Hikma menampal plaster pada luka kecil di tapak tangannya. Radhia membantu menyimpan semula kotak ‘first-aids’ di tempatnya. Masih terdengar suara Ustaz Hairul yang membebel. Bersungguh dia nak bawa hal ini ke pengetahuan ibubapa Hakim, biarpun cikgu Hikma dah cakap, dia tak mahu panjangkan hal ini. Biarpun dia perlu akur dengan tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap Hakim, seboleh mungkin dia tak mahu perkara ini dipanjangkan. Pengetua masih belum pulang dari seminar di Kuala Lumpur. Penolong Kanan menghalang Ustaz Hairul mengganggu pengetua dengan mengadu hal ini. Tunggulah dia balik nanti.
“Takpe puan. Saya harap kita tutup sahaja kes ini. Cukuplah tindakan disiplin sahaja. Dia pun dah tahun akhir kat sekolah ni. SPM pun dah tinggal tiga bulan sahaja lagi.” Pinta Hikma.
“Janganlah gantung dia.” Tambah Hikma.
“Cikgu Hikma, dia dah cederakan awak. Ini bukan kes kecil.” Bidas Ustaz Hairul.
“Dia tak sentuh sayapun. Saya yang terjatuh sendiri.” Balas Hikma.
“Dia gertak cikgu kan?” Soal ustaz Hairul. Serius.
“Kita tunggu sahaja dia datang sekolah esok.” Penolong Kanan, puan Rashidah akhirnya bersuara.
Hakim sedang duduk termenung di tebing sungai. Sambil membaling batu tanda protes. Hambali, Hanafi, Hamzah dan Husni sampai ke situ. Mereka lima sahabat yang menggelarkan nama kumpulan mereka 5H.
“Kau ni dah kenapa? Cabut macam tu jek. Kau tahu tak yang Ustaz Hairul tu dah macam orang gila kat sekolah tu. Tak pasal-pasal kiteorang yang kena hembus.” Marah Hambali.
“Yang kau tolak cikgu Hikma tu kenapa?”
“Aku tak tolak dialah. Dia jatuh sendiri.” Nafi Hakim keras.
“Ya, tapi sebab kau dia jatuh.” Balas Hambali.
“Dia okey tak?” Tanya Hakim. Prihatin juga sebenarnya.
“Luka sikit kat tapak tangan dia. Kau berebut apa dengan dia tadi?”
“Kunci motor. Dia tahu aku nak cabut tadi.” Jawab Hakim.
“Aku peliklah dengan kau ni. Hari tu kau jugak yang beriya nasihat, untuk beberapa bulan yang tinggal ni kita nak jadi budak baik. SPM dah dekat. Kiteorang ni dah menggigil badan tau. Sanggup tahan tak buat jahat. Nak jaga hati sahabat punya pasal. Tiba-tiba kau pulak buat perangai.” Bicara Hanafi geram.
“Relaxlah bro. Takyah kecoh-kecoh. Aku perasan, sejak cikgu Hikma masuk sekolah kita 3 bulan lepas, kau memang dah lain bro. Kau syok kat dia ke?” Celah Husni. Hakim memandang Husni dengan satu pandangan yang cukup tajam. Marah mungkin dengan dakwaan itu.
“Relax..relax…Aku tanya jek. Serius bro. Aku tengok kau pandang cikgu Hikma tu pun lain macam jek. Kau macam ‘seek attention’ dari dia. Dia tu 7-8 tahun lebih tua dari kita kot.” Husni berbicara lagi. Langsung tak takut dengan renungan tajam Hakim. Hakim terus pergi tanpa bicara apa-apa. Biarpun namanya dipanggil berulang kali, dia langsung tak peduli.
“Angin lah dia tu.” Keluh Husni.
“Kau pun tanya soalan tak agak-agak.” Marah Hambali.
“Tapi, betul jugak apa yang Hus cakap. Aku tengok sejak cikgu Hikma tu masuk sekolah kita dia macam lain sikit. Sejahat-jahat kita ni. Senakal-nakal kita ni. Mana pernah kita melawan cakap cikgu. Apa lagi cederakan cikgu.” Bangkit Hanafi. Hambali terdiam. Betul juga apa yang Hanafi dan Husni cakap.
“Hoi! Tunggu apa lagi. Jomlah terjun.” Jerit Hamzah yang sedari tadi sudah terjun ke dalam sungai. Hanafi dan Husni tak tunggu lama. Hambali sahaja yang masih risau memikirkan kawannya yang lagi seorang tu.
Hikma dan Radhia masuk ke dalam rumah. Dua orang lagi cikgu yang tinggal di rumah itu mengajar sesi petang. Seperti biasa, tiba sahaja di rumah, perkara pertama yang akan dilakukan ialah, mandi. Lepas tu baru fikir nak makan apa. Hikma ke dapur membuka pintu peti ais. Tap! Memetik jari. Cukup bahan untuk buat mee goreng. Radhia pula masuk ke dapur.
“Cikgu Hikma, tangan awak tu kan sakit. Hari ni biar aku yang masak.” Radhia mendorong Hikma yang sedang membasuh sayur di sinki untuk duduk.
“Alah, sikit sahaja lah.”
“Tak kiralah sikit atau tidak. Yang penting hari ini biar aku yang masak. Maksud aku takyah masak. Adik aku dah hantar makanan.” Balas Radhia lalu membuka tudung saji.
“Eh, bila adik kau datang?”
“Masa kau mandi tadilah. Awal-awal lagi aku dah mesej mak aku.” Jelas Radhia.
“Hmm, untunglah rumah mak dekat.” Balas Hikma tersenyum.
Radhia tertawa kecil. Radhia orang kampung situ juga. Rumah yang mereka duduki adalah rumah orang tuanya yang sememangnya disewakan kepada guru-guru sekolah di kampung itu. Sejak dia mula mengajar 2 tahun lepas, dia mula tinggal di situ kerana lokasinya yang sangat dekat dengan sekolah. Mereka hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja.
“Kau okey ke?” Tanya Radhia.
“Okey.” jawab Hikma pendek.
“Aku terkejut juga sebenarnya. Hakim tu memanglah nakal. Senang cerita budak-budak 5H tu memang nakal. Macam-macam diorang tu buat. Setakat rotan, denda, marah, jentik, botakkan rambut, semua dah kena. Tapi, tak pernah dia melawan cikgu.” Cerita Radhia.
“Aku kenal budak-budak tu dari diorang kecik lagi. Lagilah si Hakim tu.”
“Kau tahulah rumah dia kat mana?” Tanya Hikma. Radhia angguk.
“Kau nak ke rumah dia ke?” Tanya Radhia kembali.
“Boleh tak kau tunjukkan kat mana? Aku cuma nak tahu jek rumah dia kat mana.”
Hikma dapat melihat dari jauh. Si ibu menyambut kepulangan si ayah dari kerja. Si ayah bekerja sebagai pemandu teksi. Rumah yang agak sudah lusuh warna catnya. Hampir menitis airmata Hikma. Segera dia berpaling, tak mahu Radhia nampak keadaanya seperti itu.
“Hakim tu anak tunggal ke?” Tanya Hikma.
“Seingat aku dia ada kakak. Aku satu tadika dengan kakak dia tu. Dua tahun aku sekolah di Bandar ikut kakak aku. Masa aku balik tu, ada orang cakap dia dah meninggal.”
“Meninggal?” Hikma terkejut.
“Entahlah, masa tu aku kecik lagi. Tak fikir nak tanya lebih-lebih.”
Apa yang bermain di fikiran sekarang? Entahlah. Mungkinkah Hakim sebenarnya rindukan seseorang. Atau mungkinkah dia sedang marahkan seseorang? Kenapa pula aku yang menjadi sasaran? Betul juga kata Radhia, dia seolah mahukan perhatian dari aku. Radhia cakap, dia selalunya kalau nak buat hal, mesti serentak lima orang tu. Tapi, sejak akhir-akhir ini dia asyik buat hal sendiri. Dan seolah sengaja mahu ditangkap oleh Hikma. Ish, takkan dia syok kat aku kot. Tak boleh jadi ni. Mana boleh dia syok kat aku. Mana aku nak campak buah hati aku yang sedang berusaha keras nak cari pekerjaan di daerah ini.
“Serius? Kau yang minta penempatan kat sini?” Tanya Radhia kurang percaya dengan kenyataan yang baru sahaja didengar dari mulut Hikma.
“Mama dan papa bercadang nak buka resort kat kampung ni. Masih dalam proses pembinaan.” Cerita Hikma.
“So, projek yang kat hujung kampung tu projek family kau lah ye? Mesti ada sesuatu yang special tentang kampung ni kan? Kalau tak takkanlah family kau pilih kampung ni.”
“Masa aku kecik dulu, mama aku sakit. Dia ada datang berubat kat kampung ni. Kalau tak silap aku nama nenek yang ubat mama aku tu, Nek Siah Sanggul.” Cerita Hikma lagi.
“Oooh, Nek Siah Sanggul tu. Dia tu bidan yang sambut masa aku lahir dulu.”
“Nek Siah tu mak mertua kawan papa. Dia yang cadangkan mama berubat kat kampung ni. Dari situlah mama dan papa tahu pasal tempat ni. Dah lama dah mama dan papa plan nak buka resort kat sini. Cuma tunggu masa yang sesuai jek.” Sambung Hikma.
Hakim tak dapat menumpukan perhatian. Dia teringat peristiwa pagi tadi. Dia baru sahaja mencucuk kunci ke picu kunci motornya. Belum sempat dia hidupkan enjin ada satu tangan yang merampas kunci motornya. Berlaku sedikit pentengkaran antara dia dan cikgu Hikma. Tindakannya yang cuba merampas kembali kunci tu mendorong cikgu Hikma bergerak secara mengundur dan tanpa sengaja kakinya tersandung lalu terjatuh. Ustaz Hairul yang ternampak kejadian itu segera menghampiri mereka.
“Hakim, mari makan.” Terdengar suara emaknya memanggil dari dapur.
“Ya.” Hakim menyahut. Dia turun dari katilnya. Dia keluar dari bilik lalu menuju ke dapur.
“Masak apa hari ni mak?” Tanya Hakim sambil menuruni tiga anak tangga menuju ke dapur.
“Ikan keli. Ayah tangkap pagi tadi.” Jawab makcik Haida, ibu Hakim.
“Degil ikan keli ni. Susah nak tangkap. Macam kau jugalah.” Sindir pak Hasmat, ayah Hakim.
Ikan keli goreng, kalau dicicah dengan sambal kicap memang sedap. Kalau masak lemak cili padi lagilah terangkat. Tak sangka pulak anak orang Bandar, anak orang kaya macam tu, suka pula makan masakan kampung. Cikgu Hikma tu anak orang kaya. Kenapa pula dia tercampak untuk mengajar kat kampung ni. Bapa dia kan banyak duit, takkan tak boleh minta tukar. Sini bukan tempat dia.
Mesti dia benci aku lepas ni. Ish! Tak boleh jadi macam ni. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku mesti cari jalan. Petang ni aku mesti ke tempat dia selalu melepak. Aku mesti jumpa dia petang ni. Mesti.
Seperti biasa Hikma akan duduk di atas batu besar di tepi pantai. Melukis. Itu memang hobinya. Hampir setiap petang dia akan duduk di situ untuk melukis. Dia akan berada di situ paling lama sejam. Paling cepat, setengah jam. Antara 5:30-6:30 petang. Itulah anggaran masanya. Hakim tersenyum. Memang dia akan ada di situ.
“Hah! Apa yang awak terhendap-hendap tu?” Satu menyergah. Hakim terkejut.
“Awak nak buat apa lagi? Tak puas tadi awak dah cederakan cikgu Hikma.” Tanya Radhia serius.
“Eh, bukan cikgu!” Nafi Hakim takut-takut.
“Kenapa ni Radhia?” Hikma yang terdengar bunyi suara di belakangnya menghampiri Radhia dan Hakim yang berdiri tak jauh darinya.
“Ni si Hakim ni. Terhendap-hendap dari tadi.”
“Maaf cikgu. Saya takde niat apa-apa.” Hakim cuba membela diri.
“Kalau awak takde niat tak baik, kenapa nak terhendap-hendap?” Tegas Radhia.
“Sebenarnya, saya datang ni nak minta maaf dengan cikgu Hikma.” Hakim berterus terang.
“Saya tak niat pun nak cederakan cikgu.” Bicara Hakim sambil tertunduk malu.
“Sebelum saya maafkan awak, boleh awak jawab soalan saya?” Hikma bersuara. Hakim mengangkat mukanya.
“Awak tak suka saya ke? Awak macam sengaja je cari marah saya.”
“Bukan macam tu cikgu.” Nafi Hakim pantas.
“Saya sebenarnya…err…” Hakim teragak-agak nak meneruskan kata-katanya. Hikma memandang Radhia sambil membuat isyarat mata. Radhia yang faham maksud isyarat itu angguk.
“Aku tunggu kau kat sana. Apa-apa hal kau jerit jek.” Radhia beredar dari situ.
“Saya rindu kakak saya.” Akui Hakim.
“Kakak? Bukan ke awak anak tunggal.”
“Saya pernah ada kakak. Tapi saya tak pernah jumpa dia. Dia dah meninggal masa saya masih bayi lagi. Kebetulan nama cikgu sama dengan nama kakak saya. Dan saya tengok muka cikgu macam emak saya masa muda dulu. Saya sengaja buat perangai sebab nak tarik perhatian cikgu. Saya sedar saya silap. Saya Cuma nak cikgu jadi kakak saya. Itu saja.” Hakim meluahkan perasaan yang dia pendam sejak 3 bulan yang lalu.
“Kalau awak nak saya jadi kakak awak, saya sudi jadi kakak awak. Tapi, saya ada syarat.”
“Ya ke cikgu?” Hakim tersenyum teruja.
“Syaratnya, awak kena berubah jadi budak baik. SPM kan dah dekat. Saya taknak dengar lagi nama awak naik kerana tindakan disiplin.” Syarat Hikma. Hakim tersenyum dan angguk tanda setuju dengan syarat itu.
Alhamdulillah, geng 5H nampak berubah. Mereka lebih serius dalam kelas. Hakikatnya, mereka ini budak yang bijak, Cuma nakalnya sahaja yang sering buat orang makan hati. SPM pun dah tak lama sahaja lagi. Semoga mereka diberikan kemudahan dalam menjawab peperiksaan nanti. Insha Allah.
“Cikgu free tak petang ni?” Tanya Hakim. Hikma memandang anak muda itu.
“Kenapa?” Hikma tidak terus menjawab soalan itu.
“Mak ajak datang rumah.” Beritahu Hakim. Hikma terdiam seketika. Mencari jawapan yang tidak akan mengecilkan hati Hakim.
“Sebenarnya cikgu nak ke pekan petang ni. Lepas tu ada latihan bola jaring dengan budak form 4.” Alasan menolak ajakan Hakim.
“Hmm..takpelah kalau macam tu. Mak tu teringin sangat nak berkenalan dengan cikgu. Atau cikgu tak sudi datang rumah buruk saya?”
“Eh, jangan cakap macam tu. Insha Allah, ada peluang nanti, cikgu pasti akan ke rumah awak tu. Berkenalan dengan emak dan abah awak.” Balas Hikma. Dia tak mahu Hakim kecil hati.
Ini bukan kali pertama Hikma menolak pelawaan Hakim ke rumahnya. Emak Hakim memang teringin sangat nak berkenalan dengan orang yang berjaya mengubah sikap anaknya ini. Makcik Haida bersyukur sangat. Hakim berubah sikap menjadi seorang yang kuat memberontak sejak dia tahu yang dia pernah ada kakak. Sengaja makcik Haida rahsiakan dari Hakim tentang kakaknya itu. Dia tak mahu jawab soalan yang bakal meruntun pilu hatinya. Seawal usia 8 tahun, anak perempuannya itu telah pergi meninggalkan dia sekeluarga. Dan Hakim pula ketika itu masih bayi lagi.
“Eh, kata ada latihan bola jaring!” Radhia hairan kenapa Hikma ada di rumah sedangkan katanya tadi ada latihan bola jaring dengan pelajar tingkatan 4.
“Tak jadi. Cikgu Rozana ada emergency.” Jawab Hikma. Walhal sedari awal lagi dia dah tahu memang latihan petang ini dah dibatalkan.
“Tak pergi rumah Hakim?”
“Kenapa pula nak pergi rumah dia?” Hikma tak faham.
“Kan tadi dia ajak kau datang rumah dia.” Ungkit Radhia.
“Dah aku cakap tak boleh tadi kan? Seganlah nak pergi.” Bangkit Hikma. Sebenarnya Radhia sedar akan hal ini. Memang nampak sangat yang Hikma sering mengelak dari ke rumah Hakim. Atau dia tak sudi nak bertandang ke rumah Hakim. Yelah rumah kampung kan. Keluarga Hakim memang bukan orang senang. Hikma tu pula anak orang kaya.
“Aku tanya kau jangan marah ye.”
“Tanya apa?” Hikma memandang Radhia.
“Err, takpelah. Lain kali je.” Radhia membatalkan niatnya untuk bertanya.
Hikma tahu memang ada sesuatu dalam fikiran Radhia yang dia tidak mahu kongsikan. Hikma memandang calendar di atas meja tulisnya. Dah tak lama sahaja lagi. Lebih kurang 50 hari lagi. Mama! Bantulah anak mama ni. Anak mama ni tak kuat nak melawan sakit rindu ni.
“Kira apa? Kira berapa hari lagi nak nikah ke?” Usik Radhia.
“50 hari lagi.” Hikma bersuara.
“Keluhan atau luahan hati yang ceria? Yelah, nak jadi isteri orang.” Radhia mengusik lagi. Hikma tertawa kecil.
30 hari sahaja lagi nak SPM. Radhia baru sahaja balik dari kelas tambahan di sekolah. Hikma pula tak sihat, jadi dia hanya berehat di rumah. Sebelum balik tadi, sempat dia singgah ke rumah keluarganya. Awal-awal lagi dia dah pesan pada emaknya untuk masakkan bubur ikan untuk tuan puteri yang demam tu.
“Amboi! Dapat bau bubur ikan terus hidup kau yer.”
“Bubur ikan ni jelah yang boleh lalu kat tekak aku ni tau. Lapar tau!” Balas Hikma separuh merengek. Radhia ketawa.
“Eh, kau cakap mama dan papa kau nak datang kan ‘weekend’ ni. Hari apa? Jumaat? Sabtu? Atau Ahad?”
“Sabtu ni. Diorang nak singgah tapak resort tu dulu. Lepas tu baru datang sini.” Jelas Hikma.
Hakim membantu ayahnya mengangkat barang dapur yang baru dibeli lalu dibawa ke dapur. Beriya dia nak ikut ayahnya ke pekan tadi. Dengan harapan terserempak dengan cikgu Hikma. Tapi hampa. Dia baru teringat yang cikgu Hikma tidak hadir ke kelas tambahan kerana demam. Ish, dah kenapa dengan aku ni? Rasa resah gelisah kalau sehari tak jumpa dia. Tak mungkinlah aku jatuh cinta dengan dia. Aku kan dah anggap dia tu sebagai kakak aku sahaja. Tapi kenapa? Aku rasa dia tu terlalu istimewa. Melihat dia bercakap dengan cikgu Borhan pun rasa nak marah. Takkan aku cemburu kot.
“Cikgu nak dating dengan cikgu Borhan ke? Lama sembang.”
“Mengarutlah awak ni. Tak baik tau pasang telinga orang tua berbual.”
“Mana ada pasang telinga. Cikgu Borhan tu yang suaranya kuat sangat.” Balas Hakim membela diri. Hikma ketawa.
“Betul ke saya dengar tadi yang cikgu dah bertunang? Atau cikgu saja cakap macam tu sebab taknak cikgu Borhan tu kacau cikgu lagi.”
“Memang betul saya dah bertunang. Insha Allah, habis sahaja SPM, cikgu akan nikah dengan tunang cikgu. Cuma majlisnya sahaja kami belum rancang.” Jelas Hikma tanpa selindung.
Selepas 3 hari asyik memerap sahaja di rumah, Hikma sudah sihat seperti sediakala. Hari ini mama dan papa akan sampai. Encik Tunang pun dah on the way. Mereka tidak datang serentak kerana tunangnya dari Johor. Manakala mama dan papanya pula datang dari Kuantan.
“Aku nak tanya kau satu soalan boleh?”
“Hmm, dari hari tu kan kau ni. Nak tanya, tanya sahaja lah.” Balas Hikma.
“Aku perasan, setiap kali Hakim tu ajak kau kenal-kenal dengan mak ayah dia, mesti kau mengelak. Kenapa yer? Kau tak suka ke?”
“Eh, mana ada! Aku memang sibuk kan?” Nafi Hikma.
“HIkma kita ni walaupun belum setahun kenal, aku faham sangat perangai kau. Kau tak pernah nak tolak permintaan orang tau. Sebab kau ni nak jaga hati orang. Tapi, bila dengan Hakim kau okey, tapi bila sebut nak ke rumah dia atau mak ayah dia kau mesti menolak.” Bicara Radhia lebar. Hikma terdiam seketika.
“Tadi aku terserempak dengan cikgu Fazurina. Cikgu Tadika aku. Dia ada beritahu aku sesuatu.” Radhia beralih topik.
“Beritahu apa?” Hikma kembali bersuara.
“Hikma sebenarnya belum meninggal. Ada sepasang suami isteri dari Kuantan yang ambil dia jadi anak angkat.” Sambung Radhia. Hikma terkedu.
“Are you hiding something from me?” Radhia memandang Hikma. Hikma memandang kawannya itu.
“Yes, memang mama dan papa aku tu cuma keluarga angkat aku. Aku ikut diorang pindah ke Australia masa umur aku 8 tahun. Masa tu mama sakit. Memang nak bawa dia jauh dari Malaysia. ” Hikma akhirnya membuka cerita.
“Masa aku darjah dua, emak lahirkan Hakim. Aku sayang sangat adik aku. Masa dia berusia 6 bulan, doktor sahkan dia ada satu penyakit yang aku pun tak tahu apa. Yang aku tahu, dia memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi. Aku ada dengar mak dan ayah bincang nak jual tanah. Tapi, jumlah itu pun masih tak cukup. Apa yang ada dalam fikiran aku Cuma aku nak cari duit. Jadi, setiap kali balik sekolah aku akan tolong makcik kat tepi laut buat ikan masin. Kadang aku cari ketam, cari apa-apa sahaja yang boleh menghasilkan duit. Masa aku kat tepi laut tulah aku jumpa mama dan papa.” Hikma terhenti seketika. Air matanya bergenang.
“Mama tiba-tiba peluk aku. Menangis-nangis sambil panggil nama aku. Yang paling jelas aku dengar dia cakap ‘anak mama dah balik’. Papa datang pada kami. Papa pun terkedu. Rupa-rupanya wajah aku seiras anak mereka yang baru sahaja meninggal dunia kerana lemas di laut. Sebab tu mama suka duduk tepi laut, katanya nak tunggu anak dia balik. Papa tanya apa aku buat kat situ. Aku yang masa tu budak kecik lagi, tanpa selindung ceritakan masalah keluarga aku. Papa nak jumpa keluarga aku. Masa tulah papa tawarkan diri untuk bantu menanggung kos rawatan adik aku. Dengan syarat aku kena jadi anak diaorang.”
“So, mak dan ayah kau setuju?” Teka Radhia. Hikma menggeleng.
“Mak dan ayah aku taknak. Tapi aku yang nak ikut mama dan papa. Aku Cuma nak adik aku diberi peluang untuk hidup lebih lama lagi.”
Dan Hikma menceritakan hal dia sekeluarga meninggalkan kampung. Selepas 6 bulan, hanya mak, abah dan adik sahaja yang pulang ke kampung. Hikma terus menetap dengan keluarga angkatnya itu. Hikma akui, dia bahagia bersama keluarga itu. Hidup jauh dari kesempitan wang. Dilimpahi kemewahan. Ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, dia tetap merindui keluarganya di kampung. Selepas 6 tahun, dia meminta izin untuk berjumpa keluarganya.
“Bila mama dan papa izinkan aku jumpa keluarga aku. Aku happy sangat. 10 tahun yang lalu aku pernah datang kampung ni nak jumpa mereka. Aku nak jumpa mak, abah dan adik. Bila aku sampai ke rumah aku. Kau tahu tak apa yang berlaku?” Hikma tak dapat membendung airmatanya.
“Aku dihalau Radhia. Mereka tak mengaku yang aku ni anak mereka. Puas aku menangis merayu. Aku terfikir mungkin mereka marah sebab aku tak pernah balik jenguk mereka selama 6 tahun tu. Mereka berkeras mengatakan yang mereka tak pernah ada anak perempuan. Aku merayu, aku nak jumpa adik aku. Tapi, mereka tak izinkan. Mereka taknak aku racun fikiran adik aku. Masa aku datang tu, adik ke sekolah. Dan aku memang tak pernah berpeluang langsung jumpa adik aku.” Hikma menangis semahu-mahunya.
“Sebab tulah aku tak nak jumpa mak dan abah Hakim. Sebab aku takut aku tak dapat kawal diri aku. Aku takut aku tak kuat, bila mereka halau aku sekali lagi. Aku tak kuat Radhia. Aku tak kuat. Aku takut. Kau dapat bayangkan tak, macam mana perasaan seorang anak, bila keluarganya sendiri tak terima dia. Mak kandung dia tak mengaku yang dia ni anak.” Hikma menangis lagi. Radhia memeluk Hikma.
“Jadi, maksud kau, Hakim tu adik kandung kau?” Tebak Radhia.
“Dialah kekuatan aku Radhia. Sebab tulah kami sekeluarga merancang untuk pindah ke kampung ini. Tak dapat datang dekat dengan mereka, sekurang-kurangnya mereka depan mata aku. Dan ikhtiar aku yang terakhir ialah bila aku nak nikah nanti. Nak tak nak, abah kena mengaku yang dia tu abah kandung aku.”
Siapa yang tidak sedih. Siapa yang tidak menangis. Insan yang disayangi tak terima diri ini. Dihalau keluar dari rumah. Langsung tak nak pandang. Terus tutup pintu dan langsung tak menjawab bila dipanggil. Airmata dibiar mengalir tanpa sedikitpun rasa kasih simpati. Syukur ada insan yang sudi menerima diri ini. Dijaga dan dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Sungguh demikian, Hikma tidak pernah membenci ibubapa kandungnya. Tidak pernah lupa mendoakan mereka. Ya, Allah berilah aku kekuatan untuk sekali lagi berdepan dengan mereka. Itu doa Hikma.
“Aku nak ke rumah aku sekejap ni. Kau nak ikut tak?” Radhia memecah kesunyian selepas beberapa minit kedua-duanya melayan emosi masing-masing. Hikma menggeleng. Dia sedang menunggu ibubapanya yang masih dalam perjalanan ke situ.
“Hikma!” Panggilan Radhia dari luar rumah mematikan langkah Hikma yang baru sahaja mahu masuk ke dapur. Hikma melangkah ke luar rumah selepas menyarung tudungnya.
“Bekal apa ni?” Radhia mengangkat sebungkus bekalan yang terletak di beranda rumah.
“Macam panas lagi ni.” Tambah Radhia. Tak sempat Hikma memberi apa-apa komen handphone Radhia berbunyi tanda ada panggilan masuk.
“Mak Hakim.” Beritahu Radhia sebelum menekan butang jawab pada telefon pintarnya itu. Hikma tak pasti apa yang mereka bualkan. Radhia lebih banyak mendengar. Yang jelas reaksi wajahnya yang berubah dari ceria, teruja kepada risau, bimbang. Dan Hikma jadi lebih tak faham apabila berulang kali Radhia memandang ke arahnya.
“Hakim datang sini tadi. Dia balik dari sini, dia mengamuk kat rumah. Mak dia tak tahu kenapa. Aku rasa mungkin dia terdengar perbualan kita tadi. Sebab mak Hakim cakap, Hakim asyik cakap, ‘kenapa tipu Hakim?’. Sebab tu mak dia call aku.” Beritahu Radhia akan isi perbualannya dengan mak Hakim sebentar tadi.
“Hikma, kita ke sana. Kita redakan keadaan Hakim tu. Mak abah dia risau sangat tu.” Bicara Radhia cuba memujuk Hikma. Hikma terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Kalau dia ke sana, kalau dia dihalau lagi. Hikma trauma. Dia takut.
“Okey, aku faham. Mungkin kau belum bersedia. Lagipun, mama dan papa kau akan sampai sekejap lagi kan. Aku pergi dulu. Kau fikirkanlah apa yang terbaik. Aku takkan paksa kau. Lagipun tak pasti lagi kerana kau Hakim mengamuk tak tentu hala tu. Aku kenal Hakim tu. Dia takkan buat macam tu kalau tak kerana ada hal yang berlaku.” Radhia menggenggam tangan kawannya itu. Tanda memberi semangat.
Hikma tak tahu. Hikma buntu. Perlukah dia ke sana? Sedari tadi dia asyik mundar mandir. Mungkinkah memang Hakim dah tib a di sini tadi. Dan dia telah terdengar perbualannya dengan Radhia tadi. Mungkinkah dia dah tahu yang aku ni sebenarnya kakak kandung dia yang dikhabarkan telah meninggal dunia 17 tahun lalu. Terdengar satu suara memberi salam. Suara insan yang dirinduinya. Suara insan yang amat diharap ada dengannya waktu ini. Hikma memeluk mamanya. Menangis. Puan Hanani memandang suaminya, Encik Hazran. Apa yang dah berlaku?
Radhia tiba di rumah Hakim. Terdengar kecoh suara Hakim. Nampak tegang. Makcik Haida memegang erat suaminya. Pak Hasmat hilang sabar. Di tangannya ada sebilah rotan yang besar. Mahu sahaja dibelasah budak Hakim ini.
“Hakim. Kenapa ni?” Tanpa memberi salam, Radhia terus meluru masuk ke rumah.
“Cikgu, tolonglah cikgu. Makcik dah tak tahu nak buat apa lagi ni.” Rayu makcik Haida.
“Dah melampau sangat ni cikgu. Dari tadi dia asyik cakap kami tipu dia. Bila kami tanya tipu apa, tak jawab pulak.” Pak Hasmat bersuara geram. Nafasnya turun naik laju menahan marah.
“Hakim, kenapa ni? Cuba Hakim terus-terang. Hakim tak kesian ke tengok mak ayah Hakim. Ayah Hakim ada semput. Hakim suka ayah Hakim sakit?” Tanya Radhia lembut.
“Saya Cuma nak tahu kenapa mak dan ayah tipu saya?”
“Tipu apa?” Tanya Pak Hasmat yang sudah semakin hilang sabar.
“Kenapa mak dan ayah cakap kakak dah meninggal dunia? Kakak sebenarnya masih hidup kan?” Soal Hakim keras. Pak Hasmat terdiam. Radhia terkedu. Sah, mesti dia terdengar perbualan aku dengan Hikma. Hikma, tolonglah datang sini. Inilah peluang kau untuk mendapat kebenaran.
Makcik Haida menangis. Dia tak dapat menjawab soalan itu.
“Hakim!” Satu suara memanggil keras. Hakim menoleh ke arah muka pintu. Ke arah dari mana suara itu datang.
“Kenapa kasar dengan mak ayah macam tu?”
“Hikma.” Radhia tersenyum lega.
“Saya cuma nak jawapan.” Suara Hakim mengendur. Makcik Haida dan Pakcik Hasmat terdiam. Tak dapat nak cakap apa tentang perasaan mereka sewaktu terpandangkan Hikma.
“Ya, memang kakak kandung awak masih hidup. Dia masih lagi bernafas buat masa sekarang ni. Awak sendiri dah tahu kan? Awak dah dengar semuanya tadi kan?” Balas Hikma. Hakim pula yang mati kata-kata.
“Sekarang awak tahu kan? Kenapa saya selalu mengelak untuk datang ke rumah awak. Berkenalan dengan mak dan ayah awak. Sebab saya sayangkan emak dan ayahlah saya kuatkan diri untuk menahan kerinduan ni.” Sekilas Hikma memandang mak dan ayahnya.
“Kenapa? Kenapa mak dan ayah tak mengaku saya ni anak mak dan ayah? Kenapa?” Airmata terus mengalir laju. Hampir sahaja dia rebah di situ, mujurlah Radhia sepantas kilat memeluknya.
“Assalamua’laikum.” Papa dan Mama Hikma yang sedari tadi menunggu di luar memberi salam. Mereka harap segalanya dapat diselesaikan hari ini. Mereka harap, mereka akan dapat jawapan hari ini. Mereka harap mereka tahu kenapa mereka sekeluarga dihalau 10 tahun lalu.
“Saya yakin, akak dan abang pasti ada alasan kenapa buat kami macam tu kan?” encik Hazran mula bicara.
#throwback
Makcik Haida menunggu pembedahan yang sedang berlangsung itu berakhir. Debaran dalam hati hanya Allah yang tahu. Hikma duduk diam di sebelahnya. Puan Hanani memanggil Hikma duduk dengannya. Hikma akur biarpun dalam keterpaksaan. Dia redha kerana dia sendiri rela.
“Hikma sayang, mari duduk dengan mama.”
“Minggu depan kita nak pindah ke Australia tau. Banyak lagi barang yang mama belum kemas. Sekejap lagi kita balik ya.” Bicara puan Hanani.
“Hikma, jom kita turun beli makanan sekejap.” Ajak encik Hazran. Maka tinggallah puan Hanani bersama makcik Haida dan pakcik Hasmat.
“Ingat ya. Hikma tu anak aku. Lepas ni aku taknak dengar lagi kamu berdua mengaku yang dia tu anak kau. Ingat! Sampai bila-bila. Suami aku dah tolong kau sebab kamu dah jaga anak aku masa dia hilang sekejap dulu.” Amaran puan Hanani.
…..
“Mama!” Jerit Hikma. Puan Hanani tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri. Keadaan panik seketika. Hikma meribakan mamanya. Pantas makcik Haida mengambilkan bantal.
“Mama..mama” Hikma memanggil-manggil sayup. Dengan perlahan matanya dibuka. Puan Hanani terus bangun dan memeluk makcik Haida.
“Ya, Allah! Kak maafkan saya kak. Kalaulah saya tahu kerana itu akak halau kami, perkara tak jadi macam ni.” Puan Hanani menangis.
“Sumpah demi Allah kak. Saya langsung tak ingat saya pernah cakap macam tu.” Puan Hanani menangis lagi.
“Akak tentu ingat kan keadaan saya waktu itu? Masa tu saya tak percaya yang anak saya dah takde.” Puan Hanani meleraikan pelukannya.
“Sejak Hikma tinggal dengan kami, kesihatan saya bertambah baik. Dan Alhamdulillah, ingatan saya juga bertambah pulih. Dan selepas beberapa tahun, saya akhirnya dapat terima hakikat yang anak saya sebenarnya dah takde. Tapi, masa tu saya dah sayang sangat Hikma. Dalam masa yang sama saya juga rasa bersalah kerana telah memisahkan kasih sayang seorang ibu dan anak. Hati saya memang berbelah bagi. Hikma telah membuka pintu hati saya untuk belajar redha dengan apa jua. Dia memang nampak gembira di depan mata saya, tapi saya tahu jauh di sudut hatinya, dia sangat rindukan keluarga ni. Ya, memang saya dah redha akan kehilangan dia 10 tahun lepas. Saya tahu saya takde hak ke atas Hikma. Sebab tu saya tak turun kereta hari tu. Saya minta Hikma turun sendiri.” Cerita puan Hanani dengan esak tangisnya. Rasa bersalah yang amat sangat. Kesilapannya yang telah menyebabkan seorang anak kehilangan kasih sayang ibubapa kandungnya selama hampir 20 tahun.
Berderai airmata yang tiada dapat dibendung lagi. Kerana sayangkan Hikma, puan Hanani dan encik Hazran telah membuat perancangan. Mereka sekeluarga ingin berpindah ke kampung itu. Tak dapat datang dekat, dapat tengok dari jauh pun jadilah. Mereka sanggup tinggalkan kehidupan di Bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Demi membalas jasa kasih anak kecil yang telah membawa sinar baru dalam hidup mereka hampir 20 tahun yang lalu. Biarpun di mata mereka nampak keceriaan, kegembiraan di wajah Hikma, namun mereka tahu, jauh di sudut hati, anak mereka itu menyimpan rasa kerinduan yang amat dalam. Biarpun hati merindu, dia tak mahu papa dan mama tahu. Dia sangat menjaga hati dua insan yang telah menjaga dan mendidiknya sejak umur 8 tahun lagi. Drama hidup yang penuh dengan air mata.
“Hikma dah bertunang. Dengan anak kandung kami.” Cerita encik Hazran.
Radhia dan Hikma sedang menunggu di anjung rumah. Katanya, tunang Hikma dalam perjalanan ke situ. Radhia yang turut menjadi saksi adengan jejak kasih sebentar tadi masih belum mahu beredar. Tak sabar nak tengok wajah buah hati kawan setadikanya itu.
“Tadi, aku dengar mama kau cakap, tunang kau tu abang angkat kau. Betul ke?”
“Ya.” Hikma angguk.
“Korang memang bercinta atau kehendak keluarga?” Hmm…Radhia ni saja nak korek rahsia.
“Honestly, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Sebenarnya, mula-mula aku masuk dalam keluarga tu, abang aku tu memang tak suka aku. Yalah, sebab dia tahu adik dia dah meninggal dunia. Dia tu 4 tahun lebih tua dari aku. Dia selalu marah-marah aku. Aku ni keras kepala. Aku tahu tujuan aku ada kat rumah tu. Untuk pulihkan semangat mama.”
“Lepas tu?” Radhia tak sabar nak tahu kisah seterusnya.
“Aku cakap dengan dia. ‘kalau abang tak boleh terima saya, tak boleh ke abang berpura-pura depan mama?’ abang suka ke kena marah dengan mama? Abang tak sayang mama ke?”
Tak tahulah kenapa hanya dengan ayat itu, dia mula berubah. Dan mula berbaik-baik dengan Hikma.
“Masa aku dah meningkat remaja tu, dia dah suruh aku pakai tudung dalam rumah. Dia suruh aku jaga aurat dengan dia dan papa. Dan yang paling aku tak sangka, masa dia nak sambung belajar ke US, dia pesan kat aku, ‘tunggu abang. Jangan kahwin dengan orang lain.’ Mula-mula aku tak ambil serius pun hal tu. Masa tu aku baru 15 tahun. Lepas 5 tahun, dia balik dan terus bincang hal perkahwinan dengan papa dan mama. So, kami terus bertunang.” Cerita Hikma. Radhia tertawa kecil.
“Alamak! Mak aku dah call ni. Aku balik dululah. Kirim salam kat buah hati kau tu ya. Mesti mak aku excited kalau dia tahu hal ni.” Radhia terpaksa minta diri.
“By the way, ada satu benda aku nak beritahu ni.”
“Apa dia?”
“Sebenarnya aku tipu jek pasal cikgu Fazurina tu. Aku main hentam jek nama tu. Saja nak suruh kau buka mulut.” Radhia berterus terang. Hikma ternganga.
“Eh, nanti! Jangan ingat kau boleh balik macam tu je. Macam mana kau boleh agak yang aku ni sebenarnya kakak Hakim?” Hikma menahan Radhia dari pergi. Radhia ketawa.
“Hmm, nak cakap aku ada six senth tu, tak mungkinlah. Sebenarnya mak aku tu yang asyik bercerita pasal kawan tadika aku yang selalu kena paksa makan tengahari kat rumah aku tu. Mak aku ingat lagi, kalau diajak makan kau memang malu-malu. Tapi, kalau lauk ikan keli atau bubur ikan kau memang sangat berselera. Tengok cara kau makan tulah yang buatkan mak aku teringat-ingat kat kau. Then, aku pun mula lah jalankan misi menyiasat bila banyak sangat tentang kau yang buatkan mak aku asyik teringat kawan tadika aku yang aku sendiripun ingat-ingat lupa nama dia. Tak ramai orang kampung ni tahu pasal kau. So, aku tanyalah nek Siah Sanggul. Itupun bukan main payah lagi dia nak buka cerita tau. Lagipun dia pun macam dah lupa-lupa sikit.” Radhia berterus terang.
“Oh, dalam diam kau stalk aku lah ni.”
“Dah-dah. Takyah marah-marah okey. Kau dah dapat apa yang kau nak. Mak dan ayah kau, papa dan mama kau, Adik dan juga buah hati kau. I’m happy for you my childhood friend.” Mereka berpelukan. Sekilas Hikma memandang ke dalam rumah. Mama dan papa, ayah dan mak begitu rancak berbual. Mereka dah mula merancang majlis yang meriah untuk perkahwinannya nanti. Hakim melangkah keluar, menghampiri Hikma yang masih berada di anjung rumah.
“Abang tak sampai lagi ke? Nak Hakim tolong apa-apa tak?”
“Hmm, takpelah. Sekejap lagi sampailah tu.”
“Mesti handsome bakal abang ipar Hakim tu kan? Siapa namanya?”
“Dah sampai pun.” Tak sempat jawab soalan itu, kereta tunang tersayang tiba di hadapan rumah.
Alhamdulillah. Segala kekusutan dah pun terlerai. Majlis terus dirancang seperti yang dibincangkan. Dua keluarga bakal bersatu. Memang itulah hikmah yang Hikma nantikan selama ini. Dapat bersatu bersama keluarga kandungnya tanpa perlu meninggalkan keluarga angkatnya yang bakal menjadi keluarganya dalam masa tak sampai 2 bulan. Encik Tunang kalau boleh nak nikah terus bila mengetahui Cik Tunang sudah dapat bersatu dengan keluarga kandungnya. Kerana itulah yang menangguhkan rancangannya untuk menikahi gadis kesayangannya itu lebih awal. Hakikatnya dia sangat menghargai gadis itu kerana sanggup mengorbankan kasih sayangnya demi membahagiakan orang lain. Itu sebenarnya yang menanam tekad dalam hatinya untuk memperisterikan gadis itu. Allah Maha besar kerana mengatur perancangan ini dengan baik.
“Banyak sangat kebetulan dalam keluarga kita ni kak. Yelah, tengok sahajalah nama kita-kita ni. Semuanya bermula dengan huruf H. Dan anak-anak kita pun sama.”
“Maksudnya?” makcik Haida kurang faham.
“Aku nak tahu siapa nama anak bujang saya ni?” tanya puan Hanani. Ye tak ya, dari tadi bersembang, sampai tak teringat nak tanya siapa nama bakal menantu. Asyik sebut ‘bakal menantu’ sahaja dari tadi.
“Nama anak kami, Haidatun Hikma. Nama anak akak pula Nurul Hikma. Dan anak lelaki akak Luqmanulhakim, anak kami Lukman Hakim.”
“Subhanallah, memang betul tu Nani. Banyak kebetulan. Tapi, apa yang penting sekarang ni, segala yang berlaku dalam dunia ni, Allah bekalkan kita dengan hikmah. Dan sekarang ni, kita sama-sama berkongsi hikmah dan berkongsi Hikma.” Jawab makcik Haida sambil merangkul erat bahu anaknya yang duduk tengah-tengah di antara dia dan puan Hanani. Bahagia.
29.05.2018

Comments
Post a Comment