uda.”  Hadree memujuk hati mamanya.

Hareena memandang ke luar tingkap.  Kenapa?  Kenapa baru sekarang aku percaya yang Hazree tu sebenarnya bukan anak suami aku?  Kalau along aku dah kenal sangat.  Dia memang paling tegas dalam adik beradik, namun dia sebenarnya yang paling lembut hati.  Kalau angah dan uda tu keras hati.  Hazree yang paling manja.  Kesiannya anak mama.  Boleh ke Hazlee dan Hazmee terima Hazree?

“Kalau aku tertidur macam orang pengsan, kenapa korang langsung tak terfikir nak call doktor? Kau tak terfikir keselamatan aku ke?”  Hareena kembali mengingat kembali perbincangannya dengan Zeela.

“Sebenarnya, itulah yang kami rahsiakan dari kau.”

“Maksud kau?”  Hareena tak faham.

“We did call the doctor.  Doktor cakap kau tidur susah nak bangun sebab kesan ubat tidur.”

“What? Aku? Ubat tidur?  Impossible.”  Hareena tak percaya.

“Masdee.  Dia yang masukkan ubat tidur tu dalam minuman kau.”

“Ooh, jadi betullah dia memang ada niat jahat pada aku?”

“Bukan macam tu. Kau sendiri kan tahu dia masa tu macam mana?  Buat kerja selalu tak serius.  Sebenarnya sebelum kita ke PD tu, dia dah kena warning dengan dato’.  Kalau dato’ dapat tahu dia tak serius dan main-main, dato’ nak suruh dia kerja kat kilang.”

“Dah tu apa kena mengena dengan dia masukkan ubat tidur dalam minuman aku?”  marah betul Hareena mendengar cerita itu.

“Dia letak ubat tidur tu niat dia nak kau rasa penat dan mengantuk.  Kalau kau mengantuk mestilah kau ajak berhenti kan?  Tapi, dia tak sangka yang ubat tu effect immediately.  Dia takut kau mengadu dengan dato’ yang dia malas.”

“Dia ingat aku ni budak sekolah rendah ke?  Takde kerja lain.  Nak mengadu je kerjanya.”  Geram sangat mendengar alasan bodoh tu.

“Reena aku tahu kau marah sangat.  Memang salah aku dan Jenny tak beritahu hal sebenar.  Kau tahukan dia tu anak dato’ Mukhriz.  Kami tak berani nak menentang.  Lagipun kami yakin takde apa-apa berlaku.  Semalaman kami dengan kau kat bilik tu dengan kau.  Kami pun risau.  Every half hour kami check nadi kau.  Silapnya kami balik bilik sekejap.  Masa tu encik Masdee call tanya kami kat mana.  Kami Cuma sempat jawab kami kat bilik.  Memang aku tak jangka yang dia akan masuk bilik.  Yelah, kunci kan pada kami.  Rupanya dia minta kunci pendua dari pihak hotel.”  Sambung Zeela.

Aah..memang tak boleh terima alasan tu.  Perasaan bersalah berubah jadi marah.  Bodohnya aku biarkan sahaja perkara ini sehingga 16 tahun.

“Kita sendiri dah tengok cctv kan.  Semalaman dia kat lobi hotel tu.  Dia tinggalkan lobi 07:30 pagi.  Dia masuk bilik mandi.  Dia keluar bilik air, kau terbangun dan kami masuk.  Dan kau sendiripun nampakkan yang kau masih lagi lengkap berpakaian.”

Hazrul tak kata apa.  Dia hanya memeluk erat isterinya.  Rasa rindu yang teramat sangat.  Kalau boleh dia tak mahu lepaskan langsung pelukannya itu.  Airmata kasihnya mengalir laju.  Hadree tersenyum.  Dalam diam dia turut mengalirkan airmata.

“Janji dengan mama, jangan cakap apa-apa dengan adik-adik.  Ini soal maruah mama.  Along tahu kan?”

“Along janji.  Along takkan cakap apa-apa”  Janji Hadree.

Rindunya pada bilik sendiri.  Memang tak berubah apa pun.  Terpandang telekung sembahyangnya di atas katil.  Mesti suaminya buat teman tidur.  Setiap kali dia kerja luar Kawasan, memang itulah yang dijadikan teman tidur.  Bibirnya terkuis sedikit senyuman.  Ya, Allah rasanya sudah lama sangat aku tidak tersenyum.  Apa jua kebenaran yang aku akan dengar nanti aku akan terima dengan reda.  Semoga Allah memberikan aku kesabaran dan ketenangan menerima apa jua keadaan.  Biarpun aku masih lagi ada rasa sedikit sangsi, aku yakinkan diri untuk hadapi semua ini.

“Sayang, abang minta maaf.”  Hazrul mencium tangan isterinya.  Mereka sama-sama duduk di atas katil.  Hareena masih terdiam  Hazrul memandang setiap inci wajah isterinya.  Wajah yang amat dirinduinya.

“Sayang marahkan abang?”  tanya Hazrul.  Hareena menggeleng.

“Abang rasa dah tiba masanya abang ceritakan pada sayang hal sebenar pasal Hazree.”

Dup dap dup dap.  Jantung berdetup detap.  Kenapa mata berkedip-kedip.  Nak nangis ke ni?

“Kenapa dengan Hazree?”

“Sayang, Hazree tu sebenarnya….” Berhenti.  Hareena setia menanti.

“Hazree bukan anak kandung kita.”  Akhirnya terkeluar juga kebenaran yang sekian lama disimpan.  Rasa nak gugur jantung mendengarnya.

“Kalau dia bukan anak kandung kita, dia tu siapa?  Anak kita?  Anak kita mana?”

“Hazree tu insan yang Allah hantar sebagai pengganti Adreeana.”

“Adreeana?  Siapa?”  Hareena semakin tak faham.

“Arwah anak kita, Adreeana Sofea.  Anak kita dah meninggal sayang.”  Rahsia 15 tahun itu akhirnya terungkai.

“Meninggal??  Sampai hati abang.  15 tahun dah.  Baru hari ini abang nak beritahu Reena?  Abang memang tak sayang Reena kan?  Sebab tu abang buat Reena macam ni.”  Satu tangisan yang melambangkan satu kesedihan yang teramat sangat. Tangannya memukul-mukul dada suaminya tanda kecewa.  Hazrul terus memeluk isterinya.

“Dengar dulu sayang.  Abang bukan sengaja nak rahsiakan daripada sayang.  Abang buat semua ini pun demi sayang abang pada Reen.”

“Sayang mengalami depression yang sangat teruk masa sayang mengandungkan arwah Adreeana.  Mood sayang menentu.  Ada masa happy.  Ada masa moody.  Doktor pesan yang sayang tak boleh sendirian.  Sayang mungkin buat yang bukan-bukan. Sebab tu sayang berhenti kerja. Dan masa tu along yang banyak temankan sayang.”  Cerita Hazrul.

“But, still you don’t have to keep it as a secret.”

“Abang panik.  Sayang jatuh tangga.  Sayang tak sedarkan diri.  Baby terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan.  Bila dapat tahu yang anak kita dah meninggal, lagilah abang panik.  Abang keliru.  Abang buntu.  Tak tahu nak buat apa.  Kalau sayang sedar, sayang tanya pasal baby kita.  Abang nak jawab apa?  Lagipun abang bimbang kalau sayang depression.” Tambah Hazrul.

Dan waktu itulah Hazrul ditemukan dengan Darwish.  Darwish kehilangan ibubapanya dalam satu kemalangan jalan raya.  Sama seperti Hareena, ibu Darwish juga perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi.  Ibu Darwish gagal diselamatkan.  Hanya bayinya yang selamat.

“Abang ambil Hazree untuk gantikan tempat Adreeana. Darwish abang letakkan di rumah anak yatim, tapi segala perbelanjaan dia sampailah pembelajaran dia di luar negara, abang yang tanggung.  Darwish tu lebih layak kerja di pejabat.  Tapi, dia nak kerja driver.  Sebab dia nak dekat dengan adiknya.”

“Mama , papa…betulke Hazree ni cuma anak angkat?” Tanpa mereka sedar, daun pintu bilik mereka tidak ditutup rapat.  Dan tanpa sengaja Hazree terdengar perbincangan mama dan papanya. Hazree yang sedang melintasi bilik itu terhenti langkahnya apabila mendengar suara tangisan mamanya. Dan terdengar satu kebenaran tentang dirinya.  Itulah yang sebenarnya Hareena bimbang akan terjadi.  Bagaimanakah penerimaan Hazree yang sememangnya sangat manja dengannya.

“Hazree.”  Luluh jantung Hareena melihat anak bongsunya itu. Gelap pandangan mata.  Hareena pengsan.

Kebenaran yang tak dijangka.  Selama ini dia meletakkan kesalahan di bahunya, sedangkan ianya tidak wujud.  Tidak berterus terang, itulah kesilapannya.  Hareena membuka matanya perlahan.  Suaminya ada di sisi.  Di sekelilingnya, dia dapat melihat Hadree, Hazlee dan Hazmee. 

“Mama, angah minta maaf.  Angah rindu sangat kat mama.”

“Uda pun sama.  Mama jangan lah lari lagi.”

Hareena tersenyum lemah.  Namun genggaman tangan suaminya itulah sumber kekuatannya. Dia mencium tangan suaminya.  Dia tahu, dia pun ada kesalahan.  Dia pun ada rahsia terpendam selama 15 tahun ini.

“Hazree mana?”  Soalan pertama yang terkeluar dari bibirnya.

“Dia ada kat luar dengan Darwish.”  Jawab Hadree.

“Panggil dia,  beritahu mama nak jumpa.”

Sayu pandangan mata Hareena melihat anak bongsunya itu melangkah masuk.  Kesian anak ini.  Mengetahui kebenaran dengan cara begini.  Hazree anak yang sangat manja. Lain rasanya bila anak kecil ini tidak berlari ke dalam dakapannya. 

“Hazree, walaupun Hazree bukan anak kandung mama, Hazree tetap anak mama, sampai bila-bila.  Mama yang jaga Hazree dari kecil, mama yang susukan Hazree.  Mama sayangkan anak mama. Jangan sebut lagi perkataan anak angkat tu.  Mama taknak dengar.”  Ucap Hareena.  Memegang lembut pipi Hazree.  Hazree terus memeluk mamanya.  Hanya airmata.

“Dengar apa mama cakap ni.  Walaupun DNA kita tak sama, tapi hati kita dah lama bersama. Dari hati, Naiknya rasa cinta, Aku dan kamu semua.”….

Dan rasa cinta yang hadir itu mekar indah.

Naluri sentiasa membisikkan rasa sayang.

Abadilah kisah indah dalam keluarga ini.

DNA……..

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Suratan atau Kebetulan

 Hidup mesti diteruskan. Nak buat apa meratap nasib hidup yang berkesudahan begini. Ada dua perut yang perlu diisi. Meneruskan kerjaya sambil memegang title ibu tunggal. Ditinggal suami yang jatuh cinta dengan orang lain. Menolak untuk bermadu, cuma berharap bekas suami tak lupa pada anak yang masih kecil dan memerlukan kasih seorang ayah. Dapat bersama dua minggu sekali,mungkin memadai. Alhamdulillah masih ada ibu yang sentiasa ada memberi sokongan. Dan kakak yang tak putus memberi semangat. Buat masa ini janganlah disebut-sebut pasal perkahwinan. Trauma mendengarnya. "Kalau aku belum kahwin, aku masuk meminang kau." "Kau ni, mulut tu kalau bercakap tak jaga betul. Dengar isteri kau nanti, kecik hati dia." "Alah, dia tahulah kita kawan baik dari kecik lagi. Dan dia pun tahu yang kau pernah 'reject' aku dulu." " Itu tak bermakna kau boleh cakap yang bukan-bukan. Hati isteri ni kena jaga. Rizal tu dulu baik dengan isteri dia sebab kerja satu of...