Skip to main content

MENDUNG BERLALU


Azharin Laily berjalan mundar-mandir di luar wad kecemasan itu. Baru sebentar tadi dia memberi maklumat tentang kemalangan itu pada Inspektor Rashid, anak Tan Sri Hussien, boss Armada Hotel, cawangan Johor Bahru. Azaharin Laily adalah pengurus Khidmat Pelanggan di ibu pejabat Seri Armada Hotel yang berpusat di Kuala Lumpur.
“Jangan risau Elly. Nothing serious. Elly tak langgar dia pun. Dia pengsan sebab terlalu lemah. Mungkin dua tiga hari mogok lapar.” Jelas inspektor Rashid tentang keadaan lelaki yang tiba-tiba sahaja menerpa ke arah kereta Elly yang sedang bergerak perlahan mencari jalan.
“Elly baliklah dulu. Kalau ada apa-apa maklumat nanti, Rashid call Elly.”
“Hmm, takpelah. Elly tunggu sekejap lagi. Nak tahu jugak apa laporan doktor.”
Lelaki itu sudahpun di hantar ke wad. Elly dan inspektor Rashid masih menanti khabar tentang lelaki yang hanya diketahui namanya Ahmad Shahril bin Affendi. Pihak polis masih cuba mengesan ahli keluarganya untuk dihubungi.
“Don’t worry. Doktor yang merawat dia tu kawan dia. Keluarganya dah pun dihubungi. Mereka sekarang di London. Buat masa ni, doktor tulah waris terdekat dia.” Inspektor Rashid memberi maklumat lagi. Elly ada ternampak juga wajah doktor itu. Jelas kerisauan di wajahnya. Mungkin mereka ni bukan setakat kawan biasa. Mungkin BFF dia. Hmm, takpelah. Hati dah sedikit lega. Inspektor Rashid dah balik ke pejabat. Dan Elly pun nak balik ke hotel. Letih betul badan hari ini. Tengok jam dah hampir pukul 12 malam. Handphone pulak ke mana perginya. Tadi elok jek di tangan. Mana pulak aku cicirkan?
“Cik! Cik!” Ada suatu suara memanggil. Langkah kaki Elly terhenti. Dia yang baru saja nak beredar dari situ berpaling. Ni doktor handsome yang merawat Ahmad Shahril tadi tu.
“Cik dah nak balik ke?” Tanya doktor yang memakai name-tag ‘Rashid’ itu. Rashid juga?
“Ye doktor. Kenapa? Saya ada tertinggal sesuatu ke?”
“Ye. Cik tertinggal hati cik.” Balas doktor itu. Kemudian dia ketawa. Amboi, selamba je dia bergurau macam tu ye. Ingatkan nak pulangkan handphone aku ke….
“Jangan marah. Saja nak hilangkan stress.” Kata doktor Rashid. Elly tersenyum.
“Cik …”
“Azharin Laili. Panggil sahaja Elly. Tak payah ber’cik’ bagai.” Jawab Elly.
“Cik Elly drive ke? Dah lewat ni. Nak saya hantar kan? Atau saya escort dari belakang?” Pelawa doktor muda itu. Elly tersenyum.
“Takper. Tak jauhpun dari sini. Saya nak ke hotel depan tu jek.” Elly menolak baik pelawaan itu. Doktor Rashid tersenyum tawar.
“Doktor nampak stress sangat. Why? You need someone to talk to?” Tanya Elly prihatin. Doktor Rashid tersenyum.
“Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Elly sebab dah tolong kawan saya tu. He is not only my friend. We are best friend. We like brothers.”
“Saya tak buat apa-apapun doktor. Cuma call ambulance dan polis jek.”
“Itu sajapun dah cukup bermakna dalam hidup dia Elly. Kalau Elly tak jumpa dia tadi, tak tahulah apa yang berlaku. Dia lemah sangat. Perut kosong, badan kurang air. Kalau berterusan, kurang 24 jam dia boleh jalan macam tu saja. Sedih saya tengok kawan saya jadi macam tu. Tak sangka pulak sampai macam tu sekali kecewanya dia.” Luah doktor Rashid.
“Putus cinta?” Tebak Elly. Doktor Rashid angguk.
“Mereka bercinta bukan sehari dua. Sejak kami sekolah lagi. Saya boleh terima kalau dia putuskan hubungan secara baik. Apa yang dia buat tu, memang boleh orang jadi sasau macam Shahril tu.” Sambung doktor Rashid. Sugul.
“Eh, maaflah Elly. Tak pasal-pasal jadi sesi luahkan perasaan pulak.”
“Takpe. Share jek dengan saya. Sekurang-kurangnya benda tu ‘bernanah’ dalam hati awak.” Balas Elly. Tersenyum.
“By the way. This is your phone. Tertinggal kat kaunter wad kecemasan tadi. Sorrylah, saya tengok handphone tu tadi, nak cari siapa tuannya. Handsome lelaki kat wallpaper tu. Boyfriend ke?” Doktor Rashid tersenyum mengusik. Elly hanya tersenyum.

3 bulan berlalu.
Elly sedang mengerjakan sesuatu di komputer ribanya. Terdengar suara Azharan Laila memanggil namanya. Ella, kakak kembarnya. Berselang 5 minit. Berbeza hari. Elly menyahut perlahan. Ella menyergah dari belakang.
“Kakak ni kan? Terkejut Elly tau.” Marah Elly. Marah-marah manja. Ella ketawa.
“Jadi ke adik tukar ke JB?” Tanya Ella serius.
“Hmm, tak dapat ‘green-light’ lagi kak.”
“Takyah tukarlah dik. Kat KL ni dah ok kan? Nanti kalau dah kahwin, nak kena pindah balik sini. Zamri kan kerja KL.”
“Kalau dia sayang Elly, dia kena ikut Elly lah.” Balas Elly. Ella terdiam. Elly tergelak.
“Gurau jelah. Takyah serius sangat muka tu boleh tak?” Elly ketawa lagi.
“Kakak tahu kan kenapa Elly kena tukar ke sana? Pak Long abang Zamri yang nak sangat Elly kerja di JB. Dia nak ‘pinjam’ Elly 5 tahun jek. Lepas tu, Elly baliklah kerja KL semula.”
“Zamri tak cakap apa-apa?”
“Takda. Dia cakap, ikut suka Elly.”
“Adik dah 3 tahun bertunang dengan Zamri tu. Adik belum nak kahwin lagi ke?” Ella bertukar topik. Bergetar suaranya bertanyakan soalan itu. Bimbang kalau-kalau adiknya tu terasa hati.
“Adik ni perempuan kak. Takkan adik pulak yang terhegeh-hegeh nak tanya bila nak kahwin.” Balas Elly selamba. Ella terdiam lagi sekali.
“Oklah kak. Elly nak pergi kerja dah ni. Dah 8 lebih dah ni. Akak tak ke butik ke hari ni?”
“Akak kan boss. Takpe masuk lambat.” Jawab Ella selamba.
“Cakap akak. Yang Elly kenapa lambat keluar hari ni? Taulah awak tu bakal menantu boss.”
“Elly lambat sebab siapkan kerja ni. Ada appointment pukul 9:00am di pejabat Dato’ Hamzah.” Alasan Elly.
Tengahari barulah nampak muka Elly di Armada Hotel. Tiba di meja receptionist banyak betul pesanan yang diterima. Elly mengeluh perlahan. Ingatkan nak berehat kat office sekejap. Ada pulak client nak jumpa pukul 2 nanti. Makan pun belum sempat. Elly menjeling jam tangannya. Dah pukul 12:15 tengahari. Elly nak berlalu pergi. Langkahnya terhenti sebaik sahaja seorang lelaki berdiri di mana tempat dia berdiri tadi. Seorang lelaki ke meja penyambut tetamu itu bertanyakan soalan : “Boleh saya tahu pejabat cik Azharin Laili di mana?” Elly memandang lelaki itu.
“Encik ni siapa?” Tanya penyambut tetamu yang bernama Azhar itu.
“Ahmad Shahril bin Affendi.” Elly yang bersuara. Lelaki itu menoleh. Hairan.
“Macam mana cik tahu nama saya?” Lelaki itu sedikit terkejut. Elly tersenyum.
“Saya Azharin Laili.” Elly memperkenalkan dirinya. Shahril tersenyum.
“Tak sangka cik kenal lagi saya.”
“Mestilah saya ingat. Awaklah orang yang buat saya tak tentu arah 3 bulan lepas.” Balas Elly. Shahril ketawa.
“Lunch hour ni. Jomlah kita pergi makan. Then kita sambung borak.” Ajak Elly. Shahril setuju.
“Elly.” Ada satu suara memanggil. Elly menoleh. Zamri.
“Abang. Buat apa kat sini? Nak jumpa Elly tak mungkin kot.”
“Amboi, perli abang ke apa ni?” Balas Zamri. Elly ketawa.
“Abang jumpa papa sekejap. Ingat nak ajak Elly lunch. Kita pun dah lama tak lunch sama kan.”
“Eh, lupa pulak. Abang, ni kawan Elly dari JB. Ahmad Shahril.” Elly memperkenalkan Shahril kepada Zamri.
“Ini Zamri. Tunang saya.” Elly memperkenalkan Zamri pula pada Shahril. Mereka bersalaman.
“Elly nak lunch dengan Shahril ni. Abang tak kisah ke lunch sama dengan dia?”
“Eh, kalau Elly ada kerja takpa. Lain kali je kita lunch sama.”
“Ini bukan ‘client’lah. He just a friend. Baru sampai dari JB.”
“Eh, takpe. Abang taknak kacau korang nak sembang. Nanti, segan-segan pulak nak berbual kalau abang ada. “ Zamri menolak baik pelawaan Elly.
“Kalau macam tu, abang boleh tolong tak?”
“Tolong apa?” Tanya Zamri.
“Nanti Elly ws abang yer.”
‘Abang Zam boleh tak tolong beritahu kak Ella, Elly tak dapat keluar lunch dengan dia. Ada kawan dari JB datang. Abang tolong teman dia lunch, atau abang belikan dia lunch. Kalau Elly call, nanti dia bising cakap last minute. Please…tq’
Berbual dan bercerita. Meriah suasana. Macam dah kenal lama pula. Walhal inilah kali pertama mereka bertentang muka. 3 bulan dulu pun Elly hanya sempat memandang lelaki itu yang masih tidak sedarkan diri selepas 2 hari bermalam di hospital. Hari ketiga Elly dah pun balik ke KL. Hanya mendapat berita dari doktor Rashid yang memaklumkan Shahril sudah sedar dan keadaannya agak lemah. Selepas tiga minggu di hospital barulah dia pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.
“Maaflah. Dah tiga bulan barulah saya datang ke sini untuk ucapkan terima kasih pada Elly. Saya malu dengan diri saya sendiri. Kerana perempuan saya jadi macam tu. Kerana cinta, saya hampir hilang nyawa. Mujurlah Allah temukan saya dengan orang yang berani macam awak.”
“Berani?” Elly tak faham.
“Rashid ada cerita dengan saya. Awak sanggup ambil risiko untuk tunggu kat tempat yang agak sunyi tu. Kalau saya sendiripun, belum tentu saya akan tunggu. Mungkin saya akan cabut macam tu je.”
“Sebab saya ingat, saya dah langgar awak. Saya dah tentu arah tau. Mujurlah masa tu, handphone ada line. Dahlah saya bukan orang JB, memang tak tahu langsung jalan-jalan kat situ. Nasib baik jugalah sebab dengan adanya sistem teknologi yang canggih sekarang ni membolehkan pihak polis mengesan di mana saya waktu tu. Alhamdulillah, Rashid dapat cari saya.”
“Rashid yang mana satu ni?” Shahril keliru.
“Inspektor Rashid lah. Dia tu sepupu tunang saya.”
“Tunang awak tu sporting betullah. Selamba jek dia biar tunang dia dating dengan orang lain.” Bangkit Shahril.
“Dia memang banyak berikan saya kebebasan. Dia taknak saya rasa terlalu terikat dengan hubungan kami ni.”
“Dah lama ke awak bertunang?”
“Hmm….tiga tahun.”
“Bila nak kahwin?”
“Bila tiba waktunya.” Jawab Elly.

TIGA BULAN BERLALU
Ahmad Shahril baru sahaja menyiapkan beberapa urusan di pejabat. Hari ini dia akan ke Kuala Lumpur. Pembantu peribadinya meneliti kembali dokumen yang sudah ditandatangani. Tersenyum. Dah selesai semua. Senang sedikit tugasannya sepanjang 3 hari boss tak ada di pejabat.
“Bulan ni saje dah 4 kali boss naik KL. Ada apa-apa ke?” Tanya Anida, pembantu peribadi Shahril.
“Memanglah ada apa-apa. Kita kan nak buka cawangan di sana. Banyak urusan nak kena buat.” Jelas Shahril.
“Atau nak jumpa cik Elly.” Usik Anida. Shahril ketawa.
“Memang pun. Setiap kali naik KL kami mesti dating.”
“Bukan boss kata dia dah bertunang ke?” Anida mengangkat kening. Risau juga kalau-kalau bossnyer ini cuba bermain api. Dia dah anggap Shahril ni macam adiknya sendiri. Anida ini juga adalah kakak doktor Rashid.
“Kami kawan sajalah puan Anida. Don’t worry okey. Saya faham perasaan orang yang dicurangi. Saya takkan buat orang lain rasa apa yang saya rasa.”
“Saya tak bermaksud nak anggap boss macam tu.” Anida rasa tak sedap hati pula. Mungkinkah boss terasa dengan kata-katanya.
“So, saya nak gerak dah ni. Anything just give me a call. If possible, please don’t disturb me while I am in KL. Kalau boleh saya taknak kerja-kerja di sana tertangguh. Saya nak cawangan di KL tu boleh beroperasi secepat mungkin. Paling lewat pun 5 bulan dari sekarang.” Shahril bangun dari tempat duduknya. Dia terus bergerak ke pintu. Tangannya sudah memulas tombol.
“Boss.” Panggil Anida. Shahril menoleh.
“Sorry.”
“It’s okey. No hard feeling. I know you just care about me.” Shahril tersenyum.
Kuala Lumpur
Elly menuruni tangga sambil tersenyum ceria. Menyanyikan lagu cinta. Amboi, bukan main lagi. Ella yang sedang menonton tv menoleh ke arah adiknya. Hmm, nak ke mana pula malam-malam ni. Tadi bukan main beriya mengadu penat bekerja seharian. Takkan dating kot. Dating dengan Zamri? Oh, ya. Katanya ada reunion.
“Nak ke mana?” Ella bertanya untuk kepastian.
“Nak ke hotel. Ada kerja sikit.” Jelas Elly.
“Kerja? Elly ni tak tahu penat ke? Tadi cakap letih.” Ungkit Ella.
“Dah bakal bapa mertua suruh Elly yang uruskan. Nak taknak kenalah turut. Nanti, jadi bakal menantu derhaka pula.” Jawab Elly sedikit berseloroh. Ella tertawa kecil mendengar jawapan dari adiknya.
“Ada customer dari Jepun yang nak booking bilik yang banyak dan nak buat wedding ceremony kat hotel. Sepatutnya meeting petang tadi, tapi flight diorang delay. Mereka baru sampai sejam tadi. Dan mereka request meeting malam ni. Sebab esok pagi mereka ada urusan lain di Singapura.” Jelas Elly. Ella terangguk-angguk.
“Eh, tapi bukan Elly ada janji dengan Zamri ke? Ada reunion kan?” Ella mengingatkan. Elly menepuk dahinya.
“Alamak! Terlupa pulak. Akak gantikan Elly. Bye.” Elly mencium pipi kakaknya lantas terus berlalu dari situ sebelum Ella cakap apa-apa.
Kereta Elly meluncur pergi. Zamri memandang pelik. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah dua beradik itu. Elly ke tadi tu? Zamri menekan loceng pintu pagar. Ella keluar. Dia berjalan menuju ke pintu pagar.
“Elly ke mana tu? Bukan aku cakap nak jemput dia ke?” Tanya Zamri hairan.
“Kau ingatkan dia tak pasal reunion tu?” Tanya Ella tanpa menjawab soalan Zamri. Zamri menggeleng.
“Dah tahu si Elly tu workaholic woman, tak reti-reti nak remind dia.” Bebel Ella.
“Kenapa?” Zamri masih tak faham.
“Your dad suruh dia handle customer dari Jepun. Tak tahulah tu sampai pukul berapa. Silap-silap tak balik malam ni. Tidur hotel.”
“Kau jelah teman aku.” Ajak Zamri.
“Errr…” Ella teragak-agak memberi jawapan.
“Please.” Zamri buat muka kesian.
“Hmm…yelah. Tapi, balik hantar aku rumah mak. Rasanya Elly tak balik malam ni. Kau tunggu sekejap. Aku bersiap dan berkemas. 15 minit.”
“Setahun pun aku sanggup tunggu.” Seloroh Zamri. Ella mencebik. Zamri ketawa.
HOTEL SERI ARMADA.
Selesai berbincang dengan Mr Sharota, Elly tak sabar-sabar nak ke bilik hotel. Penat sangat badan rasanya. Sudahlah hari ini jadualnya penuh. Baru nak berehat, Tan Sri Hadri pula suruh turun hotel. Dah ternampak-nampak bantal dan katil. Baru lepas mesej Ella untuk maklumkan yang dia tak balik rumah malam tu.

‘JANGAN LUPA MESEJ ZAMRI. TAK PASAL-PASAL AKAK JADI BIDAN TERJUN NI TEMAN DIA PERGI REUNION. DAH SEMUA KAWAN-KAWAN DIA INGAT AKAK NI TUNANG ZAMRI TU.’

Elly tersenyum membaca mesej dari Ella. Leka membaca mesej tak sedar ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh sambil tersenyum.
“Elly.” Satu suara memanggil. Elly menoleh.
“Eh, baru sampai ke?” Elly tersenyum ceria melihat Shahril yang berada di hadapannya.
“Dah sampai dari petang tadi. Sampai sini terus pergi tengok tapak projek. Maghrib baru check in sini.” Jawab Shahril.
“Tak call pun.”
“Taknak kacau Elly. Elly juga cakap tadi banyak kerja hari ni. Ni, dah pukul 10 lebih masih kat hotel lagi. Kerja ke?”
“Ada orang Jepun datang tadi. Teman Tan Sri meeting dengan orang tu.” Jelas Elly.
“Ni buat apa kat lobi. Usha awek ke?” Usik Elly. Shahril ketawa.
“Lapar. Lepas maghrib tadi terus tumbang. Tersedar sebab perut lapar.”
“Nak makan kat mana? Kenapa tak panggil room-service jek?” Soal Elly bertubi.
“Nak cari mee rebus. Ada lagi tak malam-malam macam ni?”
“Hmm, tak sure. Boleh je kalau nak cuba. This is KL. Never sleep. Nak saya temankan ke?”
“Awak ni macam tahu-tahu jek. Baru nak tanya, awak nak temankan saya tak?” Balas Shahril kedua-duanya ketawa.
“Eh, Elly! Tadi kata dah penat sangat.” Tiba-tiba suara Tan Sri Hadri mencelah perbualan Elly dan Shahril.
“Laparlah papa. Papa bukan tak tahu, Elly bukan suka sangat makanan Jepun.” Alasan Elly.
“Kenalkan. Ini Ahmad Shahril, kawan Elly dari JB.”
“Oh, inilah Shahril yang Rashid pernah cerita tu.”
“Eh, Tan Sri kenal Rashid?”
“Inspektor Rashid. Bukan doktor Rashid.” Jelas Elly. Oooohh….Shahril terangguk-angguk. Dia bersalaman dengan Tan Sri Hadri.
“Oklah, papa nak balik dah ni. Mama dah call banyak kali. Zamri takde. Dia bosanlah tu sorang-sorang kat rumah. Zamri pergi reunion rupanya. Elly tak cakap dengan papa ada janji dengan dia. kalau tahu tadi papa tak ajak Elly teman papa jumpa Mr Sharota.”
“Sebenarnya, Elly pun lupa papa. Abang Zamri pun tak ingatkan. Dah tahu tunang dia ni workaholic.” Balas Elly.
“Kerja kerja jugak. Kesihatan tetap kena jaga. Dah pergi makan. Jangan tidur dalam kelaparan. Papa balik dulu.” Pesan Tan Sri Hadri sebelum berlalu meninggalkan Elly dan Shahril kat situ.
“Wah, bakal mertua dan tunang sama-sama sporting. Tak kisahpun Elly dating dengan orang lain.”
“Macam saya cakap. Mereka tu taknak saya rasa terkongkong. Lagipun kami kenal dah lama. Tan Sri tu dah macam ayah saya.”
Hilang rasa penat bila dapat berbual dan bercerita dengan Shahril. Shahril amat memahami dirinya. Itu yang Elly dapat rasakan. Setiap kali ada masalah, mereka sering kongsi bersama. Apa yang tidak pernah mereka bicarakan ialah soal cinta. Shahril rasa bebas berkawan dengan Elly yang sudah menjadi tunangan orang itu. Patutkah dia berasa bersalah?
“Alamak! Lupa pula nak call Zamri. Tunggu sekejap ya.” Elly mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya. Berbicara sebentar dan kemudiannya mematikan telefon. Elly meletakkan handphone di atas meja makan.
“Hmm, patutlah hari tu handphone tertinggal kat kaunter. Suka letak handphone macam tu je.” Ungkit Shahril. Elly tersenyum.
“Masa tu kan tengah kelam kabut. Kalut.” Alasan Elly. Shahril ketawa. Sempat menjeling wallpaper pada handphone itu. Gambar Zamri. Gambar yang sama yang pernah dilihat atas meja Elly.
#throwback
“Cantik orangnya. Tapi aku rasa dia dah ada pakwe. Wallpaper handphone dia gambar seorang lelaki. Handsome.” Cerita doktor Rashid sewaktu Shahril bertanya tentang gadis yang membantunya itu. Ahmad Shahril terdiam tak bersuara.
“Sedap tak mee rebus ni. Sorrylah, kat KL ni tak ada mee rebus haji Wahid macam kat JB.” Kata Elly. Shahril tersedar dari satu lamunan.
“Tak kisahlah. Janji dapat mee rebus. Dah lewat ni. Jomlah kita balik hotel. Awak kan nak kerja awal esok.”
“Hmm, kalau macam ni tak balik lagi. Silap-silap esok boss ketuk pintu bilik.” Seloroh Elly. Shahril ketawa.
Ella baru sahaja nak memejamkan mata. Handphone berbunyi. Mesej dari Elly masuk. Biasalah, adik kembar kesayangannya itu akan menghantar mesej selamat malam kepada kakak kesayangannya. Ella tersenyum sendiri. Elly nampak dah berubah sejak kebelakangan ini. Elly dah jadi macam Elly yang dulu. Selepas kemalangan yang menimpa tunangnya dahulu, Elly menjadi seorang yang suram. Mengurung diri. Pendiam dan tak banyak cakap. Mungkin kerana rasa bersalah. Sejak beberapa bulan ni dia dah kembali menjadi seorang yang sangat ceria. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta dengan seseorang. Tapi dengan siapa? Zamri pun ada beritahu yang Elly dah banyak cakap sekarang. Memang dah macam Elly 5 tahun yang lalu.
Bulan dah pulang, matahari pun datang. Selepas solat subuh, Elly bersiap-siap untuk ke tempat tugas. Memandangkan dia di hotel, Elly tidak perlu tergesa-gesa keluar awal kerana tidak perlu risau akan tersekat dalam kesesakan lalulintas.
“Good morning princess.”
“Good morning handsome.” Balas Elly. Shahril tersenyum manis.
“ So, nak breakfast dulu atau nak discuss dulu?”
“Kita makan sambil bincang. Ok?” Cadang Shahril.
“Ok.” Elly setuju.
“Nanti, Elly jangan lupa ajak Zamri dan Ella sekali tau. Nak juga berkenalan dengan kakak Ella tu. Suruh dia ajak boyfriend dia sekali. Siapa namanya?”
“Johari.” Jawab Elly.
Majlis yang meriah. Shahril merancang majlis sambutan hari lahirnya di Seri Armada Hotel. Sekaligus mengundang beberapa rakan perniagaannya. Elly adalah orang yang paling sibuk dalam memastikan majlis malam itu berjalan lancar. Tak cukup dengan pelbagai kejutan, Elly juga menghadiahkan sebuah hadiah yang istimewa untuk sahabat baiknya itu. Shahril amat terharu dengan apa yang telah Elly lakukan. Teringin melakukan hal yang sama. Shahril cuba nak mencuri masa untuk berbual dengan Ella dan ingin berbicara tentang Elly. Shahril nampak Ella berdiri di beranda seorang diri. Agak jauh dari kesibukan para tetamu yang lain. Shahril bergerak perlahan ke arah Ella. Belum sempat sampai ada seseorang mendatangi Ella. Shahril berundur sedikit. Apa Zamri buat kat situ?
“Buat apa kat sini?” Tegur Zamri. Ella sedikit tersintak. Dia menoleh.
“Dalam sejuk sangat.” Alasan Ella.
“Kenapa Johari tak datang?”
“Dia sibuk. Lagipun dia takde kat sini.” Alasan Ella.
“Bila nak kenalkan dia dengan kami?” Ungkit Shahril.
“Nantilah. Dia belum bersedia.” Ella memberi alasan lagi.
“Bila nak ajak Elly kahwin?” Ella pula yang bertanyakan soalan.
“Dia dah sedia ke?”
“Kau tak tanya dia?” Balas Ella.
“Kau rasa dia nak ke kahwin dengan aku?” tanya Zamri balik.
“Apa yang kau merepek ni? Dah tiga tahun kau dan dia bertunang kan? Dah tiba masanya kau ajak dia kahwin. Dia tu perempuan. Takkan dia yang terhegeh-hegeh nak ajak kahwin.”
“Kau pula? Dah sedia nak lupakan apa yang dah berlaku antara kita?”
“Aku sayang Elly. Dan aku sanggup korbankan apa saja untuk dia. kau tahu kan?” Tegas Ella.
“Aku pun sanggup lakukan apa saja untuk tengok kau bahagia. Kalau betul kau dah lupakan cinta kita. Aku nak kita berempat kahwin serentak. Kau dan Johari, aku dengan Elly. Masa tu baru aku betul-betul yakin yang kau dah lupakan apa yang pernah berlaku antara kita.”
“Jangan nak merepeklah.” Ella terus berlalu dari situ. Tanpa sedar, Shahril ada tak jauh dari mereka dan mendengar segala perbualan mereka tadi. Shahril menghampiri Zamri.
“Apa sebenarnya yang dah berlaku ni?” tanya Shahril. Zamri tersintak. Sedikit terkedu.
“Errr…” Zamri tak tahu nak cakap apa.
“Shah!” Terdengar suara Elly memanggil. Shahril menoleh.
“Please. Tolong jangan cakap apa-apa pada Elly. Aku janji, aku akan jelaskan semuanya. Kita jumpa esok pagi. Please, kita jangan rosakkan mood malam ni.” Pinta Zamri.
Mereka bertemu di tempat yang dijanjikan. Seawal 8:00 pagi Shahril sudah meninggalkan hotel dan menuju ke destinasi yang dipilih oleh Zamri. Agak jauh dari hotel Seri Armada. Mungkin kerana tak mahu terserempak dengan Elly. Zamri tak tahu nak mulakan macam mana. Dia tahu Shahril mahukan penjelasan. Dan Zamri sendiri tak mahu Elly tahu hal ini, kerana kalau Elly tahu pasti Ella akan susah hati.
“Elly tu sayang betul tunang dia. Atas meja, wallpaper handphone, semua gambar kau. Boleh pulak kau curang dengan dia. Dengan kakak dia pulak tu.” Shahril bersuara tidak puas hati. Itulah yang dia rasakan sewaktu Nadhirah berlaku curang dengan dia. Berkahwin dengan lelaki lain tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. Dan membuatkan dia tertipu selama setahun.
“Shahril, gambar yang kau nampak atas meja dia, wallpaper handphone dia, wallpaper laptop atau mungkin dalam purse dia tu, itu semua bukan aku.”
“Apa maksud kau?” Shahril tak faham.
“Itu semua gambar arwah Zamir. Tunang Elly yang juga adik kembar aku.”
“Apa?” Terkejut Shahril mendengarnya.
“Ya. Mereka berdua bercinta sejak zaman sekolah lagi. Aku dan Ella yang selalu temankan diorang ni dating. Mereka selalu sangat usik-usik aku dan Ella. Lama-lama kami tersangkut dan terjatuh cinta juga. Setahun kami rahsiakan percintaan kami. Sampai satu masa, kami dah nekad nak umumkan percintaan tu. Kami cadang nak umumkan masa birthday Elly. Tapi, siapa sangka Zamir yang dalam perjalanan nak ke rumah Elly dengan kereta baru yang dia nak hadiahkan pada Elly tu, terlibat dengan kemalangan. Zamir meninggal di tempat kejadian. Sejak kematian Zamir, Elly jadi murung. Tak bercampur dengan dunia luar. Dia rasa bersalah. Dia yang takut sangat nak bawa kereta, sebab tu Zamir belikan dia kereta. Nak biar dia berani pandu kereta sendiri. Ella yang sangat terkesan melihat Elly macam tu. Aku pun susah hati bila tengok Ella macam tu. Tiba-tiba Ella cadangkan aku ganti tempat Zamir. Kami kembar seiras. Memang orang susah nak bezakan kami. Cuma Elly jek yang tak pernah tersilap. Mama dan papa pun kadang-kadang keliru. Dalam diam rupanya mama dan papa pun cadangkan hal yang sama. Umi dan abah pun setuju. Kami bertunang secara tak rasmi. Masa demi masa, semangat Elly semakin pulih. Mungkin tak seceria, segirang 5 tahun lalu. Sekurang-kurangnya dia sudah mahu hidup dengan dunia luar. Cuma dia menjadi seorang yang sangat sibuk dengan kerja. Selepas dua tahun, barulah kami bertunang secara rasmi. Dan dia pun mula bekerja dengan papa.” Cerita Zamri lebar. Shahril terdiam. Elly tak pernah pula ceritakan hal ini. Mungkin juga dia tak mahu bangkitkan cerita sedih. Dia sendiripun baru sahaja bangkit semula.
“Kalau kau berdua dah memilih untuk berkorban, kenapa masih bangkitkan lagi soal hati dan perasaan. Ini tak adil untuk Elly. Dia mungkin ingat kau betul-betul sayangkan dia.”
“Aku memang sayangkan dia. Aku memang nak dia bahagia. Dalam masa yang sama, aku juga nak Ella bahagia.”
“Dia dah ada Johari kan?” Ungkit Shahril
“Itu kata dia. Dah setahun, dia tak pernahpun kenalkan pada kami.”
“Kenapa? Kau cemburu? Kalau kau cemburu, itu maknanya kau masih tak dapat lupakan cinta kau dan dia. Kau tak adil pada Elly. Elly sangat menjaga hubungan kau dan dia. itu bermakna dia ada menyimpan harapan untuk bahagia bersama kau.” Tegas Shahril.
“Kalau kau betul-betul sayangkan Ella dan nak dia bahagia, kebahagiaan Elly itulah kebahagiaan dia. Mungkin dah tiba masanya kau ajak dia kahwin.” Tambah Shahril.
Kahwin? Dah bersediakah aku? Elly pula macam mana? Sudah boleh kah hatinya mencintai orang lain selain Zamir. Dia sayang aku ke? Dia nak ke kahwin dengan aku? Perlukah aku tanya dia. Selepas bertunang 3 tahun lepas, keluarganya ada bertanya tempoh yang diperlukan sebelum berumahtangga. Elly hanya menjawab bila dia sudah bersedia? Elly dah bersediakah?
“Kau nak ajak Elly kahwin?” Tanya Ella sedikit terkejut.
“Ya. Kau rasa dia dah bersedia ke?” Tanya Zamri balik. Ella terdiam.
“Ella, aku tanya ni. Kau tanyakanlah untuk aku. Kalau dia dah okey, aku akan lamar dia. Dia dah setuju, aku akan inform parents aku.”
“Kau tanyalah dia. Aku pernah tanya dia, dia cakap: dia tu perempuan. Takkan dia pula yang terhegeh-hegeh tanya bila nak kahwin.” Cerita Ella.
“Hmm..yelah. Nanti aku tanya dia.”
“Aku rasa baik kau cepat-cepat tanya. Sebelum dia buat keputusan nak pindah kerja ke JB selama 5 tahun.” Ella mengingatkan.
Elly sibuk mengerjakan sesuatu di komputer riba atas mejanya. Dia perlu ke Johor Bahru esok. Jadi kenalah siapkan semua urusan penting sebelum ke JB selama 5 hari. Panggilan telefon dari Zamri menghentikan gerak jari yang menari –nari di atas papan kekunci. Encik Tunang ajak keluar makan tengahari bersama. Sekilas Elly menjeling ke arah jam di dinding. Dah hampir pukul 12 rupanya.
“Betul ke Elly nak ke JB?” Tanya Zamri. Elly angguk.
“Berapa lama?” Tanya Zamri lagi. Elly yang sedang mengunyah nasi hanya mengangkat lima jari.
“Lima tahun?” Teka Zamri. Elly tersedak. Tertawa. Zamri tak faham.
“Lima hari jelah. Mana datang idea lima tahun tu pulak. Yang lima tahun tu Elly belum decide lagi.”
“Kalau Elly taknak pindah, cakap sajalah taknak. Kan senang.” Ungkit Zamri.
“Kalau Elly tak pindah kerja kat sana, jadi macam nilah. Setiap dua minggu Elly kena turun JB. Paling sekejap 2 hari. Kalau ada projek besar, mungkin kena stay 10 hari.”
“Naik flight ler sayang. Tak penat drive.”
“Sayang? Eh, sejak bila pulak pandai panggil sayang ni.” Elly tertawa kecil. Zamri pula yang tersipu malu. ‘kau jangan berikan dia harapan palsu. Kalau kau ikhlas nak bahagiakan dia, jangan fikir lagi kisah dulu. Elly tu kawan baik aku. Aku pun tak nak tengok dia sedih.’ Sekilas Zamri teringat pesanan Shahril.
“Sejak abang dah bersedia jadi suami Elly.” Jawab Zamri. Tersenyum. Elly pula yang tersipu sekarang ni. Merah muka menahan malu.
“Elly dah ready ke?” Tanya Zamri.
“Err..ready apa?” Buat-buat tak faham.
“Dah tiga tahun kan kita bertunang. Kalau nak ikutkan sebenarnya dah 5 tahun. Abang rasa dah tiba masanya kita kahwin. Umur abangpun bukan muda lagi. Dah 32 tahun. Elly pun dah 28, dah sesuai sangat rasanya kan.” Bicara Zamri serius. Elly terdiam. ‘lama-lama sangat bertunang tak elok. Cepat-cepatlah kahwin. Boleh merasa nasi minyak awak.’ Mengimbas kata-kata Shahril tempoh hari.
Ella terdiam. Tak percaya dengan apa yang dia dengar. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Bererti adiknya sudah bersedia memulakan hidup yang baru. Hidup yang baru tanpa bayang-bayang arwah Zamir lagi. Ella bertanya pada dirinya sendiri. Betul ke aku dah bersedia untuk ini semua? Melepaskan cintaku pergi. Aku kan dah ada ‘Johari’. Ella memeluk adiknya. Elly tersenyum. Mungkin perkara ini sepatutnya dah lama berlaku. Mungkin ini yang mereka mahukan. Melihat aku bahagia. Melihat aku dapat melupakan Zamir. Zamir, Elly sayangkan hubungan kita. Tapi, sayang antara kita takde jodoh. Doakan kebahagian Elly ye.
Dua keluarga bertemu dan berbincang. Dah tak mahu tunggu lagi. Mesti cepat-cepat tentukan tarikh pernikahan. Bukan apa, takut-takut kalau Elly berubah fikiran. Selama lima tahun inipun dia tak pernah langsung bincangkan hal ini. Bila dia dah setuju dengan lamaran Zamri, keluarga ini tak mahu berlengah lagi. Kalau boleh ibubapa Elly mahu majlis dengan Ella diserentakkan. Tapi, Ella meminta tempoh setahun lagi kerana Johari terlalu sibuk dengan kerja.
JOHOR BAHRU
Elly menanti di lobi hotel. Terpandang ke suatu sudut. Siapa perempuan tu? Elly hanya memerhati dari jauh. Perempuan itu masih ingin berbicara walaupun Shahril sudah mula beredar dari situ. Shahril segera berlalu pergi. Wajah kurang manis. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.
“Kenapa dia cari awak?” Tanya Elly sebaik mengetahui perempuan itulah yang pernah membuatkan Shahril hilang arah buat seketika 8 bulan lalu.
“Dia sibuk nak ajak bincang. Apa yang dibincangkan pun saya tak tahu. Dia ada cakap yang dia ada masalah dengan suami dia. saya taknak masuk campur hal rumahtangga orang. Biarlah dia.” Jelas Shahril dengan nada tak puas hati.
“Awak ni bercakap dalam keadaan marah.”
“Sebab dia saya hampir hilang diri saya sendiri. Dan kerana kebodohan saya, saya hampir hilang nyawa. Tak mungkinlah saya tak marah kan?” Balas Shahril.
“Maaf Elly. Saya tak niat nak lepaskan kemarahan pada awak. Saya tak suka cara dia kalau dia ada masalah sekalipun, bukan saya tempat dia nak minta tolong. Ini boleh menimbulkan fitnah. Saya tak nak dituduh jadi pengacau rumahtangga orang. Kalau kacau tunang orang saya nak lah.” Sempat pula Shahril berseloroh dalam bicaranya.
“Sempat lagi yer.” Marah Elly. Shahril ketawa.
“Dahlah. Tak payah cerita pasal dia. cerita pasal awak lagi best. Betul ke awak dah setuju nak kahwin?” Shahril beralih topik.
“Itu yang semua orang nak. Saya pun malas nak tunggu-tunggu lagi. Kalau saya cakap tak hari ini, belum tentu akan ada lamaran yang kedua kan?”
“Jangan ikut cakap orang Elly. Awak kena ikut kata hati awak juga.” Nasihat Shahril.
“Inilah kata hati saya. Dah lima tahun arwah Zamir meninggal dunia. It’s time for me to move on.” Balas Elly.
“Alhamdulillah, dapatlah saya merasa nasi minyak awak. Ke orang KL tak makan nasi minyak?” Usik Shahril.
“Pandailah awak tu. Mungkin saya nak tukar. Taknaklah makan nasi minyak. Nak makan western. Papa pun nak buat majlis kat hotel. So boleh request macam-macam.”
“Hmm…untunglah jadi menantu boss sendiri. Tan Sri pulak tu. Macam saya ni siapalah kan. Boss syarikat comel-comel jek.” Shahril tunduk merendah diri.
“Eleh, mengada-ngada kan. Macam saya tak tahu yang awak tu pun anak orang kenamaan kat JB ni kan?”
“Haaa….ini mesti Rashid yang cerita kan?” Tebak Shahril.
“Rashid? Rashid yang mana satu?” Elly ingin kepastian.
“Doktor Rashid lah.”
“Manalah tahu. Kan awak bertiga dah jadi kawan baik sekarang. Lepas tu selalu berkongsi cerita pasal saya. Then, mengumpat kan?”
“Hahahaha…” Shahril ketawa.
“Ini mesti inspektor Rashid tu yang buat cerita kan?” Teka Shahril. Elly ketawa. Gembira sangat rasa hari ini. Tak lama lagi, tak boleh lagilah nak macam ni. Aku akan jadi isteri abang Zamri. Hati dan perasaan dia yang aku kena jaga. Shahril tersenyum ceria. Semoga kau bahagia sahabatku. Entahkan kita masih dapat macam ni lagi atau tidak selepas ini.
Tan Sri Hadri tak sabar nak tunggu tiba tarikh yang telah dirancangkan. Tarikh yang dipilih sendiri oleh Elly. Tarikh lahirnya sendiri. Tarikh yang sama lima tahun lalu, Zamir meninggal dunia akibat kemalangan. Tak siapa membantah tarikh itu. Tak pasti samada Elly perasan atau tidak, itulah tarikh dia dan arwah Zamir pernah rancang untuk menjadi tarikh pernikahan mereka. Hanya berbeza tahun. Dan mereka juga bertunang pada tarikh yang sama, cuma tahun sahaja yang berlainan.
“Sebab tu papa suruh kerja saja dengan papa. So, lepas ni kalau Elly kena out-station, Zam saja yang teman kan dia.”
“Zam tak faham. Kenapa pak long tu beriya-iya sangat nak Elly kerja kat sana. Kat JB tu takkan tak ada orang yang boleh buat kerja Elly tu?” Zamri tak puas hati.
“Zamri, ini soal business. Elly tu ‘staff’ Armada Hotel. So, syarikat berhak untuk hantar dia kerja di mana-mana pun. Elly tu bagus. Sangat meyakinkan. Berani. Sebab tu paklong nak bawa semangat dia tu pada semua staff Armada Hotel. Lebih-lebih lagi lepas kes kemalangan 8 bulan lepas tu. Lagilah pak long bertambah yakin dengan semangat dia tu.”
“Kemalangan? Kemalangan apa?” Zamri sedikit terkejut.
“Elly takde cerita apa-apa ke pada Zam?” Tan Sri Hadri sedikit hairan.
“Bila Elly balik dari JB?” Tanya Zamri tanpa menjawab soalan papanya.
“Elly tak beritahu ke?” Tan Sri Hadri tidak terus menjawab soalan Zamri. Zamri menggeleng.
“Zam tak tanya?” Tanya Tan Sri Hadri. Zamri menggeleng kepala.
“Rasanya hari ini. Cuba call dia dan tanya.” Saran Tan Sri Hadri.
Elly baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Shahril sedang mengeluarkan bagasi Elly dari booth keretanya. Elly jarang naik kapal terbang kalau nak ke Johor Bahru. Dia lebih senang memandu sendiri. Tapi, atas permintaan encik tunang yang entah apa mimpinya seboleh-boleh tak nak Elly drive untuk trip kali ini, Elly ikutkan sahaja. Telefon berbunyi. Elly sedikit hairan. Berkerut sedikit dahinya. Berbicara sebentar dengan si pemanggil. Shahril pun jadi hairan melihat reaksi Elly menjawab panggilan itu.
“Siapa?” tanya Shahril. “Sampai macam tu sekali berkerut dahinya.”
“Abang Zamri.”
“Encik Tunang yang telefon, sampai begitu berkerut dahinya?” Shahril tak faham.
“Dia call tanya bila balik KL. And dia nak jemput kat airport.” Beritahu Elly.
“Dah tu kenapa buat reaksi macam tu? Patutnya terujalah cik abang nak jemput kat airport. Tak payah naik cab macam selalu.”
“Hmmm, entahlah. Sejak-sejak nak kahwin ni lain macam sikit perangai. Ni datang KL naik flight ni, dia yang beriya-iya. Kami kan baru balik dari Phuket hari tu. Dia takut sangat saya ni penat. Saya ni kan workaholic woman, manalah tahu penat.”
“Awak berdua dengan dia ke Phuket?” Shahril tersenyum mengusik sambil mengangkat kening.
“Mengarutlah awak ni. Papa ajak kami pergi shopping. Kami pergi satu family. Kak Ella pun ikut sekali. “Abah je yang tak ikut. Sibuk uruskan hal nak nikah. Sibuk jumpa tok khadi lah, tok imamlah…”
“Lagi 20 hari nak nikah, masih sibuk outstation lagi ke?” Tanya Shahril.
“Nak ikutkan bulan ni ada banyak ‘workshop’. Pak Long memang nak reduce kan slot saya. Tapi, saya rasa okey je kot. Mungkin seminggu sebelum majlis, baru saya cuti.” Jawab Elly
“And, one more thing. If I’m not mistaken. 20 hari lagi juga ‘birthday’ awak kan?” Shahril ingin kepastian. Elly angguk perlahan.
“Saya akan beri awak satu hadiah yang sangat istimewa hari tu. Hadiah yang awak takkan lupa sampai bila-bila. Dan…”
“Shahril, please. Jangan janji macam tu.” Entah mengapa tiba-tiba airmatanya mengalir. Pantas diseka. Shahril terkedu.
“Jomlah kita masuk. Nanti tertinggal flight pulak.”
Kurang 30 minit lagi kapal terbang akan mendarat di KLIA. Elly merenung ke luar jendela. Kenangan 5 tahun lalu menerpa masuk ke dalam kotak ingatan. Elly sering merungut terpaksa menunggu Zamir yang selalu datang lambat setiap kali datang menjemputnya di kolej. Dan berkali-kali jugalah Zamir menyuruh Elly belajar pandu kereta. Dan Zamir berjanji, sekiranya Elly dapat sahaja lesen, dia akan hadiahkan kereta untuk Elly.
“Birthday sayang nanti, abang akan hadiahkan sesuatu yang istimewa. Hadiah yang sayang takkan lupa sampai bila-bila. Dan sayang pasti teruja, melompat-lompat keriangan macam monyet dapat pisang.”
“Eh, jahat! Samakan Elly dengan monyet.” Marah Elly. Zamir ketawa.
“Bergurau jelah sayang. Cuba sayang tengok langit tu. Tadi mendung. Sekarang dah cerah balik.”
“Ye ke?” Elly menoleh ke langit. Zamir ketawa. Gembira dapat mengenakan insan tersayangnya itu.
“Dahlah sayang. Jom.”
“Jom nak ke mana?” Tanya Elly.
“Jom baliklah.”
“Oooh…ajak balik. Ingatkan nak cakap ‘jom kahwin’ tadi.” Elly pulak yang mengusik. Pantas dia berlari meninggalkan Zamir di situ. Airmata Elly mengalir lagi tanpa sengaja. Pantas dia menyeka. Dan ketika itulah terdengar suara pramugari membuat pengumuman bahawa kapal terbang akan mendarat sebentar lagi.
Zamri tersenyum memandang Elly. Segera dia membantu Elly mengangkat bagasinya. Sempat dia mengusik Elly yang bawa beg bukan main besar, tapi perginya tiga hari sahaja. Elly hanya diam dan tersenyum tak bersuara. Keletihan mungkin.
“Elly nak makan dulu ke?” tanya Zamri. Elly menggeleng. Zamri memandang Elly sekilas. Gadis itu lebih selesa memandang ke luar jendela. 10 minit berada di atas jalan raya. Suasana membisu tanpa suara. Hanya suara radio yang memenuhi ruangan kereta Hyundai Elantra milik Zamri itu.
“Elly. Abang nak tanya sesuatu boleh?” Zamri memecah kesunyian. Elly beralih pandangan. Memandang Zamri yang sedang memandu. Zamri menoleh sekilas. Elly mengangkat keningnya tanda bertanya ‘apa?’
“Kenapa Elly tak pernah cerita pada abang pasal kemalangan 8 bulan lepas?” Soal Zamri serius. Elly tidak terus menjawab.
“Elly tahu kan bahaya tindakan Elly tu?”
“Bahaya?” Elly tak faham.
“Elly faham maksud abang kan?” Ungkit Zamri.
“Benda dah lepaslah bang. Dah 8 bulan kan. Elly okey je kan? Bukan bahaya sangat pun.” Bangkit Elly.
“Tapi, kenapa Elly tak pernah beritahu abang hal ni?” Bangkit Zamri lagi. Mungkin masih tak puas hati. Zamri berhenti di bahu jalan. Dia memusingkan sedikit badannya untuk menghadap Elly. Mungkin meminta jawapan. Jawapan apa pun tak tahulah.
“Yang abang nak marah-marah ni kenapa? Ada beza ke Elly beritahu abang ataupun tidak? Selama ni abang tak pernah peduli pun pasal Elly. Abang biar je Elly buat apa yang Elly suka. Elly buat benda yang betul ke salah ke, tak pernah pun abang tegur atau peduli.”
“Abang cuma nak beri Elly kebebasan. Abang tak nak Elly rasa terkongkong.” Alasan Zamri.
“Itu yang abang nak. Tapi abang pernah fikir ke apa yang Elly nak? Selama ni abang hanya fikirkan apa yang abang nak. Tapi, Elly tak pernah rasa apa yang Elly nak dari abang. Elly tak minta pun abang jadi macam arwah Zamir. Elly nak rasa disayangi. Apa yang Elly rasa sekarang ni ialah abang terpaksa kahwin dengan Elly sebab papa , mama, abah dan umi. Dan juga kak Ella.”
“Elly. Elly cakap apa ni? Abang ikhlas nak kahwin dengan Elly. Abang nak bahagiakan Ellly.”
“Macam Elly cakap tadi. Abang cuma tahu apa yang abang nak. Tapi abang tak pernah nak fikir apa yang Elly nak.” Ungkit Elly.
“Okey, abang minta maaf. Mungkin cara abang salah. Kita dah nak kahwin dah ni. Abang janji, lepas abang jadi suami Elly nanti, abang akan ubah cara abang. Kita bina hidup baru. Okey?” Zamri memujuk.
“Elly penat. Elly nak balik. Abang nak hantar Elly ke tak ni? Kalau tak biar Elly turun jek kat sini.”
“Okey. Abang hantar.” Zamri mengalah. Elly diam seribu bahasa.
Kereta Zamri berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Elly. Ella sedang menyiram pokok bunga. Rumah ini sebenarnya adalah rumah yang telah arwah Zamir beli untuk perkahwinan mereka yang dirancang 2 tahun selepas bertunang. Oleh kerana Elly ingin ‘menghidupkan’ rumah ini, dia mengajak Ella sama-sama tinggal di rumah itu walaupun rumah keluarga tidak begitu jauh dari sini.
“Elly marahkan abang lagi ke?” Tanya Zamri lembut.
“Abang. Tarikh nikah kita ada lagi 20 hari. Belum terlambat kalau abang nak ubah fikiran.” Bicara Elly.
“Elly cakap apa ni? Jangan macam ni. Abang betul-betul minta maaf.”
“Tapi Elly takkan mungkir janji. Elly tak nak sia-siakan pengorbanan masa abang selama 5 tahun ni. Elly tahu, ini yang keluarga kita nak sangat.” Tambah Elly.
“Please jangan macam ni sayang. I just care about you.” Zamri memujuk lagi.
“Kalaulah sepanjang 5 tahun dulu abang macam ni, mungkin dah lama kot kita kahwin. Tak payah tunggu sampai 5 tahun macam ni.” Bangkit Elly.
“Elly.” Zamri memanggil lembut.
“Terima kasih sebab jemput Elly kat aiport tadi. Dan terima kasih juga sebab hantar Elly.” Elly terus keluar dari perut kereta. Panggilan Zamri tidak dipedulikan. Ella panggil pun dia buat tak tahu sahaja. Zamri keluar dari perut kereta.
“Kenapa tu?” Tanya Ella. Tak pernah-pernah muncung macam tu.
“Merajuk. Lepas tu merajuk sampai lupa ambil beg dia ni.” Jawab Zamri sambil mengeluarkan bagasi Elly dari booth keretanya. Ella tersenyum.
“Elly merajuk dengan kau? Pelik ni. Kau buat apa sampai dia merajuk?”
“Aku marah dia sikit tadi. Habis semua dia ungkit.” Cerita Zamri.
“Kau marah dia pasal apa?”
“Kau tahu pasal kemalangan 8 bulan lepas?” Tanya Zamri tanpa menjawab soalan Ella.
“Kemalangan? Siapa? Elly ke? Aku tak tahu pulak. Bila tu?”
“Kau pun tak tahu kan.” Zamri memandang ke dalam pagar. Tak nampak langsung kelibat Elly. Zamri menceritakan apa yang dibahaskan sewaktu dalam perjalanan ke rumah Elly.
Elly menghempaskan badannya ke atas katil. Geram pulak rasanya. Benda kecil pun nak kecoh. Dah lepas kot. Dah lapan bulan. Hmmm, tapi bukan hal itu yang buat dia sakit sangat sebenarnya. Teringat pula hal pagi tadi di kafe hotel Seri Armada Johor Bahru.
“Kenapa puan Nadhirah nak jumpa saya?” Tanya Elly dengan nada suara yang cukup lembut.
“Saya dapat tahu yang cik Elly ni rapat dengan Shahril. Betul ke?”
“Kalau betul, kenapa? Ada masalah ke?” Nada suara yang lembut tadi sudah berubah ke arah nada tak puas hati pula.
“Saya cuma nak minta tolong.” Kata Nadhirah.
“Tolong apa?”
“Dia langsung tak beri saya peluang untuk jelaskan hal yang sebenar. Saya cuma nak dia beri saya peluang. Itu sahaja.”
“Awak tahu tak yang Shahril tu hampir hilang nyawa kerana terlalu kecewa. Jadi saya rasa saya perlu tahu, apa sebenarnya yang awak dah buat. Sampai Shahril jadi teruk macam tu dulu. Awak nak saya tolong awak, maknanya awak harapkan sokongan saya kan. So, saya mesti tahu hal sebenar.” Tegas Elly.
“Baiklah. Saya akan ceritakan pada awak. Masa tahun akhir di Oxford dulu, saya failed beberapa subjek. Saya mungkin kena ‘repeat’ satu semester. Masa tu banyak sangat nak guna duit. Duit yang Zamri bagi tiap-tiap bulan pun masih tak cukup. Saya tak nak balik lambat, so saya nak carry semua paper yang saya failed dan taknak repeat semester. Duit sewa rumah pun tak mampu. Masa tulah suami saya, Raiqal offer tinggal dengan dia. Dia tinggal di sebuah bilik di sebuah premis perniagaan milik orang islam dari Arab. Suami saya kerja part-time kat situ. Sebab tu dia dapat tinggal di situ secara percuma. Masa tu saya dah terdesak sangat. So kami nikah.”
“What? You kahwin sebab tak de duit nak bayar sewa rumah? Awak tak ada kawan perempuan ke?” Macam tak boleh terima alasan dia ni.
“Macam saya cakap tadi, saya sangat terdesak. Dan tak mampu nak fikir apa-apa. Masa tu itu sahaja jalan yang saya nampak. Saya perlukan masa beberapa bulan untuk stabilkan keadaan.”
“Dan Shahril tak tau hal ni?” Tebak Elly. Nadhirah angguk.
“Selepas setahun, bila tiba nak balik Malaysia, suami saya ubah fikiran. Dia tak nak lepaskan saya. Saya memang berat hati. Saya sayangkan Shahril.”
“Suami awak taknak lepaskan awak sebab awak dah mengandung kan? Kalau awak sayangkan dia kenapa awak tak terus terang sahaja? 4 tahun dia tunggu awak habis belajar. Setahun awak masih bermain cinta dengan dia . Awak masih memberi harapan pada dia.” Ungkit Elly.
“Saya cuba nak jelaskan. Tapi dia tak nak dengar apa-apa.”
“Sebab awak dah memilih untuk tidak menyusahkan dia, tetapi awak juga sudah memilih untuk kecewakan dia. Saya tak boleh nak buat keputusan untuk dia. Bukan hak saya. Saya akan beritahu dia. mudah-mudahan, dia maafkan awak.” Tekan Elly.
“Saya bukan nak minta maaf sahaja. Saya nak kami bersatu kembali.”
“Awak ni dah kenapa? Kan awak dah ada suami. Dan anak awak pun masih kecil lagi.” Elly pelik.
“Suami saya dah janji kalau Shahril terima saya kembali, dia akan lepaskan saya.”
“Eh, awak ni dah kenapa? Awak ingat perkahwinan ni benda yang boleh dibuat main ke? “ Marah pula Elly mendengar kata-kata Nadhirah itu.
Elly menumbuk bantal. Geram betul dengan sikap Nadhirah tu. Cinta ni peliklah. Dah dikecewakan bagai nak mati pun, tak mustahil boleh bersatu kembali. Dalam hati tak ada cinta pun, masih berhak untuk bahagia. Eeeeh……geram betullah. Akad nikah boleh pulak dibuat macam tu. Nikah sebab nak duduk serumah. Sebilik. Yakin sangat takkan jadi apa-apa. Yang tak halal pun boleh jadi macam-macam, apalagi kalau dah halal. Macam tak logik jek alasan dia ni. Shahril tak ada respond apa-apa pun tadi. Aku tahu masih ada sayang lagi di hati dia. Kalau dah jodoh, seribu tahun pun berpisah bersatu juga akhirnya. Lainlah aku, kekasih hati yang pernah beraja di hati ini, sudah kembali menemui penciptanya.
“Adik. Adik okey tak?” Terdengar suara Ella yang memanggil-manggil namanya sambil mengetuk pintu.
“Masuklah. Pintu tak kunci.” Jerit Elly dari dalam bilik. Ella memusing tombol pintu.
“Kalau yepun merajuk, bagasi besar awak ni taknak ambik ke?” Ngomel Ella sambil masuk ke dalam bilik Elly bersama bagasinya.
“Mesti abang Zamri dah menghantar laporan kat akak kan?” Tafsir Elly.
“Tak baik tau merajuk-merajuk ni.” Balas Ella.
“Merajuk pun bukan ada orang nak pujuk.”
“Dah yang nak dipujuk tu lari. Takkan nak dikejar sampai dalam bilik. Nanti tak pasal kena nikah bukan lagi 20 hari, kurang 20 minit lagi jadinya.” Usik Ella.
“Adik okey tak ni? Nak akak buatkan air milo o ais tabur dinosor?” Ella cuba nak mengambil hatinya.
“Itu air favourite akak.” Elly mencebik.
“Amboi, dah pandai demand sekarang. Selalunya apa yang akak buat, okey jek.”
“Tu dulu. Zaman dah berubah.”
“Ye ke? Sejak bila tu berubahnya? Sejak 5 minit yang lalu.” Ella mencubit manja pipi adiknya. Elly merengek manja. Hmm…tak lama lagi tak dapatlah nak manja-manja macam ni. Boleh ke aku nak manja-manja dengan suami aku nanti. Kena marah sikit je nak merajuk. Kena tegur sikit je dah naik angin. Orang dah pujuk pun nak jual mahal lagi. Elly tersenyum.
“Apahal senyum sorang-sorang ni?” Tanya Ella.
“ Abang Zamri tu. Tak pandai nak pujuk orang. Sikit-sikit…Elly….Elly…” Elly mengajuk Zamri.
“Ye ke? Dia pujuk akak okey jek. Terus cair akak.”
“Abang Zamri pujuk akak? Bila?” Elly terus terduduk. Ella baru tersedar yang dia dah terlepas cakap.
“Mana ada. Akak bergurau je.” Ella cuba nak ‘cover line’.
“Kak, minggu depan Elly kena pergi JB lagi tau. Pak Long dah janji, ini last. Papa dah bebelkan pak Long. Tak pasal-pasal dua beradik tu ‘bertekak’ rebutkan adik akak yang comel ni.” Elly memberitahu sambil tersenyum buat muka comel.
“Lama tak?”
“3 hari jek. Tapi, pak Long cakap dia akan usahakan slot Elly tu sehari sahaja.” Jawab Elly.
“Zamri tahu tak?” tanya Ella lagi. Elly menggeleng.
“Tak. Ish, akak ni! Tak pernah-pernah beritahu dia nak outstation, tetiba nak beritahu kenapa? Lagipun tadi tak sempat. Sebab sepanjang jalan merajuk.”
“Peliklah Elly ni. Setahu akak, Elly ni hati kering. Bukan orang yang suka merajuk.” Ungkit Ella.
“Kan Elly dah cakap tadi. Zaman dah berubah. Tak lama lagi kan nak jadi isteri orang. Kena rajin merajuk. Barulah kita tahu orang tu sayang kita ke tidak. Tahan ke dia dengan perangai mengada-ngada kita. Kalau dah lulus tu semua, barulah boleh beraja di hati ini.”
“Amboi, sejak bila pandai demand ni?”
“Sejak dah ada orang yang sanggup nak jadi suami adik akak nilah.” Jawab Elly selamba. Ella tertawa kecil. Namun dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.
Jam dah dua pagi Elly masih lagi bersengkang mata menyiapkan bahan untuk dibentangkan untuk bengkel yang akan datang. Tiba-tiba fikirannya menerawang ke arah lain. Dia teringat kata-kata Shahril sewaktu mereka dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai semalam.
“Jodoh kita tak tahu Elly. Mungkin kita ingat hari ni antara kita dan dia tak ada jodoh. Mana tahu, sebenarnya jodoh kita tu ada. Cuma antara cepat dengan lambat jek.”
“Awak cakap pasal awak dengan Nadhirah ke?” Elly ingin kepastian. Shahril tidak menjawab. Hanya tersenyum.
Ish, takkan dia nak balik pada Nadhirah tu. Dah teruk dia kecewa sampai hampir hilang nyawa. Takkan begitu mudah dia nak maafkan. Dan sanggup melihat satu rumahtangga runtuh semata-mata kerana kebahagiaan diri sendiri.
Teringat pula pada Zamri. Beria dia memujuk kononnya. Entahlah, walaupun dia dah termakan pujuk, dia tak dapat rasakan keikhlasannya. Aku kena belajar terima ini semua. Dia akan jadi suami aku tak lama lagi. Aku taknak fikirkan lelaki lain lagi. Aku mesti lupakan arwah Zamir. Aku mesti lupakan cinta lain. Tapi adilkah semua ini untuk Zamri?
Ella sedang menyiapkan sarapan untuk pagi itu. Elly masih terlena di biliknya. Selepas solat subuh tadi barulah dia tidur. Dah beritahu papa akan masuk lambat hari ini. Telefon pintar jenama Oppo milik Ella berbunyi. Ella menjawab panggilan dari Zamri itu.
“Dia tak tidur semalaman. Sibuk siapkan kerja. Jangan haraplah dia nak bangun sarapan dengan kau.”
“Hmm, dia ni tak tahu penat ke? Kan semalam baru je sampai dari JB. Dia masuk office tak tu?” Rungut Zamri. Risau betul dengan sikap Elly yang kuat sangat kerja.
“Katanya masuk lambat. Tak tahulah tu pukul berapa.” Jawab Ella.
“Kau belum pergi butik lagi ke?”
“Nak pergilah ni. Tengah siapkan sarapan untuk puteri kesayangan kat atas tu. Semalam dia request lempeng kelapa. Mujur ada kelapa parut dalam peti ais tu. Kalau tak jenuhlah nak ke pasar pagi-pagi ni.” Cerita Ella. Terdengar suara Zamri ketawa di hujung talian.
“Nasiblah aku nak melayan kemanjaan dia nanti.”
“Kau dah janji nak bahagiakan dia kan?” Nada berubah serius.
“Ella, aku akan buat apa sahaja untuk pastikan dia happy. Semua ni demi kau. Tengahari nanti aku singgah butik. Nak tengok baju pengantin. Elly cakap kau dah siapkan baju nikah tu.”
“Terima kasih Zamri. Dua tahun aku tengok dia tersiksa dulu. Tiga tahun dia hambakan diri dia dengan kerja. Dah tiba masanya dia mulakan hidup baru. Dengan orang yang ikhlas mahukan dia bahagia. Aku tak sanggup lagi tengok dia macam tu. Aku nak dia bahagia. Aku nak adik aku yang dulu.”
“Bukan kau sahaja nak dia bahagia. Kita semua nak dia happy. Tapi, kita juga kena tahu apa yang dia nak.” Balas Zamri.
“Okeylah. Aku nak ke butik dah ni. Kita jumpa tengahari nanti. Assalamua’laikum.”
“Waa’laikumussalam.”
Talian dimatikan. Ella mencapai kunci kereta. Beg sudah tergalas di bahu. Ella terus keluar dari rumah. Memastikan pintu sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah. Dengan perlahan Elly menuruni tangga. Bergenang sedikit airmata mendengar kata-kata Ella tadi. Semua orang nak aku bahagia. Tingginya harapan mereka dengan perkahwinan yang bakal kubina ini.
“Assalamua’laikum papa.”
“Waa’laikumussalam. Elly dah bangun dah ke?”
“Dahlah papa. Tidur sekejap je.”
“Kalau letih lagi rehat sajalah. Tak payah masuk office hari ni.”
“Arahan ke?”
“Arahan dan paksaan.” Jawab Tan Sri Hadri.
“Cadangnya nak masuk tenghari. Tapi, abang Zamri ajak pergi butik. Nak test baju nikah.”
“Hai, nak kahwin dah anak papa ni. Lama dah papa tunggu masa ni tau.” Bicara Tan Sri Hadri lega. Elly tersenyum.
“Pak Long Hussien cakap ada slot lagi ye minggu depan?” TS Hadri beralih topik. Elly ketawa di hujung talian.
“Hah….ni mesti baru lepas ‘gaduh’ dengan pak Long ni kan?” Teka Elly. TS Hadri pula yang ketawa.
“Papa jangan risau okey. Itu last. Lepas ni Elly cuti panjang yer. Setahun tak turun JB. Itu janji kami.”
“Kami? Siapa kami tu?” TS Hadri tak faham.
“Elly dengan pak Long ler.” Jawab Elly sambil ketawa.
“Yalah abang Long tu. Hari tu janji sebulan sebelum kahwin tak nak panggil Elly ke JB. Ni dah dekat tarikh nak nikah pun sibuk panggil Elly turun JB lagi.” Rungut TS Hadri.
“Hai, mengumpat abang sendiri ke?” Usik Elly. TS Hadri ketawa lagi.
“Okeylah papa, Elly nak rehat dulu sekejap ni. Tengahari ni lepas pergi butik, baru Elly masuk office. Nak bincang sikit pasal wedding ceremony tu.”
“Yelah. Datang lambat-lambat pun takpe. Nanti mama pun nak turun padang sekali. Dia tu teruja sangat. Dah tak sabar sangat nak bermenantu.”
Sampai saja di butik tengahari itu rupa-rupanya puan Zafrina dah ada di situ. Teruja Elly melihat ibunya ada di situ. Rindu. Rumah dekat pun jarang jumpa. Elly, si minah kuat kerja. Itu gelaran yang diberikan oleh umimya pada anak bongsunya itu.
“Cantik. Pandai kakak design. Hmm, lepas ni nak nikah boleh design baju sendiri.” Puji puan Zafrina. Ella tersenyum.
“Jom Elly. Try baju ni.” Ella menarik tangan adiknya.
“Akak pakai okey, kira okeylah tu. Kita kan sama je saiz.” Elly tak mahu melepaskan pelukan pada uminya.
“Ish, tuan punya badan kena try juga.” Kata puan Zafrina.
“Abang Zamri mana? Lamanya try baju pengantin. Macam orang perempuan.” Ejek Elly. Serentak itu jugalah Zamri muncul di situ.
“Oooh, mengumpat abang yer.” Kata Zamri. Elly ketawa.
“Elly pergilah cuba baju.” Suruh puan Zafrina.
“Alah umi. Elly letih sangat ni.” Sambil menguap.
“Tak tidur mak malam tadi. Sibuk dengan kerja dia.” Adu Ella.
“Nanti dah kahwin jangan kerja sampai macam tu sekali.” Pesan puan Zafrina.
“Kakak tolonglah cubakan. Kata sayang adik.” Pujuk Elly. Puan Zafrina anggukkan sahaja. Ella pun turutkan sahaja permintaan adik kesayangannya.
Snap. Elly memetik kamera pada telefon pintarnya. Ella dan Zamri sekilas memandang antara satu sama lain. Elly tersenyum. Zamri dan arwah Zamir memang seiras. Kalau di sekolah dulu, senang sahaja nak tahu yang mana satu Zamir dan Zamri. Bila bukan waktu sekolah, mereka berdua suka nak cuba kelirukan Elly dan Ella. Tapi, silap orang beb. Aku tahu yang mana satu buah hati kesayanganku. Boleh dikatakan kami membesar bersama. Abah bekerja sebagai pemandu syarikat di hotel papa. Setiap kali abah ditugaskan mengambil si kembar ni di sekolah, abah meminta izin untuk menjemput sekali si kembar Ella dan Elly ni.
Mereka ke hotel Seri Armada sebaik selesai urusan mencuba pakaian pengantin. Puan Seri Sofea tak sabar nak jumpa bakal menantu yang memang susah sangat nak jumpa. Asyik sibuk dengan kerja. Harapkan Ella sahaja yang sering kunjungi untuk makan bersama. Sebelum arwah Zamir meninggal dunia dulu, dia dan suaminya merancang untuk menyatukan Zamri dengan Ella. Kalaulah dia ada seorang lagi anak lelaki sudah pasti dia akan jodohkan dengan Ella.
“Outstation lagi?” terkejut PS Sofea mendengar alasan Elly tak dapat ikut mencari hiasan pelamin minggu depan.
“Abang Hussien ni teruk betullah.” Rungut PS Sofea.
“Bakal menantu awak ni pun sama. Katanya selagi belum kahwin, dia nak ligat bekerja. Dah kahwin nanti nak rehat setahun.” Balas TS Hadri. Elly ketawa sahaja.
“Cool lah mama. Lepas workshop tu ada 10 hari lagi. Masa tu mama nak bawa Elly pergi mana pun Elly sanggup.” Janji Elly sambil mengangkat tangan seolah bersumpah. PS Sofea tersenyum. Dia mengusap lembut pipi anak gadis di sebelahnya itu.
“Dah nak kahwin dah Elly ni. Kesayangan mama ni nak jadi isteri orang dah tau. Jangan kuat sangat kerja. Abang pun sama. Jangan asyik suruh Elly jek buat itu ini. Hotel abang ni banyak lagi manager lain. Pesan sekali pada abang Long tu. Jangan nak ‘pinjam’ Elly sahaja.” Tak pasal-pasal TS Hadri pun kena warning.
Merenung ke luar jendela. Langit kelihatan mendung. Tak apa, langit pasti akan cerah bila tiba masanya. Langit tak selamanya mendung. Bila mendung dah berlalu langit kembali cerah. Bila mendung dah berlalu, jiwa yang suram akan kembali ceria. Insha Allah.
“Lah, nak balik dah esok? Kata tiga hari.”
“TS Hussien pendekkan slot saya. Dia cakap nanti mak pengantin bising. Mama tu dah tak sabar nak bawa saya pergi hias pelamin.” Jelas Elly.
“Saya ada meeting tenghari esok.”
“Takpelah. Takkan awak nak cancel meeting semata-mata pasal saya pulak.” Balas Elly.
“Hmmm, mungkin.” Shahril mengangkat kening. Elly ketawa.
“Well, hari ni mungkin last saya dapat dating dengan awak sebagai single lady. Lepas ni nak kena minta izin dengan encik suami pulak. Takpun, kita dating sekali dengan encik suami.”
“Hmm, itupun kalau dia bagi. Kalau saya yang jadi encik suami awak, ke hulu ke hilir saya ikut awak tau. Kalau berjauhan sikit je pun, setiap sepuluh minit saya call.” Balas Shahril.
“Amboi, itu namanya mengada-ngada.” Elly mencebik.
“Kenapa awak nampak lain je hari ni? Sedih ye nak berpisah denga saya.” Usik Shahril.
“Pandailah awak tu.” Elly mencebik lagi.
“Tapi, serius. Saya nampak awak lain sangat hari ni. Actually since awak sampai semalam. Letih drive? Nak saya hantar balik esok. Saya drive kereta awak, then saya balik sini naik flight.”
“Tak payah sampai bersusah macam tu sekali. Saya okeylah. Mungkin penat sangat kot. Majlis dah dekat sangat. Lepas tu dalam sebulan ni asyik JB-KL-JB. Balik ni mama nak bawa pergi hias pelamin pulak. Macam-macam benda nak fikir.” Alasan Elly.
“Jangan stress sangat. Nanti awak juga yang sakit. Esok, kalau tak larat nak drive beritahu saya. Saya hantar awak. Takpun awak naik flight, kereta awak saya hantar nanti.” Shahril begitu prihatin akan sahabatnya itu.
“Awak ni baik sangatlah. Sayang betul awak kat saya.” Luah Elly.
“Eh, mestilah. Awak antara asbab saya nak teruskan perjalanan hidup ini dengan lebih baik lagi. Awak orang yang banyak memberi saya semangat. Dan saya ni terhutang nyawa tau dengan awak. “ bicara Shahril bersungguh.
“Awak ni tak payahlah rasa sampai macam tu sekali. Kebetulan saya ada kat situ untuk bantu awak.”
Tidak dinafikan, sejak sampai di Johor Bahru semalam, memang hati rasa tak tenang. Mungkinkah kerana ternampak Shahril duduk semeja dengan Nadhirah di restoran tempat mereka berjanji untuk bertemu. Sebaik sahaja Elly sampai, Nadhirah segera meminta diri untuk pergi dari situ. Marahkah aku? Tapi, Shahril berhak untuk bahagia. Kalau itu yang bahagiakan dia, sebagai sahabat aku sepatutnya terima baik keputusannya itu. Elly tak tanya apa-apa pun pasal Nadhirah. Dia lebih selesa berbicara tentang diri masing-masing.
Kira-kira jam 2 petang barulah kereta Elly keluar dari lebuhraya utara-selatan dan menuju ke bandaraya Kuala Lumpur. Keretanya sudahpun masuk EXIT Cheras. Waktu macam ni sudah pasti jalanraya agak sesak. Eh, bukan hari ni hari Ahad ke? Hari minggu, hari orang KL bersiar-siar kot. Handphone ni pun, masa nilah bateri nak habis. Powerbank pulak dalam beg kat belakang. Nak cucuk USB kat kereta pun, wayarnya entah ke mana. Jangan Ella tak ada kat rumah sudahlah. Dahlah kunci rumah pun tak bawa ni. Ish, tak boleh jadi ni. Elly berhenti di bahu jalan. Berhenti betul-betul depan sebuah lori yang menjual cendol. Hmm…pekena cendol sekejap ok jugak ni.
Vroom….satu kereta memecut laju. Vroom…satu lagi kereta mengekori dari belakang. Eh, itu bukan kereta Ella ke? Yang belakang tu abang Zamri. Eh, diorang ni racing ke apa ni? Elly menggaru kepala yang tak gatal. Hmm, nak telefon, handphone pula dah mati. Tapi, kalau Ella lalu jalan ni, dia nak balik rumah lah tu. Takpelah, bungkus cendol dulu.
Kereta Ella berhenti di hadapan pintu pagar. Kereta Zamri berhenti betul-betul di belakang kereta Ella. Ella menoleh. Apa pula si Zamri ni nak?
“Ella, we need to talk.”
“Kau nak cakap apa?” Tanya Ella acuh tak acuh.
“Kau pergi mana sebenarnya?”
“Perlu ke aku beritahu kau?”
“Kenapa kau asyik nak mengelak dari aku sejak akhir-akhir ni?” Tekan Zamri.
“Zam, kau dah nak kahwin. Aku taknak Elly fikir yang bukan-bukan pasal kita.”Tegas Ella.
“Fikir bukan-bukan apanya.” Zamri tidak puas hati dengan alasan Ella.
“Tadi aku ajak kau keluar, kau cakap kau keluar dengan Johari. Satu hari suntuk aku follow kau. Aku tak nampak pun Johari tu.”
“What? Untuk apa kau buat semua tu?” Ella agak terkejut mendengar pengakuan itu.
“Ella, kau tahu kenapa aku nak kahwin dengan Elly. Sebab kita sama-sama nak dia bahagia. Kita sama-sama nak dia lupakan arwah Zamir. Kita sama-sama dia happy. Tapi dalam masa yang sama aku juga nak kau bahagia.”
“Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?” Ella tak faham.
“Johari tu sebenarnya tak wujud kan? Kau buat macam tu sebab kau nak aku yakin yang kau dah lupakan cinta kita. Betul kan apa aku cakap?” Tebak Zamri. Ella terkedu seketika.
“Ella, aku nak kita sama-sama bahagia. Aku sanggup korbankan rasa cinta aku pada kau, sebab aku nak tengok kau bahagia. Macam mana aku nak bahagia kalau aku tahu kau belum bahagia.”
“Tapi kau dah mengaku kan yang kau sayangkan adik aku. Aku taknak dia kecewa Zam. Aku …..” Ella terhenti. Terkedu. Matanya memandang ke satu arah. Elly.
“So, rupanya korang bercinta. Dan patutlah abang Zam ni tiba-tiba je baik sangat dengan Elly. Care sangat kononnya. Sebab abang rasa bersalahkan? Terima kasih banyak-banyak.”
“Elly. Tunggu. Dengar dulu penjelasan akak.” Ella cuba mengejar Elly yang sudahpun menaiki semula keretanya.
“Kau tunggu sini. Biar aku kejar dia.” Arah Zamri. Dia terus lari masuk ke dalam keretanya. Ella pula cuba menghubungi Elly. Tapi gagal. Dia dah tak tentu arah. Ke hulu ke hilir.
Zamri terus mengejar. Oleh kerana sedar dirinya diekori, Elly mula pasang strategi untuk lepaskan diri. Zamri tak dapat nak baca percaturan Elly. Tiba-tiba kereta Elly hilang dari pandangan. Zamri menukar arah. Mencari kebarangkalian kereta Elly pergi. Zamri akhirnya buntu.
“Dia hilang macam tu je. Aku pun tak tahu mana nak cari dia ni.” Zamri menyampaikan berita pada Ella. Ella dah menangis. Sudahlah gagal menghubungi Elly. Kalau umi tanya, apa nak jawab. Dah janji nak balik rumah malam ni. Tunggu Elly balik dari JB.
Shahril terus meninggalkan bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat terpinga tak mengerti. Seperti yang diarahkan Nordin bertindak sebagai pengerusi mesyuarat hari itu. Shahril segera memandu Honda BRVnya menuju lebuhraya Utara –Selatan. Dia betul-betul tak senang hati mendengar suara Elly tadi. Dia tahu Elly tengah menangis. Dia meminta Elly berhenti di mana-mana RNR.
“Elly, kenapa ni? Awak buat saya betul-betul risau tau.” Tanya Shahril prihatin. Elly masih menangis.
“Elly, cuba awak beritahu saya. Kenapa awak nak patah balik JB ni?”
“Sebenarnya saya dah sampai rumah tadi. Tapi,………………..” Elly pun menceritakan apa yang dia dengar tadi.
“Elly, saya minta maaf. Sebenarnya saya dah tahu pasal percintaan Ella dan Zamri tu.”
“Apa?” Elly terkejut mendengar pengakuan itu.
“Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Sebenarnya saya ‘overheard’ perbualan diorang. So, Zamri janji yang dia akan explain kat saya. Zamri beritahu yang sebenarnya mereka dah bercinta sebelum arwah Zamir meninggal dunia lagi.” Dan Shahril menceritakan hal sebenar.
“Ella sayang sangat kat awak. Dia tak sanggup tengok awak murung macam tu. Dia yang minta Zamri terima awak. Dan demi cinta pada Ella, Zamri setuju korbankan percintaan mereka.”
“Kenapa mereka buat ini semua? Kenapa nak berkorban sampai macam tu? Sedangkan hati mereka tu masih lagi saling mencintai. Awak tahu tak, yang Johari tu sebenarnya tak wujud pun. Bila abang Zamri tahu, dia jadi serba salah. “ Elly tak puas hati.
“Mereka buat semua tu sebab mereka nak awak bahagia.”
“Itu yang mereka nak. Tapi mereka tahu tak apa yang saya nak? Saya pun nak mereka bahagia. Apa guna kalau saya bahagia, tapi mereka yang terpaksa memendam rasa.” Luah Elly kecewa.
“Habis tu awak nak buat apa sekarang? Majlis awak dah tak lama lagi.”
“Saya memang dah nekad dengan keputusan untuk berkahwin dengan abang Zamri. Dan saya memang dah nekad takkan mungkir janji walau apapun yang terjadi. Tapi bila ianya berkaitan dengan Ella, saya jadi buntu.” Elly bingung.
“Elly, awak dah setuju untuk berkahwin. Semua persiapan dah buat.” Zamri mengingatkan.
“Dia yang ajak saya kahwin. Sebab tu saya setuju. Tak adil kalau saya sia-siakan masa 5 tahun ni dan tinggalkan dia macam tu.”
“Awak cakap macam ni seolah-olah awak ada niat nak tinggalkan dia. Kenapa? Awak dah jatuh cinta dengan orang lain?” Tafsir Shahril. Elly terdiam.
“Awak setuju kahwin sebab awak tak nak mungkir janji.” Tafsir Shahril lagi.
“Tak adil kan kalau saya tinggalkan lelaki yang dah 5 tahun tunggu saya untuk lelaki yang baru saya kenal 8 bulan.”
“Jadi betullah awak dah jatuh cinta dengan orang lain.” Shahril ingin kepastian.
“Saya jatuh cinta, tapi tak bermakna cinta saya akan diterima. Lagipun dia dah tahu saya dah bertunang. Tak mungkin dia akan terima saya kan.” Jawab Elly.
“Dari tadi handphone awak tu berbunyi. Jawablah dulu.”
“Takpa. Nanti saya call dia balik.”
“Siapa? Nadhirah ke?” Tanya Elly. Shahril tak menjawab.
“Jom, kita cari hotel. Saya nak awak rehat. Tenangkan fikiran.”
Sebaik sahaja Elly naik ke bilik. Shahril segera mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya. Dia mendail nombor yang cuba menghubunginya sejak tadi.
Esok paginya.
Puas Shahril menekan loceng. Tak ada jawapan. Shahril turun ke meja penyambut tetamu di lobi hotel.
“Encik Shahril ke?”
“Ye saya.” Jawab Shahril.
“Ini ada surat dari cik Elly. Dia dah check out lepas subuh tadi.” Beritahu gadis bernama Zaida itu.
“Jadi betullah kau tinggalkan mesyuarat semalam pasal Elly?”
“Aku tak boleh. Aku dengar suara dia menangis macam tu aku risau sangat.” Cerita Shahril.
“Eh, kau ni memang dah jatuh cinta pada dia ke?” Teka dr.Rashid.
“Nadhirah apa cerita? Bukan ke dia beriya-iya sangat nak balik pada kau?”
“Kalau Elly tak jadi kahwin sekalipun, tak mungkin dia pilih aku.” Luah Shahril.
“Jadi kau akan balik pada Nadhirah?” Soal Rashid. Shahril diam.
“Kenapa pula kau cakap Elly tak jadi kahwin dengan Zamri?’
Lega hati Ella bila Shahril memberitahu Elly sudah dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Risau sangat kalau Elly buat apa-apa di luar jangkaan. Semalaman dia menangis kerana risaukan Elly. Dalam masa yang sama dia sendiri tak tahu macam mana nak berdepan dengan adik kesayangannya itu. Ella tak sabar menanti Elly sampai. Sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar. Itu kereta TS Hadri. Eh, umi dan abah pun ada.
“Elly call suruh kami datang.” Beritahu TS Hadri.
“Mana Elly?” Tanya puan Zafrina pula.
“Err..dia belum sampai lagi.” Jawab Ella.
“Eh, bukan dia dah balik semalam ke?” puan Zafrina hairan.
“Assalamua’laikum.” Suara Zamri pula memberi salam.
“Elly mesej suruh datang rumah. Mana dia?”
“Assalamua’laikum semua.” Suara Elly menerpa suasana.
Shahril memandu keretanya dengan kelajuan 120kmj di atas lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Kuala Lumpur. Betul ke keputusan yang dia ambil ni? Tapi, betul juga cakap Rashid, kalau bukan sekarang, bila lagi.
“Kau ni kalau aku cakap bodoh, kau marah. Tapi, kau ni memang bodoh.” Kata dr. Rashid.
“Eh, apahal pulak kau nak bodohkan aku ni?” Shahril berang pula dikata begitu.
“Kau takkan tak sedar yang Elly tu sebenarnya cakap pasal kau.” Marah Inspektor Rashid pula.
“Dia kenal mamat tu dah 8 bulan. Aku kenal dia baru 5-6 bulan kot.” Balas Shahril.
“Kau kenal dia 6 bulan. Tapi, dia dah kenal kau 8 bulan. Kau dah lupa ke kemalangan tu dah 8 bulan?” Ungkit inspektor Rashid.
“Ye ke?” Shahril blurr.
“Ok, kalau bukan kau siapa?” tanya dr Rashid.
“Kau.”
“Aku? Dia tu tunang sepupu aku. Kite orang dah kenal sejak zaman sekolah lagi.” Nafi inspektor Rashid.
“Kau.” Shahril memandang inspektor Rashid.
“Shahril, jangan bodoh sangat. Kau pergi cari dia sekarang. Kau luahkan perasaan kau. Samada dia terima atau tidak itu bukan masalahnya. Yang penting dia tahu perasaan kau.” Nasihat dr. Rashid.
“Elly tu sayang kakak dia macam nyawa dia sendiri tau. Tak mustahil dia akan batalkan wedding ni untuk kakak dia.” tambah inspektor Rashid.
Demi cinta dalam hatiku…..
Elly sudah bersedia. Majlis nikah akan berlangsung sebentar tadi. Zamri sedang membetulkan songkoknya sambil memandang cermin. Sekilas Ella memandang adiknya. Elly tersenyum. Mereka berpelukan. Kembar ini akan ‘berpisah’ tak lama lagi. 28 tahun tak pernah berpisah. Kasih sayang dan pengorbanan mereka untuk antara satu sama lain. Mereka memilih untuk bernikah di rumah hadiah dari arwah Zamir. Majlis resepsi nanti akan diadakan di hotel Seri Armada. Tok Khadi dah bersedia di ruang tamu. Si pengantin dah bersedia untuk dinikahkan. Honda BRV berwarna biru berhenti di hadapan pintu pagar. Shahril meluru keluar. Berlari masuk ke dalam rumah.
“Sorry, traffic jam tadi.” Beritahu Shahril.
“Hmm, ingatkan taknak nikah tadi. Aku sapu bakal isteri kau ni nanti.” Usik Zamri. Aaaah…Zamri menjerit kesakitan. Kena cubit dengan Ella. Sepasang suami isteri yang telah dinikahkan semalam. Dan hari ini giliran Elly pula. Azaharin Laily akan dinikahkan dengan mamat pilihan hatinya, Ahmad Shahril.
“Eh, kau jangan buat pasal. Jarang-jarang kita dengar pengantin drive sendiri tau. Ni tadi dia paksa aku berhenti tepi jalan. Dia yang drive sendiri ke sini. Orang dah pakar jalan KL. Nak jadi menantu orang KL kan.” Usik doktor Rashid. Ahmad Shahril tersengih.
“Happy birthday sayang. Kan abang dah cakap, abang akan hadiahkan sesuatu yang istimewa yang sayang takkan lupakan seumur hidup sayang.” Ucap Shahril selepas mengucup dahi isterinya sebaik mereka selamat dinikahkan.
#throwback
Elly duduk diam sambil memandang tasik buatan itu. Dia tidak menyesal dengan keputusan yang dia telah buat. Kak Ella lebih berhak untuk bersama abang Zamri. 5 tahun yang berlalu ini tidak memberikan apa-apa kesudahan pun dalam hubungan Elly dengan Zamri.
“Elly.” Shahril memanggil. Elly menoleh.
“Shahril? Awak buat apa kat sini?” Elly terkejut.
“Saya pergi rumah awak. Mereka cakap, mungkin awak ada kat sini.” Shahril terus mengambil tempat duduk di sebelah Elly.
“Elly, tengok awan tu. Mendung.” Shahril menuding jarinya ke atas.
“Mendung tak bereti hujan.” Balas Elly.
“Elly, kenapa awak tak jadi kahwin dengan Zamri? Awak cakap awak tak nak mungkir janji.” Bangkit Shahril.
“Kakak lebih berhak untuk bersama abang Zamri.”
“Elly. Jom.” Ajak Zamri.
“Belum hujan lagilah. Baru mendung.” Elly tak mahu beredar dari situ.
“Saya bukan nak ajak awak balik.”
“Dah tu? Nak jom ke mana?” Elly tak faham.
“Elly, jom kita nikah.”
“Nikah???” Sekali lagi Elly terkejut.
“Elly, sejak kali pertama saya jumpa awak, saya memang dah jatuh cinta. Saya tak boleh nak halang perasaan saya tu. Walaupun saya tahu awak dah bertunang. Walaupun saya tahu awak akan bernikah. Saya ikhlas cintakan awak Elly.” Luah Shahril. Elly diam tiada jawapan. Shahril setia menanti jawapan. Memandang langit.
“Tengok tu. Langit tadi mendung. Sekarang mendung dah berlalu.” Elly memecah sunyi. Shahril memandang langit yang sama.
“Macam hati kita. Sebelum ini mendung, sekarang mendung dah berlalu.” Kata Shahril.
“Awak ni degil kan?” Elly memandang Shahril.
“Tapi, bagus jugak kan? Kalau hati awak tak degil untuk terus mencintai saya, mungkin hari ni tak ada orang temankan saya kat sini.” Luah Elly. Shahril tersenyum. Langit kembali cerah. Mendung dah berlalu.








Comments

  1. Salam. Baru discover ur blog. N suka sgt cara penulisan u. Best sgt.. buat la novel. Sure lagi best. ❤

    ReplyDelete
  2. tq. insha Allah akan diusahakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...