Skip to main content

ANTARA DUA


-ANTARA DUA-
Diana tersenyum sendiri. Teringat pertemuan semula dengan rakan-rakan sekuliah dahulu. 10 tahun berlalu begitu pantas sekali. Dalam pertemuan semula itu ada pelbagai peristiwa menarik. Sekali-sekala pengerusi majlis mengimbau kenangan silam. Ada juga beberapa orang pensyarah yang turut hadir dalam majlis yang dianjurkan mereka sendiri. Dalam usia menjangkau 32 tahun, ramai teman-teman yang sudah berkeluarga. Tapi, Diana……
“Amboi, jauh termenung.” Tegur satu suara. Diana kembali ke alam nyata.
“Eh, dato’! Awal hari ni.”
“Saja. Nak buat sport-check.” Seloroh dato’ Azmi. Diana tertawa kecil.
“Awak batalkan semua ‘appointment’ saya untuk dua hari ni. Tengahari ini awak ikut saya ke Kuala Lumpur.”
“Kuala Lumpur?” Diana terkejut.
“Kenapa? Awak ada date ke malam ni?” Usik dato’ Azmi.
“Eh, tak adalah.” Nafi Diana.
“Awak suruh Azura ganti awak untuk dua hari ni. Kita ada seminar. Beritahu Hamzah, suruh dia ‘ready’. Dia akan ‘drive’ ke KL bawa kita.” Arah dato’ Azmi.
“Lagi satu, ‘book’ satu bilik di Hotel Sri Malaysia.” Tambah dato’ Azmi.
“Satu bilik saja?” Diana ingin kepastian.
“Cukuplah satu. Kita kongsi satu bilik berdua.”
“Hah?” Diana ternganga. Dato’ Azmi ketawa.
“Datin dari semalam dah ada kat sana. Bilik tu untuk Hamzah. Saya cadang nak ‘drive’ sendiri sebenarnya. Tu yang suruh datin ‘book’ satu bilik je. Ni kalau suruh dia ‘book’ lagi satu, bising pulak buah hati saya tu.” Jelas dato’ Azmi. Disusuli dengan ketawa kecil. Diana hanya tersenyum. Dato’ Azmi memang suka bergurau. Memang ‘sweet’ je dia dan datin. Dato’ Azmi memang suka mengusik.
Kira-kira jam 11 pagi barulah mereka memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Lewat dari rancangan asal yang ingin bergerak seawal 10 pagi. Diana perlu selesai beberapa kerja dan perlu menerangkan pada Azura apa yang perlu dilakukan. Dan dia juga perlu pulang ke rumah untuk mengambil pakaian.
KUALA LUMPUR
“So, apa pandangan awak tentang system tadi tu?” Tanya dato’ Azmi.
“Finger print punch-in. Okey jugak. Bila dah ‘punch-in’, attendance terus masuk payroll. At the end of the month, HR dan Account Dept dan tak banyak kerja. Just confirm kan cuti jek. OT pun dah automatic dikira. “ komen Diana.
“Awak rasa kalau saya ‘purchase’ system ni, kita nak gunakan untuk kilang atau ‘main office’?”
“Kilang lah dato’. Kilang kita ada 1000 orang pekerja. Main office cuma ada 50 orang sahaja.” Cadang Diana.
“Hah, itu pun datin.” Dato’ Kamal melambai isterinya. Diana menoleh. Tersenyum. Sejak sampai di KL petang tadi, barulah ini berpeluang bertemu datin Haida.
“So, macam mana? Okey tak?” Tanya datin Haida sebaik duduk semeja dengan Diana dan Dato’ Azmi.
“Hmm…okey. Memang kami tengah bincang pasal system tu.” Jawab Diana.
“Sistem?! Abang tak beritahu lagi ya?” datin Haida memandang suaminya.
“Tak sempat.” Alasan dato’ Azmi. Diana tak faham.
“Saya tanya pasal ‘computer engineer’ yang buat ‘presentation’ tadi.” Jelas datin Haida akan maksudnya.
“Oh, prof Haikal tu.”
“Hah, yelah. Handsome tak?” Tanya datin Haida teruja.
“Hmmmm….okey.” jawab Diana.
“Umurnya 34 tahun. Bujang lagi. Tengah cari calon isteri.” Beritahu datin Haida tentang prof Haikal.
“Ye ke?” Diana ragu-ragu dengan kenyataan dari datin Haida itu.
“Hah…itu pun dia!” datin menunjuk ke satu arah. Prof Haikal menuju kea rah mereka.
“Mak uda, pak Uda.” Prof Haikal bersalaman dengan dato’ Azmi dan datin Haida.
“Anak saudara kami.” Beritahu datin Haida.
Malam itu.
“Ida, kalau abang tanya sesuatu boleh?” Tanya dato’ Azmi. Waktu itu mereka berdua sudah bersedia untuk beradu.
“Abang nak tanya apa?” balas datin Haida.
“Kenapa Ida beria-ia sangat nak carikan pasangan untuk Diana?” tanya dato’ Azmi.
“Sebab….”
“Sebab Ida takut abang ‘tackle’ dia?” PIntas dato’ Azmi berseloroh.
“Eee….tak sayang mulut.” Datin Haida mencubit geram. Dato’ Azmi ketawa.
“Diana tu dah 10 tahun kerja dengan kita. Sejak company kita baru buka lagi. Ida dah anggap dia macam anak sendiri. Kalau boleh Ida nak dia jadi sebahagian dari keluarga kita.” Alasan datin Haida.
“Kalau macam tu, kenapa tak jadikan menantu saja?”
“Ikutkan hati memang Ida nak jadikan dia tu menantu kita. Tapi, abang sendiri tahu kan perangai anak kita tu macam mana. Umur dah 35 tahun, tapi langsung tak fikir masa depan. Dengan rekod 2 kali kena tangkap basah, 5 kali tidur lokap, tak berani saya nak jodohkan dengan anak orang.” Luah datin Haida geram. Kesal dengan sikap anak tunggalnya, Eizlan.
“Habis tu, takkan kita nak biar saja Lan macam tu?”
“Abang, emak mana yang tak nak anaknya jadi baik?” Bangkit datin Haida.
“Mungkin lepas kahwin dia akan berubah. Kita kahwinkan dia.” Usul dato’ Azmi.
“Ida tak nak ambil risiko bang. Kalau dia berubah, okeylah. Kalau dia tak berubah, teraniaya anak orang.” Bangkang datin Haida. Dato’ Azmi terdiam.
“Selagi kita masih hidup ni bang, sama-samalah kita berdoa untuk anak kita.” Bicara penutup perbincangan mereka malam itu.
JOHOR BAHRU
Kembali menjalankan tugasan dan rutin harian seperti biasa. Diana bertugas sebagai setiausaha dato’ Azmi dan datin Haida sejak 10 tahun lalu. Waktu H.A.D Printing sebuah syarikat yang kecil. Hanya 10 orang di main office dan 100 orang pekerja di kilang. H.A.D Printing terus berkembang maju selepas 10 tahun. Ada pelbagai benda yang dicetak. Buku, majalah, risalah, kad jemputan novel dan macam-macam lagi. Diana adalah antara orang yang setia di H.A.D Printing ini. Tamat saja pengajian di Universiti Teknologi Mara dalam Diploma Sains Kesetiausahaan, dia mencari kerja dan dilamar H.A.D Printing. 10 tahun berkerjasama, mungkin kerana itulah dato’ dan datin sayang sangat pada Diana.
“Alah, aku rasa datin baik dengan Cik Diana sebab dia takut dato’ mengurat.” Tafsir Borhan, salah seorang staff di H.A.D. Printing itu.
“Kau ni memang tak sayang mulut tau.” Marah Nana, teman sepejabat.
“Kau pun, kalau nak mengutuk mengata agak-agaklah. Diana tu housemate aku. Aku kenal dia okey.” Marah Azura pula.
“Diana tu dah lama kerja kat sini. Seusia company tau.” Tambah Azura
“Hah, betul tu. Korang jangan suka fikir yang bukan-bukan.” Sampuk satu suara. Diana.
“Si Borhan ni yang tak sayang mulut.” Kata Nana. Borhan hanya tersengih.
“Dah lunch-time ni. Tak pergi makan ke?” Tanya Diana terus beralih topik.
“TUnggu Mazlan.” Jawab Azura
“Cik Diana nak ‘joint’ sekali?” Pelawa Nana.
“Takper, terima kasih ajak saya. Tapi, saya kena ikut datin. Dia ada lunch-appointment dengan client.” Diana menolak baik pelawaan itu.
“Hah, itupun Mazlan.” Kata Nana.
“Err…cik Diana. Minta maaf yar pasal tadi tu.” Borhan bersuara. Diana hanya tersenyum. Serentak itu kereta Mercedez berwarna biru gelap berhenti betul-betul di perkarangan pintu masuk bangunan pejabat H.A.D Printing itu. Diana terus masuk ke dalam perut kereta itu.
Malam itu.
Alhamdulillah, perut yang menangis kelaparan tadi tidak merengek lagi. Hari ini kedua-duanya memilih nasi goring kampong dan jus tembikai sebagai menu makan malam mereka. Hanya 5 minit memandu mereka sampai ke destinasi. Destinasi mana lagi? Rumah ler. Seperti biasa, setiap hari ada saja topik yang mereka jadikan bahan bualan. Hal peribadi, isu semasa dan kadang-kadang termasuk juga hal pejabat.
“Alah, aku dah lali dah dengan kata-kata macam tu. Aku dah tak ambil peduli. Aku kerja kat situ dah lama. Sebelum dato’ dapat gelaran dato’ lagi.” Bangkit Diana bila Azura bertanya samada dia terasa hati dengan kata-kata Borhan tengahari tadi.
“Cuma, kau nasihatkan sikit dia tu. Kalau nak bercakap tu, pandang-pandang sikit. Nasib baik aku yang dengar. Kalau dato’ atau datin yang dengar, dia juga yang dapat susah nanti.” Tambah Diana.
“Itu baru kau yang dengar. Masa lunch tadi, si Borhan tu sampai tak lalu makan. Diam saja. Padan dengan dia. Mulut tu laser sangat. Aku takut-takutkan dia. Aku cakap kau akan beritahu dato’ atau datin.” Cerita Azura. Diana ketawa.
“Aku malas nak panjangkan cerita. Macam aku cakap tadi. Borhan tu bukan orang yang pertama cakap macam tu.” Balas Diana. Telefon berbunyi. Tanda ada mesej masuk. Diana mengambil handphone nyer yang diletak di atas meja kopi di hadapannya. Macam pernah tengok nombor ni. Siapa pulak ni? Berkerut dahi.
“Hei, dahsyat sangat kerutan dahi kau!” Sergah Azura.
“Aku dapat mesej.” Beritahu siapa.
“Dari siapa?”
“Hasrul.” Jawab Diana.
“Siapa Hasrul tu?” Azura mula bingung.
“Ex-tunang adik aku.” Jelas Diana.
“Dia cakap apa?”
“Dia tanya khabar.” Jawab Diana.
“Lah, apa yang susah sangat. Jawab sajalah khabar baik.” Balas Azura.
“Itu aku tahulah. Masalahnya, aku hairan. Dah 5 tahun adik aku si Dania tu kahwin. Tiba-tiba saja mamat ni hantar mesej.” Kata Diana yang masih kehairanan. Telefonnya berbunyi lagi. Kali ini tanda ada panggilan masuk.
“Eh, dia telefon.”
“Jawablah.” Suruh Azura. Diana akur. Hampir 10 minit mereka bercakap di talian.
“Dia dapat kerja di JB. Minggu depan mula. Dia nak jumpa aku. Kau rasa patut ke aku jumpa dia?” Diana memandang Azura.
“Jumpa sajalah.” Saran Azura.
“Aku rasa lain macamlah. Dia tu bekas tunang adik aku. Adik aku pulak tu yang beralih kasih.”
“Alah, kalau dia yang jumpa secara baik, kau layan dia dengan baik. Kalau sebaliknya, lekas-lekaslah angkat kaki.” Saran Azura lagi.
“Yelah. Kau doakan aku selamat ya.”
“Hai, macam nak pergi berperang pulak.” Balas Azura. Dua teman itu ketawa.
* * *
“Memanglah salah. Dia kan isteri orang.” Jawab Diana apabila Hasrul bertanya salah ke dia masih menghubungi Dania.
“Aku bukan niat apa-apa. Aku cuma ingin berkawan.”
“Kau kena ingat Hasrul. Hubungan kau dengan Dania dulu bukan hubungan biasa. Hampir nak kahwin tau. Dania kena fikirkan perasaan suami dia. Yang sudah tu sudahlah. Life must goes on.” Balas Diana.
“Aku perlukan teman berbicara. Teman untuk aku berkongsi masalah. Teman yang memahami aku.” Luah Hasrul.
“Hasrul, ramai lagi orang lain dalam dunia ni. Ramai lagi orang yang boleh kau jadikan kawan.”
“Sebab tulah aku cari kau.” Bangkit Hasrul. Diana terdiam.
“Aku tak ada kawan di JB ni. Aku kan masih baru di sini. Apa-apa hal boleh minta tolong kau kan?” Hasrul memecah kesunyian.
“Insya Allah.” Jawab Diana. Sekilas menjeling jam tangannya.
“Hmmm…dah habis waktu lunch ni. Aku nak balik ‘office’ cepat ni. Ada meeting pukul 2:30 nanti.”
“Yelah. Aku pun nak balik office ni.” Balas Hasrul. Seiring mereka keluar dari restoran itu.
“Kalau kita ‘lunch’ sama setiap hari boleh tak?” PInta Hasrul.
“Tak boleh janjilah. Dengan kawan sepejabat pun susah aku nak keluar lunch sama-sama. Bos aku tu selalu buat lunch appointment dengan client. Dah tu, aku selalu kena ikut.” Jawab Diana.
“Bos kau tu lelaki ke perempuan?” Hasrul ingin tahu.
“Husband and wife.” Jawab Diana.
“Okeylah, aku balik office dulu.” Diana meminta diri untuk pergi.
“Okey. Kita jumpa lagi nanti.”
“Insya Allah.” Balas Diana lalu berlalu pergi dari situ. Hasrul melambai. Diana hanya tersenyum.
Jam 2:30 petang. Mesyuarat bermula dan berjalan dengan lancer. Antara agenda hari itu adalah tentang pembelian mesin pencetak model terbaru dari Jepun. Dengan adanya mesin ini, dapat menjimatkan banyak masa. Proses cetakan yang pantas dan mudah ini akan menjadi salah satu kaedah pemasaran. Diana menjalankan tugas seperti biasa, mencatatkan minit mesyuarat.
“Diana, tunggu sekejap.” Arah datin Haida. Diana akur. Ahli mesyuarat yang lain sudah meninggalkan bilik mesyuarat.
“Appointment dengan Mr. Lim esok dibatalkan. Dia masuk hospital. Anak dia baru ‘call’ dato’ tadi. So, pukul 10 esok saya nak ‘meeting’ dengan HR Dept. beritahu puan Mastura saya nak bincang pasal annual dinner.” Datin Haida memberi arahan. Diana mencatatkannya dalam buku nota miliknya.
“Lunch dengan siapa tadi?” Tanya datin Haida beralih topik.
“Kawan.” Jawab Diana ringkas.
“Kawan ke boyfriend?” Usik datin Haida. Diana tertawa kecil.
“Kawan sekampung. Dia baru dapat kerja di JB ni.”
“Oh, kekasih lama.” Datin Haida mengusik lagi. Diana ketawa lagi.
“Dah ke belum?” Tanya Datin Haida. Diana menggeleng kepala mengganti jawapan belum.
“Hah…kalau macam tu awak ngoratlah dia. Handsome tu. Teringat pulak dato’ muda-muda dulu.” Seloroh datin Haida.
“Tak nak lah saya. Dia tu ex-tunang adik saya.” Balas Diana tak setuju.
“Hmm…kalau dah tak nak tu macam-macam alasan.”
“Betullah datin.” Ujar Diana bersungguh.
“Yelah tu.” Balas datin Haida.
Sebulan berlalu.
Malam sudah berlabuh. Selesai solat isya’ dua teman serumah itu duduk di ruang tamu menonton tv. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta di luar rumah. Azura menjengah. Azura memanggil Diana. Azura tidak pasti siapa di luar itu. Kalau Hasrul , Azura kenal. Mereka pernah berjumpa beberapa kali. Kalau nak keluar ‘dinner’ bersama, syaratnya mesti bawa Azura sekali. Sebab itulah Azura kenal Hasrul.
“Itu Eizlan. Anak dato’ dan datin.” Beritahu Diana.
“Oh, ye ke? Handsome jugak yer.” Balas Azura. Diana ketawa saja.
“Tak nampak ada ‘awek’ kat sebelah dalam kereta tu?”
“Dahlah, cepat keluar.” Arah Azura. Diana akur. Diana berjalan menuju ke pintu pagar.
“Selamat malam cik Diana.” Ucap Eizlan sambil tersenyum pada Diana.
“Ni, mama suruh hantar. Rumah ada kenduri tadi. Nasi Briyani dan sate.” Eizlan menghulurkan bungkusan berisi makanan itu pada Diana. Diana menyambut huluran itu.
“Mesti belum makan kan? Diet?”
“Tak adalah.” Nafi Diana.
“Sayang, cepatlah.” Si gadis di dalam kereta merengek manja.
“Hmm…dah lapar sangatlah tu.” Kata Eizlan. Diana hanya tersenyum. Bukan baru balik dari kenduri ke? Confuse….
“Terima kasih en. Eizlan hantarkan makanan ini.” Ucap Diana. Eizlan tersenyum.
Hai, datin ni macam tahu-tahu saja malam ni mereka tak masak atau keluar makan. Berselera Diana dan Azura makan. Kenduri apa ya. Datin tak ada sebut apa-apa pun pasal kenduri tadi. Selalunya mesti dipaksa Diana datang. Makan sajalah. Perut ni pun, bila dah nampak makanan semakin rancak pula bunyi gendangnya.
Telefon berbunyi. Suara Siti Nordiana menyanyikan lagu Memori Berkasih memberitahu itulah panggilan dari ibunya di kampong. Diana menjawab panggilan itu. Azura berkerut dahi tak faham. Reaksi Diana nampak lain macam sangat. Berita apa yang mengejutkan sangat tu. Tak sabar nak tahu ni.
“Hasrul tu dah tak betul.” Kata Diana.
“Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Azura tak faham.
“Keluarga dia datang merisik aku tadi. Hasrul cakap aku dah setuju. Bila masa pulak aku cakap nak kahwin dengan dia?” Luah Diana geram.
“Habis tu, kau cakap apa dengan mak kau.”
“Esok aku nak jumpa Hasrul. Aku nak penjelasan dari dia.” Jawab Diana. Sisa geram masih ada.
“Kau jangan naik angin pulak. Cakap baik-baik.” nasihat Azura.
“Cakap baik-baik?? Kalau dia ada depan mata aku sekarang ni, aku dah cekik dia.” Balas Diana geram. Azura ketawa.
Esoknya.
“Bila masa pulak aku kata aku setuju?” soal Diana serius.
“Aku pernah beritahu kau yang aku perlukan teman berbicara. Teman untuk berkongsi masalah. Teman yang memahami aku. Dan kau setuju untuk jadi teman aku.”
“Memanglah aku setuju. Aku setuju jadi teman kau. Maksud aku kawan kau.” Balas Diana.
“Aku maksudkan teman hidup.” Jelas Hasrul.
“Hasrul, janganlah buat aku macam ni.” Diana mula berlembut.
“Kenapa? Teruk sangat ke aku ni? Aku tak layak untuk kau?” Hasrul meratap mengharap.
“Rul, memang kita ni sekampung. Satu sekolah. Pernah satu rumah sukan dulu. Dan kau pernah hampir nak jadi adik ipar aku. Tapi, itu tak bermakna aku betul-betul kenal kau. Dan kau pun tak kenal aku. Aku tak nak kau dan aku terburu-buru.” Bicara Diana lembut.
“Sebab aku ni bekas tunang adik kau ke?” Hasrul ingin jawapan pasti.
“Mungkin juga.” Jawab Diana.
“Berilah aku peluang.” Pinta Hasrul. Diana terdiam.
“Beri aku masa untuk fikirkan hal ini. Berikan aku masa untuk lebih kenali kau.” Diana bersuara kembali.
“Kita bertunang dulu.” Saran Hasrul.
“Jangan ambil risiko Rul. Kita kenal dulu hati masing-masing. Lagipun, pertunangan tu bermakna aku dah berikan kau harapan. Aku tak nak kau dan aku menaruh harapan. Kalau kita tak serasi nanti, nak putus tunang? Keluarga kita yang malu nanti.” Diana tak setuju.
“Baiklah, kalau itu yang kau mahu.” Hasrul akhirnya bersetuju dengan kemahuan Diana.
“Okeylah, aku nak balik office.” Diana nak pergi.
“Habiskanlah dulu nasi tu.”
“Takpelah. Aku dah lambat ni” Diana ingin segera pergi.
“Kau masih marahkan aku ke?” Tanya Hasrul. Diana tersenyum.
“Sikitlah…” seloroh Diana. Hasrul tersenyum.
“Aku pergi dulu ya. Habiskan nasi tu. Bye.” Diana pun bangkit dari tempat duduknya. Berlalu pergi dari situ. Hasrul tersenyum. Sekurang-kurangnya Diana tak marah lagi.
“Hai!”
“Eh, terkejut saya.” Diana mengurut dadanya.
“Hehehehe! Sorry.” Eizlan tersengih.
“Siapa mamat tadi tu? Boyfreind ke?” Tanya Eizlan.
“Lebih kuranglah.” Jawab Diana. Eizlan ketawa.
“Anyway, terima kasih sebab belanja ‘dinner’ semalam. Datin beritahu saya taka da kenduri pun semalam.”
“Alamak, mama ni bikin kantoi sajalah.” Eizlan ketawa.
“Saya selalu nampak awak dengan kawan awak tu makan kat kedai makan kawasan rumah awak tu. Warong mak Salmah, korang punyer tempat favourite kan?”
“Eh, macam mana encik Eizlan tahu? Encik Eizlan selalu makan kat kawasan situ juga ke? Tak sangka pulak anak dato’ ni nak juga makan kat warong.” Kata Diana.
“Sekali-sekala. Time poket ringan.” Balas Eizlan. Diana ketawa saja.
“Semalam saya memang dah niat, kalau nampak awak saya nak belanja. Memandangkan saya dah niat, saya bungkuskan ler makanan untuk awak.”
“Encik Eizlan tahu pulak ya rumah saya? Diana hairan.
“Eh, awak bukan dah lambat ke?” Eizlan segera bertukar topik. Diana menjeling jam tangannya.
“Ok, saya minta diri dulu ye.” Diana meminta diri.
“Yelah. Jalan elok-elok. Kalau jatuh, jerit nama saya kuat-kuat. Nanti saya datang tolong. Tolong ketawa.” Eizlan berseloroh. Diana tertawa lagi.
Pelik betul dengan Eizlan sejak akhir-akhir ni. Selalu sangat muncul depan mata tiba-tiba. Dahlah begitu, rajin pula menegur, berbual dan berseloroh. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Eizlan pulang ke Malaysia lebih kurang 7 tahun yang lalu. Sepanjang 7 tahun ni, kalau terserempak hanya bertukar senyuman. Berbual jauh sekali.
“Jangan-jangan dia syok kat kau tak?” Tafsir Azura.
“Mengarutlah kau ni. 7 tahun tau aku kenal dia. Tak pernah langsung usik-usik aku macam tu. Kalau dia syok kat aku, dari dulu lagi dia dah ngorat aku. “ Diana tak setuju dengan tafsiran itu.
“Ya tak ya juga kan. Kalau dia syok kat kau, mesti hari-hari datang ‘office’. Aku yang dah 5 tahun kat H.A.D Printing pun baru tahu dia tu mukanya macam mana.”
“Dahlah, malas nak fikir pasal dia.” Kata Diana.
“Hasrul macam mana? Tadi kau cakap nak cerita kat rumah.” Ungki Azura. Diana menceritakan hasil perbincangannya dengan Hasrul tengahari tadi.
“Dah ada orang nak. Janganlah jual mahal.” Usik Azura.
“Dia tu ‘ex’ adik akulah.” Balas Diana.
“Tapi, kau dah beri dia harapan.” Ungkit Azura.
“Bukan harapan. Tapi, peluang untuk saling mengenali. Selama ni dia hanya kenal adik aku. Aku tak nak dia harapkan aku ni sama macam Dania.”
“Kenapa kau tak setuju untuk bertunang?” Soal Azura.
“Aku tak nak ambil risiko. Manalah tahu aku rasa tak serasi bersama dia. Nanti apa orang kata. Dua kali putus tuning dengan keluarga yang sama. Dua keluarga yang dapat malu nanti.” Jelas Diana.
***
Inikah jodoh aku? Ish, susah betullah. Ayah dan ibu dah berkali-kali bertanya. Jawapan Diana tetap sama. Dia perlukan masa. Diana tahu, ayah dan ibunya gusar kerana anak mereka masih enggan menamatkan zaman solonya. Dengan alasan belum bertemu orang yang sesuai. Berbakul pujian tentang Hasrul dijaja. Namun, itu masih belum cukup untuk memetik suis kata setuju di hati Diana. Dania tidak mahu masuk campur bila ibunya meminta dia memujuk Diana. Rasa tak sesuai untuk dia memujuk Diana menerima orang yang dia pernah dikecewakan. Biarlah Diana nilai sendiri lelaki itu. Biarlah Diana nilai sendiri lelaki itu.
“Good morning Diana!”
“Eh, encik Eizlan! Terkejut saya.” Diana yang baru keluar dari perut keretanya mengurut dada kerana terkejut. Azura tertawa kecil. Eizlan tersengih.
“Dah sarapan?” Tanya Eizlan.
“Dah.” Jawab Diana ringkas.
“Rugilah. Saya baru nak belanja sarapan.” Balas Eizlan. Diana tersenyum sahaja.
“Ni, fail mama tertinggal.” Eizlan menghulurkan sebuah fail pada Diana. Diana mengambilnya.
“Aku naik dulu.” Azura berlalu dari situ.
“Baguslah kawan awak tu. Begitu memahami.” Kata Eizlan. Diana hanya tersenyum.
“Kita ‘lunch’ sama-sama hari ni.” Ajak Eizlan.
“Tak boleh janji. Kena tengok ‘schedule’ datin dulu. Kalau datin ada lunch appointment tak bolehlah.”
“Kenapa pula?” Eizlan tak faham.
“Kalau ada ‘lunch-appointment’ datin akan bawa saya.” Jelas Diana.
“Hmmm….nanti saya call awak ye.” Janji Eizlan.
“Hari, Lan. Buat apa kat sini?” Dato’ Azmi muncul di situ.
“Eh, papa! Baru sampai ke? Mama mana?” Eizlan sedikit terkejut dan gelabah.
“Mama tengah parking kereta.” Jawab dato’ Azmi.
“Diana, awak naik ‘office’, cari fail ‘Fashion World Magazine’. Jenuh cari kat rumah tak jumpa.”
“Ini failnya. En. Eizlan baru bagi. Katanya tertinggal di rumah.” Beritahu Diana.
“Tertinggal? Eh, bukan ke….”
“Okey, papa. Lan nak ke pejabat. Lambat-lambat nanti jalan sesak pulak. “ Eizlan bersalaman dengan dato’ Azmi lalu terus berlalu dari situ.
“Saya naik dulu dato’.” Diana meminta diri dan berlalu pergi. Dato’ Azmi masih di situ menanti isterinya.
“Bukan Lan ke?” Tanya datin ingin kepastian.
“Ha’ah!” dato’ Azmi mengiyakan.
“Buat apa pagi-pagi dah ada di sini?” Tanya datin Haida hairan.
“NI, dia hantar fail awak ni. Katanya tertinggal di rumah.”
“Tertinggal? Eh, bukan ke dia keluar lebih awal dari kita tadi.” Datin Haida hairan.
“Tu yang abang hairan.” Balas dato’ Azmi.
Eizlan tersenyum lebar bila Diana setuju keluar makan bersama tengahari itu. Mulanya Diana nak mengelak, tapi awal-awal lagi Eizlan dah tanya mamanya kalau-kalau dia ada apa-apa temujanji tengahari itu. Harap-harap tak terserempaklah dengan Hasrul. Eh, nak risau kenapa? Takut dia cemburu ke? Perlukah aku menjaga hatinya. Atau ni adalah cara untuk menguji hatinya. Ish, pening kepala aku. Sebenarnya, Diana rimas dengan sikap cemburu Hasrul. Belum jadi pakwe, cemburunya….
“Kenapa awak gelak? Awak tak percaya dengan apa yang saya cakap?” Tanya Eizlan. Eizlan baru saja meluahkan isi hatinya pada Diana.
“Encik Eizlan cakap dah lama suka kat saya. Selama 7 tahun saya kenal encik Eizlan, saya tengok encik Eizlan biasa je. Kadang-kadang tu, pandang saya pun tak nak. Sampai, saya sendiri ada kala kecik hati dengan sikap acuh tak acuh encik Eizlan tu. Yelah, mentang-mentanglah saya ni cuma pekerja papa dan mama encik Eizlan. Sampai sudahnya, saya dah lali dengan hal tu.” Jelas Diana kenapa susah dia nak percaya apa yang Eizlan cakap.
“Saya malu.” Alasan Eizlan. Diana ketawa.
“Saya serius Diana. Selama ni saya memang sukakan awak. Just saya tak ingat sejak bila. Yang penting bukan baru sehari dua. Cuma baru hari ini saya ada keberanian untuk luahkan pada Diana isi hati saya. Saya ikhlas sukakan awak. I want to be your friend. I want to be more than friend.” Eizlan bersungguh-sungguh. Diana terdiam.
“Ramai orang tak percaya. Mama dan papa pun tak percaya. Tapi, saya harap awak percayalah cakap saya. Memang betul dua kali saya kena tangkap basah. Dua-dua kali tu saya diperangkap. Dan undang-undang pun dah buktikan saya tak bersalah. Tapi, kes itu tetap dah catat satu titik hitam di hati masyarakat terhadap saya. Memang silap saya bercampur dengan orang yang bukan-bukan. Betul, memang 5 kali saya tidur lokap pasal bergaduh. Saya tak kisah kalau orang nak kutuk saya, nak cakap yang bukan-bukan pasal saya. Tapi, jangan sesekali sentuh mama dan papa saya. Saya memang panas hati bila orang cakap yang bukan-bukan pasal mama dan papa saya. Saya sanggup berubah. Saya boleh ubah semua tu. Untuk awak.” Luah Eizlan lebar.
“Jangan berubah untuk saya.” Pintas Diana.
“Berubah untuk diri sendiri. Atau paling tidakpun, ubah demi mama dan papa encik Eizlan. Mereka sayangkan encik Eizlan.” Tambah Diana.
“Boleh awak beri saya peluang?” PInta Eizlan.
“Lebih baik kita berkawan saja. Kenal dulu hati budi masing-masing.” Balas Diana.
“Awak dah ada orang lain ke?” Tafsir Eizlan. Diana diam sahaja.
“Baiklah, kita berkawan saja dulu.” Eizlan akhirnya setuju dengan pintaan Diana.
Pening kepala. Masa takda, satu pun tak ada. Bila dah ada, sampai dua pulak tu. Hati Diana, entahlah. Tak tahu nak cakap apa. Suka ke tak suka? Sayang ke tak sayang? Benci ke rindu? Dahlah macam tu, dua-dua orang yang tak pernah terlintas langsung dalam fikirannya selama ni. Antara dua yang mana satu menjadi pilihan. Perlukah aku pilh mereka ?
“Masih terlalu awal untuk aku menilai mereka. Yang pastinya kedua-duanya adakala mendesak. Lebih-lebih lagi Hasrul. Angin juga dibuatnya.” Luah Diana pada teman baiknya.
“Mereka tahu antara satu sama lain?” soal Azura.
“Eizlan tahu. Sebab, sebelum ni ia memang selalu ‘stalk’ aku.” Jawab Diana.
“Dia cakap ‘the best man’ win.” Tambah Diana.
“Kau buatlahl solat sunat istikarah.” Nasihat Azura.
“Aku tak bersedia lagi. Lagipun aku takutlah.”
“Takut apa?” Azura hairan.
“Takut termimpi orang lain. Sekali terkeluar muka Kamil.” Seloroh Diana. Sengaja mengheret nama tunang Azura dalam perbualan mereka.
“He, tak sayang diri.” Marah Azura. Diana ketawa.
“Walaupun aku ni lebih cantik dari kau, kena hati-hati jugak. Kau ni bukan boleh percaya sangat.”
“Amboi, perasanlah pulak dia lebih cantik.” Balas Diana. Ketawa.
“Walaupun kau tu kononnya lebih cantik dari aku, sekurang-kurangnya aku ni ada dua mamat yang tergila-gilakan aku. Kau tu harap si Kamil tu sajalah.” Ejek Diana.
“Alah, ada dua pun, dua-dua mamat second-hand.” Balas Azura.
“Second-hand? Kau ni memang tak sayang mulut.” Diana mencapai kusyen di sebelahnya. Serang!!! Maka berlaku perang kusyen antara mereka. Diana sekadar ingin menghiburkan jiwa yang agak tertekan sejak akhir-akhir ini. Mujurlah Azura seorang sahabat yang cukup memahami.
* * *
“Dua minggu kami berdua tak da ni, awak tengok-tengokkan diorang buat kerja.” Pesan datin Haida.
“Insha Allah datin. Datin janganlah risau-risau sangat. Datin kan nak buat umrah.” Balas Diana.
“Sebenarnya bukan itu yang runsingkan saya. Yang lebih saya risaukan, tu anak bujang saya tu. Saya ni taklah berdoa, cuma risau kalau terjadi.”
“Apa dia datin?” Tanya Diana.
“Eizlan tu. Kalau apa-apa berlaku pada dia, awak tolong ya.” Pinta Datin Haida.
“Baiklah datin. Insha Allah.” Janji Diana.
“Saya ni tak risau sangat hal lain. Eizlan tu yang saya risau sangat.” Luah datin Haida.
“Insha Allah datin, Eizlan okey. Datin jangan risau ya.” Diana berusaha menenangkan hati datin Haida. Datin Haida tersenyum. Memegang lembut pipi Diana lalu mencium dahi Diana. Diana terkejut namun dia tetap tersenyum. Terkejut meskipun ini bukan kali pertama datin Haida mencium dahinya.
“Hai, tutup lagi? Habis tu, Lan buat apa sekarang?”
“Menganggurlah. Apa lagi? Tunggu mama dan papa balik. Nak ‘start’ business baru.” Jawab Eizlan.
“Kerjalah dulu dengan mama dan papa Lan. Belajar buat ‘business’ dengan mereka. mereka pun belajar dari pengalaman bekerja dari bawah. Dato’ dan datin mula business masa umur mereka 45 tahun tau.” Diana memberi nasihat lagi.
“Wah, semua benda pasal mama dan papa awak tau.”
“Saya dah kerja dengan mereka dah sepuluh tahun. Mereka tu dah macam mak ayah saya juga.”
“Kalau macam tu, awak tak nak ke jadi menantu mereka?” Usik Eizlan.
“Jangan nak tukar topik yer.” Marah Diana. Eizlan ketawa.
“Okeylah cik Diana. Pasal kerja dengan papa dan mama tu, saya fikir-fikirkan dulu ya.” Kata Eizlan. Diana hanya tersenyum.
“Hari minggu ni awak balik kampong tak?” Eizlan mengajak ke topik lain pula.
“Tak.” Jawab Diana ringkas.
“Kita ‘round’ JB nak?” Cadang Eizlan.
“Hmmmm…” Diana tidak terus memberi jawapan.
“Kita ajak Azura dan tunang dia sekali. Lagi ramai, lagi meriah.” Tambah Eizlan. Eizlan tahu, memang Diana kurang selesa keluar berduaan. Inipun sebab waktu makan tengahari, dan restoran ini tak jauh dari pejabatnya.
“Nanti saya tanya Azura dulu.” Balas Diana. Eizlan tersenyum.
“Okeylah, saya nak balik office ni.” Diana ingin pergi.
“Lan hantar.” Pelawa Eizlan.
“Tak payahlah. Seberang jalan ni saja.” Diana menolak baik pelawaan Eizlan.
“Sebab tulah saya kena pastikan awak selamat melintas jalan. Jom saya hantar.” Bicara Eizlan itu membuatkan Diana setuju. Terpandang Hasrul yang sedang menanti di luar bangunan. Sempat Eizlan melambai sebelum berlalu pergi.
“Siapa tu?” Tanya Hasrul serius.
“Eizlan.” Jawab Diana ringkas.
“Aku bukan nak tahu nama dia. Aku nak tahu apa hubungan kau dengan dia.” Tegas Hasrul.
“Kawan.”
“Kawan yang macam mana?” Tanya Hasrul lagi.
“Kawan biasalah. Macam aku kawan dengan kau.” Jawab Diana. Tenang.
“Bukan ‘special’?”
“Yang kau ni soal aku macam polis ni kenapa? Dah tukar profesion?” Soal Diana tanpa menjawab soalan Hasrul. Hasrul tiada jawapan.
“Anyway, kenapa datang sini?”
“Aku call kau dari tadi tak dapat-dapat. Aku naik pejabat kau tadi, receptionist cakap kau keluar lunch.” Cerita Hasrul.
“Ada hal penting ke?” Tanya Diana.
“Aku nak balik kampong hujung minggu ni. Kita balik sama-sama?” Ajak Hasrul.
“Kalau aku balik kampong pun bukan ada sesiapa. Ayah dan ibu aku pergi rumah Along.”
“Balik rumah aku. Bukan rumah orang lain. Bakal mertua kau jugak.” Saran Hasrul.
“Mengarutlah kau ni. Dahlah aku dah lambat ni.” Diana ingin segera pergi. Tak selesa bila dilihat beberapa pasang mata yang tak lepas memandang ke arah mereka yang berbual tak jauh dari meja penyambut tetamu itu.
“Aku jumpa kau malam ni.”
“Insha Allah.” Balas Diana lalu berlalu dari situ. Hanya bertukar senyuman sebelum Hasrul melangkah pergi. Diana terus berlalu. Tidak menghantar pandangan ke arah Hasrul lagi.
Hari minggu yang ceria itu tercemar apabila Hasrul yang tiba-tiba muncul mencetus perang mulut dengan Eizlan. Keadaan menjadi serius apabila Eizlan naik angin lalu melepas beberapa tumbukan ke muka dan badan Hasrul. Kes bertambah parah apabila ianya berpanjangan sampai ke balai polis. Diana sakit kepala dibuatnya.
“Dia yang tumbuk aku dulu.” Hasrul cuba membela diri.
“Ya, memang dia tumbuk dulu. Tapi siapa yang buat dia marah? Siapa yang buat dia naik angin? Siapa yang pijak-pijak maruah mak dan ayah dia tadi?” Balas Diana.
“Biarlah dia tidur lokap. Aku takkan tarik balik dakwaan tu.” Tegas Hasrul.
“Rul, tolong jangan panjangkan hal ni. Kita boleh selesai secara baik.” Bicara Diana cuba memujuk. Hasrul tetap berkeras.
“Diana sampai ‘migrain’. Awak tak kesiankan dia ke?” Celah Azura geram. Hasrul terdiam.
“Sudahlah! Tak puas-puas lagi ke bergaduh?” Marah Diana kerana Hasrul masih lagi nak berperang mulut sewaktu mereka dah keluar dari balai polis. Eizlan dan Hasrul terdiam.
“Kamil mana?” Tanya Diana pada Azura.
“Aku dah suruh dia balik.” Jawab Azura.
“Tell him, I’m so sorry. Didn’t expect this would happen.” Kata Diana.
“It won’t happen kalau orang tu tak muncul tiba-tiba.” Celah Eizlan.
“Hei…”
“Sudahlah.” Marah Diana geram apabila Hasrul dan Eizlan nak mula lagi.
“Rul, please. Kau balik dulu.” Pinta Diana.
“Tapi…”
“Rul, please.” Pintas Diana. Menatap mengharap.
“Diana nak balik macam mana?” Tanya Hasrul lembut.
“Tahulah aku nak balik macam mana.” Jawab Diana. Hasrul akur. Eizlan tersenyum puas. Diana memandang sehingga Hasrul betul-betul sudah hilang dari pandangan. Menoleh ke arah Eizlan.
“This is your car key.” Diana menghulurkan kunci kereta pada Eizlan.
“Okey, jom kita balik.” Ajak Eizlan sambil menyambut huluran itu.
“Lan, baliklah sendiri. Kami naik teksi.” Diana terus berjalan meninggalkan Eizlan di situ.
“Diana, nanti dulu.” Eizlan segera menghalang Diana meneruskan langkahnya.
“Kenapa? Diana tak nak Hasrul nampak.” Tanya Eizlan.
“Lan, please lah. Kalau Lan tak fikir perasaan saya, Lan fikirlah perasaan dato’ dan datin. Mama dan papa Lan. Lan ingat, Diana pujuk Hasrul tarik balik dakwaan tu kerana kesiankan Lan? Diana kesiankan mama dan papa Lan. Datin nak pergi Mekah, dia cuma risaukan Lan. Takut apa-apa berlaku pada Lan. Risau Lan buat hal. Tolonglah. Jagalah hati dan perasaan mama dan papa Lan. Jangan fikirkan hati sendiri je. Lan tahu marah bila orang bercakap yang bukan-bukan pasal mama dan papa Lan. Tapi, Lan sendiri macam mana?” Luah Diana geram. Tak pernah Azura tengok Diana marah begitu. Diana memegang kepalanya yang berdenyut. Pening kepala. Teksi yang dipanggil dah pun sampai. Diana dan Azura terus berlalu pergi. Eizlan masih lagi terkedu di situ.
“Sabarlah Dee.” Pujuk Azura.
“Tension betul aku. Kau rasa aku salah ke?”
“Maksud kau?” Azura tak faham.
“Terima mereka jadi kawan?” Terang Diana akan maksud soalannya.
“Yang salahnya bila mereka berdua tu tak faham maksud kau. Cuma kawan. Tapi, mereka tetap nak lebih dari itu.”
“Masalahnya, mereka berdua tu tak faham. Kau tak dengar Hasrul cakap apa tadi? Dia marah Eizlan, dia cakap jangan kacau aku sebab aku ni tunang dia. Bila masa pulak kami bertunang? Yang Eizlan pula boleh cakap, ‘tunang orang ke, isteri orang ke, dia peduli apa. Kalau dia nak, dian nak jugak. Apa diorang ingat aku ni barang permainan ke? Mereka langsung tak fikirkan perasaan aku.” Luah Diana geram.
“Dee, kau tahu kan…. Yang bersalah dalam hal hari ini, Hasrul. Dia tak patut muncul tiba-tiba tadi. Sakitkan hati Eizlan sampai dia naik angin. Kau kena ingat, mereka berdua tu berebutkan kau. Mereka tak sedar apa yang mereka buat.”
“Sampai memalukan aku?” Pintas Diana.
“Aku malu Zura.” Tambah Diana geram.
“Sudahlah. Jangan marah-marah sangat. Dah dekat maghrib ni. Jom kita bersihkan diri. Lepas tu kita solat sama-sama.”
***
“Alhamdulillah. Lan dah banyak berubah. Masa dia cakap nak kerja dengan kami, dato’ tak percaya. Dato’ sengaja hantar dia ke kilang. Jadi budak production. Dia bekerja bersungguh-sungguh.” Cerita datin Haida tentang Eizlan pada Diana. Diana hanya tersenyum. Hampir sebulan mereka tak berjumpa. Kalau hantar mesej pun, Diana hanya jawab sepatah dua. Masih terasa hati dengan sikap dengan Eizlan. Puas Eizlan minta maaf. Diana hanya memaafkan, tapi sukar melupakan. Atau sengaja nak ajar sikit anak dato’ dan datin ni.
“Lan ada cerita yang dia rapat dengan awak sekarang ni. Betul ke?”
“Err…ya…sejak 3 bulan lalu.” Jawab Diana. Tak tahulah, kalau dengan datin memang tak pandai nak mengelak dari memberi jawapan jujur.
“Dia banyak berubah sejak akhir-akhir ni. Sejak kami balik umrah ni, dia banyak habiskan masa kat rumah. Kadang-kadang tu sibuk belajar masak kat dapur. Saya ada pernah cakap yang awak ni suka lelaki yang pandai masak.” Cerita datin Haida lagi. Aik, tiba-tiba nama aku naik dalam cerita Eizlan ni! Diana hanya tersenyum.
“Awak ada bagi dia makan ubat ke?” Seloroh datin Haida. Diana tertawa kecil. Seketika mereka terdiam. Diana rasa berdebar-debar. Apalah yang datin nak cakap sebenarnya ni? Mesti ada kaitan dengan Eizlan ni.
“Sebenarnya saya dan dato’ bercadang nak jumpa ayah dan ibu awak.” Datin Haida memecah kesunyian.
“Hah!” Diana terkejut.
“Eizlan dah luahkan isi hati dia terhadap awak pada kami. Dato’ gembira sangat. Saya pun ‘happy’ jugak. Memang impian saya nak jadikan awak sebahagian dari keluarga kami. Tapi, saya tak nak paksa awak. Apa pun keputusan Diana, kami terima.” Bicara datin Haida tenang. Diana tiada jawapan.
Diana pening kepala. Dia mundar-mandir. Azura pun jadi pening dibuatnya. Dia menyuruh Diana duduk. Diana tak tahu nak buat apa. Azura tahu Diana sedang kebingungan. Tadi ibu Diana telefon. Memujuk Diana terima Hasrul. Dan tengahari tadi pula datin Haida menyatakan hasrat untuk merisik Diana buat Eizlan. Ahh…pening kepala dibuatnya.
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Eizlan memang dah banyak berubah. Diapun dengar nasihat Diana. Tapi, Diana bimbang satu je. kalaulah dia bukan pilihan Diana, mungkinkah dia akan kembali dengan sikap yang dulu? Hasrul tu memang baik. sejak dari dulu lagi dia memang pandai mengambil hati orang tua Diana. Apa yang buat susah untuk Diana terima dia adalah kerana dia tu bekas tunang adiknya. Masalahnya sekarang ini, Diana serba salah. Dia tak sampai hati nak hampakan orang tuanya. Dan dalam masa yang sama dia juga tak tergamak menghampakan harapan dato’ dan datin yang dah anggap Diana macam anak mereka sendiri.
“Antara dua tu, siapa yang ada ‘value’ paling tinggi dalam hati kau?” Tanya Azura.
“Entahlah. Terus terang aku cakap, aku tak pernah ada apa-apa perasaan cinta pun pada mereka. Kalau aku terima salah seorang pun, mungkin hanya aku nak jaga hati orang tua aku, dato’ dan datin.”
“Dee, dalam hal ni kau kena pentingkan diri sendiri. Ini soal masa depan kau. Macam yang aku pernah cadangkan sebelum ni. Kau buat solat sunat istikarah. Minta petunjuk dari Allah.” Nasihat Azura. Diana diam sahaja.
Esoknya.
“Dato’, Diana tak sihat. Dia MC dua hari. Ini MC dia.” Azura menyerahkan surat cuti sakit kepada dato’ Azmi.
“Dia sakit apa?”
“Demam. Teruk jugak. Malam tadi sampai muntah-muntah. Doctor pun cakap BP dia tinggi. Doctor suruh pergi hospital, Diana tak nak. Dia nak rehat kat rumah saja.” Cerita Azura.
“Habis tu, siapa jaga dia di rumah?” Tanya dato’ Azmi prihatin.
“Dia sorang jek kat rumah.” Jawab Azura.
“Tak apalah, awak balik jaga dia. Tengahari nanti, saya dan datin datang lawat dia.” Arah dato’ Azmi.
“Baik dato’.” Azura akur arahan dato’ Azmi. Patutlah Diana serba salah. Kalau perihal Diana, dato’ dan datin sangat prihatin.
Sambil duduk di atas katil, Diana makan bubur yang disiapkan oeh Diana sebelum dia pergi kerja tadi. Firkirannya melayang entah ke mana. Berkali-kali Azura pesan, jangan matikan ‘handphone’. Telefon kalau ada apa-apa berlaku. Tiba-tiba terdengar telefonnya bordering. Lagu ‘You’re Not Alone’ dendangan Micheal Jackson menjadi pilihan Diana sebagai lagu panggilan masuk handphone nya. Malasnya nak jawab. Kalau tak Hasrul, mesti Eizlan. Kalau Azura yang telefon, macam mana. Aaah….jawab jelah. Siapa telefon aku, aku pilih dia.
“Kenapa balik?”
“Dato’ suruh aku jaga kau.” Jawab Azura.
“Lebar senyuman. Siapa telefon tadi?” Tanya Azura.
“Jodoh aku.” Jawab Diana tersenyum.
“Siapa? Hasrul atau Eizlan?” Tanya Azura. Diana hanya tersenyum.
* * *
Antara dua, siapakah pilihan Diana? Eizlan, kalaulah 7 tahun lalu kau mulakan langkah, mungkin konflik hari ini tidak berlaku. Hasrul, kalaulah kau bukan bekas tunang Dania, mungkin tiada kesangsian dalam hatiku untuk mencipta satu hubungan istimewa antara kita. Ya memang betul kata Azura, mintalah petunjuk dari Allah. Hanya dengan satu panggilan telefon. Panggilan yang tepat pada waktunya. Panggilan yang memanggil hati untuk menunaikan solat sunat istikharah. Malam itu Diana tidur lena. Mimpi indah memberi jawapannya. Antara dua siapa pilihanku? Antara Hasrul dan Eizlan, siapakah menjadi pilihan? Antara dua, siapakah yang akan kecewa? Hasrul? Eizlan? Atau mungkin kedua-duanya sekali?
Dato’ Azmi dan datin Haida tersenyum. Hasrat tercapai. Diana sudah jadi sebahagian dari keluarga mereka. Ayah dan ibu Diana restui pilihan hati anak mereka. sekurang-kurangnya dia mahu mengakhiri zaman bujang selepas kehilangan tunangnya dalam kemalangan 12 tahun lalu. Hasrul terpaksa redha biarpun pada awalnya dia sukar terima hakikat. Silap sendiri kerana terlalu mendesak diri dan ingin menjadikan Diana sebagai ‘Dania2’. Dia tahu itu semua mustahil. Dan Eizlan tersenyum di atas pelamin. Tersenyum berdiri di sebelah pengantin lelaki, Haikal. Dua jiwa bersatu. Antara dua.
#throwback#
“Siapa Haikal ni?” Azura tak faham. Tiba-tiba saja nama yang disebut sebagai pilihannya bukan Hasrul mahupun Eizlan.
“Sepupu Haikal. Dato’ dan datin pernah kenalkan pada aku kira-kira 5 bulan dulu.”
“So, mana dia pergi selama ni?”
“Selepas kami kenal tu, aku balik JB macam biasa. Aku dapat mesej dari dia. Dia beritahu aku yang dia akan libatkan diri dengan aktiviti kemanusian di Gaza, Palestine untuk 6 bulan. Dan dia mungkin takkan dapat berhubung dengan sesiapa di Malaysia. Dan aku jawab ok.” Cerita Diana.
“Maknanya, kami berserah pada takdir. Kalau ada jodoh, adalah.” Tambah Diana.
“Selepas 5 bulan, dia tiba-tiba call aku. Dia cakap, dia rindu sangat kat aku. Dan dia terus lamar aku.”
“Dan kau terus setuju?” Pintas Azura. Terkejut.
“Sebenarnya, lepas terima panggilan dari dialah baru aku rasa yakin untuk buat solat istikharah tu. Dan, dia yang datang dalam mimpi aku. Aku yakin dengan petunjuk Allah.” Jelas Diana.
“So, antara dua tu, dua-dualah yang kecewa. Antara dua tu takde sorang pun yang kau akan pilih.” Balas Azura.
“Antara dua, aku pilih yang ketiga.” Bicara Diana. Azura tersenyum.

Siap: 16.12.2012
Edit : 18.02.2016

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...