Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

BERKONGSI HIKMAH

Hikma menampal plaster pada luka kecil di tapak tangannya. Radhia membantu menyimpan semula kotak ‘first-aids’ di tempatnya. Masih terdengar suara Ustaz Hairul yang membebel. Bersungguh dia nak bawa hal ini ke pengetahuan ibubapa Hakim, biarpun cikgu Hikma dah cakap, dia tak mahu panjangkan hal ini. Biarpun dia perlu akur dengan tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap Hakim, seboleh mungkin dia tak mahu perkara ini dipanjangkan. Pengetua masih belum pulang dari seminar di Kuala Lumpur. Penolong Kanan menghalang Ustaz Hairul mengganggu pengetua dengan mengadu hal ini. Tunggulah dia balik nanti. “Takpe puan. Saya harap kita tutup sahaja kes ini. Cukuplah tindakan disiplin sahaja. Dia pun dah tahun akhir kat sekolah ni. SPM pun dah tinggal tiga bulan sahaja lagi.” Pinta Hikma. “Janganlah gantung dia.” Tambah Hikma. “Cikgu Hikma, dia dah cederakan awak. Ini bukan kes kecil.” Bidas Ustaz Hairul. “Dia tak sentuh sayapun. Saya yang terjatuh sendiri.” Balas Hikma.